Suka atau tak suka, Najib dah jadi PM. Barangkali ada macam-macam spekulasi baru tentang kerusi kuasa nombor satu itu. Hari ini khabarnya DS Anwar akan dedahkan maklumat yang bakal menggemparkan. Entahlah apa pula kali ini. Sebelum ini dah banyak kali kita terkejut dan teruja dengan maklumat rahsia dan misteri. Paling gah ialah pertemuan Tun Lah dan DS Anwar di Kuala Langat. Khabarnya ada janji besar yang termeterai. Najib tak boleh jadi PM. Tun Lah dan Tun Jin akan terus menetap di Putra Jaya. Ada juga yang kata DS Anwar akan menggantikan Tun Lah. Ku Li pun muncul juga dalam cerita ceriti Putra Jaya itu.
Maka berangan-anganlah sekelian pencinta keadilan kononnya fajar telah terbit di ufuk timur. BN akan masuk dalam senarai parti tua yang dimuziumkan. UMNO akan berkubur tanpa nesan malah cucu cicit UMNO akan kencing di makam moyang mereka. Masanya telah tiba!
Tahun ini April Fool tak berlaku pada 1 haribulan. Separuh fool jadi pada 2 April dan final fool pada 3 April. Hari Jumaat penuh berkat tapi Malaysia jadi bangsat. Dalam tempoh 24 jam sebelum detik malang sejarah Malaysia di Istana Negara itu, kita masih berandai-andai dan meneka-neka. Seronok sangat dengan spekulasi Najib tak boleh jadi PM. Selepas sujud sajdah solat subuh pagi Jumaat pun masih ramai yang menjenguk mangkuk menghitung kira konon Najib tak jadi ke Istana. Pukul 10 pagi barulah pakat-pakat ternganga. Najib Toya angkat sumpah juga. Kuku big momma tumbuh 9 inci. Selepas ini tak main la c4. Kalau ada toya baru, big momma akan kerat kaki kerat tangan satu demi satu depan unggun api sambil cicah daging toya dalam mangkuk black pepper sauce. Padan muka!
Letih telinga aku terpaksa menadah suara pak belalang dan wak nujum yang kena ikat kaki tangan dalam wayang seniman bujang lapok. Najib dah angkat sumpah, tapi ada pula yang kata tak lama. Tunggulah sikit hari lagi. Tetunggin la malaun sintok tu ke dalam tasik Putra Jaya. Hantu toya hanya menunggu saat bulan mengambang jamadil awal atau jamadil akhir. Paling lambat pun purnama mengambang bulan rejab. Aduh! Hangpa memang hantu betui!
Yang dah terjadi tetap termaktublah perihal jadinya. Yang dah jadi katakanlah jadi. Tak payahlah nak dinafi-nafi. Terimalah ia sebagai takdir setakat ini. Bukanlah bermaksud terima Najib jadi PM dengan redha dan rela hati. Hush! Jangan! Maksud aku, terimalah malang yang menimpa Malaysia ini dengan tabah dan berpijak di bumi nyata.
Confirmed Najib dah jadi PM. Di belakang Najib ada sifunya Che' Det yang ligat macam sintaq. Jaga-jaga! Adat PM baru, ramailah juak juak yang pakat nak tunjuk setia. Kalau sebelum ini ramai juga gerombolan UMNO yang tak berkenan pada Najib especially pada queennya yang bernyawa penakluk, namun sebulan dua ini pasti semuanya berebut-rebut nak puji dan puja Najib dengan queennya sekali.
Dan, Najib dah tunjuk kejantanannya malam tadi. Dalam ucapan sulung dia dah buat kejutan. Sebelum ini lilin tiga lori kita dah bakar depan kemuntingnamo tapi rakyat yang kena pasung tetap kekal dipasungan masing-masing. Malam tadi Najib bebaskan mereka. Cukuplah 13 orang. Pelan-pelan laa. Kalau bebaskan semua sekali, nampak macam GMI menang sangat. Pelan-pelan.
Hamid Lebaq lagilah pening kepala. Susah payah mengarang dusta nak menghalalkan penggantungan Harakah dan Suara Keadilan minggu lepas, duk tak duduk Najib kerat tali gantung. Harakah merdeka! Suara Keadilan merdeka! Hangpa nak apa lagi. Tak baguih lagi ka macam ni punya PM. Angin perubahan ... nak habaq bagi.
