ADUN BOTA (BN) SERTAI PKR - 2 LAGI AKAN MENYUSUL!

BERITA TERKINI DARI M-STAR ONLINE

PETALING JAYA:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuasa kuasa hari ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi.

Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.

Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.

Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006.

Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.

Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.

Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.

Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam Bahagian Parit.

"Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di Perak," katanya.

...........mstar0nline ............

PERKEMBANGAN MUTAKHIR !

Dua lagi Adun BN Perak akan sertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat. Berita perkembangan terkini akan menyusul.

Comments :

3 comments to “ADUN BOTA (BN) SERTAI PKR - 2 LAGI AKAN MENYUSUL!”
Anonymous said...
on 

Besor cita-cita politik Datuk Nasarudin ni...semasa dalam UMNO pernah dijanjikan jawatan MB, kerana termakan cakap sanggup lawan Ketua bahagian..tapi kalah walaupun modal banyak habis..kalau jawatan MB ikut giliran setiap penggal antara PKR dan PAS, maka jawatan MB paling layak untuk Datuk Nasarudin ni jika tiada yang lain layak.. ada masa depan Datuk ni ..boleh mula himpit.

Nak harap penyokong Datuk Nasarudin masuk PKR.. jangan harap..

cyberboron said...
on 

Salam sejahtera Akutakata,

Terima kasih kerana singgah & memberi komen. Pakatan Rakyat sangat faham tentang pelbagai isu yg membaluti diri individu2 UMNO sama ada yang YB atau bukan YB. Namun kami berlapang dada menerima mereka jika mereka berhasrat utk bersama kami. Kami berbaik sangka bahawa kalau pun mereka dulu banyak salah atau dosa, mungkin telah sampai masanya mereka ditaqdirkan untuk menebus salah dan dosa itu.

Kalau tak seorang pun UMNO Parit mengikut jejak Dato' Nasarudin ... tak apa lah. Kami tetap bersyukur kerana dah bertambah seorang lagi dalam perjuangan kami.

Satu lagi ... kami dah biasa dengan ungkapan2 seperti yg saudara tulis ... TAK ADA SIAPA YANG NAK JOIN PAKATAN RAKYAT ... sepanjang masa ada saja berita orang Pakatan keluar parti dan masuk UMNO ... TAPI ... kami terus mendapat tambahan sokongan.

tok ggawo said...
on 

assalamualaikum tuan !
zahid hamidi dok tengah fikir macam mana nak ubah status tempat lahir nya dari negeri perak ke israel dia nak jadi menteri disana pulak sama geng , semua dokumen peribadinya akan di ubah, kah kah kah, tengok apa dah jadi kan kan kan.

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini