UMNO PERAK - KELAM KABUT KAPAL NAK KARAM

Episod hijrah ADUN BN ke PR di Perak berehat seketika. Hampir tak mungkin penghijrahan susulan dapat berlaku dalam sehari dua atau seminggu dua ini. Semua YB BN Perak sedang diperhati dan diekori 24 jam sehari oleh SB UMNO dan SB Polis. Dalam pertemuan dengan Najib kelmarin juga, semua YB yang hadir telah melafazkan ikrar taat setia secara rela-paksa. Ada pujuk dan ada ugut. Kesimpulannya, tak akan ada lagi yang berani isytihar keluar atau lompat parti dalam tempoh terdekat.

Terima kasih Najib. Terima kasih Tajol. Terima kasih semua 26 YB UMNO Perak yang hadir ke kediaman Najib. Anda semua telah mengesahkan khabar bahawa kapal UMNO telah bocor dan menunggu saat untuk karam.

Terima kasih dan tahniah juga kepada 2 YB 'rahsia' yang turut hadir bertemu Najib. Anda berdua membantu mententeramkan suasana. Najib dan Tajol terpaksa terus dihantui teka-teki tentang siapa yang dimaksudkan oleh YAB Nizar. Najib dan Tajol terpaksa terus menuduh YB itu dan YB ini yang sedang berunding dengan Pakatan Rakyat.

Kami tetap sabar menanti detik yang sesuai untuk menyambut ketibaan anda berdua atau mungkin bertiga ke bahtera Pakatan Rakyat.

Terima kasih lagi kepada Najib kerana yakin tiada lagi ADUN UMNO Perak yang akan mengikut jejak YB Nasarudin. Keyakinan itu memudahkan kerja kami. Ekspresi wajah anda ketika membuat kenyataan itu juga membantu kami dari sudut kesannya kepada persepsi rakyat Malaysia. Rakyat sangat faham setiap yang tersirat di sebalik yang tersurat. Rakyat sangat berpengalaman. Jika pembesar UMNO kata 'tidak', maksud sebenarnya ialah 'ya'. Bila Najib kata 'tiada lagi' yang akan lompat, ertinya 'ada lagi' yang akan lompat. Terima kasih kerana mengesahkan khabar ini.

Terima kasih daun keladi kepada Tajol kerana terus meracau. Statement 'memujuk hati sendiri' yang anda luahkan turut membantu kami. Tergambar betapa menggelabahnya anda semasa menjawab soalan wartawan TV malam tadi. Simbolik dan logik yang cuba anda kununkan kepada orang ramai nampak canggung dan bodoh sangat. Terima kasih kerana jadi Mr. Bean.

Terima kasih 'khas' kepada Perak Bangkit dan geng BPN kerana latah anda semua menambah kelancaran misi kami. Makian anda terhadap YB Nasarudin menambahkan meluatnya kepada UMNO. Tembakan peluru tabur anda kepada YB Ahmad Pakeh Adam, YB Raja Ahmad, YB Hamidah dan YB Hamdi sekurang-kurangnya mengingatkan YB-YB tu betapa UMNO sudah tak percaya dan tak sukakan mereka.

Sebenarnya kami mengalu-alukan makian dan carutan Perak Bangkit terutamanya terhadap YAB Nizar. Celupar anda memudahkan kami. Tak perlulah kami bersusah payah nak terangkan jenis minda dan jenis jiwa anda kepada sekelian rakyat Malaysia. Anda telah zahirkan kurap di badan dan aids di minda anda. Bahagialah anda dengan gelak ketawa sesama geng BPN keris telanjang. Pelayar internet yang intelek dan pencari info yang waras tak akan mengambil masa yang lama untuk me'najis'kan idea dan tulisan anda. Terima kasih.

UMNO Perak semakin bercelaru selepas kejutan Bota. Riuh dibualkan khabar Zahid akan menggantikan Tajol sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak. Penyamun-penyamun yang menguasai UMNO Bahagian pantas membetulkan kemudi mengubah haluan ke Bagan Datoh. Tajol akan kojol. Orang Zahid di semua bahagian sudah mula mencongak habuan yang boleh dihimpun. Orang Tajol terkial-kial. Orang zaman Ramli Ngah Talib yang masih berdayung di zaman ini sudah boleh menempah batu nisan. Orang Tajudin Pasir Salak lagilah tak keruan. Kapal semakin senget.


Selamat Karam UMNO!

Comments :

2 comments to “UMNO PERAK - KELAM KABUT KAPAL NAK KARAM”
~PakKaramu~ said...
on 

Bila banyak dan lama buat silap maka sampai masa nya akan di balas oleh Allah

Anonymous said...
on 

Salam Ciberboron...sebelum lemas tenggelam moh pakat2 melompat

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini