Konvensyen BloggersNetwork@Malaysia - Santai Jiwa Merentap Minda

Alhamdulillah. Konvensyen pertama pembentukan BloggersNetwork@Malaysia selamat berlangsung selama dua hari (10 & 11 Januari) di Pusat ICT Dun Limbongan dan Rumah Tamu MDPP di Pasir Puteh Kelantan Darul Naim.

Terima kasih Dato' Husam Musa kerana sudi meresmikan konvensyen serta meluangkan masa berdialog dan diwawancara. Terima kasih daun keladi kerana meraikan kami dengan jamuan tengahari yang istimewa.

Santai Jiwa Merentap Minda ... demikian rumusan aku.

Santai justeru format pertemuan yang tidak terlalu formal. Santai justeru berkumpul ala cuti-cuti Malaysia. Santai kerana semua bloggers menginap di bawah satu bumbung Rumah Tamu. Santai kerana acara suprise sempena birthday HijatPanjang. Santai kerana acara bakar dan makan ikan + hotdog bersama chef Jordan. Santai kerana berkongsi ilmu dan pengalaman especially kuliah IT oleh Tuan Guru TopengPerak. Santai kerana sessi fotografi bloggers yang gugur syahid. Pendek kata ... semuanya santai.

Namun di sebalik suasana yang santai itu, terkesan benar minda aku dek rentapan idea yang penuh azam dan cita oleh bloggers yang hadir. Sekali lagi aku terhumban ke gaung rasa kekerdilan di tengah-tengah rakan-rakan bloggers yang hebat dan otai. Aku sekadar blogger tua yang cabuk IT di gerabak belakang. Syukur kerana dapat mengenali bloggers muda yang penuh bertenaga. Mudah-mudahan aku masih sempat belajar banyak perkara.

BloggersNetwork@Malaysia bukan sekadar kelab untuk bloggers berkenalan dan berseronok suka. Wadah ini ada agenda serius demi kemakmuran dan kesejahteraan warga Malaysia pimpinan Pakatan Rakyat. Lima negeri tadbiran PR mau dipacu sepantas dan sesempurna mungkin. Negeri-negeri lain perlu ditembusi setajam dan setepat mungkin. Persepsi dan minda seluruh warga Malaysia perlu diletakkan ditengah lebuhraya menuju ke destinasi muluk kudus bersama Pakatan Rakyat. Cabarannya ... bukan alang kepalang!

Buat tak semudah kata. Lagang tak semudah cadang. Laksana tak semudah cakna. Demikian cabaran perjalanan kita. Kalau tak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya. Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah yang pertama. Agi idup agi ngelaban. Hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh. Patah sayap bertongkat paruh namun tetap kudaki jua. Mudah-mudahan Allah merahmati azam dan usaha kita.

Aku sangat insaf dengan salah satu lontaran Dato' Husam ketika dialog kelmarin ... selain mantap berlegar di langit, bloggers wajar turun ke bumi dengan mekanisme yang jelas berobjektif merakyatkan maklumat sehingga tak tertinggal walau seorang pun. Minda rakyat off-line masih dijajah oleh main-stream media. Kalau kita hanya berlegar di langit maka rakyat off-line akan kekal dengan persepsi sediakala dan purbakala. Jika begitu ... tujuh kali 16 september lagi pun penyamun cap timbang itu akan terus bermaharajalela. Aduh! Tersiksa jiwa dan raga mengenangkan parti bangka itu dapat terus melaram pakai mini-skirt padahal dah menopause.

Oleh itu jom kita langkahkan kaki dengan penuh daya dan gaya!

Sambil tu ... tatapilah foto pilihan aku untuk anugerah ekspresi dirimu 2009 ... hehehe!








wei! demo buak gapo tu?


















Chino penang make budu ..
















hai ! lain macam punya pandang tu !!!

















Primamaya MSK menewaskan Ayah Pin bagi kerusi tertinggi Kerajaan Langit.








khusyuk ke syahid?

ni selamber kategori ape ni?

ready untuk ikanbakarque

ko ade tanduk ke sya?







tu dia aih! hang sorang ja tibai macam tu punya banyak?

















sya pun SYAhid


















al-syahid topengperak









tu la hang! yang hang kasi pecah bangku tu buat apa? kan dah kena melutut ....

Comments :

13 comments to “Konvensyen BloggersNetwork@Malaysia - Santai Jiwa Merentap Minda”
Mr Joker said...
on 

Selamat tiba ke KL jam 4.30am... melangut dekat 2 jam dekat PWTC. last skali sebab bosan, ambik teksi balik ke Subang. lama x jengok PC... rupanya sahabat-sahabat lain dah update... caya...

Anonymous said...
on 

salam ustaz,..

waaa..hebat2...tak sangka yee..ustaz pun pi jugak..kami ingat nak pi tp nak wat camne..ade kekangan skit dr segi masa dan wang..insyaallah akan cuba berikan yg terbaik..

apa2 pun tahniah kerana apa yg diimpikan selama ini betul2 sudah menjadi kenyataan..diharap segala aktiviti utk kerajaan ini dapat dikongsi dari masa ke semasa..

Pengasas said...
on 

Salam Ciberboron,
AlhamduliLLAH dan tahniah. Benih yang disemai sudah bertunas dan sekarang mulai subur. Sama-samalah kita uruskan supaya ia berbunga, berputik dan menjadi buah.
Cuma, saya teringat kata-kata saidina 'Ali b. Abi Thalib: "Ramai yang memetik buah, berapa pula yang sanggup menyiram pohonnya?"
Air secangkir belum mendidih, seguni gula sudah disediakan.
Wassalam.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...
on 

salam ustaz..

tahniah dan selamat kembali dari berkonvensyen..harap apa yg pengasas sebutkan insyaAllah akan ramai yang akan bersama2 menyiram pohon yang sedang membesar..dan hasilnya pasti lebih manis ..insyaAllah..sama2 kita berdoa..

wallahualam..

Asrol said...
on 

terima kasih abg cyber boron.
laaaaaaaaaaaa...pic saya tu....

di kalangan blogger2 di bloggers network malaysia, abang dianggap abang sulung.

terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkunjung ke kelantan.

bloggers network malaysia amat bertuah memiliki seorang pejuang cyber seperti beliau.

2 hari mengenal abg cyber boron,terasa macam terjumpa saudara yang amat2 akrab. ya, semangat setiakawan,moral,, kekeluargaan dan kebajikan pastinya akan subur di dalam bloggers network malaysia

beliau adalah seorang yang berkaliber dalam bloggers network malaysia <- bodek sikit takpe kan.

nanti kta jumpa lagi ya.
permisi ya pak.opssssss..

Amri Mat Saaid said...
on 

salam ciberboron
Minta maaf lerr TBO tak dapat nak datang, apepun kami tetap bersama Blogger Network Perak atau Malaysia. Pasal komen Tok Huse kami di TBO dah mula ada "enggagement" dgn rakyat setempat sejak tahun lepas, InsyaAllah tahun ni akan ade byk aktiviti dari TBO untuk rakyat setempat.

radenjowo said...
on 

Tahniah kepada semua.
Syok na?

ciberboron mana satu?
Yang kati kati tu den kenal la ...
Wakakakak

cyberboron said...
on 

Air secangkir belum mendidih, seguni gula sudah disediakan ....

nasihat Pengasas ni penuh makna untuk diinsafi.

Asrol ... jangan mare ek!

Untuk semua .... perjumpaan seterusnya akan diadakan di Kedah. Jom kita ke sana!

cyberboron said...
on 

radenjowo,

dalam foto no. 4 dari atas, yg pegang buku merah, sedang menulis, rambut dah tinggal sikit ... aku la tu.

apapun .. terima kasih kerana sudi singgah

Anonymous said...
on 

ya ustaz,
saya tak marah, geram jerk..wkahkahaka.

apa-apa pun, best la geng2 kita ni, rasa macam adik dan abang2. MSK sebagai ayah.

ya, kalu nak buah, kena siram /bajai pokoknya.

Anonymous said...
on 

salam..
boleh minta bantuan@penjelasan,
berkaitan lawan web TKO yg tidak boleh diakses...

minta yg pakar menjawbnya..

http://www.utaraonline.net/v2/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2717&postdays=0&postorder=asc&start=0

thanks..

Asrol said...
on 

web tko takleh mausk sebab server overload, visitor ramai sangat.

harap jangan masuk mana2 web selain detik daily dan utara online.
tq

Cybernetics Mind said...
on 

wahhhh cam best jer konvensyen ni,
awat tk pelawa cek...kalau tak boleh
kita pi sekali :)

Post a Comment

 

Blog Pilihan

Komen Pengunjung Terkini