Coretan Minda Yang Menjerit
Subuh ini aku nak tulis dalam bahasa santai. Dah tiga empat hari aku tulis dalam bahasa 'berita' dan rasa tak enjoy langsung. Bahasa sembang tepi jalan lebih mudah ditutur dan lebih senang difaham.
Sebelum aku luahkan jeritan panas dari dalam minda dan jiwa aku ini, aku harap rakan-rakan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat tolong baca perisytiharan ini :-
1. Aku sokong kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak sepenuh jiwa dan raga.
2. Aku tetap yakin dan percaya kepada pemimpin parti-parti Pakatan Rakyat negeri Perak sama ada yang dalam kerajaan atau hanya dalam organisasi parti.
3. Aku faham kesukaran yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin yang mengemudi kerajaan disebabkan kerenah pegawai dan kakitangan peninggalan BN.
Oleh itu coretan ini :-
1. Bukan bermaksud menyalahkan MB atas cacat dan tempang yang wujud dalam pentadbiran kerajaan.
2. Bukan bermaksud nak memfitnah dan menuduh tak tentu pasal.
3. Bukan bermaksud nak melepas geram tanpa tujuan.
Matlamat aku ialah :-
1. Nak bantu mencari jalan untuk membenteras aktiviti rompak dan samun harta rakyat yang dah berakar umbi di zaman kerajaan UMNO-BN.
2. Nak salurkan maklumat yang MUNGKIN terlepas dari pandangan MB dan pemimpin parti dek kependekaran pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan rakan-rakan penyamun mereka.
3. Nak memangkin usaha-usaha yang lebih pantas dan berkesan untuk menyelamatkan harta negeri dan harta rakyat.
Cerita dan pengakuan penyamun zaman BN
Dah empat kali aku bersembang dengan seorang penyamun veteran yang aktif di Perak, Selangor, Pahang dan Kelantan sejak 20 tahun lalu. Penyamun ini nampaknya turut beralih cara dan halatuju bersama tsunami PRU12. Walau pun masih aktif dalam bisnes yang sama, tapi modus operandi dan hala tuju untungnya nampak dah dimodified. Kalau tak OK sangat pun, kira OK jugalah. Perubahan awal yang ada potensi bertambah baik.
Dia menceritakan satu kes panas yang baru berlaku dan belum selesai lagi pun. Walau pun hanya SATU kes namun begitulah realiti bagi kes-kes yang lain.
Kata si penyamun ... rakan dalam kumpulannya mendapat khabar bahawa kantung Yayasan Perak (YP) dah kontang. YP perlukan duit untuk melaksanakan aktiviti dan program yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan. Maka rakan penyamun pun berundinglah dengan pengurusan atasan YP. YP dicadangkan minta kawasan balak. Yayasan memohon kepada Jabatan Hutan. Kelulusannya dalam mesyuarat Exco. Pendek kata 'kerajaan memohon kepada kerajaan'. Tak kan lah tak boleh dapat.
Ogos 2008 Jabatan Hutan luluskan lebih kurang 40 permohonan balak. Tapi YP tak dapat pun. 15 Januari 2009 Jabatan Hutan luluskan entah berapa puluh permohonan lagi. Tapi YP tak dapat juga. Apa ke jadahnya ni! Kepada berpuluh-puluh individu dan syarikat boleh diluluskan tapi kepada Yayasan Perak tak boleh lulus. Apa masalahnya?
Apabila Pengarah Hutan si Masran ditanya kenapa tak diluluskan kepada YP, selamber kude je dia jawab "YP tak ada tukul besi". Mangkuk ayun si Masran ni. Senang hati je dia nak memperbodohkan orang.
Kata si penyamun, sebelum Ogos 2008, pengurusan YP dah berjumpa dengan MB. Si Masran Tarbus tu pun ada bersama. MB dah catatkan recommendation nya pada surat/kertas permohonan YP kepada Jabatan Hutan. Malangnya YP tak tersenarai dalam kelulusan Ogos itu.
Sebelum kelulusan 15 Januari 2009, sekali lagi pengurusan YP berjumpa dengan MB. Kali ini si Masran tak ada. Yang ada ialah si Kama yang sikit bawah dari Masran. MB catatkan lagi recommendation nya untuk tindakan Pengarah Hutan. Bila senarai kelulusan keluar pada 15 Januari, YP tetap tak dapat juga.
Maka pada satu hari dalam minggu lepas, si penyamun dan kumpulannya pergi jumpa si Masran. Penyamun tanya Masran apa problemnya yang YP tak boleh dapat kelulusan sedangkan MB dah dua kali bagi memo. Si Masran senang hati je jawab "mana ada MB recommend". Penyamun terus tunjukkan salinan surat yang ada recommendation MB kali kedua. Si Masran selamber je kata "budak-budak saya tak tunjuk pun surat ni".
Pendek cerita, kumpulan penyamun pun terus bagi lebih kurang warning kat Masran. Jangan sampai kami datang kali kedua!
Besok paginya penyamun dapat panggilan daripada somebody kat YP minta datang ke pejabat. Dalam perjalanan ke Ipoh penyamun dihubungi oleh sorang taukeh Cina. Taukeh tu kata "Kawan aa ... kalau lia olang boleh bayar 5 juta aa ... cakap sama lia olang, kita boleh kasi lebei sikit maa ...". Apa ke jadahnya pulak yang taukeh China ni offer macam tu? Kira-kiranya dia dah tau YP akan dapat kelulusan balak. Padahal belum apa-apa pun lagi. Sapa bagitau apek ni?
Bila sampai ke ofis, somebody kat YP tu terus tanya "Apa yang hangpa dah buat? Hangpa kata apa kat Pengarah Hutan?". Penyamun tanya balik "Awatnya? Apa dah jadi?". Somebody pengurusan YP tu bagitau dia terima panggilan telepon dari pejabat MB pagi tu dengan arahan "Jangan hantaq sapa-sapa lagi pi berurusan dengan Pengarah Hutan. Perkara tu akan diselesaikan oleh salah sorang SU MB!". Alamak ... wat hepen?
Penyamun cerita pada aku ...
Memang dah jadi amalan zaman BN, ada raksaksa-raksaksa besar di belakang malaun-malaun civil yang bersangkut paut dengan tanah dan sumber asli. Malaun-malaun tu memang dah slow sikit sejak kerajaan baru ni. Tapi slow bukan bermakna dah tobat. Slow untuk set-up teknik menyamun yang baru.
Lebih kurang pengurusan luar tabie tu macam ni ... Bila perbadanan apa-apa atau yayasan apa-apa perlukan duit, MB zaman dulu akan order Jabatan Hutan supaya bagi kawasan balak yang padan untuk dapatkan jumlah duit yang diperlukan. Jabatan Hutan uruskan segala-galanya. Perbadanan atau yayasan tak perlu tau apa-apa. Selesai proses, perbadanan atau yayasan cuma perlu tandatangan perjanjian jual-beli kawasan tu dengan kompeni yang dah disediakan. Semua deal dibuat oleh ..... entah la ... pengarah hutan mungkin boleh jawab.
Yang celakanya ... duit yang perbadanan atau yayasan dapat tu bukanlah nilai yang padan dengan keluasan kawasan yang diluluskan. Kata penyamun, biasanya kalau perbadanan/yayasan dapat 5 juta ... nilai sebenar yang patut boleh dapat ialah 50 juta. Cisssss! sepuluh kali ganda tu!
Patut la boleh jadi raksaksa. Bayar 5 juta dapat untung kasar 45 juta. Tendang pi terajang mai suap babi kat mulut malaun-malaun civil tu 10 juta lagi pun tak apa. Masih untung 35 juta. Tolak pi la kos kerja 5 juta ... untung lagi 30 juta. Aku pun teringin nak jadi orang besaq hutan!
Okey, balik pada cerita asal tadi, ada beberapa soalan dan persoalan yang perlu kita tanya dan kita jawab sendiri dengan penuh tanggungjawab dan insaf.
1. Kenapa boleh berlaku Jabatan Hutan (tak kira la pengarah ka atau sapa ka) ingkar arahan MB? Dah pulak tu, yang direkomen adalah yayasan yang kerajaan punya.
2. Kenapa boleh berlaku taukeh china tu dah offer nak bagi baik punya harga ... sedangkan kelulusan belum berlaku. Macam mana taukeh tu dah tau lebih awal? Siapa yang bagitau?
3. Apalah agaknya yang diceritakan oleh si pengarah kepada MB atau pembantu MB sehingga yayasan diarahkan supaya jangan lagi pakai atau hantar wakil berurusan dengan pengarah hutan?
Aku cuma mengharap agar mandat rakyat tidak dicekodokkan. Janganlah dijual harta rakyat yang bernilai 50 juta dengan harga hanya 5 juta. Janganlah dibiarkan pegawai tinggi yang dibayar gaji oleh rakyat akhirnya menyamun harta rakyat dengan pelahap terlampau.
Cerita penyamun ini mungkin boleh dipertikaikan asbab dan maksudnya. Kita boleh kata penyamun ni membebel kerana dia tak dapat apa yang dihajat. TAPI bagi aku, yang penting ialah kita patut belajar memahami sepak terajang penyamun yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan yang kita pimpin.
Penyamun tu kata, cerita itu adalah cerita first-hand. Maknanya dia sendiri terlibat dalam adegan-adegan yang aku coretkan tu. Aku mengamati dan cuba menilai ketulenan cerita penyamun tu selama 4 hari dan aku simpulkan bahawa cerita itu benar. Memang berbelahbagi juga perasaan aku sama ada nak tulis atau diamkan saja. Silap haribulan polis atau SPRM boleh ziarah rumah aku. Tapi aku tak berdaya untuk buat pekak. Aku perlu ceritakan juga.
Aku tak salahkan MB dalam hal ini. Bagi aku isunya ialah "MB terlepas pandang" kerana kelicikan PenyamunNetwork@Perak dan kealpaan pembantu-pembantu yang sepatutnya lebih smart mengesan dan melapor.
Kisah malang cadangan projek tanaman Jatropha di Perak akhirnya berpindah ke Kelantan
Penyamun bercerita lagi ... seorang rakan penyamun bawa pelabur dari Jerman berjumpa MB untuk cadangan projek tanaman Jatropha. Syarikat yang ada kilang di India tu nak minta kawasan tanah kerajaan untuk dijadikan ladang Jatropha. Panjang lebarlah penerangan kepada MB berdasarkan proposal paper yang dibawa.
MB sangat berminat dengan cadangan tu lalu minta pelabur dan rakan penyamun tu berurusan dengan lawyer yang jadi penasihat ape entah kepada MB/kerajaan.
Bila berjumpa dengan lawyer tu, jawab dan sambutnya semua berbunyi "susah" dan "payah". Proses kelulusan oleh PTG rumitlah. Tempoh prosesnya lama sangatlah. Itulah inilah. Bla bla bla boleh blah. Penyamun kata, lawyer tu kata ... why not tanam je kat tanah-tanah yang dah ada hakmilik sama ada milik individu atau syarikat. Lawyer kata lagi ... kalau you nak, ada banyak tanah yang boleh ditunjuk. Tak payah la ambik tanah gomen. Payah. Susah. Lambat.
Wakil pelabur tu tak berminat dengan tanah milik individu atau syarikat. Dia ditugaskan berunding dengan kerajaan negeri untuk mohon tanah kerajaan. So dia dan rakan penyamun pun beralih ke Kelantan. Jumpa MB Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tok Guru dengar sendiri pembentangan cadangan tu sepenuhnya. Lepas tu Tok Guru panggil exco dan pegawai yang berkenaan untuk meeting hal tu. Tok Guru sendiri yang pengerusikan meeting tu. Keputusannya, kerajaan Kelantan setuju bagi kawasan kepada syarikat tu untuk ditanam Jatropha dengan ketetapan win-win situation yang dipersetujui bersama.
Perak banyak songeh - Kelantan dapat peluang!
Sekali lagi aku tak salahkan MB dalam kes no. 2 ni. MB minat. Dia serahkan kepada penasihat dan pembantu yang dipercayainya untuk memperinci dan memutuskannya. Yang celaru dan haru ialah manusia-manusia kepercayaan MB tu. Masalahnya ialah ... rakyat akhirnya akan menuding jari kepada MB. Itu yang aku tak puas hati. Bukan tak puas hati pada MB dan bukan juga tak puas hati pada rakyat. Geram dan meluat kepada Dato' Bendahara, Dato' Bentara Mangkubumi, Dato' Pujangga dan Dato' Nikah Kawin yang setia tapi ghaplah.
apa sudah jadi madani!?
-
*SUAMI MATI KERANA MEMPERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA!?*
*WALAUPUN SUAMI BERJASA, *
*UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG*!?
*BELUM ADA PINPINAN SABAH YANG ...
3 days ago
Pemimpin-pemimpin politik masakini kebanyakkannya adalah penyamun dipilih tidak kira dari parti politik manapun. Musnahlah bangsa Melayu sekiranya masih lagi melebihi politik dari menjaga agama, bangsa dan negara.
Kalau ada mintak, takda sapu... !!!
Betul tu Sheikh!!
Cuma MB saja yang dok ke hulu ke hilir.. yang pembantu kiri kanan nya buat apa pun tak tau.. dah banyak dah dok cerita sok-sek sok-sek..ada yang pegang jawatan baik punya... dah sibuk nak pegang PAFA pulak... lepas gian nak ceramah lagi... malam ni pun depa buat ceramah kat KPg Dato Sri Kamarudin... sedangkan kat Bota dah ada Ceramah MB, DSAI, ADUN BOTA, aiii.. kat Manjung pun depa buat.. tengok... macam mana tu.. tak kata sakit mata.. dah kata kekawan kita juga... letihhh...
Salam alaik ManjungMari,
Memang becelaghu & haghubighu. Kita dah beletiaq lama dah. Lama-lama boleh jadi kita sumpah jadi bola!
It takes a thief to catch a thief.
Kemenangan PR dalam beberapa negeri diluar jangkaan. Mereka yang menang tidak begitu bersedia. Namun, mereka perlu belajar dengan cepat bagaimana untuk mentadbir dengan berkesan. Banyak contoh kelemahan dan kekurangan ini.
Sokongan kepada semua MB PR perlu dan mereka sepatutnya perlu bertukar pendapat kerana baru belajar memerintah. Nak menjadi pelingkup dan perasuah macam AMENO tak perlu belajar.
pengajarannya... jangan dok pulun buat pembangunan material semata2.... pembangunan aqidah tu yang perlu diterapkan dulu pada sekalian pemimpin dan rakyat jelata supaya kenal antara kaca dan permata antara haram dah halal...wallahu alam
nak kena ada musang berjanggut baru bleh ajaq segala tok nenek nih... kesian kat MB Perak.. dia keje baguih, tp org keliling yg buat taik...
Ceramah aje koje deme, ijak ke nak muat koje lain, tarik pelaburan dan jaga kebajikan rakyat, ayor free ape ceritenye masih leboh lagi nampaknye
assalamualikum tun tanah !
ape name die MASRAN.
aku rasa dia ni pengarah perhutanan, berasal dari johor pernah bertugas di kelantan, aku rase je.
haaa SPRM macam ni, kan dah ada clue ini di nama kan maklumat, apa macam ?
tolong siasat jabatan perhutanan kelantan dan jabatan pehutanan perak , ah ! tak kira lah jabatan perhutanan mana pun pasal pegawai pegawai atasan sentiasa bergilir gilir negeri sama saja.
berpuloh puloh tahun dah aku dengar MATA KAYU makan LUIT ( pinjam loghat cina ) letih dah aku brik dulu.
betul la tu tok ggawo..MASRAN tu bekas pengarah hutan kelantan
en masran seorang pegawai yg bagus..cuma anak2 buah dia yg x bagus.kuat mengunta (duit la).pengarah bukan x tau anak2 buah dia begitu..,tp apa kan daya...mungkin natures jabatan hutan begitu. tak payah tgk pegawai atasan la tok ggawo..pekerja rendah awam kontrak pun hidup mewah kat jabatan tu.tak semua tp yg deal dgn kelulusan balak je la..tp heran juga mcm mana deme ni blh tau ttg kelulusan balak segala sedangkan itu sulit dan jawatan deme ni pun tak membenarkan deme terlibat pun hal2 macam ni.pernah saya berurusan dgn jabatan hutan ni..pra kontrak yg menggantikan tempat P.A pengarah perhutanan ni...fikirkanlah..klu yg beruniform pulak lain caranya...dunia dunia...mana2 jabatan kerajaan pun byk berlaku rasuah ni...bila report..sprm tak layan..sbb org bn..dgr cite la..betul atau tak wallahualam.. pada sprm tak yah siasat pegawai tinggi2 ni..siasat org bawahan dulu...,dari kecil2 ni la baru dpat tangkap ikan besornya...ini cuma cadangan semata-mata...salah kata harap dimaafkan..