Muhammad Shaiful (7 tahun), Muhammad Amirul (4 tahun) dan Muhammad Yusof (2 tahun) meninggal dunia dalam kebakaran kediaman mereka di kampung Sungai Rotan, Batu Hampar tengahari kelmarin. Ibubapa 3 beradik itu ialah pasangan suami isteri, Nordin bin Md Noor dan Mah bt Abdullah yang mendiami rumah pekerja kuari pasir di kampung ini. Ketika kebakaran, pasangan suami isteri tersebut sedang mencuci pakaian di sungai yang agak jauh dari kediaman mereka.
Bapa kanak-kanak tersebut, Nordin Md Noor redha dengan ketentuan ajal anak-anaknya namun amat pilu mengenangkan hajat anak sulungnya (Muhammad Shaiful) untuk mendapat sehelai baju yang dibuat daripada bendera PAS tidak sempat ditunaikan.
"Pagi tadi Shaiful minta saya dapatkan sehelai bendera PAS untuk dibuat baju. Saya dah bersetuju dan telah pun dapat sehelai bendera. Ingatkan petang tadi atau besok bolehlah dijahit baju untuk Shaiful. Tapi Allah lebih sayangkan Shaiful dan adik-adiknya. Tak sempat Shaiful dapat baju bendera PAS. Saya percaya Shaiful akan dapat pakaian yang lebih indah dalam syurga," kata Nordin dengan linangan air mata.
Menurut ibu kepada 3 beradik itu, dia dan suaminya mengunci rumah sebelum pergi ke sungai untuk mengelakkan anak-anaknya bermain di tepi lombong berdekatan rumah. Ketika itu anak bongsu mereka (Muhammad Yusof) sedang tidur dalam buaian dan diawasi oleh Muhammad Shaiful yang sudah biasa dengan rutin itu. Muhammad Shaiful ialah murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan Batu Hampar, Beruas.
"Itulah saja anak kami. Tiga orang saja. Hari ini kami tak ada anak lagi dah," kata Mah Abdullah dengan sayu.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin datang menziarahi keluarga kanak-kanak tersebut pada pukul 6.15 petang dan kemudiannya terus ke Hospital Taiping kerana jenazah 3 beradik itu masih menjalani post-mortem di sana. Jenazah dimandikan dan dikafankan di hospital.
Solat Jenazah dipimpin oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Gantang bersama kira-kira 100 orang yang hadir di Masjid Kg. Batu 26. Turut hadir ialah ahli-ahli jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Gantang dan Kawasan Beruas.
Sementara itu Ketua Bilik Gerakan MTD Trong, saudara Zainon memberitahu bahawa bapa kanak-kanak tersebut (Nordin Md Noor) adalah petugas Pakatan Rakyat yang amat dedikasi sepanjang tempoh menjelang pilihanraya kecil Bukit Gantang baru-baru ini. Nordin menyewa rumah kecil milik kuari pasir di Kampung Sungai Rotan dengan kadar sewa RM40 sebulan. Sebelum rampasan kuasa negeri Perak, keluarga Nordin telah dipilih untuk menduduki tanah kerajaan di tepi jalan besar Kg. Batu 26. Malangnya urusan itu terhenti selepas rampasan kuasa. Kerajaan rampasan kuasa kemudiannnya berura-ura menempatkan keluarga Nordin di kawasan penempatan berhampiran Kg. Padang Gajah tetapi ura-ura itu dibatalkan apabila Nordin aktif berperanan sebagai petugas Pakatan Rakyat ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Trong telah pun mengenalpasti tapak untuk dibina kediaman baru bagi pasangan suami isteri itu di kampung Batu Hampar sebelum kejadian hari ini. Berikutan tragedi hari ini, Pusat Khidmat telah menyediakan sebuah rumah sementara untuk didiami oleh pasangan suami isteri itu. Kos sewaan rumah itu dibiayai sepenuhnya oleh Pusat Khidmat. Pembinaan rumah baru yang dirancang oleh Pusat Khidmat sebelum ini juga akan disegerakan.
Sehubungan dengan itu Pusat Khidmat Masyarakat DUN Trong merayu sumbangan kewangan daripada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin supaya pembinaan kediaman baru Nordin dan Mah dapat disempurnakan dengan segera.
Sumbangan boleh dihulurkan ke Akaun Bank Islam, nombor akaun 08040010034554 atas nama PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN TRONG.
BUNG&ISTERI BELA DIRI
-
*PEMBEBASAN BATAL, BUNG DAN ISTERI BELA DIRI*
*MAHKAMAH TINGGI BUAT SILAP ???*
*Hakim Mohamed Zaini Mazlan menyatakan Mahkamah Tinggi telah membuat ...
5 days ago
dah la rampas kerajaan,hak org miskin yg dah sah pun dirampas juga...
apa punya parti la...
dah tak fikir dosa pahala
sama macam yahudi
yahudi musuh islam
pasal tu dia rampas tanah palestin
yang umno rampas kerajaan perak tu
siap jatuhkan MB PAS
sah la umno pun musuh islam
sama macam yahudi
sedih sungguh cerita ini.
semoga Allah mengampuni dan merahmati ruh ketiga2 anak lelaki En. Nordin. moga keluarga En. Nordin tabah dengan ujian ini.
peranan kita, sama2 bantulah sedapat mungkin keluarga En. Nordin. dermalah, sumbanglah. semoga mereka dapat hidup sempurna seperti rakyat2 Malaysia yg lain. kalau ada majlis dirikan rumah kelak, hebahkanlah. boleh ramai turun bantu, Insya Allah.
bagi yang zalim itu, moga Allah bukakan hati mereka untuk bertaubat dan mengubah diri agar tidak diazab di dunia dan akhirat.
tiada yang paling sedih bila orang islam mengkhianati orang islam yang lain.
kalau dah umno pun musuh ISLAM
bermakna darah UMNO dalah HALAL...
UMNO tiada darah sebab ia sejenis BANGKAI
astaghfirullah! bru aku nmpk betapa bodohnya aku beri undi aku kt pas. dlm kesedihan pun masih nk tuduh2 org umno yg bukan. jadi mmg btul org ckp pas ni parti ajaran sesat. menyesal aku dulu undi pas..
Tanpa nama di atas ni buta hati agak nya..selama ini ada umno ambil peduli hal rakyat seperti en nordin, tanpa tanah dan rumah..tanpa kemudahan bekalan air api ?
siapa tak marah ..bila masih ada lagi rakyat hidup menumpang di tanah air sendiri.
kalau menyesal undi pas..elok mike cepat2 pergi menyembah MB haram tu mana tau kut kut ada habuan..
Innaa lillah wa'innaa ilaihi roo ji'uunn...
"yang dikhabarkan oleh para ulamak, anak-anak yang belum baligh apabila meninggal dunia, tiada dosa bagi mereka dan mereka adalah penghuni-penghuni syurga..."
Maha beruntung Encik Nordin dan isteri kerana dikurniakan oleh Allah (swt) anak-anak yang menghuni syurga...
Subhaanallah,
alhamdulillah,
laa ilaa haillaalooh...
Allahuakbar..!
Innaa lillah wa'innaa ilaihi roo ji'uunn...
Kepada en.Nordin banyakkan bersabar,tabah kan hati menempuh dugaan hidup, semua yang berlaku ada hikmah nya.
Subhanallah...
En. Nordin dan isterinya akan di pimpin oleh ke tiga anak-anaknya masuk ke syurga..
itulah janji Allah bagi mereka yang diambilNya semasa kecil.
DAH 50 TAHUN PERINTAH MALAYSIA.MACAM NI,HASILNYA..BAHALOL PUNYA PEMIMPIN.
Kita hanya boleh ucapkan takziah dan bersabar kepada ibubapa arwah, tetapi hakikatnya hanya ALLAH saja yang tahu, betapa pilu dan sedihya mereka menghadapi ujian dan dugaan ini...hidup mesti diteruskan dan kita semestinya hendaklah dekat kepada NYA (ALLAH)......anak-anaknya menunggu di syurga....
semoga ALLAH mencucuri rahmat terhadap anak2 beliau.....ALFATIHAH.
Innaa lillah wa'innaa ilaihi roo ji'uunn...
hidup islam