Kalau DUN Perak Dibubarkan ...

Kalau Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan, mampukah Pakatan Rakyat menang dengan kelebihan kerusi yang selesa? Kerajaan Pakatan Rakyat yang dibentuk pada 17 Mac 2008 menggabungkan 18 kerusi DAP, 7 PKR dan 6 PAS. Jumlahnya 31 kerusi berbanding 28 kerusi Barisan Nasional. Kelebihan hanya 3 kerusi itu akhirnya membawa kepada rampasan kuasa pada 5 Februari 2009.

Pakatan Rakyat perlu menang sekurang-kurangnya 40 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang mantap dengan penguasaan 2/3 majoriti dalam dewan. Lebih selesa jika Pakatan Rakyat ada kelebihan dua tiga kerusi di atas angka majoriti dua pertiga itu.

Penguasaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke 12


Parti

Bertanding

Menang

Kalah

DAP

18

18

0

PAS

21

6

15

PKR

20

7

13


PAS menang :


Bil

Kawasan DUN

majoriti

1

titi serong

1149

2

gunong semanggol

2070

3

selinsing

547

4

lubuk merbau

72

5

pasir panjang

4474

6

changkat jong

7914


PAS kalah :


Bil

Kawasan DUN

majoriti

1

kenering

2798

2

selama

355

3

kubu gajah

66

4

trong

916

5

kamunting

555

6

chenderoh

1039

7

manjoi

348

8

manong

749

9

pengkalan bharu

14

10

belanja

2310

11

sungai rapat

636

12

air kuning

3252

13

kg gajah

1416

14

rungkup

454

15

slim

3526


PKR menang :


Bil

Kawasan DUN

majoriti

1

kuala kurau

467

2

kuala sepetang

564

3

changkat jering

1102

4

simpang pulai

3386

5

teja

175

6

hutan melintang

1721

7

behrang

1027


PKR kalah :


Bil

Kawasan DUN

majoriti

1

pengkalan hulu

4645

2

temengor

4617

3

kota tampan

2335

4

batu kurau

2439

5

alor pongsu

95

6

lintang

1376

7

hulu kinta

5232

8

bukit chandan

1694

9

bota

2068

10

tualang sekah

1569

11

chenderiang

3392

12

sungai manik

1374

13

pangkor

5785


Berdasarkan jadual keputusan seperti di atas, PAS kalah dengan kekurangan undi bawah seribu di 9 kawasan DUN manakala PKR di satu kawasan DUN. Sekiranya 10 kerusi ini dapat dimenangi dalam pilihanraya negeri (jika DUN dibubarkan) atau dalam pilihanraya umum ke 13, dalam keadaan 31 kerusi asal kekal menang, maka Pakatan Rakyat akan menguasai 41 kerusi DUN.


Senarai 10 kawasan DUN (kalah dengan kekurangan undi di bawah 1000) :


Bil

Kawasan DUN

majoriti

Parti Bertanding

1

pengkalan bharu

14

PAS

2

kubu gajah

66

PAS

3

alor pongsu

95

PKR

4

manjoi

348

PAS

5

selama

355

PAS

6

rungkup

454

PAS

7

kamunting

555

PAS

8

sungai rapat

636

PAS

9

manong

749

PAS

10

trong

916

PAS


Senarai 4 kawasan DUN (kalah dengan kekurangan undi 1000 – 1500) :


Bil

Kawasan DUN

majoriti

Parti Bertanding

1

chenderoh

1039

PAS

2

sungai manik

1374

PKR

3

lintang

1376

PKR

4

kg gajah

1416

PAS


Sekiranya 4 kerusi ini juga dapat dimenangi, Pakatan Rakyat akan menguasai 45 kerusi keseluruhan. Jumlah ini menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat sangat kukuh dan selamat daripada sebarang politik kotor Barisan Nasional.


PAS dan PKR wajib fokus kepada 14 kawasan ini bersama 13 kawasan yang telah sedia dimenangi. Jentera pilihanraya mesti wujud dan beroperasi sepenuhnya mulai sekarang malah sepatutnya telah lama bergerak. Gerak kerja mestilah jelas dan sistematik. Gerak rambang dan terawang-awang yang menjadi budaya kerja sebahagian organisasi pilihanraya PAS dan PKR hari ini mesti dirawat dan didewasakan sepenuhnya.


Jentera kita wajib serius dalam gerak kerja berkaitan senarai pemilih. Berilah perhatian kepada urusan pendaftaran pengundi baru. Culaan sokongan dan kecenderungan pengundi mesti disempurnakan. Perbanyakkan program dan aktiviti menyusuli keputusan culaan. Jenis aktiviti parti hendaklah mengambil kira prioriti berdasarkan impak terhadap kebarangkalian mengukuh atau merobah pendirian politik pengundi. Aktiviti syok sendiri atau aktiviti yang kabur upaya mengukuh/merobah fikrah politik hendaklah dielakkan.

Comments :

15 comments to “Kalau DUN Perak Dibubarkan ...”
lukmanw@gmail.com said...
on 

Sdr Sham

Apa kata kalau sdr. mengulas mengapa kaum perempuan masih menolak PAS?

Lukman

Anonymous said...
on 

Harap-harap Pengarah JPN Perak dan seluruh jenteranya baca analisis ini. Jangan nanti dalam membuat pembahagian kursi bertanding, teraba-raba tanpa fokus dan fakta. Pastu marah-marah bila ada sebagaian Kawasan protes. Orang susah nak tolak kalau kerja kita berdasarkan fakta yang benar dan diterima akal. Selamat Maju Jaya.

Anonymous said...
on 

Mana ada....kalau lelaki sokong Pas, maknanya perempuan (isterinya) pun kena sokong Pas, kalau tak, apa punya suami...
Kalau ada anak2 bujang lelaki Pas, kita projekkan supaya menikah dengan anak bujang perempuan UMNO. Isyaallah jangka panjang.....jadi canteek.

lukmanw@gmail.com said...
on 

Salam

Sebenarnya aku dah tak ingat posting sapa, blog mana, kajian mana yang mengatakan golongan yang masih was-was dengan PAS ialah golongan perempuan dan luar bandar.

Lukman

golokperak said...
on 

sebenarnya orang ramai sudah pun memberi sokongan padu kepada pakatan rakyak,dikubu UMNO sekali pun undi utk PR meningkat.Faktor kekalahan PR banyak terletak pada jentera PR sendiri.Ramai yang masih tidak dapat memberi komitmen terbaik berbanding rakyat berikan.

Anonymous said...
on 

kalau boleh minta ciberboron,pamir mojority pengundi disetiap kawasan.

IRON MASK said...
on 

salam...pasal pengundi pompuan yg berumur tu...sebabnya...depa ni la yang duk pi terima gula dua kilo, maggi dua bungkus, anak ayam 30 ekor, duit utk beli baju seluar anak depa nak skolah dan lain lain.....perkara ni terjadi kat sepupu aku sendiri....

PAS kena bermula dari sekarang....jgn la duk asyik berceramah jer....sebulan sekali dah ler...buat la program program rakyat skit...pertandingan bola sepak ker, pertandingan futsal ker, kelas kelas masakan utk ibu ibu, dan mcm mcm lagi aktiviti yg melibatkan masyarakat....dan kalau buat aktiviti mcm ni...jgn duk bantai berkempen plak...sebab anti org akan kata buat sebab politik...buat....tapi jgn ader perkataan atau lambang PAS pada aktiviti tu...anjuran tak per la...tulis la PAS kawasan ker....lain lain....jgn buat....

mraolex said...
on 

Salam...
Analisis yang realistik...cuma bagi saya jika pemilih umur 50an ke atas ramai sesuatu DUN susah sikit nak tawan..cuba anta buat analisis mengenai umur pengundi-pengundi yang sokong pakatan rakyat...

golokperak said...
on 

Pengundi otai bukan tak faham seruan PR ,tapi apa nak buat bodoh lama tak habis lagi

Anonymous said...
on 

setuju ngan iron mask...kena buat program masyarakat..saya tgk dari jauh,aktiviti hanya buat di dalam markas sj,tidak di tempat terbuka lain..org kampung segan nak join kalau kena masuk dlm markas...pastu memang jgn guna lambang parti dan ada agenda utk kempen.mau profesional..jemput YB nizar rasmi dah cukup sebagai simbol yg program tu PR buat...jgn ulas pasal parti,ulas pasal objektif program sudah...kalau sukan,cite le pasai kecergasan ke,kesihatan ke..saya cadang je,terpulang nak wat ke idak.

Parpu Kari said...
on 

test

Anonymous said...
on 

SALAM SEMUA
apapun kali ni PAS perlu menang lebih kerusi berbandaing PKR dan DAP. Baru lah selesa jadi MB kalau tak jadi MB sekadar ehsan Sultan jer heheheheh. Kalau tak biar la Ngeh jd MB yang SAH kalau DAP menang bayak kerusi kerana melayu sendiri sembah derhaka so mengapa tidak DAP lakukan perkara yang sama betul tak. Kalau MB melayu diberi gelaran mamak teh tarik lebih baik kasi NGEH jd MB tengok MCA GERAKAN nak gelar apa pulak pada NGEH. Tapi aku rasa bangsa lain tak pernah dengki sesama bangsa sendiri melainkan bangsa kita MELAYU ISLAM. Kononnya puak mereka saja yg lebih ISLAM dari puak satu lagi yg lebih kemelayuan. Memang ISLAM untuk semua tanpa melayu pun islam boleh hidup kembang subur tetapi kat Malaysia tunjang ISLAM adalah bangsa Melayu berdasarkan undang2 yang ada. ISLAM kan terus subur tanpa MELAYU tetapi melayu terus LAYU dgn pertikaian, tohmah busuk hati sesama sendiri. MAAF sekali lagi kalau ada yg marah just luahan dari MELAYU ISLAMyg sedih dgn perselisihan sesama bangsa. aminnnnnnnn apapun PAS tetap dihati tetapi PAS yg berdiri teguh dgn sendirinya. TAKBIRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR

gelong gajah said...
on 

Pengkalan baru kaw teman..apa yang amat di kesal kan kekalahan hanya 14 undi..berpunca dari kelemahan pas kaw sundri...ada ketua cawangan dan petugas pas tak mengundi di kawasan sendiri.
paling malang ada kalangan saf pimpinan kaw beruas tidak bersatu hati , berpecah dua kumpulan. jika ini tak di lerai kan dgn segera
PRU 13 nanti pangkalan hanya akan tingal mimpi..
jentera amat lemah..pimpinan kaw / caw gagal berhubung dgn penyokong di kg2..jangan ulangi lagi kesilapan lalu..cukuplah kalah 14 undi..harap pulihkan segera kekuatan jentera di kaw kg...

Anonymous said...
on 

setuju. tapi aku mengundi kawasan posment.

afya said...
on 

satu lg... gerakkan mendaftarkan pengundi baru... pasakkan jiwa mereka dgn perjuangan pr . bertindak skarang

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini