2 Exco Perak diura-urakan bakal keluar parti (PKR) malam ini untuk menyertai UMNO. Pasukan Khas UMNO juga sedang cuba melakukan apa saja untuk membawa YB Nasarudin (Bota) kembali kepada UMNO bagi mencukupkan bilangan kerusi BN untuk membentuk Kerajaan Perak yang baru secepat mungkin.
Perakexpress.com melaporkan Jamaludin Mohd Radzi (PKR - Behrang) dan Kapt. (B) Mohd Osman Mohd Jailu (PKR - Changkat Jering) telah ditahan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan military police. Kedua-duanya dipercayai sedang berada di Pekan, Pahang bersama Dato' Seri Najib Razak.
Petugas AMK sedang mengawasi kediaman YB Nasarudin di Bota berikutan khabar tentang cubaan menculik ADUN Bota itu untuk misi pembentukan kerajaan BN Perak. Nasarudin dikatakan mendapat tawaran jawatan Menteri Besar jika sedia kembali bersama UMNO.
................................................................................................
SOLAT HAJAT DI SELURUH NEGARA
Umat Islam diseru agar bersolat hajat pada malam ini memohon pertolongan Allah SWT menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Solat hajat dan munajat untuk maksud ini disarankan supaya diteruskan oleh pendokong Pakatan Rakyat beragama Islam setiap hari.
...............................................................................................
NASIHAT PENTING UNTUK JAMALUDIN & OSMAN
Adalah hak kamu untuk memilih parti mana pilihan kamu. Jika kamu memilih UMNO ... silakan berbuat demikian! Kami menerima dengan lapang dada dan penuh keterbukaan. Andai UMNO dapat memujuk atau membeli seorang lagi ADUN Pakatan Rakyat selepas kamu berdua, maka bertukarlah Kerajaan Negeri Perak daripada PR kepada BN. Jika hal itu berlaku, maka amat besarlah saham kamu kepada peralihan itu.
Kami pasti tabah menghadapi realiti. Dulu parti kami bukan kerajaan. Sekarang sebagai kerajaan. Jika kembali menjadi parti bukan kerajaan, kami tidak kekok kerana telah lama berpengalaman. Namun kami PASTI tidak akan melupakan kamu jika kamulah sebab dan puncanya.
Kamu juga tidak mungkin dapat meneruskan kehidupan dengan hati yang tenang walau pun tiada siapa di kalangan kami yang akan menyakiti kamu. Kamu akan 'tak keruan' seumur hidup bersebabkan gangguan dari dalam diri kamu sendiri. Allah tidak pernah lalai daripada memerhati dan mengawasi kamu dan kami.
Tak mungkin ada alasan yang wajar bagi kamu untuk mendiami rumah UMNO yang jijik itu. Kamu sendiri lebih tahu kebangkrapan nilai dan prinsip dalam tubuh UMNO. Kamu juga tahu betapa jahatnya UMNO termasuk rencana memerangkap kamu dengan tuduhan rasuah.
Sebelum melangkah jauh, kamu dinasihatkan supaya beristikharah memohon ilham dan petunjuk daripada Yang Maha Mengetahui. Jika benar kamu masih beriman kepada Allah maka itulah satu-satunya sumber penentuan langkah yang pasti benar dan tidak akan merugikan kamu. Bertanyalah kepadaNya!
.................................................................................................
NASIHAT KEPADA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT
Bertenang! Khabar ini masih belum sahih. Belum ada apa-apa pengumuman yang resmi. Be cool!
KERAJAAN PR PERAK TUMBANG MALAM INI?
cyberboron, Saturday, January 31, 2009PENYAMUN WARISAN UMNO DALAM KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
cyberboron, Friday, January 30, 2009
Coretan Minda Yang Menjerit
Subuh ini aku nak tulis dalam bahasa santai. Dah tiga empat hari aku tulis dalam bahasa 'berita' dan rasa tak enjoy langsung. Bahasa sembang tepi jalan lebih mudah ditutur dan lebih senang difaham.
Sebelum aku luahkan jeritan panas dari dalam minda dan jiwa aku ini, aku harap rakan-rakan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat tolong baca perisytiharan ini :-
1. Aku sokong kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak sepenuh jiwa dan raga.
2. Aku tetap yakin dan percaya kepada pemimpin parti-parti Pakatan Rakyat negeri Perak sama ada yang dalam kerajaan atau hanya dalam organisasi parti.
3. Aku faham kesukaran yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin yang mengemudi kerajaan disebabkan kerenah pegawai dan kakitangan peninggalan BN.
Oleh itu coretan ini :-
1. Bukan bermaksud menyalahkan MB atas cacat dan tempang yang wujud dalam pentadbiran kerajaan.
2. Bukan bermaksud nak memfitnah dan menuduh tak tentu pasal.
3. Bukan bermaksud nak melepas geram tanpa tujuan.
Matlamat aku ialah :-
1. Nak bantu mencari jalan untuk membenteras aktiviti rompak dan samun harta rakyat yang dah berakar umbi di zaman kerajaan UMNO-BN.
2. Nak salurkan maklumat yang MUNGKIN terlepas dari pandangan MB dan pemimpin parti dek kependekaran pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan rakan-rakan penyamun mereka.
3. Nak memangkin usaha-usaha yang lebih pantas dan berkesan untuk menyelamatkan harta negeri dan harta rakyat.
Cerita dan pengakuan penyamun zaman BN
Dah empat kali aku bersembang dengan seorang penyamun veteran yang aktif di Perak, Selangor, Pahang dan Kelantan sejak 20 tahun lalu. Penyamun ini nampaknya turut beralih cara dan halatuju bersama tsunami PRU12. Walau pun masih aktif dalam bisnes yang sama, tapi modus operandi dan hala tuju untungnya nampak dah dimodified. Kalau tak OK sangat pun, kira OK jugalah. Perubahan awal yang ada potensi bertambah baik.
Dia menceritakan satu kes panas yang baru berlaku dan belum selesai lagi pun. Walau pun hanya SATU kes namun begitulah realiti bagi kes-kes yang lain.
Kata si penyamun ... rakan dalam kumpulannya mendapat khabar bahawa kantung Yayasan Perak (YP) dah kontang. YP perlukan duit untuk melaksanakan aktiviti dan program yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan. Maka rakan penyamun pun berundinglah dengan pengurusan atasan YP. YP dicadangkan minta kawasan balak. Yayasan memohon kepada Jabatan Hutan. Kelulusannya dalam mesyuarat Exco. Pendek kata 'kerajaan memohon kepada kerajaan'. Tak kan lah tak boleh dapat.
Ogos 2008 Jabatan Hutan luluskan lebih kurang 40 permohonan balak. Tapi YP tak dapat pun. 15 Januari 2009 Jabatan Hutan luluskan entah berapa puluh permohonan lagi. Tapi YP tak dapat juga. Apa ke jadahnya ni! Kepada berpuluh-puluh individu dan syarikat boleh diluluskan tapi kepada Yayasan Perak tak boleh lulus. Apa masalahnya?
Apabila Pengarah Hutan si Masran ditanya kenapa tak diluluskan kepada YP, selamber kude je dia jawab "YP tak ada tukul besi". Mangkuk ayun si Masran ni. Senang hati je dia nak memperbodohkan orang.
Kata si penyamun, sebelum Ogos 2008, pengurusan YP dah berjumpa dengan MB. Si Masran Tarbus tu pun ada bersama. MB dah catatkan recommendation nya pada surat/kertas permohonan YP kepada Jabatan Hutan. Malangnya YP tak tersenarai dalam kelulusan Ogos itu.
Sebelum kelulusan 15 Januari 2009, sekali lagi pengurusan YP berjumpa dengan MB. Kali ini si Masran tak ada. Yang ada ialah si Kama yang sikit bawah dari Masran. MB catatkan lagi recommendation nya untuk tindakan Pengarah Hutan. Bila senarai kelulusan keluar pada 15 Januari, YP tetap tak dapat juga.
Maka pada satu hari dalam minggu lepas, si penyamun dan kumpulannya pergi jumpa si Masran. Penyamun tanya Masran apa problemnya yang YP tak boleh dapat kelulusan sedangkan MB dah dua kali bagi memo. Si Masran senang hati je jawab "mana ada MB recommend". Penyamun terus tunjukkan salinan surat yang ada recommendation MB kali kedua. Si Masran selamber je kata "budak-budak saya tak tunjuk pun surat ni".
Pendek cerita, kumpulan penyamun pun terus bagi lebih kurang warning kat Masran. Jangan sampai kami datang kali kedua!
Besok paginya penyamun dapat panggilan daripada somebody kat YP minta datang ke pejabat. Dalam perjalanan ke Ipoh penyamun dihubungi oleh sorang taukeh Cina. Taukeh tu kata "Kawan aa ... kalau lia olang boleh bayar 5 juta aa ... cakap sama lia olang, kita boleh kasi lebei sikit maa ...". Apa ke jadahnya pulak yang taukeh China ni offer macam tu? Kira-kiranya dia dah tau YP akan dapat kelulusan balak. Padahal belum apa-apa pun lagi. Sapa bagitau apek ni?
Bila sampai ke ofis, somebody kat YP tu terus tanya "Apa yang hangpa dah buat? Hangpa kata apa kat Pengarah Hutan?". Penyamun tanya balik "Awatnya? Apa dah jadi?". Somebody pengurusan YP tu bagitau dia terima panggilan telepon dari pejabat MB pagi tu dengan arahan "Jangan hantaq sapa-sapa lagi pi berurusan dengan Pengarah Hutan. Perkara tu akan diselesaikan oleh salah sorang SU MB!". Alamak ... wat hepen?
Penyamun cerita pada aku ...
Memang dah jadi amalan zaman BN, ada raksaksa-raksaksa besar di belakang malaun-malaun civil yang bersangkut paut dengan tanah dan sumber asli. Malaun-malaun tu memang dah slow sikit sejak kerajaan baru ni. Tapi slow bukan bermakna dah tobat. Slow untuk set-up teknik menyamun yang baru.
Lebih kurang pengurusan luar tabie tu macam ni ... Bila perbadanan apa-apa atau yayasan apa-apa perlukan duit, MB zaman dulu akan order Jabatan Hutan supaya bagi kawasan balak yang padan untuk dapatkan jumlah duit yang diperlukan. Jabatan Hutan uruskan segala-galanya. Perbadanan atau yayasan tak perlu tau apa-apa. Selesai proses, perbadanan atau yayasan cuma perlu tandatangan perjanjian jual-beli kawasan tu dengan kompeni yang dah disediakan. Semua deal dibuat oleh ..... entah la ... pengarah hutan mungkin boleh jawab.
Yang celakanya ... duit yang perbadanan atau yayasan dapat tu bukanlah nilai yang padan dengan keluasan kawasan yang diluluskan. Kata penyamun, biasanya kalau perbadanan/yayasan dapat 5 juta ... nilai sebenar yang patut boleh dapat ialah 50 juta. Cisssss! sepuluh kali ganda tu!
Patut la boleh jadi raksaksa. Bayar 5 juta dapat untung kasar 45 juta. Tendang pi terajang mai suap babi kat mulut malaun-malaun civil tu 10 juta lagi pun tak apa. Masih untung 35 juta. Tolak pi la kos kerja 5 juta ... untung lagi 30 juta. Aku pun teringin nak jadi orang besaq hutan!
Okey, balik pada cerita asal tadi, ada beberapa soalan dan persoalan yang perlu kita tanya dan kita jawab sendiri dengan penuh tanggungjawab dan insaf.
1. Kenapa boleh berlaku Jabatan Hutan (tak kira la pengarah ka atau sapa ka) ingkar arahan MB? Dah pulak tu, yang direkomen adalah yayasan yang kerajaan punya.
2. Kenapa boleh berlaku taukeh china tu dah offer nak bagi baik punya harga ... sedangkan kelulusan belum berlaku. Macam mana taukeh tu dah tau lebih awal? Siapa yang bagitau?
3. Apalah agaknya yang diceritakan oleh si pengarah kepada MB atau pembantu MB sehingga yayasan diarahkan supaya jangan lagi pakai atau hantar wakil berurusan dengan pengarah hutan?
Aku cuma mengharap agar mandat rakyat tidak dicekodokkan. Janganlah dijual harta rakyat yang bernilai 50 juta dengan harga hanya 5 juta. Janganlah dibiarkan pegawai tinggi yang dibayar gaji oleh rakyat akhirnya menyamun harta rakyat dengan pelahap terlampau.
Cerita penyamun ini mungkin boleh dipertikaikan asbab dan maksudnya. Kita boleh kata penyamun ni membebel kerana dia tak dapat apa yang dihajat. TAPI bagi aku, yang penting ialah kita patut belajar memahami sepak terajang penyamun yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan yang kita pimpin.
Penyamun tu kata, cerita itu adalah cerita first-hand. Maknanya dia sendiri terlibat dalam adegan-adegan yang aku coretkan tu. Aku mengamati dan cuba menilai ketulenan cerita penyamun tu selama 4 hari dan aku simpulkan bahawa cerita itu benar. Memang berbelahbagi juga perasaan aku sama ada nak tulis atau diamkan saja. Silap haribulan polis atau SPRM boleh ziarah rumah aku. Tapi aku tak berdaya untuk buat pekak. Aku perlu ceritakan juga.
Aku tak salahkan MB dalam hal ini. Bagi aku isunya ialah "MB terlepas pandang" kerana kelicikan PenyamunNetwork@Perak dan kealpaan pembantu-pembantu yang sepatutnya lebih smart mengesan dan melapor.
Kisah malang cadangan projek tanaman Jatropha di Perak akhirnya berpindah ke Kelantan
Penyamun bercerita lagi ... seorang rakan penyamun bawa pelabur dari Jerman berjumpa MB untuk cadangan projek tanaman Jatropha. Syarikat yang ada kilang di India tu nak minta kawasan tanah kerajaan untuk dijadikan ladang Jatropha. Panjang lebarlah penerangan kepada MB berdasarkan proposal paper yang dibawa.
MB sangat berminat dengan cadangan tu lalu minta pelabur dan rakan penyamun tu berurusan dengan lawyer yang jadi penasihat ape entah kepada MB/kerajaan.
Bila berjumpa dengan lawyer tu, jawab dan sambutnya semua berbunyi "susah" dan "payah". Proses kelulusan oleh PTG rumitlah. Tempoh prosesnya lama sangatlah. Itulah inilah. Bla bla bla boleh blah. Penyamun kata, lawyer tu kata ... why not tanam je kat tanah-tanah yang dah ada hakmilik sama ada milik individu atau syarikat. Lawyer kata lagi ... kalau you nak, ada banyak tanah yang boleh ditunjuk. Tak payah la ambik tanah gomen. Payah. Susah. Lambat.
Wakil pelabur tu tak berminat dengan tanah milik individu atau syarikat. Dia ditugaskan berunding dengan kerajaan negeri untuk mohon tanah kerajaan. So dia dan rakan penyamun pun beralih ke Kelantan. Jumpa MB Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tok Guru dengar sendiri pembentangan cadangan tu sepenuhnya. Lepas tu Tok Guru panggil exco dan pegawai yang berkenaan untuk meeting hal tu. Tok Guru sendiri yang pengerusikan meeting tu. Keputusannya, kerajaan Kelantan setuju bagi kawasan kepada syarikat tu untuk ditanam Jatropha dengan ketetapan win-win situation yang dipersetujui bersama.
Perak banyak songeh - Kelantan dapat peluang!
Sekali lagi aku tak salahkan MB dalam kes no. 2 ni. MB minat. Dia serahkan kepada penasihat dan pembantu yang dipercayainya untuk memperinci dan memutuskannya. Yang celaru dan haru ialah manusia-manusia kepercayaan MB tu. Masalahnya ialah ... rakyat akhirnya akan menuding jari kepada MB. Itu yang aku tak puas hati. Bukan tak puas hati pada MB dan bukan juga tak puas hati pada rakyat. Geram dan meluat kepada Dato' Bendahara, Dato' Bentara Mangkubumi, Dato' Pujangga dan Dato' Nikah Kawin yang setia tapi ghaplah.
TAJOL - LETAK JAWATAN ATAU DI PECAT?
cyberboron, Thursday, January 29, 2009Ketua Pembangkang DUN Perak, Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak dalam pertemuan bersama UMNO Bahagian Parit petang kelmarin.
Tajol dilaporkan mengambil tanggungjawab berikutan tindakan ADUN Bota meninggalkan UMNO dan menyertai PKR serta kekalahan BN Perak dalam PRU12. Surat perletakan jawatannya telah diserahkan kepada DS Najib pada jam 4.30 petang Isnin lalu - Berita Harian.
Walau bagaimana pun kedudukan sebenar Tajol hanya akan diputuskan dalam MT UMNO malam nanti - Najib.
Akhbar-akhbar harian milik UMNO menggunakan perkataan 'meletak jawatan' untuk menggambarkan suasana tenang UMNO menghadapi kes YB Nasarudin keluar parti menyertai PKR. Sebaliknya, sumber dalaman UMNO memberitahu sebenarnya Tajol diarahkan supaya melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri kerana kegagalannya mengesan dan mengelakkan insiden lompat parti tersebut. Kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO Perak menggunakan perkataan 'Tajol dipecat' ketika mengulas perkembangan ini.
Kumpulan 11 yang menghangatkan politik dalaman UMNO Perak satu ketika dulu dikatakan memainkan peranan utama disebalik pemecatan Tajol. Selain itu, golongan muda dan pelapis kepimpinan UMNO Negeri dan Bahagian yang bercita-cita mendapat tempat sebagai calon PRU13 turut memperbesar-besarkan kelemahan Tajol. Mereka dikatakan mendapat arahan daripada calon paling berpotensi bagi mengisi jawatan nombor 1 UMNO Perak iaitu Dato' Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Kepimpinan Tajol telah dipertikaikan sejak lama sebelum PRU12 oleh kumpulan 11 yang bertapak dalam UMNO sejak kepimpinan Tan Sri Ramli Ngah Talib. Tajol juga tidak disenangi oleh Raja Tingkat 4 yang sedang bergelut untuk pertandingan Ketua Pemuda UMNO Mac depan. Khairy dilaporkan 'murka' apabila Pergerakan Pemuda UMNO Perak mengeluarkan kenyataan 'berdiri teguh' di belakang Mukhriz Mahathir untuk pemilihan itu. Tajol dipersalahkan oleh kem Khairy kerana gagal berperanan untuk mengikat sokongan Pemuda Perak kepada Khairy. Oleh itu kabinet Khairy di Perak tidak melepaskan peluang untuk menghukum Tajol di kesempatan kes YB Nasarudin ini.
Rakan-rakan rapat Tajol juga menasihatkannya supaya menerima pemecatan itu dengan rela berdasarkan keyakinan mereka kepada maklumat yang menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 2 lagi ADUN UMNO Perak akan mengikut jejak YB Nasarudin apabila tiba masa sesuai. Selain daripada 2 ADUN tersebut, semua ADUN yang gagal dalam pertandingan merebut atau mempertahankan jawatan Ketua Bahagian dilihat sangat berpotensi mengambil langkah yang sama. Jika lompatan baru berlaku lagi maka Tajol akan berdepan dengan risiko pertanggungjawaban yang lebih besar. Baca Sepenuhnya..
UMNO PERAK - KELAM KABUT KAPAL NAK KARAM
cyberboron, Wednesday, January 28, 2009Episod hijrah ADUN BN ke PR di Perak berehat seketika. Hampir tak mungkin penghijrahan susulan dapat berlaku dalam sehari dua atau seminggu dua ini. Semua YB BN Perak sedang diperhati dan diekori 24 jam sehari oleh SB UMNO dan SB Polis. Dalam pertemuan dengan Najib kelmarin juga, semua YB yang hadir telah melafazkan ikrar taat setia secara rela-paksa. Ada pujuk dan ada ugut. Kesimpulannya, tak akan ada lagi yang berani isytihar keluar atau lompat parti dalam tempoh terdekat.
Terima kasih Najib. Terima kasih Tajol. Terima kasih semua 26 YB UMNO Perak yang hadir ke kediaman Najib. Anda semua telah mengesahkan khabar bahawa kapal UMNO telah bocor dan menunggu saat untuk karam.
Terima kasih dan tahniah juga kepada 2 YB 'rahsia' yang turut hadir bertemu Najib. Anda berdua membantu mententeramkan suasana. Najib dan Tajol terpaksa terus dihantui teka-teki tentang siapa yang dimaksudkan oleh YAB Nizar. Najib dan Tajol terpaksa terus menuduh YB itu dan YB ini yang sedang berunding dengan Pakatan Rakyat.
Kami tetap sabar menanti detik yang sesuai untuk menyambut ketibaan anda berdua atau mungkin bertiga ke bahtera Pakatan Rakyat.
Terima kasih lagi kepada Najib kerana yakin tiada lagi ADUN UMNO Perak yang akan mengikut jejak YB Nasarudin. Keyakinan itu memudahkan kerja kami. Ekspresi wajah anda ketika membuat kenyataan itu juga membantu kami dari sudut kesannya kepada persepsi rakyat Malaysia. Rakyat sangat faham setiap yang tersirat di sebalik yang tersurat. Rakyat sangat berpengalaman. Jika pembesar UMNO kata 'tidak', maksud sebenarnya ialah 'ya'. Bila Najib kata 'tiada lagi' yang akan lompat, ertinya 'ada lagi' yang akan lompat. Terima kasih kerana mengesahkan khabar ini.
Terima kasih daun keladi kepada Tajol kerana terus meracau. Statement 'memujuk hati sendiri' yang anda luahkan turut membantu kami. Tergambar betapa menggelabahnya anda semasa menjawab soalan wartawan TV malam tadi. Simbolik dan logik yang cuba anda kununkan kepada orang ramai nampak canggung dan bodoh sangat. Terima kasih kerana jadi Mr. Bean.
Terima kasih 'khas' kepada Perak Bangkit dan geng BPN kerana latah anda semua menambah kelancaran misi kami. Makian anda terhadap YB Nasarudin menambahkan meluatnya kepada UMNO. Tembakan peluru tabur anda kepada YB Ahmad Pakeh Adam, YB Raja Ahmad, YB Hamidah dan YB Hamdi sekurang-kurangnya mengingatkan YB-YB tu betapa UMNO sudah tak percaya dan tak sukakan mereka.
Sebenarnya kami mengalu-alukan makian dan carutan Perak Bangkit terutamanya terhadap YAB Nizar. Celupar anda memudahkan kami. Tak perlulah kami bersusah payah nak terangkan jenis minda dan jenis jiwa anda kepada sekelian rakyat Malaysia. Anda telah zahirkan kurap di badan dan aids di minda anda. Bahagialah anda dengan gelak ketawa sesama geng BPN keris telanjang. Pelayar internet yang intelek dan pencari info yang waras tak akan mengambil masa yang lama untuk me'najis'kan idea dan tulisan anda. Terima kasih.
UMNO Perak semakin bercelaru selepas kejutan Bota. Riuh dibualkan khabar Zahid akan menggantikan Tajol sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak. Penyamun-penyamun yang menguasai UMNO Bahagian pantas membetulkan kemudi mengubah haluan ke Bagan Datoh. Tajol akan kojol. Orang Zahid di semua bahagian sudah mula mencongak habuan yang boleh dihimpun. Orang Tajol terkial-kial. Orang zaman Ramli Ngah Talib yang masih berdayung di zaman ini sudah boleh menempah batu nisan. Orang Tajudin Pasir Salak lagilah tak keruan. Kapal semakin senget.
Selamat Karam UMNO!
TERKINI ! BOM KEDUA UNTUK UMNO PERAK
cyberboron, Monday, January 26, 2009KEJUTAN #2
Seorang lagi ADUN Perak bersiap sedia untuk satu sidang media lewat hari ini bagi mengumumkan keputusan meninggalkan BN. Sumber memberitahu ADUN berkenaan akan mengumumkan salah satu daripada tiga pilihan iaitu sama ada meletak jawatan parti (UMNO), meletak jawatan sebagai ADUN atau keluar parti untuk menyertai salah satu parti Pakatan Rakyat.
SIAPA SELEPAS ADUN BOTA?
cyberboron,Pemerhati politik sedang menyiasat khabar yang bertiup kencang di negeri Perak selepas YB Nasarudin Hashim (BN-Bota) memulakan langkah demi hasrat rakyat dengan menyertai PKR petang kelmarin.
ADUN-ADUN yang mempunyai rekod keakraban dengan DS Anwar Ibrahim semasa bersama di dalam UMNO dulu disebut oleh banyak pihak sebagai sangat mungkin akan mengorak langkah sehari dua ini.
Selain itu, ADUN yang mempunyai latar belakang pendidikan agama atau mempunyai rekod aktif dalam aktiviti keagamaan turut menjadi perhatian ramai.
Ketua Pembangkang DUN Perak, Dato' Seri Tajol Rosli diberitakan akan membuat kenyataan resmi berhubung perkembangan ini.
1. Y.B. Dato’ Seri Di Raja Mohamad Tajol Rosli bin Mohd Ghazali
(BN/Pengkalan Hulu)
2. Y.B. Dato’ Ramly bin Zahari
(BN/Manong)
3. Y.B. Dato’ Saarani bin Mohamad
(BN/Kota Tampan)
4. Y.B. Dato’ Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan
(BN/Belanja)
5. Y.B. Dato’ Dr. Zambry bin Abd. Kadir
(BN/Pangkor)
6. Y.B. Dato’ Siti Salmah binti Mat Jusak
(BN/Chenderoh)
7. Y.B. Dato’ Hamdi bin Haji Abu Bakar
(BN/Pengkalan Baharu)
8. Y.B. Dato’ Haji Nadzri bin Ismail
(BN/Manjoi)
9. Y.B. Dato’ Hasbullah bin Osman
(BN/Temenggor)
10. Y.B. Tuan Haji Mohd. Tarmizi bin Idris
(BN/Kenering)
11. Y.B. Kapt. (B) Datuk Hj. Mohd Najmuddin bin Elias Al-Hafiz
(BN/Batu Kurau)
12. Y.B. Encik Sham bin Mat Sahat
(BN/Alor Pongsu)
13. Y.B. Datuk Rosli bin Husin
(BN/Trong)
14. Y.B. Datuk Ahamad bin Pakeh Adam
(BN/Lintang)
15. Y.B. Puan Hamidah binti Osman
(BN/Sungai Rapat)
16. Y.B. Dato’ Samsudin bin Abu Hasan
(BN/Air Kuning)
17. Y.B. En. Sha’arani bin Mohamad
(BN/Rungkup)
18. Y.B. Dato’ Mohd Khusairi bin Abdul Talib
(BN/Slim)
19. Y.B. Dr. Wan Norashikin binti Wan Noordin
(BN/Kg.Gajah)
20. Y.B.M. Dato’ Seri Raja Hj. Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar
(BN/Kubu Gajah)
21. Y.B. Encik Mohammad Zahir bin Abdul Khalid
(BN/Kamunting)
22. Y.B. Dato’ Haji Mohamad Daud bin Mohd Yusoff
(BN/Selama)
23. Y.B. Dato’ Wan Mohammad Khai-ril Anuar bin Wan Ahmad
(BN/Bukit Chandan)
24. Y.B. Puan Nolee Ashilin binti Dato’ Mohammed Radzi
(BN/Tualang Sekah)
25. Y.B. Dr. Mah Hang Soon
(BN/Chenderiang)
26. Y.B. Dato’ Rusnah binti Kassim
(BN/Hulu Kinta)
27. Y.B. Encik Zainol Fadzi bin Paharudin
(BN/Sungai Manik)
ADUN BOTA (BN) SERTAI PKR - 2 LAGI AKAN MENYUSUL!
cyberboron, Sunday, January 25, 2009BERITA TERKINI DARI M-STAR ONLINE
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuasa kuasa hari ini.
Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi.
Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.
Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.
Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006.
Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.
Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.
"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.
Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.
Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.
Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam Bahagian Parit.
"Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di Perak," katanya.
...........mstar0nline ............
PERKEMBANGAN MUTAKHIR !
Dua lagi Adun BN Perak akan sertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat. Berita perkembangan terkini akan menyusul.
Analisis Angka PRK Kuala Terengganu
cyberboron, Thursday, January 22, 2009PRU12 (Mac 2008)
Jumlah Pengundi : 80,229
Melayu : 70,600
Cina : 8744
India : 480
Keluar Mengundi : 65700 (81.9%)
PRK (Jan 2009)
Keluar mengundi : 64100 (79.7%) - penurunan 1600 (2.2%)
Melayu : 56300
Cina : 6100
Analisis sebab penurunan jumlah keluar mengundi:
- Sukar mendapat cuti 2 kali kerana terlalu dekat dengan cuti tahun baru Cina.
- Malas keluar kerana merasakan PRK kurang penting.
- Rimas atau berkesan dengan kempen sesuatu parti yang bertanding.
Pengundi Bukan Melayu:
- Pengundi Cina keluar mengundi 69.7% sahaja. Menurun dan rendah dari purata keseluruhan sebanyak 10%. Sebab ingin dilihat low profile dalam situasi politik tempatan. Mengendurkan panggilan sebagai king maker.
- Pengundi India tiada perubahan berbanding Mac 2008. Barangkali 50%BN : 50%PR.
Keputusan:
PAS : 32883
BN : 30252
Majoriti : 2631
Nisbah Undi - PR 52.08% : BN47.92%
Majoriti : 4.17%
Undi PAS meningkat 949 undi = 2.97%
Undi BN menurun 2310 undi = 7.09%
Perbandingan undi Melayu dan Cina:
Pengundi Cina undi BN 58% = 3500
Pengundi Cina undi PAS 42% = 2900
Pengundi Melayu undi PAS 52.9% = 29783
Pengundi Melayu undi BN 47.1% = 26552
Undi PAS dari pengundi Cina merosot, tetapi diberitakan PAS menang sokongan terbuka dan kewangan dari pengundi Cina. Pengaruh undi BN dari pengundi Cina masih tinggi. Menjarakkan dari pengaruh PR sebanyak 16%.
Pengaruh undi Pas dari Melayu semakin baik dengan menjarakkan dari BN sebanyak 5%.
Undi Umno jelas merosot sebanyak 7.09.
Isyarat politik.
Dakwaan UMNO bahawa PR menang besar di P44 kerana itu kubu kuat Anwar - meleset.
UMNO nyata semakin tidak relevan walau pun PR hanya menang kecil di PRK-P36.
Isu liwat memang tak laku.
Isu babi memang orang dah tak larat nak dengar.
Isu hudud menyebabkan pengundi Melayu mempertahankan PAS. Senjata UMNO makan tuan.
Hudud telah memenangkan PAS!
artikel asal dari blog UmmiAnni
Ke Mana Kita Selepas Kuala Terengganu?
cyberboron, Wednesday, January 21, 2009
Kita dah menang di Kuala Terengganu. Majoriti 2631 adalah kejayaan besar kerana pilihanraya ini adalah pilihanraya kecil dan kita kalah semasa pilihanraya umum yang lalu. Tahniah kepada 32883 pengundi PAS - Pakatan Rakyat. Merekalah pemenang utama. Tahniah kepada petugas-petugas tempatan kerana kerja-kerja sebenar yang telah lama mereka laksanakan di kawasan Parlimen KT. Tahniah juga kepada petugas-petugas Pakatan Rakyat dari seluruh pelosok negara kerana bantuan tenaga mereka melengkapkan kekuatan jentera Pakatan Rakyat. Tahniah!
