1 Hari Menjelang PRK Penanti

Suasana Penanti sehari menjelang PRK N.12 tenang dan aman tenteram. Benarlah kata-kata pemerhati politik bermula hari penamaan calon Sabtu lalu bahawa "TANPA UMNO-BN, PILIHANRAYA AMAN TENTERAM". Sedikit suam yang berlaku sepanjang seminggu tempoh berkempen setakat ini hanyalah adegan nakal Kak Min dengan audio CD tawaran rasuah politik paling murah dalam sejarah.

Jumlah poster dan pemidang disifatkan oleh penduduk tempatan sebagai CEROI berbanding pilihanraya umum dan PRK Permatang Pauh tahun lalu. Poster calon berlambang 'wau' hampir tak kelihatan langsung. Poster Kamarul Ramizu yang hanya dapat 62 undi semasa di Bukit Gantang tempohari pun hanya tersesat di beberapa simpang jalan. Cuma poster Kak Min @ AMINDOLA sahaja yang meriah sedikit dengan penampilan ala-ala UMNO. Yang dapat dilihat di merata tempat ialah poster/pemidang Dr. Mansor dan PKR.


Di sebalik suasana aman tenteram ini, beberapa perkara pelik telah masuk dalam senarai amalan politik ganjil versi Malaysia. UMNO-BN tak berani bertanding tetapi teringin juga menganjurkan majlis ceramah. Bendera BN dan UMNO juga berkibar di beberapa tempat.


Ceramah Perdana PR malam tadi menampilkan YB Azmin Ali, Dato' Mustafa Ali, YB Tian Chua, YB Nga Kor Ming dan Dr. Mansor. Ribuan manusia hadir di kawasan Bilik Gerakan Utama PKR di Kubang Semang. Mungkin keadaan seperti inilah yang menakutkan UMNO-BN untuk bertanding kali ini.

Malam nanti (30 Mei) pentas ceramah utama PR di Taman Guar Perahu akan dihadiri oleh DSAI, YAB Lim Guan Eng, YAB Tan Sri Khalid, Hj. Mohd Sabu, YB Azmin Ali dan Dr. Mansor.


Klik Disini Untuk Ke Blog Resmi PRK Penanti


IKRAR DR. MANSOR OTHMAN, CALON PKR N12.


Sekiranya saya menang Pilihan Raya Kecil Penanti dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang, saya berazam memainkan peranan membantu dan melengkapkan kepemimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng ke arah menterjemahkan dasar-dasar semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan:

1. Mempraktikkan prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan serta menghormati hak asasi manusia tanpa diskriminasi dalam pemerintahan negeri Pulau Pinang.

2. Melaksanakan dasar ekonomi yang mementingkan pertumbuhan dan pembangunan mapan serta pengagihan kekayaan yang adil untuk semua rakyat negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum.

3. Mengiktirafkan pendidikan berkualiti sebagai asas kemajuan setiap insan serta keseluruhan negeri Pulau Pinang, khasnya untuk bersaing dalam sektor teknologi maju (high-tech) dalam era pasca globalisasi.

4. Membasmikan kemiskinan dan memastikan semua keperluan asas seperti makanan, kesihatan, perumahan dan pengangkutan awam dapat dikecapi oleh golongan miskin negeri Pulau Pinang.

5. Menumpukan perhatian yang sewajarnya kepada kemajuan kawasan-kawasan pedalaman, dari segi infrastruktur serta corak hidup penduduk kawasan tersebut.

6. Mengiktiraf dan menghargai sumbangan kaum wanita terhadap pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pulau Pinang.

7. Mengembangkan potensi dan memantapkan peranan belia yang merupakan masa depan Negeri Pulau Pinang dengan program-program bermakna yang akan mengurangkan gejala sosial yang melibatkan anak-anak muda.

8. Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri teladan di mana rakyat semua kaum dan agama menghormati dan membantu satu sama lain dan hidup bersama secara padu dan aman.

9. Memupuk keperihatinan terhadap alam sekitar dan menggalakkan gaya hidup yang mesra alam agar persekitaran Pulau Pinang dipulih semula dan kembali menjadi habitat terpilih serta tarikan pelancong utama.

10. Memandukan pemerintahan negeri Pulau Pinang berdasarkan prinsip dan nilai-nilai kerohanian sejagat dan mewujudkan suatu masyarakat murni dan progresif di Negeri Pulau Pinang.

MANSOR BIN OTHMAN

Calon Parti Keadilan Rakyat

Pilihan Raya Kecil DUN N. 12 Penanti





KENYATAAN MEDIA PENGARAH PILIHANRAYA PUSAT PKR

Memandangkan hanya calon bebas yang lawan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam Pilihan Raya Kecil Penanti ini, ada kemungkinan segelintir pengundi rasa tidak perlu keluar mengundi. Kami ingin mengingatkan para pengundi Penanti bahawa pilihan raya kecil ini adalah amat penting dan bermakna.

Kami berharap semua pengundi Penanti akan keluar untuk mengundi calon KeADILan pada hari pengundian untuk menghantar isyarat yang jelas, bahawa rakyat mahu satu kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh di negeri Pulau Pinang untuk meneruskan agenda perubahan yang dicerminkan oleh pencapaian-pencapaian kerajaan negeri sejak bulan Mac 2008.

Kami juga berharap pihak Barisan Nasional, walaupun tidak bertanding, tidak akan cuba mensabotaj usaha kempen Parti kami sama ada dengan menggunakan pihak polis, media arus perdana mahupun cara-cara lain seperti memberi pelancongan percuma di luar kawasan Penanti pada hari pengundian.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Pengarah Pilihanraya Pusat

Parti Keadilan Rakyat

Comments :

1
Anonymous said...
on 

Announcement: Anuar Ibrahim

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini