Tok Guru Hj. Ahmad Awang Ulangi Pendirian Beri Laluan Kepada Pemimpin Lebih Muda

Ketika perbahasan Ucap Utama Pesuruhjaya dalam Konvensyen PAS Perak 24 Mei, wakil PAS Kawasan Sungai Siput mencadangkan supaya warga PAS Perak menganugerahkan penghormatan kepada Ustaz Hj. Ahmad Awang dengan panggilan TOK GURU.

Cadangan itu disambut dengan laungan 'setuju' oleh kira-kira seribu perwakilan yang memenuhi Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Dalam ucapan penggulungan Pesuruhjaya di penghujung konvensyen, Tok Guru Hj. Ahmad Awang mengulangi pendiriannya untuk menarik diri daripada bertanding semua jawatan pada Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung awal Jun ini. Tok Guru dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden, AJK Pusat dan AJK Dewan Ulama'.

Menurut Tok Guru Hj. Ahmad Awang, pada usia 74 tahun ketika ini beliau merasa patut berundur daripada memimpin organisasi PAS yang lebih memerlukan pemimpin pantas, dinamik dan progresif. Tok Guru adalah pemimpin paling senior (dari segi umur) yang mendapat pencalonan untuk bertanding pada muktamar Jun ini.

Bersama dengan keputusan menarik diri daripada pertandingan di peringkat PAS Pusat, Tok Guru Hj. Ahmad Awang juga memaklumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Perak yang telah diamanahkan kepadanya sejak 8 tahun lalu.

Kata Tok Guru dalam ucapannya, "Saya telah memaklumkan hal ini (melepaskan jawatan PJ) kepada Dato' Seri Presiden sebentar tadi".

"Keputusan ini bukan bermaksud saya akan meninggalkan perjuangan ini. Saya tidak akan meninggalkan kerja-kerja perjuangan PAS. Saya akan tetap bersama PAS tetapi bukan sebagai pemimpin organisasi di peringkat Pusat atau negeri. Saya akan memberikan tumpuan kepada tugasan yang telah lama saya lakukan iaitu meneruskan usaha dakwah selagi ada hayat". Demikian penjelasan Tok Guru Hj. Ahmad Awang.

Semua perwakilan yang diminta memberi komen tentang keputusan Pesuruhjaya PAS Perak itu amat mengalu-alukan keputusan yang disifatkan sebagai 'berjiwa besar' dan 'memandang jauh ke hadapan'.


Sehubungan dengan itu PAS Perak sessi 2009-2011 yang akan bermula selepas Muktamar PAS Pusat awal Jun ini akan mendapat Pesuruhjaya baru. Antara nama-nama yang memimpin PAS Perak ketika ini ialah Ustaz Hj. Abu Bakar Hussain (TPJ 1), DS Hj. Mohammed Nizar Jamaluddin (TPJ 2), Hj. Asmuni Awi (TPJ 3), Hj. Abd Rahim Md Ariff (SU), Dr. Hj. Khairudin Dato' Hj. Abdul Malek (Bendahari), Ustaz Mohd Misbahul Munir Hj. Masduki (Ketua Penerangan) dan Ustaz Suid Din (Ketua Dewan Ulama').

Selain itu antara nama-nama yang turut dikaitkan dengan PAS Perak ketika ini ialah Dr. Mujahid Yusof (Ahli Parlimen Parit Buntar) dan Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat).

Nama-nama yang paling banyak disebut untuk mengisi amanah ini ialah DS Hj. Mohammed Nizar Jamaluddin dan Hj. Asmuni Awi.

Sekiranya jawatan itu akan diserahkan kepada pemimpin berlatarbelakang pendidikan agama, calon-calonnya ialah Ustaz Hj. Abu Bakar Hussain, Ustaz Suid Din dan Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki.

Namun begitu berdasarkan realiti terkini politik negeri Perak kebanyakan aktivis Pakatan Rakyat di pelbagai peringkat lebih melihat kewibawaan DS Mohammed Nizar Jamaluddin yang juga memiliki keperibadian dan keupayaan lepasan pendidikan agama.

Apapun, segunung tahniah selaut penghargaan kepada Tok Guru Hj. Ahmad Awang atas segala khidmat dan bakti sepanjang 8 tahun memimpin PAS Perak.

Comments :

7 comments to “Tok Guru Hj. Ahmad Awang Ulangi Pendirian Beri Laluan Kepada Pemimpin Lebih Muda”
soklan said...
on 

Takbir!!
Moga Allah merahmati TG Ahmad Awang.

bukit teluk sera said...
on 

salam. DS Nizar menarik diri Naib Presiden. Tok Guru Hj Ahmad ingin menarik diri Pesuruhjaya Perak untuk buka laluan pada yang muda.

pergerakan keduanya seakan seirama, serentak dan senada. alhamdulillah.

nak tahu dak said...
on 

Khalil Idham Lim lebih layak sebagai Pesuruhjaya kerana seorang ulama dan terkenal dalm blog

Anonymous said...
on 

DS Nizar mampu membawa PAS Perak ke arah kecemerlangan.
Yang lain mampu, tetapi DS Nizar lebiiihhh mampu! Nizar bukan ulamak? Come on! pengetahuan Islam wajib kepada semua umat Islam! Label ustaz hanyalah kerana sijil!

IbnuQalil said...
on 

Ir Nizar tak boleh sebab banyak keputusan beliau di Perak tidak dimaklumkan kepada PAS Pusat malah ada yang menyanggahi PAS Pusat.

Khalil Idham Lim tu ulama ke? Lagi satu, beliau under perform, tu sebab x dapat pertahankan jawatan YDP Kawasan baru2 ni.

JAWA TELUK INTAN said...
on 

SAYA RASA USTAZ MISBAHUL MUNIR LAYAK UTK JAWATAN PESURUHJAYA PERAK KERANA BELIAU BERPENGALAMAN LUAS DAN ISTIQAMAH DLM PERJUANGAN SERTA PERNAH MENJADI KETUA PEMUDA PERAK.BELIAU RAPAT DGN YB NIZAR JUGA ADALAH SEORANG PEMIDATO YG HEBAT...

Anonymous said...
on 

Tok Guru Hj Ahmad Awang adalah permata dalam perjuangan Islam. Beliau ikhlas berjuang kerana Allah swt tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Di ambang kejayaan PAS ini, beliau mengundurkan diri.

Semoga semua pejuang PAS/PR mengambil contoh dari beliau.

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini