Muktamar PAS Pusat kali ke 55 bermula hari ini. Setakat kelmarin Dewan-dewan Ulama', Pemuda dan Muslimat telah menyempurnakan muktamar tahunan masing-masing. Banyak perkara dah dibincang dan diputuskan. Ada perkara yang biasa saja dan ada yang panas. Memang begitulah lumrah bermuktamar sejak 54 kali sebelum ini.
Seluruh dunia sedang memerhatikan muktamar kali ini khususnya sidang utama yang bermula hari ini. Seluruh rakyat Malaysia rentas kaum silang agama juga prihatin dan penuh minat. Ahli dan penyokong parti-parti gabungan Pakatan Rakyat lebih hebat ambil berat. Ahli dan penyokong PAS teruja dalam cemas. Para perwakilan berdebar-debar untuk menunaikan tanggungjawab berbahas dan mengundi. Semua orang ternanti-nanti keputusan pemilihan saf kepimpinan parti yang akan diketahui besok.
UMNO juga tidak ketinggalan. Media arus perdana sibuk mengulas dan menganalisis pertandingan jawatan tertinggi PAS kali ini khususnya jawatan Timbalan Presiden. Tergambar ada pertembungan besar dalam PAS hari ini. Ada kem ulama' dan ada kem profesional, atau ulama' lawan erdogan. Akhbar online dan blog politik riuh rendah dengan kempen mengempen dan bongkar membongkar. Seolah-olah kelompok pemimpin PAS sedang bergaduh besar merebut kedudukan.
Semua orang atau semua pihak berhujah, mengkritik, memberi pandangan malah mencadangkan supaya undi orang itu atau ini. Sama ada disedari atau tidak, semua orang yang berhujah dalam isu kepimpinan PAS ini sedang memberitahu; "Aku tahu perkara sebenar, aku tahu apa yang telah dilakukan oleh orang ini dan orang itu, aku tahu apa yang sepatutnya dilakukan oleh orang ini dan orang itu, aku tahu siapa yang sepatutnya diundi oleh perwakilan dan hujah akulah yang betul. Mana-mana hujah yang berlawanan dengan hujah aku adalah tidak betul belaka."
Antara hujah-hujah yang popular (kategori 1) ialah:
- PAS mestilah dipimpin oleh golongan ulama'.
- Kepimpinan PAS mestilah gandingan antara ulama' dan profesional.
- Kepimpinan PAS pasca PRU12 mestilah berimej rentas kaum dan silang agama.
- Kepimpinan PAS mestilah berimej aktivis yang 'merakyat'dan tahan uji.
- Ulama' perlu diprofesionalkan manakala profesional perlu diulama'kan.
- Pemimpin PAS mestilah dipilih dari kalangan yang pro Pakatan Rakyat.
Antara hujah-hujah popular (kategori 2) ialah:
- Pemimpin pro-muqabalah (dengan UMNO) perlu disingkirkan.
- Kepimpinan PAS perlu dianggotai oleh lebih ramai golongan profesional.
- Bukan ulama' tidak layak menduduki jawatan tertinggi PAS.
- Ulama' atau bukan ulama' sama saja. Yang penting ialah kualiti kepimpinan.
Antara hujah-hujah popular (kategori 3 - panas!) ialah:
- Ustaz Nasharudin Mat Isa pro kerjasama PAS-UMNO.
- Ustaz Nasharudin Mat Isa menipu ketika isu pertemuan dengan pemimpin UMNO.
- TG Hadi Awang bertentangan pendapat dengan TG Nik Abdul Aziz.
- Dato' Husam Musa cemar lumrah pertandingan dalam PAS kerana berkempen berlebihan.
- TG Nik Aziz sokong kumpulan Erdogan.
Antara hujah-hujah popular (kategori 4 - terbakar!) ialah:
- TG Hadi Awang juga pro kerjasama dengan UMNO.
- TG Hadi Awang patut berundur kerana lemah daya fikir dalam hal strategi.
- Ustaz Nasharudin hidup mewah ala UMNO.
- Dato' Husam sombong, ada skandal, membayar blogger upahan dan gelojoh jawatan.
- UMNO sokong Ustaz Nasharudin.
Sebahagian pengulas malah melabelkan pemimpin-pemimpin PAS dengan perkataan yang amat buruk dan lucah termasuk babi, dungu, bengap, bahalol, lembab dan mati pucuk.
Dari satu sudut, ruang mengulas dan mengkritik yang terbuka luas di era teknologi ICT ini amat mendewasakan pentas politik tanahair. Parti dan pemimpin politik terdedah kepada pemantauan dan kritikan semua pihak. Hampir tiada lagi maklumat yang boleh dirahsiakan. Kesilapan pasti mengundang padah.
Forum maya sejuta panel 24 jam sehari sepanjang masa mungkin membuka ruang kepada perwakilan memperincikan sebab terbaik sebelum menentukan nama yang akan diundi.
Dari satu sudut yang lain keghairahan mengulas dan berhujah ini mungkin juga membuka peluang kepada UMNO untuk mengenalpasti kelemahan Pakatan Rakyat secara terperinci. Memang kita tidak mahu mendiamkan kesalahan atau kelemahan yang berlaku dalam parti-parti (PR) kita. Kita tegas dengan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Kita serius dengan prinsip keterbukaan. Kita bukan yes man membabi buta kepada pemimpin-pemimpin parti kita. Namun kita ada musuh yang sentiasa menunggu peluang. Profesionalisme tempur politik dan pemikiran strategik menuntut pertimbangan untung-rugi dan penilaian kesesuaian senjata-medan.
Ketidakpuasan hati antara seorang dengan seorang yang lain adalah 'nature'. Apatah lagi dalam perkara yang besar seperti urusan kepimpinan rakyat. Perbezaan pendapat dan sudut pandangan juga adalah fitrah manusia. Bahkan dalam kehidupan haiwan yang satu spesis pun ada perbalahan dan pertikaian. Dalam satu perkara yang khusus, sejarah kemanusiaan membuktikan betapa persepsi, penilaian, pertimbangan dan pendirian manusia sentiasa tidak satu.
Oleh kerana itulah Islam mensyariatkan 'syura' sebagai platform pengurusan masyarakat, sebagai medan menemukan perbezaan dan merumuskan persepakatan. Satu keputusan syura bukanlah hasil persepsi dan pendirian asal yang sama di kalangan semua yang terlibat dalam proses itu. Ia cuma rumusan bagi pandangan dan penilaian yang berbeza.
Begitulah juga prinsip demokrasi. Walaupun syura dan demokrasi tidak sama namun dalam hal menguruskan perbezaan kedua-duanya mempunyai kehampiran. Semua orang atau semua pihak berhak mengemukakan pandangan dan penilaian masing-masing. Perbezaan diperinci dan dibincangkan untuk mencari titik persamaan atau mencari yang lebih baik. Akhirnya diputuskan satu kata sepakat. Keputusan itu berkuatkuasa.
Sama ada dalam sistem syura atau sistem demokrasi, pengurusan perbezaan sudut pandangan itu ada prosedur dan disiplinnya. Proses itu melibatkan seni komunikasi. Kualiti natijahnya sangat bergantung kepada komunikasi yang 'smart'.
Adakah kita berasa damai dan gembira jika anak-anak kita menguruskan perbezaan pandangan 'sesama mereka' dengan penggunaan perkataan babi, bodoh, dungu dan lembab? Apakah kita bahagia jika seorang anak kita menguruskan hujahnya dengan menelanjangkan kesilapan abang, kakak atau adiknya di depan khalayak ramai?
Barangkali perbandingan ini tidak tepat seratus peratus dengan dunia politik dan pengurusan masyarakat. Keluarga hanya sebuah unit masyarakat yang sangat kecil sedangkan kita membincangkan urusan masyarakat umum dan kepentingan yang jauh lebih besar. Namun begitu dalam banyak hal, kes kecil mampu menjadi asas kepada pemikiran berkaitan kes besar.
Penulis menyokong Dato' Husam Musa untuk jawatan Timbalan Presiden. Secara resmi, PAS Kawasan penulis juga mencalonkan Dato' Husam untuk jawatan itu dalam Mesyuarat Agong PAS Kawasan, April lalu. Tetapi penulis tidak sanggup menghentam Ustaz Nasharudin dengan bentuk hentaman yang penuh penghinaan. Sementelah terasa takut dengan butiran Fiqh Ad-Da'wa Wa Al-Baiyinat tentang urusan tuduhan dan pembuktian yang disyariatkan.
WaLlahu A'lam. Ini sekadar persepsi dan pandangan peribadi penulis. Tak mungkin penulis sentiasa 'betul' dalam semua perkara.
Agenda Kepimpinan Rakyat - Siapa Yang Betul?
cyberboron, Friday, June 05, 2009Mampukah PR Mengalahkan UMNO-BN?
cyberboron, Thursday, May 14, 2009Sejak lama dulu hinggalah sekarang soalan ini sentiasa diulang tanya oleh ramai orang. Apabila PAS, DAP, S'46, APU, PKN, PKR, BA atau PR menewaskan UMNO-BN di satu dua kawasan dalam pilihanraya, soalan itu tenggelam seketika. Apabila UMNO-BN ditewaskan dalam perbicaraan kes dimahkamah, soalan itu hilang sekejap. Apabila UMNO menang lagi sama ada dalam pilihanraya atau di mahkamah, ramai yang kembali bertanya "mampukah kita menewaskan UMNO-BN?"
Hakikatnya tiadalah yang mustahil di alam ini. Namrud, Firaun, kaum 'Ad, kaum Thamud, kerajaan Rum, kerajaan Farsi dan Soviet Union adalah antara contoh kekuatan dan kuasa yang kelihatan hampir mustahil untuk ditumbangkan. Namun akhirnya kuasa itu tewas juga.
Apalah sangat UMNO jika dibandingkan dengan kekuatan kuasa-kuasa kejahatan itu berbanding pihak yang bangkit menentang. Kelebihan UMNO cuma teknik dan teknologi kezaliman yang lebih moden berbanding kuasa kejahatan zaman silam itu.
Berbalik kepada pertembungan terkini antara UMNO-BN dan rakyat negeri Perak, mampukah rakyat mendapat kemenangan di kamar mahkamah?
Mahkamah Rayuan akan mendengar kes yang dibawa oleh DS Nizar pada hari Isnin 18 Mei ini. Kalau hakim berbaik budi seperti ketika menerima permohonan Zambry maka dapatlah perbicaraan disegerakan. Kes Zambry selesai didengar dan diputuskan dalam masa dua jam. Mungkinkah kes DS Nizar juga boleh selesai dalam tempoh masa yang sesingkat itu? Wallahu' a'lam.
Kalau DS Nizar berjaya mendapatkan perintah mengenepikan keputusan mahkamah 12 Mei, Zambry akan meninggalkan pejabat MB sekali lagi. Tetapi berapa jam sahaja DS Nizar boleh berada sekali lagi dalam pejabat MB? Zambry pasti akan failkan rayuan sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Sehingga keputusan yang paling akhir dalam sistem kehakiman Malaysia itu, UMNO-BN dipercayai ada seribu jalan untuk menghalalkan MB haram berumahtangga di pejabat MB. Amat menakjubkan pula kalau keputusan yang paling akhir itu berpihak kepada DS Nizar. Kalau benar berlaku begitu, maka sungguhlah Malaysia telah berubah.
Pendapat dan perasaan yang paling popular ialah DS Nizar akhirnya akan kalah. Zambry menang. UMNO-BN menang. Sepanjang menjajah Malaysia, UMNO-BN telah membuktikan kemampuan mereka dalam menentukan semua kehendak mereka tercapai. Rekod kejahatan UMNO-BN itu masih belum dapat ditandingi oleh mana-mana parti dalam dunia.
Maka apakah ada harapan bagi rakyat Malaysia untuk bebas daripada pemerintahan authoritarian dictatorship UMNO-BN yang dah berusia 52 tahun?
Sekali lagi elok diingatkan bahawa tiada yang mustahil. UMNO-BN boleh dikalahkan. Mereka bukan Tuhan. Mereka hanya manusia biasa sama seperti Namrud, Firaun, Napoleon Bonaparte, Mussolini, Gorbachev, Shah Iran, Ion Antonescu dan Marcos.
Persoalannya ialah bagaimana untuk menewaskan mereka?
Setakat ini rakyat tak ada banyak pilihan. Perlawanan dari sudut perundangan hanya boleh berlaku di mahkamah. Maka apabila ada kes yang bersifat perundangan, mahu tidak mahu terpaksalah juga rakyat merujuk ke mahkamah seperti kes-kes yang melibatkan krisis politik di negeri Perak. Walaupun dalam keadaan 'harap ada, percaya tiada', rakyat terpaksa juga mengheret UMNO-BN ke mahkamah. Mudah-mudahan akan sampai masanya hati yang arif hakim-hakim akan terdetik untuk mendaulatkan undang-undang.
Selain daripada mahkamah, jalan yang masih ada ialah pilihanraya. Itu pun dalam keadaan serba tidak adil. Dari sudut undang-undang pilihanraya sehingga kepada kesaksamaan hak berkempen, semuanya berat sebelah. UMNO-BN juga telah membuktikan kesanggupan mereka memanipulasi semua jentera kerajaan untuk tujuan menang pilihanraya. Pengundi hantu terus wujud walaupun mereka sejuta kali menafikannya. UMNO-BN boleh menang besar di kawasan yang ada penempatan tentera. Polis sibuk menjadi mata, telinga, kaki dan tangan UMNO-BN dalam keadaan penjenayah bermaharajalela di merata pelosok negara.
Tetapi setakat ini kita masih mampu menang di beberapa kawasan bahkan semakin memberangsangkan ketika PRU12 sehingga berjaya membentuk kerajaan di lima buah negeri. Majoriti dua pertiga BN di Parlimen pun dapat dinafikan buat kali yang pertama.
Realiti ini memungkinkan lambat laun rakyat akan berjaya menumbangkan paksi kejahatan Malaysia yang bernama UMNO-BN itu.
Selain daripada dua cara ini mungkin ada yang terfikir bahawa rakyat perlu bangkit dengan lebih agresif seperti kebangkitan di Iran, Filipina, Indonesia dan Thailand. Namun sebenarnya realiti Malaysia agak jauh berbeza daripada negara-negara revolusi itu. Persekitaran Malaysia unik dan tersendiri. Yang paling pasti ialah gerakan ke arah itu akan dipatahkan dengan pantas oleh UMNO-BN. Mereka adalah pakar membendung kebangkitan fizikal. Kalau ada yang berani bersuara sepatah dua mengajak rakyat ke jalanraya atau ke Putra Jaya, usia suara itu tak akan lama. Kem Kemunting dan pagar besi penjara akan menyambut yang empunya suara.
Ada yang mengherdik kenyataan seperti ini sebagai pengecut, bacul dan pondan. Namun inilah realiti. Majoriti rakyat Malaysia belum cukup berani menanggung risiko bergurau senda dengan penjara atau bermain-main dengan nyawa. Walaupun rakyat sama-sama melaungkan "kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan" (pinjam kata-kata DSAI), namun risiko yang disanggupi oleh rakyat Malaysia hanya terbatas pada saiz yang kecil dan sederhana. Mungkin kerana sejarah dan persekitaran semasa yang unik dan tersendiri itu.
Sementara kesanggupan itu belum lahir, pilihan yang ada hanya mahkamah dan pilihanraya. Sementelah mahkamah kelihatan tidak mesra rakyat maka tinggal hanya satu cara yang ada iaitu pilihanraya. Memang pilihanraya bukanlah kaedah yang boleh menjamin kemenangan rakyat tetapi setakat hari ini hanya itulah satu-satunya kaedah yang boleh dilagang dan dicuba.
Maka rakyat perlu serius dalam urusan pilihanraya. Pakatan Rakyat perlu very smart dalam hal pilihanraya. Gelanggang pilihanraya adalah gelanggang taktikal dan strategi. Gelanggang pilihanraya adalah gelanggang isu dan propaganda. Gelanggang pilihanraya adalah gelanggang jiwa, minda dan persepsi.
Rangkalah taktik dan strategi terbaik. Uruslah isu dengan sempurna. Sentuhlah jiwa dan minda pengundi supaya persepsi positif dan negatif mereka terarah ke tempat yang betul.
Pengurusan seni pilihanraya adalah pengurusan yang complicated dan mencabar. Ia bukan medan retorik dan bombastik. Ia bukan medan angan-angan dan percaturan syok sendiri. Ia bukan gelanggang ajaib atau medan jampi mentera. Ia bukan medan tempur peluru tabur. Ia bukan gelanggang 'sembang pandai'. Ia bukan medan teori dan andaian. Ia bukan medan tunjuk dan tuding. Ia bukan medan suruh dan perintah semata-mata.
Pemimpin wajib merakyat. Rakyat wajib memimpin. Yang banyak teori ayuh turun ke gelanggang. Menonton dari atas grand stand tak sama dengan berlari dan menggelecek di atas padang. Kalau anda nampak yang ini tak betul yang itu tak tepat, dipersilakan turun ke lapangan. Bukan sekadar untuk tunjukkan yang mana tak betul dan tak tepat, tetapi tunjukkan bagaimana yang betul dan bagaimana yang tepat. Bukan sekadar tunjukkan, tetapi buat yang betul dan tepat itu untuk dilihat, difahami dan dicontohi oleh rakan-rakan yang telah lama berada di atas padang di dalam gelanggang.
Rakyat mampu menewaskan UMNO-BN!
Awas! UMNO Tak Pernah Pedulikan Undang-Undang.
cyberboron, Tuesday, May 12, 2009Setakat pagi ini rakyat telah menang. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang kelmarin sangat bermakna kepada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang. Hak kemenangan Pakatan Rakyat dikembalikan oleh mahkamah setelah 3 bulan disamun oleh UMNO-BN. Rakyat patut gembira. DS Nizar dan Pakatan Rakyat layak meraikan kejayaan ini.
Namun begitu ada satu fakta yang wajar diinsafi oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat iaitu UMNO tak pernah pedulikan undang-undang. UMNO bukan jenis yang tahu menghormati undang-undang. Kalau mereka berpegang kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, pasti mereka tidak sanggup merampas kuasa secara tidak halal seperti yang disabitkan dimahkamah kelmarin. Kalau mereka menjunjung perlembagaan dan undang-undang, pasti mereka tidak tergamak melakukan drama kotor penyingkiran Speaker DUN pada 7 Mei.
Sepanjang sejarah kewujudan UMNO, parti itu telah terbukti tegak berkuasa dengan cara mengkhianati prinsip undang-undang dan melanggar suratan undang-undang. UMNO mengekalkan kuasa dengan tipu helah dan ketidakadilan dalam pelaksanaan sistem demokrasi. UMNO mengugut dan menafikan hak rakyat yang tidak menyokong parti mereka. UMNO hidup dan berkembang dengan amalan rasuah kecil dan besar. UMNO menggubal pelbagai akta dan enakmen bermotif politik untuk menyekat kebebasan rakyat yang tidak sependapat dengan mereka. UMNO memaksa dan menghaiwankan pihak berkuasa keselamatan untuk menakut-nakutkan dan menghalang gerakan rakyat yang bangkin memprotes kezaliman mereka. Pemimpin-pemimpin UMNO sudah biasa dengan konspirasi dan fitnah untuk menjatuhkan sesama mereka apatah lagi untuk memusnahkan parti lawan. UMNO ada sejarah membunuh untuk maksud survival politik dan kebendaan.
Dengan segala kebejatan dan kerosakan nilai yang dihidapi oleh UMNO itu, rakyat seharusnya tidak terlalu teruja dengan keputusan mahkamah kelmarin. Pakatan Rakyat patut mengambil iktibar daripada kisah Dato' Nasarudin Hashim pada penghujung Januari lalu. UMNO memang pintar bermain sendiwara. Dalam kita berseronok suka menyambut penghijrahan Dato' Nasa ke rumah kita, UMNO licik menyempurnakan operasi menjerat tiga ADUN kita ke sebelah sana. Belum sempat kita menghabiskan aturcara kegembiraan menyambut Dato' Nasa, UMNO selesai merampas kuasa yang baru 10 bulan dimandatkan oleh rakyat.
Ketika Najib mengumumkan tiga ADUN kita telah beralih menyokong BN, pemimpin PR Perak dengan yakinnya memberitahu penyokong PR bahawa permohonan pembubaran DUN pasti diperkenankan oleh Tuanku Sultan. DUN tetap akan dibubarkan besok. Tak mungkin Tuanku tidak memperkenankannya berdasarkan tafsiran dan semangat undang-undang tubuh. Akhirnya apa yang terjadi?
Ungkitan ini bukan bermaksud mempertikaikan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin PR dan peguam-peguam yang dirujuk oleh PR tetapi sebagai bahan fikir untuk berhati-hati terhadap seribu kemungkinan langkah UMNO besok lusa. Kita percaya pemimpin dan peguam kita menyuarakan keyakinan berdasarkan prinsip dan semangat undang-undang yang sebenar. Malangnya UMNO bukan jenis manusia yang hormat dan menjunjung undang-undang. Oleh itu kita seharusnya berfikir tentang kemungkinan langkah mereka dari sudut pandang mereka selaku pelanggar undang-undang itu.
Menjelang persidangan DUN 7 Mei, pemimpin dan ahli undang-undang PR yakin bahawa UMNO tak akan dapat menafikan hak dan kuasa YB Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Kita juga diyakinkan bahawa Speaker akan berjaya menggagalkan hasrat UMNO untuk memecat Sivakumar dan menggantikan Ganesan di kerusi itu melalui kuasa menerima atau menolak sesuatu usul yang ada pada Sivakumar. Akhirnya apa yang terjadi?
Kita menilai dari sudut proses dan prosedur yang biasa. Kita menganalisis undang-undang dari sudut tafsiran dan penguatkuasaannya yang biasa. Malangnya UMNO sudah biasa melakukan perkara-perkara yang luar biasa. UMNO jaguh melanggar proses dan prosedur resmi. UMNO juara memutarbelit peruntukan undang-undang untuk maksud politik dan pengekalan kuasa.
Oleh itu pemimpin dan pencatur langkah PR perlu menganalisis dan merumuskan andaian langkah-langkah UMNO dari sudut yang luar biasa dan di luar kerangka proses dan prosedur undang-undang yang biasa itu. PR perlu ada plan biasa dan plan luar biasa.
Berikutan keputusan mahkamah kelmarin, DS Nizar telah pun mengadakan mesyuarat exco tengah malam tadi dan membuat beberapa keputusan penting termasuk menggantung Setiausaha Kerajaan Negeri (Rahman Hashim) dan Penasihat Undang-Undang Negeri (Kamal Md Shahid) berkuatkuasa serta merta. Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menghantar surat memohon perkenan menghadap DYTM Raja Muda untuk menerangkan keputusan mahkamah serta memohon perkenan pembubaran DUN.
Sebelum itu Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa UMNO akan mengambil tindakan segera memfailkan rayuan di mahkamah terhadap keputusan kelmarin. Najib berkata "kita akan selesaikan masalah ini". Apabila ditanya apakah usul undi tidak percaya terhadap DS Nizar merupakan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini, Najib menjawab "langkah pertama ialah memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah, then we'll make it from there."
Kenyataan pengarah utama rampasan kuasa ini wajib dikaji dengan penuh waspada. Najib pasti sedia melakukan apa saja demi maruahnya sebagai PM yang baru berusia sebulan. Najib juga telah membuktikan kekuatannya memekakkan telinga terhadap semua serangan termasuk serangan mega seperti isu Altantunya. Kelicikan strategi Najib tak boleh dipandang sebelah mata.
Zambry juga telah mengeluarkan kenyataan untuk memohon perintah mahkamah bagi menghalang atau menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengembalikan hak DS Nizar sebagai Menteri Besar. Malam tadi Tv3 telah memulakan langkah mewajarkan sidang tergempar DUN untuk prosiding usul undi tidak percaya terhadap DS Nizar sebagai MB. Dalam siaran Buletin Utama, Peguam UMNO, Shafie Abdullah memperincikan fakta-fakta palsu untuk meyakinkan penonton tentang keabsahan penyingkiran Speaker Sivakumar dan keabsahan perlantikan Ganesan sebagai Speaker DUN yang baru. Kesimpulannya, Ganesan berhak memanggil Sidang Tergempar DUN untuk prosiding 'vote of no confidence' terhadap DS Nizar. Laman-laman blog pro-UMNO juga telah mewar-warkan kemungkinan sidang tergempar itu pada hari khamis ini atau satu tarikh terdekat selepas khamis.
Dalam sidang media di kediaman DS Nizar tengah malam tadi, pemimpin-pemimpin PR dengan tegas menyatakan perlantikan Ganesan sebagai Speaker adalah tidak sah. Oleh itu Sivakumar masih Speaker yang sah. Jika sidang DUN mahu diadakan, permohonan perkenan mengadakan sidang itu hanya boleh dikemukakan oleh DS Nizar sebagai MB yang sah. Notis panggilan sidang mesti dikeluarkan dan ditandatangani oleh YB Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Jika BN mahu mengusulkan undi tidak percaya terhadap MB DS Nizar, mereka hendaklah mengemukakan usul itu ke pejabat Setiausaha DUN tidak kurang daripada 14 hari sebelum tarikh sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker Sivakumar setelah permohonan perkenan mengadakan sidang itu dikemukakan oleh DS Nizar kepada DYMM Sultan. Dan Speaker Sivakumar berkuasa untuk menerima atau menolak usul yang dikemukakan itu. Itu kata kita.
Sebaliknya UMNO tetap bertegas bahawa perlantikan Ganesan adalah sah. Speaker Ganesan juga berhak memanggil sidang tergempar DUN tanpa permohonan perkenan daripada DYMM Sultan kerana sidang 7 Mei hanya ditangguhkan (adjourned) dan bukannya diberhentikan (prorogued). Ganesan sudah tentu akan menerima usul yang dikemukakan oleh UMNO dan akhirnya BN pasti berjaya menyingkirkan DS Nizar daripada kerusi MB dengan kelebihan 3 undi (31-28). Itu kata UMNO-BN.
Masing-masing ada hujah. Hujah PR berdasarkan keputusan mahkamah kelmarin dan berdasarkan peruntukan-peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang sebenar. Hujah UMNO-BN jelas menghina keputusan mahkamah dan melanggar Undang-Undang Tubuh. Tetapi UMNO sentiasa yakin setiap kali melanggar undang-undang. UMNO juga berupaya menghaiwankan pelbagai pihak untuk mencapai kehendak politik mereka. Mereka dah biasa mengugut hakim. Mereka pakar mengerahkan pasukan keselamatan untuk menghalang langkah PR. Mereka adalah jelmaan mafia.
Oleh itu pemimpin-pemimpin dan pencatur strategi PR wajib mengambil perhatian terhadap segala kemungkinan yang bakal dihadapi besok lusa.
Penyokong PR boleh bergembira tetapi jangan terlalu teruja dengan keputusan Mahkamah Tinggi petang kelmarin. Bersiap sedialah untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya negeri jika DUN dibubarkan.
Terima kasih Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim!
Perhatian Untuk Pemimpin PR - Tanda Aras Dan Tanda Arah Politik Orang Melayu
cyberboron, Monday, May 11, 2009Krisis Perak masuk ke fasa baru satu demi satu. Hari ini (11 Mei) satu lagi peristiwa penting akan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ramai menjangkakan keputusan akan berpihak kepada Zambry, UMNO dan BN. Kalau benar begitu, ia masih juga belum tamat. DS Nizar boleh failkan rayuan untuk dibicarakan semula. Dan rakyat akan tunggu lagi. Sidang lanun 7 Mei juga pasti akan ke mahkamah. Berpuluh saman boleh difailkan. Dalam cuaca kehakiman sekarang mungkin hampir tak ada apa yang boleh diharapkan daripada mahkamah. Tetapi PR tetap perlu membawa semua pencabulan UMNO-BN ke kamar mahkamah supaya parti lanun itu tidak dibiarkan bersenang lenang mencabul apa saja yang mereka suka.
Dalam ucapan pemimpin-pemimpin PR dan tulisan-tulisan di merata blog pro-PR nampaknya macam krisis yang berlaku ini memberikan keuntungan kepada PR. Semacam ada keyakinan besar bahawa rakyat semakin ramai bersimpati kepada PR. Malah ada yang memberitahu ramai penyokong UMNO-BN dah beralih menyokong PR. Benarkah begitu?
Pilihanraya kecil Bukit Gantang menunjukkan sokongan orang Melayu masih kekal seperti ketika pilihanraya umum Mac 2008. Penyokong PR kekal menyokong PR. Penyokong UMNO kekal menyokong UMNO. BN dapat tambahan undi di kawasan majoriti Melayu (80% ke atas). PR pun dapat tambahan undi di kawasan yang sama. Tetapi jumlah tambahan undi BN daripada pengundi Melayu itu lebih besar daripada jumlah tambahan undi Melayu kepada PR.
Kemenangan dengan majoriti lebih besar yang dicapai oleh PR pada PRK itu lebih disebabkan oleh pertambahan ketara undi bukan Melayu khususnya pengundi kaum Tionghua.
Dalam konteks Malaysia dan Pakatan Rakyat, pertambahan sokongan kaum Tionghua itu amat dialu-alukan. Malaysia adalah hak dan tanggungjawab semua kaum. Pakatan Rakyat adalah gerakan dan misi semua kaum. Tak ada salahnya PR menang di Bukit Gantang bersebabkan tambahan undi kaum Tionghua sebagai faktor utama.
Setelah sokongan kaum Tionghua mencecah kemuncak angka yang boleh dicapai, kini kelangsungan momentum kebangkitan rakyat ini bergantung kepada perolehan sokongan orang Melayu. Secara kasar, purata nisbah kecenderungan politik orang Melayu negeri Perak hari ini ialah 2:3 atau 40% PR berbanding 60% BN. Sekurang-kurangnya kedudukan nisbah PR:BN perlu dipacu sehingga mencapai 1:1 atau masing-masing 50%. Dengan nisbah minima 1:1 itu PR akan dapat meleraikan kebimbangan (tak berasas) orang Melayu tentang isu survival bangsa yang dimainkan oleh UMNO selama ini.
Perkembangan pemikiran politik orang Melayu sudah sampai ke titik penting dalam sejarah negara ini. Politik pak turut tanpa ilmu telah sampai ke peringkat tepu. Orang Melayu mula menilai dan menganalisis untuk menentukan sikap dan pendirian politik. Oleh sebab itulah PAS dan PKR semakin mendapat tempat di hati orang Melayu sejak penghujung tahun 90an sehingga pilihanraya umum tahun 2008.
Tetapi arus peralihan daripada UMNO kepada PAS dan PKR atau penyertaan warga tak berparti ke dalam dua parti bukan UMNO itu seolah-olah sudah sampai ke kemuncaknya. Pak turut tanpa fakta yang tetap mahu kekal sebagai pak turut masih mewakili kira-kira 50% daripada keseluruhan jumlah orang Melayu. Hanya kira-kira 40% orang Melayu yang terus yakin dengan keperluan menghentikan penguasaan UMNO-BN daripada kuasa mentadbir negara ini. Baki 10% orang Melayu masih tak nampak atau tak berminat dengan hal ehwal politik. Mereka tak mahu menyertai mana-mana parti atau tak mahu menetapkan sokongan kepada mana-mana parti bahkan mungkin tidak mengundi pun.
Dalam konteks orang Melayu, kini PR dan BN sedang berada di garisan sempadan yang sangat jelas tentang agihan sokongan. UMNO memiliki sebanyak ini. PAS atau PKR memiliki sebanyak itu. Di kampung-kampung Melayu, parti setiap individu boleh dinyatakan dengan mudah oleh semua orang. Itu orang PAS. Itu orang UMNO. Mati hidup balik pun si polan itu akan tetap dengan PAS. Yang UMNO pun sama. Seolah-olah saringan, tapisan, pembahagian dan proses fikir politik orang Melayu sudah selesai dan muktamad. Datanglah apa pun isu baru selepas ini, orang PAS tetap PAS dan orang UMNO tetap UMNO. Swing secara besar-besaran tak akan berlaku lagi.
Situasi ini menyebabkan semakin besar cabaran tugas penerangan dan pendekatan untuk meraih sokongan baru sama ada bagi PR atau BN. Bukannya mudah nak merobah pemikiran pak turut yang tak bersedia langsung membuka ruang mindanya. Bukannya mudah nak merobah pemikiran penyokong PR yang telah terbukti tahan diuji walau pun di sogok dengan pelbagai teknik propaganda, ugutan dan tawaran.
50% orang Melayu pak turut itu hampir pasti akan kekal menyokong UMNO-BN dalam PRU13. 40% hampir pasti tetap bersama PR. Medan pertarungan utama antara PR dan BN ialah di kelompok baki 10% orang Melayu yang kurang deria politik. Selain itu PR atau BN mungkin boleh mengubah pendirian antara 3 ke 5 peratus penyokong parti lawan yang kurang darjah kesetiaannya atau tahap fanatiknya.
Oleh itu jika mahu menang PR wajib objektif, fokus dan serius mendepani tugas yang mencabar ini. Dalam keadaan ini PR tidak sepatutnya mengharapkan keajaiban swing bersebabkan isu-isu besar peringkat nasional. Peringkat itu telah berlalu dan sukar untuk berlaku sekali lagi.
Langkah terbaik bagi PR hari ini ialah:
1. Menguruskan isu (sedia ada) dengan sempurna.
2. Mengukuhkan persefahaman dasar, organisasi dan jentera antara PAS-PKR-DAP.
3. Segera merumuskan strategi dan plan yang objektif dan praktikal.
4. Serius membangunkan budaya pengurusan dan budaya kerja yang komprehensif.
5. Memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah berdasarkan keutamaan.
Pakatan Rakyat Perak Perlu Fokus
cyberboron, Friday, May 08, 2009Yang dah berlaku telah pun berlaku. Tak ada apa yang boleh mengubahnya. Mulanya Jamaludin dan Osman diperangkap. Kemudian dua pelacur politik itu diugut dan diumpan. Seterusnya mereka di'ghaib'kan sehingga muncul bersama Hee Yit Foong di majlis Najib Altantunya pada 4 Februari. Besoknya DS Nizar dititah meletak jawatan. Sehari kemudian Zambry angkat sumpah jadi MB (haram).
Selepas itu Speaker isytihar kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong. Tetapi SPR tolak perisytiharan itu dan tak mahu adakan pilihanraya kecil. 18 Februari, Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN menggantung Zambri dan enam exco haramnya. Zambry digantung 18 bulan dan enam exco haramnya digantung 12 bulan. Sepanjang tempoh itu mereka tak boleh hadir ke sidang DUN. Akhirnya mahkamah putuskan Jamal, Osman dan Hee masih sah sebagai ADUN. Mahkamah juga berikan deklarasi Speaker tak boleh gantung Zambry dan enam exco haramnya.
Saman DS Nizar terhadap Zambry belum diputuskan oleh mahkamah. Setakat ini ditangguhkan keputusannya ke hari Isnin 11 Mei. Kalau keputusannya berpihak kepada Zambry, pasti DS Nizar akan rayu kes itu ke mahkamah lebih tinggi. Kalau berpihak kepada DS Nizar, Zambry juga pasti bawa kes itu ke mahkamah lebih tinggi.
Besok lusa hampir pasti PR akan saman Zambry atau Ganesan atau Rahman Hashim atau Abdullah Antong atau mungkin saman semua sekali. Semua pihak sama ada PR atau UMNO akan turun naik mahkamah berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun.
Tak banyak yang boleh diharapkan daripada mahkamah. Sejarah mahkamah selama dua dekad terakhir sejak Mahathir jadi raja Malaysia, hampir tak ada yang menguntungkan parti lawan BN.
Mahu tak mahu Pakatan Rakyat terpaksa juga membawa semua kes pencabulan undang-undang yang dilakukan oleh UMNO-BN untuk dihakimi oleh mahkamah. Kalau tak disaman dan tak dibawa ke mahkamah, UMNO-BN akan lebih melampau. Sekurang-kurangnya UMNO-BN tak dibiarkan bersenang lenang mencabul undang-undang sesuka hati mereka. Walau pun mereka sentiasa dapat mengugut dan menekan institusi kehakiman namun ada ketikanya hakim-hakim tiada ruang langsung untuk menghalalkan kebiadaban UMNO-BN yang tertentu. PR perlu terus ke mahkamah walau pun 'harap ada, percaya tiada'. Mudah-mudahan akan tiba masanya terdetik rasa tanggungjawab di hati hakim-hakim.
Khabarnya Pakatan Rakyat akan meneruskan road-show ke merata ceruk negeri Perak untuk menerangkan peristiwa hitam sidang DUN 7 Mei. Cerita bagaimana UMNO-BN merampas jawatan Speaker akan diterangkan kepada rakyat. Kisah kebiadaban Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Dewan yang dah dipecat, Bentara Dewan dan sekelian haiwan-haiwan yang bersekongkol menghalalkan plan UMNO-BN akan didedahkan sepenuhnya. Rakyat akan mempelajari Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Perintah-Perintah Tetap DUN dengan lebih mendalam.
Memang Pakatan Rakyat tak banyak pilihan untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat. Setiap hari media arus perdana yang dikawal sepenuhnya oleh UMNO-BN sentiasa memutar fakta untuk menggambarkan PR salah dan jahat. Tindakan UMNO-BN semua betul dan baik. Harakah, Suara Keadilan dan Roket amat terhad pengedarannya kerana disyaratkan jualannya hanya kepada ahli. Maklumat yang melimpah ruah di ruang cyber hanya diakses oleh tak sampai dua tiga peratus rakyat Malaysia. Mahu tak mahu terpaksalah juga pemimpin-pemimpin PR turun padang berceramah.
Teruskan menghimpit UMNO-BN di mahkamah. Teruskan berceramah dari Parit Buntar ke Hutan Melintang di sepanjang pantai barat dan dari Pengkalan Hulu ke Behrang di sepanjang tepian Banjaran Titiwangsa. Teruskan!
Tetapi Pakatan Rakyat jangan hilang fokus. Selain mahkamah dan ceramah ada banyak lagi tugas yang perlu digerakkan dengan sempurna sekiranya PR serius mahu menguburkan UMNO-BN di negeri Perak. UMNO-BN yang dikatakan sedang nazak itu sebenarnya masih ada banyak senjata bahkan mungkin ada nyawa yang disimpan di bank nyawa. Oleh kerana tiada yang haram di sisi mereka maka percaturan kita tak boleh diasaskan kepada perkiraan undang-undang yang tersurat sahaja. Mereka tidak pernah menjunjung 'fair-play' dalam perlawanan di gelanggang politik ini. Walau pun tidak dibentes, mereka sentiasa merebahkan badan di kotak penalti untuk mendapatkan gol percuma. Mereka dah terbiasa menujah buku lali dan tumit pemain kita tanpa disedari oleh pengadil perlawanan. Bahkan mereka tak segan silu merasuah pengadil dan pemain kita. Selain itu hampir di setiap perlawanan mereka mengupah tok pawang menjampi tiang gol. Macam mana kita nak menang?
PR perlu fokus kepada semua keperluan untuk memenangi pertembungan sebenar dengan UMNO-BN. Gelanggang yang sebenar ialah pilihanraya. PR perlu menang pilihanraya dengan kelebihan kerusi yang selesa. Kemenangan yang bermakna ialah memperolehi majoriti dua pertiga dalam DUN. Bagi negeri Perak dua pertiga ialah 40 kerusi. Lebih sempurna kalau ada lebihan empat lima kerusi daripada angka minima 40 itu. PR wajar ada misi yang jelas untuk memenangi antara 43 hingga 45 kerusi dalam PRU13.
Misi 43-45 kerusi bukanlah perkara mustahil. Selain daripada 31 kerusi yang dimenangi dalam PRU12, ada 10 kerusi lagi yang berpotensi untuk dimenangi oleh PR iaitu kawasan-kawasan yang dimenangi oleh BN dengan majoriti di bawah seribu undi. Turut boleh diusahakan ialah 4 kerusi yang dimenangi oleh BN dengan majoriti antara 1000 ke 1500. Jika 31 kerusi asal dapat dikekalkan dan 10 kerusi (majoriti bawah 1000) dapat ditawan, PR sudah memiliki majoriti dua pertiga. Kalau 4 kerusi (majoriti 1000-1500) lagi dapat juga dimenangi, PR selesa di depan dengan 45 kerusi. Ada rakan-rakan yang sinis apabila dikemukakan angka-angka seperti ini. Hujah mereka, "bermain angka memang mudah, tetapi bukan senang nak buat." Ya, kenyataan itu betul. Tetapi berpolitik tanpa matematik dan angka adalah sia-sia dan buang masa.
Tugas kita ialah 'buat' dan 'laksana'. Nak buat rumah perlu ada plan. Nak bentuk kerajaan pun kena ada plan. Plan pilihanraya tak boleh lari daripada perkiraan angka. Kalau tak ada perkiraan angka yang asas seperti contoh ini maka kita tak akan sampai ke mana. Dari angka yang asas itu kita patut bergerak kepada perincian yang lebih spesifik dan terarah. Dengan perincian itu kita akan dapat melihat keperluan yang menyeluruh. Setelah dikenalpasti semua keperluan, kita boleh menyusun kadar kepentingannya supaya tugasan terlaksana mengikut keutamaan. Apabila keutamaan telah jelas, langkah kita akan teratur dan bermakna. Fokus kita betul dan tepat. Keberkesanannya dapat diukur dan dinilai. Penambahbaikan dapat dilakukan. Peluru sampai tepat ke sasaran. Tenaga tidak sia-sia. Akhirnya insyaAllah berjaya.
Teruskan langkah ke mahkamah. Teruskan pidato di pentas ceramah. Tetapi jangan salah perkiraan dan jangan silap andaian.
Rakyat bukan saja perlu maklumat. Mereka perlukan pembelaan dalam urusan hidup seharian. Mereka gembira kalau dijadikan kawan. Mereka teruja kalau dipandu dibimbing dalam hal menceriakan taraf hidup keluarga. Mereka amat terhutang budi kalau anak cucu dan kerabat mereka disantuni di saat gembira apatah lagi di kala duka. Kalau mereka dah jadi sahabat kita, kalau mereka dah teruja dengan keprihatinan kita dan kalau mereka terhutang budi kepada kita, apa pun maklumat yang kita sampaikan pasti lebih mudah disambut, difikir dan diterima.
PR perlu fokus membangunkan program, projek dan aktiviti yang menjurus kepada pembentukan hubungan langsung dengan masyarakat dalam konteks ini. Jika ahli dan penyokong PR berjaya menjalin ikatan emosi dengan rakan dan keluarga terdekat dalam maksud 'keprihatinan' ini nescaya misi 'angka' dalam gerak kerja pilihanraya akan lebih mudah dicapai.
Masa masih ada. Laluan masih terbentang luas. Daya masih gagah. Kepakaran masih jenuh. Semangat tak pernah luntur. Cuma fokus saja perlu betul.
Ya Allah, Binasakanlah Mereka!
cyberboron, Wednesday, May 06, 2009Tajuk tulisan ini mungkin mengundang kontroversi. Oleh itu pembaca dinasihatkan agar merujuk kepada kitab-kitab seerah yang mengandungi kisah peperangan Badar. Doa "Ya Allah, binasakanlah mereka!" adalah sebahagian daripada doa Nabi SAW ketika terpandang pasukan Quraish yang sedang mara untuk bertempur dengan tentera Islam.
Ketika menghadapi tentangan dan perlakuan jahat penduduk Mekah sebelum Hijrah, Nabi pernah berdoa "Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku. Sesungguhnya mereka (menentang aku kerana) tidak mengetahui (hakikat kebenaran seruanku ini)".
Kedua-dua doa ini berbeza sifatnya. Ketika di Mekah, Nabi mendoakan kebaikan (agar diberi petunjuk) bagi manusia yang memusuhi dan menyakitinya. Tetapi menjelang pertempuran Badar, Nabi mendoakan kecelakaan dan kebinasaan ke atas manusia yang memusuhinya itu.
Doa kebaikan ketika di Mekah itu bersebabkan perkiraan mungkin mereka menentang kerana belum dapat memahami seruan Nabi secara menyeluruh. Mungkin hujah dan pembuktian oleh Nabi masih rumit untuk difahami apatah lagi untuk diyakini. Musyrikin Mekah sudah terlalu lama hidup dengan sistem kepercayaan dan sistem kehidupan jahiliah. Seruan selama hanya beberapa tahun belum memadai untuk memecahkan kefahaman yang telah berakar umbi dan mendarah daging itu. Justeru itu Nabi mendoakan kebaikan (petunjuk) bagi mereka walaupun mereka memusuhi dan menyakiti Nabi.
Selepas 15 tahun, dakwah Nabi telah sempurna dari sudut penghujahan dan pembuktian. Agamawan di kalangan Ahnaf (golongan yang kekal mengamalkan syariat Nabi Ibrahim alaihissalam), ilmuan Yahudi, pembesar Nasrani dan ramai tokoh ketika itu mengakui kewujudan pemberitahuan awal tentang kebangkitan Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa risalah tauhid akhir zaman. Bermacam cabaran musyrikin juga telah disambut dan dijawab oleh Nabi dengan anugerah mukjizat yang menakjubkan. Sebenarnya Musyrikin Mekah tiada alasan lagi untuk menentang Nabi. Kalau mereka tidak mahu melafazkan syahadah sekalipun, tidaklah wajar mereka memusuhi dan bertindak untuk menyakiti Nabi.
Oleh sebab itu, apabila mereka terus menentang bahkan mahu memerangi Nabi, lalu layaklah Nabi mendoakan kebinasaan ke atas mereka. Maka pada pagi Jumaat 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, di ambang pertempuran Badar, Nabi berdoa "Ya Allah, inilah dia Quraish, mereka tiba dengan sombong dan megah. Mereka menentangMu dan membohongi rasulMu. Ya Allah, kurniakanlah kemenangan yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, binasakanlah mereka pada pagi ini."
___________________________________________________________
Berdasarkan sebab dan alasan di sebalik perbezaan dua sifat doa Nabi terhadap musyrikin yang menentangnya itu maka sebahagian besar peneraju parti politik UMNO berserta golongan yang bersekongkol dengan kerja jahat parti itu layak didoakan kebinasaan ke atas mereka.
UMNO tentu menempelak penyataan ini dengan bermacam hujah dan alasan. Tepisan utama mereka ialah doa Nabi itu ditujukan kepada golongan musyrikin, sedangkan majoriti pemimpin dan ahli UMNO adalah orang Islam. Mereka akan menyusun senarai pembangunan Islam yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh mereka berkuasa. Masjid, surau, sekolah agama, mahkamah syariah, pusat Islam, Bank Islam, Universiti Islam dan macam-macam lagi. Itulah hujah UMNO bila-bila pun.
Mereka juga akan terus memutar fakta tentang persefahaman politik yang terjalin antara PAS, PKR dan DAP. Orang PAS pun bersekongkol dengan DAP yang kafir harbi laknatullah. Itulah hujah politik UMNO. Muafakat UMNO dengan MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBS, PBRS, PBDS dan banyak lagi parti yang dianggotai oleh non-muslim tidak salah. Yang salah ialah muafakat PAS dengan DAP. PAS menjual agama. PAS gadai prinsip. PAS tidur sebantal dengan kafir harbi. Itulah hujah UMNO Machiavelli.
Sebahagian besar pemimpin dan aktivis UMNO sememangnya layak didoakan kebinasaan mereka kerana mereka membenci cita-cita Islam secara terlampau. Matlamat PAS ialah membentuk kehidupan bermasyarakat yang menjunjung titah perintah Allah dan Rasul. Matlamat PAS ialah mendaulatkan sistem hidup berasaskan Quran dan Hadith. Matlamat PAS ialah menyemarakkan dakwah ke arah kehidupan berakhlak dan bersyakhsiah Islamiah. Itulah yang diseru sejak lebih 50 tahun yang lalu. Itulah yang dibuktikan sepanjang mendapat mandat mentadbir negeri Kelantan sejak 19 tahun yang lalu dalam keadaan kuasa perundangan yang terhad. Itulah juga yang diusahakan dalam kerumitan berkongsi mandat di empat negeri baru selepas pilihanraya umum ke 12.
Malangnya matlamat dan cita-cita itu selama-lamanya dimusuhi dan ditentang oleh UMNO. Setiap perkara yang direncana dan dilaksanakan oleh PAS pasti diberikan gambaran buruk oleh UMNO. UMNO sentiasa berusaha menghalang pelaksanaan dasar perundangan dan pembangunan yang digerakkan oleh PAS (dan sekarang bersama PR).
Sepanjang menyekat pengaruh dan perkembangan PAS (dan sekarang bersama PR), UMNO telah melakukan pelbagai jenayah demi keangkuhan dan kesombongan mereka. Mereka merasuah pengundi, menggerakkan propaganda jijik, menggunakan pengundi hantu, mengeluarkan kad pengenalan palsu untuk tujuan mengundi, mengugut melalui pihak berkuasa keselamatan, membunuh (seperti kes Samad Gol dan Ibrahim Libya), menyucuk hidung penjawat jabatan/agensi penguatkuasaan dan institusi kehakiman, menyalahgunakan harta dan jentera kerajaan untuk tugasan politik parti dan seribu satu jenayah lagi.
Seperti biasa UMNO pasti menafikan semua dakwaan ini. PAS-PR memfitnah. Mengada-adakan cerita. Dakwaan tanpa bukti.
Ah! Sudahlah! Penafian-penafian itu boleh diteruskan di pentas politik dan dalam media yang kamu kuasai sepenuhnya. Penafian-penafian itu mungkin masih berguna untuk mempertahankan baki sokongan yang masih kamu miliki daripada orang Melayu yang lembab fikir dan mati pucuk maklumat. Manusia yang kamu gunakan untuk perlakuan pelbagai jenayah itu sebahagiannya adalah kakitangan awam dan pekerja swasta yang masih ada iman. Mereka melakukannya dalam keadaan serba salah kerana terikat dengan tanggungjawab sebagai kakitangan jabatan itu ini atau syarikat itu ini. Habis waktu kerja, mereka menangis dan meluahkan kekesalan mereka kepangkuan keluarga dan rakan yang mendokong perjuangan PAS-PR.
Aku yang uruskan pemindahan tempat mengundi tu. Aku yang agihkan duit tu. Aku yang bersengkang mata hingga tengah malam memproses IC baru tu. Aku yang terlibat sama dalam perbincangan mengatur perangkap tu. Aku yang memandu kereta berulangkali pergi memujuk YB tu. Aku yang menguruskan pengangkutan pelakon-pelakon untuk adegan memburuk-burukkan PAS tu. Begitulah luahan kekesalan sebahagian kakitangan awam dan petugas UMNO yang masih ada iman itu.
Bersama dengan UMNO dalam semua amalan-amalan politik jahiliah itu ialah penjawat berpangkat besar dalam jabatan dan agensi kerajaan. Rahim Noor, Mokhtar Abdullah, Gani Patail, Musa Hasan dan beberapa nama lagi masih segar dalam kenangan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim. Abdul Rashid Abdul Rahman akan kekal dalam lipatan sejarah sebagai Pengerusi SPR yang mencium kaki UMNO. Abdul Aziz Yusuf yang baru menerajui SPR pun sama saja akidah politiknya. Ahmad Said Hamdan berada di dua zaman agensi pencegahan rasuah iaitu BPR dan SPRM. Tetapi jiwa raga agensi dan suruhanjaya itu sama saja walau pun bertukar baju. Imran Abdullah dinobatkan sebagai tukang suap paling dedikasi dalam semua drama ciptaan BPR dan SPRM. Bintang popular masakini ialah Abdul Rahman Hashim dan Ahmad Kamal Md Shahid selaku ketua dan setiausaha UMNO cawangan Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Nama-nama ini cuma sebahagian daripada ribuan manusia yang makan gaji untuk mengkhianati rakyat dan negara.
Tak berbeza langsung nilai disebalik perlakuan musyrikin Mekah yang Nabi doakan kebinasaan mereka dengan perlakuan sebahagian besar penguasa dan aktivis UMNO berserta penjawat awam berpangkat besar yang mengkhianati keadilan itu.
YA ALLAH, BINASAKANLAH MEREKA!
Mandrem Bomoh Tersampuk Zambry
cyberboron, Tuesday, May 05, 2009Ditulis berdasarkan rakaman video sidang media Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebelum membuat laporan polis terhadap YB Drs. Khalil Idham Lim berhubung isu BN guna bomoh untuk hadapi Sidang DUN 7 Mei.
Video sidang media ini disiarkan dalam laman web resmi BN Perak. Seratus peratus perkataan DS Zambry dalam rakaman video ini disalin semula sepenuhnya, termasuk pengulangan sebutan perkataan dan bunyi-bunyi bukan perkataan.
.... aaa Idham Lim aaa dalam aaa saya ingat itu adalah aaa laporan akhbar ya tadi ya? kalau aaa sidang akhbar yang dipanggil oleh beliau pagi tadi, aaa, begitu menjijikkan sekali. Yang memualkan. Yang langsung tidak ada prinsip. Orang atas prinsip-prinsip agama kononnya yang dipegang oleh beliau yang bergelar dirinya sebagai seorang ustaz, aaaa yang membuat tuduhan yang yang keterlaluan dan melampau, ya, yang terlalu hina sifatnya, yang sepatutnya tidak keluar daripada seorang yang bergelar yang yang berhormat, apatah lagi aaa yang aaa yang menggelarkan dirinya sebagai seorang ustaz, aaa bayangkan aaa beliau boleh mengeluarkan aaa tuduhan aaa demikian rupa yang saya anggap aaa adalah satu tindakan aaa yang terlalu terdesak di saat-saat aaa mereka sedang menghadapi aaa pelbagai aaa cabaran ya. Tapi kalau, kalau apa pun suasananya bukan ini caranya untuk untuk bertindak aaa ya aaa begitu aaa suka hati dia sahaja dan aaa saya anggap ini adalah satu tindakan aaa yang keterlaluan dan saya telah pun aaa mengarahkan untuk aaa pegawai saya dan saya akan aaa membuat laporan polis aaa kepada beliau dan saya akan mengambil tindakan-tindakan susulan aaa berasaskan kepada peraturan-peraturan undang-undang .... ## video dipotong di sini dan disambung semula dengan kenyataan berikut ##Ada 3 ulasan terhadap kenyataan MB coup de' tat ini.
.... tindakan yang dibuat oleh beliau ini adalah satu tindakan jahat aaa yang aaa cuba mengapi-apikan rakyat aaa untuk aaa membuat persiapan-persiapan dan meningkatkan lagi aaa kebencian rakyat aaa kepada aaa saya dan juga aaa kepada aaa Barisan Nasional, dan aaa perkara-perkara fitnah, penipuan-penipuan yang begini aaa tidak boleh kita biarkan aaa maka menjadi tanggungjawab saya pada hari ini untuk aaa saya mengambil tindakan-tindakan perlu kepada beliau dan aaa saya sebenarnya pun aaa sudah aaa banyak bersabar aaa dengan aaa ceramah-ceramah mereka yang saya dengar aaa walau pun begitu saya tidak mengambil tindakan-tindakan .... ## video dipotong di sini dan disambung semula dengan kenyataan berikut ##
.... Seperkara lagi ialah apabila aaa tindakan beliau cuba mengheret sama aaa nama aaa yang berbahagia Dato' Seri Mufti yang selama ini aaa juga mereka mereka hina aaa dan aaa cuba membawa beliau untuk turut aaa sama aaa dalam hal yang sebegini, jadi aaa saya akan mengambil tindakan, tindakan perlu aaa ke atas aaa beliau .... ## video dipotong di sini dan disambung semula dengan kenyataan berikut ##
.... saya pergi aaa saya pegi ke apanama aaa kerusi speaker dan bomohkan di tempat perasap kemiyan di kerusi bomoh Speaker ni, aaa ya, dan aaa dan ini mungkin you take it likely but for certain community, for certain community, especially for aaa this is quite serious, aaa you talk to malay, indian community, this matter aaa aaa quite aaa quite serious, aaa I do not know for the Chinese community, for me quite serious right? because how could aaa you know aaa Menteri Besar went to the ha ha, ha ha, you know, pergi ke kerusi Speaker aaa memperasap dan aaa try to aaa apanama dipanggil ni aaa untuk untuk aaa mendram aaa macam-macam la .... # tamat #
#1 - DS Zamry marah sangat terhadap perbuatan fitnah. Ia dianggap perbuatan jijik, memualkan, keterlaluan, melampau, hina, jahat, tipu dan tindakan terdesak. Status ustaz yang ada pada Drs. Khalil Idham dijadikan faktor yang lebih besar untuk mensabitkan dahsyatnya jenayah fitnah yang konon dilakukannya.
Ulasan : DS Zambry dan UMNO perlu menoleh ke belakang sepanjang sejarah negara ini sejak wujud UMNO. Pemimpin dan ahli UMNO adalah Maharaja fitnah sepanjang zaman. PAS ekstremis, PAS menyokong keganasan, negara Islam PAS akan menghapuskan kebebasan beragama, PAS menentang pembangunan, PAS anti kemajuan, PAS mahu rakyat Malaysia terus mundur, PAS parti ajaran sesat, PAS menyelewengkan ajaran Islam, PAS perosak agama, Anwar meliwat, Anwar berzina, Anwar agen asing, Anwar agen Yahudi, Anwar agen Israel, Anwar agen Amerika, Anwar nak menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu, Anwar nak gadai hak dan maruah bangsa Melayu dan seribu satu macam lagi.
Bukti? Sepanjang memfitnah PAS, DSAI dan lain-lain parti atau pihak yang membangkang, UMNO tak pernah ada bukti. Kalau ada dua tiga bukti dikemukakan, semuanya bohong atau bukti yang direkacipta.
Bagi kes BN guna bomoh seperti yang dilaporkan, YB Drs. Khalil Idham bertegas ada bukti dan sanggup bekerjasama dengan pihak berkuasa yang mahu menyiasat sumber dan bukti amalan khurafat UMNO itu.
#2 - DS Zambry marah sangat kerana Drs. Khalil Idham dan sekelian penceramah PR mengapi-apikan rakyat supaya membencinya dan membenci Barisan Nasional.
Ulasan : Aduhai malang sungguh nasib rakyat negeri Perak kerana hanya manusia seperti ini yang dapat ditawarkan oleh UMNO untuk memimpin sebuah negeri. DS Zamry tiada upaya menilai keadaan di sekeliling bahkan yang terbentang di depan mata. Matanya tak dapat melihat. Akalnya tak dapat menilai bagaimana UMNO maha dahsyat mengapi-apikan rakyat supaya membenci seluruh pemimpin PR. UMNO melakukan segala macam kaedah untuk membangkitkan kebencian rakyat negeri Perak terhadap DS Nizar sejak hari pertama dia mengangkat sumpah sebagai MB kerajaan PR Perak. UMNO mencipta dan mengadun lagu boneka dan derhaka yang palsu dan tak bertamadun untuk mebangunkan kebencian rakyat terhadap DS Nizar sehingga ada yang sanggup melaungkan KILL NIZAR !!!
#3 - Kenapa bahasa seorang MB berterabur tak tentu hala? Terlalu banyak aaa dan aaa menyusuli setiap selepas dua tiga patah perkataan. Banyak kali juga aaa itu muncul selepas setiap satu perkataan berturut-turut hingga empat lima perkataan. Doktor Falsafah ini kerap tak menghabiskan ayat atau berhenti secara tergantung, kemudian memulakan ayat baru. Apakah tidak well prepared atau memang gagap atau susah menyusun ayat kerana akal nak menipu?
Kesian pada wartawan yang hadir sidang media itu. Mereka terpaksa menunggu habis ayat yang panjang lebar, tersangkut-sangkut dan berulang-ulang untuk point yang hanya sedikit.
Agak mengejutkan juga bila mendengar ayat Bahasa Inggeris seorang yang berkelulusan PhD luar negara :
" dan aaa dan ini mungkin you take it likely but for certain community, for certain community, especially for aaa this is quite serious, aaa you talk to malay, indian community, this matter aaa aaa quite aaa quite serious, aaa I do not know for the Chinese community, for me quite serious right? because how could aaa you know aaa Menteri Besar went to the ha ha, ha ha, you know, pergi ke kerusi Speaker aaa memperasap dan aaa try to aaa apanama dipanggil ni aaa untuk untuk aaa mendram aaa macam-macam la "Baca Sepenuhnya..
Menjelang Muktamar PAS - Ulama' Atau Profesional?
cyberboron, Friday, May 01, 2009Mutakhir ini banyak diperkatakan tentang kepimpinan PAS. Media menggambarkan seolah-olah pemimpin-pemimpin PAS berpecah kepada dua team. Ada team yang mendokong kepimpinan ulama' dan ada team yang mahukan dominasi golongan profesional bukan ulama'. Ada juga istilah kumpulan Erdogan, merujuk kepada tokoh-tokoh PAS yang rapat dengan DSAI.
Terkini timbul kontroversi baru berikutan luahan Nik Abduh tentang 'pembantu-pembantu ayahanda TGNA' yang didakwa cuba melaga-lagakan Mursyidul Am itu dengan TGHH. Isu yang dikaitkan ialah pendekatan muzakarah yang berlaku selepas PRU12 dan kemudiannya dinamakan muqabalah selepas beberapa perbincangan peringkat tertinggi dalam PAS. Pendekatan politik yang melibatkan hubungan dengan UMNO itu kemudiannya membawa kepada kemunculan istilah Unity Government. Ia telah diisytiharkan sebagai 'dibatalkan' berikutan penolakan secara umum oleh ahli-ahli PAS pelbagai peringkat.
Sama ada sedikit atau banyak, kelihatannya kredibiliti ulama' sebagai peneraju kepimpinan PAS sedang dibahaskan. Media internet malah amat jauh ke depan mengulas persoalan ini sehingga ke tahap kritikan yang dahsyat dan ganas. Ulama' sudah dibangsatkan bahkan dibabikan oleh sebahagian penulis blog yang menyokong PR dan PAS.
Mengulas hal yang sama, Harakah 1-3 Mei memuatkan pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Haron Din yang ditemubual oleh Ahmad Lutfi Othman dan Azamin Amin. Wawancara itu terlalu panjang untuk dimuatkan disini. Antara isi pentingnya ialah;Masyarakat pada awalnya sudah memahami bahawa PAS dipimpin oleh ulama'-ulama' yang berwibawa sehinggalah berlaku sedikit perubahan apabila PAS dipimpin oleh almarhum Dr. Abbas Alias dari kalangan profesional dan kemudiannya almarhum Dato' Asri Muda kerana keperluan semasa. Sejarah itu memperlihatkan seolah-olah PAS tidak semestinya dipimpin oleh ulama' tetapi juga boleh dipimpin oleh golongan profesional bukan ulama'.
Dalam Muktamar PAS pada tahun 1983 satu ketetapan telah dibuat iaitu PAS mestilah menggariskan dengan jelas bahawa kepimpinan parti mesti berdasarkan kepimpinan ulama'.
Berikutan itu perlembagaan PAS dipinda dan dimasukkan peruntukan berkenaan Majlis Syura Ulama dengan kriteria khusus bagi keanggotaannya. Dengan itu semua pihak memahami bahawa kepimpinan tertinggi PAS disandang oleh individu-individu yang diterima dalam PAS sebagai ulama'.
Kepimpinan ulama sudah menjangkau suku abad. Tempoh itu tidak terlalu pendek dan tidak juga terlalu panjang untuk menilai pencapaian kepimpinan ulama'. Matlamat keagungan Islam berjaya diletakkan di landasan yang baik. Usaha memartabatkan perjuangan PAS sebagai perjuangan yang menarik minat majoriti umat Islam di negara ini berhasil dengan pencapaian yang agak besar.
PAS era kepimpinan ulama' mengambil masa beberapa tahun untuk diterima oleh rakyat negara ini yang berada di luar parti. Selepas menang di Kelantan pada pilihanraya umum tahun 1990 TGNA berjaya menampilkan keberkesanan kepimpinan ulama di peringkat kerajaan. Rakyat Kelantan terus memberikan sokongan kepada PAS yang dipimpin oleh ulama' sebagai kerajaan negeri itu sehingga hari ini. Hal ini boleh dikaitkan sebagai satu mesej penerimaan masyarakat kepada kepimpinan ulama' dalam PAS.Kesedaran tentang perlunya kepimpinan ulama' itu tidak berlaku secara tiba-tiba. Ada semacam 'paid up capital' atau modal berbayar yang mencetuskan era kepimpinan ulama' itu.
Sejak awal tahun 70an kebangkitan Islam berlaku dengan jelas di seluruh dunia, dimulai dengan Ayatullah Khomeini menggantikan Shah Iran diikuti kejayaan Islam di beberapa negara Timur Tengah. Ombak kesedaran Islam itu semakin besar dan sampai juga ke Malaysia.
Pada tahun 1975, ketika masih lagi sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan, saya terlibat secara langsung dengan PAS. Saya dicalonkan sebagai AJK PAS Pusat dan mendapat undi terbanyak. Selepas itu saya dan Yang DiPertua Agong PAS, Dato' Asri Muda berkempen dan berceramah di seluruh negara bersama-sama.
Haji Subky Latif pernah menulis dalam sebuah bukunya bahawa antara pemimpin yang wajar memimpin PAS selepas Dato' Asri ialah dua orang iaitu saya dan Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok. Maknanya telah tergambar kepada ahli PAS ketika itu bahawa perlunya ada perubahan dalam PAS dan ia mestilah berteraskan kepada kepimpinan ulama'.
Itu tanda kesedaran bahawa mereka yang mendalami agama, yang mahir dan yang arif dalam agama, atau dengan bahasa mudahnya ulama', merupakan golongan yang selayaknya memimpin PAS. Akhirnya selepas itu almarhum Haji Yusof Rawa yang juga seorang ulama' dipilih memimpin PAS.
Suka saya tegaskan bahawa perubahan yang berlaku itu bukanlah kerana terikut-ikut tetapi sebagai landasan bahawa PAS memperjuangkan Islam sebagai satu cara hidup yang wajar dipimpin oleh ulama'.Namun begitu PAS bukanlah parti yang dikongkong oleh ulama'. Keberkesanan kepimpinan ulama' di bangunkan dengan sokongan dan gabung jalin usaha tenaga profesional. Ulama boleh bergandingan dengan sesiapa sahaja serta sentiasa sedia bantu membantu di antara satu sama lain.
Ulama' hanyalah pengemudi parti untuk sampai kepada arah tuju yang sebenar. Ulama' laksana juruterbang sebuah pesawat terbang atau nahkoda sebuah kapal. Namun bukanlah hanya dia seorang saja yang bekerja, tetapi secara bersama dengan kakitangan yang lain. Hal ehwal penumpang, kebajikan, keselamatan dan lain-lain lagi diurus oleh yang bukan 'pilot'. Kerjasama itulah yang menjadikan penerbangan atau pelayaran itu lancar.
Nabi Muhammad banyak kali mengetuai angkatan perang tetapi tidak pernah membunuh walau pun sekali. Ada perkara yang Nabi perintahkan kepada umatnya tetapi baginda sendiri tidak pernah melakukannya seperti azan dan iqamat, sesuai dengan keadaan dirinya yang sentiasa menjadi imam.
Nabi pernah memerintahkan tentera Islam berkhemah di satu tempat tetapi ditegur oleh pakar perang bahawa kawasan itu tidak sesuai kerana jauh daripada sumber air, dekat dengan laluan angin dan mengadap pancaran matahari. Nabi menerima teguran itu dan berpindah ke tempat lain. Nabi memanfaatkan kepakaran sahabatnya yang memiliki kelebihan ilmu perang. Yang hebat memanah memimpin urusan memanah. Yang hebat memintas memimpin urusan memintas. Yang hebat mengatur strategi dimanfaatkan idea tempurnya. Tetapi Nabi tetap sebagai pemimpin utama.
Begitu juga dalam PAS, masing-masing ada kelebihan tersendiri dan saling tampung menampung. Kepimpinan ulama' mesti diteruskan. Gandingan dengan tenaga profesional mesti terus dimantapkan.
PAS berdepan dengan parti lawan yang sangat berbeza. Parti mereka mementingkan keduniaan. Catur politik mereka juga dunia. Modal besar dan janji mereka juga adalah dunia seperti pembangunan dan penambahan material.
Untuk berdepan dan menyaingi mereka, kita perlukan bukan saja ulama', tetapi juga buah fikiran dan tenaga golongan profesional demi memantapkan parti dan menggerakkan kejayaan perjuangan Islam yang menyeluruh. PAS berjuang untuk duniawi dan ukhrawi. Gabungan kedua-dua matlamat perjuangan itu menuntut jalinan ulama' dan profesional yang mantap. Kita mesti bergandingan dan tampung menampung jika ada kebocoran, bukannya mencari kelemahan dan berusaha menjatuhkan mana-mana pihak. Jangan jadikan parti kita serupa dengan UMNO sehingga berlaku politik wang.Apabila berhadapan dengan soal pemilihan, pelbagai persoalan berbangkit terutama jika membincangkan isu kepimpinan ulama'. Kita perlu sedar bahawa dasar kepimpinan ulama' dibuat bukan untuk kepentingan sesiapa tetapi merupakan keperluan dalam perjuangan Islam.
Wujud juga tafsiran yang sengaja atau mungkin tidak faham dengan perjuangan PAS apabila kepimpinan ulama' mahu ditukar dengan kepimpinan Islam.
Istilah itu tidak berlawanan jika kepimpinan Islam berteraskan ulama', namun kalau pemimpin yang memimpin itu adalah Islam sahaja, maka tafsirannya terlalu luas. Seolah-olah sesiapa saja boleh memimpin PAS asalkan dia Islam. Itu konteks yang luas dan boleh mengundang pelbagai hujah dan fitnah. Tetapi jika yang memimpin PAS itu adalah ulama', maka ada 'limitation' dan hadnya supaya ada ciri-ciri serta kriteria tertentu untuk menjadi pemimpin tertinggi parti Islam ini.
Islam itu adalah agama yang mudah, maka diperluaskan, tetapi jika ia luas sangat, maka sempitkan sedikit. Jika kita letak landasan kepimpinan ulama' maka ianya 'tidaklah luas sangat dan tidaklah sempit sangat'.Pemimpin dalam Islam adalah imam. Ia umpama analogi dalam solat. Ada makmum di belakang imam. Ada doa yang menjelaskan ciri kepimpinan iaitu "Ya Allah, jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa." Justeru dalam hal bertaqwa juga mempunyai peringkat-peringkat tertentu dan yang dipilih ialah yang tinggi taqwanya. Lazimnya ulama' mempunyai ciri-ciri ini.
sumber : Harakah 1-3 Mei, edisi cetak.
Nabi Muhammad adalah pemimpin dan juga imam. Ada ketika baginda terlalu khusyuk solat sampai mengerjakan Maghrib empat rakaat, tetapi kemudiannya ditegur oleh makmum. RasuluLlah akur lalu menunaikan sujud sahwi. Begitu juga dalam hal peperangan, baginda sentiasa menerima pandangan daripada sahabat-sahabat yang arif berperang.
Itu bukan kesilapan, tetapi petunjuk ringkas daripada RasuluLlah bahawa pemimpin boleh ditegur, dibantu dan diberi pandangan.
Begitu juga dalam PAS. Kelemahan kepimpinan ulama' bukan untuk diperbesarkan tetapi mesti diperbetulkan. Kita harus ingat, semua orang mempunyai kelemahan dan sewajarnya ditampung bersama. Adakah dengan menukar kepimpinan maka kelemahan dan kesilapan itu pasti tidak akan wujud samasekali?
Saya lihat ada keterbukaan pada ulama'-ulama' yang memimpin kita. Mereka tidak sedikit pun menghalang kita bertemu mereka untuk mendapatkan penjelasan. Mereka sedia bertemu dan berbincang demi mengukuhkan parti sekaligus memantapkan perjuangan Islam yang menjadi dasar dan teras PAS selama ini.
Timbalan Ketua DPP Pusat Mengulas Tulisan Nik Abduh
cyberboron, Thursday, April 30, 2009Sumber : Episode Sebuah Perjuangan - Nasrudin Tantawi
Kesempatan ini saya ingin mengulas kenyataan atau tilisan sahabat saya Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh setelah saya perhatikan betapa tulisan beliau mendapat liputan luas bukan sahaja dikalangan blogger tetapi juga media cetak sehingga beberapa akhbar meletakkan tulisan Ustaz Nik Mohd Abduh di muka hadapan akhbar mereka .
Sebentar tadi Ustaz Nik Mohd Abduh telah membuat penjelasan lanjut setelah menerima hampir 200 komentar [ pro dan kontra ] dari blog beliau dan saudara boleh membacanya disini :
http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/28/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas-2/
Saya tidak hanya membaca tulisan beliau bahkan saya segera menghubungi beliau sendiri untuk mendengar penjelasan langsung dan detail dari beliau berkait apa yang beliau tuliskan dalam blognya . 2 siri tulisan beliau dengan tajuk yang sama telah menaikkan suhu politik tanahair . Pihak blogger dan media cetak cepat mengulas dan mengambil manafaat dari tulisan Ustaz Nik Abduh .
Cara dan kaedah pengambilan manafaat yang saya maksudkan tadi juga mempunyai berbagai keadaan . Ada yang memancing , ada yang menceduk , ada yang tahan bubu dan ada yang menuba dari blog Ustaz Nik Mohd Abduh . Saya juga membaca komentar yang pelbagai . Ada yang pro lalu memuji tindakan Ustaz Nik Abduh dan ada yang kontra lalu menemplak tulisannya.
Saya berkawan lama dengan Ustaz Nik Mohd Abduh . Sejak tahun 94' melalui perkenalan pertama apabila beliau mengunjungi saya di rumah 10 Madinah An Nasr Kota Kaherah Mesir . Ketika itu beliau baru sampai ke Kaherah untuk menyambung pengajiannya setelah tamat pengajian di India .
Saya memahami bagaimana sikap , akhlak dan tahap penguasaan ilmunya dan agak rapat dengan beliau berbanding adik beradiknya yang lain walaupun sama - sama belajar di Mesir . Tentunya saya menyedari bahawa tidak mudah untuk Ustaz Nik Mohd Abduh membuat kenyataan seperti apa yang termaktub di dalam blog beliau .Dalam situasi sebegini , saya berpandangan agar siapa jua yang mahu mengulas atau memberi komentar terhadap tulisan beliau tidaklah menambah rencah atau ajinomoto yang akhirnya akan mengubah rasa dari menu asalnya. Ada juga yang lebih - lebih menambah lada dan tak pasal - pasal rasa bertukar pedas dan hangat lalu mengganggu tumpuan cita rasa sebenar .
Tambahan pula saya melihat style media dan sebahagian blogger mengulas dengan cara melompat - lompat point serta mengulas kalimah tertentu tidak kepada seluruh kandungan tulisan beliau seperti memilih untuk mengulas perkataan 'mee celup' secara terpisah dari semangat perbahasan asal yang terdapat dalam tulisan tersebut . [ sehingga perbahasan 'mee celup' mengalih topik asal perbahasan sedang ia bukanlah fokusnya ]
Siapa jua yang ingin membaca dan mengambil iktibar daripadanya hendaklah secara direct merujuk kepada tulisan beliau di blognya bukan membuat nilaian melalui kupasan dan ulasan pihak kedua atau ketiga . Kerana saya percaya , membaca dari tulisan asal pastinya tidak sama roh atau semangat yang diperolehi berbanding kita membaca dari sumbernya yang asal .
Bagi penulis atau blogger yang ada tuhan dan beriman kepada tuhannya , ia sewajarnya bertanggungjawab atas setiap kalimah yang ditulis tambahan pula tulisan itu dipapar kepada umum . Bukan sahaja manusia atau masyarakat pembaca akan menilai tetapi juga Allah swt dan para malaikatNya turut menilai apa yang ditulis . Saya yakin Ustaz Nik Mohd Abduh sebagai manusia yang berada langsung dibawah tarbiyah ayahnya seorang ulama' tersohor tanahair lebih memahami prinsip ini .
Saya dapat merasakan betapa tulisannya yang terbaru [ kerja - kerja bodoh dalam PAS - vol 2 ] ditulis dengan begitu cermat dan berani . Saya telah mengingatkannya akan rasa kebertanggungjawaban terhadap tulisannya , dengan yakin beliau menegaskan bahawa beliau sangat sedar dan bertanggungjawab terhadap apa yang beliau tulis .Saya juga menekan soal pembuktian sebagai peringatan kepada beliau dan beliau nyata bersedia untuk mengambil tanggungjawab penuh atas tulisannya .
Isu pokok yang mesti difahami dan dihayati oleh semua pembaca dari tulisan beliau ialah tiada sebarang persengketaan antara dua tokoh ulama' terbilang itu dan wujudnya pihak yang mahu melihat berlakunya pertembungan antara keduanya .
Soal wujudnya pihak yang cuba melaga - lagakan 2 tok guru ini memang tiada siapa yang boleh menafikannya dan ianya diketahui oleh semua kerana ia diterjemah melalui tulisan , kenyataan dan perbahasan samaada dalam media cetak mahupun media baru [ blog dan web site ] .
Kalau saudara melayari blog dan web site [ tanpa perlu saya menyebut nama blog atau tuan empunya web site terbabit ] , nescaya saudara akan ketemui unsur - unsur ini secara jelas dan ketara sehingga saya sendiri berasa tidak sedap duduk walaupun kedua - dua tok guru ini bukan lah ayah saya . Kalau mereka ayah saya , rasanya mungkin saya akan "mengamuk" lebih hebat dari Ustaz Nik Mohd Abduh , wallahua'lam .
Ustaz Nik Mohd Abduh mungkin tertekan atau kecewa melihat ayahnya diperlagakan secara langsung atau tidak langsung dengan Presiden PAS [ sedang kedua - duanya adalah Tok Guru kesayangan ummah ] .
2 siri tulisan beliau adalah berasaskan motif ini , iaitu merungkai kekeliruan ahli PAS mengenai wujudnya fenomena yang menimbulkan krisis antara dua tokoh pimpinan PAS ini .
Ada orang tegur , kenapa Ustaz Nik Abduh dedah secara terbuka , kenapa tidak sebut dalam mesyuarat atau kemukakan direct kepada orang terlibat .
Saya melihat perkara ini dari step pertama dan saya selalu pastikan agar rakan - rakan blogger terutama dari pemuda tidak membawa perkara yang tidak sepatutnya ke muka umum . Tetapi dalam isu ini suka saya sebut bahawa bukan Ustaz Nik Abduh yang membuka gelanggang dan juga bukan beliau mengheret isu ini kepada umum .
Sebaliknya beliau hanya tampil untuk memberi penjelasan setelah gelanggang dibuka begitu luas melewati sempadan cyber sementara al Mursyidul Am dan Presiden PAS diperlakukan seperti ayam sabung yang di adu laga ditengah gelanggang tersebut . Sehingga ia menjadi tatapan umum dan mengelirukan ahli parti .Sekian lama dibiarkan para blogger [ sebahagiannya dari blogger yang mengaku ahli PAS ]mengadu domba , entah mereka mengambil upah dari siapa atau berperanan untuk siapa , juga atas maksud dan motif apa mereka tergamak mencetus suasana keruh antara dua tok guru ini sehingga menimbulkan prasangka umum bahawa 2 tok guru ini memang bersengketa .
Pernah saya dengar sendiri individu tertentu memperkecil Tok Guru Presiden sambil membandingnya dengan Tok Guru Murdyid Am dan al Marhum ustaz Fadhil Noor , sedang dia barulah setahun jagung menyertai perjuangan ini malah tidak pernah melalui jatuh bangun berjuang bersama kedua - dua Tok Guru ini .
Orang bertanya pula , Ustaz ! apakah perkara ini hendak dibiarkan begitu sahaja ? sekian lama saya menjawab , sabarlah akhi ! suatu masa Allah akan mendedahkan perkara yang tidak betul ini . Sampai bila nak biarkan ustaz ? Ustaz boleh tengok ker Tok Guru kita difitnah dan diadu domba ?
Saya sendiri entah berapa kali menitis air mata melihat dan mendengar kata - kata kesat dilemparkan oleh ahli parti sendiri [ yang terpedaya dengan mainan kotor pihak tertentu yang saya sendiri pun tidak tahu siapa ] kepada kedua - dua tok guru tercinta . Saya bertahan sekian lama , tidak tahu apa yang patut saya buat kerana bimbang tersilap langkah .
Isu yang sering ditimbulkan masih lagi berkisar isu muqabalah dan terbaru unity goverment . Sentimen yang dibawa bersama pula ialah Tok Guru Hj. Hadi nak bawa masuk PAS ke dalam UMNO dan BN lalu mereka lagakan pula dengan kenyataan Tok Guru Mursyid Am yang menyatakan sikap tidak setuju terhadap kedua - dua isu tersebut dengan membawa sentimen bahawa Tok Guru Mursyid Am murka kepada Tok Guru Presiden .
Biarpun berapa kali dinafi oleh Tok Guru Presiden , bahawa tidak pernah berbangkit isu PAS masuk BN , namun penafian itu tidak pernah berkesan . [ Mereka cuba menunjuk rasa kasih kepada parti seolah - olah Tok Guru tidak sayang kepada parti kecuali mereka ] Seolah - olah mereka sengaja buat tidak faham , makin dinafi makin kuat fitnah mengatakan Tok Guru nak bawa PAS masuk BN dan tentu sekali mereka tidak tinggal kenyataan balas dari Tok Guru Mursyid Am untuk membidas Tok Guru Presiden bagi menampakkan pertembungan , lalu tercetus polemik dan kekeliruan yang disengajakan kepada anggota parti .
Inilah realitinya sebelum ustaz Nik Mohd Abduh tampil membuat penjelasan yang berisiko . Jika beliau benar , beliau mesti berani ambil risiko . Harapannya , dapat meredakan ketegangan dan kekeliruan dikalangan anggota . Mungkin sebahagiannya tidak dapat diredakan dengan kenyataan Ustaz Nik Mohd Abduh , apa boleh buat ! hanya bersabar dan memohon pertolongan dari Allah swt dengan solat saudara .
Sungguhpun begitu , saya percaya ramai dikalangan anggota parti yang terperangkap dalam kekeliruan yang dicipta ini akan menarik nafas lega dengan penjelasan dari Ustaz Nik Mohd Abduh .
Adapun berkait dengan dakwaan balas dari Ustaz Nik Mohd Abduh adalah dituju kepada pihak tertentu . Kepada yang tidak terlibat , usahlah rasa resah dan panas tidak semena - mena . Pendedahan atau penjelasan ustaz Nik Mohd Abduh bukan untuk saudara . Ustaz Nik Abduh mesti bertanggungjawab atas dakwaannya . Jika benar , ertinya beliau telah menegakkan yang hak dan Allah swt tahu ganjaran apa untuk beliau , demikianlah sebaliknya jika beliau salah dan sengaja mereka cerita dan dakwaan maka Allah swt pasti tidak lalai dan terpengaruh dengan setiap kalimah indah dari tulisan beliau . Tentu sahaja beliau pula akan menerima azabnya .
Namun saya secara peribadi , setelah menilai isu yang dibawa dan dilihat kepada suasana dan keadaan yang dihadapi kini , pula mengukur maklumat yang ada pada saya dari pelbagai sumber , saya percaya Ustaz Nik Mohd Abduh berada di pihak yang benar dan saya berdoa agar beliau berada di pihak yang benar .
Harapan saya segala kekeliruan kini telah tersingkap dan pintu penyelesaian kini ditemui.
Selesaikan Segera Panas Di Permatang Pauh
cyberboron, Wednesday, April 29, 2009Sehari dua ini politik dalaman PR agak panas. Nik Abduh mencetuskan kontroversi lanjutan bagi isu muzakarah-muqabalah-unity government. Lebih serabut ialah keputusan PAS Kawasan Permatang Pauh yang nak bertanding di Penanti. Ketua DPP Pulau Pinang menambahkan lagi kehangatan itu dengan kenyataannya hari ini.
Sebenarnya kita dah ada banyak sangat isu yang perlu ditangani. Krisis Perak semakin memuncak menjelang 7 Mei. Selangor juga sedang diserang secara senyap. Kehangatan pencalonan menjelang Muktamar PAS sedang diusik dan diadu-domba oleh media UMNO untuk menimbulkan perpecahan. Dan banyak lagi.
Bagi kes Permatang Pauh, pertama sekali secara peribadi aku tak bersetuju dengan keputusan dan tindakan PAS Kawasan itu dan Ketua DPP negeri. Itu hak aku. Aku tak tahu apa yang mendasari keputusan PAS Permatang Pauh yang dikatakan 'kehendak akar umbi' itu. Aku juga hormati hak masing-masing sama ada individu atau organisasi untuk berpendirian macam mana sekalipun. Tetapi aku tetap gunakan hak aku untuk tidak menyokong dan tidak bersetuju dengan keputusan dan tindakan yang dah berlaku setakat hari ini.
Aku tak peduli sangat soal UMNO-BN yang pasti akan menggunakan isu ini untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan berusaha melemahkan pertahanan kita. Mereka tak akan berjaya kalau kita pantas menjernihkan suasana dan kembali fokus kepada matlamat yang disepakati bersama.
Adat berbeza prinsip dan fahaman memang akan bertembung di sana dan di sini walau pun secara resminya ada jalinan muafakat. PAS-PKR-DAP akan tetap ada perbezaan dalam pelbagai perkara walau pun telah memeterai persepakatan. BN yang sudah tua itu pun masih berbalah antara sesama parti komponen dalam banyak hal.
Tugas dan tanggungjawab kita ialah menguruskan perbezaan itu sambil mengiktiraf hakikat kewujudannya. Fokus kita mestilah kepada kesamaan prinsip dan matlamat yang menghubungkan kita setakat ini. Kita mesti kaya tolak ansur. Kita wajib waras tentang nilai hormat-menghormati. Kita mesti benar-benar sedar realiti 'bersama dalam berbeza'. Kalau hal ini dapat kita uruskan, hayat PR akan lebih panjang sehingga insyaAllah kita akan mendapat mandat rakyat untuk memimpin kerajaan pusat. Kalau kita gagal memahami dan menjiwai persamaan dan perbezaan ini, UMNO-BN akan terus berkuasa untuk merompak harta negara.
Aku bersama rakan-rakan di kawasan aku pernah melalui pengalaman yang hampir sama dengan kes Permatang Pauh. Cuma tak ramai yang tahu kerana di kawasan aku tak ada nama besar dalam politik. Yang ada hanya 'kucin tanah', kata kawan-kawan aku.
Pada tahun 1999 PAS dan PKR (waktu itu PKN) sama-sama menuntut untuk bertanding di satu kerusi DUN di kawasan aku. Aku orang PAS. Tentulah aku mahu PAS bertanding. Waktu itu ada 19 cawangan PAS di DUN kami dengan ahli seramai 1732 orang. DUN kami ada 20 Daerah Mengundi. Kira-kira 'ngam'lah imbangan jumlah cawangan dengan jumlah Daerah Mengundi. PKN ada 7 cawangan dengan keahlian lebih kurang 250 orang. PAS ada 11 markaz. PKN ada 1. PAS dah sedia ada jentera pilihanraya hingga ke peringkat UPU. PKN pun ada jentera tapi tak berapa kelihatan. Bagi aku sebagai ahli PAS dan dengan fakta-fakta cawangan, keahlian, markaz dan jentera itu, tentulah aku berhak menyuarakan pendirian bahawa PAS lebih layak bertanding.
Di pihak PKN, mereka juga ada pelbagai hujah tentang kelayakan mereka yang dikatakan mengatasi keupayaan PAS. Kami sama-sama mendesak pemimpin parti peringkat negeri dan pusat supaya mempertahankan hak untuk bertanding. Aku mengutus tak kurang 5 surat resmi ke peringkat negeri dan pusat termasuk kepada Setiausaha Agung PAS dan Presiden keADILan. Ketua PKN Bahagian pun berulangkali menemui Presiden mereka untuk maksud yang sama.
Tapi selepas semua hujah dan ayat yang pedas, marah dan berbau ugutan, semua surat yang aku utuskan diakhiri dengan perenggan ini:Besarlah harapan kami agar hasrat yang ditegaskan di dalam surat ini mendapat pertimbangan dan kelulusan Tuan (atau Puan) bersama seluruh Jawatankuasa PAS Pusat (atau seluruh ahli MPT keADILan) dengan kadar segera. Walau bagaimana pun pihak kami akan menerima sebarang keputusan resmi yang dibuat oleh pimpinan tertinggi parti.
Akhirnya BA (Barisan Alternatif) memutuskan PAS bertanding. Aku bersyukur dan seronok. keADILan Bahagian memboikot gerak kerja pilihanraya DUN kami. Seluruh jentera keADILan Bahagian berhijrah menjalankan kerja-kerja pilihanraya di satu kawasan Parlimen di selatan negeri Perak. Aku dan rakan-rakan PAS Kawasan menerima hakikat boikot itu dengan lapang dada.
Selepas pilihanraya kami terus berhubung seperti biasa walau pun ada rasa kekok. Menjelang pilihanraya umum tahun 2004, PAS dan PKR sekali lagi menuntut hak bertanding seperti lima tahun sebelumnya. Berbincang, berhujah dan mengutus surat ke peringkat tertinggi. Akhirnya BA memutuskan PKR bertanding. Walau pun sedih dan terkilan, mesyuarat AJK PAS Kawasan memutuskan secara resmi untuk menggerakkan sepenuhnya jentera yang ada. Bilik-bilik gerakan PAS beroperasi sepenuhnya. Petugas-petugas PAS melaksanakan semua tugasan bersama petugas PKR. Namun sebahagian ahli PAS merajuk. Tak bekerja tetapi tetap keluar mengundi PKR. Hukum keluar mengundi PKR sebagai rakan dalam pakatan BA diinsafi dengan baik oleh ahli-ahli PAS yang merajuk itu. Alhamdulillah.
Menjelang pilihanraya umum tahun 2008, tiada lagi perselisihan. PKR memberi laluan sepenuhnya kepada PAS. Berkebetulan dengan gelombang tsunami yang melanda politik negara, kami kalah tetapi hanya dengan kekurangan 14 undi. Sedih kerana kalah tetapi semakin yakin untuk menghadapi PRU13.
Berbalik kepada isu Permatang Pauh, aku mohon semua pihak berjiwa besar menginsafi matlamat perjuangan yang telah disepakati bersama. Masalah memang lumrah namun ayuh kita selesaikannya. Kehebatan gerak-kerja kita terletak pada kebijaksanaan mengurus masalah.
PAS Kawasan Permatang Pauh perlu beralah. Aku faham desakan dan tekanan daripada ahli-ahli dan cawangan-cawangan kerana kami pun pernah mengalaminya. Aku faham penegasan tentang kekuatan jentera dan lain-lain yang berkaitan dengan pilihanraya. Aku faham tentang kebimbangan dan persepsi yang bercelaru terhadap satu dua kes YB PKR. Aku faham.
Tetapi itu semua tidaklah lebih besar atau lebih penting daripada Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Kita bukan setakat nak menang di Penanti atau Permatang Pauh tetapi nak menawan Malaysia. Kita sedang berada di landasan yang betul ke arah itu. Mengekalkan pendirian seperti yang heboh diperkatakan setakat hari ini, hanya akan meruntuhkan binaan politik baru Malaysia yang hampir siap.
PAS Pusat perlu cepat, pantas, segera, laju, tak berlengah dan tak bertangguh mencari penyelesaian terbaik. Turunlah ke Permatang Pauh. Kalau perlu semua pemimpin-pemimpin besar turun ke Permatang Pauh, ayuh turun segera. Berjumpa dan dengarilah luahan ahli-ahli. Kita bukan UMNO yang berkasta Brahma dan Paria. Pemimpin kita tentulah mahu mencontohi RasuluLlah yang sama berselemoih dengan prebet mengorek parit dalam perang Khandak.
Aku yakin ahli-ahli PAS Permatang Pauh boleh berlapang dada kalau pemimpin-pemimpin besar sudi mencemar darjat turun bersembang dan menerangkan keperluan kekal dengan setiakawan PR.
Kepada rakan-rakan dalam PKR, aku mohon sudilah kiranya rakan-rakan sekelian membantu untuk meredakan kekecohan ini. Please jangan simbah petrol kepada api yang masih kecil. Perbezaan pendapat seperti kes ini memang telah biasa berlaku antara kita. Contohnya seperti kisah yang aku ceritakan di pertengahan tulisan ini. Kalau kita saling mendabik dada, alamat binasa. Yang panas bukannya semua. InsyaAllah kebanyakan kita dalam PR sudah semakin dewasa memahami keperluan politik masakini. Masalah ini boleh diselesaikan. Dalam tegas mempertahankan hak, pelihara dan berjaga-jagalah di mana-mana yang patut. Kan kita sama-sama manusia. Masing-masing ada kelebihan dan ada kekurangan.
Jom pastikan Dr. Mansor Othman menang di Penanti !!!!!!!
Peguam UMNO vs Peguam PAS
cyberboron,Hari ini banyak blog memuatkan tulisan Hanipa Maidin menjawab kenyataan Hafarizam berhubung keputusan kes penggantungan Zambry dan 6 exconya di Mahkamah Persekutuan pada 16 April. Keputusan yang diulas secara berbeza oleh peguam UMNO dan peguam PAS itu berkait dengan kemungkinan yang akan berlaku pada sidang DUN Perak pada 7 Mei.
16 April : Keputusan kes di Mahkamah Persekutuan.
20 April : Kenyataan Hanipa Maidin - Zambry perolehi perintah tak laku?
22 April : Kenyataan Hafarizam - Keputusan konklusif dan tak boleh dipertikaikan.
28 April : Kenyataan Hanipa maidin - Beza perintah certiorari, mandamus dan deklarasiHanipa - Perintah Tak Laku?
Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang Mahkamah Persekutuan keluarkan pada 15/4/2009 yang mengisytiharkan penggantungan Zambry dan enam exconya dibatalkan tidak mencukupi untuk mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.
Jawapan saya adalah tidak mencukupi. Berikut adalah alasan-alasan saya.
a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi ( perisytiharan ) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan ( coercive force ) .
Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan
“ A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority.”
( Terjemahan : Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaaan ( memaksa seseorang mengikut perintah tersebut ) .Perintah tersebut juga tidak memadam,membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana pihak kuasa pentadbiran. )
b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi , perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggungjawab ( impose an obligation ) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah ( not quashed by the court ).
Untuk memudahkan faham saya bagi contoh berikut :-
Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN ) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham.
Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah .
Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham . Maka persoalan yang timbul adalah adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut ?
Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham.
JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah certiorari iaitu perintah mengenepikan/memadam ( quash ) keputusan JPN tersebut dan selanjiutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham.
Selagi tidak ada perintah certiorari dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham.
c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan ( deklarasi ) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah certiorari iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.
d. Tanpa perintah certiorari dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini “ So what !”
Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah certiorari dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.
Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian .
Sebab Pertama adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah certiorari dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa ( separation of powers ).
Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa , Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak.
Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemunya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk , menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak
Sebab kedua adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah certiorari dan mandamus , beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat. Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa hanya berpuashati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna .
Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut.
Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng v Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure ( 17th Edition ) di mana penulis telah menyatakan
“ The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts.
( Terjemahan : keputusan Mahakamh tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan , begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.” ).
Mengapa , mungkin saudara bertanya, Mahkamah benarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut ? Jawapan mudah saya ia adalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah , ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan.
Jenis Umno ni , kita bagi mereka wang 1 sen pun mereka melonjak gembira sedangkan 1 sen boleh beli apa ?
Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 hb Mac 2009. Isu keesahan ( validity ) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry semasa beliau merujuk kes beliau ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.
Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Y.M Tuanku Sultan Perak.
Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar ,Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keesahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah.
Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok , Umno terpaksa menerima hakikat berikut :-
a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan ( endorsed ) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan..
b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain.
c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Fenruari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apa –apa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya.
d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 hb Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 hb Mac 2009.
Kesimpulannya Umno hanya dapat perintah Mahkamah yang tidak membawa apa-apa faedah.Hafarizam - Konklusif & Tak Boleh Dipertikai
KUALA LUMPUR, 22 April – Berikutan pelbagai spekulasi yang dibuat apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan penggantungan YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kerajaan Negeri Perak oleh Speakernya, V. Sivakumar adalah batal dan tidak sah, berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Datuk Hafarizam Harun, selaku Penasihat Undang-undang UMNO/Ketua Pasukan Undang-undang.
Kenyataan Rasmi
A. Pengenalan
Sejak daripada tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April 2009, banyak telah diperkatakan di dalam blog dan laman web tentang kesan atau impak terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Notis Usul 06-04-2009 (A) antara YAB Dato Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir dan enam Exco lawan YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (dituntut selaku Yang DiPertua, Dewan Negeri Perak) yang terbaru adalah di dalam laman http://www.harakahdaily.net/ oleh Saudara Hanipa Maidin, Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat pada April 20, 2009.
Justeru itu, saya selaku Ketua Pasukan Undang-undang yang bertanggungjawab di dalam kes di atas merasakan perlu saya berikan penjelasan sebaliknya dan menyerahkan kepada pembaca sekalian untuk membuat kesimpulan sewajarnya.
B. Latar Belakang Kes Mahkamah Tinggi Ipoh Saman Pemula No: 24-247-2009
Tindakan Saman Pemula ini telah difailkan pada 2hb Mac 2009 (tindakan pertama). Antara deklarasi yang dipohon adalah seperti yang tertera di dalam LAMPIRAN 1.
C. Kes Mahkamah Persekutuan Notis Usul No. 06-04-2009(A) di Putrajaya
Terdapat 11 permohonan yang dipohon oleh YAB Menteri Besar Perak dan enam Exconya. Bagi mendapat kata putus kepada tindakan di atas, kami telah failkan suatu permohonan di bawah Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak yang bermaksud seperti di bawah:
“Without prejudice to any appelate or revisional jurisdiction of Federal Court, where in any proceedings before another Court, a question arises as to the effect of any Article in the Laws of tahe Constitution or any part thereof, the Federal Court may, on the application of either party to the proceedings, determine that question and either dispose of the case or remit it to the other Court to be disposed of in accordance with the determination.”
Ianya telah didengar oleh Mahkamah Persekutuan daripada 13hb hingga 14hb April dan keputusan diberikan pada 16hb April. Berikut adalah (LAMPIRAN 2) persoalan undang-undang yang telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu soalan (i) dan (ii) Lampiran A kepada LAMPIRAN 2 di sini.
Pada hari yang sama juga, (16 April 2009) Mahkamah Persekutuan telah membuat perintah-perintah berikut terhadap tindakan pertama kami iaitu memberikan perisytiharan bahawa;
a. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif Pertama hadir pada sidang Dewan Negeri selama 18 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah; dan
b. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif ke-2 sehingga ke-7 menghadiri sidang Dewan Negeri selama 12 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.
Berdasarkan kepada perintah-perintah peristiharan di atas, saya menyatakan bahawa YAB MB Perak dan enam Exconya layak hadir ke sidang Dewan Negeri Perak yang dijadualkan berlangsung pada 7hb Mei 2009 atas alasan-alasan berikut:
i. Perintah-perintah yang diperolehi adalah muktamad dan tiada lagi ruang untuk merayu.
ii. Jikalaupun tidak mendapat keseluruhan permohonan di dalam tindakan pertama, sila lihat Lampiran A kepada LAMPIRAN 2, yang pentingnya di sini ialah persoalan kesahihan penggantungan terhadap YAB MB Perak dan enam Exconya telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia ia tidak sah dan terbatal;
iii. Dalam ertikata lain, lain-lain permohonan (prayers) di dalam tindakan pertama hanyalah bersifat bersampingan (consequential). Yang pentingnya, seperti saya tegaskan tadi, adalah apa yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan.
Berkenaan pendapat Saudara Hanipa bahawa Peguam UMNO telah salah memilih prosedur, iaitu perlu melalui semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya Saman Pemula, ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam bantahan awal peguam YB Sivakumar bahawa tindakan pertama (iaitu melalui Saman Pemula) adalah betul dan wajar. Tambahan lagi, apa yang dipohon adalah deklarasi hak-hak (declaration of rights) oleh YAB MB Perak dan enam Exconya.
Isu keputusan YB Sivakumar selaku Yang DiPertua patut dipadam oleh Mahkamah (quasued by the court) tidak timbul (non-issue) kerana ianya dibuat secara berseorangan (unilateral) dan bukannya di dalam sidang sah Dewan Negeri Perak. Sila lihat LAMPIRAN 3 iaitu kenyataan akhbar YB Sivakumar. Jelas perkataan yang dibuat adalah “Saya telah membuat keputusan….”
Begitu juga surat-surat pemberitahuan di dalam LAMPIRAN 4, semuanya jelas menggunakan perkataan “…kuasa saya….” Ini pada hemat saya penggunaan kuasa secara berlebihan (excess use of powers) oleh YB Sivakumar dan tidak mengikuti lunas undang-undang.
D. Apakah yang dikatakan suatu penghinaan (contempt) yang kononnya dilakukan oleh YAB MB Perak dan Enam Exconya sehingga ianya digantung oleh YB Sivakumar?
Jikalau dilihat Saman untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebebasan (Rights and Privileges Committee) yang dikeluarkan oleh YB Sivakumar, selaku Yang DiPertua Dewan Negeri Perak, iaitu LAMPIRAN 5 (untuk YAB MB Perak) dan LAMPIRAN 6 (untuk Enam Exconya), ianya dikatakan suatu penghinaan (contempt) kerana:
(a) Untuk YAB MB Perak (LAMPIRAN 5)
“(i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat diri kamu sebagai Menteri Besar;
(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-undang Tubuh Perak;
(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;
(iv) Bahawa tindakan kamu membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;
(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YB Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;
(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai seorang ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;
(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan;
(viii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu bermaksud suatu kelakuan rasuah, derhaka, pengaruh tak wajar, biadap dan pemerintahan buruk.”
(b) Untuk Enam Exco Perak (LAMPIRAN 6)
“ (i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat sebagai ahli EXCO;
(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-Undang Tubuh Perak;
(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;
(iv) Bahawa tindakan di atas membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;
(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;
(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini dan adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;
(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan.”
Persoalan pokok di sini ialah bukankah DYMM Paduka Seri Sultan telah perkenan mengadap dan mengangkat sumpah jawatan YAB MB Perak pada 6hb Februari 2009 manakala enam Exco pada 10hb Februari 2009. Jika menerima perlantikan jawatan YAB MB Perak dan Exco adalah suatu penghinaan (contempt) kepada Dewan Negeri, tidak menerimanya pula adalah suatu penderhakaan (traitor) terhadap kuasa mutlak DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
Kesimpulan saya daripada di atas adalah berikut:
(i) Oleh kerana pihak pembangkang mengakui prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability) kuasa DYMM Paduka Seri Sultan melantik Menteri Besar dan barisan Exconya, YAB MB Perak dan Enam Exconya telah dijadikan mangsa serangan (obvious target);
(ii) Ianya adalah serangan secara pintu belakang (back door challenge) disebabkan prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability); dan
(iii) Suatu lagi contoh penggunaan kuasa secara keterlaluan oleh YB Sivakumar selaku Yang Dipertua Dewan Negeri Perak tanpa mengambil kira prinsip pecahan kuasa iaitu DYMM Paduka Seri Sultan Perak selaku Ketua Negeri dan di bawahnya adalah Badan Legislatif dan Eksekutif.
E. “Mesyuarat bawah pokok” – tidak sah
Adalah mengelirukan pada hemat saya, apabila Saudara Hanipa mengatakan bahawa penggantungan YAB MB dan Enam Exconya telah diterima (endorsed) di sidang bawah pokok kerana alasan-alasan berikut:
(i) Perintah Tetap 10, Perintah-perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan (LAMPIRAN 7) jelas mewajibkan perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan di dalam warta;
(ii) Mesyuarat bawah pokok pada 3hb Mac 2009 tidak mendapat perkenan, tiada perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan; dan
(iii) Ketiga-tiga mesyuarat di dalam Penggal yang terdahulu, yang terakhir berakhir pada 13hb November 2008, mempunyai perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan. Ianya telah diikuti secara ketat oleh YB Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Ahmad Jamaludin sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Perak.
F. Kesimpulan
Adalah hujahan saya bahawa perintah Mahkamah Persekutuan yang diperolehi pada 16hb April 2009 adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan. Ianya juga bukan akademik semata-mata tetapi menjawab persoalan kepada tindakan pertama dan lain-lain yang berkaitan dengannya.Hanipa - Certiorari, Mandamus dan Deklarasi
Saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Dato Hafarizam untuk menjawab artikel saya yang tersiar secara meluas di alam internet ini (“ Zambry perolehi perintah yang tidak laku” ) Paling kurang saya berterima kasih beliau membaca artikel saya. Terima kasih sekali lagi.
Sebagai peguam saya menghormati pendapat beliau dan bagi saya tidak salah untuk beliau mengambil keputusan menjawab artikel saya tersebut . Menyanjung roh demokrasi yang sebahagiannya adalah kebebasan bersuara , kita wajar menghormati kenyataan beliau ketika menjawab artikel saya tersebut.
Saya tidak bercadang menjawab satu persatu apa yang beliau tulis sebaliknya memadailah saya hanya menjawab isu teras yang beliau bangkitkan di dalam kenyataan beliau tersebut.
Ramai meminta saya jelaskan kenyataan beliau bahawa
"Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah, adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan"
Sebenarnya kalau para pembaca membaca tulisan saya dan memahami betul-betul apa yang saya cuba sampaikan, para pembaca akan tahu bahawa dua perintah deklarasi ( perisytiharan ) yang Zambry dan enam exconya perolehi tidak membawa apa-apa kesan .
Bagi sesiapa yang pelajari dan terdedah dengan undang-undang pentadbiran ( administrative law ) mereka akan tahu perintah deklarasi sahaja tidak cukup kuat untuk mengikat Sivakumar.
Memanglah susah nak terangkan pada mereka yang bukan ahli undang-undang ( laymen ) khususnya ahli dan penyokong Umno tentang apa dia certiorari dan apa dia mandamus kerana bukan sahaja orang awam susah untuk faham malahan tidak semua para peguam juga dapat memahaminya atau memahaminya dengan baik..
Saya tidak pasti sejauh manakah Dato ‘Hafarizam biasa dengan kes-kes semakan kehakiman ( judicial review ) dan jenis-jenis perintah ( remedies ) yang biasa dipohon di dalam kes-kes semakan kehakiman.
Bagi pihak saya dan bukan niat nak membanggakan diri, sudah hampir 16 tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan dalam tempoh tersebut antara cabang undang-undang yang saya banyak kendalikan kes adalah melibatkan kes-kes semakan kehakiman .
Saya akui tidak semua kes saya menang tetapi pendedahan kepada undang-undang tersebut agak mungkin agak lebih sikit dari Dato’ Hafarizam ( yang juga kawan baik saya )
Saya lihat di dalam jawapan beliau kepada artikel saya , Hafarizam tidak menjawab mengapakah Zambry tidak memohon perintah certiorari ( quashed the decision of Sivakumar ) dan perintah mandamus ( supaya Sivakumar benarkan beliau dan enam exconya masuk ke dalam siding DUN Perak )
Hakikatnya apabila persoalan tersebut dibangkitkan oleh Haji Sulaiman Abdullah, peguam Zambry iaitu Encik Fairuz Hussin mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa Zambry tidak dibenarkan memohon dua perintah tersebut
Berdasarkan jawapan dari Encik Fairuz tersebut, beliau sendiri mengakui bahawa Zambry terikat dengan doktrin pengasingan kuasa - bermakna Mahkamah tidak boleh perintah untuk Speaker membuat sesuatu atau melarang speaker membuat sesuatu. Dengan lain perkataan Fairuz mengakui Zambry tidak boleh mendapatkan perintah certiorari dan mandamus ke atas Sivakumar.
Tanpa perintah certiorari dan mandamus sebaliknya hanya mendapat perintah deklarasi sahaja , ianya tidak membawa apa-apa kesan kerana perintah deklarasi tidak boleh memaksa Sivakumar membuat sesuatu atau melarang Sivakumar membuat sesuatu perkara.
Bagi orang awam mereka mungkin bertanya kenapa perintah deklarasi bersifat begitu ?
Saya boleh jawab tetapi saya jika saudara tanya begitu samalah seperti saudara tanya seorang doktor kenapa ada ubat demam dalam bentuk pil dan ada dalam bentuk minuman atau pun saudara tanya seorang Ulama kenapa solat zohor empat rakaat dan kenapakah solat subuh hanya dua rakaat ?
Di dalam kenyataannya Hafarizam menyatakan bahawa isu mengapa Zambry tidak memfailkan semakan kehakiman sebaliknya hanya memfailkan Saman Pemula sahaja tidak wajar ditimbulkan kerana Mahkamah Persekutuan telah menolak bantahan peguam Nizar berkenaan isu tersebut .
Ya, benar Mahkamah telah menolak bantahan awal peguam Nizar terhadap isu tersebut, Tetapi apa yang Hafarizam tidak jelaskan adalah meskipun Mahkamah menolak bantahan tersebut ianya tidak bermakna perintah -perintah deklarasi yang Zambry pohon sama tarafnya ( dari segi kekuatan dan keberkesanannya ) dengan perintah seperti perintah certiorari dan perintah mandamus.
Hafarizam mungkin terlupa untuk menyatakan bahawa dengan penolakan bantahan tersebut , Mahkamah , pada hemat saya, pada hakikatnya ingin menyampaikan mesej kepada Zambry dengan mesej berikut :-
a. Bahawa memandangkan kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja , kami ( para hakim ) hanya benarkan untuk kamu memohon perintah tersebut melalui kaedah Saman Pemula dan tidak melalui Semakan Kehakiman di bawah Perkara 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.
b. Tapi kamu juga kena faham apabila kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja dan tidak memohon perintah certiorari dan mandamus, kami boleh beri perintah yang kamu pohon tapi jangan salahkan kami kalau perintah tersebut tidak boleh membawa apa-apa kesan pemaksaan ( coercive force ) ke atas Sivakumar.
c. Kamu sendiri harus dipersalahkan kerana tidak memohon perintah certiorari dan mandamus bagi memastikan sebarang keputusan Sivakumar bukan sahaja dapat dibatalkan tetapi juga dapat dibuang/dipadam dari rekod DUN Perak. Tanpa perintah certiorari, keputusan Sivakumar tersebut akan kekal di dalam rekod di DUN Perak kerana kamu tidak pohon untuk padamkan perintah tersebut.
d. Kalau peguam kamu sendiri mengaku bahawa kamu tidak boleh pohon perintah certiorari dan mandamus bagi memadamkan keputusan Sivakumar, mengapa kamu masih juga memfailkan permohonan saman pemula ini dan meminta kami memerintahkan perintah yang tidak membawa apa-apa manfaat untuk mencabar keputusan Sivakumar.
e. Memandangkan kamu dah berada di Mahkamah ini dan memohon perintah-perintah deklarasi ( sebanyak 10 perintah ) kami bagi jugalah sebagai “saguhati” kepada kamu iaitu dua perintah deklarasi dari 10 perintah tersebut.
Sama ada mesej tersebut difahami oleh Umno atau tidak kita lihatlah pada 7 hb Mei ini .

