Aku baru selesai baca teks ucapan yang disediakan untuk dibaca oleh Osman Jailu ketika berceramah di Air Kuning, 12 Mac baru-baru ni. Confirmed ucapan tu bukan dari kepala hotak Osman sendiri. Orang lain yang tulis. Dia tukang baca saja. Patut la tak boleh buat kerja sepanjang jadi exco dulu. Kalau nak baca, jenguklah albanjari online.
Aku tertunggu-tunggu bila pulak wira yang sorang lagi tu nak berceramah di Behrang. Kalau ada yang dapat teks ucapan Jamal tu, tolong bagi kat aku. Teringin sungguh nak tengok apa yang UMNO sediakan untuk disiulkan oleh tekukur.
Aku tak mau hentam Osman lebih-lebih berkaitan ceramah tu sebab bukan otak dia yang menghasilkan ucapan tu. Yang bestnye, muka pertama teks ucapan tu siap ada jata (lambang) negeri kat bahagian atasnya. Macam datang dari pejabat SUK je. Format teks itu pun macam format teks ucapan orang besar kerajaan. Kalau setakat UMNO Bukit Gantang yang sediakan teks itu, rasanya tak ada lambang macam tu. Kalau ada pun mungkin lambang UMNO.
Lantaklah siapa pun yang menyediakannya. Yang pasti, isi ucapan tu bukan dari kepala hotak Osman Jailu. Kesian Pak Jailu, dapat anak burung.
Aku nak cerita sikit pasal si Osman dan rakan sejawatnya si Jamal tu. Dua politikus ini dah bikin problem sejak kerajaan Pakatan Rakyat belum terbentuk lagi. Jamal tu teringin benor nak jadi MB. Selepas Sultan pilih Hj Nizar untuk jadi MB daripada tiga nama yang dikemukakan (Ngeh, Jamal dan Nizar), si Jamal ni tak setuju walhal ketika menyerahkan tiga nama tu semua dah mengaku akan terima siapa saja yang dipilih oleh Tuanku. Sebab itulah majlis angkat sumpah yang dijadualkan pada petang 13 Mac 2008 terpaksa ditangguhkan di saat akhir. Tuanku panggil Ngeh, Jamal dan Nizar pada pagi hari tu. Tuanku nak pastikan commitment persepakatan ketiga-tiga parti sebelum angkat sumpah petang nanti. Waktu itulah si Jamal kata tak setuju pada pemilihan Nizar. Tuanku terpaksa tangguhkan majlis angkat sumpah. Si Jamal ni cakap kat Tuanku, dialah yang lebih layak jadi MB. Bila pemimpin PKR tanya balik pada dia kenapa pulak tak setuju, selamber je dia jawab "saya pening sikit la masa tu". Sebab tu lah Tuanku minta pengakuan bertulis daripada semua 31 ADUN Pakatan Rakyat. Selesai serah surat tu barulah Tuanku perkenan mengadakan majlis angkat sumpah MB.
Dalam teks ucapan si Osman, dia disuruh bersiul bahawa MB, Ngeh dan Nga plus lain-lain exco DAP dan PAS banyak buat benda untuk kepentingan diri dalam keputusan-keputusan mesyuarat exco. Siannn aku pada si Osman ni. Dia yang menyamun, tapi tuduh orang lain. Kalau nak tau betul atau tak betul, cuba ajak si Osman & Jamal berforum di pentas terbuka tentang dakwaan-dakwaan tu. Ahli panelnya Osman, Jamal, Nizar, Ngeh dan Nga. Aku jadi moderator. Osman boleh bawak bukti-bukti macam yang didakwa dalam teks ucapan tu. Mampuih idup balik si Osman tak berani. Kalau nak berlawan bukti, si Os dan si Jam ni bukan setakat boleh terlondeh seluaq tapi siap tercabut teloq. Ops! terheavy sikit.
Kalau hal lompatan demi agama, bangsa dan negara yang ada dalam teks tu, tak payah cerita la. UMNO yang kepit GRO kiri kanan dan tonggang langgang mabuk tuak pun melaungkan slogan cabuk yang sama.
Aku tergelak bila Osman ditekskan supaya berkata "banyak keputusan yang dibuat tidak mengambil kira pandangan yang diberikan oleh pihak kami." Kesian si tukang karang teks tu. Dia tak tau apa-apa. Mungkin tak pernah bersembang dengan Os dan Jam. Pandangan dua orang ni memang susah nak diambil kira sebab tak ketahuan punca. Orang berbincang pasal nak aktifkan semula aktiviti perlombongan, Os & Jam ni dok kira syok kalau boleh mengail lampam kat lombong tu. Alamak! tak reti masuk daun langsung. Waktu exco bincang tentang penstrukturan semula perkhidmatan pungutan dan pelupusan sampah di peringkat PBT, dua makhluk ni dok cerita pasai meter tempat letak kereta. Keluaq tajuk. Tu ka, macam mana orang nak ambil kira pandangan hangpa?
Ewah ewah! Osman kata bukan kerana duit. he he he! Katak dengan ulat kuang boleh la percaya cakap hangpa.
Selamat Maju Jaya Mr Os & Mr Jam!
OSMAN TEKUKUR BACA TEKS
cyberboron, Sunday, March 15, 2009INI CERITANYA ... JANGAN TANYA BANYAK SANGAT!
cyberboron, Wednesday, February 04, 2009Aku faham ramai yang dahagakan maklumat terkini tentang perkembangan sebenar politik Perak. So setakat ni begini ceritanya. Maklumat ini mungkin tak 100% tepat tapi bolehlah dianggap benar. Buat masa ini tak ada siapa yang dapat memberikan maklumat bertaraf 'pasti'.
Pakatan Rakyat dah sebulat suara berkeputusan BUBARkan DUN. MB dah buat PC yang dah keluar kat TV petang tadi. MB dah menghadap Sultan. Sultan tak kata YA dan tak kata TIDAK. Ada hal yang Tuanku nak siasat dan selesaikan dulu sebelum boleh diberikan perkenan. Sumber yang sah mengatakan BESOK Tuanku akan putuskan sama ada beri perkenan atau tidak. Full Stop!
5.06 petang tadi Najib buat PC memaklumkan BN dah cukup kerusi untuk bentuk kerajaan baru Perak. Nasarudin Bota masuk UMNO balik. Jamaludin dan Osman pun sokong BN bentuk kerajaan. Hee Yit Foong Jelapang juga beri sokongan. Empat ADUN tu ada sama dalam PC yang Najib buat seperti yang kita tengok kat TV. Tapi yang kita tengok tu bukan siaran langsung. Hanya rakaman. Entah pukul berapa rakaman tu dibuat, tak taulah.
Nasarudin Bota diculik oleh Hamdi (Pengkalan Bharu) dan Pakeh Adam (Lintang) kononnya Raja Nazrin panggil menghadap. Dua koboi tua tu terus bawa Nasarudin jumpa Najib. Offer baik ke atau ugut giller ke, tak dapat nak disahkan.
Kisah Hee Yit Foong memang penuh tanda tanya. NGA dan NGEH pun terngange bila ditanya oleh wartawan. Penyiasat maya melaporkan kes Hee Yit Foong ada kaitan dengan cerita Fauzi Muda dan Hj. Osman. Tapi jangan tuduh lebih-lebih. Siasatan masih dijalankan. DSAI pun mungkin dah telan 8 biji Panadol hari ni.
5.57 petang, wartawan memaklumkan bahawa Nasarudin dan Hee Yit Foong ada kat Ipoh bersama pemimpin Pakatan Rakyat. Dilaporkan AMK PKR dapat seludupkan dua ADUN tu keluar dari kepungan gestapo UMNO. Wallahu a'lam betul ke tidak.
Najib menghadap Sultan petang ni juga. Tapi sama saja. Tuanku tak kata YA dan tak kata TIDAK . Keputusan sama ada diperkenan atau tidak diperkenankan permohonan membentuk kerajaan baru (BN) tu ditangguhkan oleh Tuanku. Mungkin BESOK juga jawapannya.
Malam ini ada majlis munajat di residensi MB di Ipoh. Tak payah pergi ramai-ramai. Orang Ipoh boleh pergi. Orang kawasan lain sila buat majlis munajat di peringkat kawasan dan cawangan masing-masing. Jangan beri peluang kepada Najib cetuskan provokasi untuk menghuru-harakan keadaan di Perak. Dia memang tunggu peluang untuk daruratkan Perak supaya boleh buat macam kat Selangor (13 Mei, 1969) dan macam masa UMNO nak rampas Kelantan di tahun 70an dulu. Jangan masuk perangkap UMNO!
OK. Itu ceritanya setakat ni. Jangan tokok tambah macam-macam. Dah terlalu banyak cerita rekaan yang tak memberikan apa-apa manfaat kepada sesiapa pun. Mungkin UMNO pula yang untung.
...... perkembangan terbaru akan terus dilaporkan di sini ......
BUBAR KE TUKAR? TUNGGU JE LA ... JANGAN GELABAH
cyberboron,MB umum bubar DUN. Lepas tu menghadap Sultan. Dah selesai pun. Dah Keluar dari istana. Kejap lagi nak buat PC kat rumah dia. Kata wartawan yang ada kat istana, Sultan belum perkenan hal bubar tu. Tuanku nak refer pada penasihat undang-undang dulu. Besok baru ada jawapan.
TUNGGU JE LA!
Kejap tadi Najib adakan PC. Dia umumkan BN dah cukup kerusi untuk bentuk kerajaan Perak. Nasarudin Bota rujuk balik masuk UMNO. Jamaludin dan Osman pun dah hantar surat keluar PKR. Hee Yit Foong pun keluar DAP.
BN ada 31 kerusi. PR tinggal 28. Maka Najib kata akan menghadap Sultan dalam masa terdekat untuk mohon perkenan bentuk kerajaan.
TUNGGU JE LA!
Kalau Sultan perkenan keputusan bubar DUN yang MB buat tu, kita akan berentap semula dalam pilihanraya negeri.
Kalau Sultan terima Najib atau siapa yang nak jadi MB baru tu masuk menghadap untuk dapat perkenan bentuk kerajaan BN, tak jadilah pilihanraya. Kita dapat kerajaan baru. Kerajaan Penyamun.
TUNGGU JE LA!
Kalau jadi pilihanraya, kita ada peluang cerah untuk bentuk kerajaan dengan jumlah kerusi yang lebih banyak dari sekarang. Sebab tu lah UMNO sanggup buat apa saja untuk mengelakkan pilihanraya.
Kalau kerajaan bertukar tanpa pilihanraya, kerajaan tu pun hanya ada kelebihan kerusi yang sikit sangat. Tak berapa kuat macam kerajaan kita yang asal juga. Macam-macam boleh jadi.
Kita tak perlu gelabah dan kelam kabut. Kita perlu terus melangkah macam biasa. Kalau pilihanraya, kita langkah cara pilihanraya. Kalau terbalik kuang macam tu je dan BN ambil alih negeri ni, kita langkah cara pembangkang macam dulu-dulu. Tapi kali ni kita dah ada banyak pengalaman baru. UMNO tak mungkin boleh relaks.
Please ... jangan gelabah teruk sangat. Filem ni just begin. Panjang lagi ceritanya. Banyak lagi adegan-adegan luar jangka yang akan kita saksikan. Buat kerja macam biasa. Ops! bukan macam biasa tapi lebih kuat daripada biasa. UMNO perlu dikuburkan terus seperti patutnya Israel ditiadakan dalam peta dunia!

Timbalan Speaker Pun HILANG!
cyberboron, Sunday, February 01, 2009Dilaporkan Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Fong yang juga ADUN Jelapang turut tidak dapat dihubungi oleh rakan-rakan dan keluarga. Yit Fong tidak menghadiri majlis DAP pada hari ini dan usaha DAP menghubunginya melalui telefon tidak berhasil.
Laporan ini menghangatkan lagi spekulasi pertukaran kerajaan Perak selepas Jamaludin (Behrang) dan Osman (Changkat Jering) meninggalkan PKR.

