Menjelang Muktamar PAS - Ulama' Atau Profesional?

Mutakhir ini banyak diperkatakan tentang kepimpinan PAS. Media menggambarkan seolah-olah pemimpin-pemimpin PAS berpecah kepada dua team. Ada team yang mendokong kepimpinan ulama' dan ada team yang mahukan dominasi golongan profesional bukan ulama'. Ada juga istilah kumpulan Erdogan, merujuk kepada tokoh-tokoh PAS yang rapat dengan DSAI.

Terkini timbul kontroversi baru berikutan luahan Nik Abduh tentang 'pembantu-pembantu ayahanda TGNA' yang didakwa cuba melaga-lagakan Mursyidul Am itu dengan TGHH. Isu yang dikaitkan ialah pendekatan muzakarah yang berlaku selepas PRU12 dan kemudiannya dinamakan muqabalah selepas beberapa perbincangan peringkat tertinggi dalam PAS. Pendekatan politik yang melibatkan hubungan dengan UMNO itu kemudiannya membawa kepada kemunculan istilah Unity Government. Ia telah diisytiharkan sebagai 'dibatalkan' berikutan penolakan secara umum oleh ahli-ahli PAS pelbagai peringkat.

Sama ada sedikit atau banyak, kelihatannya kredibiliti ulama' sebagai peneraju kepimpinan PAS sedang dibahaskan. Media internet malah amat jauh ke depan mengulas persoalan ini sehingga ke tahap kritikan yang dahsyat dan ganas. Ulama' sudah dibangsatkan bahkan dibabikan oleh sebahagian penulis blog yang menyokong PR dan PAS.

Mengulas hal yang sama, Harakah 1-3 Mei memuatkan pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Haron Din yang ditemubual oleh Ahmad Lutfi Othman dan Azamin Amin. Wawancara itu terlalu panjang untuk dimuatkan disini. Antara isi pentingnya ialah;

Masyarakat pada awalnya sudah memahami bahawa PAS dipimpin oleh ulama'-ulama' yang berwibawa sehinggalah berlaku sedikit perubahan apabila PAS dipimpin oleh almarhum Dr. Abbas Alias dari kalangan profesional dan kemudiannya almarhum Dato' Asri Muda kerana keperluan semasa. Sejarah itu memperlihatkan seolah-olah PAS tidak semestinya dipimpin oleh ulama' tetapi juga boleh dipimpin oleh golongan profesional bukan ulama'.

Dalam Muktamar PAS pada tahun 1983 satu ketetapan telah dibuat iaitu PAS mestilah menggariskan dengan jelas bahawa kepimpinan parti mesti berdasarkan kepimpinan ulama'.

Berikutan itu perlembagaan PAS dipinda dan dimasukkan peruntukan berkenaan Majlis Syura Ulama dengan kriteria khusus bagi keanggotaannya. Dengan itu semua pihak memahami bahawa kepimpinan tertinggi PAS disandang oleh individu-individu yang diterima dalam PAS sebagai ulama'.

Kepimpinan ulama sudah menjangkau suku abad. Tempoh itu tidak terlalu pendek dan tidak juga terlalu panjang untuk menilai pencapaian kepimpinan ulama'. Matlamat keagungan Islam berjaya diletakkan di landasan yang baik. Usaha memartabatkan perjuangan PAS sebagai perjuangan yang menarik minat majoriti umat Islam di negara ini berhasil dengan pencapaian yang agak besar.

PAS era kepimpinan ulama' mengambil masa beberapa tahun untuk diterima oleh rakyat negara ini yang berada di luar parti. Selepas menang di Kelantan pada pilihanraya umum tahun 1990 TGNA berjaya menampilkan keberkesanan kepimpinan ulama di peringkat kerajaan. Rakyat Kelantan terus memberikan sokongan kepada PAS yang dipimpin oleh ulama' sebagai kerajaan negeri itu sehingga hari ini. Hal ini boleh dikaitkan sebagai satu mesej penerimaan masyarakat kepada kepimpinan ulama' dalam PAS.
Kesedaran tentang perlunya kepimpinan ulama' itu tidak berlaku secara tiba-tiba. Ada semacam 'paid up capital' atau modal berbayar yang mencetuskan era kepimpinan ulama' itu.

Sejak awal tahun 70an kebangkitan Islam berlaku dengan jelas di seluruh dunia, dimulai dengan Ayatullah Khomeini menggantikan Shah Iran diikuti kejayaan Islam di beberapa negara Timur Tengah. Ombak kesedaran Islam itu semakin besar dan sampai juga ke Malaysia.

Pada tahun 1975, ketika masih lagi sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan, saya terlibat secara langsung dengan PAS. Saya dicalonkan sebagai AJK PAS Pusat dan mendapat undi terbanyak. Selepas itu saya dan Yang DiPertua Agong PAS, Dato' Asri Muda berkempen dan berceramah di seluruh negara bersama-sama.

Haji Subky Latif pernah menulis dalam sebuah bukunya bahawa antara pemimpin yang wajar memimpin PAS selepas Dato' Asri ialah dua orang iaitu saya dan Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok. Maknanya telah tergambar kepada ahli PAS ketika itu bahawa perlunya ada perubahan dalam PAS dan ia mestilah berteraskan kepada kepimpinan ulama'.

Itu tanda kesedaran bahawa mereka yang mendalami agama, yang mahir dan yang arif dalam agama, atau dengan bahasa mudahnya ulama', merupakan golongan yang selayaknya memimpin PAS. Akhirnya selepas itu almarhum Haji Yusof Rawa yang juga seorang ulama' dipilih memimpin PAS.

Suka saya tegaskan bahawa perubahan yang berlaku itu bukanlah kerana terikut-ikut tetapi sebagai landasan bahawa PAS memperjuangkan Islam sebagai satu cara hidup yang wajar dipimpin oleh ulama'.
Namun begitu PAS bukanlah parti yang dikongkong oleh ulama'. Keberkesanan kepimpinan ulama' di bangunkan dengan sokongan dan gabung jalin usaha tenaga profesional. Ulama boleh bergandingan dengan sesiapa sahaja serta sentiasa sedia bantu membantu di antara satu sama lain.

Ulama' hanyalah pengemudi parti untuk sampai kepada arah tuju yang sebenar. Ulama' laksana juruterbang sebuah pesawat terbang atau nahkoda sebuah kapal. Namun bukanlah hanya dia seorang saja yang bekerja, tetapi secara bersama dengan kakitangan yang lain. Hal ehwal penumpang, kebajikan, keselamatan dan lain-lain lagi diurus oleh yang bukan 'pilot'. Kerjasama itulah yang menjadikan penerbangan atau pelayaran itu lancar.

Nabi Muhammad banyak kali mengetuai angkatan perang tetapi tidak pernah membunuh walau pun sekali. Ada perkara yang Nabi perintahkan kepada umatnya tetapi baginda sendiri tidak pernah melakukannya seperti azan dan iqamat, sesuai dengan keadaan dirinya yang sentiasa menjadi imam.

Nabi pernah memerintahkan tentera Islam berkhemah di satu tempat tetapi ditegur oleh pakar perang bahawa kawasan itu tidak sesuai kerana jauh daripada sumber air, dekat dengan laluan angin dan mengadap pancaran matahari. Nabi menerima teguran itu dan berpindah ke tempat lain. Nabi memanfaatkan kepakaran sahabatnya yang memiliki kelebihan ilmu perang. Yang hebat memanah memimpin urusan memanah. Yang hebat memintas memimpin urusan memintas. Yang hebat mengatur strategi dimanfaatkan idea tempurnya. Tetapi Nabi tetap sebagai pemimpin utama.

Begitu juga dalam PAS, masing-masing ada kelebihan tersendiri dan saling tampung menampung. Kepimpinan ulama' mesti diteruskan. Gandingan dengan tenaga profesional mesti terus dimantapkan.

PAS berdepan dengan parti lawan yang sangat berbeza. Parti mereka mementingkan keduniaan. Catur politik mereka juga dunia. Modal besar dan janji mereka juga adalah dunia seperti pembangunan dan penambahan material.

Untuk berdepan dan menyaingi mereka, kita perlukan bukan saja ulama', tetapi juga buah fikiran dan tenaga golongan profesional demi memantapkan parti dan menggerakkan kejayaan perjuangan Islam yang menyeluruh. PAS berjuang untuk duniawi dan ukhrawi. Gabungan kedua-dua matlamat perjuangan itu menuntut jalinan ulama' dan profesional yang mantap. Kita mesti bergandingan dan tampung menampung jika ada kebocoran, bukannya mencari kelemahan dan berusaha menjatuhkan mana-mana pihak. Jangan jadikan parti kita serupa dengan UMNO sehingga berlaku politik wang.
Apabila berhadapan dengan soal pemilihan, pelbagai persoalan berbangkit terutama jika membincangkan isu kepimpinan ulama'. Kita perlu sedar bahawa dasar kepimpinan ulama' dibuat bukan untuk kepentingan sesiapa tetapi merupakan keperluan dalam perjuangan Islam.

Wujud juga tafsiran yang sengaja atau mungkin tidak faham dengan perjuangan PAS apabila kepimpinan ulama' mahu ditukar dengan kepimpinan Islam.

