"Hidup, Hidup! Hidup Rakyat!" Tiga kali dilaungkan oleh Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur selepas Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan DS Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Syukur Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih kepada pasukan peguam yang bertungkus lumus menyelidik dan menyediakan semua hujah dan fakta untuk perbicaraan. Syabas kepada DS Nizar kerana ketabahan menghadapi semua cabaran getir sehingga kini. Tahniah kepada semua penyokong PR atas sokongan tak berbelah bahagi mendepani keganasan BN sepanjang krisis.
Aku, msk, dugong darat, topeng perak dan sya sampai di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 12.32 tengahari. Suasana tenang. Kakitangan semua pejabat di kompleks sedang berehat, makan tengahari dan menunggu untuk solat Zohor. Hanya YB Nga Kor Ming yang dah sampai.
Hampir jam 2.00 petang lobi kompleks mula penuh dengan wartawan dan penyokong yang berhasrat nak mendengar keputusan kes. Polis mengadakan sekatan di pintu lif. Hanya seorang daripada setiap satu organisasi media yang dibenarkan untuk masuk ke kamar mahkamah kes DS Nizar vs DS Zambry iaitu Mahkamah Dagang 8 di tingkat 4. Semua yang diberikan pas berwarna HIJAU diarahkan supaya tidak membawa kamera.
Aku masuk ke kamar mahkamah pada jam 2.17 petang bersama puluhan wartawan dan beberapa YB Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YB Dato' Ngeh Koo Ham. DS Nizar hadir pada jam 2.25 petang. Turut serta ialah YB Lim Kit Siang, YB Azmin Ali, YB Zuraidah, YB Dr. Mohd Hatta Ramli, YB Salehuddin Ayub, YB Dato' Mahfuz Omar, YB Sivaneesan, YB Tian Chua, YB Ronnie Liu, Shamsul Iskandar (Ketua AMK Pusat), Hj. Osman Abd Rahman (Pengerusi Perhubungan PKR Perak) dan ramai lagi.
DS Zambry tidak hadir. Kelibat pemimpin UMNO-BN juga tidak kelihatan. Zambry hanya diwakili oleh pasukan peguamnya yang diketuai oleh Dato' Cecil Abraham dan Tun Majid Tun Hamzah. AG Ghani Patail turut hadir.
Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim masuk ke kamar mahkamah tepat jam 2.30 petang dan terus membaca alasan penghakiman selama 1 jam 27 minit sebelum mengumumkan keputusan kes.
Antara perkara penting yang dinyatakan oleh Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim ialah:
1. Semua kenyataan dan perakuan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato' Ahmad Kamal Md Shahid dalam affidavitnya tidak diterima oleh mahkamah kerana pasukan peguam DS Nizar berjaya membuktikan Dato' LA itu tiada wibawa dan nyata berpihak (tiada credibility dan impartiality).
2. Semua pandangan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail dalam celahannya sepanjang perbicaraan kes ini diputuskan sebagai tidak menepati tafsiran sebenar bagi peruntukan-peruntukan Perlembagaan Malaysia dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak pada mana-mana artikel yang dirujuk.
3. DYMM Sultan Perak tidak mempunyai kuasa memecat Menteri Besar atau menitahkan Menteri Besar meletak jawatan.
4. Tindakan DS Nizar memohon perkenan pembubaran DUN pada 4 Februari 2009 tidak bererti Menteri Besar itu mengakui atau mengesahkan bahawa dia telah kehilangan sokongan majoriti ahli-ahli DUN Perak.
5. Ketika permohonan perkenan bagi pembubaran DUN dikemukakan oleh DS Nizar, kedudukan belahan sokongan dalam DUN Perak ialah 28 PR dan 28 BN, manakala kerusi ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah diisytiharkan kosong oleh Speaker pada 30 Januari dan 3 Februari.
6. DYMM Sultan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan status 'hilang sokongan majoriti' kepada Menteri Besar. Kuasa memutuskannya adalah hanya pada DUN, di dalam persidangan DUN, melalui usul undi tidak percaya (vote of no confidence).
7. Berdasarkan prinsip demokrasi dan sistem raja berperlembagaan, DYMM Sultan sepatutnya hendaklah memperkenankan permohonan pembubaran DUN yang dikemukakan oleh DS Nizar.
8. Oleh kerana DS Nizar tidak meletak jawatan, DYMM Sultan tidak berkuasa memecat atau menitahkan perletakan jawatan MB dan DYMM Sultan tidak berkuasa menyiasat untuk menentukan status kehilangan sokongan majoriti bagi seorang Menteri Besar, maka perlantikan DS Zambry sebagai Menteri Besar adalah tidak sah dan batal.
Selepas membaca kertas alasan penghakiman yang panjang lebar itu, Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim mengumumkan keputusan membenarkan semua tuntutan yang dikemukakan oleh DS Nizar kepada mahkamah.
Oleh itu Dato' Seri Ir. Hj. Mohamammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Perlantikan DS Zambry sebagai Menteri Besar adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Semua langkah, tindakan dan keputusan DS Zambry atas kapasiti Menteri Besar Perak sejak 6 Februari 2009 sehingga hari ini adalah tidak sah, haram dan batal.
....... bersambung .....
apa sudah jadi madani!?
-
*SUAMI MATI KERANA MEMPERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA!?*
*WALAUPUN SUAMI BERJASA, *
*UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG*!?
*BELUM ADA PINPINAN SABAH YANG ...
4 days ago
Tahniah buat Ds Nizar dan pasukannya. Teruskan perjuangan, walaupun kes ini nanti akan dibawa ke mahkamah rayuan, yang mungkin kembali berpihak kepada Zamry. Harap permohonan DS Nizar untuk jumpa Sultan akan memberikan sesuatu yang positif.
Perjuangan belum selesai selagiDUN tidak dibubarkan
baru le kata kehakiman Malaysia ni bagus.
cuba mahkamah kata zamri menang, bercupak
le badan kehakiman kena maki dek kome
anon 7:48...ade ke disebut kehakiman Malaysia ni bagus ??? yang disebut penghakiman kali ini berpijak di landasan kebenaran,melawan arus kebiasaan bila kes berkaitan puak-puak ameno.. itulah kuasa Allah..bukan semua hakim boleh dibeli atau dicucuk hidungnya.
kita akan lawan bn sampai selesai , lepas tu kita akan tendang pula mana mana orang kita yang tak betul .... aku akan pastikan perjuangan ini berterusan , sambung ke anak aku yang masih tadika kini , dan sambung ke cucu aku ... aku serius ni , hoi mamat bn kita lawan sampai habis k sehingga Allah swt menentukannya !!
Setuju bangat dengan anon 3:17. Tambah cikit. Jangan lupa selalulah bermuunajat kepada Allah. Allah maha penentu atas segala-galanya.Puak bn merancang Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah maha hebat. umno tak reti munajat,bahkan jijik dengan amalan munajat.umno tak redo dengan keputusan Allah. Tunggulah umeno saat kehancuranmu menyusul, insyaAllah.