Aku tak boleh tidoq. Macam-macam dok melilau dalam kepala. Kalau tak refer balik kepada tuntutan aqidah, mungkin aku dah ambik keputusan untuk 'cau' dari kerja-kerja yang aku buat la ni. Pi mampuih la politik. Lantak pi la apa nak jadi pada negeri ni. Baik aku buat kerja aku sendiri dan jaga anak bini. Lagi baguih dan tak serabut kepala.
Boleh dikatakan hampir semua perkara masih tak sampai ke mana-mana. Tiap-tiap hari orang dok tanya macam-macam. Kawan-kawan dok tanya, musuh-musuh pun dok tanya (dibaca 'perli'). Ketua-ketua kampung dok mengadu macam-macam. Ketua-ketua cawangan dok merungut macam-macam. JKK merata kampung pun dok soai beribu soalan.
Hampir semua soalan tu aku tak boleh nak jawab secara pasti dan bermaklumat. Sebabnya - aku pun memang tak tau. Aku layari perakdaily (laman web resmi SU Akhbar MB) tapi tak jumpa pun maklumat yang boleh menjawab soalan-soalan orang ramai tu. Aku layari kamparinn.blogspot (laman blog MB) pun tak menghasilkan apa-apa. Jenguk misabah.blogspot (laman blog setpol MB) macam tu lah juga hasilnya. Nothing yang boleh membantu!
Parit tersumbat ayaq melimpah. Titi patah. Anak yatim tak dak duit nak sediakan keperluan bersekolah. Mak bapak yang anak ramai penin kepala nak bayaq yuran sekolah anak-anak. Yang dah tiga puluh tahun berumah ditanah haram merayu minta tapak rumah. Belia tanya peruntukan nak buat liga futsal. Manchester United FC kampung mali minta jersey. Ramai juga yang minta nak pi kursus-kursus kemahiran atau keusahawanan. Nelayan minta cuci sungai & aloq. Ada yang minta bantuan repair pelantaq. Yang minta bantuan pukat pun ada. Bot pukat ghimau (pukat tunda) makin menggila dok tarik tepi (ceroboh zon tangkapan pesisir pantai) ... dan macam-macam adaaaaaaaa!
Depa dok tanya macam mana nak dapatkan bantuan baitulmal. Apa jenis-jenis bantuan yang ada. Apa syarat-syaratnya. Apa prosedurnya. Ada yang dah pi ke pejabat agama jumpa kakitangan baitulmal tapi line tak clear jugak. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Maklumat tah apa-apa. Sat kata lagu ni, sat lagi kata lagu lain pulak. Becelaghu!
Pejabat tanah lagi hampaih. Sombong. Layanan kelas purba ... idup-idup nampak tak berapa nak bagi kerjasama. Macam nak sorok maklumat pun ada. Kalau buat lembek tengkuk sikit, baru ada respon. Tapi depa dok kenen nak minta panggu pulak. Perangai haramjadah zaman UMNO dulu masih depa nak apply dengan kita. Celaka tujuh keturunan betui kuli batak pejabat tanah ni!
Lebih separuh dewan orang ramai atau pejabat JKK masih dicontrol oleh UMNO. Anak luaq nikah @ anak haram yang bernama JKKP dok meghajalela di premis kerajaan negeri. Kata pejabat SUK dah keluaq arahan untuk penyerahan kuasa mengurus premis2 tu. Hari tu dengaq DO dah order pejabat penghulu mukim untuk selesaikan hai dewan ni. Tapi sampai hari ni masih tak jadi apa. Apa ka jadahnya ni?
Jawatankuasa Kariah masjid-masjid pun tak settle lagi. JKKK nak buat program ceramah @ sambutan maal hijrah kat masjid pun tak boleh. Pejabat Agama Daerah tak besegheta pun dengan kita. Kalau Pejabat Agama Daerah turun tangan ambik inisiatif menyusun, menganjur dan mengarahkan penganjuran program di masjid-masjid, tentu boleh jadi. JK masjid yang kepala masam berdarah UMNO berdaging BN tu pun terpaksa akur kalau program tu mai dari atas. Tapi, masalahnya, yang di atas tu pun masam kepala jugak. Patutnya arahan tu kena datang dari yang lebih atas. Mungkin Exco Agama. Aku pun tak tau nak pikiaq awat la yang tak boleh jadi macam tu. Abang Din buat apa? Taliban dok jaga bola saja ka? mampuih ... mampuih!
Satu lagi yang aku dok peghati tengok, budaya penyamun tarbus rasuah & kroni masih berlaku dalam pentadbiran daerah, pentadbiran tanah dan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Tender-tender projek masih dalam genggaman sekelompok kecil yang ada kaitan dengan somebody yang kanan-kanan kat pejabat daerah atau majlis perbandaran/daerah. Kalau ikut hati aku nak sula sekoq-sekoq depa tu di tengah-tengah simpang empat yang ada traffic-light. Aku nak sumbat mulut depa dengan babi dan taik babi. Celaka punya officer. Lahanat punya kakitangan. Makan duit haram. Tak gheti malu. Tak dak akai. Tak paham-paham yang kerajaan ni dah bertukaq.
Aku mintak sangat-sangat la kat kepala-kepala parti di peringkat negeri, tolong la buat sesuatu untuk selesaikan masalah ni. Tolong la bagi perhatian untuk mengubati sikap dan standard kerja pegawai dan kakitangan kerajaan ni. Kalau depa ni tak dipebetuikan maka lingkuplah kita. Kita janji nak jadi kerajaan yang berwibawa. Wibawa taik kucin apa kalau lembab dan terhegeh-hegeh macam la ni? Kita janji nak jadi kerajaan yang amanah dan adil. Amanah mai kot mana kalau kita dok biaq birokrasi yang tak mesra pengguna? Adil kepala hotak apa kalau penyangak tu lah jugak yang samun kayu balak dan kontrak kerajaan?
Oghang kampung dok tunggu dah 10 bulan. Tak nampak apa-apa pun lagi. Jangan la dok ulang cerita tujuh lapan perkara yang kita dah buat tu. Jangan la dok ungkit bantuan seratus ringgit untuk warga miskin waktu harga minyak melambung tu. Satu kampung ada lima enam orang saja yang dapat. Tujuh lapan ratus orang lagi tak dapat bantuan tu. So jangan la dok eksyen sangat dengan cerita bantuan tu. Bantuan seribu ringgit untuk anak perak yang masuk IPTA tu pun dah basi. Jangan la dok ulang tayang yang tu juga. Satu kampung ada lima enam orang saja yang dapat masuk IPTA. Seribu kepala yang lain tak dapat manfaat daripada bantuan tu.
Oghang kampung dok tunggu apa peluang untuk menambah pendapatan. Tak ada ka program-program keusahawanan yang boleh menghasilkan tambahan pendapatan? Tak ada ka bantuan-bantuan khas untuk belanja nak mula sekolah awai tahun ni?
Jangan la dok main dengan angka dalam bajet yang dibentang dalam DUN tu. Oghang tak berapa kesah tentang jumlah peruntukan juta-juta tu. Oghang nak tau macam mana nak dapat manfaat daripada peruntukan tu. Cerita mai bagi detail.
Penin ... penin!
BUNG&ISTERI BELA DIRI
-
*PEMBEBASAN BATAL, BUNG DAN ISTERI BELA DIRI*
*MAHKAMAH TINGGI BUAT SILAP ???*
*Hakim Mohamed Zaini Mazlan menyatakan Mahkamah Tinggi telah membuat ...
4 days ago
salam ustaz,
nampak nye masih banyak lagi benda yg tak buleh settle..masih ada lagi manusia bertopengkan syaitann..susah sgt ke...
sedikit sebanyak sy sokong apa yg dikatakan oleh Ketua AMK 'hapuskan kroni2 BN yg masih ada dlm k'jaan negeri. buat lantikan baru..pilih yg terbaik...'
hmm...bukan la kita nak buat cara kasaq..tp cuba la adun2 ni pi cari idea macam mana nak settle kan benda2 kecik ni...
lagi satu sikap2 peg. kerajaan pun problem...masih lagi ditahap lama takmo berubah...sy ingat la depa ni patut pi tayang pasai 'sajak kematian'..baru nak paham kot.!!
Tumpor Yob Tumpor!
semua tengah sebok Yob. Mula-mula berebut Ketua Kampong, lepas tu beebut Ahli majlis, lepas tu berebut GLC, sekarang tengah berebut sapa nak dapat pingat harijadi Sultan nanti!
Mana ada masa nak pikio masalah orang kampung Yob! Macam ni kita rampas kuasa la..revolusi!
haa...sy setuju..bang mat jadi incharge,,,
sy tak reti..takat tolong2 apa yg patut ok...
sapa sokong?...hehhehhe
Kalau tidak ada masalah...bukan perjuangan namanya Yop...
betul tu...DAKI PAHIT UMNO kat pejabat daerah, majlis daerah, penghulu mukim...semua kena cuci bersih2 dulu
anonymous
ehem2....ada gak yg tak berdaki,
jgn pukui ghata jaa....
len kali kn pakai kanta pembesaq dulu,
tengok dulu ada daki ke tk dak...heheheh
Kad Kuning sampai berapa kali.. 2 kali kan..
lepas tu kad merah...
tapi yang aku heran banyak lagi masjid dan surau yang memerlukan kuliah.. tau-tau aihk dah pegang team bola pulak...orang lain banyak lagi..dalam perak ni.. tak kan semua orang tu juga kut.. orang lain tak boleh ka!! Mat Comot pun jadi team manager..
Salam Ustaz .. salam semua
Bagi kad kuning depa tak heran. Bagi kad merah baru nyesai. Tapi nyesai tak guna. Tumpor la MB kita yeop. Tak boleh ka kita import ADUN negeri lain jadi exco Perak? Buat macam bola .. buat perjanjian .. tak baguih tendang balik.
Mampuih pi la
Salam cybernetic mind ... saya tak borong semua. Yang ok memang ada tapi tak ramai. hehehe!
Manjungmari ... awat tak mai konvensyen? BloggersNetwork@Malaysia selamat lahir tapi tak ada surat beranak lagi.