Istilah itu tidak berlawanan jika kepimpinan Islam berteraskan ulama', namun kalau pemimpin yang memimpin itu adalah Islam sahaja, maka tafsirannya terlalu luas. Seolah-olah sesiapa saja boleh memimpin PAS asalkan dia Islam. Itu konteks yang luas dan boleh mengundang pelbagai hujah dan fitnah. Tetapi jika yang memimpin PAS itu adalah ulama', maka ada 'limitation' dan hadnya supaya ada ciri-ciri serta kriteria tertentu untuk menjadi pemimpin tertinggi parti Islam ini.

Islam itu adalah agama yang mudah, maka diperluaskan, tetapi jika ia luas sangat, maka sempitkan sedikit. Jika kita letak landasan kepimpinan ulama' maka ianya 'tidaklah luas sangat dan tidaklah sempit sangat'.
Pemimpin dalam Islam adalah imam. Ia umpama analogi dalam solat. Ada makmum di belakang imam. Ada doa yang menjelaskan ciri kepimpinan iaitu "Ya Allah, jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa." Justeru dalam hal bertaqwa juga mempunyai peringkat-peringkat tertentu dan yang dipilih ialah yang tinggi taqwanya. Lazimnya ulama' mempunyai ciri-ciri ini.

Nabi Muhammad adalah pemimpin dan juga imam. Ada ketika baginda terlalu khusyuk solat sampai mengerjakan Maghrib empat rakaat, tetapi kemudiannya ditegur oleh makmum. RasuluLlah akur lalu menunaikan sujud sahwi. Begitu juga dalam hal peperangan, baginda sentiasa menerima pandangan daripada sahabat-sahabat yang arif berperang.

Itu bukan kesilapan, tetapi petunjuk ringkas daripada RasuluLlah bahawa pemimpin boleh ditegur, dibantu dan diberi pandangan.

Begitu juga dalam PAS. Kelemahan kepimpinan ulama' bukan untuk diperbesarkan tetapi mesti diperbetulkan. Kita harus ingat, semua orang mempunyai kelemahan dan sewajarnya ditampung bersama. Adakah dengan menukar kepimpinan maka kelemahan dan kesilapan itu pasti tidak akan wujud samasekali?

Saya lihat ada keterbukaan pada ulama'-ulama' yang memimpin kita. Mereka tidak sedikit pun menghalang kita bertemu mereka untuk mendapatkan penjelasan. Mereka sedia bertemu dan berbincang demi mengukuhkan parti sekaligus memantapkan perjuangan Islam yang menjadi dasar dan teras PAS selama ini.
sumber : Harakah 1-3 Mei, edisi cetak.

Comments :

8 comments to “Menjelang Muktamar PAS - Ulama' Atau Profesional?”
Yong said...
on 

Jika nak PAS dipimpim ulama secara 'explicit', minta TGNA tanding kerusi Presiden. Jadi tak timbul isu laga2 lagi sebab dah jadi 2 dalam 1. Ulama chief dan Party CEO orang yang sama. Bagi Yong, negeri masing2 kena jaga yob. Dulu, kini dan selamanya UMNO tak boleh dipercayai.

Anonymous said...
on 

Wahai org yg beriman!Taatlah ALLAH,Taat lah Rasul dan pemimpin d kalangan kamu.Jika berlaku perselisihan pendapat kembalilah kpd ALLAH DAN RASUL jika kmu benar2 beriman.Wallahualam.

bukit teluk sera said...
on 

kalau tanya aku yang kepalang bodo ini, aku akan pilih 'ulama yang profesional'.

ahli ilmu agama semata tanpa kemahiran seni siasah mengurus dan mentadbir pelbagai cabang bidang mungkin boleh melembapkan parti. akan kerap jadi pak turut pada yang cekap dan licik. kesan: mendorong pemberontakan dalaman.

ahli profesional semata tanpa ilmu agama yang kukuh akan boleh merosakkan parti. agresif, sukar dikawal-tegur, kurang rasa takut pada Tuhan dalam amalan seharian, mudah tersasar. sama. kesan: mendorong pemberontakan dalaman.

asas penting:
apabila disebut ahli ilmu agama, ilmu agama, ulama dan kealiman - bukan merujuk sebanyak mana ilmu itu dimiliki. tetapi sejauhmana dia menghayati serta mengamalkan ilmu Allah itu hingga menyelamatkan dirinya dan orang lain dari tepi tubir jurang neraka, pada setiap ruang dan masa, setiap detik dan ketika.

allahu a'lam. ini hanya pandangan aku. mungkin salah.

Seladang said...
on 

Pada aku yang dhaif ilmu ini berpendapat - Berjayalah Umno memecahkan kekuatan PAS jika usaha yang diada adakan oleh Umno itu menjadi PAS berdebat sesama sendiri!

KuliGomen said...
on 

Ulama' Professional
antara contoh yg relevan....
DS Ir Nizar :)

Zainun said...
on 

Sesungguhnya semua ini akan membawa kepada satu perkara yang pasti - kematangan dalam politik dan perjuangan PAS. Semoga kesemua ini tidak akan mencacatkan PAS, malah menguatkannya lagi.

Asalkan kesemua ini tidak pergi ke tahap sejauhnya...

Unknown said...
on 

Saya sebagai grass root PAS salah satu matlamat serta tujuan PAS melalui kepimpinan ulamak untuk melahirkan satu saf pimpinan yang haraki bagi memimpin PAS kearah yang di redoai Allah.Dengan adanya yang sebenar benar alim terbukti kesungguhan dan keiklasan perjuangannya yang sesuai justru mengelarnya Ulamak yang betaraf haraki

Maka Muncullah ulamak haraki seperti.Al marhom Utz Fadzil Mohd Nor,Tuan Guru Haji Yahya Junid,Al Marhom Tuan Guru Hj Yusof Rawa,Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat,Tuan guru Hj Abdul Hadi Awang.Al Marhom Al syahid Utz Hj Ibrahim Mahmud( Ibrahim Libya).

Dewasa ini apa yang sedang di lalui oleh PAS ramai yang bekelulusan dari jurusan. Ugama berjuang dalam PAS kita nobatkan sebagai ulamak justru bagi menepati kepimpinan ulamak kita letak mereka dalam ketogeri sesuai sebagai pimpinan nombor itu dan nombor ini tampa kita selidiki atau menilai peranan yang dimainkan dalam Parti .pengorbanan,keperbadian,amalan,ilmu yang diamalkan,sejauhman pengorbanan dalam perjuangan risiko yang sangup di pikul.Adakalanya kita lihat ustaz atau individu yang kita sebut ulamak dari segi amalan tidak nampak ianya lebih baik dari yang bukan ulamak atau sekadar tuan haji sahaja.Terbukti mereka mereka ini apabila di peluang untuk memegangan jawatan dalam parti gagal untuk menzahirkan integriti yang besesuaan sebagai ulamak lebih malang lagi sebagai ulamak haraki .

Ada ulamak dan ustaz yang sudah memiliki kepentingan dalam kopprat dan menjalankan syarikat,ulamak yang sibok mengumpul harta melalui kuliah ugama atau program .yang mendatangkan hasil atau habuan.Bolehkah ulamak yang seperti ini kita amabil sebagai contoh dan tauladan.

Saya ingin mengambil contoh yang amat baik yang harus di ikuti oleh ulamak sedia ada dalam PAS ia itu contoh yang di tunjukan oleh Al marhom Ustaz Fadzil Mohd Nor.Satu contoh yang terdekat ulamak yang di hormati dan di segani oleh kawan dan lawan..Tahu kah anda selepas kematian beliau apabila ahli keluarganya memereksa buku akuan bank untuk memngetahui apa yang di tinggalkan Alangkah terkejutnya baki Wang dalam bank hanyalah Rm13.00 (tiga Belas Ringgit saja) Ketika beliau masih hidup Beliau mendapat berbagai elaun Pencen itu dan ini pada setiap bulan.berjumlah berpuluh ribu tetapi hampir semuanya disedekahkan untuk perjuangan islam dari masa kesemasa secara senyap senyap.Ini termasuklah infak kepada Pas Sekolah ugama rakyat yang di dermakan dari wangnya sendiri,Ambulan dikawasan beliau dengan wang nya sendiri,surau masjid dan banyak lagi sumbangan beliau dari poket yang hasil dari elaun pencen sebagai pensyarah,Ahli Parliament,dan Adun selama beliau di lantik sebagai wakil rakyat PAS.

Al Marhom Ustaz Fadzil Nor disepanjang hayat beliau sebagai pimpinan PAS hidupnya di habiskan di Luar rumah dari tinggal dalam rumah menjalakan aktiviti parti dan dakwah.Tanyalah bekas pemadu beliau kesah kehidupan bekas pimpinan kita yang telah menunjukan contoh yang amat mulia sebagai pejuang islam ,disamping menjadi ulamak yang haraki.