Ok. Aku nak beletiaq tentang hala tuju kita dan kelaku kerja kita untuk mencapai tujuan tu. Pendek cerita, Malaysia perlu dibebaskan daripada cengkaman BN-UMNO. Tak kiralah BN-UMNO itu Najib ke bossnya atau Muhyidin ke, atau siapa pun. Nak kuburkan UMNO-BN itu, cara yang ada dan halal setakat ini ialah kalahkan mereka ketika pilihanraya.
Kita perlu menang sekurang-kurangnya 122 kerusi. Tapi jumlah itu berbahaya sebab hanya lebih satu kerusi sahaja. Angka paling rendah untuk jadi kerajaan yang selesa ialah 165 kerusi. Kerusi mana? Inilah kerja kita yang utama. Actually tak susah nak mengenal pasti 165 kawasan berpotensi itu. Kalau dah jelas kerusi mana yang nak ditawan, setup blueprintnya. Satu blueprint untuk the whole 165 dan satu blueprint untuk setiap satu kawasan Parlimen. Tapi janganlah blueprint itu blur semacam je. Lepas tu setup jentera yang padan dengan misi. Organize cara pro. Janganlah macam main pondok zaman budak-budak dulu. Sistem mau baik maa!
Undi datangnya dari orang. Yang hadir ke pusat mengundi ialah orang. Yang memangkah tu tangan orang. Tangan yang sihat datang dari isi kepala yang sihat. Pangkah yang sihat datang dari dalam dada yang sihat. Tangan, kepala dan dada orang! Kerja kita ialah menguruskan hati dan kepala orang. Oleh kerana kita pun orang juga, sama macam orang yang nak diuruskan kepala dan hatinya itu, maka kerja kita bukannya senang. Tapi tak juga susah kalau betul caranya.
Kalau kita memang dah bekerja dengan betul selama ini, logiknya dah lama kita berkampung di Putra Jaya. Kalau kerja kita selama ini well organized, Bukit Gantang tentu boleh dipertahankan tanpa perlu kibarkan sehelai bendera pun. Tak payah susah-susah bawa bekal garam bila keluar rumah, sebab tak ada gas pemedih mata yang terpancut dari senapang kepala merah. Sebab apa tak ada gas pemedih mata? Sebab kita tak perlu buat ceramah pun. Sebab apa tak perlu buat ceramah? Sebab kita dah ada 28 ribu pengundi yang gerenti pangkah Pakatan Rakyat. Macam mana boleh gerenti? Sebab kita dah approach 40 ribu pengundi Bukit Gantang sejak lama dulu. Daripada 40 ribu itu, 28 ribu confirmed dah sehati sejiwa dengan kita. 17 ribu dah daftar jadi ahli parti secara sah. Lagi 11 ribu pengundi yang gerenti itu ialah anak, bini, menantu, sepupu dan spare part ahli-ahli parti. Jumlah besarnya 28 ribu pengundi yang mati hidup balik pun tak akan pangkah BN! Buat apa nak susah-susah pasang bendera!
Tak kan lah mudah sangat! Cakap memang senang, buat belum tentu. Ok, Bukit Gantang ada 38 peti undi. Kita bahagikan sama banyak untuk memudahkan cerita. 28 ribu bahagi 38 peti undi, jawabnya lebih kurang 737 orang satu peti undi. Bahagikan pula dengan 10. Jawabnya 74. Purata satu peti undi ada 5 kampung. 74 bahagi 5 kampung, jawabnya 15. (semua hasil bahagi matematik ini dipermudahkan - aku buang angka selepas titik perpuluhan)
Ok, jangan pening kepala. Kita bergerak pula daripada 15 menuju ke 28 ribu. Susah ke nak bagi ada dalam satu kampung 15 orang hard core? Kalau susah, tak payah buat apa-apalah. Lantak la negara ni nak lingkup ke ape ke. Tak payah bedegor-degor cakap politik. Tak payah meluatlah kat Najib tu. Ok, setiap seorang bertanggungjawab terhadap 9 orang. Jumlahnya 10 (tukang jaga campur orang yang dijaga). 15 darab 10, jawabnya 150 orang satu kampung. Darablah dengan 5, jawabnya 750 orang satu peti undi. Darab pulak dengan 38 (peti undi), jawabnya 28,500 orang. Dah terlebih 500.
Susah ke? Kalau susah, relakanlah UMNO memerintah sampai kiamat. Tak payah cakap tentang perjuangan. Tak payah bising-bising tentang kezaliman.
Satu kampung 15 orang je. Usahakanlah! Modal awalnya cuma 7 keping kertas A4, sebatang pen yang dipinjam, satu jag teh misai kucing buatan sendiri dan sepinggan cucur udang kuah kacang. Berkumpul empat lima orang. Tak ada lap-top pun tak apa. Lakarkan peta kampung tak payah ikut skala. Janji boleh nampak semua jalan dan lorong. Langut tengok bumbung. Visualise rumah Pak Maun dan tandakan dalam peta. Lepas tu rumah janda Bakaq. Lepas tu rumah Kulup Sakah. Lepas tu rumah Pak Ndak Onn. Sampai habis semua rumah dalam kampung ada dalam peta. Nak senang cerita pegi CC dan print out google map. Lagi cun!
Dah selesai peta, telan cucur udang. Lepas tu senaraikan dua tiga puluh orang untuk direkrut jadi jaga. Short-list sehingga tinggal 15 nama yang berpotensi jadi Tok Janggut, Mat Kilau dan Tok Sagor.
Modal pusingan kedua lebih sikit. 3 pinggan cekodok dan sepapan kopi Radix sebab 15 orang nak meeting. Mesyuarat pertama, kedua dan ketiga insyaallah selesai penyenaraian sekelian warga kampung Semerah Padi. Cula dan cula dan cula. Papan sasaran ada 250 nama termasuk nama sendiri. Himpit dan himpit dan himpit. Cerita dan cerita dan cerita. Tolong dan tolong dan tolong. Insyaallah 150 nama dalam senarai akhir akan termaktub dalam buku panjang atau dalam komputer. Then, berkawanlah baik-baik. Seorang Mat Kilau bermuridkan 9 pejuang. Seorang Tok Janggut bersahabat dengan 9 Mat misai. Setahun. Dua Tahun. Tiga tahun. Sampailah tahun pilihanraya. Kata Mat Kilau kepada 9 muridnya "wahai murid-muridku pejuang terbilang, jangan lupa hunuskan pensil pangkah bulan, mata dan roket". Kata Tok Janggut kepada 9 sahabatnya "wahai sahabatku, lama sudah kita bertamu, terasa kita satu hati dan satu jiwa. Pagi ini hati Tok berbisik nak undi Pakatan Rakyat, bagai yang sama-sama kita pelajari dalam kitab tua dan laman cyberboron, ayuh kita satu hati dan satu jiwa undilah Mat Saman Kati".
Aku serius. Sepanjang artikel ini aku pasemburkan bahasa dan gaya sebab nak mudahkan cerita. Kalau rasa tak mudah juga, maafkan aku. Disebalik bahasa rojak ini ada mesej serius yang betul-betul aku maksudkan. Panjangkanlah madah ini ke seluruh pelusuk negara. Bukan untuk sekadar dibaca tapi untuk dilaksana. Najib mesti dipencenkan segera!
Artikel / Berita Lain Hari Ini
1. Mahkamah Putuskan Nizar Boleh Cabar Kesahihan Zambry
2. Strategi Akhir PR & BN
BUNG&ISTERI BELA DIRI
-
*PEMBEBASAN BATAL, BUNG DAN ISTERI BELA DIRI*
*MAHKAMAH TINGGI BUAT SILAP ???*
*Hakim Mohamed Zaini Mazlan menyatakan Mahkamah Tinggi telah membuat ...
5 days ago
ermmm....mulia sungguh hatimu boron..!!
Insyaallah... sabelum kiamat adalah tu rezeki PR untuk memerintah..!
Assalamualaikum warahmatullah.
Apakata kita doakan agar Najib membuat perubahan yang menyeluruh,perubahan dari sekular kepada Islam syumul,samada dalam dirinya,bininya dan keluarganya,mungkin najib tahu dirinya banyak melakukan fajarah,oleh itu dia ingin membersihkan dirinya dengan taubat nasuha.
Setalah ia melakukan taubat nasuha kepada Allah kita doakan Najib melakukuan perubahan dalam pentadbirannya,jadikan perlembagaan malaysia yg ada kepada perlembagaan Islam,jika ulamak UMNO tidak dapat menggubalnya,dan jika najib tak yakin dengan ulamak PAS jemput ulamak tersohor seluruh dunia untuk melaksanakannya.
Perubahan awal yang besar yang perlu Najib lakukan di Malaysia,bubar DUN perak adakan pilihanraya,biar rakyat tentukan kerjaan mereka,jika OMNO-BN menag UMNO-BN lah yang memerentah,dan jika PR menang PR lah memerentah,Najib tak rugi apa-apa,kerana Perak masih dalam Malaysia dan perak masih di bawah pentadbiran PM-Najib,jika ini berlaku maka umat Melayu dan Islan akan bersatu dan seluruh rakyat Malaysia akan menikmati kemakmuran,keadilan dan kessejahtgeraan tulin.
Akurasa inilah juga yang selalu didoa dan diratibkan 0leh Mursidul Am PAS yang aku sayangi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh pendokong PAS termasuk aku dan orang-orang yang memperjuangkannya.AMIN YA RABBAL ALAMIEN.TABIR.....
Sungguh menarik idea nih... lepas perjuangan bukit gantang boleh mula kot. Aku rasa boleh sumbangkan sesuatu...tak boleh habaq kat sini.
Macamana nak set temu janji dengan tuan nanti..boleh saya tanya kat MSK atau wak untuk dapat contact tuan.
emm..aku rasa,pakatan rakyat sebenarnya dah menang dah di belah semenanjung ni...PRU-12 hari tu pun kita dah tgk..PR menang disemenanjung sbyk 52% undi popular..yang buatkan PR kalah seluruh Malaysia ialah kerana Sabah & Sarawak..Aku rasa,kalau kita nak jadi kerajaan persekutuan,kita kena tackle orang2 Sabah & Sarawak pulak lepas ni..Kat sana bukan apa,depa tak ramai yg ada internet..kesedaran xdak..jadi aku rasa,kita kena tumpukan tang sana.apa kata cyberboron?
pak sheikh.
first class. keep on writing.
"Bersediakah Najib berubah?...kita lihat rosmah mansor dahulu kalau ada tanda-tanda dah bertaubat kita risik lagi...yang benarnya kau kurang yakin dengan manusia yang sudah terbiasa hidup mewah dan bermegah akan berubah kecuali ALLAH hantar hidayah padanya.insyALLAH.
terbaik
teruskan memberi buah fikiran sebegini
Khalifah Omar bin Abdul Aziz juga seorang yang bermewah termasuk ahli rumahnya semasa beliau menjadi gabenor di Mesir,pendapatnya padaa masa itu ia seorang rakyat bukan pemerintah,tapi dg hidayat Allah,apabila beliau dilantik menjadi Khalifah Bani Umaiyah ia terus melakukan perubahan yang
besar. Mula-mula kepada dirinya,Isterinya,Keluarganya dan keroninya,sehingga diikuti oleh rakyat keseluruhannya, dia menjadi warak dan zohod,kalau dulu pakaian berharga seribu dinar masih kasar tapi apabila jadi khalifah pakaian harga 10 dirham masih lagi halus baginya kerana dulu adalah gajinya kini adalah wang rakyat,begitu juga Najib kalau beliau nak melakukan perubahan inilah masanya,beliau Tidak bamyak LAGI melakukan kesalahan semasa PMnya,kerana PMnya baru sehari jagung,andainya Najib tidah melakukan perubahan sebenar tunggulah masa, rakyat akan mengubahnya pada PRU 13 nanti.
macam plan direct selleng pulak dah
emm..aku rasa,pakatan rakyat sebenarnya dah menang dah di belah semenanjung ni...PRU-12 hari tu pun kita dah tgk..PR menang disemenanjung sbyk 52% undi popular..yang buatkan PR kalah seluruh Malaysia ialah kerana Sabah & Sarawak..Aku rasa,kalau kita nak jadi kerajaan persekutuan,kita kena tackle orang2 Sabah & Sarawak pulak lepas ni..Kat sana bukan apa,depa tak ramai yg ada internet..kesedaran xdak..jadi aku rasa,kita kena tumpukan tang sana.apa kata cyberboron?
---------------------------------------------
aku setuju pendapat di atas, cume kena kaji nature orang sabah dan sarawak. pemikiran diorang tak sama dengan semenanjung. jadi apa yang kita buat di semenanjung, belum tentu menjadi sukses di sana. ini bersadarkan apa yang aku penah sembang dengan pekerja parti di sana. oleh itu, masa pilihan raya sarawak nanti, kita sume kena cari jalan untuk bagi sumbangan utk kemenangan di sana. dah tawan sarawak, barulah cerah harapan utk tawan Malaysia