Insiden Jam 2 pagi 11 Oktober - UMNO Kerah Remaja Jadi Samseng
cyberboron, Sunday, October 11, 2009Insiden berdarah hampir berlaku berhampiran bilik gerakan PAS/PR tidak jauh daripada PD Marina Resort awal pagi ini. Kekecohan kecil bermula dengan tindakan biadap seorang daripada remaja skuad baju hitam dengan armband merah ditengah-tengah kumpulan petugas dan penyokong PAS. Keadaan menjadi tegang apabila skuad samseng UMNO itu dikerah beramai-ramai menyerbu bilik gerakan PAS dengan dakwaan bahawa seorang ahli mereka telah dicederakan oleh penyokong PAS.
Pasukan polis yang berada di tempat kejadian untuk mententeramkan keadaan turut diasak oleh kumpulan besar skuad remaja itu. Dua orang blogger yang terperangkap dalam kesesakan akibat insiden itu telah mendengar kata-kata bersifat menghasut yang diucapkan oleh petugas-petugas UMNO dewasa.
Antara kata-kata itu ialah, "Asak je! Jangan takut, polis sebelah kita!" Walaubagaimana pun, cubaan skuad remaja itu untuk bertempur dengan penyokong PR dapat dihentikan oleh pihak polis setelah remaja-remaja samseng itu mengasak benteng pasukan polis beberapa meter sehingga sangat hampir dengan kedudukan penyokong-penyokong PR.
Team PerakExpress yang turut terperangkap dalam kesesakan jalanraya di tempat kejadian dapat melihat puluhan remaja bermotosikal skuad baju hitam dengan armband merah bergerak kembali ke bilik gerakan UMNO berdekatan. Kebanyakan remaja tersebut adalah dalam lingkungan usia belasan tahun dan awal dua puluhan. Dipercayai sebahagian besar mereka masih bersekolah.
Baca Sepenuhnya..
Isa Samad Yakin Pengundi Setia UMNO Boleh Terima Perasuah
cyberboron,
Saat akhir kempen Bagan Pinang malam ini, Isa Samad menyuarakan keyakinannya bahawa pengundi-pengundi setia UMNO tak kesah dengan isu rasuah yang dikaitkan dengan dirinya. Sumber bilik gerakan utama jentera pilihanraya BN memberitahu bahawa Isa optimis menang selesa kerana pengundi-pengundi setia UMNO merupakan golongan yang paling banyak mendapat manfaat daripada amalan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO termasuk dirinya.
Hal itu menyebabkan isu rasuah yang dijadikan antara bahan kempen utama Pakatan Rakyat tidak memberikan apa-apa kesan kepada kesediaan pengundi tradisi UMNO untuk memberikan undi kepada Isa.
Menurut sumber berkenaan, Isa Samad malah ketawa besar apabila diajukan soalan berkenaan kemungkinan kesan isu rasuah dirinya di kalangan pengundi tegar UMNO.
Menurutnya, "Bodohlah orang UMNO kalau benci rasuah. Kalau pemimpin tak rasuah, macam mana nak suap penyokong-penyokong kat bawah. Orang besar UMNO terima rasuah sebab nak rasuahkan orang UMNO Bahagian dan Cawangan. Pemimpin rasuah, penyokong pun rasuah. Kenapa pula penyokong nak marah pemimpin rasuah?"
Zambry Berkata - Rakyat Menjawab
cyberboron, Wednesday, May 13, 2009Kata Zambry :
Seperti yang saya nyatakan dalam kenyataan ringkas akhbar, saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran yang terbuka, tanpa mempersoalkan keputusan itu.Rakyat menjawab :
Keputusan itu membuktikan mahkamah adil dalam melaksanakan tanggungjawab perundangan, dan sekali gus menolak persepsi yang diada-adakan oleh Pakatan Pembangkang.
Bagaimanapun saya dan rakan-rakan akan meneruskan perjuangan kami menegakkan keadilan dan membela rakyat. Ini adalah tradisi dan intipati perjuangan Barisan Nasional.
Menegakkan kebenaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.
Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.
Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama.
Baguslah kalau sungguh Zambry boleh terima keputusan mahkamah dengan hati terbuka dan tidak mempersoalkannya. Baguslah kalau semua mahkamah mahu berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab perundangan.
Tulus dan mulus bunyinya kenyataan Zambry. Tetapi hanya rakyat yang UMNO totok dan rendah IQ sahaja sedia menelan kata-kata Zambry itu.
Persepsi rakyat terhadap UMNO dan terhadap mahkamah bukannya datang tak semena-mena dalam mimpi. Rakyat melihat dan melalui sendiri pengalaman penyalahgunaan institusi kehakiman oleh UMNO sejak puluhan tahun. Bukan hanya satu dua kes tetapi sudah ratusan kes. Rakyat tak sebodoh Zambry yang menyangka orang ramai telah lupa kes pemecatan Tun Salleh Abas, kes DS Anwar Ibrahim dan kelakuan jijik Peguam Negara dari zaman Mokhtar Abdullah hingga ke zaman Ghani Patail. Rakyat tak lupa video Linggam correct correct correct yang membuktikan perogolan institusi kehakiman dalam hal perlantikan hakim. Rakyat tidak buta atau pekak terhadap kes Musa Hasan yang dikuasai oleh mafia penjenayah Malaysia. Akhirnya Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman yang jadi mangsa.
Persepsi rakyat terhadap UMNO dan mahkamah bukan setakat persepsi tetapi realiti. Zambry boleh terus dendangkan irama sumbang itu untuk menipu rakyat. Rakyat yang dungu akan masuk perangkap Zambry. Biarlah semua yang dungu itu menyokong UMNO. PR tak rugi apa-apa.
Rakyat yang dungu boleh menerima kewajaran permohonan Zambry di Mahkamah Rayuan diterima, dibicarakan dan diputuskan dalam masa hanya dua jam. Rakyat yang dungu boleh terima kewajaran permohonan DS Nizar di Mahkamah Rayuan hari ini (13 Mei) hanya akan dibicarakan 5 hari kemudian (18 Mei). Permohonan Zambry dibicarakan dan diputuskan on the spot. Sebaliknya mahkamah berdolak-dalik beberapa jam sebelum menerima urusan memfailkan permohonan DS Nizar. Selepas diterima, tarikh perbicaraan ditetapkan 5 hari kemudian. Tak boleh pula dibicarakan on the spot macam permohonan Zambry.
Ini bukan persepsi tetapi realiti. Zambry sama saja dengan pemimpin UMNO sepanjang zaman. Penipu dan penjenayah. Perampas hak rakyat. Pencabul keadilan.
Zambry memang muka tak malu kerana cuba mengaitkan nilai perjuangannya (dan perjuangan UMNO) dengan Mandela dan Ghandi. Tokoh kemerdekaan Afrika Selatan dan India itu adalah pejuang tulen. Mereka menentang penjajah. Mereka menentang ketidakadilan sistem apartheid dan sistem kasta.
UMNO adalah penjenayah apartheid dan kasta versi Malaysia. ISA, OSA, AUKU, Akta Hasutan, Akta Polis dan Akta Mesin Cetak merupakan roh sistem apartheid dan sistem kasta.
UMNO boleh berhimpun di mana saja. PR tak boleh. UMNO boleh kata apa saja. PR tak boleh. Silap sikit polis akan tangkap dan dakwa di bawah Akta Hasutan. UMNO boleh terbitkan apa saja. PR tak boleh. UMNO boleh guna semua jentera dan premis kerajaan ketika pilihanraya. PR tak boleh.
Apa bezanya sistem apartheid dan sistem kasta dengan sistem pemerintahan Malaysia di tangan UMNO? Saling tak tumpah, seia sekata. Kalau Mandela dan Ghandi ada di depan Zambry, pasti basah muka Zambry diludah oleh dua tokoh pejuang keadilan dunia itu.
Kata Zambry lagi :
Perjuangan menegakkan kebenaran ini memerlukan “keberanian”. Mandela pernah berkata : “Saya mempelajari bahawa keberanian bukanlah bermakna tidak punya perasaan takut, tetapi berjaya mengatasinya. Mereka yang berani bukanlah mereka yang tidak punya perasaan takut tetapi mereka yang mampu menakluki rasa takut itu. (I learned that courage was not the absence of fear, but the triumph over it. The brave man is not he who does not feel afraid, but he who conquers that fear. )Rakyat Menjawab :
Jika dibandingkan dengan dua tokoh yang disebutkan tadi, perjuangan dan pengorbanan yang saya serta rakan-rakan lalui tidaklah seteruk mereka. Sekurang-kurangnya saya tidak hilang kebebasan atau disakiti untuk menegakkan kebenaran.
Saya hanya menempuhi persepsi umum yang negatif seperti yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang termasuk Menteri Besar Dato’ Seri Nizar Jamaluddin serta orang-orang kanannya.
Persepsi umum yang negatif terhadap Zambry bukan berpunca daripada kata-kata atau ceramah DS Nizar dan pemimpin-pemimpin PR. Ia juga bukan berpunca daripada tulisan-tulisan di akhbar PR dan blog pro PR. Semua kata-kata dan tulisan mengherdik Zambry itu cuma bersifat responsif. Pemimpin dan penyokong PR serta rakyat marah kepada Zambry kerana jenayah politik yang dilakukannya.
Zambry dan UMNO mengkhianati mandat rakyat negeri Perak pada PRU12. Rakyat tak mahu BN jadi kerajaan di Perak. BN 31 PR 28 yang dipertahankan oleh Zambry dan gerombolannya hari ini bukan mandat rakyat. Mandat Rakyat yang sebenar ialah PR 31 BN 28. Matematik Zambry hanya muncul selepas ugut, rasuah dan culik. Rakyat tak dapat menerima pembentukan kerajaan secara primitif itu. Rakyat marah. Rakyat menghamburkan kata nista kepada Zambry kerana Zambry mencipta sebabnya. Zambry bukan saja layak menerima persepsi negatif seperti yang telah dihadapinya setakat ini bahkan sepatutnya lebih dari itu. Dan Zambry adalah punca dan penyebabnya.
Lagi kata Zambry :
Tuduhan terbaru ialah penggunaan bomoh yang saya rasakan amat serius kerana ia melibatkan perbuatan syirik. Ini adalah antara taktik politik kebencian (politics of hatred) yang digunakan oleh mereka supaya rakyat membenci Barisan Nasional.Rakyat menjawab :
Tetapi taktik seperti ini bukanlah budaya Barisan Nasional.
Memetik kata Martin Luther King Jr, kegelapan tidak akan mengatasi kegelapan. Kebencian tidak akan menghapuskan kebencian, hanya kasih sayang mampu mengubahnya. (Darkness cannot drive out darkness; only light can do that. Hate cannot drive out hate; only love can do that.)
UMNO tak layak bercakap soal syirik dan politik kebencian. Oleh kerana Zambry adalah ahli UMNO bahkan pemimpin UMNO maka Zambry pun tak layak bercakap soal itu.
Kepercayaan atau amalan perbomohan tertentu hanya salah satu daripada penyebab syirik. Ada banyak lagi punca syirik selain daripada itu. Dan UMNO tak pernah peduli tentang itu.
Zambry boleh terus menipu diri sendiri. Orang PR tahu. Orang UMNO pun tahu. Kalau Zambry serius nak menghapuskan amalan perbomohan yang syirik itu, kita tawarkan khidmat mengenalpasti beberapa ratus orang bomoh dan kita sanggup mengiringi Zambry menemui bomoh-bomoh itu untuk bertanya siapakah pelanggan mereka dari kalangan pemimpin politik. Seluruh dunia tahu betapa pemimpin-pemimpin UMNO adalah pelanggan-pelanggan setia tok bomoh dan tok pawang untuk seribu satu macam urusan mereka.
Syirik yang lebih besar ialah menyengutukan Allah dalam perkara suruhan dan laranganNya. Halal dan haram telah muktamad di dalam Kitab Allah dan Hadith RasulNya. Mengubah halal dan haram itu adalah syirik yang sangat besar. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal adalah perlakuan syirik dan kufur muktamad.
UMNO dulu, kini dan selama-lamanya sangat berani dan senang hati mengubah halal dan haram yang telah ditetapkan oleh Allah. Judi adalah nyawa kerajaan UMNO-BN. Arak adalah sumber ekonomi yang dipertahankan bermati-matian oleh UMNO. Hukum Allah tentang aurat ditertawakan berdekah-dekah oleh UMNO sampai terguling-guling dan termuntah. UMNO memusuhi hukum Hudud. Tidak pelik kalau DAP, MCA dan MIC menentang Hudud. Yang pelik ialah hukum Allah itu ditentang oleh UMNO dan pemimpin-pemimpinnya yang beragama Islam termasuk Zambry.
Zambry boleh mainkan isu dakwaan 'pakai bomoh' yang dihebahkan oleh Drs. Khalil Idham Lim itu. Zambry boleh berlakon mengucap panjang takutkan amalan syirik itu. Tetapi rakyat yang bukan UMNO buta-tuli tidak dungu untuk terpengaruh dengan lakonan dan prihatin yang palsu itu.
Kalau Zambry nak pelihara agama, dia perlu meninggalkan UMNO. Parti busuk itu bukan tempat memperjuangkan agama. Parti rosak itu adalah tempat cari makan tanpa peduli halal haram. Tempat menyuburkan rasuah. Tempat jantan betina ikut suka. Tempat mendaulatkan syirik.
Zambry menambah kata :
Pada saya kehilangan jawatan Menteri Besar tidak akan mengurangkan semangat juang saya untuk menegakkan kebenaran. Jika Nizar dan rakan-rakannya yang kini mula bermaharaja-lela dan rakus kuasa (termasuk memasuki pejabat Menteri Besar seawal 7.15 pagi pada 12 Mei), menyangka keputusan mahkamah itu akan mengurangkan semangat juang saya maka mereka sudah tersilap baca.Rakyat menjawab :
Perjuangan menegakkan kebenaran tidak perlu pada jawatan.
Bagaimanapun saya akui adalah sukar untuk menukarkan persepsi penyokong mereka tentang saya dan Barisan Nasional. Ceramah-ceramah, laman-laman portal, serta akhbar milik pembangkang berjaya memberikan imej negatif terhadap kami.
Tidak hairanlah ada golongan yang percaya dengan tuduhan mereka kononnya adun-adun Barisan Nasional memulakan kekecohan dalam dewan undangan negeri pada 7 Mei lepas.
Bekas speaker V. SIvakumar pula seperti “buta undang-undang” mendakwa keputusan mahkamah tinggi semalam, mengatasi keputusan mahkamah Persekutuan yang mengistiharkan penggantungan saya serta enam exco sebagai tidak sah.
Padahal, Mahkamah Persekutuan mengatasi keputusan mahkamah Tinggi. Ini adalah antara contoh manipulasi yang dibuat oleh pakatan pembangkang.
Mereka hanya menerima keputusan undang-undang yang menyebelahi mereka dan menolak keputusan yang tidak bersama mereka. Inilah "selective justice" yang diamalkan oleh pembangkang.
Saya tidak akan mencerca dan menjaja keputusan Mahkamah Tinggi seperti yang dilakukan oleh Nizar dan Ngeh dalam ceramah-ceramah mereka apabila keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan tidak menyebelahi mereka.
Saya tidak dapat membayangkan betapa rakusnya mereka apabila Nizar disahkan semula sebagai Menteri Besar. Kerakusan mereka di dalam dewan tempohari mencerminkan kerakusan yang akan dilakukan sebaik sahaja Nizar menduduki kerusi Menteri Besar.
Kesian Zambry. Pemimpin kudeta ini terus berangan-angan dapat meyakinkan rakyat dengan kisah dongeng yang penuh kepalsuan. Sidang DUN 7 Mei bukan satu kes atau isu yang berdiri sendiri. Ia berkait dengan seluruh episode sepanjang krisis negeri Perak sejak rampasan kuasa awal Februari. Rakyat tidak bodoh macam Zambry dan ahli UMNO.
Semuanya berpunca daripada rampasan kuasa. Apabila rampasan itu dibenci dan dinilai sebagai tidak betul, maka apa pun lanjutan daripadanya adalah tidak betul.
Soal 31-28 hari ini tidak relevan. Soal ADUN Bebas sokong BN tidak relevan. Soal sidang DUN 3 Mac tiada perkenan Sultan tidak relevan. Soal Sivakumar atau Ganesan tidak relevan. Soal Abdullah Antong atau Misbahul Munir tidak relevan. Pendek kata semua hujah dan alasan Zambry tidak relevan.
Yang kurang ajar, samseng, undang-undang rimba, tak hormat Raja, macam budak-budak, jahat dan langgar demokrasi ialah rampasan kuasa awal Februari. Antara kepala kurang ajar dan samseng itu ialah Zambry Kader.
Rakyat bukan UMNO tidak bodoh untuk menilai peristiwa sidang DUN 7 Mei itu. Perkenan mengadakan sidang itu dipohon oleh MB haram. Usul pecat Speaker dikemukakan oleh MB haram. Usul lantik Speaker Ganesan dikemukakan oleh MB haram juga. Kedua-dua usul itu disokong oleh exco haram lagi samseng. Pemecatan Speaker lama dan perlantikan Speaker baru yang haram itu dibuat sebelum persidangan diresmikan oleh DYTM Raja Muda. Dengan kata lain persidangan belum bermula. Bagaimana usul-usul boleh dibentangkan dan diputuskan?
Rakyat bukan UMNO tidak bodoh untuk menilai kata-kata Zambri. Yang bodoh hanya Zambry dan UMNO totok yang rendah IQ.
Baca Sepenuhnya..
BN, UMNO, Iblis, Syaitan, Babi & Anjing
cyberboron, Friday, May 08, 2009
Hari ini berjuta cercaan muncul dari mulut rakyat Malaysia yang mengharapkan keadilan. Semua cacian itu mungkin terlalu keras, kasar dan sebahagiannya lucah. Ramai juga yang menangis dan meronta menyebut-nyebut senapang, bom, senjata, C4 dan lain-lain. Terasa betapa mungkin hanya senjata dan nyawa yang mampu mengembalikan keadilan dan memulihkan demokrasi. Sabar ......
UMNO-BN melangkah lebih jauh lagi hari ini. Perlembagaan jadi najis taik dan kencing. Undang-undang jadi muntah dan nanah. Yang Berhormat BN jadi iblis dan syaitan. Polis jadi babi dan anjing. Mereka saling membantu merogol dan meliwat demokrasi. Bagi mereka Tuhan telah tiada. Kalau Tuhan nak mencampakkan mereka ke neraka, mereka akan cabar Tuhan. Mereka akan turunkan Tuhan dari apapun tempatNya. Mereka akan tabalkan Tuhan baru.
Zambry jadi jembalang busuk menipu rakyat dengan kenyataan-kenyataan palsu, fitnah dan bodoh. Sidang media Zambry yang disiarkan dalam berita TV malam ini mengandungi pemalsuan fakta tahap Yahudi gila babi. Polis melengkapkan pembuktian diri sebagai pencacai barua berdarah babi berhati anjing menjunjung perintah pembesar UMNO yang sakit jiwa dan rosak otak.
Rakyat Malaysia yang menyaksikan kekecohan sidang DUN dan kekecohan di luar DUN hari ini tak akan memaafkan UMNO-BN sampai bila-bila. UMNO dan polis boleh terus menipu dalam akhbar dan radio/tv tetapi rakyat yang menyaksikan peristiwa hari ini dengan mata sendiri tak akan dapat ditipu.
Peristiwa hari ini menghancur-luluhkan keyakinan sebahagian pencinta keadilan di kalangan pendokong Pakatan Rakyat. Namun kekecewaan itu akan menyemarakkan semangat dan daya juang yang membuak-buak untuk memampuskan UMNO-BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Catatan peristiwa hari ini lengkap dengan foto dan video di dalam dan di luar dewan akan disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Wajah-wajah iblis, syaitan, babi dan anjing yang menyempurnakan pencabulan perlembagaan dan undang-undang hari ini akan terpampang dan beredar di merata ceruk. Biar rakyat kenal muka dan susuk badan perogol, perasuah dan pengkhianat keadilan di kalangan haiwan Malaysia spesis UMNO-BN.
Jiwa kebabian UMNO membawa kepada lanjutan krisis Perak yang entah bila akan selesai. Setelah ada dua MB kini Perak ada dua Speaker pula. Sivakumar dicempung turun dari kerusinya dan diseret keluar dari dewan seperti bangkai haiwan buruan yang ditembak mati. Babi dan anjing kemudiannya mengurung Sivakumar dibilik rahsia untuk menjayakan rancangan iblis syaitan mengangkat Ganesan sebagai Speaker haram.
Ketika itu persidangan belum pun bermula. Sivakumar sebagai Speaker yang sah belum memulakan agenda persidangan. Perintah Tetap DUN memperuntukkan kuasa yang jelas kepada Speaker untuk menentukan hal-ehwal perjalanan persidangan termasuk kehadiran ke dalam dewan persidangan. Siva memerintahkan 7 ADUN yang telah dikenakan hukuman penggantungan 18 dan 12 bulan supaya meninggalkan dewan. 3 ADUN lompat yang kerusi mereka telah diisytiharkan kosong juga diperintahkan keluar dewan. Siva menyatakan dengan jelas "saya tidak akan memulakan persidangan sehingga 10 ADUN yang diperintahkan keluar dewan mematuhi perintah itu".
10 iblis syaitan BN itu tetap ingkar. Oleh itu persidangan tidak dimulakan. TIDAK DIMULAKAN. Di ketika itulah Zambry mengemukakan usul memecat Speaker diikuti usul melantik Ganesan sebagai Speaker baru. Siva enggan menimbangkan usul itu kerana persidangan belum bermula. Tambahan pula ia dikemukakan oleh ADUN yang telah digantung sejak 18 Februari lalu. ADUN itu juga telah diperintahkan keluar dewan 10 minit sebelum itu.
Persidangan belum bermula. Usul pula dikemukakan oleh ADUN yang telah digantung dan masih dalam tempoh penggantungan. ADUN itu juga telah diperintahkan keluar dewan oleh Speaker. Speaker telah pun menjelaskan hal itu sebaik saja Zambry membacakan usulnya. Sahkah usul itu? Sahkah pemecatan Sivakumar? Sahkah perlantikan Ganesan?
Siva tidak berganjak daripada kerusi Speaker. Speaker mengarahkan Bentara Dewan melaksanakan perintah pengusiran 10 iblis BN. Malangnya Bentara Dewan telah hilang akal dan rosak otak. Mereka enggan melaksanakan arahan Speaker. Babi dan anjing beruniform masuk ke dewan menyertai babi dan anjing tak beruniform yang sedia ada dari awal. Mereka memeluk dan mengangkat Speaker turun dari kerusinya. Selepas itu mereka mengheret Speaker di lantai seperti mengheret haiwan. Speaker dikurung oleh babi dan anjing itu di sebuah bilik sehingga persidangan haram selesai.
Persidangan dikendalikan oleh Ganesan dan ditangguhkan olehnya hampir jam 4.00 petang. Sahkah persidangan yang dikendalikan oleh Ganesan itu? Sahkah penangguhan oleh Ganesan itu?
Baca Sepenuhnya..
Mandrem Bomoh Tersampuk Zambry
cyberboron, Tuesday, May 05, 2009Ditulis berdasarkan rakaman video sidang media Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebelum membuat laporan polis terhadap YB Drs. Khalil Idham Lim berhubung isu BN guna bomoh untuk hadapi Sidang DUN 7 Mei.
Video sidang media ini disiarkan dalam laman web resmi BN Perak. Seratus peratus perkataan DS Zambry dalam rakaman video ini disalin semula sepenuhnya, termasuk pengulangan sebutan perkataan dan bunyi-bunyi bukan perkataan.
.... aaa Idham Lim aaa dalam aaa saya ingat itu adalah aaa laporan akhbar ya tadi ya? kalau aaa sidang akhbar yang dipanggil oleh beliau pagi tadi, aaa, begitu menjijikkan sekali. Yang memualkan. Yang langsung tidak ada prinsip. Orang atas prinsip-prinsip agama kononnya yang dipegang oleh beliau yang bergelar dirinya sebagai seorang ustaz, aaaa yang membuat tuduhan yang yang keterlaluan dan melampau, ya, yang terlalu hina sifatnya, yang sepatutnya tidak keluar daripada seorang yang bergelar yang yang berhormat, apatah lagi aaa yang aaa yang menggelarkan dirinya sebagai seorang ustaz, aaa bayangkan aaa beliau boleh mengeluarkan aaa tuduhan aaa demikian rupa yang saya anggap aaa adalah satu tindakan aaa yang terlalu terdesak di saat-saat aaa mereka sedang menghadapi aaa pelbagai aaa cabaran ya. Tapi kalau, kalau apa pun suasananya bukan ini caranya untuk untuk bertindak aaa ya aaa begitu aaa suka hati dia sahaja dan aaa saya anggap ini adalah satu tindakan aaa yang keterlaluan dan saya telah pun aaa mengarahkan untuk aaa pegawai saya dan saya akan aaa membuat laporan polis aaa kepada beliau dan saya akan mengambil tindakan-tindakan susulan aaa berasaskan kepada peraturan-peraturan undang-undang .... ## video dipotong di sini dan disambung semula dengan kenyataan berikut ##Ada 3 ulasan terhadap kenyataan MB coup de' tat ini.
.... tindakan yang dibuat oleh beliau ini adalah satu tindakan jahat aaa yang aaa cuba mengapi-apikan rakyat aaa untuk aaa membuat persiapan-persiapan dan meningkatkan lagi aaa kebencian rakyat aaa kepada aaa saya dan juga aaa kepada aaa Barisan Nasional, dan aaa perkara-perkara fitnah, penipuan-penipuan yang begini aaa tidak boleh kita biarkan aaa maka menjadi tanggungjawab saya pada hari ini untuk aaa saya mengambil tindakan-tindakan perlu kepada beliau dan aaa saya sebenarnya pun aaa sudah aaa banyak bersabar aaa dengan aaa ceramah-ceramah mereka yang saya dengar aaa walau pun begitu saya tidak mengambil tindakan-tindakan .... ## video dipotong di sini dan disambung semula dengan kenyataan berikut ##
.... Seperkara lagi ialah apabila aaa tindakan beliau cuba mengheret sama aaa nama aaa yang berbahagia Dato' Seri Mufti yang selama ini aaa juga mereka mereka hina aaa dan aaa cuba membawa beliau untuk turut aaa sama aaa dalam hal yang sebegini, jadi aaa saya akan mengambil tindakan, tindakan perlu aaa ke atas aaa beliau .... ## video dipotong di sini dan disambung semula dengan kenyataan berikut ##
.... saya pergi aaa saya pegi ke apanama aaa kerusi speaker dan bomohkan di tempat perasap kemiyan di kerusi bomoh Speaker ni, aaa ya, dan aaa dan ini mungkin you take it likely but for certain community, for certain community, especially for aaa this is quite serious, aaa you talk to malay, indian community, this matter aaa aaa quite aaa quite serious, aaa I do not know for the Chinese community, for me quite serious right? because how could aaa you know aaa Menteri Besar went to the ha ha, ha ha, you know, pergi ke kerusi Speaker aaa memperasap dan aaa try to aaa apanama dipanggil ni aaa untuk untuk aaa mendram aaa macam-macam la .... # tamat #
#1 - DS Zamry marah sangat terhadap perbuatan fitnah. Ia dianggap perbuatan jijik, memualkan, keterlaluan, melampau, hina, jahat, tipu dan tindakan terdesak. Status ustaz yang ada pada Drs. Khalil Idham dijadikan faktor yang lebih besar untuk mensabitkan dahsyatnya jenayah fitnah yang konon dilakukannya.
Ulasan : DS Zambry dan UMNO perlu menoleh ke belakang sepanjang sejarah negara ini sejak wujud UMNO. Pemimpin dan ahli UMNO adalah Maharaja fitnah sepanjang zaman. PAS ekstremis, PAS menyokong keganasan, negara Islam PAS akan menghapuskan kebebasan beragama, PAS menentang pembangunan, PAS anti kemajuan, PAS mahu rakyat Malaysia terus mundur, PAS parti ajaran sesat, PAS menyelewengkan ajaran Islam, PAS perosak agama, Anwar meliwat, Anwar berzina, Anwar agen asing, Anwar agen Yahudi, Anwar agen Israel, Anwar agen Amerika, Anwar nak menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu, Anwar nak gadai hak dan maruah bangsa Melayu dan seribu satu macam lagi.
Bukti? Sepanjang memfitnah PAS, DSAI dan lain-lain parti atau pihak yang membangkang, UMNO tak pernah ada bukti. Kalau ada dua tiga bukti dikemukakan, semuanya bohong atau bukti yang direkacipta.
Bagi kes BN guna bomoh seperti yang dilaporkan, YB Drs. Khalil Idham bertegas ada bukti dan sanggup bekerjasama dengan pihak berkuasa yang mahu menyiasat sumber dan bukti amalan khurafat UMNO itu.
#2 - DS Zambry marah sangat kerana Drs. Khalil Idham dan sekelian penceramah PR mengapi-apikan rakyat supaya membencinya dan membenci Barisan Nasional.
Ulasan : Aduhai malang sungguh nasib rakyat negeri Perak kerana hanya manusia seperti ini yang dapat ditawarkan oleh UMNO untuk memimpin sebuah negeri. DS Zamry tiada upaya menilai keadaan di sekeliling bahkan yang terbentang di depan mata. Matanya tak dapat melihat. Akalnya tak dapat menilai bagaimana UMNO maha dahsyat mengapi-apikan rakyat supaya membenci seluruh pemimpin PR. UMNO melakukan segala macam kaedah untuk membangkitkan kebencian rakyat negeri Perak terhadap DS Nizar sejak hari pertama dia mengangkat sumpah sebagai MB kerajaan PR Perak. UMNO mencipta dan mengadun lagu boneka dan derhaka yang palsu dan tak bertamadun untuk mebangunkan kebencian rakyat terhadap DS Nizar sehingga ada yang sanggup melaungkan KILL NIZAR !!!
#3 - Kenapa bahasa seorang MB berterabur tak tentu hala? Terlalu banyak aaa dan aaa menyusuli setiap selepas dua tiga patah perkataan. Banyak kali juga aaa itu muncul selepas setiap satu perkataan berturut-turut hingga empat lima perkataan. Doktor Falsafah ini kerap tak menghabiskan ayat atau berhenti secara tergantung, kemudian memulakan ayat baru. Apakah tidak well prepared atau memang gagap atau susah menyusun ayat kerana akal nak menipu?
Kesian pada wartawan yang hadir sidang media itu. Mereka terpaksa menunggu habis ayat yang panjang lebar, tersangkut-sangkut dan berulang-ulang untuk point yang hanya sedikit.
Agak mengejutkan juga bila mendengar ayat Bahasa Inggeris seorang yang berkelulusan PhD luar negara :
" dan aaa dan ini mungkin you take it likely but for certain community, for certain community, especially for aaa this is quite serious, aaa you talk to malay, indian community, this matter aaa aaa quite aaa quite serious, aaa I do not know for the Chinese community, for me quite serious right? because how could aaa you know aaa Menteri Besar went to the ha ha, ha ha, you know, pergi ke kerusi Speaker aaa memperasap dan aaa try to aaa apanama dipanggil ni aaa untuk untuk aaa mendram aaa macam-macam la "Baca Sepenuhnya..
Derhaka Lagi
cyberboron, Thursday, April 30, 2009
Hari ini laman web BN Perak main lagu derhaka lagi. Admin laman itu memetik kandungan buku Rampasan Kuasa yang disusun oleh Bloggers Network. Tak edit langsung pun. Tajuk entrinya "Sembah Derhaka Nizar".
Di hujung petikan dialog antara DS Nizar dan Tuanku Sultan itu, ada ayat ini:Sebaik sahaja habis saya menyebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".
Nampaknya UMNO-BN masih tak reti bahasa.
Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata "Ampun Tuanku, patik mohon sembah derhaka".
DYMM Tuanku bangunmeninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama - sama Penasihat Undang - Undang Negeri.
Jangan Berperangai Macam Budak-Budak
cyberboron, Saturday, April 25, 2009Zambry nasihati ADUN PR; jangan berperangai kebudak-budakan semasa sidang DUN 7 Mei nanti. Jangan berebut kerusi MB. Jangan berebut kedudukan sebelah kiri atau kanan Speaker.
Kata Zambry lagi, dulu waktu PR jadi kerajaan, kami (BN) tak bantah apa-apa pun. Waktu itu PR ada 31 kerusi. Kami ada 28. Hari ini kami pula ada 31 dan PR tinggal 28. Dulu giliran kamu, hari ini giliran kami. Dulu kami beri laluan pada kamu. Kami tak ganggu kamu menjalankan tugas sebagai kerajaan. Hari ini kamu perlu beri laluan pada kami.
Begitulah bunyinya ayat orang politik UMNO. Madah berhelah yang manis tapi beracun. Namun cukup 'power' untuk mengekalkan kebencian pengundi saluran 1 terhadap PR. Dengan ayat-ayat Machiavelli itu BN kelihatan jadi mangsa kepada penjahat bernama PR. Melayu saluran 1 yang sedang bertarung dengan diabetes dan hypertension akan terus menyokong UMNO hingga tiba saat diusung ke liang lahad.
UMNO akan terus tipu orang Melayu tentang krisis Perak. UMNO akan terus bersumpah tak pernah merasuah, mengugut atau menculik 3 ADUN lompat dan 1 ADUN dua kali lompat. UMNO tak akan mengaku menyalahgunakan kuasa SPRM dan SPR bagi menjayakan rampasan kuasa 5 Februari. UMNO tak akan mengaku mengkeldaikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri sepanjang berusaha merompak kuasa. UMNO akan terus menafikan semua tindakan tidak demokratik yang digerakkan sepanjang 10 1/2 bulan PR berkuasa.
SOROTAN KEMPEN BN vs PR
cyberboron, Wednesday, April 01, 2009Setakat hari kedua, kempen masih berkisar kepada isu-isu pokok iaitu rampasan kuasa negeri Perak, derhaka, boneka, altantunya dan liwat. Selain itu BN turut cuba mencuit hati pengundi dengan isu anak tempatan lawan orang luar. PR pula meneruskan seruan kepada pengundi supaya menjadikan pilihanraya ini sebagai referendum rakyat berhubung rampasan kuasa.
Kedua-dua pihak rancak merayu undi dari rumah ke rumah dari pagi hingga petang. Majlis ceramah kelompok juga berlangsung di merata tempat pada waktu siang diikuti ceramah bersaiz besar pada waktu malam. Setakat ini kehadiran di majlis ceramah PR jauh mengatasi jumlah yang hadir di majlis BN. Ceramah Ezam Raja Kotak dan rakan-rakan kotaknya di Kg. Pak Darus hanya dihadiri tidak sampai 100 orang pendengar.
Ceramah Ezam dan Zambry di dataran Bukit Gantang sebentar tadi dapat sambutan lebih sedikit daripada semalam. Kira-kira 600 orang hadir termasuk yang diangkut dengan 3 buah bas. Ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan 400 meter daripada dataran itu dihadiri oleh jumlah yang hampir sama.
Zambry mengulas panjang dakwaan Nizar merampas majlis BN di masjid Simpang dua malam yang lepas. Tulisan DS Nizar di dalam blognya disanggah oleh Zambry. Walau bagaimana pun Zambry mengakui DS Nizar memang dijemput oleh imam masjid itu untuk mengimamkan solat Maghrib. Pengakuan itu berbeza dengan kenyataannya kepada media pada malam kejadian yang menyatakan DS Nizar masuk dan terus mengambil tempat sebagai imam.
Berhubung kenyataan DS Nizar bahawa Zambry bertindak memarahinya, Menteri Besar haram itu mengolah cerita bahawa dia memanggil DS Nizar dan memberikan nasihat secara sopan dan lemah lembut.
Selain itu, Zambry turut mengemukakan beberapa perbandingan untuk mengukuhkan tuduhan derhaka yang dilemparkan kepada DS Nizar dan Pakatan Rakyat sejak 5 Februari lalu. Menurutnya Sidang Pasir Dua Butir adalah kemuncak derhaka Nizar dan Pakatan Rakyat terhadap Tuanku Sultan.
Seterusnya Zambry membuat tuduhan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat juga mengamalkan rasuah semasa memegang kuasa tetapi enggan memberikan butiran tuduhan itu. "Kita tak mau la nak cerita benda tu" kata Zambry.
Ezam raja kotak menyampaikan ceramah dengan semua isu yang sama seperti semua ceramahnya sebelum ini. 90% ucapannya menyerang peribadi DS Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai chauvinist sehingga sanggup mengenepikan kepentingan bangsa demi cita-cita politik peribadi.
Raja kotak juga mengulangi cabaran demi cabaran terhadap DSAI berhubung isu kotak dokumen bukti rasuah yang dihebohkan sejak mula kembali kepada UMNO. Dia juga meneruskan ugutan "saya akan dedahkan ...", "saya akan dedahkan ..." dan "saya akan dedahkan ..." tetapi dokumen (buku) atau bukti yang mahu didedahkan itu tetap kabur dan dirahsiakan.
Sepanjang ucapan oleh 2 orang penceramah itu, 31 tuduhan dilemparkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat terutama DS Nizar dan DS Anwar. Malangnya tuduhan itu tidak disusuli dengan penjelasan atau bukti secara berfakta. Cara ini nyata bercanggah dengan kenyataan Pak Lah kelmarin yang menyebut BN berkempen secara berhemah dan tidak menuduh pihak lain.
UMNO KUTUK UMNO
cyberboron, Thursday, March 26, 2009Selepas diumumkan Khairi Jamaluddin menang perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO, aku singgah berziarah ke beberapa blog UMNO. Saja nak tinjau apa ulasan kawan-kawan kat sebelah sana. Menarik. Blog penyokong-penyokong Najib-Muhyiddin-Mukhriz sedang terbakar. Sumpah seranah dan maki hamun sedang meletup. Bukan setakat KJ malah UMNO pun dikutuk habis-habisan.
Luahan blog Cucu Tok Selampit :
Terima Kasih Keldai-Keldai Pemuda UMNO!
Tahniah kepada Saudara (Datuk ... Tan Sri ... Tun selepas ini?) Khairy Jamaluddin, menantu kepada Perdana Menteri yang membilang hari persaraan, kerana walaupun dirimu merupakan seorang perasuah, kamu tetap menjadi pilihan 304 keldai-keldai bodoh.
Terima kasih kepada 304 keldai-keldai bodoh yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangkan seorang perasuah. Jasa anda semua akan dikenang sekiranya UMNO dikuburkan selepas ini. Sesungguhnya jasa 304 keldai-keldai ini telah memanjangkan hayat parti-parti Pakatan Haram. Semoga wang haram yang kamu semua terima sebelum ini berbaloi untuk menggadai maruah bangsa Melayu.
Tahniah sekali lagi Saudara Khairy Jamaluddin. Lupakan sahaja saranan DS Najib untuk berubah. UMNO tidak akan berubah. Pemimpin Pemuda UMNO seorang perasuah ... disokong pula oleh keldai-keldai baghal. Alangkah malangnya ...
Dari blog BERANIKAN HATI :
ADIOS! UMNO PARTI CELAKA YANG MENCELAKAKAN MELAYU
UMNO celaka dipimpin oleh pemimpin perasuah yang celaka
Saya dibesarkan dalam keluarga UMNO. Saya menjadi ketua pemuda UMNO cawangan pada usia 20an tahun. Saya menjadi AJK pergerakan pemuda bahagian selama 3 penggal. Apabila UMNO lama diharamkan saya yang menubuhkan UMNO baru dan menjadi ketua UMNO cawangan selama 2 penggal kemudian saya melepaskan jawatan secara sukarela dengan menyerahkannya memandangkan saya tidak lagi boleh memberikan komitmen sepenuhnya.
Pada ketika itu dalam UMNO tidak jelas ada berlakunya politik wang. Kita memegang jawatan hanya kerana tanggungjawab. Tetapi parti UMNO sekarang ini telah dicelakakan oleh orang-orang melayu sendiri. Kerana kepentingan peribadi mereka menjual bangsa dan agama. Jiwa ahli-ahli UMNO sekarang telah boleh dijual dan dibeli. Inilah keadaan UMNO yang celaka dicelakakan oleh pemimpin-pemimpin ketika ini.
Kita kata kita mahu berubah tetapi perlakuan kita menunjukkan bahawa kita tidak akan berubah sedikitpun. Rasuah politik berleluasa. Para perwakilan celaka telah memilih calon celaka yang akan mencelakakan UMNO sepanjang hayat kita nanti. Kita akan lihat nanti dalam dalam 'by election' terdekat BN akan kalah lagi. Dan saya juga berharap supaya dalam PRU13 nanti UMNO akan terus lenyap dari ingatan orang melayu buat selamanya.
Nampaknya transformasi yang diingini orang melayu dan rakyat tidak akan menjadi kerana perwakilan celaka lebih mengutamakan duit dari kepentingan bangsa. Perwakilan celaka UMNO telah memilih pemmimpin celaka yang merasuah. Celakalah semua orang melayu hendaknya. Memang patutlah orang melayu dicelakakan oleh bangsa lain. Perwakilan celaka lebih megutamakan setia wang dari segalanya.
Saudara, nampaknya saya akan memilih jalan lain selain dari UMNO. Maafkan saya kerana saya tidak dapat menerima pejuang hipokrit menjadi pemimpin. Berdasarkan keputusan hari ini, pemuda dan wanita, percayalah bahawa esok Muhyidin juga akan tewas. Tewas kerana adanya perwakilan celaka yang memilih pemimpin yang memberi duit dari pemimpin yang tidak memberi duit.
Dulu saya rasa elok saja saya tidak sertai mana-mana parti sebagai protes, kini saya rasa saya harus tunjukkan dengan jelas tentangan itu dengan sertai parti lain selain UMNO. Adios UMNO yang tidak akan berubah sampai bila-bila. Adios UMNO parti celaka yang memilih pemimpin celaka oleh perwakilan celaka dan akan mecelakakan orang melayu. Apabila orang bersalah dan disahkan bersalah tidak dihukum dan kita lantik jadi pemimpin - ini asal kecelakaan kita.
Aku tak mahu komen apa-apa lagi. Cukup sekadar kita fikirkan bersama.
PEMUDA UMNO PILIH RASUAH - KJ MENANG KETUA PEMUDA!
cyberboron,


Khairi Jamaludin (KJ) memenangi perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia selepas seminggu didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin parti itu atas kesalahan rasuah. KJ memperolehi 304 undi mengalahkan Khir Toyo (KT) (254 undi) dan Mukhriz Mahathir (232 undi).
KJ dan KT disiasat oleh jawatankuasa disiplin berikutan aduan rasuah untuk mendapatkan pencalonan bagi pertandingan ini. KJ didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran manakala KT diputuskan tidak bersalah. Mukhriz merupakan satu-satunya calon Ketua Pemuda yang tidak disiasat atas tuduhan rasuah berkaitan pertandingan ini.
Kemenangan ini memberikan nafas baru kepada hayat politik KJ selepas pengumuman keputusan bapa mertuanya melepaskan jawatan Presiden dan Perdana Menteri. Sementara itu, keputusan ini dikatakan memberi tamparan kepada Dato' Seri Najib dan mentornya Tun Mahathir yang mahukan Mukhriz memenanginya.
Keputusan ini juga menandakan penghujung hayat politik KT yang sedang disiasat oleh kerajaan negeri Selangor berhubung salah guna kuasa menggelapkan dan membazirkan jutaan wang kerajaan untuk kepentingan diri sepanjang menerajui negeri itu.
Jawatan Ketua Wanita dimenangi oleh Shahrizat Jalil manakala Rosnah Abdul Rashid Shirleen memenangi jawatan Ketua Puteri.
UMNO TIDAK PERNAH DEWASA
cyberboron, Wednesday, March 25, 2009Akhir-akhir ini tindakan UMNO terhadap pesaing politiknya semakin melampau. Selepas isyarat yang diberikan dalam pilihanraya umum ke 12, rakyat berharap UMNO bangun dari mimpi dan menjadi dewasa. Undi rakyat mengisyaratkan supaya demokrasi di Malaysia dipulihkan dan keadilan ditegakkan. Malangnya UMNO menilai kehilangan sokongan itu sebagai tindakan permusuhan oleh rakyat yang perlu dihadapi dengan serangan balas dan kebencian. Di sebalik retorik "UMNO perlu berubah" dan "UMNO perlu fahami isyarat rakyat" yang disebut berulangkali oleh pemimpin-pemimpin UMNO, parti itu terus melangkah ke belakang dengan tindakan-tindakan tidak demokratik, menyalahguna kuasa dan ganas.
Krisis Perak membuktikan UMNO tidak mahu berubah, malah semakin teruk daripada sebelumnya. SPR, SPRM, Polis, FRU, Mahkamah dan Media dilacurkan demi kuasa tanpa mempedulikan perlembagaan dan undang-undang.
Terbaru, UMNO memperkudakan polis dan FRU lagi dan lagi untuk menyekat kematangan rakyat yang semakin kenal keburukan UMNO. Polis dan FRU bukan lagi pasukan keselamatan yang memelihara ketenteraman negara. Pasukan itu telah bertukar misi menjadi pasukan samseng yang bertugas untuk kepentingan UMNO. Sejahat mana pun UMNO, polis dan FRU sedia berkhidmat bila-bila masa untuk mempertahankannya. Semulia mana pun hasrat rakyat, polis dan FRU tetap ganas menghalangnya bila saja UMNO menghendakinya.
Kisah #1 - Pada 6 Februari 2009, seawal waktu subuh polis sudah bersedia di bangunan SUK untuk menghalang Dato' Seri Nizar dan Exconya memasuki bangunan itu. Alasan celaka apa yang mengharuskan tindakan itu? DS Nizar belum meletak jawatan. Dato' Dr. Zambry pun belum mengangkat sumpah. Undang-undang rimba mana yang tidak membenarkan DS Nizar masuk ke pejabat resminya dalam keadaan itu? Walau pun kemudiannya DS Nizar dibenarkan masuk, tetapi kebenaran masuk 'untuk mengambil barangan peribadi' itu diberikan dengan penuh penghinaan dan mencabul undang-undang. Wartawan dalam dan luar negara menjadi saksi bagaimana pegawai tinggi polis boleh dihambakan oleh UMNO untuk menyempurnakan pengusiran DS Nizar daripada bangunan itu.
Kisah #2 - Polis menajiskan integriti dan kredibiliti apabila patuh membabi buta dan buta tuli terhadap arahan UMNO supaya menyiasat Speaker DUN selepas tindakan penggantungan MB dan Exco haram daripada menghadiri sidang DUN. Polis tergamak membunuh doktrin pengasingan kuasa yang menjadi nyawa perlembagaan negara. Berilah seribu alasan dan berdalihlah dengan sejuta asas perundangan, namun seluruh dunia tahu dan nampak betapa polis merelakan diri jadi budak suruhan UMNO.
Kisah #3 - Tragedi 3 Mac 2009 menyerlahkan pengabdian mutlak pasukan polis dan FRU kepada tuhan yang bernama UMNO. Ribuan anggota dikerahkan mengepung bangunan SUK untuk menghalang persidangan tergempar DUN yang dipanggil oleh Speaker. UMNO jadi tuhan manakala polis jadi raja. Polis @ raja mendapat mandat dari UMNO @ tuhan. Samseng dibiarkan mengugut dan mengancam rombongan ADUN. Polis menunggu di pintu pagar dengan wajah angkuh. Akhirnya persidangan DUN terpaksa dilangsungkan di bawah pohon Beringin.
Kisah #4 - Lawak bodoh bersambung ke episod seterusnya. Polis memanggil ADUN yang bersidang dan mendakwa mereka dengan tuduhan menganjurkan perhimpunan haram. Sidang DUN bawah pokok adalah perhimpunan haram! Polis memang bijaksana dan prihatin.
Kisah #5 - 19 Mac 2009 pekan Simpang, Taiping dipenuhi pasukan polis dan FRU. UMNO mengerahkan kira-kira 500 anggota dua pasukan itu untuk menghalang ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, TG Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Nizar. Ahli UMNO di kawasan itu sendiri pun tidak nampak logiknya tindakan polis dan FRU itu. Besoknya UMNO menganjurkan forum di Changkat Jering. Polis menutup jalan susur dari arah plaza tol keluar ke jalan Taiping - Kuala Kangsar untuk memudahkan pengunjung meletak kenderaan. Semuanya jadi mudah dan halal kerana penganjurnya ialah UMNO.
Kisah #6 - 23 Mac 2009, Pakatan Rakyat diberikan kebenaran menganjurkan ceramah pengumuman calon PRK Bukit Gantang di padang Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping. Ketika YB Azmin Ali sedang berucap, pasukan polis menyerbu pentas ceramah dan mengarahkan supaya majlis dipendekkan atau diberhentikan. Alasan bodoh yang diberikan ialah "permit dikeluarkan hanya untuk ceramah mengumumkan nama calon, dan bukan ceramah politik". Oleh kerana YB Azmin bercakap politik menyentuh UMNO dan pemimpinnya, maka syarat permit telah dilanggar. Daripada pemegang ijazah PhD hinggalah tukang sapu yang hanya bersekolah darjah enam, semuanya menghamburkan rasa kesal atas kebodohan melampau UMNO dan pegawai polis. Ceramah parti politik nak mengumumkan calon pilihanraya tetapi tak boleh cakap politik. Memang bodoh!
Kisah #7 - Pada malam yang sama, FRU menembak orang ramai dengan air asid di majlis ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim di Sungai Petani, Kedah. Perhimpunan itu bukan demonstrasi jalanan atau rusuhan bersenjata. Rakyat hadir untuk mendengar penerangan daripada parti politik yang sah. UMNO takut rakyat celik maklumat kerana ia akan mempercepatkan ajal parti rasuah itu. Lantaran itu polis dan FRU diarahkan untuk meneruskan tindakan ganas yang bodoh lagi tidak bertamadun bagi menggagalkan majlis penerangan Pakatan Rakyat.
Kisah #8 - 24 Mac 2009, Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan berkuatkuasa serta merta. UMNO boleh beri sejuta alasan namun rakyat tidak lagi bodoh seperti pemimpin dan ahli UMNO. Selain daripada ahli-ahli UMNO yang buta huruf, semua rakyat Malaysia tahu bahawa penggantungan itu adalah usaha UMNO menyekat arus peningkatan kefahaman rakyat tentang politik negara ini.
Kisah #9 - Malam 24 Mac 2009, kampung Sungai Tinggi, Trong digempur oleh kira-kira 200 anggota FRU dan puluhan anggota polis. Pasukan perang itu datang dengan 15 trak merah dan berpuluh kenderaan putih. Yahudi Israel akan ketawa kalau UMNO membantah kezaliman mereka di Palestin kerana UMNO lebih teruk dari mereka. Intifadhoh Palestin ada batu, mortar dan bom sedangkan penyokong Pakatan Rakyat hanya datang berlenggang untuk mendengar ceramah, bukan untuk menyerang atau mencederakan sesiapa. Lawanlah ceramah dengan ceramah. lawanlah hujah dengan hujah. Hanya si bacul yang melawan hujah dengan senapang dan water canon.
UMNO memang tak mau berubah dan tak mahu memahami isyarat rakyat. Kepentingan diri dan rasuah telah membentuk akal budi UMNO menjadi beku dan terkunci mati. Kewarasan telah berkubur. UMNO mahu jadi tuhan persis firaun. Mudah-mudahan parti rasuah dan bacul itu akan tenggelam di dasar Selat Melaka seperti tenggelamnya firaun di dasar Laut Merah.
UMNO MENGHINA SULTAN DAN MUFTI
cyberboron, Friday, March 20, 2009Penghinaan yang melampau! "Ini kerja UMNO", kata orang ramai selepas solat Jumaat di Masjid Bt. 8 Bendang Siam berhampiran Changkat Jering.
Ini taktik basi untuk mencetuskan kemarahan orang ramai kepada Pakatan Rakyat. UMNO mahu orang ramai percaya risalah ini dikeluarkan oleh PR. Dengan itu mereka akan marah dan benci PR kerana menghina Sultan dan Mufti secara melampau.
Sebodoh itukah rakyat? Sebodoh itukah Pakatan Rakyat?
Kalau pun ada sedikit rasa kecewa terhadap kedua-dua insan itu, PR tidak terlalu dungu untuk mengeluarkan risalah yang akan menambahkan masalah. Memadankan wajah Sultan dengan lukisan badan seekor anjing adalah penghinaan yang terlampau. Perangai sebegini adalah derhaka tahap iblis, tetapi UMNO tetap sanggup melakukannya.
UMNO akan mengedarkan lebih banyak lagi risalah provokasi seperti ini. Mereka tiada isu untuk berhujah secara fakta. Kalau nak berlawan mendedahkan penyelewengan, jenayah dan salah laku, PR boleh terbitkan beribu-ribu risalah penyelewengan, jenayah dan salah laku pemimpin UMNO. Sebaliknya, UMNO nak bongkar apa?
Oleh itu, mereka akan mainkan sentimen perkauman, memfitnah dan mengedarkan risalah-risalah yang seolah-olah dikeluarkan oleh PR seperti hari ini. Itu sajalah modal yang ada pada UMNO.
Baca Sepenuhnya..
POLIS + UMNO = PR MENANG INSYAALLAH!
cyberboron,UMNO mengerahkan lebih kurang 500 anggota polis + FRU untuk menghalang ceramah DSAI dan DS Nizar di Simpang, Taiping malam ini. Di celah-celah orang ramai mungkin ada ratusan lagi polis cawangan khas yang bertugas. Bukit Gantang jadi medan perang. Bukan perang politik demokrasi, tetapi perang bersenjata.
Foto (dari blog Cina Islam) ini membuktikan UMNO memang dah tak siuman!



Polis tidak meluluskan permit dan mengeluarkan kenyataan melarang ceramah itu berserta ugutan yang menyeramkan. Rakyat dilarang hadir. Duduk diam-diam kat rumah. Jangan dengar apa yang pemimpin Pakatan Rakyat ceritakan. Kalau nak tau perkembangan negara, tonton TV dan baca Utusan Malaysia atau Berita Harian.
Malaysia dah jadi negara polis, atau negara yang diperintah oleh junta tentera. UMNO boleh cakap apa saja dan di mana saja. Atas jalanraya pun boleh. Polis pasti jaga keselamatan majlis UMNO. Kalau perlu tutup jalan untuk memudahkan laluan ke majlis anjuran UMNO, sehari lebih awal pun polis boleh pasang pengadang.
Tapi bagus juga. Buruk kelaku UMNO + polis ini menguntungkan Pakatan Rakyat. Penyokong PR jadi semakin meluat terhadap UMNO. Tak mungkin UMNO dapat mengubah stand politik penyokong PR walau dengan pujukan dan janji manis yang sehebat mana pun. Sedikit demi sedikit warga Malaysia yang tak sokong mana-mana parti, mula bersimpati pada PR.
Manusia ada akal dan ada jiwa. Tambahan pula maklumat mudah diperolehi melalui pelbagai sumber walau pun disekat dengan bermacam cara. Manusia boleh menilai. Manusia nampak majlis ceramah yang UMNO anjurkan. Bila PR dihalang menganjurkan majlis ceramah, manusia mampu menghukum dengan pantas siapa betul siapa salah.
Majlis ceramah umpama sidang mahkamah. Rakyat jadi hakim. UMNO dan PR umpama plaintif dan defendan bagi kes sivil atau umpama pendakwa dan OKT bagi kes jenayah. Yang takut ke mahkamah ialah pihak yang percaya akan kalah atau orang yang memang bersalah.
Majlis ceramah juga umpama senjata untuk perlawanan mengadu kekuatan. UMNO dan PR umpama dua orang yang nak masuk ke gelanggang silat. UMNO pegang sebilah keris, PR pun hunus sebilah keris. Bila UMNO usahakan supaya hanya dia sahaja guna keris dan PR tak boleh, maka tahulah sekelian orang bahawa UMNO memang pondan tua.
Manusia ada akal dan jiwa. Terima kasih UMNO + polis = pondan tua!
MELAYU UMNO LEMAH DAYA FIKIR
cyberboron,Kenali Pemikiran Melayu UMNO
Aku baca satu kajian akademik tentang pemikiran orang Melayu. Kajian itu melibatkan orang Melayu di Malaysia sahaja. Ia sangat menarik kerana fokusnya ialah pemikiran politik orang Melayu dan topiknya merangkumi persoalan sebab dan akibat, secara terperinci.
Khabarnya, kajian itu akan diterbitkan tidak lama lagi dan dijangka beredar di pasaran dalam tempoh sebulan. Aku syorkan supaya kajian ini dijadikan salah satu rujukan utama penggerak masyarakat, pemimpin dan aktivis politik, persatuan-persatuan mahasiswa, pengajian sains politik, pengajian sains sosial, NGO dan semua pihak yang terlibat dengan pembangunan kemanusiaan.
Tajuk kajian ini ialah ‘PEMIKIRAN POLITIK ORANG MELAYU PENYOKONG UMNO – KAJIAN SEBAB DAN AKIBAT’. Walau bagaimana pun aku tak tahu tajuk sebenar buku yang akan diterbitkan itu. Mungkin sama dengan tajuk asal kajian atau diubah supaya lebih sesuai sebagai dokumen awam.
Kajian secara ilmiah itu merumuskan sebab-sebab orang Melayu menyokong UMNO ialah:
1. Percaya bulat-bulat kepada apa yang dipaparkan oleh TV dan akhbar arus perdana (Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro, Kosmo).
2. Percaya bulat-bulat kepada apa yang diucapkan oleh pemimpin BN, tanpa usul periksa.
3. Kurang ilmu agama.
4. Suka berpoya-poya dan banyak amalan mungkar.
5. Rendah tahap pendidikan.
6. Lemah matematik dan kurang daya pemikiran logik.
7. Kurang membaca (hanya membaca akhbar perdana dan majalah hiburan).
8. Terlalu mengharap ihsan dan bantuan kerajaan atau parti.
9. Didoktrinkan supaya membalas budi UMNO kerana bantuan yang diperolehi.
10. Didoktrinkan dengan ketakutan yang tak berasas tentang nasib bangsa Melayu.
Orang Melayu yang menyokong UMNO dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Pemimpin peringkat tinggi (pusat dan negeri) : ........ 0.2%.
2. Penggerak akar umbi (bahagian dan cawangan) : .... 8%.
3. Ahli biasa dan penyokong tanpa keahlian : .............. 91.8%.
Kemampuan UMNO memenangi 12 pilihanraya umum yang telah diadakan di negara ini dan menjadi kerajaan Malaysia sejak 52 tahun lalu, bergantung kepada kekuatan sokongan ahli biasa dan penyokong tanpa keahlian (kategori 3) pada kadar 91.8%. Kelompok inilah yang masih memenangkan UMNO di kawasan majoriti pengundi Melayu kecuali di negeri Kelantan.
Kajian itu juga memperincikan kaitan di antara indoktrinasi pemikiran orang Melayu demi matlamat kuasa politik (pemimpin UMNO) itu dengan 3 punca yang lain, iaitu:
1. Strategi penjajah (British) untuk mengekalkan pengaruh politik, ketenteraan dan budaya di negara dan rantau ini.
2. Peranan kapitalis barat, kapitalis kaum Tionghua tempatan dan kapitalis Melayu.
3. Agenda halus Salibiah dan Zionis.
Paling menakutkan aku ialah pembuktian secara psychology dan saintifik bagaimana indoktrinasi itu mengakibatkan kesan langsung kepada evolusi genetik orang Melayu berkaitan otak fizikal. Evolusi itu membentuk konflik emosi dan psychology serta lemah daya fikir. Akhirnya majoriti orang Melayu jadi lemah dalam pelajaran, cenderung melakukan jenayah, tidak berdaya maju, bersaing secara tidak sihat dan mengabaikan agama. Melayu yang cacamerba itu ialah Melayu UMNO.
Bahagian yang paling aku minat dalam kajian itu ialah apabila pengkaji membuat pinpoint tentang pilihan langkah dan cara untuk menyembuhkan kualiti pemikiran orang Melayu yang sedang tenat.
Harapan masih ada, tetapi mestilah dengan usaha gigih dan tersusun.
Bacalah buku tu nanti!
Baca Sepenuhnya..
DEBAT TERBUKA BERTUKAR JADI DEBAT YM
cyberboron,Alhamdulillah. Akhirnya BPN bagi respon juga pada cadangan aku. Cuma terkeluar tajuk sikit je. Gomo cabar debat terbuka. Aku sambut cabaran tu bagi pihak blognet. Tapi perlu diulang sekali lagi - GOMO cabar debat terbuka, bila-bila masa dan di mana saja. Tak sampai sehari, BPN dah ubah 'terbuka' jadi 'tertutup'. PPC nak berdebat kat YM je. Tak boleh tunjuk muka.
Cenangau dah cari dewan. Ada tiga pilihan sama ada dewan Kg. Jambu, dewan Pokok Assam atau dewan pekan Trong. Kalau dapat debat kat kawasan khemah-khemah bilik gerakan UMNO-BN yang banyak aku nampak kat Bukit Gantang ni pun bagus jugak. Tapi tak tahulah macam mana nak dapatkan kebenaran.
Albanjari dan Topeng Perak dah ulas perkara ini. Oleh kerana GOMO nak berdebat tentang rakyat maka eloklah dibuat di depan rakyat. Sementelah cabaran itu pun jelas menyatakan 'di mana saja', dan GOMO menyerahkan penentuan 'bila' dan 'di mana' itu kepada pihak yang dicabar. Kata GOMO "LU ORANG CAKAP SAHAJA BILA DAN DI MANA UNTUK KITA BERDEBAT DALAM MASAALAH RAKYAT".Sebab itulah aku kemukakan cadangan tarikh, tempat dan format debat itu. Sekira-kiranya patut juga kalau aku terus nyatakan tarikh dan tempat secara muktamad, tapi aku rasa lebih gentle kalau bagi cadangan dulu. Lepas tu bolehlah kedua-dua pihak membincangkan kesesuaiannya.
Tapi lain pula jadinya. BPN memaki hamun aku dan rakan-rakan blognet kerana menyahut cabaran itu. Jawaban BPN kabur dan bercanggah antara sesama mereka. GOMO terima, tapi tak boleh kalau 20 Mac. Selepas beberapa jam, macam setuju pulak dengan tarikh tu. Parpu Kari hanya merapu macam budak-budak. Kawan dia si GOMO cabar blognet, tapi si Parpu minta DS Nizar turun berdebat. Memang merapu tak faham tajuk. Alih-alih boss BPN si PPC ajak debat online je. Debat melalui YM. Boss pun tak faham tajuk.
Bila PPC ajak debat melalui YM, aku dah nampak jawaban sebenar BPN. Bila geng PPC berlumba-lumba mencabar blognet supaya kemuka hujah kat YM malam tadi, semakin terang jawaban sebenar BPN. Debat terbuka tak diterima. Pakai YM je yang mereka sanggup. Cabaran GOMO "CAKAP SAHAJA BILA DAN DIMANA" dah bertukar jadi "JOM DEBAT KAT YM JE".
Aku masih mengharap debat ini jadi kenyataan. Albanjari mengulangi kesediaan blognet berdasarkan cabaran yang asal. Aku masih mengharapkan keberanian tulen BPN. Please jangan pusing-pusing cakap. Janganlah "terbuka" jadi "tertutup". Janganlah "dimana saja" jadi "kat YM je". Janganlah beralasankan keselamatan, tajuk, bil streamyx, buang masa dan seribu satu macam lagi.
Kalau hendak, seribu daya
Kalau tak mahu, seribu dalih
BPN CABAR - AKU SAMBUT - BPN HILANG
cyberboron, Wednesday, March 18, 2009Medan debat ini adalah kesempatan terbaik untuk BPN membuktikan kebenaran segala macam dakwaan yang ditulis dalam blog. Bawaklah segala dokumen atau apa saja bukti kejahatan, pengkhianatan, penyelewengan parti-parti dan pemimpin Pakatan Rakyat. BPN berpeluang menyedarkan bangsa Melayu yang tersalah fikir. Orang Melayu mungkin insaf setelah mendengar hujah bloggers BPN. Kalau difikirkan perlu memaki hamun dan mencarut macam kat dalam blog BPN tu, silakan! Ucapkanlah babi, yahudi, bodoh, bangang, aljuburi dan semua wirid harian BPN yang sopan santun tu. Mudah-mudahan orang Melayu akan sedar. Bahasa jiwa bangsa. Hidup Melayu!
Hingga tengah malam tadi, belum ada sorang pun pendekar dan panglima BPN memberikan maklum balas. Ke mana hilangnya pejuang-pejuang bangsa tu, tak tahulah aku. Aku bukan mencabar, tetapi hanya menyahut cabaran. Cabaran itu datang dari BPN melalui GOMO. Biasanya pencabar tertunggu-tunggu cabaran disambut. Tapi kali ini yang menyahut cabaran pulak terpaksa menunggu.
Aku jenguk blog GOMO, Perak Bangkit dan Parpu Kari. Cabaran yang aku sambut, tidak bersambut balas. Sunyi sepi. Ramai juga penyokong PR beri komen kat posting diorang tentang debat ini, namun tetap tak ada respon. Apa dah jadi?
Kalau padi katakan padi,
jangan hamba tertampi-tampi,
kalau sudi katakan sudi,
jangan hamba ternanti-nanti.
OSMAN TEKUKUR BACA TEKS
cyberboron, Sunday, March 15, 2009Aku baru selesai baca teks ucapan yang disediakan untuk dibaca oleh Osman Jailu ketika berceramah di Air Kuning, 12 Mac baru-baru ni. Confirmed ucapan tu bukan dari kepala hotak Osman sendiri. Orang lain yang tulis. Dia tukang baca saja. Patut la tak boleh buat kerja sepanjang jadi exco dulu. Kalau nak baca, jenguklah albanjari online.
Aku tertunggu-tunggu bila pulak wira yang sorang lagi tu nak berceramah di Behrang. Kalau ada yang dapat teks ucapan Jamal tu, tolong bagi kat aku. Teringin sungguh nak tengok apa yang UMNO sediakan untuk disiulkan oleh tekukur.
Aku tak mau hentam Osman lebih-lebih berkaitan ceramah tu sebab bukan otak dia yang menghasilkan ucapan tu. Yang bestnye, muka pertama teks ucapan tu siap ada jata (lambang) negeri kat bahagian atasnya. Macam datang dari pejabat SUK je. Format teks itu pun macam format teks ucapan orang besar kerajaan. Kalau setakat UMNO Bukit Gantang yang sediakan teks itu, rasanya tak ada lambang macam tu. Kalau ada pun mungkin lambang UMNO.
Lantaklah siapa pun yang menyediakannya. Yang pasti, isi ucapan tu bukan dari kepala hotak Osman Jailu. Kesian Pak Jailu, dapat anak burung.
Aku nak cerita sikit pasal si Osman dan rakan sejawatnya si Jamal tu. Dua politikus ini dah bikin problem sejak kerajaan Pakatan Rakyat belum terbentuk lagi. Jamal tu teringin benor nak jadi MB. Selepas Sultan pilih Hj Nizar untuk jadi MB daripada tiga nama yang dikemukakan (Ngeh, Jamal dan Nizar), si Jamal ni tak setuju walhal ketika menyerahkan tiga nama tu semua dah mengaku akan terima siapa saja yang dipilih oleh Tuanku. Sebab itulah majlis angkat sumpah yang dijadualkan pada petang 13 Mac 2008 terpaksa ditangguhkan di saat akhir. Tuanku panggil Ngeh, Jamal dan Nizar pada pagi hari tu. Tuanku nak pastikan commitment persepakatan ketiga-tiga parti sebelum angkat sumpah petang nanti. Waktu itulah si Jamal kata tak setuju pada pemilihan Nizar. Tuanku terpaksa tangguhkan majlis angkat sumpah. Si Jamal ni cakap kat Tuanku, dialah yang lebih layak jadi MB. Bila pemimpin PKR tanya balik pada dia kenapa pulak tak setuju, selamber je dia jawab "saya pening sikit la masa tu". Sebab tu lah Tuanku minta pengakuan bertulis daripada semua 31 ADUN Pakatan Rakyat. Selesai serah surat tu barulah Tuanku perkenan mengadakan majlis angkat sumpah MB.
Dalam teks ucapan si Osman, dia disuruh bersiul bahawa MB, Ngeh dan Nga plus lain-lain exco DAP dan PAS banyak buat benda untuk kepentingan diri dalam keputusan-keputusan mesyuarat exco. Siannn aku pada si Osman ni. Dia yang menyamun, tapi tuduh orang lain. Kalau nak tau betul atau tak betul, cuba ajak si Osman & Jamal berforum di pentas terbuka tentang dakwaan-dakwaan tu. Ahli panelnya Osman, Jamal, Nizar, Ngeh dan Nga. Aku jadi moderator. Osman boleh bawak bukti-bukti macam yang didakwa dalam teks ucapan tu. Mampuih idup balik si Osman tak berani. Kalau nak berlawan bukti, si Os dan si Jam ni bukan setakat boleh terlondeh seluaq tapi siap tercabut teloq. Ops! terheavy sikit.
Kalau hal lompatan demi agama, bangsa dan negara yang ada dalam teks tu, tak payah cerita la. UMNO yang kepit GRO kiri kanan dan tonggang langgang mabuk tuak pun melaungkan slogan cabuk yang sama.
Aku tergelak bila Osman ditekskan supaya berkata "banyak keputusan yang dibuat tidak mengambil kira pandangan yang diberikan oleh pihak kami." Kesian si tukang karang teks tu. Dia tak tau apa-apa. Mungkin tak pernah bersembang dengan Os dan Jam. Pandangan dua orang ni memang susah nak diambil kira sebab tak ketahuan punca. Orang berbincang pasal nak aktifkan semula aktiviti perlombongan, Os & Jam ni dok kira syok kalau boleh mengail lampam kat lombong tu. Alamak! tak reti masuk daun langsung. Waktu exco bincang tentang penstrukturan semula perkhidmatan pungutan dan pelupusan sampah di peringkat PBT, dua makhluk ni dok cerita pasai meter tempat letak kereta. Keluaq tajuk. Tu ka, macam mana orang nak ambil kira pandangan hangpa?
Ewah ewah! Osman kata bukan kerana duit. he he he! Katak dengan ulat kuang boleh la percaya cakap hangpa.
Selamat Maju Jaya Mr Os & Mr Jam!
UMNO TAKUT HADAPI PILIHANRAYA
cyberboron, Friday, March 06, 2009
Kenapa UMNO Takut Hadapi Pilihanraya?
Walau apa pun dalih dan alasan yang diberikan, ternyata UMNO takut menghadapi pilihanraya. Krisis yang berlaku di Perak hanya kerana ketakutan itu. Kalau UMNO tidak takut, apa perlunya menghalang perisytiharan kekosongan 3 kerusi ADUN lompat? Kesahihan surat letak jawatan dan kuatkuasanya dari sudut undang-undang adalah soal lain. UMNO dan Pakatan Rakyat boleh terus berdebat mengenainya. Persoalan utama ialah pilihanraya. Kalau UMNO berani hadapi pilihanraya, SPR tak perlu diarahkan supaya melanggar perlembagaan dengan bertindak menafikan makluman speaker DUN tentang kekosongan itu. Kalau yakin boleh menang, UMNO tak perlu bersusah payah mengelak daripadanya.
Seterusnya Pakatan Rakyat mohon perkenan Sultan membubarkan DUN supaya diadakan pilihanraya negeri. Mungkin Pakatan Rakyat yakin boleh menang namun hakikatnya tiada siapa yang tahu. Boleh jadi keputusannya nanti, BN yang menang. Tetapi pokoknya Pakatan Rakyat berani bertarung. Yang biasanya nampak berani ialah orang yang yakin boleh menang, walau pun akhirnya mungkin kalah. UMNO nampak macam takut nak bertarung dalam pilihanraya. Yang biasanya nampak takut ialah orang yang tak yakin boleh menang atau memang yakin akan kalah. Inilah hukum alam berdasarkan sejarah dan pengalaman manusia sejagat dalam hidup bermasyarakat.
Setakat ini UMNO belum mahu mengakui ketakutan itu. Logiknya, sampai bila pun UMNO pasti tak akan mengakuinya. Tapi dapatkah UMNO meyakinkan orang ramai bahawa parti itu memang tak takut? Mampukah ketakutan itu disembunyikan?
Kalau UMNO berani menghadapi pilihanraya negeri, kenapa takut dengan pembubaran DUN? Setakat ini UMNO sentiasa berdalih untuk mengelak daripada menjawab isu sebenar dalam soalan itu. Hujah utama UMNO masih “pilihanraya tidak perlu” kerana BN mendapat majoriti di kalangan ADUN untuk membentuk kerajaan. Fokus perdebatan UMNO masih tentang isu undang-undang dan isu derhaka. UMNO tetap tak mahu menjawab soalan “kenapa takut hadapi pilihanraya?”
Majoriti, undang-undang dan derhaka adalah di luar maksud persoalan “UMNO takut pilihanraya”. Bagi perkara-perkara itu, masing-masing UMNO dan Pakatan Rakyat ada hujah sendiri. UMNO ada lawyer, Pakatan Rakyat pun ada lawyer. Kelebihan UMNO cuma kerana boleh memperkudakan institusi perundangan, penguatkuasaan dan keselamatan secara bukan jantan.
Semua isu itu dicetuskan oleh UMNO hanya kerana satu sebab iaitu “tak mahu diadakan pilihanraya”.
Kenapa? ….. takut!
Takut apa? ….. takut kalah!
Itulah realitinya. UMNO takut kalah. Badi kemerosotan undi ketika PRU 12 serta kekalahan dalam PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu benar-benar menghantui UMNO. Tradisi menang bukan milik UMNO lagi. Malah semacam yakin akan kalah.
Di sebalik realiti yang semakin disedari itu, UMNO tetap tidak sanggup jadi pihak yang kalah. UMNO tak bersedia untuk kalah. Kalah bererti mati. Pemimpin-pemimpin UMNO tak mampu hidup tanpa kuasa. Selama ini segala-galanya diperolehi melalui kuasa. Kuasa itulah juga yang dapat menutup sejuta jenayah yang dilakukan. Kalau hilang kuasa, hilanglah kemewahan dan terbongkarlah kejahatan.
Sebab sebenar kekalutan UMNO bukan soal perjuangan. Bukan soal keadilan. Bukan soal maruah bangsa. Bukan soal kedaulatan Raja. Bukan soal hak Melayu. Bukan soal maju mundur. Bukan belaka!
UMNO takut hilang kuasa. Maka dengan apa cara sekali pun ia mesti dipertahankan. Rampas kuasa. Langgar perlembagaan. Cabul undang-undang. Ancam pesaing. Rasuah. Manipulasi media ……. asalkan jangan ada pilihanraya!



















