Yang dah berlaku telah pun berlaku. Tak ada apa yang boleh mengubahnya. Mulanya Jamaludin dan Osman diperangkap. Kemudian dua pelacur politik itu diugut dan diumpan. Seterusnya mereka di'ghaib'kan sehingga muncul bersama Hee Yit Foong di majlis Najib Altantunya pada 4 Februari. Besoknya DS Nizar dititah meletak jawatan. Sehari kemudian Zambry angkat sumpah jadi MB (haram).
Selepas itu Speaker isytihar kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong. Tetapi SPR tolak perisytiharan itu dan tak mahu adakan pilihanraya kecil. 18 Februari, Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN menggantung Zambri dan enam exco haramnya. Zambry digantung 18 bulan dan enam exco haramnya digantung 12 bulan. Sepanjang tempoh itu mereka tak boleh hadir ke sidang DUN. Akhirnya mahkamah putuskan Jamal, Osman dan Hee masih sah sebagai ADUN. Mahkamah juga berikan deklarasi Speaker tak boleh gantung Zambry dan enam exco haramnya.
Saman DS Nizar terhadap Zambry belum diputuskan oleh mahkamah. Setakat ini ditangguhkan keputusannya ke hari Isnin 11 Mei. Kalau keputusannya berpihak kepada Zambry, pasti DS Nizar akan rayu kes itu ke mahkamah lebih tinggi. Kalau berpihak kepada DS Nizar, Zambry juga pasti bawa kes itu ke mahkamah lebih tinggi.
Besok lusa hampir pasti PR akan saman Zambry atau Ganesan atau Rahman Hashim atau Abdullah Antong atau mungkin saman semua sekali. Semua pihak sama ada PR atau UMNO akan turun naik mahkamah berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun.
Tak banyak yang boleh diharapkan daripada mahkamah. Sejarah mahkamah selama dua dekad terakhir sejak Mahathir jadi raja Malaysia, hampir tak ada yang menguntungkan parti lawan BN.
Mahu tak mahu Pakatan Rakyat terpaksa juga membawa semua kes pencabulan undang-undang yang dilakukan oleh UMNO-BN untuk dihakimi oleh mahkamah. Kalau tak disaman dan tak dibawa ke mahkamah, UMNO-BN akan lebih melampau. Sekurang-kurangnya UMNO-BN tak dibiarkan bersenang lenang mencabul undang-undang sesuka hati mereka. Walau pun mereka sentiasa dapat mengugut dan menekan institusi kehakiman namun ada ketikanya hakim-hakim tiada ruang langsung untuk menghalalkan kebiadaban UMNO-BN yang tertentu. PR perlu terus ke mahkamah walau pun 'harap ada, percaya tiada'. Mudah-mudahan akan tiba masanya terdetik rasa tanggungjawab di hati hakim-hakim.
Khabarnya Pakatan Rakyat akan meneruskan road-show ke merata ceruk negeri Perak untuk menerangkan peristiwa hitam sidang DUN 7 Mei. Cerita bagaimana UMNO-BN merampas jawatan Speaker akan diterangkan kepada rakyat. Kisah kebiadaban Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Dewan yang dah dipecat, Bentara Dewan dan sekelian haiwan-haiwan yang bersekongkol menghalalkan plan UMNO-BN akan didedahkan sepenuhnya. Rakyat akan mempelajari Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Perintah-Perintah Tetap DUN dengan lebih mendalam.
Memang Pakatan Rakyat tak banyak pilihan untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat. Setiap hari media arus perdana yang dikawal sepenuhnya oleh UMNO-BN sentiasa memutar fakta untuk menggambarkan PR salah dan jahat. Tindakan UMNO-BN semua betul dan baik. Harakah, Suara Keadilan dan Roket amat terhad pengedarannya kerana disyaratkan jualannya hanya kepada ahli. Maklumat yang melimpah ruah di ruang cyber hanya diakses oleh tak sampai dua tiga peratus rakyat Malaysia. Mahu tak mahu terpaksalah juga pemimpin-pemimpin PR turun padang berceramah.
Teruskan menghimpit UMNO-BN di mahkamah. Teruskan berceramah dari Parit Buntar ke Hutan Melintang di sepanjang pantai barat dan dari Pengkalan Hulu ke Behrang di sepanjang tepian Banjaran Titiwangsa. Teruskan!
Tetapi Pakatan Rakyat jangan hilang fokus. Selain mahkamah dan ceramah ada banyak lagi tugas yang perlu digerakkan dengan sempurna sekiranya PR serius mahu menguburkan UMNO-BN di negeri Perak. UMNO-BN yang dikatakan sedang nazak itu sebenarnya masih ada banyak senjata bahkan mungkin ada nyawa yang disimpan di bank nyawa. Oleh kerana tiada yang haram di sisi mereka maka percaturan kita tak boleh diasaskan kepada perkiraan undang-undang yang tersurat sahaja. Mereka tidak pernah menjunjung 'fair-play' dalam perlawanan di gelanggang politik ini. Walau pun tidak dibentes, mereka sentiasa merebahkan badan di kotak penalti untuk mendapatkan gol percuma. Mereka dah terbiasa menujah buku lali dan tumit pemain kita tanpa disedari oleh pengadil perlawanan. Bahkan mereka tak segan silu merasuah pengadil dan pemain kita. Selain itu hampir di setiap perlawanan mereka mengupah tok pawang menjampi tiang gol. Macam mana kita nak menang?
PR perlu fokus kepada semua keperluan untuk memenangi pertembungan sebenar dengan UMNO-BN. Gelanggang yang sebenar ialah pilihanraya. PR perlu menang pilihanraya dengan kelebihan kerusi yang selesa. Kemenangan yang bermakna ialah memperolehi majoriti dua pertiga dalam DUN. Bagi negeri Perak dua pertiga ialah 40 kerusi. Lebih sempurna kalau ada lebihan empat lima kerusi daripada angka minima 40 itu. PR wajar ada misi yang jelas untuk memenangi antara 43 hingga 45 kerusi dalam PRU13.
Misi 43-45 kerusi bukanlah perkara mustahil. Selain daripada 31 kerusi yang dimenangi dalam PRU12, ada 10 kerusi lagi yang berpotensi untuk dimenangi oleh PR iaitu kawasan-kawasan yang dimenangi oleh BN dengan majoriti di bawah seribu undi. Turut boleh diusahakan ialah 4 kerusi yang dimenangi oleh BN dengan majoriti antara 1000 ke 1500. Jika 31 kerusi asal dapat dikekalkan dan 10 kerusi (majoriti bawah 1000) dapat ditawan, PR sudah memiliki majoriti dua pertiga. Kalau 4 kerusi (majoriti 1000-1500) lagi dapat juga dimenangi, PR selesa di depan dengan 45 kerusi. Ada rakan-rakan yang sinis apabila dikemukakan angka-angka seperti ini. Hujah mereka, "bermain angka memang mudah, tetapi bukan senang nak buat." Ya, kenyataan itu betul. Tetapi berpolitik tanpa matematik dan angka adalah sia-sia dan buang masa.
Tugas kita ialah 'buat' dan 'laksana'. Nak buat rumah perlu ada plan. Nak bentuk kerajaan pun kena ada plan. Plan pilihanraya tak boleh lari daripada perkiraan angka. Kalau tak ada perkiraan angka yang asas seperti contoh ini maka kita tak akan sampai ke mana. Dari angka yang asas itu kita patut bergerak kepada perincian yang lebih spesifik dan terarah. Dengan perincian itu kita akan dapat melihat keperluan yang menyeluruh. Setelah dikenalpasti semua keperluan, kita boleh menyusun kadar kepentingannya supaya tugasan terlaksana mengikut keutamaan. Apabila keutamaan telah jelas, langkah kita akan teratur dan bermakna. Fokus kita betul dan tepat. Keberkesanannya dapat diukur dan dinilai. Penambahbaikan dapat dilakukan. Peluru sampai tepat ke sasaran. Tenaga tidak sia-sia. Akhirnya insyaAllah berjaya.
Teruskan langkah ke mahkamah. Teruskan pidato di pentas ceramah. Tetapi jangan salah perkiraan dan jangan silap andaian.
Rakyat bukan saja perlu maklumat. Mereka perlukan pembelaan dalam urusan hidup seharian. Mereka gembira kalau dijadikan kawan. Mereka teruja kalau dipandu dibimbing dalam hal menceriakan taraf hidup keluarga. Mereka amat terhutang budi kalau anak cucu dan kerabat mereka disantuni di saat gembira apatah lagi di kala duka. Kalau mereka dah jadi sahabat kita, kalau mereka dah teruja dengan keprihatinan kita dan kalau mereka terhutang budi kepada kita, apa pun maklumat yang kita sampaikan pasti lebih mudah disambut, difikir dan diterima.
PR perlu fokus membangunkan program, projek dan aktiviti yang menjurus kepada pembentukan hubungan langsung dengan masyarakat dalam konteks ini. Jika ahli dan penyokong PR berjaya menjalin ikatan emosi dengan rakan dan keluarga terdekat dalam maksud 'keprihatinan' ini nescaya misi 'angka' dalam gerak kerja pilihanraya akan lebih mudah dicapai.
Masa masih ada. Laluan masih terbentang luas. Daya masih gagah. Kepakaran masih jenuh. Semangat tak pernah luntur. Cuma fokus saja perlu betul.
apa sudah jadi madani!?
-
*SUAMI MATI KERANA MEMPERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA!?*
*WALAUPUN SUAMI BERJASA, *
*UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG*!?
*BELUM ADA PINPINAN SABAH YANG ...
4 days ago
Sekali lagi PRU tak Perlu lagi Pakatan Rakyat memadai PAS dan DAP yang bertanding.PKR tak payah lah buat meyusahkan saja
salam. kawasan pas bertanding, perlu lipatgandakan lagi usaha untuk memenangi hati rakyat. pastikan pengundi2 baru mendaftar. didekati, diperjelas dan diperbanding.
jika semua tapak pas menang, akan lebih ramai exco dari pas. akan 'nampak jelas' bukan boneka dap lagi di mata rakyat. akan nampak 'nampak jelas' boleh berdiri di atas kaki sendiri, seperti rakan di kedah. kan mb mesti dari orang melayu?
pkr tetap relevan, cuma calonnya perlu ditapis keutuhannya. hanya yang utuh pegangan dan berkualiti sahaja layak bertanding.
di malaysia, hanya pasukan pakatan yang betul-betul mantap saja boleh lawan barisan yang kaya taktik dan wang. jika nak menang.
teruskan berusaha. "sesungguhnya kemenangan itu adalah dekat". wassalam.
Masa mula-mula dapat pegang kerusi MB, bukan main lagi respect lagi pada ulama tua... lepas baru 2-3 bulan mula nak singkirkan ulama tua...
Sekarang bayar lah kifarah...
~khas untuk Nizar dan Asmuni~
(Hujah mereka, "bermain angka memang mudah, tetapi bukan senang nak buat." Ya, kenyataan itu betul. Tetapi berpolitik tanpa matematik dan angka adalah sia-sia dan buang masa) Bukannya bukan senang nak buat, tapi memang tak buat apa!
http://rakyatblues.blogspot.com/
http://rakyatblues.blogspot.com/
http://rakyatblues.blogspot.com/
Orang yang cuba melagakan ulama dengan DS Nizar tu memang orang Amno totok tu... Dia pura-pura je kononnya dia penyokong PAS. Allahu Akhbar...
salam. segalanya ketentuan illahi. buruk baik dengan izinnya. tetapi allah maha adil. orang yang bertakwa akan dapat ganjarannya. setiap musibah ada hikmahnya. bersabarlah menghadapi segala cabaran. peganglah dengan janji allah. insyaallah selamat dunia akhirat. allah menilai akan usaha kearaah kebaikan walaupun tidak berjaya akan usaha itu. allah tetap beri balasan. cepat atau lambat dan di dunia atau di akhirat kesannya. teruskan usaha menegakkan keadilan islam. kita sampaikan kepada sekelian umat manusia. hanya islam penyelamat dunia serta akhirat.wassalam.
kes di perak speaker boleh di angkat usung keluar dewan negeri. jangan terkejut bila terjadi di dewan parlimen. apabila speaker di angkat dan di usung keluar dewan parlimen. huru hara jadinya. siapa yang mengajar jadi kurang ajar. pinjam kata kata nabil. 'LU PIKIR LA SENDIRI'
salam...
hok sepatutnyo PR keno kijo kuat lg pah nih...lagu mano caro pengisian kijo tuh keno pakat pakat pikir. kalu bo stakat ceramoh jah x jadi apo...lagu kiro nga ore hok x g ceramoh...? lagu mano kiro nga hok x minat ceramoh...?
pah wak ceramoh setakat tu jah ko/ ado hok kato buleh sebar kalu buat vcd pah jual...
pah tersebar ko dok klu jual...kalu hok x minat ceramoh nyo x beli cd tuh...ado hok kato buat vcd pah edar percumo.....bleh la pakai sket klu nok g edar kerumoh2..pah bleh pasti ko ore tengok sapa abis vcd ceramoh tuh...???
x kan la x dop dlm pr ni pengiat seni...buat drama...olah semua konflik...buat cerito...buat dokumentari....buat animasi....jadikan vcd...edar rumoh ke rumoh....x kira rumoh ameno ko bebas ko....barulah tercapai majlis penerangan tuh...bukan semo ore pehe bahaso undang2 @ bahasa planet politik ni...
Macamana ganesan nak jadi speaker.tak angkat sumpah depan sultan perak atau raja muda perak lagi.
ramai yang kata hee,ganesan dan zambri menderhaka sebenarnya
boleh ke bawak usul pecat sivakumar tanpa kehadiran raja nazrin dalam dewan.
pening lagi hakim
yang malu besar najib
amboi bukit uhud,ni yang payah masih ada jemaahnya terlalu la sangat baik sangka di antara pakatan rakyat ya?!!!!!tima acih bukit teluk sera, insyaallah mudah mudahan DSAI mengambil ikhtibar dalam pemilihan adun dan parlimen untuk pru13.saya pun terasa juga bila DSAI tidak memohon maaf semasa 2 "orang orang" PKR tu berpaling tadah!cuma saya bersangka baik je!