Rakyat di kawasan belia ia itu bukit raya amat mengenaili siapa Al Almarhom Ustaz Fazil yang sehingga kini apa bila tekenang beliau atau melihat gambar beliau pasti nya air mata yang menitis sedih dan pilunya hati kita.disamping kesedihan apa yang terjadi di apabila Utz Azizan memimpin. PAS Kedah.Al marhom tidak pernah di cabar atau dipertikaikan cara kepimpinannya.Tidak pernah menarik apa apa kenyataan yang di buatnya.Sehingga kini mursidul Am PAS Yuan Guru Nik Abdul Nik Mat menyangjong beliau sebagai pimpinan PAS yang hakiki begitu juga dengan President sedia ada Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Fikirlah secara rasional

Ahli PAS dan Pimpinan PAS di semua peringakat harus berfikr secara rasonal sesuai dengan tuntuntan semasa serta muhasabah diri mencari kelemahan PAS dan memperbaikinya dari masa kesemasa agar tidak memberi ruang pada musuh untuk mengekplotasinya

Apa yang amat meyedihkan ahli secara keseluruhan ketika ini apakah peranan Ulamak dalam PAS apa sebenarnya kepimpinan ulamak?? Apakah kuasa mereka adakah seperti ahli majlis fatwa kebangsaan atau hanya kosmetik dalam PAS sekadar lebel kepimpinan ulamak.Adakah peranan ulamak dalam PAS semakin ceroi???. Setiap kali timbulnya issue yang berkaitan dengan fatwa kebangsaan atau keputusan kerajaan yang menyalahi syarak majlis syuara Ulamak PAS diam tidak membuat apa apa apa kenyataan penderian parti.Alasanya nanti kena ISA atau di dakwa menghasud.Tetapi yang peliknya pimpinan PAS yang bukan Ulamak mendahului ulamak mengeluarkan kenyataan untuk membalas hujah musuh walu pun terdedah kepada tindakan pihak berkuasa

Ulamak yang bagaimanakah yang harus kita beri kepecayaan untuk memimpin parti kearah kemenangan yang hakiki, Dimanakah mereka ini siapa mereka yang sebenarnya .Adakah cuma yang tinggal diakhir zaman ini hanya juhalak yang menyamar seperti ulamak seperti mana dalam di ceritakan oleh nabi kita dalamm melalui hadis hadis.Atau kah kita ketadusan ulamak haraki atau hanya ulamak sekadar rubber stamp dan berani dalam bilik kuliah atau surau tidak di tempat umum menyeru kebaikan dan mencegah kemunkaran dan dapat dan gaji elaun atau habuan dan pada waktu malam kenduri,doa selamat,tahlil sembahyang hajat.

Ulamak yang sebenarnya pewari nabi yang sepatututnya mempuyai kuasa bertindak.Ulamak yang duduk barisan hadapan ketika berdemotrasi ulamak yang cintakan mati syahid .Pada zahirnya apa bila sesorang itu mempuyai kelulusan yang agak tinggi dari segi akademik dan boleh berpidatu tetapi gerak kerja parti dan gagal melaksanakan tugas parti maka kita nobatkannya sebagai ulamak seolah olah pekataan ulamak itu tiada nilai dari segi ertikata yang sebenar ini lah kita sedang tercari cari jawapan.

Sama ada kita sedar atau pun tidak apa bila kita mengimbas kembali sejarah PAS sejak ianya di tubuhkan terdapat banyak Individu yang pada mulanya kita mengangap mereka sebagai Ulamak atau Ustaz dan di beri kepecayaan dalam PAS untuk memimpin tepi telah mengkianati perjuangan PAS atau cuba membawa perjuangan Pas masuk kelubang biawak ada yang mengharapkan habuan duniawi dan pangkat dan ada yang menzahirkan ketidak keiklasan mereka dalam pemimpin.Pokoknya mereka tewas dalam perjuangan sebelum bertempur.Akhirnya nya mereka lari meninggalkan Pas

• Bekas Presiden PAS Hj Mohd Asri Muda
• Ustaz Otman Abdullah
• Tok Guru Hj Omar (Pasir Mas Kelantan)
• Hj.Hassan Adli
• Tuan Guru Hj Ahmad Badawi
• Mustafa Taib
• Ustaz Ghazali Lesong
• Ustaz Nakhaie Hj Ahmad
• Uztaz Razak daud
• Ustaz Othman Razak
• Ustaz Wan Ismail Macang
• Ustaz Omar Khalid
• dan banyak lagi

Mereka mereka yang tersebut di atas ini juga di nobatkan segai ulamak adalah pimpinan Pas dari peringkat pusat orang No satu dua dan seterusnya hingga peringkat kawasan ,bertaraf Tok guru ustaz dan Ulamak.Mereka juga terlibat dengan cuba untuk menjahanamkan PAS sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari PAS satu ketika dulu.Adakah mereka ini kecewa dengan sikap PAS atau Ahli PAS jahil mengenal pasti sipakah yang sebenarnya ulamak itu ketika memilih pemimpin atau cepat tepengaruh dengan keterampilan seseorang tokoh ugama.

Mari kita lihat pula siapa kah yang mengadai jiwa dan raga hingga terkorban dalam mempertahankan islam di sepanjang sejarah penubuhan PAS.Yang terkorban syahid

• .Prof Dr Zukkiflie Mohammah
• .Othman Talib
• .Samad Goal
• Utz Ibrahim Mahmud(Ibrahim Libya) dan 13 anak muridnya yang terkorban dalam peristiwa Memali

Siapakah mereka ini Ulamak /Ustaz yang bekelulusan ugama yang tinggi atau sekadar pejuang Islam yang tulin biasa .Begitu juga dinegara negara yang sedang dalam medan Jihad.Iraq,Afganistan,Plastine,Filipina,Indonesia siapakah di barisan hadapan,Ulamak Ustaz,?????yang ramai terkorban.

Belandaskan kepada fakta sejarah di atas siapa pula pemimpin PAS yang bertaraf Ustaz atau tok guru yang kita rasa layak di nobatkan sebagai Ulamak atau ulamak Haraki atau saya takut ada diantara mereka yang bakal mengikut jejak dato Asri atu Hasan Adli.Alasannya Nakaie Hj Ahmad juga ulamak PAS satu ketika dulu di era kepimpinan ulamak PAS lah juga..sekarang mana dia.???

Adakah dalam PAS apabila dinobatkan sebagai Ulamak atau Ustaz sebarang tindakan mereka dalam mengeluarkan kenyatan tidak boleh di pertikaikan lagi.salah kah ahli atau Pemimpinan Pas yang tidak Ustaz tetapi yang walak pada ulamak serta istikhomah dalam perjuangan sekian lama mepertahankan Ulamak dengan meletakan mereka ini di barisan hadapan medan pentempuran.

Memohon jawatan dalam parti adalah menawarkan diri untuk diletak dibarisan hadapan perjuangan,meminta jawatan dalam kerjaan adalah mengharapkan habuan duniawi dua pekara yang berbeza.Minta ustaz dan ulamak jangan kelirukan pekara ini.Sebab sudah ada pimpinan PAS yang berani mengelarkan diri mereka ulamak apabila pemimpin PAS dalam Dewan Ulamak menyatakan Orang Nombor satu dan Nombor Dua misti Ulamak.

Salahkah pimpinan Pas sekiranya mahu Peranan Pimpinan Ulamak di pertingkatkan sehingga boleh Memecat President parti demi memastikan perjuangan senentiasa di landasan Al Kuran dan Sunnah.Salahkah sekiranya pimpinan PAS yang tidak ulamak atau ustaz mengkritik ulamak yang tertentu yang melahirkan secara umum tingkah laku yang bertentangan dengan sifatnya sebagai ustaz atau ulamak.Salahkah Pemimpin PAS dari mana mana cawangan atau kawasan mau pun pusat menegor ulamak atau ustaz sekiranya terdapat keputusan yang di buat dalam kerajaan atau pun Parti bertentangan dengan semagat ukuwah serta menjerumus kepada perpecahan parti.

Siapa boleh menjamin bahawasanya ulamak atau ustaz yang sedia dalam mPAS tidak akan keluar dari PAS atau tidak akan mengkianati perjuangan PAS seperti yang belaku terdahulu.

Siapa yang dapat menjamin bahawa ustaz dan Ulamak dalam PAS bebas dari pengaruh habuan Duniawi dan meletakan perjuangan terlebih dahulu melebihi dari segala kepentingan duniawi.

Dewasa ini kelemahan majlis syara ulamak seolah olah tidak bermaya lesu Mari kita lihat contoh iaitu issu Murtad yang di umumkan oleh kerajaan UMNO/BN jelas sekali ianya bertentanga dengan Syarak.Kenapa Majlis syura tidak mengambil inisiatif segera untuk bersidang dan mengeluarkan kenyataan untuk menyangah keputusan tersebut.Dimanakan kah identity dan intengritiya sebagai dewan Ulamak PAS…hingga kan pemimpin PAS yang bukan betaraf Ustaz dan bukan dari majlis syura ulamak mendahului mengeluarkan kenyatan bagi mematahkan hujah musuh..

Kita tertanya Tanya apakah majlis syara Ulamak PAS ni tidak cukup kuasa atau wajib mematuhi keputusan presiden atau misti seiring dengan kenyataan president atau timbalan presiden,Atau majlis syura ulamak PAS tidak dapat mandat yang cukup dari ahli dari sudut pelembagaan parti,atau sememangnya tidak peka issu semasa yang berkaikan dengan hukom,atau tidak cukup ulamak pakar ,atau takut di pecat atau takut berhujah dengan musuh,takut menjadi ulamak haraki.atau terlupa atau sibok dengan kuliah atau sibok mencongak elaun habuan duniawi yang mana satu alasan kita akan jumpa jawapannya.

Mampukah Ulamak dan tuntutan semasa

Mari kita renong sejenak dan apa yang telah belaku dan sedang belaku tidakan yang sedang di atur oleh pihak musuh. PM dato Najib telah meletak kan meriam meriam besar di semua negeri pakatan. Sebagai ketua Perhubongan negeri Senjata cangih seperti pengunaan SPRM,PDRM,SPR ,Kehakiman dan segala pekara yang melibatkan undang undang dan perlembagaan bagi menghadpi kita dalam PR.Pemianan undang undang tipu muslihat yang berbebelit telah bejaya mengempur di negeri Perak.Tinggal lah MB Nizar yang bukan Uztas dan ulamak menghadapinya hanya dibantu oleh golongan professional yang bukan ulamak atau ustaz.Dimanakah pergi nya ulamak dan Ustaz utaz dalam menghadapi situasi seperti ini.siapakah yang mengambil tempat di barisan depan untuk berhadapan dengan isu ini. Bayangkan sekiranya tektik yang sama digunakan oleh pihak musuh di selangor dan P.Pinang.bagaimanakah peranan ulamak dalam memimpin parti untuk menghadapinya tidak kah beban ini akan di letakan keatas pemimpin yang professional dari PaS dan PR.Sewaktu kepongan di Ustana Raja di kuala Kangsar dimana Ulamak dimana para Ustaz adakah sekadar duduk dan membuat kenyataan.Terus terang saya kata katakana.Mana majlis syura ulamak apakah tindakan mereka,mampukah hanya sekadar sembayang hajat tampa ulamak ini bagun memimpin menghadapi pihak musuh yang mengunakan senjata cangih ini.Resionalkah apabila ulamak mengatakan pemimpin No 1 dan No 2 PAS misti ulamak. saya tidak menentang ulamak atau ustaz tapi peranan dan martabat Ulamak dan Ustaz perlu di tempat yang sepatutnya seperti memberi arah pada president dan parti mengikut apa yang di kehendaki oleh Islam.Sebenarnya PAS memerlukan ULAMA HARAKI

Boleh kah kita beri alasan musuh sedang meruntuhkan kita dengan cara yang jijik ulamak PAS hanya mampu sembahyang hajat mana kala pemimpin PAS yang bukan ustaz atau ulamak…sedang bemandi gas dan air beracun dfan penjara di barisan hadapan sekadar itu sajakah peranan Ulamak /ustaz Pas..tapi apa bila datang membuat keputasan Parti no satu dan No dua misti Ulamak misti ustaz…saya tidak nampak rasionlnya.

Ulamak bukan lah penentu kepada haraki Parti Islam Tetapi Kuasa yang berada pada majlis Ulamak itu lah menetukan kekuatan dan arah tuju parti .Sekiranya Ulamak ramai tapi tiada kuasa untuk menentukan atau mengambil tindakan atau menghukum maka seolah olah sebuah Negara tanpa intitusi kehakiman.Maka tiadalah makamah untuk mengadili perbicaraan justru tiadalah terbentuknya keadilan.Terbinanya kepimpinan PAS melalui kempimpinan ulamak amatlah bijak dan kena pada masa tapi dalam masanya yang sama kuasa penentu tidak diberikan dalam hal hal yang berkaitan dengan dasar sebaliknya presiden yang berkuasa. Ini satu keanehan dan kekerohan yang perlu dijernihkan

Kuasa memutuskan kepada Majlis syura ulamak

Fungsi majlis syura ulamak dari segi kuasa yang harus dimiliki secara mutlak pekara yang amat penting yang perlu kita perbetulkan dalam PAS ialah bidang kuasa bertindak.kegagalan umpama memberi kenderaan kepada seorang yang pakar memandu tetapi stering nya di buang lantas nama kereta hanya tinggal nama sebagai kenderaan tetapi tidak boleh memandu arah ini lah istilah yang tersurat dalam kepimpinan ulamak dalam PAS.

Apabila Pemimpin No satu atau No 2 dalam PAS juga menduduki kerusi Majlis syura Ulamak juga memegang jawatan No satu dan No Dua dalam Parti dimanakah rasionalnya sebagai sebuah parti islam yang bercirikan harakah boleh kah begerak secara yang sepatutnya.Sekiranya Presiden Tim. Presiden melakukan kesilapan yang amat serious adakan beliau sedia menghukum diri beliau sendiri sebabagi ahli majlis syura Ulamak.Inilah kelemahan organisasi yang harus kita akui scara realiti.

Contoh kegagalan PAS

Satu lagi contoh yang amat ketara hendak saya kemukakan disini.Pas sudah ada MB di dua buah negeri.Kelantan Kedah.Kenapa dari sudut pelaksanaannya amat ketara berlaian sedangkan Al kuran yang sama diturunkan 1500 tahun yang lalu.Ada pimpinan PAS apabila di desak mengenai pelaksanaan syariat Islam di negeri Kedah. Jawapannya ialah baru nak draf atau tengah dok draf.Persoalanya bukan kah Kelantan dan Terangganu sudah ada enekmen ugama tersebut dan sudahpun di luluskan di peringkat DUN satu ketika dulu.Adakah pemimpin Pas Kelantan Terangganu dan Kedah merujuk kepada Al kuran yang belainan atau hadis berlainan.Atau Al Kuran itu baru turun selepas PRU 12.?????Sekiranya rakyat mempersoalkan pekara ini kepada pimpinan PAS kedah itu lah .Jawapan yang di beri kita baru perentah satu tahun baru nak draf enekmen ugama di Kedah segala alasan dan dalih yang kita dengar melalui beberapa pimpinan yang telah mendapat jawatan dalam kerajaan .MB kedah Ulamak????camtu kah.Lihat MB Perak bukan ulamak atau ustaz perubahan bantuan yang drastik pada sekolah ugama rakyat diambil tindakan awal pemerentahan PAS.Sehingga kini satu sen pun MB Kedah yang ulamak tu tak hulok kat sekolah ugama rakyat di Kedah kerana sibok dok kira elau dan gaji.

Hidup pemimpin sudah selesa dengan habuan duniawi yang sedikit.Tiada syarit islam yang di kemukankan pada rakyat hingga hari ini.dalam kontak ini dimana perana Dewan atau majlis syura ulamak terhadap kerajaan Kedah,Adakah parti memerentah kerajaan atau kerajaan memerentah parti,atau Azizan Razak memerentah kerajaan dimana kenyataan ulamak PAS mengenai hal ini..

Memali kedah terkenal bumi shuhadak pejuang islam yang di pimpin oleh tokoh Ulamak PAS yang di kira menepati ulamak haraki.tiada kereta mewah,baju mahal,tiada rumah besar,senentiasa diburu oleh pihak bekuasa untuk menhancurkan cita cita beliau menegakan islam akhirnya syahid besama anak 13 muridnya.23 tahun yang lalu.Sekarang PAS sudah dapat kuasa di pimpin oleh MB bertaraf ustaz lulusan Azhar Mesir nak tutup kedai Judi haram pun tak mahu nak buat.

Katakan sekiranya MB kedah tidak berminat langsung untuk melaksanakan syariat Islam di negeri Kedah .apa yang boleh dilakukan oleh majlis syuara ulamak peringkat pusat .????Boleh kah ia memecat dan MB kedah atas kepasiti Pesurujaya PAS Kedah.

Lagi Contoh

.Contoh nya negeri Kedah ketinggalan dengan P.pinang dari segi kebajikan rakyat sedangkan P.Pinang KM dari DAP.Sebelum PRU 12 berapi api Utz Azizan melaukan untuk menjaga kebajikan Rakyat dan sering di ulangi bahawa beliau akan membantu sekolah Agama Rakyat saya dengar dan saksikan sendiri ucapannya..tapi setelah lebih setahun memegang kuasa hanya alasan demi alasan yang di beri tiada bantuan yang di terima.Sekolah Agama Rakyat semakin tenat walau pun.alasan yang di beri ialah baru perentah sedangkan Perak yang MBnya bukan Ustaz atau Ulamak dalam tempoh yang amat singkat sedikit sebanyak dapat membuat perubahan kepada Sekolah agama Rakyat.di negeri Perak dengan memberi tanah untuk di majukan oleh sekolah agama rakyat.

Sekolah Tufikiah Padang Lumat yang bedasarkan kepada sejarah telah melahirkan ramai Ulamak diasaskan oleh Ulamak yang terkenal Hj yahya Junid.Namun hingga kini tiada satu sen pun di salurkan kepada sekolah tersebut…apakah Uztaz atau ulamak yang bertaraf MB orag PAS nombor wahid di kedah layak untuk memimpin. Parti yang melaungkan Islam yang syumul .dimanakah resionalnya. Seorang ustaz..

Tidak hairanlah para pejuang anak didikan bekas President kita Al marhom Ustaz Hj Fadzil Mohd Nor di kawasan Parlimen Pendang Mencadangakan Saudar Mohad sabu sebagai Timbalan Presiden.jelas lah pada kita anak anak didikan Almarhom Utaz Fazil Nor Ulamak haraki yang mendidik ahli Pas Pkawasan parlimen Pendang lebih bijak dan memehami perjuangan PAS dan mereka lebih matang menilai organisasi PAS dan dapat mengenal pasti siapa pejuang Islam yang tulin mereka mampu berfikir secara progresif demi kebaikan PAS .

bukit teluk sera said...
on 

salam. untuk bukit uhud, tahniah dan syabas. satu ulasan yang amat menjelaskan.

ulama' akhirat amat berbudi, dikenang jasanya sampai bila-bila.

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini