Mesyuarat Agung PAS Kawasan Beruas kali ke 45 yang berakhir sebentar tadi sebulat suara mencalonkan Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS dalam Muktamar PAS Pusat yang akan diadakan pada awal Jun nanti. Hj. Mohd Sabu dan Ustaz Nasharudin Mat Isa turut dicalonkan untuk mengisi dua lagi kerusi Naib Presiden.
Senarai penuh pencalonan oleh PAS Kawasan Beruas:
Presiden : TG Hj. Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden : Dato' Husam Musa
Naib Presiden : 1. DS Mohammad Nizar 2. Hj. Mohd Sabu 3. Ustaz Nasharudin Mat Isa
AJK : 1. Ustaz Hj. Ahmad Awang 2. Hj. Asmuni Awi 3. Dr. Khairuddin Abd Malik
(baki pencalonan AJK diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Kawasan untuk menentukannya)
Mesyuarat hari ini diresmikan oleh Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak iaitu Dr. Khairuddin Abdul Malik. 5 muka baru dipilih sebagai ahli jawatankuasa PAS Kawasan Beruas sessi 2009-2011 iaitu Hj. Jamaluddin Ibrahim, Mejar(B) Hj. Abu Bakar Hj. Yusoff, Hj. Sulaiman Ramli, Norasiken Hashim dan Hjh. Rohaya Abd Latif. 11 yang lain adalah penyandang sessi lalu.
6 jawatan dimenangi tanpa bertanding iaitu Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua, Naib Yang DiPertua dan Ketua Urusan Ulama'. 2 orang pemeriksa kira-kira sessi lalu iaitu Ghazali Abdul Kadir dan Mohd Radzi Abd Hamid memenangi pertandingan 10 penjuru.
Mesyuarat berjalan dengan lancar dan ditangguhkan pada pukul 2.07 petang.
BUNG&ISTERI BELA DIRI
-
*PEMBEBASAN BATAL, BUNG DAN ISTERI BELA DIRI*
*MAHKAMAH TINGGI BUAT SILAP ???*
*Hakim Mohamed Zaini Mazlan menyatakan Mahkamah Tinggi telah membuat ...
5 days ago
Ustaz Hishamnya jawatan apa.. tak ada dalam senarai nama pun....
Tunggu Ustaz Hisham derhaka, barulah berebut kawasan lain cadangkan jadi pimpinan Pusat.
Biaq pi la ustaz dok macam tu. Dia jadi pemegang cemeti. Orang dalam PAS tak betoi, tengok dia dok balun....
dia mana boleh pegang jawatan, dia balun orang yang pegang jawatan tapi tak laksana. Ust dari ayer tawar tu pasal monyok je.....balik tanya akar umbi di cawangan, kalau depa masih berkenan teruskan mesyuarat, tapi kalau tak cepat-cepatlah faham signal. Lepaskan ketua cawangan. Sedang depa nak lantik lain.
Tau tak pe....cawangan ahli ramaikan...tapi meeting cawangan pun tak dapat dibuat, apa halnya. Mesti ada krisis dalaman di cawangan tu.... Please isyarat yang ada tolonglah faham... kami tak larat kami tak kuat...yang penting KERJAAAA SAMA
Kami kat Ayer Tawar ni...memang dari dulu, mahu Ketua Cawangan yang lain....tapi kebanyakan ahli jawatankuasa cawagan, alah malu ngan ust tu....
La....yang tu pun...tak tau nak buat, Timb. Ketua, SU, KP. Bendahari dan 12 0rang yang lain.... tak kan tak retikut....panggil meeting dan lantik ajk baru sesi 2009/2011.
yang aku tau ust sham ada dalam senarai ajk kws... pasal cwg air tawar tu...mmng susahlah bila ada yang sayang nak lepaskan jawatan...mcm ameno je... agaknya dia lupa jawatan tu amanah Allah,besar tanggungjawabnya tu...ada juga rupanya yang kkejor kedudukan dan jawatan...shooh pi main jauh2... menyusahkan jamaah je.
ust hisyam nak pegan cemeti, pastu pukui diri dia sendiri la,, dia banyak yg tak betui,tipu sana,tipu sini, pimpinan kawasan pun tau cerita,, sama2 subahat..
oo..ye ke...tapi kalau aku la..bila ada orang yang dicuit sikit dah mula meracau-anon 1140- rasanya adalah tu something wrong..main tuduh tak cukup bukti.....kita ni berada dalam jamaah yang mengaku memperjuangkan islam..jangan lupa ALLAH maha mengetahui.
aku tengok macam Pas Sungai Batu saja. Hampir habis jawatan dia orang pegang .
Kalau la Aku jadi perwakilan ke pusat,Aku akan pilih Nizar terus ke jawatan Timbalan Preiden Pas.Tp tu la,ada kawasan yang menyerahkan hal pncalonn jawatan tertinggi Pusat kepada AJK yang baru dilantik,dan sesetengah perwakilan kawasan tdak tahu AJK baru hendak naikkan sapa tapi Aku mau sangat tengok Nizar jadi Timbalan Presiden sbb Aku nampak Dia ni "future leader" Pas.Ada aura yang boleh tarik perhatian orang..
-> anon april 20 6:58pm
mendaki gunung yang tinggi, bukan secara tergopoh-gapah, kelam-kelibut. ianya mesti didaki penuh sabar dan berhati-hati. sampai setingkat, rehatlah sekejab , sampai setingkat lagi, rehatlah lagi. lepaskan penat, memerhati ke bawah dan ke atas, kumpul tenaga baru. dengan rahmat Allah, insya Allah, tiba juga ke puncak.
nizar sudah banyak tugas dan amanah. dia ada pasir panjang, juga bukit gantang. juga ada kes mahkamah yang panjang. moga2 dia mampu menjalankan amanah yg sedia ada, sebaik-baiknya.
la yukallifuLLahu nafsan illa wus 'aha...
ymg,apa sudah jadi jemaah?dah main macam umno dah,jaja sana jaja sini,ini dalam enternet tau bukan kedai kopi faham la sikit sabar sikit,ni dah sebut nama apa hal kalau tak puas hati jumpa slowtalk baru nampak cantik,ini cakap main tuduh tuduh mana ada jalan bee.. apa yg tak suka cakap ,nanti kita buat andain kau main bini org apa macam,rasional la sikit,klu hot pun tak payah jaja sampai sini.mai sini kita bincang.
tenangkan hati,lapangkan dada dan yakini bahawa Allah mengutuskan rasul sebagai contoh ikutan... lupakan selisih pandangan dan yang terusik di hati. ayuh kita berganding tangan menguatkan saff menuju matlamat suci perjuangan ini untuk meletakkan kalimah Allah ketempat yang tertinggi samaada di dalam peribadi,keluarga,masyarakat, negara dan dunia seluruhnya.setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing2 jadi ayuh kita saling melengkapi demi mencari redha Ilahi.
Kepada semua tukang komen.
Hendaknya anda sedar dan penuh insaf sebelum menulis sesuatu. Mengapa jadi begini...marilah kita sama-sama bersemuka, berbincang, hadir mesyuarat dan mencari cara terbaik untuk memajukan organisasi Pas Beruas,dah lama dah...kita letih dan buang masa menyelesaikan masalah yang kita cipta sendiri, banyak benda besar yang tidak dapat kita fikir dan laksanakan kerana masalah remeh, masalah orang ni tak puas hati pada orang tu begitulah sebaliknya. Ayuhlah dengan rendah hati dan tulus saya menyeru kepada yang diberi amanah, marilah kita bersatu hati melaksanakan amanah dengan sungguh-sungguh tanpa mengira segala halangan yang menanti. Laksanakanlah amanah...jangan peduli kepada pengacau-pengacau, yang memang dikirim oleh saitan untuk mengagalkan usaha kita. Jangan kerana masalah kecil kita tarik dari dan merajuk lalu mencari-cari alasan menyalahkan orang lain, paling malang memperleceh Pas Beruas. Ayuh kita mulakan langkah, tanpa menoleh kebelakang lagi.
tak kisah la ustaz tak jadi AJK Kawasan pun takpa lah. Kotkot next PRU depa baik hati nak bagi kouta kat blogger, ustaz syam ada. dia ustaz yang paling rock. aku takmo puji dia lebih-lebih, tapi history dia dah lebih dari cukup untuk naik tinggi.
pak sheikh, saya tau PKR ada masalah masa nak boh calon kat cgkt jering masa PRU dulu. mail yusop tak bertanding situ nanti. ustaz bertanding atas PKR lah ye? sorry off-topic sikit.
hisham4cgktjering.blogspot.com