Ramai pemimpin dan penganalisis politik menjadikan PRK Kuala Terengganu sebagai kayu ukur keupayaan Pakatan Rakyat untuk mengekalkan momentum kehendak politik rakyat malaysia pasca PRU12. Mac 2008 adalah gelombang pertama. PRK Permatang Pauh menjadi ujian ketahanan pertama yang akhirnya menjadi gelombang kedua yang bergaya. PRK Kuala Terengganu adalah ujian kedua dan penentu sebenar kebolehlangsungan langkah Pakatan Rakyat menuju ke Putra Jaya. Kini riuh diperkatakan bahawa isyarat sudah cukup jelas. Pakatan Rakyat akan sampai ke Putra Jaya.
Ramai pemimpin politik sudah meramalkan Pakatan Rakyat akan mendapat mandat di Bumi Kenyalang dalam pilihanraya negeri yang mungkin diadakan pada 2010. Dikatakan pemimpin politik Sarawak hanya menunggu keputusan PRK Kuala Terengganu untuk membuat keputusan akhir dan muktamad tentang rakan pilihan mereka di peringkat nasional sama ada BN atau PR. Kuala Terengganu mengisyaratkan PR, maka rakyat Sarawak akan bersama Pakatan Rakyat.
Sifir ini ada logiknya. Ia juga boleh dikira menepati teori-teori sains politik yang diperakui umum dan diterima pakai secara akademik. Sejarah politik dunia juga boleh mengesahkan kebenaran analisis dan rumusan ini. Mudah-mudahan menjadi kenyataan.
Di sebalik keyakinan yang semakin memuncak ini, Pakatan Rakyat perlu realistik dan kritis terhadap diri sendiri. Kekuatan sokongan yang dikira berdasarkan angka undi yang diperolehi perlu diimbangi dengan benar-benar menyedari angka undi yang masih dimiliki oleh BN.
Bagi kes Kuala Terengganu, BN masih menjadi pilihan 30252 pengundi. Angka ini bukan kecil. Dalam keadaan barah UMNO-BN sudah bernanah dan membusuk, masih ada lebih 30 ribu warga Kuala Terengganu yang tetap setia kepada parti berpenyakit itu. Dalam keadaan kempen dan gerak kerja politik serta pelaksanaan tugasan pilihanraya kita yang semakin canggih dan tersusun, masih ada lebih 30 ribu warga Kuala Terengganu yang tidak terpanggil untuk bersama dengan cita-cita kita. Kenapa?
UMNO-BN tidak akan berdiam diri. Mereka pasti akan mengusahakan seribu satu langkah dan strategi untuk memenangi pilihanraya-pilihanraya yang akan datang. Mereka tak akan peduli sama ada strategi dan cara baru itu halal atau haram. Mereka telah membuktikan kesediaan mereka melanggar apa jua undang-undang atau prinsip keadilan demi mendapatkan atau mengekalkan kuasa. Mereka tak boleh hidup tanpa kuasa politik. By hook or by crook mereka akan mengusahakannya. Inilah cabaran yang perlu diinsafi oleh Pakatan Rakyat.
Dari satu sudut, politik adalah seni memenangi hati manusia. Tak kenal maka tak cinta namun dah kenal pun masih belum tentu berputek rasa kasih. Pakatan Rakyat perlu tampil sebagai seorang pemuda yang tampan bergaya berharta bijak bestari berbudi bahasa dan mesra atau sebagai dara sunti yang bersopan santun menawan hidung mancung bak seludang pipi pauh dilayang bibir merah merekah bak delima sejuk mata memandang dan berketurunan orang baik-baik.
Setakat ini Pakatan Rakyat belum sampai ke piawai "mencari cinta" ini. Secara perbandingan, Pakatan Rakyat memang terlalu jauh eloknya berbanding UMNO-BN. Kewibawaan Kerajaan PAS-Pakatan Rakyat negeri Kelantan diakui kawan dan lawan, lokal dan global. Keprihatinan dan keadilan empat kerajaan baru Pakatan Rakyat (Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah) memang umpama langit dengan bumi jika nak dibandingkan dengan zaman pemerintahan BN sebelum ini. Namun masalahnya ialah rakyat tidak dapat melihatnya secara terang. Rakyat tak tahu apa yang telah berubah. Rakyat tak nampak pun beza kehidupan di zaman PR ini berbanding zaman BN dulu. Tambahan pula media yang sentiasa dapat diakses oleh rakyat iaitu radio/tv yang semuanya tiga suku dan akhbar yang meloya lagi hairan itu penuh dengan fitnah dan putar belit yang menggambarkan kerajaan PR macam najis.
Maka Pakatan Rakyat perlu lebih fokus untuk mendepani cabaran dan halangan yang dahsyat ini. Pakatan Rakyat perlu meningkatkan kekuatan penerangan dengan mengambil kira mekanisme, teknik dan strategi yang sentiasa semakin baik. Kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat perlu lebih fokus kepada projek dan program yang melibatkan rakyat ramai. Keutamaan mestilah diberikan kepada projek dan program yang memberikan kesan langsung kepada kualiti hidup majoriti rakyat. Kita wajib menyedari bahawa penentuan sikap politik rakyat adalah sangat berkait dengan perkara yang melibatkan taraf hidup, kerjaya dan pendapatan (RM).
Pemimpin parti (PKR-DAP-PAS) di peringkat pusat dan negeri perlu kerap berfikir sebagai ahli di peringkat cawangan atau sebagai rakyat biasa di kampung dan pinggir bandar yang hidup serba tak cukup dan tersepit. Pemimpin yang terlibat langsung dengan kerajaan (MB/KM, Exco, Adun, Pengarah GLC, Ahli Majlis PBT dan lain-lain) perlu lebih banyak berfikir tentang rakyat bawahan yang lebih ramai berbanding usahawan dan konglomerat besar yang tak berapa kerat bilangannya. Jangan terjangkit penyakit UMNO-BN yang kepala mereka hanya terkenangkan yang mega dan hyper sahaja. Jangan terharamjadah dengan syndrom 'syok sendiri' dan penyakit kembang jubur menjaja berulangkali satu dua kerja atau kebaikan yang dibuat. Biar orang lain yang menyebut kebaikan atau hasil kerja kita dalam keadaan kita pun tak mengharapkan ia disebut. Tak payahlah kita sendiri yang terkembang hidung menceritakannya.
Secara jujur dan bertanggungjawab, ayuh kita selidiki dan senaraikan perubahan, penambahbaikan dan kemajuan yang telah berlaku di kampung-kampung sejak kita mengambil tanggungjawab pada Mac 2008.
Butiran ini adalah hasil siasatan dan kajian sebenar yang dibuat di sebuah kampung dalam kawasan Parlimen Beruas, Perak : .... sepanjang 10 bulan PR mentadbir negeri Perak - 7 orang telah menerima bantuan khas ketika harga minyak dunia melambung menjelang pertengahan tahun 2008 dengan nilai bantuan RM100 setiap seorang (sekali sahaja) - 5 orang telah menerima bantuan menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri dengan purata RM80 seorang (sekali sahaja) - 1 orang telah menerima bantuan untuk pendaftaran dan pemasangan bekalan air LAP bernilai RM1000 - jalan masuk ke Sekolah Agama Rakyat yang sering tenggelam telah ditambak dengan batu kerikil (tanpa diturap tar) sepanjang 160 meter menggunakan wang sumbangan orang ramai (bukan peruntukan kerajaan) - 2 orang pelajar telah dapat bantuan kemasukan ke IPTA bernilai RM1000 setiap seorang - 16 orang (miskin dan yatim) telah menerima bantuan menjelang Hari Raya Aidil Fitri bernilai RM50 setiap seorang menggunakan wang sumbangan orang ramai (bukan peruntukan kerajaan) .... itulah saja .... sedangkan .... golongan belia kerap bertanya peruntukan untuk aktiviti sukan dan kursus-kursus kemahiran - golongan dewasa berumur 30an dan 40an sering bertanya peruntukan bantuan atau pinjaman untuk aktiviti keusahawan atau peningkatan kualiti kerjaya - golongan wanita juga dah hampir jemu bertanya tentang program pembangunan kekeluargaan dan keusahawanan seperti TEKUN, Amanah Ikhtiar, KPW dan lain-lain yang pernah dibuat oleh kerajaan dulu - aktivis masyarakat semakin sinis bertanya bilakah akan dilaksanakan projek-projek baru kemudahan awam untuk masyarakat kampung .... JAWABANnya .... entahlah!
Maka ke mana arah kita selepas kemenangan manis Kuala Terengganu? .... Putra Jaya? .... insyaallah .... jika kita serius berpolitik untuk kesejahteraan rakyat. Jika kita benar-benar berfikir dan berusaha untuk kebajikan rakyat. Jika kita sungguh-sungguh prihatin tentang keperluan rakyat. Jika kita pro-aktif menyelesaikan masalah rakyat. Jika kita tak terlepas pandang keperitan hidup rakyat. Jika kita kreatif membuka jalan dan peluang untuk rakyat meningkatkan pendapatan isi rumah. Jika kita benar-benar tahu merencana dan mengurus pembangunan dan kemajuan yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Jika kita tidak terlalu sibuk dengan balak dan lombong untuk kawan-kawan kita dan penyamun-penyamun lama. Jika kita tak terlalu sibuk dengan state land dan forest reserve yang boleh dipohon oleh anak-pinak dan rakan taulan kita. Jika kita tidak terlalu excited dengan kedudukan dan pangkat sebagai orang besar dan orang penting dalam kerajaan dan parti. Jika kita tidak serupa dengan perangai bodoh sombong dan mentaliti penyamun tarbus UMNO/BN .... insyaallah kita ke Putra Jaya selepas PRU13 nanti.
Kalau kita melangkah lembab, berminda bengap dan bersikap pelahap .... Kuala Terengganu hanyalah secebis mimpi sebelum mati.
Munajat "SATU ANTARA TIGA" Untuk Pengundi HANTU
cyberboron, Wednesday, January 14, 2009
Hakikatnya pengundi hantu memang wujud. UMNO tentulah menafikannya. SPR juga tak lebih dari si pencacai tua angkut najis - dulu, kini dan selamanya menafikan kewujudan hantu yang mereka sendiri layak dianggap terlibat sama menjayakannya. Polis? - dua kali lima. PRK Kuala Terengganu ini menyempurnakan tanggapan betapa polis bersekongkol mengusahakan kemenangan BN melalui kaedah penyamun ini.
Ada bukti? ... sudah beratus bukti dikemukakan sama ada kepada polis atau kepada SPR. Malang sungguh nasib rakyat Malaysia. Pihak berwajib terus pekak dan buta. Takut tak tentu pasal atau bahagia makan rezeki haram hasil sekongkolan memberanakkan dan membesarkan hantu untuk mengundi BN. Tiada bezanya dengan yahudi.
Terkini, seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara mengaku terlibat menyediakan kad-kad pengenalan palsu untuk kegunaan pengundi hantu dalam PRK Kuala Terengganu ... baca di sini. Ketua Penyelaras Jentera Kempen KeADILan Kuala Terengganu, Mustafa Kamil Ayub malah mencurigai jumlah luar biasa anggota polis yang ditugaskan di Kuala Terengganu.
Angka resmi 6000. Angka tak resmi 10000. Petugas-petugas menganggarkan jumlah sebenar mungkin mencecah 20000. Mustafa Kamil juga bimbangkan kemungkinan polis sendiri diarahkan menjadi pengundi hantu ... baca di sini. Lagi bukti di sini.
Ustaz Abu Bakar Chik turut mengingatkan agar tidak memandang mudah kenyataan MB Terengganu yang yakin BN akan menang dengan majoriti 3500 undi. Ustaz Bakar mengaitkannya dengan kehadiran melimpah ruah anggota polis, yang boleh memungkinkan penyusupan pengundi hantu, bukan lagi yang dibawa dari luar, tetapi tidak mustahil ia keluar dari kem penempatan sementara polis! ... artikel penuh di sini.
Apalah daya kita. Apa lagi yang boleh kita lakukan. Bancian telah dibuat dengan sempurna. Nama-nama pengundi yang tersenarai dalam daftar pemilih telah dijejaki sampai ke alamat masing-masing. Ada 20 nama pengundi beralamat di sebuah rumah kecil. Bila disiasat, sah nama-nama itu tidak tinggal di alamat tersebut. Ada pengundi China berdaftar di alamat seorang nenek tua Melayu. Ada nama pengundi menggunakan alamat restoran KFC yang langsung tak dikenali oleh tuan punya dan pengurus restoren. Aduh! memang jahat dan pengkhianat!
Petugas Pakatan Rakyat dalam bilik mengundi boleh memeriksa pengenalan diri pengundi yang datang. Tapi hantu itu ada kad pengenalan. Foto di kad pengenalan pun sama dengan rupa si pembawa. Petugas boleh protes - orang itu tak tinggal di alamat yang tertera dalam kad pengenalan ... namun ketua tempat mengundi ada cukup hak dan alasan untuk membenarkan jembalang itu mengundi. Aduh! memang celaka!
Kita patut terus berusaha. Kain rentang menghebahkan kehadiran hantu ini perlu diperbanyakkan. Kain rentang dengan kata-kata yang mampu menginsafkan hantu rela dan hantu terpaksa ini perlu di pasang di merata tempat. Poster dan flyers dengan maksud yang sama perlu diedarkan kepada semua orang.
Petugas dalam bilik mengundi mesti pantas dan tegas. Petugas risikan dan keselamatan perlu tangkas dan lengkap. Semua keadaan yang mencurigakan perlu disiasat dan dilaporkan kepada bilik gerakan untuk tindakan sewajarnya. Jangan lupa kamera dan alat perakam suara.
Dan ... JOM KITA SOLAT HAJAT setiap kali selesai solat 5 waktu dan setiap tengah malam memohon bantuan Allah Yang Maha Berkuasa untuk menggagalkan rancangan jahat UMNO/BN ini.
Kita mohon SALAH SATU ANTARA TIGA :
1. Agar pengundi hantu membatalkan kesanggupan mereka untuk mengundi
2. Jika mereka mengundi - tangan mereka mengundi PAS - Pakatan Rakyat
... Allhumahdii qaumii fainnahum la ya'lamuun ...
3. Jika mereka berhasrat untuk mengundi & nak undi BN - BINASAKAN MEREKA
... Allahumma ya Munzila l-kitab wa ya Mujriya s-Sahab wa ya Hazima l-ahzab ... ihzimhum wansurna alaihim ... ... Wa la haula wa la quwwata illa billahi l-aliyyi l-aziim ...
Konvensyen BloggersNetwork@Malaysia - Santai Jiwa Merentap Minda
cyberboron, Monday, January 12, 2009Alhamdulillah. Konvensyen pertama pembentukan BloggersNetwork@Malaysia selamat berlangsung selama dua hari (10 & 11 Januari) di Pusat ICT Dun Limbongan dan Rumah Tamu MDPP di Pasir Puteh Kelantan Darul Naim.
Terima kasih Dato' Husam Musa kerana sudi meresmikan konvensyen serta meluangkan masa berdialog dan diwawancara. Terima kasih daun keladi kerana meraikan kami dengan jamuan tengahari yang istimewa.
Santai Jiwa Merentap Minda ... demikian rumusan aku.
Santai justeru format pertemuan yang tidak terlalu formal. Santai justeru berkumpul ala cuti-cuti Malaysia. Santai kerana semua bloggers menginap di bawah satu bumbung Rumah Tamu. Santai kerana acara suprise sempena birthday HijatPanjang. Santai kerana acara bakar dan makan ikan + hotdog bersama chef Jordan. Santai kerana berkongsi ilmu dan pengalaman especially kuliah IT oleh Tuan Guru TopengPerak. Santai kerana sessi fotografi bloggers yang gugur syahid. Pendek kata ... semuanya santai.
Namun di sebalik suasana yang santai itu, terkesan benar minda aku dek rentapan idea yang penuh azam dan cita oleh bloggers yang hadir. Sekali lagi aku terhumban ke gaung rasa kekerdilan di tengah-tengah rakan-rakan bloggers yang hebat dan otai. Aku sekadar blogger tua yang cabuk IT di gerabak belakang. Syukur kerana dapat mengenali bloggers muda yang penuh bertenaga. Mudah-mudahan aku masih sempat belajar banyak perkara.
BloggersNetwork@Malaysia bukan sekadar kelab untuk bloggers berkenalan dan berseronok suka. Wadah ini ada agenda serius demi kemakmuran dan kesejahteraan warga Malaysia pimpinan Pakatan Rakyat. Lima negeri tadbiran PR mau dipacu sepantas dan sesempurna mungkin. Negeri-negeri lain perlu ditembusi setajam dan setepat mungkin. Persepsi dan minda seluruh warga Malaysia perlu diletakkan ditengah lebuhraya menuju ke destinasi muluk kudus bersama Pakatan Rakyat. Cabarannya ... bukan alang kepalang!
Buat tak semudah kata. Lagang tak semudah cadang. Laksana tak semudah cakna. Demikian cabaran perjalanan kita. Kalau tak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya. Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah yang pertama. Agi idup agi ngelaban. Hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh. Patah sayap bertongkat paruh namun tetap kudaki jua. Mudah-mudahan Allah merahmati azam dan usaha kita.
Aku sangat insaf dengan salah satu lontaran Dato' Husam ketika dialog kelmarin ... selain mantap berlegar di langit, bloggers wajar turun ke bumi dengan mekanisme yang jelas berobjektif merakyatkan maklumat sehingga tak tertinggal walau seorang pun. Minda rakyat off-line masih dijajah oleh main-stream media. Kalau kita hanya berlegar di langit maka rakyat off-line akan kekal dengan persepsi sediakala dan purbakala. Jika begitu ... tujuh kali 16 september lagi pun penyamun cap timbang itu akan terus bermaharajalela. Aduh! Tersiksa jiwa dan raga mengenangkan parti bangka itu dapat terus melaram pakai mini-skirt padahal dah menopause.
Oleh itu jom kita langkahkan kaki dengan penuh daya dan gaya!
Sambil tu ... tatapilah foto pilihan aku untuk anugerah ekspresi dirimu 2009 ... hehehe!
wei! demo buak gapo tu?
Chino penang make budu ..
hai ! lain macam punya pandang tu !!!
Primamaya MSK menewaskan Ayah Pin bagi kerusi tertinggi Kerajaan Langit.