Pagi ini aku tak peduli. Lantaklah orang nak kata apa pun. Aku tak peduli walau ramai UMNO baca tulisan aku ini. Aku tak peduli kalau orang PAS atau orang PKR kata aku ni membuka pekung di dada. Lantaklah apa pun penilaian korang pada aku.
Aku terpanggil untuk meluahkan apa yang sungguh-sungguh aku rasakan dalam diri aku. Luahan ini bukan setakat rasa hati. Otak aku pun dah luluskan untuk aku luahkan rasa meluat @ getik yang meronta-ronta lebih kurang sebulan lamanya.
Betul ke kita ni KERAJAAN. Kerajaan Pakatan Rakyat, bukan kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan yang dikuasai oleh parti-parti yang nak mendaulatkan rakyat. Yang anti-kronisme dan anti-nepotisme. Kerajaan yang betul-betul nak bangunkan rakyat. Kerajaan yang sungguh-sungguh nak meningkatkan taraf hidup rakyat. Kerajaan yang prihatin. Good governance ape entah macam yang Kit Siang selalu cakap. Kerajaan yang berkhidmat kepada rakyat. Kerajaan yang takutkan azab Tuhan di akhirat. Kerajaan yang tak sanggup melengah-lengahkan apa jua keperluan rakyat. Kerajaan yang berintegriti. Kerajaan yang credible. Yang amanah. Sehingga tak tertulis - banyaknya prinsip dan gagasan yang kita kita junjung dan kita janjikan kepada rakyat.
Setakat ini memang kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional sama ada di Perak atau di empat negeri yang lain. Kelantan memang telah sah membuktikan perbezaan itu.
Luahan aku ini merujuk khusus kepada negeri Perak.
Terus terang aku isytiharkan bahawa aku dan lebih sejuta rakyat Perak masih belum dapat merasakan perbezaan ketara antara kerajaan sekarang dan kerajaan dulu melainkan dalam beberapa perkara yang sedikit jumlahnya.
Janganlah engkorang ulangi cerita hebatnya MB Nizar, duit seribu untuk yang masuk universiti, tanah untuk sekolah cina dan sekolah agama, rm sejuta untuk orang miskin waktu harga minyak naik hari tu dan tiga empat cerita yang lain tu. Semua tu aku akui dan ucap syabas. Tapi jadi kerajaan bukanlah untuk buat beberapa perkara itu saja.
Aku bercakap bagi pihak majoriti rakyat terutama di kampung dan yang daif di bandar. Yang dapat beberapa barangan keperluan plus sedikit duit melalui peruntukan sejuta waktu minyak naik tu cuma empat lima orang satu kampung. Yang dapat seribu ringgit dermasiswa masuk U pun hanya empat lima orang satu kampung. Yang masih tak dapat apa-apa, beratus atau beribu orang jumlahnya dalam satu kampung.
Projek? projek apa yang ada. Kalau projek repair jalan kampung dan cuci parit, itu projek biasa. Kerajaan dulu pun repair. Kerajaan dulu pun cuci.
Bantuan untuk orang miskin menjelang aidil fitri dan deepavali? Kerajaan dulu pun bagi. Bahkan tahun ini dua kerajaan bagi bantuan. Kerajaan negeri bagi, kerajaan pusat pun bagi.
Rakyat ucap terima kasih kerana repair jalan, cuci parit dan bagi bantuan raya. Tapi itu bukan projek yang melibatkan rakyat terbanyak.
Rakyat letih menunggu ketibaan projek yang boleh membantu meningkatkan taraf hidup. Projek yang dapat memangkin pertambahan income. Projek yang memudahkan laluan pembinaan diri sebagai usahawan berdaya maju, petani moden dan penternak jaya.
Bajet dah dua bulan dibentangkan. Perinciannya tetap tak turun ke ribaan rakyat. DO tak cerita apa-apa, ADUN tak cerita, penghulu tak tahu, ketua kampung tersengeh sumbing dan JKKK haram tak tau apa. Ketua Bahagian PKR dan YDP PAS Kawasan pun tak tahu apa-apa juga.
Janganlah rasa maklumat dalam Citra Perak tu dah cukup. Kalau setakat macam tu dah boleh jadi kerajaan, cannibal yang menghukum rebus Pak Long albanjari, Taib Landak, Dugong Darat & usin cenangau tu pun layak jadi kerajaan.
Pleaaaaaaaaaaase! Tolonglah beri maklumat yang secukupnya.
Yang sekian juta untuk pertanian tu, apa pecahan-pecahannya. Berapa untuk itu dan berapa untuk ini. Apa projek yang dah siap diputuskan oleh kerajaan dan berapa agihan peruntukan kepada projek tu. Berapa pulak baki peruntukan yang boleh dipohon oleh rakyat melalui proposal paper yang dikemukakan. Kalau boleh rakyat memohon - kepada siapa nak dipohon. Macam mana caranya. Melalui jabatan mana. Berapa hadnya. Siapa yang layak. Individu boleh ke? atau hanya syarikat yang layak. Apa syaratnya. Bla bla bla bla bla .......
Pleaaaaaaaaaaase! Tolonglah ceritakan pada kami rakyat jelata.
Citra Perak laporkan kenyataan MB tentang nak lahirkan 300 penternak. Ternak apa? Lembu? Kambing? Arnab atau Dhab? Berapa peruntukan untuk tujuan tu? Siapa sasarannya? Budak hujung kampung aku yang bela lembu di atas tanah kerajaan tu boleh dapat apa-apa bantuan atau kemudahan ke? Bujang tua kampung sebelah yang bela ayam organik 100 ekor tu boleh dapat apa-apa peluang ke? Atau peruntukan dan kemudahan tu hanya untuk penternak sedia ada yang bersaiz M dan L saja?
Pleaaaaaaaaase! YB Umar Abdul Aziz, YB Jose Rizal, YB Mahatma Ghandi ... habaq mai apa-apa maklumat yang patut.
Ops! ada orang bagi salam. nak mai hantaq komisyen apa-apa kot!
......... bersambung petang nanti.
BUNG&ISTERI BELA DIRI
-
*PEMBEBASAN BATAL, BUNG DAN ISTERI BELA DIRI*
*MAHKAMAH TINGGI BUAT SILAP ???*
*Hakim Mohamed Zaini Mazlan menyatakan Mahkamah Tinggi telah membuat ...
4 days ago
salam ustaz,
heehehehe..seronok tengok ustaz melompat..
betui tu..sejak dari cambah fikiran ari tu sy pun tertanya2 apa projek dan dasar nak dilaksana kat perak ni..
nampak sgt exco2 ni masih tercari2 dan masih dibuai mimpi. apa masalah sy pun tak paham. kalau nak kata peg2 kerajaan tak bg kerjasama so..fikirkan apa yg patut kena buat. cuba la pi wat selidik skit kat kelantan ke, kedah ke camne depa ni amik hati peg2 kat situ. minta maaf sy cakap kalau depa rasa depa dah besaq sgt...tp lupa janji dan amanah yg nak digalas..mampuih la esok bila dah kat SANA..jawab sendiri la. takkan dok harap kita bloggers ni yg nak kena suruh buat kot!!!...
pelik dan ajaib lagi..yg sy nampak betul2 buat keje cuma MB. bukan nak puji tp itu la hakikat. yg lain2 ..cam ustaz cakap "Ops! ada orang bagi salam. nak mai hantaq komisyen apa-apa kot!"
hmm....manusia masih lali dan lupa ...takkan la nak kena turun bala dari DIA baru nak pham...entahlah labu...
Salam ustaz .. salam semua
Terkejut teman bila ustaz bermadah camni. Betuiker ni? Tapi ituler suara marhaen dan ituler tujuan Perak bloggers@network berfungsi. Maklumat negeri kita tolong sampaikan, kita tunggu dan kita berhak mengulas akan berjaya atau tidaknya maklumat yang kita faham itu. Walaupun kita menyokong kerajaan PR, kita tidak terikat untuk terus memuji.
Seorang pegawai kanan negeri ada mengeluh, PR Perak melalui MB dan DSAI mempertikaikan sokongan mereka kepada kerajaan PR. Mudah PR merumuskan bahawa kakitangan kerajaan tak mahu berkerjasama menjayakan hasrat negeri. Tapi merekapun tak tahu nak beri kerjasama macam mana. Apa yang nak dijayakan. Banyak sangat kebajikan sedangkan duit terhad. Langsung tak kreatif nak bangunkan ekonomi rakyat. Hanya kreatif dalam ceramah jer. Takkan rakyat nak makan ceramah jer.
Patutnya kenyangkan perut rakyat dahulu, kemudian baru kenyangkan otaknya. Otak kurang berfungsi kalo perut lapar.
Cukup
hebat hebat saya kagom dengan komen tuan semuanya beno yob
hah!!! deme sebok yob. Sekarang ni tengah kelam kabut...pasai apa kelulusan balak belum keluor.
Deme tengah sebok yob..pasai apa elaun Ketua Kampong dan JKKK belum keluor.
Deme tengah sebok yob...tengah belajor macam mana nak pakai laptop..
Salam CiberBoron,
Nampak gaya kena ada perbincangan mengenai sikap dan budaya kerja YB-YB-PR kut?
salam ustaz dan semua..
rasanya semua orang dah mula penat menunggu... selama mana kita nak cover kerajaan yg belom buat apa2 lagi..ramai yg dok kata sabar..
dah 9 bulan..kalau ibu mengandung dah nunggu hari je..takkan masih tak tau nak uruskan apa2 projek kot..? kat sini tok sidang ada yg bising..peruntukkan bersaing dgn JKKP..JKK dapat 1 JKKP dapat 3..tang mana silap tak tau ..penghulu ke jabatan2 kerajaan..
wallahualam
ermm...saudara penulis umpama ibrahim ali di pasir mas kelantan...ermm...
tiada yang sempurna...tapi pilihlah yang terbaik..
Laa, anta pun dah mula hantam, ana ingatkan MSK jaa yang panas hati. Tapi hangpa tak patut laa nak mula hentam tak ajak aku.
salam, ciberboron he he panas kritikan mike, bace juge artikel terkini dari TBO, 2009 Tahun Reformasi Pakatan Rakyat. Syabas