Sejak lama dulu hinggalah sekarang soalan ini sentiasa diulang tanya oleh ramai orang. Apabila PAS, DAP, S'46, APU, PKN, PKR, BA atau PR menewaskan UMNO-BN di satu dua kawasan dalam pilihanraya, soalan itu tenggelam seketika. Apabila UMNO-BN ditewaskan dalam perbicaraan kes dimahkamah, soalan itu hilang sekejap. Apabila UMNO menang lagi sama ada dalam pilihanraya atau di mahkamah, ramai yang kembali bertanya "mampukah kita menewaskan UMNO-BN?"
Hakikatnya tiadalah yang mustahil di alam ini. Namrud, Firaun, kaum 'Ad, kaum Thamud, kerajaan Rum, kerajaan Farsi dan Soviet Union adalah antara contoh kekuatan dan kuasa yang kelihatan hampir mustahil untuk ditumbangkan. Namun akhirnya kuasa itu tewas juga.
Apalah sangat UMNO jika dibandingkan dengan kekuatan kuasa-kuasa kejahatan itu berbanding pihak yang bangkit menentang. Kelebihan UMNO cuma teknik dan teknologi kezaliman yang lebih moden berbanding kuasa kejahatan zaman silam itu.
Berbalik kepada pertembungan terkini antara UMNO-BN dan rakyat negeri Perak, mampukah rakyat mendapat kemenangan di kamar mahkamah?
Mahkamah Rayuan akan mendengar kes yang dibawa oleh DS Nizar pada hari Isnin 18 Mei ini. Kalau hakim berbaik budi seperti ketika menerima permohonan Zambry maka dapatlah perbicaraan disegerakan. Kes Zambry selesai didengar dan diputuskan dalam masa dua jam. Mungkinkah kes DS Nizar juga boleh selesai dalam tempoh masa yang sesingkat itu? Wallahu' a'lam.
Kalau DS Nizar berjaya mendapatkan perintah mengenepikan keputusan mahkamah 12 Mei, Zambry akan meninggalkan pejabat MB sekali lagi. Tetapi berapa jam sahaja DS Nizar boleh berada sekali lagi dalam pejabat MB? Zambry pasti akan failkan rayuan sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Sehingga keputusan yang paling akhir dalam sistem kehakiman Malaysia itu, UMNO-BN dipercayai ada seribu jalan untuk menghalalkan MB haram berumahtangga di pejabat MB. Amat menakjubkan pula kalau keputusan yang paling akhir itu berpihak kepada DS Nizar. Kalau benar berlaku begitu, maka sungguhlah Malaysia telah berubah.
Pendapat dan perasaan yang paling popular ialah DS Nizar akhirnya akan kalah. Zambry menang. UMNO-BN menang. Sepanjang menjajah Malaysia, UMNO-BN telah membuktikan kemampuan mereka dalam menentukan semua kehendak mereka tercapai. Rekod kejahatan UMNO-BN itu masih belum dapat ditandingi oleh mana-mana parti dalam dunia.
Maka apakah ada harapan bagi rakyat Malaysia untuk bebas daripada pemerintahan authoritarian dictatorship UMNO-BN yang dah berusia 52 tahun?
Sekali lagi elok diingatkan bahawa tiada yang mustahil. UMNO-BN boleh dikalahkan. Mereka bukan Tuhan. Mereka hanya manusia biasa sama seperti Namrud, Firaun, Napoleon Bonaparte, Mussolini, Gorbachev, Shah Iran, Ion Antonescu dan Marcos.
Persoalannya ialah bagaimana untuk menewaskan mereka?
Setakat ini rakyat tak ada banyak pilihan. Perlawanan dari sudut perundangan hanya boleh berlaku di mahkamah. Maka apabila ada kes yang bersifat perundangan, mahu tidak mahu terpaksalah juga rakyat merujuk ke mahkamah seperti kes-kes yang melibatkan krisis politik di negeri Perak. Walaupun dalam keadaan 'harap ada, percaya tiada', rakyat terpaksa juga mengheret UMNO-BN ke mahkamah. Mudah-mudahan akan sampai masanya hati yang arif hakim-hakim akan terdetik untuk mendaulatkan undang-undang.
Selain daripada mahkamah, jalan yang masih ada ialah pilihanraya. Itu pun dalam keadaan serba tidak adil. Dari sudut undang-undang pilihanraya sehingga kepada kesaksamaan hak berkempen, semuanya berat sebelah. UMNO-BN juga telah membuktikan kesanggupan mereka memanipulasi semua jentera kerajaan untuk tujuan menang pilihanraya. Pengundi hantu terus wujud walaupun mereka sejuta kali menafikannya. UMNO-BN boleh menang besar di kawasan yang ada penempatan tentera. Polis sibuk menjadi mata, telinga, kaki dan tangan UMNO-BN dalam keadaan penjenayah bermaharajalela di merata pelosok negara.
Tetapi setakat ini kita masih mampu menang di beberapa kawasan bahkan semakin memberangsangkan ketika PRU12 sehingga berjaya membentuk kerajaan di lima buah negeri. Majoriti dua pertiga BN di Parlimen pun dapat dinafikan buat kali yang pertama.
Realiti ini memungkinkan lambat laun rakyat akan berjaya menumbangkan paksi kejahatan Malaysia yang bernama UMNO-BN itu.
Selain daripada dua cara ini mungkin ada yang terfikir bahawa rakyat perlu bangkit dengan lebih agresif seperti kebangkitan di Iran, Filipina, Indonesia dan Thailand. Namun sebenarnya realiti Malaysia agak jauh berbeza daripada negara-negara revolusi itu. Persekitaran Malaysia unik dan tersendiri. Yang paling pasti ialah gerakan ke arah itu akan dipatahkan dengan pantas oleh UMNO-BN. Mereka adalah pakar membendung kebangkitan fizikal. Kalau ada yang berani bersuara sepatah dua mengajak rakyat ke jalanraya atau ke Putra Jaya, usia suara itu tak akan lama. Kem Kemunting dan pagar besi penjara akan menyambut yang empunya suara.
Ada yang mengherdik kenyataan seperti ini sebagai pengecut, bacul dan pondan. Namun inilah realiti. Majoriti rakyat Malaysia belum cukup berani menanggung risiko bergurau senda dengan penjara atau bermain-main dengan nyawa. Walaupun rakyat sama-sama melaungkan "kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan" (pinjam kata-kata DSAI), namun risiko yang disanggupi oleh rakyat Malaysia hanya terbatas pada saiz yang kecil dan sederhana. Mungkin kerana sejarah dan persekitaran semasa yang unik dan tersendiri itu.
Sementara kesanggupan itu belum lahir, pilihan yang ada hanya mahkamah dan pilihanraya. Sementelah mahkamah kelihatan tidak mesra rakyat maka tinggal hanya satu cara yang ada iaitu pilihanraya. Memang pilihanraya bukanlah kaedah yang boleh menjamin kemenangan rakyat tetapi setakat hari ini hanya itulah satu-satunya kaedah yang boleh dilagang dan dicuba.
Maka rakyat perlu serius dalam urusan pilihanraya. Pakatan Rakyat perlu very smart dalam hal pilihanraya. Gelanggang pilihanraya adalah gelanggang taktikal dan strategi. Gelanggang pilihanraya adalah gelanggang isu dan propaganda. Gelanggang pilihanraya adalah gelanggang jiwa, minda dan persepsi.
Rangkalah taktik dan strategi terbaik. Uruslah isu dengan sempurna. Sentuhlah jiwa dan minda pengundi supaya persepsi positif dan negatif mereka terarah ke tempat yang betul.
Pengurusan seni pilihanraya adalah pengurusan yang complicated dan mencabar. Ia bukan medan retorik dan bombastik. Ia bukan medan angan-angan dan percaturan syok sendiri. Ia bukan gelanggang ajaib atau medan jampi mentera. Ia bukan medan tempur peluru tabur. Ia bukan gelanggang 'sembang pandai'. Ia bukan medan teori dan andaian. Ia bukan medan tunjuk dan tuding. Ia bukan medan suruh dan perintah semata-mata.
Pemimpin wajib merakyat. Rakyat wajib memimpin. Yang banyak teori ayuh turun ke gelanggang. Menonton dari atas grand stand tak sama dengan berlari dan menggelecek di atas padang. Kalau anda nampak yang ini tak betul yang itu tak tepat, dipersilakan turun ke lapangan. Bukan sekadar untuk tunjukkan yang mana tak betul dan tak tepat, tetapi tunjukkan bagaimana yang betul dan bagaimana yang tepat. Bukan sekadar tunjukkan, tetapi buat yang betul dan tepat itu untuk dilihat, difahami dan dicontohi oleh rakan-rakan yang telah lama berada di atas padang di dalam gelanggang.
Rakyat mampu menewaskan UMNO-BN!
Mampukah PR Mengalahkan UMNO-BN?
cyberboron, Thursday, May 14, 2009Awas! UMNO Tak Pernah Pedulikan Undang-Undang.
cyberboron, Tuesday, May 12, 2009Setakat pagi ini rakyat telah menang. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang kelmarin sangat bermakna kepada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang. Hak kemenangan Pakatan Rakyat dikembalikan oleh mahkamah setelah 3 bulan disamun oleh UMNO-BN. Rakyat patut gembira. DS Nizar dan Pakatan Rakyat layak meraikan kejayaan ini.
Namun begitu ada satu fakta yang wajar diinsafi oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat iaitu UMNO tak pernah pedulikan undang-undang. UMNO bukan jenis yang tahu menghormati undang-undang. Kalau mereka berpegang kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, pasti mereka tidak sanggup merampas kuasa secara tidak halal seperti yang disabitkan dimahkamah kelmarin. Kalau mereka menjunjung perlembagaan dan undang-undang, pasti mereka tidak tergamak melakukan drama kotor penyingkiran Speaker DUN pada 7 Mei.
Sepanjang sejarah kewujudan UMNO, parti itu telah terbukti tegak berkuasa dengan cara mengkhianati prinsip undang-undang dan melanggar suratan undang-undang. UMNO mengekalkan kuasa dengan tipu helah dan ketidakadilan dalam pelaksanaan sistem demokrasi. UMNO mengugut dan menafikan hak rakyat yang tidak menyokong parti mereka. UMNO hidup dan berkembang dengan amalan rasuah kecil dan besar. UMNO menggubal pelbagai akta dan enakmen bermotif politik untuk menyekat kebebasan rakyat yang tidak sependapat dengan mereka. UMNO memaksa dan menghaiwankan pihak berkuasa keselamatan untuk menakut-nakutkan dan menghalang gerakan rakyat yang bangkin memprotes kezaliman mereka. Pemimpin-pemimpin UMNO sudah biasa dengan konspirasi dan fitnah untuk menjatuhkan sesama mereka apatah lagi untuk memusnahkan parti lawan. UMNO ada sejarah membunuh untuk maksud survival politik dan kebendaan.
Dengan segala kebejatan dan kerosakan nilai yang dihidapi oleh UMNO itu, rakyat seharusnya tidak terlalu teruja dengan keputusan mahkamah kelmarin. Pakatan Rakyat patut mengambil iktibar daripada kisah Dato' Nasarudin Hashim pada penghujung Januari lalu. UMNO memang pintar bermain sendiwara. Dalam kita berseronok suka menyambut penghijrahan Dato' Nasa ke rumah kita, UMNO licik menyempurnakan operasi menjerat tiga ADUN kita ke sebelah sana. Belum sempat kita menghabiskan aturcara kegembiraan menyambut Dato' Nasa, UMNO selesai merampas kuasa yang baru 10 bulan dimandatkan oleh rakyat.
Ketika Najib mengumumkan tiga ADUN kita telah beralih menyokong BN, pemimpin PR Perak dengan yakinnya memberitahu penyokong PR bahawa permohonan pembubaran DUN pasti diperkenankan oleh Tuanku Sultan. DUN tetap akan dibubarkan besok. Tak mungkin Tuanku tidak memperkenankannya berdasarkan tafsiran dan semangat undang-undang tubuh. Akhirnya apa yang terjadi?
Ungkitan ini bukan bermaksud mempertikaikan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin PR dan peguam-peguam yang dirujuk oleh PR tetapi sebagai bahan fikir untuk berhati-hati terhadap seribu kemungkinan langkah UMNO besok lusa. Kita percaya pemimpin dan peguam kita menyuarakan keyakinan berdasarkan prinsip dan semangat undang-undang yang sebenar. Malangnya UMNO bukan jenis manusia yang hormat dan menjunjung undang-undang. Oleh itu kita seharusnya berfikir tentang kemungkinan langkah mereka dari sudut pandang mereka selaku pelanggar undang-undang itu.
Menjelang persidangan DUN 7 Mei, pemimpin dan ahli undang-undang PR yakin bahawa UMNO tak akan dapat menafikan hak dan kuasa YB Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Kita juga diyakinkan bahawa Speaker akan berjaya menggagalkan hasrat UMNO untuk memecat Sivakumar dan menggantikan Ganesan di kerusi itu melalui kuasa menerima atau menolak sesuatu usul yang ada pada Sivakumar. Akhirnya apa yang terjadi?
Kita menilai dari sudut proses dan prosedur yang biasa. Kita menganalisis undang-undang dari sudut tafsiran dan penguatkuasaannya yang biasa. Malangnya UMNO sudah biasa melakukan perkara-perkara yang luar biasa. UMNO jaguh melanggar proses dan prosedur resmi. UMNO juara memutarbelit peruntukan undang-undang untuk maksud politik dan pengekalan kuasa.
Oleh itu pemimpin dan pencatur langkah PR perlu menganalisis dan merumuskan andaian langkah-langkah UMNO dari sudut yang luar biasa dan di luar kerangka proses dan prosedur undang-undang yang biasa itu. PR perlu ada plan biasa dan plan luar biasa.
Berikutan keputusan mahkamah kelmarin, DS Nizar telah pun mengadakan mesyuarat exco tengah malam tadi dan membuat beberapa keputusan penting termasuk menggantung Setiausaha Kerajaan Negeri (Rahman Hashim) dan Penasihat Undang-Undang Negeri (Kamal Md Shahid) berkuatkuasa serta merta. Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menghantar surat memohon perkenan menghadap DYTM Raja Muda untuk menerangkan keputusan mahkamah serta memohon perkenan pembubaran DUN.
Sebelum itu Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa UMNO akan mengambil tindakan segera memfailkan rayuan di mahkamah terhadap keputusan kelmarin. Najib berkata "kita akan selesaikan masalah ini". Apabila ditanya apakah usul undi tidak percaya terhadap DS Nizar merupakan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini, Najib menjawab "langkah pertama ialah memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah, then we'll make it from there."
Kenyataan pengarah utama rampasan kuasa ini wajib dikaji dengan penuh waspada. Najib pasti sedia melakukan apa saja demi maruahnya sebagai PM yang baru berusia sebulan. Najib juga telah membuktikan kekuatannya memekakkan telinga terhadap semua serangan termasuk serangan mega seperti isu Altantunya. Kelicikan strategi Najib tak boleh dipandang sebelah mata.
Zambry juga telah mengeluarkan kenyataan untuk memohon perintah mahkamah bagi menghalang atau menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengembalikan hak DS Nizar sebagai Menteri Besar. Malam tadi Tv3 telah memulakan langkah mewajarkan sidang tergempar DUN untuk prosiding usul undi tidak percaya terhadap DS Nizar sebagai MB. Dalam siaran Buletin Utama, Peguam UMNO, Shafie Abdullah memperincikan fakta-fakta palsu untuk meyakinkan penonton tentang keabsahan penyingkiran Speaker Sivakumar dan keabsahan perlantikan Ganesan sebagai Speaker DUN yang baru. Kesimpulannya, Ganesan berhak memanggil Sidang Tergempar DUN untuk prosiding 'vote of no confidence' terhadap DS Nizar. Laman-laman blog pro-UMNO juga telah mewar-warkan kemungkinan sidang tergempar itu pada hari khamis ini atau satu tarikh terdekat selepas khamis.
Dalam sidang media di kediaman DS Nizar tengah malam tadi, pemimpin-pemimpin PR dengan tegas menyatakan perlantikan Ganesan sebagai Speaker adalah tidak sah. Oleh itu Sivakumar masih Speaker yang sah. Jika sidang DUN mahu diadakan, permohonan perkenan mengadakan sidang itu hanya boleh dikemukakan oleh DS Nizar sebagai MB yang sah. Notis panggilan sidang mesti dikeluarkan dan ditandatangani oleh YB Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Jika BN mahu mengusulkan undi tidak percaya terhadap MB DS Nizar, mereka hendaklah mengemukakan usul itu ke pejabat Setiausaha DUN tidak kurang daripada 14 hari sebelum tarikh sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker Sivakumar setelah permohonan perkenan mengadakan sidang itu dikemukakan oleh DS Nizar kepada DYMM Sultan. Dan Speaker Sivakumar berkuasa untuk menerima atau menolak usul yang dikemukakan itu. Itu kata kita.
Sebaliknya UMNO tetap bertegas bahawa perlantikan Ganesan adalah sah. Speaker Ganesan juga berhak memanggil sidang tergempar DUN tanpa permohonan perkenan daripada DYMM Sultan kerana sidang 7 Mei hanya ditangguhkan (adjourned) dan bukannya diberhentikan (prorogued). Ganesan sudah tentu akan menerima usul yang dikemukakan oleh UMNO dan akhirnya BN pasti berjaya menyingkirkan DS Nizar daripada kerusi MB dengan kelebihan 3 undi (31-28). Itu kata UMNO-BN.
Masing-masing ada hujah. Hujah PR berdasarkan keputusan mahkamah kelmarin dan berdasarkan peruntukan-peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang sebenar. Hujah UMNO-BN jelas menghina keputusan mahkamah dan melanggar Undang-Undang Tubuh. Tetapi UMNO sentiasa yakin setiap kali melanggar undang-undang. UMNO juga berupaya menghaiwankan pelbagai pihak untuk mencapai kehendak politik mereka. Mereka dah biasa mengugut hakim. Mereka pakar mengerahkan pasukan keselamatan untuk menghalang langkah PR. Mereka adalah jelmaan mafia.
Oleh itu pemimpin-pemimpin dan pencatur strategi PR wajib mengambil perhatian terhadap segala kemungkinan yang bakal dihadapi besok lusa.
Penyokong PR boleh bergembira tetapi jangan terlalu teruja dengan keputusan Mahkamah Tinggi petang kelmarin. Bersiap sedialah untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya negeri jika DUN dibubarkan.
Terima kasih Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim!
Menjelang Muktamar PAS - Ulama' Atau Profesional?
cyberboron, Friday, May 01, 2009Mutakhir ini banyak diperkatakan tentang kepimpinan PAS. Media menggambarkan seolah-olah pemimpin-pemimpin PAS berpecah kepada dua team. Ada team yang mendokong kepimpinan ulama' dan ada team yang mahukan dominasi golongan profesional bukan ulama'. Ada juga istilah kumpulan Erdogan, merujuk kepada tokoh-tokoh PAS yang rapat dengan DSAI.
Terkini timbul kontroversi baru berikutan luahan Nik Abduh tentang 'pembantu-pembantu ayahanda TGNA' yang didakwa cuba melaga-lagakan Mursyidul Am itu dengan TGHH. Isu yang dikaitkan ialah pendekatan muzakarah yang berlaku selepas PRU12 dan kemudiannya dinamakan muqabalah selepas beberapa perbincangan peringkat tertinggi dalam PAS. Pendekatan politik yang melibatkan hubungan dengan UMNO itu kemudiannya membawa kepada kemunculan istilah Unity Government. Ia telah diisytiharkan sebagai 'dibatalkan' berikutan penolakan secara umum oleh ahli-ahli PAS pelbagai peringkat.
Sama ada sedikit atau banyak, kelihatannya kredibiliti ulama' sebagai peneraju kepimpinan PAS sedang dibahaskan. Media internet malah amat jauh ke depan mengulas persoalan ini sehingga ke tahap kritikan yang dahsyat dan ganas. Ulama' sudah dibangsatkan bahkan dibabikan oleh sebahagian penulis blog yang menyokong PR dan PAS.
Mengulas hal yang sama, Harakah 1-3 Mei memuatkan pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Haron Din yang ditemubual oleh Ahmad Lutfi Othman dan Azamin Amin. Wawancara itu terlalu panjang untuk dimuatkan disini. Antara isi pentingnya ialah;Masyarakat pada awalnya sudah memahami bahawa PAS dipimpin oleh ulama'-ulama' yang berwibawa sehinggalah berlaku sedikit perubahan apabila PAS dipimpin oleh almarhum Dr. Abbas Alias dari kalangan profesional dan kemudiannya almarhum Dato' Asri Muda kerana keperluan semasa. Sejarah itu memperlihatkan seolah-olah PAS tidak semestinya dipimpin oleh ulama' tetapi juga boleh dipimpin oleh golongan profesional bukan ulama'.
Dalam Muktamar PAS pada tahun 1983 satu ketetapan telah dibuat iaitu PAS mestilah menggariskan dengan jelas bahawa kepimpinan parti mesti berdasarkan kepimpinan ulama'.
Berikutan itu perlembagaan PAS dipinda dan dimasukkan peruntukan berkenaan Majlis Syura Ulama dengan kriteria khusus bagi keanggotaannya. Dengan itu semua pihak memahami bahawa kepimpinan tertinggi PAS disandang oleh individu-individu yang diterima dalam PAS sebagai ulama'.
Kepimpinan ulama sudah menjangkau suku abad. Tempoh itu tidak terlalu pendek dan tidak juga terlalu panjang untuk menilai pencapaian kepimpinan ulama'. Matlamat keagungan Islam berjaya diletakkan di landasan yang baik. Usaha memartabatkan perjuangan PAS sebagai perjuangan yang menarik minat majoriti umat Islam di negara ini berhasil dengan pencapaian yang agak besar.
PAS era kepimpinan ulama' mengambil masa beberapa tahun untuk diterima oleh rakyat negara ini yang berada di luar parti. Selepas menang di Kelantan pada pilihanraya umum tahun 1990 TGNA berjaya menampilkan keberkesanan kepimpinan ulama di peringkat kerajaan. Rakyat Kelantan terus memberikan sokongan kepada PAS yang dipimpin oleh ulama' sebagai kerajaan negeri itu sehingga hari ini. Hal ini boleh dikaitkan sebagai satu mesej penerimaan masyarakat kepada kepimpinan ulama' dalam PAS.Kesedaran tentang perlunya kepimpinan ulama' itu tidak berlaku secara tiba-tiba. Ada semacam 'paid up capital' atau modal berbayar yang mencetuskan era kepimpinan ulama' itu.
Sejak awal tahun 70an kebangkitan Islam berlaku dengan jelas di seluruh dunia, dimulai dengan Ayatullah Khomeini menggantikan Shah Iran diikuti kejayaan Islam di beberapa negara Timur Tengah. Ombak kesedaran Islam itu semakin besar dan sampai juga ke Malaysia.
Pada tahun 1975, ketika masih lagi sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan, saya terlibat secara langsung dengan PAS. Saya dicalonkan sebagai AJK PAS Pusat dan mendapat undi terbanyak. Selepas itu saya dan Yang DiPertua Agong PAS, Dato' Asri Muda berkempen dan berceramah di seluruh negara bersama-sama.
Haji Subky Latif pernah menulis dalam sebuah bukunya bahawa antara pemimpin yang wajar memimpin PAS selepas Dato' Asri ialah dua orang iaitu saya dan Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok. Maknanya telah tergambar kepada ahli PAS ketika itu bahawa perlunya ada perubahan dalam PAS dan ia mestilah berteraskan kepada kepimpinan ulama'.
Itu tanda kesedaran bahawa mereka yang mendalami agama, yang mahir dan yang arif dalam agama, atau dengan bahasa mudahnya ulama', merupakan golongan yang selayaknya memimpin PAS. Akhirnya selepas itu almarhum Haji Yusof Rawa yang juga seorang ulama' dipilih memimpin PAS.
Suka saya tegaskan bahawa perubahan yang berlaku itu bukanlah kerana terikut-ikut tetapi sebagai landasan bahawa PAS memperjuangkan Islam sebagai satu cara hidup yang wajar dipimpin oleh ulama'.Namun begitu PAS bukanlah parti yang dikongkong oleh ulama'. Keberkesanan kepimpinan ulama' di bangunkan dengan sokongan dan gabung jalin usaha tenaga profesional. Ulama boleh bergandingan dengan sesiapa sahaja serta sentiasa sedia bantu membantu di antara satu sama lain.
Ulama' hanyalah pengemudi parti untuk sampai kepada arah tuju yang sebenar. Ulama' laksana juruterbang sebuah pesawat terbang atau nahkoda sebuah kapal. Namun bukanlah hanya dia seorang saja yang bekerja, tetapi secara bersama dengan kakitangan yang lain. Hal ehwal penumpang, kebajikan, keselamatan dan lain-lain lagi diurus oleh yang bukan 'pilot'. Kerjasama itulah yang menjadikan penerbangan atau pelayaran itu lancar.
Nabi Muhammad banyak kali mengetuai angkatan perang tetapi tidak pernah membunuh walau pun sekali. Ada perkara yang Nabi perintahkan kepada umatnya tetapi baginda sendiri tidak pernah melakukannya seperti azan dan iqamat, sesuai dengan keadaan dirinya yang sentiasa menjadi imam.
Nabi pernah memerintahkan tentera Islam berkhemah di satu tempat tetapi ditegur oleh pakar perang bahawa kawasan itu tidak sesuai kerana jauh daripada sumber air, dekat dengan laluan angin dan mengadap pancaran matahari. Nabi menerima teguran itu dan berpindah ke tempat lain. Nabi memanfaatkan kepakaran sahabatnya yang memiliki kelebihan ilmu perang. Yang hebat memanah memimpin urusan memanah. Yang hebat memintas memimpin urusan memintas. Yang hebat mengatur strategi dimanfaatkan idea tempurnya. Tetapi Nabi tetap sebagai pemimpin utama.
Begitu juga dalam PAS, masing-masing ada kelebihan tersendiri dan saling tampung menampung. Kepimpinan ulama' mesti diteruskan. Gandingan dengan tenaga profesional mesti terus dimantapkan.
PAS berdepan dengan parti lawan yang sangat berbeza. Parti mereka mementingkan keduniaan. Catur politik mereka juga dunia. Modal besar dan janji mereka juga adalah dunia seperti pembangunan dan penambahan material.
Untuk berdepan dan menyaingi mereka, kita perlukan bukan saja ulama', tetapi juga buah fikiran dan tenaga golongan profesional demi memantapkan parti dan menggerakkan kejayaan perjuangan Islam yang menyeluruh. PAS berjuang untuk duniawi dan ukhrawi. Gabungan kedua-dua matlamat perjuangan itu menuntut jalinan ulama' dan profesional yang mantap. Kita mesti bergandingan dan tampung menampung jika ada kebocoran, bukannya mencari kelemahan dan berusaha menjatuhkan mana-mana pihak. Jangan jadikan parti kita serupa dengan UMNO sehingga berlaku politik wang.Apabila berhadapan dengan soal pemilihan, pelbagai persoalan berbangkit terutama jika membincangkan isu kepimpinan ulama'. Kita perlu sedar bahawa dasar kepimpinan ulama' dibuat bukan untuk kepentingan sesiapa tetapi merupakan keperluan dalam perjuangan Islam.
Wujud juga tafsiran yang sengaja atau mungkin tidak faham dengan perjuangan PAS apabila kepimpinan ulama' mahu ditukar dengan kepimpinan Islam.
Istilah itu tidak berlawanan jika kepimpinan Islam berteraskan ulama', namun kalau pemimpin yang memimpin itu adalah Islam sahaja, maka tafsirannya terlalu luas. Seolah-olah sesiapa saja boleh memimpin PAS asalkan dia Islam. Itu konteks yang luas dan boleh mengundang pelbagai hujah dan fitnah. Tetapi jika yang memimpin PAS itu adalah ulama', maka ada 'limitation' dan hadnya supaya ada ciri-ciri serta kriteria tertentu untuk menjadi pemimpin tertinggi parti Islam ini.
Islam itu adalah agama yang mudah, maka diperluaskan, tetapi jika ia luas sangat, maka sempitkan sedikit. Jika kita letak landasan kepimpinan ulama' maka ianya 'tidaklah luas sangat dan tidaklah sempit sangat'.Pemimpin dalam Islam adalah imam. Ia umpama analogi dalam solat. Ada makmum di belakang imam. Ada doa yang menjelaskan ciri kepimpinan iaitu "Ya Allah, jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa." Justeru dalam hal bertaqwa juga mempunyai peringkat-peringkat tertentu dan yang dipilih ialah yang tinggi taqwanya. Lazimnya ulama' mempunyai ciri-ciri ini.
sumber : Harakah 1-3 Mei, edisi cetak.
Nabi Muhammad adalah pemimpin dan juga imam. Ada ketika baginda terlalu khusyuk solat sampai mengerjakan Maghrib empat rakaat, tetapi kemudiannya ditegur oleh makmum. RasuluLlah akur lalu menunaikan sujud sahwi. Begitu juga dalam hal peperangan, baginda sentiasa menerima pandangan daripada sahabat-sahabat yang arif berperang.
Itu bukan kesilapan, tetapi petunjuk ringkas daripada RasuluLlah bahawa pemimpin boleh ditegur, dibantu dan diberi pandangan.
Begitu juga dalam PAS. Kelemahan kepimpinan ulama' bukan untuk diperbesarkan tetapi mesti diperbetulkan. Kita harus ingat, semua orang mempunyai kelemahan dan sewajarnya ditampung bersama. Adakah dengan menukar kepimpinan maka kelemahan dan kesilapan itu pasti tidak akan wujud samasekali?
Saya lihat ada keterbukaan pada ulama'-ulama' yang memimpin kita. Mereka tidak sedikit pun menghalang kita bertemu mereka untuk mendapatkan penjelasan. Mereka sedia bertemu dan berbincang demi mengukuhkan parti sekaligus memantapkan perjuangan Islam yang menjadi dasar dan teras PAS selama ini.
Akal Hati Budi Emosi Melayu
cyberboron, Thursday, April 30, 2009Sajak ini diambil dari blog muhaimin sulam yang sedang di perantauan. Terasa sungguh dalam suluhan pejuang ini. Mungkin boleh dijadikan bahan menilai diri.
Ada orang membaca dengan akal
Ada orang membaca dengan hati
Ada orang membaca dengan budi
Ada orang membaca dengan emosi
Dari situ kita kenal bagaimana
panjang tidak akalnya,
dalam singkat hatinya,
cetek tinggi budinya,
luas sempit emosinya.
Ada orang menulis dengan tangan
ada orang menulis dengan kepala
ada orang menulis dengan kaki
ada orang menulis dengan mata
Dari situ kita kenal bagaimana
cacat elok tangannya,
berotak tidak kepalanya,
kuat lembik kakinya,
sinar kelat matanya,
Sajak ini aku tulis spontan bila membaca blog Nik Abduh dan Nasaruddin Tantawi semalam. Lepas gemuruh dalam kelambu Umno, kini giliran gempita dalam rumah PAS. Semua gara-gara hendak mencari pemimpin. Benarlah seperti hikayat lama, ketika dilahirkan seorang putera, gegak gempita guruh di langit, kilat sambar menyambar......
Sebenarnya samada orang PAS atau Umno yang sememangnya Melayu begini.....
Mereka bergaduh dari jauh
Dekat mereka senyum, bersalam dan berpelukan
Lengkuk bibir tak sama lengkuk di hati
Marah orang Melayu cukup bersantun
Bising di belakang
Depan duduk bersimpuh
Diam tetapi berdendam
Cemburu melihat orang maju
Senang tengok orang susah
Bercakap tidak, mengumpat bertan-tan
Mudah maafkan tetapi sukar melupakan
Mengungkit jika disakit
Berbisik sebelum bercakap
Berfikir selepas terlajak
sumber : blog Muhaimin Sulam - Berani Untuk Tahu
Selesaikan Segera Panas Di Permatang Pauh
cyberboron, Wednesday, April 29, 2009Sehari dua ini politik dalaman PR agak panas. Nik Abduh mencetuskan kontroversi lanjutan bagi isu muzakarah-muqabalah-unity government. Lebih serabut ialah keputusan PAS Kawasan Permatang Pauh yang nak bertanding di Penanti. Ketua DPP Pulau Pinang menambahkan lagi kehangatan itu dengan kenyataannya hari ini.
Sebenarnya kita dah ada banyak sangat isu yang perlu ditangani. Krisis Perak semakin memuncak menjelang 7 Mei. Selangor juga sedang diserang secara senyap. Kehangatan pencalonan menjelang Muktamar PAS sedang diusik dan diadu-domba oleh media UMNO untuk menimbulkan perpecahan. Dan banyak lagi.
Bagi kes Permatang Pauh, pertama sekali secara peribadi aku tak bersetuju dengan keputusan dan tindakan PAS Kawasan itu dan Ketua DPP negeri. Itu hak aku. Aku tak tahu apa yang mendasari keputusan PAS Permatang Pauh yang dikatakan 'kehendak akar umbi' itu. Aku juga hormati hak masing-masing sama ada individu atau organisasi untuk berpendirian macam mana sekalipun. Tetapi aku tetap gunakan hak aku untuk tidak menyokong dan tidak bersetuju dengan keputusan dan tindakan yang dah berlaku setakat hari ini.
Aku tak peduli sangat soal UMNO-BN yang pasti akan menggunakan isu ini untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan berusaha melemahkan pertahanan kita. Mereka tak akan berjaya kalau kita pantas menjernihkan suasana dan kembali fokus kepada matlamat yang disepakati bersama.
Adat berbeza prinsip dan fahaman memang akan bertembung di sana dan di sini walau pun secara resminya ada jalinan muafakat. PAS-PKR-DAP akan tetap ada perbezaan dalam pelbagai perkara walau pun telah memeterai persepakatan. BN yang sudah tua itu pun masih berbalah antara sesama parti komponen dalam banyak hal.
Tugas dan tanggungjawab kita ialah menguruskan perbezaan itu sambil mengiktiraf hakikat kewujudannya. Fokus kita mestilah kepada kesamaan prinsip dan matlamat yang menghubungkan kita setakat ini. Kita mesti kaya tolak ansur. Kita wajib waras tentang nilai hormat-menghormati. Kita mesti benar-benar sedar realiti 'bersama dalam berbeza'. Kalau hal ini dapat kita uruskan, hayat PR akan lebih panjang sehingga insyaAllah kita akan mendapat mandat rakyat untuk memimpin kerajaan pusat. Kalau kita gagal memahami dan menjiwai persamaan dan perbezaan ini, UMNO-BN akan terus berkuasa untuk merompak harta negara.
Aku bersama rakan-rakan di kawasan aku pernah melalui pengalaman yang hampir sama dengan kes Permatang Pauh. Cuma tak ramai yang tahu kerana di kawasan aku tak ada nama besar dalam politik. Yang ada hanya 'kucin tanah', kata kawan-kawan aku.
Pada tahun 1999 PAS dan PKR (waktu itu PKN) sama-sama menuntut untuk bertanding di satu kerusi DUN di kawasan aku. Aku orang PAS. Tentulah aku mahu PAS bertanding. Waktu itu ada 19 cawangan PAS di DUN kami dengan ahli seramai 1732 orang. DUN kami ada 20 Daerah Mengundi. Kira-kira 'ngam'lah imbangan jumlah cawangan dengan jumlah Daerah Mengundi. PKN ada 7 cawangan dengan keahlian lebih kurang 250 orang. PAS ada 11 markaz. PKN ada 1. PAS dah sedia ada jentera pilihanraya hingga ke peringkat UPU. PKN pun ada jentera tapi tak berapa kelihatan. Bagi aku sebagai ahli PAS dan dengan fakta-fakta cawangan, keahlian, markaz dan jentera itu, tentulah aku berhak menyuarakan pendirian bahawa PAS lebih layak bertanding.
Di pihak PKN, mereka juga ada pelbagai hujah tentang kelayakan mereka yang dikatakan mengatasi keupayaan PAS. Kami sama-sama mendesak pemimpin parti peringkat negeri dan pusat supaya mempertahankan hak untuk bertanding. Aku mengutus tak kurang 5 surat resmi ke peringkat negeri dan pusat termasuk kepada Setiausaha Agung PAS dan Presiden keADILan. Ketua PKN Bahagian pun berulangkali menemui Presiden mereka untuk maksud yang sama.
Tapi selepas semua hujah dan ayat yang pedas, marah dan berbau ugutan, semua surat yang aku utuskan diakhiri dengan perenggan ini:Besarlah harapan kami agar hasrat yang ditegaskan di dalam surat ini mendapat pertimbangan dan kelulusan Tuan (atau Puan) bersama seluruh Jawatankuasa PAS Pusat (atau seluruh ahli MPT keADILan) dengan kadar segera. Walau bagaimana pun pihak kami akan menerima sebarang keputusan resmi yang dibuat oleh pimpinan tertinggi parti.
Akhirnya BA (Barisan Alternatif) memutuskan PAS bertanding. Aku bersyukur dan seronok. keADILan Bahagian memboikot gerak kerja pilihanraya DUN kami. Seluruh jentera keADILan Bahagian berhijrah menjalankan kerja-kerja pilihanraya di satu kawasan Parlimen di selatan negeri Perak. Aku dan rakan-rakan PAS Kawasan menerima hakikat boikot itu dengan lapang dada.
Selepas pilihanraya kami terus berhubung seperti biasa walau pun ada rasa kekok. Menjelang pilihanraya umum tahun 2004, PAS dan PKR sekali lagi menuntut hak bertanding seperti lima tahun sebelumnya. Berbincang, berhujah dan mengutus surat ke peringkat tertinggi. Akhirnya BA memutuskan PKR bertanding. Walau pun sedih dan terkilan, mesyuarat AJK PAS Kawasan memutuskan secara resmi untuk menggerakkan sepenuhnya jentera yang ada. Bilik-bilik gerakan PAS beroperasi sepenuhnya. Petugas-petugas PAS melaksanakan semua tugasan bersama petugas PKR. Namun sebahagian ahli PAS merajuk. Tak bekerja tetapi tetap keluar mengundi PKR. Hukum keluar mengundi PKR sebagai rakan dalam pakatan BA diinsafi dengan baik oleh ahli-ahli PAS yang merajuk itu. Alhamdulillah.
Menjelang pilihanraya umum tahun 2008, tiada lagi perselisihan. PKR memberi laluan sepenuhnya kepada PAS. Berkebetulan dengan gelombang tsunami yang melanda politik negara, kami kalah tetapi hanya dengan kekurangan 14 undi. Sedih kerana kalah tetapi semakin yakin untuk menghadapi PRU13.
Berbalik kepada isu Permatang Pauh, aku mohon semua pihak berjiwa besar menginsafi matlamat perjuangan yang telah disepakati bersama. Masalah memang lumrah namun ayuh kita selesaikannya. Kehebatan gerak-kerja kita terletak pada kebijaksanaan mengurus masalah.
PAS Kawasan Permatang Pauh perlu beralah. Aku faham desakan dan tekanan daripada ahli-ahli dan cawangan-cawangan kerana kami pun pernah mengalaminya. Aku faham penegasan tentang kekuatan jentera dan lain-lain yang berkaitan dengan pilihanraya. Aku faham tentang kebimbangan dan persepsi yang bercelaru terhadap satu dua kes YB PKR. Aku faham.
Tetapi itu semua tidaklah lebih besar atau lebih penting daripada Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Kita bukan setakat nak menang di Penanti atau Permatang Pauh tetapi nak menawan Malaysia. Kita sedang berada di landasan yang betul ke arah itu. Mengekalkan pendirian seperti yang heboh diperkatakan setakat hari ini, hanya akan meruntuhkan binaan politik baru Malaysia yang hampir siap.
PAS Pusat perlu cepat, pantas, segera, laju, tak berlengah dan tak bertangguh mencari penyelesaian terbaik. Turunlah ke Permatang Pauh. Kalau perlu semua pemimpin-pemimpin besar turun ke Permatang Pauh, ayuh turun segera. Berjumpa dan dengarilah luahan ahli-ahli. Kita bukan UMNO yang berkasta Brahma dan Paria. Pemimpin kita tentulah mahu mencontohi RasuluLlah yang sama berselemoih dengan prebet mengorek parit dalam perang Khandak.
Aku yakin ahli-ahli PAS Permatang Pauh boleh berlapang dada kalau pemimpin-pemimpin besar sudi mencemar darjat turun bersembang dan menerangkan keperluan kekal dengan setiakawan PR.
Kepada rakan-rakan dalam PKR, aku mohon sudilah kiranya rakan-rakan sekelian membantu untuk meredakan kekecohan ini. Please jangan simbah petrol kepada api yang masih kecil. Perbezaan pendapat seperti kes ini memang telah biasa berlaku antara kita. Contohnya seperti kisah yang aku ceritakan di pertengahan tulisan ini. Kalau kita saling mendabik dada, alamat binasa. Yang panas bukannya semua. InsyaAllah kebanyakan kita dalam PR sudah semakin dewasa memahami keperluan politik masakini. Masalah ini boleh diselesaikan. Dalam tegas mempertahankan hak, pelihara dan berjaga-jagalah di mana-mana yang patut. Kan kita sama-sama manusia. Masing-masing ada kelebihan dan ada kekurangan.
Jom pastikan Dr. Mansor Othman menang di Penanti !!!!!!!
Sambil Pandang Belakang Melangkahlah Dengan Pantas Dan Teratur
cyberboron, Monday, April 13, 200963 jam gencatan jari menyebabkan aku terkulat-kulat tak tau macam mana nak mulakan posting ini. Rupa-rupanya Bukit Gantang dah memerah hampir habis santan fikir dalam kepala aku. Rasa macam ada yang nak dikata tapi tak terkata. Jari dah di atas keyboard namun ayat tak muncul juga. Aduh!
Hari ini, Isnin 17 Rabi'ulakhir 1430 H aku terpanggil untuk balik kepada konsep asal blog ini iaitu melontarkan bahan fikir tentang kecacamerbaan gelagat dan laku politik makhluk-makhluk di dalam gelanggangnya. Mudah-mudahan makhluk politik terbaca buah fikir ini kalau-kalau boleh memangkin perubahan dan lonjakan bermakna.
Sebaik saja diumumkan keputusan PRK dua bukit, PAS dan PKR dengan bangganya menyatakan "isyarat rakyat tolak BN". Di Perak, kemenangan P059 digahkan sebagai referendum rakyat menentang rampasan kuasa 5 Mac. BN gagal mendapat restu rakyat yang dipohon sepanjang berkempen. Pakatan Rakyat riuh rendah mendendangkan lagu "Hidup rakyat", "kuasa rakyat", "UMNO akan berkubur", "BN dah tak relevan" dan macam-macam lagi.
UMNO terus dengan denial syndrome yang tak habis-habis. Gerombolan pemimpin glokal yang baru bertakhta beberapa hari itu cuba lari dari hakikat kekalahan dengan statement "pengundi Melayu tolak PAS dan PKR" dan "hanya pengundi Cina yang memenangkan Nizar dan S. Manikumar". Kemahuan memeriksa diri telah mati. Laungan "perubahan merakyat ke akar umbi" cuma muntah hanyir penyeri seloka.
Selang sehari selepas kenyataan-kenyataan itu, PAS isytiharkan pula undi Melayu kepada PAS merosot 4 peratus. Pengumuman itu mengesahkan dakwaan UMNO sehari sebelumnya. PAS mengaku pengundi Melayu terpengaruh dengan isu derhaka boneka yang dimainkan oleh UMNO.
Apabila PAS dah mengaku, UMNO semakin rancak berdendang. Media kawalan UMNO menerbitkan analisis pelbagai pihak kononnya sebahagian orang Melayu mula sedar agenda yang terselindung di sebalik Pakatan Rakyat. Misi PR didominasi kehendak DAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia. Melayu mula insaf hak mereka tercabar. Lalu tergambar momentum lonjakan PR ke Putra Jaya dah terhenti. Gelombang PR kembali mengendur dalam konteks menggantikan BN di peringkat kerajaan pusat.
Ketika Pakatan Rakyat asyik berkenduri merayakan kemenangan dua bukit, UMNO terus merancakkan propaganda meyakinkan orang Melayu di seluruh negara betapa ketuanan Melayu (UMNO) berjaya mendapat nafas baru dari dua bukit. Melayu kembali cenderung kepada UMNO demi maruah bangsa. Seluruh bangsa Melayu usah terbawa-bawa dengan visi kabur Tsunami Mac 2008. Melayu dua bukit memimpin jalan taubat. Mereka telah insaf lalu menarik balik undi yang diberi setahun lalu. Begitu indah dan halus gurindam bertanduk dendangan UMNO.
Aku berasa heran dengan adegan anti-klimaks dua tiga orang pemimpin Pakatan Rakyat selepas 3 PRK minggu lepas. Tak salah berlaku jujur. Orang gagah sentiasa sedia mengakui kelemahan. Menyedari kekurangan diri membuka laluan kepada pemulihan dan penambahbaikan. Namun dalam konteks berperang, mendedahkan kelemahan yang mungkin tidak pun disedari oleh musuh, bukanlah kebijaksanaan namanya. Apa pun, aku boleh terima kalau pengakuan itu bermaksud memotivasi petugas dan penyokong supaya bekerja lebih kuat lagi. Tetapi rumusan yang dibentangkan mestilah berdasarkan fakta. Soalan aku ..... benarkah percentage yang diumumkan itu berfakta?
Kemerosotan 4% undi Melayu tidak boleh dipandang ringan. Ia adalah bencana kepada masa depan politik negara. Kalau peratus Melayu yang keluar mengundi dikira bersamaan dengan peratus (keluar mengundi) keseluruhan iaitu 75.1%, angkanya ialah 26,364. Kenyataan media jentera pilihanraya P059 menyebut hanya 43% pengundi Melayu memberikan undi kepada PAS. Jika begitu, angkanya ialah 11,337 undi.
Pada PRU12 jumlah keluar mengundi ialah 72.6% atau 25,486 (Melayu). Dikatakan PAS mendapat undi daripada 47% pengundi Melayu iaitu seramai 11,979. Maka, Undi Melayu pada 7 April merosot sebanyak 642. Jika dibahagikan dengan 38 daerah mengundi, purata kemerosotan itu ialah 17 undi bagi setiap satu daerah mengundi.
Kalau sekadar 17 undi purata di satu daerah mengundi, ia tidak mengesahkan dakwaan berlaku kemerosotan. Ada banyak faktor lain yang juga logik menjadi sebab kekurangan undi itu. Salah satu daripadanya ialah faktor pengundian pada hari "Selasa". Faktor kembalinya pengundi Melayu UMNO yang memboikot PRU12 kerana memprotes calon UMNO luar juga merupakan penyebab besar pertambahan 622 undi BN.
Kajian terperinci di dua daerah mengundi majoriti Melayu yang mengalami susut 11 dan 9 undi berbanding PRU12 mendapati tidak berlaku walau satu pun peralihan undi daripada PAS kepada BN. 18 pengundi tegar PAS yang mengundi pada PRU12, tidak dapat hadir pada 7 April kerana gagal mendapat cuti. 9 daripadanya bekerja di Lembah Kelang, 4 di Pasir Gudang, 2 di Nilai, 2 di Johor Bharu dan seorang di Kuantan. Seorang daripada baki 2 pengundi itu telah meninggal dunia manakala seorang lagi ialah kakitangan kerajaan yang sedang berkursus wajib di Pulau Langkawi.
Di daerah mengundi yang sama, BN mendapat tambahan 77 dan 44 undi berbanding PRU 12. 37 daripadanya adalah UMNO tegar yang tidak mengundi pada 2008 kerana memprotes calon luar manakala 21 lagi yang juga UMNO tegar, tidak balik mengundi pada 2008. Daripada 21 orang yang tidak balik mengundi itu, 18 bekerja di Lembah Kelang, 1 di Sabak Bernam, 1 di Sungai Petani dan 1 di Kampar. Baki 19 pengundi lagi terdiri daripada 12 pengundi kategori UMNO goyang yang tidak mengundi pada PRU12 dan 7 pengundi yang tidak dapat dikenal pasti kecenderungannya.
UMNO berjaya memberi habuan yang lumayan sehingga menarik kehadiran penyokong mereka yang tidak keluar mengundi pada PRU12. Keberkesanan gerak kerja BN itu layak diberikan kredit.
Namun begitu, kekurangan 11 dan 9 undi PAS bersama tambahan 77 dan 44 undi BN itu TIDAK menunjukkan PERALIHAN undi daripada PAS kepada BN. Dengan kata lain, pengundi PAS pada PRU12 masih mengundi PAS pada 7 April. TIADA PERALIHAN. Pengundi BN pada tahun 2008 juga masih mengundi BN pada 7 April.
Kejayaan UMNO pada PRK 7 April ialah keupayaan menggerakkan penyokong setia yang tidak mengundi pada tahun 2008 hadir memangkah dacing kali ini.
Oleh itu, pengakuan "tercepat" yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah tersasar daripada fakta sebenar di medan. Tawadhu' yang kurang dalil itu nampaknya memberikan keselesaan kepada UMNO.
Aku masih mengharap jentera PR bangkit untuk serius memfokuskan gerak kerja mendekati pengundi secara terarah. Kita sudah ada sistem yang baik. Kita sudah ada manual kerja yang terperinci. Kita ada keupayaan tenaga manusia sampai ke peringkat lokaliti dalam daerah mengundi. Masalah kita hanyalah keberkesanan mengoptimumkan komitmen petugas-petugas di peringkat daerah mengundi ke bawah.
Kita ada profesional yang sarat idea. Kita ada pemimpin-pemimpin yang berwibawa. Kita ada pemidato yang hebat. Kita ada penyokong-penyokong yang bersemangat tinggi. Kita ada penyumbang-penyumbang yang sanggup berkorban apa saja.
Maka mengapa kita masih gagal atau kurang berjaya? Antara sebabnya ialah kita masih kurang mendengar sedangkan pemimpin yang baik ialah pemimpin yang sanggup banyak mendengar. Kita masih terbawa-bawa dengan budaya memerintah/mengarah sedangkan rakan-rakan kita yang bertugas itu adalah sukarelawan pada adatnya. Mungkin kita cenderung berpegang bahawa tugas ini adalah kewajiban syarie. Memang pun ia begitu. Tetapi mustahak diinsafi bahawa kita berurusan dengan manusia yang ada perasaan. Dan kita bukan Nabi yang maksum atau Khulafa' Rasyidin yang tinggi karamah. Pemimpin yang berkesan bukan saja hebat ilmu dan kepakarannya tetapi juga hebat rendah diri dan keterbukaannya.
Jom kita turun ke gelanggang utama iaitu gelanggang pengurusan daerah mengundi. Kita berdunia di sana. Kita melabur di sana. Kita perkemaskan yang di sana. Kita lengkapkan keperluan di sana. Kita bina sistem tercanggih di sana. Kita bermesyuarat di sana. Kita upayakan tenaga di sana.
Tetapi bukan dengan titah perintah semata-mata.
7 Pesanan Penting
cyberboron, Tuesday, April 07, 2009Ketika menaip pesanan ini, jam di lap-top aku dah pukul 12.02 am 7 April 2009. Hari ini hari besar. Ada banyak perkara akan bertitik tolak daripada tarikh hari ini. Masa depan Malaysia banyak bergantung kepada isyarat kotak undi dua bukit satu batang di pusat penjumlahan undi malam nanti.
Tabik hormat kepada petugas-petugas Pakatan Rakyat. Sebagai manusia, pasti kita ada kelemahan. Namun pokoknya kita berusaha semampu mungkin. Terima kasih petugas PAS. Terima kasih petugas PKR. Terima kasih petugas DAP. Terima kasih team Blogger Rakyat di bawah pimpinan ayahanda Zorro tak pakai topeng. Terima kasih team Perakini. Terima kasih semua individu yang menyumbang usaha dan tenaga ..... daripada BloggersNetwork@Perak.
Rakan-rakan besar kecil, terang gelap, dekat jauh plus cB team yang penuh dedikasi telah membekalkan maklumat-maklumat yang amat bermakna kepada penunggu Stesen Maya 1. Setelah disaring, disukat, diadun, diuli dan dibentuk maka diperturunkan di sini 7 pesanan kepada semua yang bersangkut paut dengan PRK Bukit Gantang untuk tindakan malam ini dan besok.
1.
Semua penyokong PR beragama Islam diminta menyempurnakan contact dengan Malikul-Mulki, Tuhan yang Memiliki Segala Kerajaan. Malam ini bermunajatlah sepenuh hati dan perasaan. Mulakan dengan solat sunat taubat, mohon keampunan dari Al-Ghaffar bagi semua dosa yang mungkin tercoret di suratan kiri kendalian malaikat 'Atid. Penyucian itu mustahak untuk qualify angkatan doa ke hadhratNya. Seterusnya dirikanlah solat hajat yang dijiwai sampai ke rerambut darah yang paling halus. Titiskan air mata dalam sujud terakhir, biar fana' seluruh raga dan jiwa, mohon pertolonganNya dengan serahan diri dan upaya total zero. Kemudian, lelapkan mata dalam gerak lidah dan bisik hati zikrullah yang melubuk jauh ke dalam dhamir. Bangun di sepertiga malam yang akhir bertahajjud mengkerdilkan diri di sisiNya. Bermunajat lagi. Dan alunkan ayat suciNya selunak mungkin sehingga fajar Sadiq. Tunaikan solat subuh. Mohon lagi petunjukNya untuk diri sendiri, ayah bonda dan sekelian manusia yang lain.
2.
Santap sarapan seimbang sebagai bekal keperluan tenaga yang panjang tempohnya hari ini. Titipkan doa kesejateraan buat kedua ibubapa. Selesaikan salam sayang pada isteri atau suami dan anak-anak tercinta. Roh kasih sayang itu menyediakan kekuatan mental, emosi dan fizikal yang amat penting sepanjang hari ini.
3.
Jika ada tugas resmi untuk mengingatkan atau bersama beberapa pengundi, hubungi mereka dengan salam kekeluargaan atau salam persahabatan yang hormat dan bersemangat. Confirmedkan temujanji kalau telah sedia berjanji. Jika belum berjanji, segera meterai janjitemu. Jika ada tanggungjawab resmi secara berpusat, lapor diri di mana-mana yang berkenaan. Ambil tugasan dalam keadaan faham tugasan itu seratus peratus. Pastikan semua keperluan bahan atau peralatan dalam keadaan siap sedia, terurus dan tidak ketinggalan. Saling doakan antara kita sesama petugas. Hargai kehadiran dan sumbangan semua rakan. Tautan hati adalah rukun kemenangan. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
4.
Semua pengundi adalah pelanggan kita. Layanlah mereka sesuai dengan hak sebagai pelanggan. "Customer is always right" tidak semestinya seratus peratus benar, tetapi nilainya hebat iaitu misi kita ialah mendapatkan belian daripadanya. Hari ini misi kita ialah mendapatkan undian daripada mereka. Tegur-sapalah dengan penuh hormat. Senyumlah di wajah sampai ke hati. Hari ini bukan hari berhujah tetapi hari memujuk dan memanggil simpati. Tempik sorak biar berpada. Handal hari ini bukan pada aksi kembang dada atau sorakan gempita, tetapi pada tunduk hormat dan suara lunak memikat.
5.
Gelanggang hari ini adalah pentas manusia, bukan pentas hantu. Setakat petang 6 April khabarnya dah banyak bas persiaran masuk ke taman-taman perumahan sekitar Taiping, menurunkan penumpang di rumah taikun-taikun UMNO. Besok mereka tak akan menaiki bas lagi. Bapak dan abang angkat akan mengangkut mereka dengan kereta. Tolong perhatikan di rumah taikun-taikun itu, kalau sebuah kereta dinaiki lima atau enam orang, itulah jembalang-jembalang perosak demokrasi. Gunakanlah kebijaksanaan akal budi untuk membotolkan hantu-hantu kertas undi itu. Yang bertolak dari jauh malam ini, besok akan turun di petrol station. Kereta mayat pembawa hantu makan duit akan menunggu di Shell, Caltex, Esso, Petronas dan BhP. Fikirkanlah apa yang patut.
6.
Antara rukun agama UMNO ialah provokasi. Setakat ini Dato' Mustafa Ali dah report rancangan UMNO membakar kenderaan polis untuk dibabihitamkan PAS. Jiwa babi itu sukar dipulihkan. Petugas PR wajib control jiwa. Jangan mudah tercuit dengan mainan emosi. Sarjan dan Kopral pasukan PR mesti pantas mengawal keadaan. Dalam kumpulan kita mesti ada bajingan yang menyusup masuk untuk merangsang tindakan ganas. Isytiharkan berulangkali bahawa kita dah putuskan untuk berdagang secara aman. Setiap arahan tindakan mesti datang dari si polan dan si polan yang khas. Selain arahan daripada si polan adalah palsu. Kalau ada yang cuba memberi arahan sedangkan dia bukan si polan yang dimaklumkan, itulah bajingan upahan. Tangkap dia dulu!
7.
Akhirnya ... dari Allah kita datang ... dan kepada Allah kita akan kembali. Semua takdir datang dariNya. Oleh itu, serahkanlah segala-galanya kepada Zil Jalali wal Ikram. La Haula Wa La Quwwata Illa BiLlah. InnaLlaha 'Ala Kulli Syai in Qadiir.
artikel terdahulu : dari sumber yang tidak sahih - jadual jangkaan perolehan undi
Bingkisan Dari Putra Jaya
cyberboron, Saturday, April 04, 2009Suka atau tak suka, Najib dah jadi PM. Barangkali ada macam-macam spekulasi baru tentang kerusi kuasa nombor satu itu. Hari ini khabarnya DS Anwar akan dedahkan maklumat yang bakal menggemparkan. Entahlah apa pula kali ini. Sebelum ini dah banyak kali kita terkejut dan teruja dengan maklumat rahsia dan misteri. Paling gah ialah pertemuan Tun Lah dan DS Anwar di Kuala Langat. Khabarnya ada janji besar yang termeterai. Najib tak boleh jadi PM. Tun Lah dan Tun Jin akan terus menetap di Putra Jaya. Ada juga yang kata DS Anwar akan menggantikan Tun Lah. Ku Li pun muncul juga dalam cerita ceriti Putra Jaya itu.
Maka berangan-anganlah sekelian pencinta keadilan kononnya fajar telah terbit di ufuk timur. BN akan masuk dalam senarai parti tua yang dimuziumkan. UMNO akan berkubur tanpa nesan malah cucu cicit UMNO akan kencing di makam moyang mereka. Masanya telah tiba!
Tahun ini April Fool tak berlaku pada 1 haribulan. Separuh fool jadi pada 2 April dan final fool pada 3 April. Hari Jumaat penuh berkat tapi Malaysia jadi bangsat. Dalam tempoh 24 jam sebelum detik malang sejarah Malaysia di Istana Negara itu, kita masih berandai-andai dan meneka-neka. Seronok sangat dengan spekulasi Najib tak boleh jadi PM. Selepas sujud sajdah solat subuh pagi Jumaat pun masih ramai yang menjenguk mangkuk menghitung kira konon Najib tak jadi ke Istana. Pukul 10 pagi barulah pakat-pakat ternganga. Najib Toya angkat sumpah juga. Kuku big momma tumbuh 9 inci. Selepas ini tak main la c4. Kalau ada toya baru, big momma akan kerat kaki kerat tangan satu demi satu depan unggun api sambil cicah daging toya dalam mangkuk black pepper sauce. Padan muka!
Letih telinga aku terpaksa menadah suara pak belalang dan wak nujum yang kena ikat kaki tangan dalam wayang seniman bujang lapok. Najib dah angkat sumpah, tapi ada pula yang kata tak lama. Tunggulah sikit hari lagi. Tetunggin la malaun sintok tu ke dalam tasik Putra Jaya. Hantu toya hanya menunggu saat bulan mengambang jamadil awal atau jamadil akhir. Paling lambat pun purnama mengambang bulan rejab. Aduh! Hangpa memang hantu betui!
Yang dah terjadi tetap termaktublah perihal jadinya. Yang dah jadi katakanlah jadi. Tak payahlah nak dinafi-nafi. Terimalah ia sebagai takdir setakat ini. Bukanlah bermaksud terima Najib jadi PM dengan redha dan rela hati. Hush! Jangan! Maksud aku, terimalah malang yang menimpa Malaysia ini dengan tabah dan berpijak di bumi nyata.
Confirmed Najib dah jadi PM. Di belakang Najib ada sifunya Che' Det yang ligat macam sintaq. Jaga-jaga! Adat PM baru, ramailah juak juak yang pakat nak tunjuk setia. Kalau sebelum ini ramai juga gerombolan UMNO yang tak berkenan pada Najib especially pada queennya yang bernyawa penakluk, namun sebulan dua ini pasti semuanya berebut-rebut nak puji dan puja Najib dengan queennya sekali.
Dan, Najib dah tunjuk kejantanannya malam tadi. Dalam ucapan sulung dia dah buat kejutan. Sebelum ini lilin tiga lori kita dah bakar depan kemuntingnamo tapi rakyat yang kena pasung tetap kekal dipasungan masing-masing. Malam tadi Najib bebaskan mereka. Cukuplah 13 orang. Pelan-pelan laa. Kalau bebaskan semua sekali, nampak macam GMI menang sangat. Pelan-pelan.
Hamid Lebaq lagilah pening kepala. Susah payah mengarang dusta nak menghalalkan penggantungan Harakah dan Suara Keadilan minggu lepas, duk tak duduk Najib kerat tali gantung. Harakah merdeka! Suara Keadilan merdeka! Hangpa nak apa lagi. Tak baguih lagi ka macam ni punya PM. Angin perubahan ... nak habaq bagi.
Ok. Aku nak beletiaq tentang hala tuju kita dan kelaku kerja kita untuk mencapai tujuan tu. Pendek cerita, Malaysia perlu dibebaskan daripada cengkaman BN-UMNO. Tak kiralah BN-UMNO itu Najib ke bossnya atau Muhyidin ke, atau siapa pun. Nak kuburkan UMNO-BN itu, cara yang ada dan halal setakat ini ialah kalahkan mereka ketika pilihanraya.
Kita perlu menang sekurang-kurangnya 122 kerusi. Tapi jumlah itu berbahaya sebab hanya lebih satu kerusi sahaja. Angka paling rendah untuk jadi kerajaan yang selesa ialah 165 kerusi. Kerusi mana? Inilah kerja kita yang utama. Actually tak susah nak mengenal pasti 165 kawasan berpotensi itu. Kalau dah jelas kerusi mana yang nak ditawan, setup blueprintnya. Satu blueprint untuk the whole 165 dan satu blueprint untuk setiap satu kawasan Parlimen. Tapi janganlah blueprint itu blur semacam je. Lepas tu setup jentera yang padan dengan misi. Organize cara pro. Janganlah macam main pondok zaman budak-budak dulu. Sistem mau baik maa!
Undi datangnya dari orang. Yang hadir ke pusat mengundi ialah orang. Yang memangkah tu tangan orang. Tangan yang sihat datang dari isi kepala yang sihat. Pangkah yang sihat datang dari dalam dada yang sihat. Tangan, kepala dan dada orang! Kerja kita ialah menguruskan hati dan kepala orang. Oleh kerana kita pun orang juga, sama macam orang yang nak diuruskan kepala dan hatinya itu, maka kerja kita bukannya senang. Tapi tak juga susah kalau betul caranya.
Kalau kita memang dah bekerja dengan betul selama ini, logiknya dah lama kita berkampung di Putra Jaya. Kalau kerja kita selama ini well organized, Bukit Gantang tentu boleh dipertahankan tanpa perlu kibarkan sehelai bendera pun. Tak payah susah-susah bawa bekal garam bila keluar rumah, sebab tak ada gas pemedih mata yang terpancut dari senapang kepala merah. Sebab apa tak ada gas pemedih mata? Sebab kita tak perlu buat ceramah pun. Sebab apa tak perlu buat ceramah? Sebab kita dah ada 28 ribu pengundi yang gerenti pangkah Pakatan Rakyat. Macam mana boleh gerenti? Sebab kita dah approach 40 ribu pengundi Bukit Gantang sejak lama dulu. Daripada 40 ribu itu, 28 ribu confirmed dah sehati sejiwa dengan kita. 17 ribu dah daftar jadi ahli parti secara sah. Lagi 11 ribu pengundi yang gerenti itu ialah anak, bini, menantu, sepupu dan spare part ahli-ahli parti. Jumlah besarnya 28 ribu pengundi yang mati hidup balik pun tak akan pangkah BN! Buat apa nak susah-susah pasang bendera!
Tak kan lah mudah sangat! Cakap memang senang, buat belum tentu. Ok, Bukit Gantang ada 38 peti undi. Kita bahagikan sama banyak untuk memudahkan cerita. 28 ribu bahagi 38 peti undi, jawabnya lebih kurang 737 orang satu peti undi. Bahagikan pula dengan 10. Jawabnya 74. Purata satu peti undi ada 5 kampung. 74 bahagi 5 kampung, jawabnya 15. (semua hasil bahagi matematik ini dipermudahkan - aku buang angka selepas titik perpuluhan)
Ok, jangan pening kepala. Kita bergerak pula daripada 15 menuju ke 28 ribu. Susah ke nak bagi ada dalam satu kampung 15 orang hard core? Kalau susah, tak payah buat apa-apalah. Lantak la negara ni nak lingkup ke ape ke. Tak payah bedegor-degor cakap politik. Tak payah meluatlah kat Najib tu. Ok, setiap seorang bertanggungjawab terhadap 9 orang. Jumlahnya 10 (tukang jaga campur orang yang dijaga). 15 darab 10, jawabnya 150 orang satu kampung. Darablah dengan 5, jawabnya 750 orang satu peti undi. Darab pulak dengan 38 (peti undi), jawabnya 28,500 orang. Dah terlebih 500.
Susah ke? Kalau susah, relakanlah UMNO memerintah sampai kiamat. Tak payah cakap tentang perjuangan. Tak payah bising-bising tentang kezaliman.
Satu kampung 15 orang je. Usahakanlah! Modal awalnya cuma 7 keping kertas A4, sebatang pen yang dipinjam, satu jag teh misai kucing buatan sendiri dan sepinggan cucur udang kuah kacang. Berkumpul empat lima orang. Tak ada lap-top pun tak apa. Lakarkan peta kampung tak payah ikut skala. Janji boleh nampak semua jalan dan lorong. Langut tengok bumbung. Visualise rumah Pak Maun dan tandakan dalam peta. Lepas tu rumah janda Bakaq. Lepas tu rumah Kulup Sakah. Lepas tu rumah Pak Ndak Onn. Sampai habis semua rumah dalam kampung ada dalam peta. Nak senang cerita pegi CC dan print out google map. Lagi cun!
Dah selesai peta, telan cucur udang. Lepas tu senaraikan dua tiga puluh orang untuk direkrut jadi jaga. Short-list sehingga tinggal 15 nama yang berpotensi jadi Tok Janggut, Mat Kilau dan Tok Sagor.
Modal pusingan kedua lebih sikit. 3 pinggan cekodok dan sepapan kopi Radix sebab 15 orang nak meeting. Mesyuarat pertama, kedua dan ketiga insyaallah selesai penyenaraian sekelian warga kampung Semerah Padi. Cula dan cula dan cula. Papan sasaran ada 250 nama termasuk nama sendiri. Himpit dan himpit dan himpit. Cerita dan cerita dan cerita. Tolong dan tolong dan tolong. Insyaallah 150 nama dalam senarai akhir akan termaktub dalam buku panjang atau dalam komputer. Then, berkawanlah baik-baik. Seorang Mat Kilau bermuridkan 9 pejuang. Seorang Tok Janggut bersahabat dengan 9 Mat misai. Setahun. Dua Tahun. Tiga tahun. Sampailah tahun pilihanraya. Kata Mat Kilau kepada 9 muridnya "wahai murid-muridku pejuang terbilang, jangan lupa hunuskan pensil pangkah bulan, mata dan roket". Kata Tok Janggut kepada 9 sahabatnya "wahai sahabatku, lama sudah kita bertamu, terasa kita satu hati dan satu jiwa. Pagi ini hati Tok berbisik nak undi Pakatan Rakyat, bagai yang sama-sama kita pelajari dalam kitab tua dan laman cyberboron, ayuh kita satu hati dan satu jiwa undilah Mat Saman Kati".
Aku serius. Sepanjang artikel ini aku pasemburkan bahasa dan gaya sebab nak mudahkan cerita. Kalau rasa tak mudah juga, maafkan aku. Disebalik bahasa rojak ini ada mesej serius yang betul-betul aku maksudkan. Panjangkanlah madah ini ke seluruh pelusuk negara. Bukan untuk sekadar dibaca tapi untuk dilaksana. Najib mesti dipencenkan segera!
Artikel / Berita Lain Hari Ini
1. Mahkamah Putuskan Nizar Boleh Cabar Kesahihan Zambry
2. Strategi Akhir PR & BN
7 SERUAN KHAS KEPADA JENTERA PAKATAN RAKYAT
cyberboron, Tuesday, March 31, 2009SERUAN 1
Tiada seorang pun di kalangan kita yang sempurna seratus peratus.
Setiap seorang ada kelebihan dan ada kekurangan. Bina sifat rendah diri, menghormati dan menghargai rakan. Jangan sombong dan takbur. Jangan memandang rendah sumbangan dan usaha orang lain. Jangan menghina. Jangan putus asa. Jangan merajuk.
SERUAN 2
Perbezaan adalah fitrah.
Nabi Muhammad bersabda (mafhumnya) "perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah satu rahmat" dengan maksud ia memangkin perbincangan yang membantu penghasilan keputusan terbaik. Musyawarah (mesyuarat) adalah 'syura' yang disyari'atkan oleh Allah SWT untuk mengurus perbezaan pendapat.
Insafi adab syura dan adab berbeza pendapat. Insafi betapa lebih baik kalau pendapat kita ditolak oleh syura kerana ia menyelamatkan kita daripada risiko kemudian hari. Insafi betapa bahayanya kalau pendapat kita diterima oleh syura kerana ia mengundang risiko jika pelaksanaannya tidak membuahkan hasil.
Orang besar dan orang kecil hanya soal perbezaan tanggungjawab. Orang besar tidak semestinya betul dalam semua perkara. Orang kecil pun begitu juga. Orang kecil wajib hormat orang besar. Orang besar juga lebih wajib hormat orang kecil. Hubungan kita adalah hubungan kasih sayang, ukhuwwah dan mahabbah.
SERUAN 3
Keterbukaan adalah sunnah yang wajib jadi budaya pengurusan kita.
Nabi Muhammad adalah pengurus terbaik kerana keterbukaannya adalah yang terbaik. Pengurus yang pintar tetapi tidak terbuka pasti gagal. Pengurus yang bijak tetapi tidak terbuka adalah diktator. Pengurus yang rajin tetapi tidak terbuka adalah gila. Itu semua hanya sesuai pada UMNO.
Sunnah pengurusan ada dalam kisah Nabi menggali parit bersama tentera berpangkat paling rendah. Sunnah pengurusan ada dalam kisah Nabi menerima-pakai pendapat tentera pangkat rendah yang menyanggah pendapat baginda tentang lokasi perkhemahan. Sunnah pengurusan ada dalam kisah Nabi akur kepada tuntutan tentera yang menuntut balas tujahan Nabi ke dadanya. Sunnah pengurusan ada dalam kisah mesyuarat kabinet Nabi bersama sahabat-sahabat ahlul hilli wal 'aqdi.
Yang tidak terbuka ialah Namrud, Fir'aun, Abu Jahal dan UMNO.
SERUAN 4
Misi kita ialah memenangkan Pakatan Rakyat.
Oleh itu gerak kerja kita mestilah ada nilai 'penyebab' kemenangan. 'Penyebab' paling besar dijadikan gerak kerja paling utama. Semua gerak kerja berikutnya diutamakan mengikut saiz nilai penyebab kemenangan itu. Yang lebih utama, diutamakan.
Jangan syok sendiri. Tempoh berkempen yang singkat bukan medan untuk glamour atau medan memperagakan skill. Kita sedang berkempen, bukan berpesta. Kesibukan kita biarlah berbaloi. Jangan hanya sibuk tetapi urusan kita berkisar hanya sesama sendiri.
SERUAN 5
Pelanggan utama kita ialah pengundi atas pagar.
Selepas itu, pengundi kelompok kedua dalam susunan keutamaan kita ialah penyokong setia yang sah dan dikenali (Melayu, Cina dan India). Kelompok ketiga ialah sebahagian orang UMNO yang jinak-jinak merpati. Sukar ditangkap namun kalau betul caranya, mereka akan berbakti di bilik mengundi.
Tolong percaya kepada fakta bahawa ceramah perdana dan semi-perdana hanya dihadiri oleh 95 peratus penyokong setia. Pengundi atas pagar tak datang dengar ceramah itu. Mereka perlu didatangi di rumah atau ditempat kerja atau di mana-mana tempat lepak kebiasaan mereka.
SERUAN 6
Strategi UMNO ialah memfitnah, merasuah dan merangsang emosi orang Melayu dengan putar belit yang terancang rapi. Jangan perkecilkan keupayaan mereka. Jangan terpedaya dengan provokasi mereka.
Kita mesti pantas dalam berhati-hati. Jangan leka dan jangan pandang sebelah mata pada setiap yang berlaku dan mungkin berlaku. Kita mesti curiga (bertempat). Kita mesti bersiap-siaga sepanjang masa.
SERUAN 7
Strategi kita ialah mendampingi, menawan hati dan menerang. Jangan menyimpang dari pendekatan ini.
Fahami dan laksanakan prinsip-prinsip menawan hati. Dekatilah pengundi dengan penampilan yang menyenangkan, bahasa yang mudah tetapi indah, berbual bukan berceramah, menerang bukan berdebat, memahamkan bukan memaksa, memujuk bukan mendesak.
Bahasa badan lebih fasih daripada bahasa lidah. Oleh itu awasi tingkah laku ketika menziarahi pengundi. Kemesraan lebih berkesan daripada hujah. Kontek mata dan seni berjabat tangan mesti difahami dan diamalkan. Jangan lupa buah tangan untuk anak kecil seperti gula-gula atau belon (bukan untuk orang dewasa).
Ziarah sulit lebih berkesan daripada ziarah terang-terangan. Ramai pengundi yang tidak selesa jika dikunjungi oleh kumpulan ramai yang mengusung bendera dan segala macam lambang. Hormati hak itu.
UMNO KUTUK UMNO
cyberboron, Thursday, March 26, 2009Selepas diumumkan Khairi Jamaluddin menang perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO, aku singgah berziarah ke beberapa blog UMNO. Saja nak tinjau apa ulasan kawan-kawan kat sebelah sana. Menarik. Blog penyokong-penyokong Najib-Muhyiddin-Mukhriz sedang terbakar. Sumpah seranah dan maki hamun sedang meletup. Bukan setakat KJ malah UMNO pun dikutuk habis-habisan.
Luahan blog Cucu Tok Selampit :
Terima Kasih Keldai-Keldai Pemuda UMNO!
Tahniah kepada Saudara (Datuk ... Tan Sri ... Tun selepas ini?) Khairy Jamaluddin, menantu kepada Perdana Menteri yang membilang hari persaraan, kerana walaupun dirimu merupakan seorang perasuah, kamu tetap menjadi pilihan 304 keldai-keldai bodoh.
Terima kasih kepada 304 keldai-keldai bodoh yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangkan seorang perasuah. Jasa anda semua akan dikenang sekiranya UMNO dikuburkan selepas ini. Sesungguhnya jasa 304 keldai-keldai ini telah memanjangkan hayat parti-parti Pakatan Haram. Semoga wang haram yang kamu semua terima sebelum ini berbaloi untuk menggadai maruah bangsa Melayu.
Tahniah sekali lagi Saudara Khairy Jamaluddin. Lupakan sahaja saranan DS Najib untuk berubah. UMNO tidak akan berubah. Pemimpin Pemuda UMNO seorang perasuah ... disokong pula oleh keldai-keldai baghal. Alangkah malangnya ...
Dari blog BERANIKAN HATI :
ADIOS! UMNO PARTI CELAKA YANG MENCELAKAKAN MELAYU
UMNO celaka dipimpin oleh pemimpin perasuah yang celaka
Saya dibesarkan dalam keluarga UMNO. Saya menjadi ketua pemuda UMNO cawangan pada usia 20an tahun. Saya menjadi AJK pergerakan pemuda bahagian selama 3 penggal. Apabila UMNO lama diharamkan saya yang menubuhkan UMNO baru dan menjadi ketua UMNO cawangan selama 2 penggal kemudian saya melepaskan jawatan secara sukarela dengan menyerahkannya memandangkan saya tidak lagi boleh memberikan komitmen sepenuhnya.
Pada ketika itu dalam UMNO tidak jelas ada berlakunya politik wang. Kita memegang jawatan hanya kerana tanggungjawab. Tetapi parti UMNO sekarang ini telah dicelakakan oleh orang-orang melayu sendiri. Kerana kepentingan peribadi mereka menjual bangsa dan agama. Jiwa ahli-ahli UMNO sekarang telah boleh dijual dan dibeli. Inilah keadaan UMNO yang celaka dicelakakan oleh pemimpin-pemimpin ketika ini.
Kita kata kita mahu berubah tetapi perlakuan kita menunjukkan bahawa kita tidak akan berubah sedikitpun. Rasuah politik berleluasa. Para perwakilan celaka telah memilih calon celaka yang akan mencelakakan UMNO sepanjang hayat kita nanti. Kita akan lihat nanti dalam dalam 'by election' terdekat BN akan kalah lagi. Dan saya juga berharap supaya dalam PRU13 nanti UMNO akan terus lenyap dari ingatan orang melayu buat selamanya.
Nampaknya transformasi yang diingini orang melayu dan rakyat tidak akan menjadi kerana perwakilan celaka lebih mengutamakan duit dari kepentingan bangsa. Perwakilan celaka UMNO telah memilih pemmimpin celaka yang merasuah. Celakalah semua orang melayu hendaknya. Memang patutlah orang melayu dicelakakan oleh bangsa lain. Perwakilan celaka lebih megutamakan setia wang dari segalanya.
Saudara, nampaknya saya akan memilih jalan lain selain dari UMNO. Maafkan saya kerana saya tidak dapat menerima pejuang hipokrit menjadi pemimpin. Berdasarkan keputusan hari ini, pemuda dan wanita, percayalah bahawa esok Muhyidin juga akan tewas. Tewas kerana adanya perwakilan celaka yang memilih pemimpin yang memberi duit dari pemimpin yang tidak memberi duit.
Dulu saya rasa elok saja saya tidak sertai mana-mana parti sebagai protes, kini saya rasa saya harus tunjukkan dengan jelas tentangan itu dengan sertai parti lain selain UMNO. Adios UMNO yang tidak akan berubah sampai bila-bila. Adios UMNO parti celaka yang memilih pemimpin celaka oleh perwakilan celaka dan akan mecelakakan orang melayu. Apabila orang bersalah dan disahkan bersalah tidak dihukum dan kita lantik jadi pemimpin - ini asal kecelakaan kita.
Aku tak mahu komen apa-apa lagi. Cukup sekadar kita fikirkan bersama.
50 TAHUN UMNO TAK MAMPU BUAT APA YANG PR BUAT DALAM MASA HANYA 11 BULAN
cyberboron, Monday, March 23, 2009UMNO tidak mampu atau tidak mahu melaksanakan banyak perkara untuk kebaikan dan kebajikan rakyat negeri Perak walau pun mereka memerintah negeri ini selama lebih 50 tahun. Pakatan Rakyat dapat melaksanakannya hanya dalam masa 10 bulan diberikan peluang menguruskan negeri ini.
1. Pemilihan Ketua Kampung oleh orang ramai secara pilihanraya.
Semasa kerajaan BN, ketua kampung dipilih oleh wakil rakyat atau ketua UMNO bahagian tanpa mengambil kira penerimaan warga kampung. Biasanya yang dipilih ialah individu yang menyokong kepentingan politik ketua UMNO bahagian atau wakil rakyat.
2. Satu pertiga Ahli Majlis PBT dari kalangan NGO, profesional dan korporat.
Semasa kerajaan BN, semua Ahli PBT dinamakan oleh parti-parti komponen BN di daerah berkenaan dari kalangan penyokong kuat ketua bahagian parti.
3. Bekalan air (LAP) percuma (10 meter padu) kepada keluarga miskin berpendapatan di bawah RM700.
Semasa kerajaan BN, LAP (asalnya JBA) terus menerus membuat keuntungan besar daripada kutipan bil bekalan air namun tidak pernah diwujudkan sebarang polisi untuk kebajikan rakyat miskin.
4. LAP membayar zakat RM3.5 juta kepada MAIPK.
Sepanjang pemerintahan BN, LAP tidak pernah membayar zakat perniagaan sama ada kepada MAIPK atau kepada pihak lain sedangkan keuntungan tahunan yang diperolehi amat besar sehingga melebihi seratus juta ringgit.
5. Premis kerajaan negeri boleh digunakan oleh semua pihak termasuk semua parti politik.
Semasa kerajaan BN, premis kerajaan negeri hanya boleh digunakan oleh parti-parti komponen BN dan badan-badan yang tiada kaitan dengan parti pembangkang.
6. Mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 SAR.
Semasa pemerintahan BN, kerajaan negeri hanya memberikan bantuan tidak tetap dalam jumlah yang kecil kepada SAR. Bantuan perkapita diberikan oleh kerajaan pusat. Apabila kerajaan pusat menarik balik bantuan perkapita, banyak SAR terpaksa ditutup manakala yang terus bertahan terpaksa mengalami masalah kewangan yang kritikal.
7. Menganugerahkan tanah kepada SAR dan SUWA untuk melaksanakan projek ekonomi.
Semasa pemerintahan BN, tiada SAR yang dianugerahkan tanah dengan keluasan besar yang sesuai untuk dimajukan dengan projek ekonomi bagi menampung kos pengurusan dan perjalanan sekolah.
8. Memberikan hak milik tanah kepada penduduk Kg Baru dan RPT.
Kerajaan BN tidak mengusahakan pemberian hak milik tanah kepada penduduk Kampung Baru dan sebahagian besar RPT walau pun telah diduduki selama puluhan tahun.
9. Menganugerahkan tanah kepada penduduk di kawasan penempatan Orang Asli.
Semasa kerajaan BN, kebanyakan kawasan penempatan Orang Asli tidak diberikan hakmilik tanah bahkan sering menjadi mangsa syarikat-syarikat pembalakan yang dianugerahkan kawasan membalak.
10. Meluluskan dermasiswa kepada anak Perak yang berjaya ke IPTA (RM1000 setiap pelajar).
Kerajaan BN tidak pernah memperuntukan dermasiswa untuk tujuan ini.
11. Meluluskan tabung khas kebajikan untuk rakyat miskin tegar.
12. Meluluskan tabung pinjaman kecil tanpa faedah untuk ibu tunggal.
13. Menaikkan kadar minima bantuan miskin tegar daripada RM50 ribu ke RM200 ribu.
14. Menubuhkan skim kifalah untuk warga tua.
Semasa pemerintahan BN, bantuan untuk empat golongan ini tidak diberikan perhatian yang secukupnya. Golongan ini hanya boleh mendapatkan bantuan dengan inisiatif sendiri melalui JKM dan Baitul Mal dengan kerenah birokrasi yang keterlaluan.
15. Menaikkan elaun guru KAFA.
Kerajaan BN Perak tidak pernah menaikkan atau menambah elaun untuk guru-guru KAFA yang dibiayaai sepenuhnya oleh kerajaan pusat.
16. Menarik pelaburan asing bernilai hampir RM3 bilion dalam masa 7 bulan.
Jumlah nilai pelaburan asing dalam tempoh ini merupakan sekali ganda berbanding tempoh yang sama semasa kerajaan BN.
17. Menetapkan sistem tender bagi kelulusan sebahagian kawasan balak.
Semasa pemerintahan BN, semua kelulusan kawasan balak diluluskan tanpa tender. Polisi permohonan secara tender bagi sebahagian kawasan yang diluluskan ini telah meningkatkan hasil kerajaan negeri pada jumlah yang besar. Kerajaan PR memperolehi hasil berjumlah RM40 juta daripada kawasan balak yang diluluskan, sedangkan keluasan yang sama semasa pemerintahan BN hanya mendatangkan hasil sebanyak tidak sampai RM20 juta.
18. Anak syarikat kerajaan negeri membayar zakat kepada MAIPK.
Semasa pemerintahan BN, anak syarikat kerajaan negeri tidak pernah membayar zakat pendapatan atau zakat perniagaan kepada MAIPK atau kepada mana-mana pihak.
19. Menaikkan peruntukan tabung pusingan bantuan bencana daripada RM30 ribu ke RM50 ribu.
20. Menggalakkan solat berjemaah waktu Zohor di pejabat SUK.
21. Mengadakan tazkirah setiap pagi di pejabat SUK pada bulan Ramadhan.
Kedua-dua aktiviti ini (solat berjemaah dan tazkirah) tidak pernah dijalankan semasa kerajaan BN.
22. Mengurangkan kos jamuan makan mesyuarat Exco daripada RM25-RM45 kepada RM10-RM15.
23. Mengurangkan kos sambutan hari kemerdekaan daripada RM2.5 juta (2007) kepada RM1.2 juta (2008).
24. Mengurangkan kos pengangkutan lawatan kerja berkumpulan ADUN dan Pegawai Kanan kerajaan dengan menggunakan bas kerajaan.
25. Meluluskan elaun ketua kampung dan setiausaha JKKK berjumlah RM600 sebulan.
Semasa pemerintahan BN, kerajaan negeri hanya membayar elaun sebanyak RM200 kepada ketua kampung, manakala selebihnya dibiayai oleh kerajaan pusat. Setiausaha JKKK di zaman BN tidak dibayar elaun bulanan.
26. Menaikkan peruntukan Exco untuk pelaksanaan program/projek kecil daripada RM100 ribu kepada RM200 ribu.
27. Menaikkan peruntukan tahunan pusat khidmat DUN daripada RM100 ribu kepada RM200 ribu.
28. Meluluskan hakmilik tanah untuk 138 kawasan RPT untuk 34 ribu lot kediaman.
Kebanyakan kawasan ini telah diduduki selama belasan atau puluhan tahun namun tiada inisiatif yang bersungguh-sungguh oleh kerajaan BN untuk meluluskan pemberian hak milik.
... dan banyak lagi!
KEDUDUKAN TERKINI KECENDERUNGAN PENGUNDI BUKIT GANTANG
cyberboron, Sunday, March 22, 2009Besok (23 Mac) Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon bagi PRK Bukit Gantang. Seminggu lagi (29 Mac) kita akan mengiringi calon ke pusat penamaan calon dan sembilan hari selepas itu (7 April) pengundi Bukit Gantang akan memberikan isyarat penting kepada politik Malaysia melalui peti undi di tempat masing-masing.
Terlalu banyak kenyataan tentang "yakin akan menang". PR yakin menang. BN pun yakin menang. Sudah tentu kedua-duanya (PR dan BN) perlu menyatakan begitu. Kalau dikeluarkan kenyataan "tak yakin boleh menang" tentulah tak menasabah. Tetapi realitinya bagaimana?
Pandangan mamamat perlu diberi perhatian (baca artikel penuh mamamat di blog jantantuya). Pandangan raden banjar di albanjarionline juga menarik untuk difikirkan. Selain itu ada satu kajian melibatkan kecenderungan pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gantang yang wajib diberi perhatian oleh penggerak jentera pilihanraya kedua-dua pihak. Kalau PR prihatin terhadap kajian ini, PR boleh menang. Kalau BN prihatin, BN akan menang.
Tidak banyak yang berubah di Bukit Gantang selepas krisis besar yang berlaku di Perak. Pengundi PR semasa PRU 2008 masih kekal dengan pendirian asal. Pengundi BN juga begitu. Peralihan kecenderungan mengundi hanya berlaku sedikit di kalangan pengundi bukan Melayu terutama pengundi kaum Tionghua. Sekitar 10% daripada kaum Tionghua yang mengundi BN semasa PRU 2008 telah beralih kecenderungan untuk memberikan undi kepada PR pada PRK ini. Pecahan pengundi India masih kekal sama seperti PRU 2008.
Pertambahan minat pengundi kaum Tionghua itu belum memberi jaminan kemenangan kepada PR. Pada PRU 2008, sebahagian ahli dan penyokong UMNO tidak keluar mengundi kerana memprotes calon yang didatangkan dari luar kawasan. Mereka dipercayai akan keluar mengundi pada PRK ini. Sekiranya hal ini berlaku, BN akan mendapat tambahan undi yang lebih banyak berbanding tambahan undi kaum Tionghua yang diperolehi oleh PR. Keputusannya, BN menang.
Selain dari itu, isu derhaka dan boneka yang dimainkan oleh UMNO didapati ada kesannya kepada sebahagian orang Melayu yang mengundi PR dalam PRU 2008. Golongan ini ialah pengundi PR yang bukan ahli PAS atau PKR, yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar. Seramai 2000 hingga 2500 pengundi PR dalam PRU 2008 adalah dari kategori ini. Mereka tidak pernah menghadiri sebarang program parti (PAS-PKR-DAP). Mereka juga bukan pembaca akhbar Harakah atau Suara Keadilan. Mereka mengundi PR hanya kerana maklumat-maklumat yang diperolehi secara tidak langsung daripada persekitaran tempat kerja dan pergaulan harian yang biasa. Di pihak BN, pengundi kategori ini pada PRU 2008 adalah seramai 1000 hingga 1500 orang.
Perlawanan sebenar di antara PR dan BN adalah di dalam kelompok ini yang berjumlah di antara 3000 hingga 4000 orang, mewakili antara 7% - 12% pengundi yang dijangka keluar ke pusat pengundian. Parti yang mendapat undi daripada 60% pengundi kategori ini akan muncul sebagai pemenang pada 7 April nanti.
PR menang dalam PRU 2008 dengan majoriti 1566 undi. Ini bermakna golongan atas pagar adalah penentu yang sebenar kepada kemenangan itu. Jika 35% - 40% pengundi PR dari kelompok atas pagar ini beralih menyokong BN, kerusi P.59 akan bertukar tangan.
Oleh itu, PR wajib memberi tumpuan kepada kelompok ini dengan pendekatan sistematik, penuh berhemah, berinformasi dan berterusan. Ceramah, kain pemidang, poster, risalah dan rayu undi oleh petugas luar, bukan pendekatan yang sesuai untuk golongan ini. Mereka perlu didekati secara terancang dan tersusun oleh petugas yang mengenali mereka sepenuhnya. Penentuan petugas untuk berurusan dengan setiap seorang pengundi kelompok ini mestilah diputuskan dengan teliti berdasarkan hubungan, kadar penghormatan, keupayaan mempengaruhi dan lain-lain kesesuaian. Kaedah pendekatan dan jenis isu juga mestilah ditentukan secara khusus bagi setiap sasaran kerana kesesuaiannya berbeza di antara seorang dengan yang lain.
Tinjauan menyeluruh selama dua minggu daripada 7 hingga 20 Mac mendapati golongan ini masih belum didekati secara terarah oleh kedua-dua pihak (PR dan BN). Sebahagian besar daripada mereka dalam kelompok ini masih belum memutuskan arah undi yang akan diberikan pada 7 April nanti. Krisis Perak dan beberapa isu nasional termasuk peralihan kuasa PM, pergolakan dalaman UMNO, rasuah pemimpin UMNO dan krisis ekonomi masih di peringkat penilaian oleh kelompok ini dan belum ada keputusan muktamad tentang parti yang akan diundi pada PRK ini. Keadaan ini membuka ruang dan peluang untuk kedua-dua pihak dan berpotensi untuk memenangkan atau mengalahkan mana-mana satu antara PR dan BN.
Disamping keberkesanan pengurusan organisasi jentera pilihanraya dari aspek koordinasi, penganjuran program/aktiviti, penetapan isu dan penyediaan bahan kempen, PR wajib peka, prihatin dan serius mendekati kelompok ini sebaik dan sepantas mungkin. Pendekatan mestilah secara individu dan oleh petugas tempatan.
Jika langkah ini terlaksana, PR akan menang dengan majoriti antara 2000 hingga 4000 undi. Jika sebaliknya, PR akan ditewaskan oleh BN dengan kelebihan 1000 hingga 2000 undi. WaLlahu A'lam.
BEZA PLAN PERALIHAN KERAJAAN PUSAT & CARA RAMPASAN KUASA PERAK
cyberboron, Thursday, February 26, 2009???????????????????????????????????????????????????????
Salam hormat...
Salam perpaduan...
Rampasan kuasa paling jijik???
Peliknya ayat tu???
Tak sedar ke yang cara rampasan kuasa yang paling jijik ini lah yang nak dilakukan oleh Pakatan Rakyat...
Sampai heboh dan bagi tahu satu dunia...
Kenapa cakap ini perkara jijik???
Korang yang perkenalkan cara jijik ni...
Oo...
lupa pula...
Kalau PR lakukan tak jijik tapi kalau orang lain lakukan jijik...
sebab kalau kena kat batang hidung sendiri baru nak menyesal...
Tahu ke kenapa cara paling jijik ini tak jadi bila PR buat???
sebabnya, pemimpin2 PR tak rasa ini perkara jijik...
Tetapi anak2 buahnya rasa ini perkara jijik...
Macam kau la...
Dengan kuasa Allah yang Maha Besar, tak jadi la rampasan kuasa yang paling jijik oleh PR ni...
Jangan cakap orang je...
Sedar diri tu...
Lain kali jangan ajak orang macam mana nak buat rampasan kuasa paling jijik ni...
Sebab tu la BN pun oin sama...
Nak tunjuk hebat konon...
Tapi habuk pun tarak...
Untuk pengetahuan semua, Perak hanya ada 1 MB tetapi atas sikap tidak sedar diri PR dan penyokongnya, maka jadi la 2 MB...
Dan juga disebabkan sikap gila kuasa dan tidak boleh terima takdir ALLAH pemimpin serta penyokong PR, maka ada la 2 MB di Perak...
Terima je la takdir ALLAH...
Dah jatuh tu, sudah la...
Dah kalah tu, kalah je la...
Salam hormat...
Terima kasih...
???????????????????????????????????????????????????????
Kat bawah ni aku copy & paste satu pendapat lain berhubung isu yang sama. Aku ambik dari laman center for policy initiatives.
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
To those who argue that the political crisis in Perak now is a taste of Pakatan's own medicine (referring to the Sept 16 takeover plan), they have failed to see the key differences between the two.
If you remember what happened when Dato' Seri Anwar Ibrahim claimed to have the numbers to form the new federal government, he wrote to PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi requesting him to convene an emergency sitting of Parliament. This was rejected by the PM.
The next constitutional option is to press for the dissolution of Parliament to make way for fresh new elections. That was also not entertained. Anwar Ibrahim exhausted the constitutional means that were available to him. If Pakatan were to act unconstitutionally and lure defections, then we will be having a new government today. But we didn't and we will not act unconstitutionally. So you can't say that Najib's coup and Pakatan's plan were one and the same.
Some may also say, well what about the earlier defection of Bota assemblyman, Datuk Nasarudin Hashim? Why did Pakatan Rakyat accept him? Why not force his seat to be vacated for a by-election? Let's keep things in perspective here. His defection was that of an opposition lawmaker to a governing lawmaker. His defection did not alter the balance of power in the State Assembly. Pakatan Rakyat remained as government, and BN as opposition. Status quo. Logically and intelligently, anyone can safely assume that Pakatan Rakyat didn't need a defection from BN. Thus, he defected on his own accord and on his own will. There was no need for Pakatan Rakyat to force him to vacate his seat as he did not win the seat on a Pakatan ticket. The Pakatan government really has no standing in forcing him to vacate a seat which wasn't earned by Pakatan in the first place!
I must say that I had great respect for Sultan Azlan Shah. Until yesterday. I wonder how he could possibly consent to the formation of a new BN state government when constitutionally, a government is still in place. And to even approve to a new Menteri Besar when the existing one is still in office? How can any state have 2 heads of government at any one time? There can only be one Menteri Besar of Perak. This is a mockery. The Menteri Besar can only be removed by the State Assembly via a vote of no-confidence or via the dissolution of the assembly. And none of these two constitutional means has been requested by BN. How can anyone claim that Najib and Anwar are one and the same?
Next, the Sultan called for a "unity" government to be formed by BN and the Independents. Let's be clear about this. The Independents are in no way legally bound to represent BN. Well, at least not yet, not till they officially become members of a BN component party. All that the Sultan and Najib has from them is a verbal assurance that "we will be friendly to BN". And just by appearing in a press conference with Najib, it justifies the change of government? What if next week these Independents were to be seen in a press conference with Pakatan? A real "unity" government envisioned by the Sultan should have been an all-inclusive government of Pakatan, BN, and the Independents. Pakatan and BN each have 28 seats, and the Independents 3. Thus, no single party or coalition has a commanding majority. If there is to be a "unity" government, it calls for a new coalition of PR-BN-Ind which is impossible. Thus, what the Sultan has called for is simply a name without substance. What "unity" if it's going to consist of only single-minded representatives - all "friendly to BN"? That's not a "unity" government, it's a BN government. This is a mockery of the intelligence of Malaysians. A beginning of what is to come with this PM-to-be.
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Keme nak buat secara ngikut perlembagaan.
Kome dah buat secara langgor perlembagaan.
Very clear maaaaa!

