Showing posts with label rasuah. Show all posts
Showing posts with label rasuah. Show all posts

Isa Samad Yakin Pengundi Setia UMNO Boleh Terima Perasuah

Saat akhir kempen Bagan Pinang malam ini, Isa Samad menyuarakan keyakinannya bahawa pengundi-pengundi setia UMNO tak kesah dengan isu rasuah yang dikaitkan dengan dirinya. Sumber bilik gerakan utama jentera pilihanraya BN memberitahu bahawa Isa optimis menang selesa kerana pengundi-pengundi setia UMNO merupakan golongan yang paling banyak mendapat manfaat daripada amalan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO termasuk dirinya.

Hal itu menyebabkan isu rasuah yang dijadikan antara bahan kempen utama Pakatan Rakyat tidak memberikan apa-apa kesan kepada kesediaan pengundi tradisi UMNO untuk memberikan undi kepada Isa.

Menurut sumber berkenaan, Isa Samad malah ketawa besar apabila diajukan soalan berkenaan kemungkinan kesan isu rasuah dirinya di kalangan pengundi tegar UMNO.

Menurutnya, "Bodohlah orang UMNO kalau benci rasuah. Kalau pemimpin tak rasuah, macam mana nak suap penyokong-penyokong kat bawah. Orang besar UMNO terima rasuah sebab nak rasuahkan orang UMNO Bahagian dan Cawangan. Pemimpin rasuah, penyokong pun rasuah. Kenapa pula penyokong nak marah pemimpin rasuah?"

Baca Sepenuhnya..

Temubual Eksklusif Bersama Profesor RAYAU

"Den tak kona (kenal) sapo-sapo pun oghang bosa parti. Susah la sikit den nak koba bondo-bondo mustahak yang den peghati. Den donga tiap-tiap tongah malam ado meeting bincang strategi. Kalau abang ado cable ngan oghang bosa yang nyusun strategi tu, tolong la kobakan kek dioghang. Mustahak ni bang. Nayo yo bobelanjo bosar. Ghiuh ghondah becheghito ateh postas ceramah. Aleh-aleh BN yang monang!"

Kenyataan ini menyebabkan penulis terasa bertanggungjawab untuk menyusun semula temubual yang sangat eksklusif antara penulis dengan sekumpulan kutu rayau yang PRIHATIN petang tadi. Penulis tak sanggup menggelarkan mereka sebagai kutu rayau walau pun itulah gelaran yang mereka sendiri nyatakan. Bagi penulis, mereka lebih sesuai dinamakan sebagai Profesor-Profesor Rayau.

Harapan penulis agar bahan-bahan temubual ini dibaca oleh pengundi N31, petugas-petugas kempen PR dan 'oghang bosa' parti yang mencatur strategi.

Entahlah berapa ramai pengundi pos yang menunaikan tanggungjawab. Pokoknya, mereka telah selesai mengundi. Yang paling penting untuk diambil kira ialah hampir keseluruhan pengundi pos adalah pengundi Melayu.

Secara kasar jumlah mereka adalah lebih daripada 4 ribu orang. Angka itu mewakili lebih daripada 30 peratus pengundi keseluruhan. Berdasarkan rekod keluar mengundi PRU12, logik jika dianggarkan undi pos kali ini masih pada angka melebihi 4 ribu.

ISU 1

Oleh kerana proses pengundian pengundi pos telah selesai maka kempen 30 jam terakhir ini hanya melibatkan kira-kira 6000-7000 pengundi biasa. Separuh daripada jumlah ini adalah pengundi Melayu manakala separuh lagi merupakan bukan Melayu. Dua pertiga pengundi bukan Melayu adalah kaum India dan hanya satu pertiga sahaja pengundi kaum Tionghua.

Apa pun dakwaan dan laungan keyakinan BN tentang sokongan pengundi Tionghua, realitinya ialah lebih 70 peratus daripada mereka hampir pasti mengundi PAS/PR. Jika malam ini dan besok PR turun padang dengan lebih menyeluruh bertemu pengundi kaum Tionghua, dipercayai undi mereka untuk PAS/PR mampu mencecah 80 peratus.

Cabaran besar bagi Pakatan Rakyat ialah keputusan akhir kemahuan pengundi kaum India. Dalam PRU12, pengundi kaum India Bagan Pinang 'angkat kapal' beramai-ramai mengundi PAS/PR. Kejutan itu diambil perhatian oleh BN sepanjang tempoh 18 bulan selepas PRU12 dengan pelbagai pendekatan khusus untuk mengembalikan sokongan pengundi kaum India itu. Tumpuan mereka sejak kekosongan kerusi N31 ini juga banyak bertumpu kepada komuniti India selain 'rasuah tradisi' kepada pengundi Melayu.

Ada petanda bahawa sebahagian pengundi kaum India yang mengundi PAS/PR pada PRU12 dulu telah pun beralih angin kepada BN berikutan pemberian pelbagai bantuan dan janji-janji berkaitan kepentingan mereka. Walaubagaimana pun peralihan itu bukanlah sesuatu yang muktamad. Mereka juga sangat tahu kuasa undi yang ada ditangan mereka.

Memanglah agak terlambat jika bermula malam ini nak direncana dan digerakkan pendekatan khusus yang terperinci untuk memaut hati pengundi kaum India ini. Namun begitu sesuatu yang serius dan benar-benar fokus perlu dilakukan oleh PAS/PR terhadap mereka. Jika tidak, bencanalah yang akan menimpa.

"Den tak tau lah cam mano oghang bosa fikir. Tapi Den yakin kito buleh dapek sokongan India ni kalau kito ceghito botul-botul hipokrit nyo UMNO ni. Dioghang tu parti 'bapak perkauman'. One Malaysia konon. One apo eh. One poket ado la."

"Den ado tejumpo risalah. Kalau tak silap Den, risalah PKR. Gambar oghang UMNO pijak kepalo lombu maso demonstrasi bantah kuil Hindu kek Selangor tu. Kalau dapek risalah tu dibagi pado pengundi India tak ado kecuali soghang pun, Den ghaso ado kosan eh."



"Kalau buleh, modify siket lagi. Biar jadi lagi power. Dapek ngan bahaso Tamil lagi cantik. Abang nak pecayo tak pecayo tepulang la. Den beghani gerenti. Habih India undi PAS."



ISU 2

"Maap le bang. Abang Melayu, Den pun Melayu. Tapi Melayu melampau-lampau tongong eh. Yang ado otak tak beghapo oghang. Yang itu yo la yang mahu mengundi PAS/PR."

"Dopan mato UMNO menipu. Hipokrit. Tapi Melayu ni tak nampak-nampak yo. Bangang botul."

"Dijajo eh meghato dunio kato PAS guno ugamo untuk kepentingan politik. Disughuh kito jangan cakap politik kek masjid sughau. Kek sekolah. Tak nampak ko seminggu ni? Meghato masjid UMNO buek program kempen. Kek sekolah ugamo pun buek. Bukan eh setakat kempen, siap boghi rasuah lagi. Melenggang makcik-makcik ngan budak-budak balik daghi masjid bawak beg soghang satu. Munafiq tul UMNO ni. Dah la calon pun calon rasuah."

"Tapi bang ... Kito kato UMNO rasuah, Isa Rasuah ... Melayu bangang ni tak do eh mahu soda (sedar). Kalau dapek kito pahamkan Melayu ni ... pemimpin bosa dioghang ... pemimpin UMNO tu ... memang dah hukumkan Melayu-Melayu yang sokong UMNO ni bangso bodoh. Bangso sonang kono tipu. Tu la pasal yang dioghang yakin buleh boghi rasuah kek Melayu. Kalau Melayu soda pemimpin UMNO kato Melayu bodoh. Sumbek mulut buleh la dicucuk ditaghik hidung. Sughuh undi UMNO ... undi. Kalau Melayu paham camtu, ado harapan dioghang bonci kek UMNO."

"Tolong la bang. Kobakan kek oghang-oghang bosa kito tu. Caghi la jalan, cam mano nak buek. Tak kan tak ado cagho eh."

"Setakat ceramah tak cukup bang. Den tengok UMNO lagi advance tughun rumah ke rumah. Kito memang la susah sikit nak buek cam dioghang. Tapi tak kan nak biar yo. Den ghaso, risalah boleh settle hal ni. Tapi ayat kono la botul-botul power."

"Yang paling mustahak risalah tu kono dipastikan sampai ke tangan pengundi. Jangan ditabur tak tontu pasal. Tak yah la kito tughun beghamai-ghamai poi ghumah oghang. Banyak yang takut. Tapi kalau ado risalah, dioghang baco. Dioghang buleh teghimo, buleh timbang hujjah kito. Yang tak buleh eh ... kito buek rombongan poi ghumah dioghang."

.... bersambung

Baca Sepenuhnya..

Zambry Berkata - Rakyat Menjawab

Kata Zambry :

Seperti yang saya nyatakan dalam kenyataan ringkas akhbar, saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran yang terbuka, tanpa mempersoalkan keputusan itu.

Keputusan itu membuktikan mahkamah adil dalam melaksanakan tanggungjawab perundangan, dan sekali gus menolak persepsi yang diada-adakan oleh Pakatan Pembangkang.

Bagaimanapun saya dan rakan-rakan akan meneruskan perjuangan kami menegakkan keadilan dan membela rakyat. Ini adalah tradisi dan intipati perjuangan Barisan Nasional.

Menegakkan kebenaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.

Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.

Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama.
Rakyat menjawab :

Baguslah kalau sungguh Zambry boleh terima keputusan mahkamah dengan hati terbuka dan tidak mempersoalkannya. Baguslah kalau semua mahkamah mahu berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab perundangan.

Tulus dan mulus bunyinya kenyataan Zambry. Tetapi hanya rakyat yang UMNO totok dan rendah IQ sahaja sedia menelan kata-kata Zambry itu.

Persepsi rakyat terhadap UMNO dan terhadap mahkamah bukannya datang tak semena-mena dalam mimpi. Rakyat melihat dan melalui sendiri pengalaman penyalahgunaan institusi kehakiman oleh UMNO sejak puluhan tahun. Bukan hanya satu dua kes tetapi sudah ratusan kes. Rakyat tak sebodoh Zambry yang menyangka orang ramai telah lupa kes pemecatan Tun Salleh Abas, kes DS Anwar Ibrahim dan kelakuan jijik Peguam Negara dari zaman Mokhtar Abdullah hingga ke zaman Ghani Patail. Rakyat tak lupa video Linggam correct correct correct yang membuktikan perogolan institusi kehakiman dalam hal perlantikan hakim. Rakyat tidak buta atau pekak terhadap kes Musa Hasan yang dikuasai oleh mafia penjenayah Malaysia. Akhirnya Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman yang jadi mangsa.

Persepsi rakyat terhadap UMNO dan mahkamah bukan setakat persepsi tetapi realiti. Zambry boleh terus dendangkan irama sumbang itu untuk menipu rakyat. Rakyat yang dungu akan masuk perangkap Zambry. Biarlah semua yang dungu itu menyokong UMNO. PR tak rugi apa-apa.

Rakyat yang dungu boleh menerima kewajaran permohonan Zambry di Mahkamah Rayuan diterima, dibicarakan dan diputuskan dalam masa hanya dua jam. Rakyat yang dungu boleh terima kewajaran permohonan DS Nizar di Mahkamah Rayuan hari ini (13 Mei) hanya akan dibicarakan 5 hari kemudian (18 Mei). Permohonan Zambry dibicarakan dan diputuskan on the spot. Sebaliknya mahkamah berdolak-dalik beberapa jam sebelum menerima urusan memfailkan permohonan DS Nizar. Selepas diterima, tarikh perbicaraan ditetapkan 5 hari kemudian. Tak boleh pula dibicarakan on the spot macam permohonan Zambry.

Ini bukan persepsi tetapi realiti. Zambry sama saja dengan pemimpin UMNO sepanjang zaman. Penipu dan penjenayah. Perampas hak rakyat. Pencabul keadilan.

Zambry memang muka tak malu kerana cuba mengaitkan nilai perjuangannya (dan perjuangan UMNO) dengan Mandela dan Ghandi. Tokoh kemerdekaan Afrika Selatan dan India itu adalah pejuang tulen. Mereka menentang penjajah. Mereka menentang ketidakadilan sistem apartheid dan sistem kasta.

UMNO adalah penjenayah apartheid dan kasta versi Malaysia. ISA, OSA, AUKU, Akta Hasutan, Akta Polis dan Akta Mesin Cetak merupakan roh sistem apartheid dan sistem kasta.

UMNO boleh berhimpun di mana saja. PR tak boleh. UMNO boleh kata apa saja. PR tak boleh. Silap sikit polis akan tangkap dan dakwa di bawah Akta Hasutan. UMNO boleh terbitkan apa saja. PR tak boleh. UMNO boleh guna semua jentera dan premis kerajaan ketika pilihanraya. PR tak boleh.

Apa bezanya sistem apartheid dan sistem kasta dengan sistem pemerintahan Malaysia di tangan UMNO? Saling tak tumpah, seia sekata. Kalau Mandela dan Ghandi ada di depan Zambry, pasti basah muka Zambry diludah oleh dua tokoh pejuang keadilan dunia itu.

Kata Zambry lagi :
Perjuangan menegakkan kebenaran ini memerlukan “keberanian”. Mandela pernah berkata : “Saya mempelajari bahawa keberanian bukanlah bermakna tidak punya perasaan takut, tetapi berjaya mengatasinya. Mereka yang berani bukanlah mereka yang tidak punya perasaan takut tetapi mereka yang mampu menakluki rasa takut itu. (I learned that courage was not the absence of fear, but the triumph over it. The brave man is not he who does not feel afraid, but he who conquers that fear. )

Jika dibandingkan dengan dua tokoh yang disebutkan tadi, perjuangan dan pengorbanan yang saya serta rakan-rakan lalui tidaklah seteruk mereka. Sekurang-kurangnya saya tidak hilang kebebasan atau disakiti untuk menegakkan kebenaran.

Saya hanya menempuhi persepsi umum yang negatif seperti yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang termasuk Menteri Besar Dato’ Seri Nizar Jamaluddin serta orang-orang kanannya.
Rakyat Menjawab :

Persepsi umum yang negatif terhadap Zambry bukan berpunca daripada kata-kata atau ceramah DS Nizar dan pemimpin-pemimpin PR. Ia juga bukan berpunca daripada tulisan-tulisan di akhbar PR dan blog pro PR. Semua kata-kata dan tulisan mengherdik Zambry itu cuma bersifat responsif. Pemimpin dan penyokong PR serta rakyat marah kepada Zambry kerana jenayah politik yang dilakukannya.

Zambry dan UMNO mengkhianati mandat rakyat negeri Perak pada PRU12. Rakyat tak mahu BN jadi kerajaan di Perak. BN 31 PR 28 yang dipertahankan oleh Zambry dan gerombolannya hari ini bukan mandat rakyat. Mandat Rakyat yang sebenar ialah PR 31 BN 28. Matematik Zambry hanya muncul selepas ugut, rasuah dan culik. Rakyat tak dapat menerima pembentukan kerajaan secara primitif itu. Rakyat marah. Rakyat menghamburkan kata nista kepada Zambry kerana Zambry mencipta sebabnya. Zambry bukan saja layak menerima persepsi negatif seperti yang telah dihadapinya setakat ini bahkan sepatutnya lebih dari itu. Dan Zambry adalah punca dan penyebabnya.

Lagi kata Zambry :
Tuduhan terbaru ialah penggunaan bomoh yang saya rasakan amat serius kerana ia melibatkan perbuatan syirik. Ini adalah antara taktik politik kebencian (politics of hatred) yang digunakan oleh mereka supaya rakyat membenci Barisan Nasional.

Tetapi taktik seperti ini bukanlah budaya Barisan Nasional.

Memetik kata Martin Luther King Jr, kegelapan tidak akan mengatasi kegelapan. Kebencian tidak akan menghapuskan kebencian, hanya kasih sayang mampu mengubahnya. (Darkness cannot drive out darkness; only light can do that. Hate cannot drive out hate; only love can do that.)
Rakyat menjawab :

UMNO tak layak bercakap soal syirik dan politik kebencian. Oleh kerana Zambry adalah ahli UMNO bahkan pemimpin UMNO maka Zambry pun tak layak bercakap soal itu.

Kepercayaan atau amalan perbomohan tertentu hanya salah satu daripada penyebab syirik. Ada banyak lagi punca syirik selain daripada itu. Dan UMNO tak pernah peduli tentang itu.

Zambry boleh terus menipu diri sendiri. Orang PR tahu. Orang UMNO pun tahu. Kalau Zambry serius nak menghapuskan amalan perbomohan yang syirik itu, kita tawarkan khidmat mengenalpasti beberapa ratus orang bomoh dan kita sanggup mengiringi Zambry menemui bomoh-bomoh itu untuk bertanya siapakah pelanggan mereka dari kalangan pemimpin politik. Seluruh dunia tahu betapa pemimpin-pemimpin UMNO adalah pelanggan-pelanggan setia tok bomoh dan tok pawang untuk seribu satu macam urusan mereka.

Syirik yang lebih besar ialah menyengutukan Allah dalam perkara suruhan dan laranganNya. Halal dan haram telah muktamad di dalam Kitab Allah dan Hadith RasulNya. Mengubah halal dan haram itu adalah syirik yang sangat besar. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal adalah perlakuan syirik dan kufur muktamad.

UMNO dulu, kini dan selama-lamanya sangat berani dan senang hati mengubah halal dan haram yang telah ditetapkan oleh Allah. Judi adalah nyawa kerajaan UMNO-BN. Arak adalah sumber ekonomi yang dipertahankan bermati-matian oleh UMNO. Hukum Allah tentang aurat ditertawakan berdekah-dekah oleh UMNO sampai terguling-guling dan termuntah. UMNO memusuhi hukum Hudud. Tidak pelik kalau DAP, MCA dan MIC menentang Hudud. Yang pelik ialah hukum Allah itu ditentang oleh UMNO dan pemimpin-pemimpinnya yang beragama Islam termasuk Zambry.

Zambry boleh mainkan isu dakwaan 'pakai bomoh' yang dihebahkan oleh Drs. Khalil Idham Lim itu. Zambry boleh berlakon mengucap panjang takutkan amalan syirik itu. Tetapi rakyat yang bukan UMNO buta-tuli tidak dungu untuk terpengaruh dengan lakonan dan prihatin yang palsu itu.

Kalau Zambry nak pelihara agama, dia perlu meninggalkan UMNO. Parti busuk itu bukan tempat memperjuangkan agama. Parti rosak itu adalah tempat cari makan tanpa peduli halal haram. Tempat menyuburkan rasuah. Tempat jantan betina ikut suka. Tempat mendaulatkan syirik.

Zambry menambah kata :
Pada saya kehilangan jawatan Menteri Besar tidak akan mengurangkan semangat juang saya untuk menegakkan kebenaran. Jika Nizar dan rakan-rakannya yang kini mula bermaharaja-lela dan rakus kuasa (termasuk memasuki pejabat Menteri Besar seawal 7.15 pagi pada 12 Mei), menyangka keputusan mahkamah itu akan mengurangkan semangat juang saya maka mereka sudah tersilap baca.

Perjuangan menegakkan kebenaran tidak perlu pada jawatan.

Bagaimanapun saya akui adalah sukar untuk menukarkan persepsi penyokong mereka tentang saya dan Barisan Nasional. Ceramah-ceramah, laman-laman portal, serta akhbar milik pembangkang berjaya memberikan imej negatif terhadap kami.

Tidak hairanlah ada golongan yang percaya dengan tuduhan mereka kononnya adun-adun Barisan Nasional memulakan kekecohan dalam dewan undangan negeri pada 7 Mei lepas.

Bekas speaker V. SIvakumar pula seperti “buta undang-undang” mendakwa keputusan mahkamah tinggi semalam, mengatasi keputusan mahkamah Persekutuan yang mengistiharkan penggantungan saya serta enam exco sebagai tidak sah.

Padahal, Mahkamah Persekutuan mengatasi keputusan mahkamah Tinggi. Ini adalah antara contoh manipulasi yang dibuat oleh pakatan pembangkang.

Mereka hanya menerima keputusan undang-undang yang menyebelahi mereka dan menolak keputusan yang tidak bersama mereka. Inilah "selective justice" yang diamalkan oleh pembangkang.

Saya tidak akan mencerca dan menjaja keputusan Mahkamah Tinggi seperti yang dilakukan oleh Nizar dan Ngeh dalam ceramah-ceramah mereka apabila keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan tidak menyebelahi mereka.

Saya tidak dapat membayangkan betapa rakusnya mereka apabila Nizar disahkan semula sebagai Menteri Besar. Kerakusan mereka di dalam dewan tempohari mencerminkan kerakusan yang akan dilakukan sebaik sahaja Nizar menduduki kerusi Menteri Besar.
Rakyat menjawab :

Kesian Zambry. Pemimpin kudeta ini terus berangan-angan dapat meyakinkan rakyat dengan kisah dongeng yang penuh kepalsuan. Sidang DUN 7 Mei bukan satu kes atau isu yang berdiri sendiri. Ia berkait dengan seluruh episode sepanjang krisis negeri Perak sejak rampasan kuasa awal Februari. Rakyat tidak bodoh macam Zambry dan ahli UMNO.

Semuanya berpunca daripada rampasan kuasa. Apabila rampasan itu dibenci dan dinilai sebagai tidak betul, maka apa pun lanjutan daripadanya adalah tidak betul.

Soal 31-28 hari ini tidak relevan. Soal ADUN Bebas sokong BN tidak relevan. Soal sidang DUN 3 Mac tiada perkenan Sultan tidak relevan. Soal Sivakumar atau Ganesan tidak relevan. Soal Abdullah Antong atau Misbahul Munir tidak relevan. Pendek kata semua hujah dan alasan Zambry tidak relevan.

Yang kurang ajar, samseng, undang-undang rimba, tak hormat Raja, macam budak-budak, jahat dan langgar demokrasi ialah rampasan kuasa awal Februari. Antara kepala kurang ajar dan samseng itu ialah Zambry Kader.

Rakyat bukan UMNO tidak bodoh untuk menilai peristiwa sidang DUN 7 Mei itu. Perkenan mengadakan sidang itu dipohon oleh MB haram. Usul pecat Speaker dikemukakan oleh MB haram. Usul lantik Speaker Ganesan dikemukakan oleh MB haram juga. Kedua-dua usul itu disokong oleh exco haram lagi samseng. Pemecatan Speaker lama dan perlantikan Speaker baru yang haram itu dibuat sebelum persidangan diresmikan oleh DYTM Raja Muda. Dengan kata lain persidangan belum bermula. Bagaimana usul-usul boleh dibentangkan dan diputuskan?

Rakyat bukan UMNO tidak bodoh untuk menilai kata-kata Zambri. Yang bodoh hanya Zambry dan UMNO totok yang rendah IQ.

Baca Sepenuhnya..

Mandrem Bomoh Tersampuk Zambry

Ditulis berdasarkan rakaman video sidang media Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebelum membuat laporan polis terhadap YB Drs. Khalil Idham Lim berhubung isu BN guna bomoh untuk hadapi Sidang DUN 7 Mei.

Video sidang media ini disiarkan dalam laman web resmi BN Perak. Seratus peratus perkataan DS Zambry dalam rakaman video ini disalin semula sepenuhnya, termasuk pengulangan sebutan perkataan dan bunyi-bunyi bukan perkataan.

.... aaa Idham Lim aaa dalam aaa saya ingat itu adalah aaa laporan akhbar ya tadi ya? kalau aaa sidang akhbar yang dipanggil oleh beliau pagi tadi, aaa, begitu menjijikkan sekali. Yang memualkan. Yang langsung tidak ada prinsip. Orang atas prinsip-prinsip agama kononnya yang dipegang oleh beliau yang bergelar dirinya sebagai seorang ustaz, aaaa yang membuat tuduhan yang yang keterlaluan dan melampau, ya, yang terlalu hina sifatnya, yang sepatutnya tidak keluar daripada seorang yang bergelar yang yang berhormat, apatah lagi aaa yang aaa yang menggelarkan dirinya sebagai seorang ustaz, aaa bayangkan aaa beliau boleh mengeluarkan aaa tuduhan aaa demikian rupa yang saya anggap aaa adalah satu tindakan aaa yang terlalu terdesak di saat-saat aaa mereka sedang menghadapi aaa pelbagai aaa cabaran ya. Tapi kalau, kalau apa pun suasananya bukan ini caranya untuk untuk bertindak aaa ya aaa begitu aaa suka hati dia sahaja dan aaa saya anggap ini adalah satu tindakan aaa yang keterlaluan dan saya telah pun aaa mengarahkan untuk aaa pegawai saya dan saya akan aaa membuat laporan polis aaa kepada beliau dan saya akan mengambil tindakan-tindakan susulan aaa berasaskan kepada peraturan-peraturan undang-undang .... ## video dipotong di sini dan disambung semula dengan kenyataan berikut ##

.... tindakan yang dibuat oleh beliau ini adalah satu tindakan jahat aaa yang aaa cuba mengapi-apikan rakyat aaa untuk aaa membuat persiapan-persiapan dan meningkatkan lagi aaa kebencian rakyat aaa kepada aaa saya dan juga aaa kepada aaa Barisan Nasional, dan aaa perkara-perkara fitnah, penipuan-penipuan yang begini aaa tidak boleh kita biarkan aaa maka menjadi tanggungjawab saya pada hari ini untuk aaa saya mengambil tindakan-tindakan perlu kepada beliau dan aaa saya sebenarnya pun aaa sudah aaa banyak bersabar aaa dengan aaa ceramah-ceramah mereka yang saya dengar aaa walau pun begitu saya tidak mengambil tindakan-tindakan .... ## video dipotong di sini dan disambung semula dengan kenyataan berikut ##

.... Seperkara lagi ialah apabila aaa tindakan beliau cuba mengheret sama aaa nama aaa yang berbahagia Dato' Seri Mufti yang selama ini aaa juga mereka mereka hina aaa dan aaa cuba membawa beliau untuk turut aaa sama aaa dalam hal yang sebegini, jadi aaa saya akan mengambil tindakan, tindakan perlu aaa ke atas aaa beliau .... ## video dipotong di sini dan disambung semula dengan kenyataan berikut ##

.... saya pergi aaa saya pegi ke apanama aaa kerusi speaker dan bomohkan di tempat perasap kemiyan di kerusi bomoh Speaker ni, aaa ya, dan aaa dan ini mungkin you take it likely but for certain community, for certain community, especially for aaa this is quite serious, aaa you talk to malay, indian community, this matter aaa aaa quite aaa quite serious, aaa I do not know for the Chinese community, for me quite serious right? because how could aaa you know aaa Menteri Besar went to the ha ha, ha ha, you know, pergi ke kerusi Speaker aaa memperasap dan aaa try to aaa apanama dipanggil ni aaa untuk untuk aaa mendram aaa macam-macam la .... # tamat #
Ada 3 ulasan terhadap kenyataan MB coup de' tat ini.

#1 - DS Zamry marah sangat terhadap perbuatan fitnah. Ia dianggap perbuatan jijik, memualkan, keterlaluan, melampau, hina, jahat, tipu dan tindakan terdesak. Status ustaz yang ada pada Drs. Khalil Idham dijadikan faktor yang lebih besar untuk mensabitkan dahsyatnya jenayah fitnah yang konon dilakukannya.

Ulasan : DS Zambry dan UMNO perlu menoleh ke belakang sepanjang sejarah negara ini sejak wujud UMNO. Pemimpin dan ahli UMNO adalah Maharaja fitnah sepanjang zaman. PAS ekstremis, PAS menyokong keganasan, negara Islam PAS akan menghapuskan kebebasan beragama, PAS menentang pembangunan, PAS anti kemajuan, PAS mahu rakyat Malaysia terus mundur, PAS parti ajaran sesat, PAS menyelewengkan ajaran Islam, PAS perosak agama, Anwar meliwat, Anwar berzina, Anwar agen asing, Anwar agen Yahudi, Anwar agen Israel, Anwar agen Amerika, Anwar nak menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu, Anwar nak gadai hak dan maruah bangsa Melayu dan seribu satu macam lagi.

Bukti? Sepanjang memfitnah PAS, DSAI dan lain-lain parti atau pihak yang membangkang, UMNO tak pernah ada bukti. Kalau ada dua tiga bukti dikemukakan, semuanya bohong atau bukti yang direkacipta.

Bagi kes BN guna bomoh seperti yang dilaporkan, YB Drs. Khalil Idham bertegas ada bukti dan sanggup bekerjasama dengan pihak berkuasa yang mahu menyiasat sumber dan bukti amalan khurafat UMNO itu.

#2 - DS Zambry marah sangat kerana Drs. Khalil Idham dan sekelian penceramah PR mengapi-apikan rakyat supaya membencinya dan membenci Barisan Nasional.

Ulasan : Aduhai malang sungguh nasib rakyat negeri Perak kerana hanya manusia seperti ini yang dapat ditawarkan oleh UMNO untuk memimpin sebuah negeri. DS Zamry tiada upaya menilai keadaan di sekeliling bahkan yang terbentang di depan mata. Matanya tak dapat melihat. Akalnya tak dapat menilai bagaimana UMNO maha dahsyat mengapi-apikan rakyat supaya membenci seluruh pemimpin PR. UMNO melakukan segala macam kaedah untuk membangkitkan kebencian rakyat negeri Perak terhadap DS Nizar sejak hari pertama dia mengangkat sumpah sebagai MB kerajaan PR Perak. UMNO mencipta dan mengadun lagu boneka dan derhaka yang palsu dan tak bertamadun untuk mebangunkan kebencian rakyat terhadap DS Nizar sehingga ada yang sanggup melaungkan KILL NIZAR !!!

#3 - Kenapa bahasa seorang MB berterabur tak tentu hala? Terlalu banyak aaa dan aaa menyusuli setiap selepas dua tiga patah perkataan. Banyak kali juga aaa itu muncul selepas setiap satu perkataan berturut-turut hingga empat lima perkataan. Doktor Falsafah ini kerap tak menghabiskan ayat atau berhenti secara tergantung, kemudian memulakan ayat baru. Apakah tidak well prepared atau memang gagap atau susah menyusun ayat kerana akal nak menipu?

Kesian pada wartawan yang hadir sidang media itu. Mereka terpaksa menunggu habis ayat yang panjang lebar, tersangkut-sangkut dan berulang-ulang untuk point yang hanya sedikit.

Agak mengejutkan juga bila mendengar ayat Bahasa Inggeris seorang yang berkelulusan PhD luar negara :
" dan aaa dan ini mungkin you take it likely but for certain community, for certain community, especially for aaa this is quite serious, aaa you talk to malay, indian community, this matter aaa aaa quite aaa quite serious, aaa I do not know for the Chinese community, for me quite serious right? because how could aaa you know aaa Menteri Besar went to the ha ha, ha ha, you know, pergi ke kerusi Speaker aaa memperasap dan aaa try to aaa apanama dipanggil ni aaa untuk untuk aaa mendram aaa macam-macam la "

Baca Sepenuhnya..

Jangan Berperangai Macam Budak-Budak

Zambry nasihati ADUN PR; jangan berperangai kebudak-budakan semasa sidang DUN 7 Mei nanti. Jangan berebut kerusi MB. Jangan berebut kedudukan sebelah kiri atau kanan Speaker.

Kata Zambry lagi, dulu waktu PR jadi kerajaan, kami (BN) tak bantah apa-apa pun. Waktu itu PR ada 31 kerusi. Kami ada 28. Hari ini kami pula ada 31 dan PR tinggal 28. Dulu giliran kamu, hari ini giliran kami. Dulu kami beri laluan pada kamu. Kami tak ganggu kamu menjalankan tugas sebagai kerajaan. Hari ini kamu perlu beri laluan pada kami.

Begitulah bunyinya ayat orang politik UMNO. Madah berhelah yang manis tapi beracun. Namun cukup 'power' untuk mengekalkan kebencian pengundi saluran 1 terhadap PR. Dengan ayat-ayat Machiavelli itu BN kelihatan jadi mangsa kepada penjahat bernama PR. Melayu saluran 1 yang sedang bertarung dengan diabetes dan hypertension akan terus menyokong UMNO hingga tiba saat diusung ke liang lahad.

UMNO akan terus tipu orang Melayu tentang krisis Perak. UMNO akan terus bersumpah tak pernah merasuah, mengugut atau menculik 3 ADUN lompat dan 1 ADUN dua kali lompat. UMNO tak akan mengaku menyalahgunakan kuasa SPRM dan SPR bagi menjayakan rampasan kuasa 5 Februari. UMNO tak akan mengaku mengkeldaikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri sepanjang berusaha merompak kuasa. UMNO akan terus menafikan semua tindakan tidak demokratik yang digerakkan sepanjang 10 1/2 bulan PR berkuasa.

Baca Sepenuhnya..

PEMUDA UMNO PILIH RASUAH - KJ MENANG KETUA PEMUDA!



Khairi Jamaludin (KJ) memenangi perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia selepas seminggu didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin parti itu atas kesalahan rasuah. KJ memperolehi 304 undi mengalahkan Khir Toyo (KT) (254 undi) dan Mukhriz Mahathir (232 undi).

KJ dan KT disiasat oleh jawatankuasa disiplin berikutan aduan rasuah untuk mendapatkan pencalonan bagi pertandingan ini. KJ didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran manakala KT diputuskan tidak bersalah. Mukhriz merupakan satu-satunya calon Ketua Pemuda yang tidak disiasat atas tuduhan rasuah berkaitan pertandingan ini.

Kemenangan ini memberikan nafas baru kepada hayat politik KJ selepas pengumuman keputusan bapa mertuanya melepaskan jawatan Presiden dan Perdana Menteri. Sementara itu, keputusan ini dikatakan memberi tamparan kepada Dato' Seri Najib dan mentornya Tun Mahathir yang mahukan Mukhriz memenanginya.

Keputusan ini juga menandakan penghujung hayat politik KT yang sedang disiasat oleh kerajaan negeri Selangor berhubung salah guna kuasa menggelapkan dan membazirkan jutaan wang kerajaan untuk kepentingan diri sepanjang menerajui negeri itu.

Jawatan Ketua Wanita dimenangi oleh Shahrizat Jalil manakala Rosnah Abdul Rashid Shirleen memenangi jawatan Ketua Puteri.

Baca Sepenuhnya..

UMNO TIDAK PERNAH DEWASA

Akhir-akhir ini tindakan UMNO terhadap pesaing politiknya semakin melampau. Selepas isyarat yang diberikan dalam pilihanraya umum ke 12, rakyat berharap UMNO bangun dari mimpi dan menjadi dewasa. Undi rakyat mengisyaratkan supaya demokrasi di Malaysia dipulihkan dan keadilan ditegakkan. Malangnya UMNO menilai kehilangan sokongan itu sebagai tindakan permusuhan oleh rakyat yang perlu dihadapi dengan serangan balas dan kebencian. Di sebalik retorik "UMNO perlu berubah" dan "UMNO perlu fahami isyarat rakyat" yang disebut berulangkali oleh pemimpin-pemimpin UMNO, parti itu terus melangkah ke belakang dengan tindakan-tindakan tidak demokratik, menyalahguna kuasa dan ganas.

Krisis Perak membuktikan UMNO tidak mahu berubah, malah semakin teruk daripada sebelumnya. SPR, SPRM, Polis, FRU, Mahkamah dan Media dilacurkan demi kuasa tanpa mempedulikan perlembagaan dan undang-undang.

Terbaru, UMNO memperkudakan polis dan FRU lagi dan lagi untuk menyekat kematangan rakyat yang semakin kenal keburukan UMNO. Polis dan FRU bukan lagi pasukan keselamatan yang memelihara ketenteraman negara. Pasukan itu telah bertukar misi menjadi pasukan samseng yang bertugas untuk kepentingan UMNO. Sejahat mana pun UMNO, polis dan FRU sedia berkhidmat bila-bila masa untuk mempertahankannya. Semulia mana pun hasrat rakyat, polis dan FRU tetap ganas menghalangnya bila saja UMNO menghendakinya.

Kisah #1 - Pada 6 Februari 2009, seawal waktu subuh polis sudah bersedia di bangunan SUK untuk menghalang Dato' Seri Nizar dan Exconya memasuki bangunan itu. Alasan celaka apa yang mengharuskan tindakan itu? DS Nizar belum meletak jawatan. Dato' Dr. Zambry pun belum mengangkat sumpah. Undang-undang rimba mana yang tidak membenarkan DS Nizar masuk ke pejabat resminya dalam keadaan itu? Walau pun kemudiannya DS Nizar dibenarkan masuk, tetapi kebenaran masuk 'untuk mengambil barangan peribadi' itu diberikan dengan penuh penghinaan dan mencabul undang-undang. Wartawan dalam dan luar negara menjadi saksi bagaimana pegawai tinggi polis boleh dihambakan oleh UMNO untuk menyempurnakan pengusiran DS Nizar daripada bangunan itu.

Kisah #2 - Polis menajiskan integriti dan kredibiliti apabila patuh membabi buta dan buta tuli terhadap arahan UMNO supaya menyiasat Speaker DUN selepas tindakan penggantungan MB dan Exco haram daripada menghadiri sidang DUN. Polis tergamak membunuh doktrin pengasingan kuasa yang menjadi nyawa perlembagaan negara. Berilah seribu alasan dan berdalihlah dengan sejuta asas perundangan, namun seluruh dunia tahu dan nampak betapa polis merelakan diri jadi budak suruhan UMNO.

Kisah #3 - Tragedi 3 Mac 2009 menyerlahkan pengabdian mutlak pasukan polis dan FRU kepada tuhan yang bernama UMNO. Ribuan anggota dikerahkan mengepung bangunan SUK untuk menghalang persidangan tergempar DUN yang dipanggil oleh Speaker. UMNO jadi tuhan manakala polis jadi raja. Polis @ raja mendapat mandat dari UMNO @ tuhan. Samseng dibiarkan mengugut dan mengancam rombongan ADUN. Polis menunggu di pintu pagar dengan wajah angkuh. Akhirnya persidangan DUN terpaksa dilangsungkan di bawah pohon Beringin.

Kisah #4 - Lawak bodoh bersambung ke episod seterusnya. Polis memanggil ADUN yang bersidang dan mendakwa mereka dengan tuduhan menganjurkan perhimpunan haram. Sidang DUN bawah pokok adalah perhimpunan haram! Polis memang bijaksana dan prihatin.

Kisah #5 - 19 Mac 2009 pekan Simpang, Taiping dipenuhi pasukan polis dan FRU. UMNO mengerahkan kira-kira 500 anggota dua pasukan itu untuk menghalang ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, TG Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Nizar. Ahli UMNO di kawasan itu sendiri pun tidak nampak logiknya tindakan polis dan FRU itu. Besoknya UMNO menganjurkan forum di Changkat Jering. Polis menutup jalan susur dari arah plaza tol keluar ke jalan Taiping - Kuala Kangsar untuk memudahkan pengunjung meletak kenderaan. Semuanya jadi mudah dan halal kerana penganjurnya ialah UMNO.

Kisah #6 - 23 Mac 2009, Pakatan Rakyat diberikan kebenaran menganjurkan ceramah pengumuman calon PRK Bukit Gantang di padang Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping. Ketika YB Azmin Ali sedang berucap, pasukan polis menyerbu pentas ceramah dan mengarahkan supaya majlis dipendekkan atau diberhentikan. Alasan bodoh yang diberikan ialah "permit dikeluarkan hanya untuk ceramah mengumumkan nama calon, dan bukan ceramah politik". Oleh kerana YB Azmin bercakap politik menyentuh UMNO dan pemimpinnya, maka syarat permit telah dilanggar. Daripada pemegang ijazah PhD hinggalah tukang sapu yang hanya bersekolah darjah enam, semuanya menghamburkan rasa kesal atas kebodohan melampau UMNO dan pegawai polis. Ceramah parti politik nak mengumumkan calon pilihanraya tetapi tak boleh cakap politik. Memang bodoh!

Kisah #7 - Pada malam yang sama, FRU menembak orang ramai dengan air asid di majlis ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim di Sungai Petani, Kedah. Perhimpunan itu bukan demonstrasi jalanan atau rusuhan bersenjata. Rakyat hadir untuk mendengar penerangan daripada parti politik yang sah. UMNO takut rakyat celik maklumat kerana ia akan mempercepatkan ajal parti rasuah itu. Lantaran itu polis dan FRU diarahkan untuk meneruskan tindakan ganas yang bodoh lagi tidak bertamadun bagi menggagalkan majlis penerangan Pakatan Rakyat.

Kisah #8 - 24 Mac 2009, Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan berkuatkuasa serta merta. UMNO boleh beri sejuta alasan namun rakyat tidak lagi bodoh seperti pemimpin dan ahli UMNO. Selain daripada ahli-ahli UMNO yang buta huruf, semua rakyat Malaysia tahu bahawa penggantungan itu adalah usaha UMNO menyekat arus peningkatan kefahaman rakyat tentang politik negara ini.

Kisah #9 - Malam 24 Mac 2009, kampung Sungai Tinggi, Trong digempur oleh kira-kira 200 anggota FRU dan puluhan anggota polis. Pasukan perang itu datang dengan 15 trak merah dan berpuluh kenderaan putih. Yahudi Israel akan ketawa kalau UMNO membantah kezaliman mereka di Palestin kerana UMNO lebih teruk dari mereka. Intifadhoh Palestin ada batu, mortar dan bom sedangkan penyokong Pakatan Rakyat hanya datang berlenggang untuk mendengar ceramah, bukan untuk menyerang atau mencederakan sesiapa. Lawanlah ceramah dengan ceramah. lawanlah hujah dengan hujah. Hanya si bacul yang melawan hujah dengan senapang dan water canon.

UMNO memang tak mau berubah dan tak mahu memahami isyarat rakyat. Kepentingan diri dan rasuah telah membentuk akal budi UMNO menjadi beku dan terkunci mati. Kewarasan telah berkubur. UMNO mahu jadi tuhan persis firaun. Mudah-mudahan parti rasuah dan bacul itu akan tenggelam di dasar Selat Melaka seperti tenggelamnya firaun di dasar Laut Merah.

Baca Sepenuhnya..

NAJIB DARI PANDANGAN UMNO SENDIRI


Poster ini diambil dari selamatkanumno.blogspot.com


Baca Sepenuhnya..

UMNO MENGHINA SULTAN DAN MUFTI

UMNO meletakkan foto wajah Sultan dan Mufti di badan anjing!

Penghinaan yang melampau! "Ini kerja UMNO", kata orang ramai selepas solat Jumaat di Masjid Bt. 8 Bendang Siam berhampiran Changkat Jering.

Logikkah risalah ini diterbitkan oleh Pakatan Rakyat?
Risalah ditabur berselerak di tepi jalan depan Masjid Bt. 8 Bendang Siam
Petugas UMNO menabur risalah ini ketika jemaah sedang solat Jumaat
berselerak ....
Ada yang tak sempat dikeluarkan dari bungkusan.

Ini taktik basi untuk mencetuskan kemarahan orang ramai kepada Pakatan Rakyat. UMNO mahu orang ramai percaya risalah ini dikeluarkan oleh PR. Dengan itu mereka akan marah dan benci PR kerana menghina Sultan dan Mufti secara melampau.

Sebodoh itukah rakyat? Sebodoh itukah Pakatan Rakyat?

Kalau pun ada sedikit rasa kecewa terhadap kedua-dua insan itu, PR tidak terlalu dungu untuk mengeluarkan risalah yang akan menambahkan masalah. Memadankan wajah Sultan dengan lukisan badan seekor anjing adalah penghinaan yang terlampau. Perangai sebegini adalah derhaka tahap iblis, tetapi UMNO tetap sanggup melakukannya.

UMNO akan mengedarkan lebih banyak lagi risalah provokasi seperti ini. Mereka tiada isu untuk berhujah secara fakta. Kalau nak berlawan mendedahkan penyelewengan,
jenayah dan salah laku, PR boleh terbitkan beribu-ribu risalah penyelewengan, jenayah dan salah laku pemimpin UMNO. Sebaliknya, UMNO nak bongkar apa?

Oleh itu, mereka akan mainkan sentimen perkauman, memfitnah dan mengedarkan risalah-risalah yang seolah-olah dikeluarkan oleh PR seperti hari ini. Itu sajalah modal yang ada pada UMNO.

Baca Sepenuhnya..

SKETSA HALANG CERAMAH PAKATAN RAKYAT

umno Pictures, Images and Photos

bad bugs Pictures, Images and Photos



Baca Sepenuhnya..

POLIS + UMNO = PR MENANG INSYAALLAH!

UMNO mengerahkan lebih kurang 500 anggota polis + FRU untuk menghalang ceramah DSAI dan DS Nizar di Simpang, Taiping malam ini. Di celah-celah orang ramai mungkin ada ratusan lagi polis cawangan khas yang bertugas. Bukit Gantang jadi medan perang. Bukan perang politik demokrasi, tetapi perang bersenjata.

Foto (dari blog Cina Islam) ini membuktikan UMNO memang dah tak siuman!





Polis tidak meluluskan permit dan mengeluarkan kenyataan melarang ceramah itu berserta ugutan yang menyeramkan. Rakyat dilarang hadir. Duduk diam-diam kat rumah. Jangan dengar apa yang pemimpin Pakatan Rakyat ceritakan. Kalau nak tau perkembangan negara, tonton TV dan baca Utusan Malaysia atau Berita Harian.

Malaysia dah jadi negara polis, atau negara yang diperintah oleh junta tentera. UMNO boleh cakap apa saja dan di mana saja. Atas jalanraya pun boleh. Polis pasti jaga keselamatan majlis UMNO. Kalau perlu tutup jalan untuk memudahkan laluan ke majlis anjuran UMNO, sehari lebih awal pun polis boleh pasang pengadang.

Tapi bagus juga. Buruk kelaku UMNO + polis ini menguntungkan Pakatan Rakyat. Penyokong PR jadi semakin meluat terhadap UMNO. Tak mungkin UMNO dapat mengubah stand politik penyokong PR walau dengan pujukan dan janji manis yang sehebat mana pun. Sedikit demi sedikit warga Malaysia yang tak sokong mana-mana parti, mula bersimpati pada PR.

Manusia ada akal dan ada jiwa. Tambahan pula maklumat mudah diperolehi melalui pelbagai sumber walau pun disekat dengan bermacam cara. Manusia boleh menilai. Manusia nampak majlis ceramah yang UMNO anjurkan. Bila PR dihalang menganjurkan majlis ceramah, manusia mampu menghukum dengan pantas siapa betul siapa salah.

Majlis ceramah umpama sidang mahkamah. Rakyat jadi hakim. UMNO dan PR umpama plaintif dan defendan bagi kes sivil atau umpama pendakwa dan OKT bagi kes jenayah. Yang takut ke mahkamah ialah pihak yang percaya akan kalah atau orang yang memang bersalah.

Majlis ceramah juga umpama senjata untuk perlawanan mengadu kekuatan. UMNO dan PR umpama dua orang yang nak masuk ke gelanggang silat. UMNO pegang sebilah keris, PR pun hunus sebilah keris. Bila UMNO usahakan supaya hanya dia sahaja guna keris dan PR tak boleh, maka tahulah sekelian orang bahawa UMNO memang pondan tua.

Manusia ada akal dan jiwa. Terima kasih UMNO + polis = pondan tua!

Baca Sepenuhnya..

DEBAT TERBUKA BERTUKAR JADI DEBAT YM

Alhamdulillah. Akhirnya BPN bagi respon juga pada cadangan aku. Cuma terkeluar tajuk sikit je. Gomo cabar debat terbuka. Aku sambut cabaran tu bagi pihak blognet. Tapi perlu diulang sekali lagi - GOMO cabar debat terbuka, bila-bila masa dan di mana saja. Tak sampai sehari, BPN dah ubah 'terbuka' jadi 'tertutup'. PPC nak berdebat kat YM je. Tak boleh tunjuk muka.

Cenangau dah cari dewan. Ada tiga pilihan sama ada dewan Kg. Jambu, dewan Pokok Assam atau dewan pekan Trong. Kalau dapat debat kat kawasan khemah-khemah bilik gerakan UMNO-BN yang banyak aku nampak kat Bukit Gantang ni pun bagus jugak. Tapi tak tahulah macam mana nak dapatkan kebenaran.

Albanjari dan Topeng Perak dah ulas perkara ini. Oleh kerana GOMO nak berdebat tentang rakyat maka eloklah dibuat di depan rakyat. Sementelah cabaran itu pun jelas menyatakan 'di mana saja', dan GOMO menyerahkan penentuan 'bila' dan 'di mana' itu kepada pihak yang dicabar. Kata GOMO "LU ORANG CAKAP SAHAJA BILA DAN DI MANA UNTUK KITA BERDEBAT DALAM MASAALAH RAKYAT".Sebab itulah aku kemukakan cadangan tarikh, tempat dan format debat itu. Sekira-kiranya patut juga kalau aku terus nyatakan tarikh dan tempat secara muktamad, tapi aku rasa lebih gentle kalau bagi cadangan dulu. Lepas tu bolehlah kedua-dua pihak membincangkan kesesuaiannya.

Tapi lain pula jadinya. BPN memaki hamun aku dan rakan-rakan blognet kerana menyahut cabaran itu. Jawaban BPN kabur dan bercanggah antara sesama mereka. GOMO terima, tapi tak boleh kalau 20 Mac. Selepas beberapa jam, macam setuju pulak dengan tarikh tu. Parpu Kari hanya merapu macam budak-budak. Kawan dia si GOMO cabar blognet, tapi si Parpu minta DS Nizar turun berdebat. Memang merapu tak faham tajuk. Alih-alih boss BPN si PPC ajak debat online je. Debat melalui YM. Boss pun tak faham tajuk.

Bila PPC ajak debat melalui YM, aku dah nampak jawaban sebenar BPN. Bila geng PPC berlumba-lumba mencabar blognet supaya kemuka hujah kat YM malam tadi, semakin terang jawaban sebenar BPN. Debat terbuka tak diterima. Pakai YM je yang mereka sanggup. Cabaran GOMO "CAKAP SAHAJA BILA DAN DIMANA" dah bertukar jadi "JOM DEBAT KAT YM JE".

Aku masih mengharap debat ini jadi kenyataan. Albanjari mengulangi kesediaan blognet berdasarkan cabaran yang asal. Aku masih mengharapkan keberanian tulen BPN. Please jangan pusing-pusing cakap. Janganlah "terbuka" jadi "tertutup". Janganlah "dimana saja" jadi "kat YM je". Janganlah beralasankan keselamatan, tajuk, bil streamyx, buang masa dan seribu satu macam lagi.

Kalau hendak, seribu daya
Kalau tak mahu, seribu dalih

Baca Sepenuhnya..

BPN CABAR - AKU SAMBUT - BPN HILANG

coward Pictures, Images and Photos
aksi BPN


coward Pictures, Images and Photos
Aku happy tiap kali baca komen orang UMNO kat blog ini. Tak kiralah UMNO sendiri-sendiri atau gerombolan BPN. Maki hamun dan carut mereka tak pernah mengusik angin dan darah aku. Aku faham budaya dan akhlak UMNO memang macam tu, dan aku tak teringin pun membalas dengan maki hamun apatah lagi mencarut. Malu!

Aku juga tak teringin nak mencabar BPN atau mana-mana orang UMNO untuk berdebat. Di blog ini aku tulis ulasan dan pendapat aku tentang politik. Aku sokong Pakatan Rakyat, maka kecenderungan tulisan aku tentulah mempertahankan PR dan menyelongkar kejahatan UMNO-BN, sama macam bloggers UMNO pertahankan parti mereka dan hentam PR.

Tak semena-mena si GOMO cabar aku dan rakan-rakan blognet@Perak berdebat.

Aku tak mahu mencabar. Tapi jangan cabar aku. Bila GOMO cabar berdebat, aku tak patut diam je. Kalau tak sahut cabaran tu, blognet@Perak pasti dilabelkan pengecut. Aku sambut secara serius. Bukan main-main dan bukan sekadar bersorak tak tentu pasal. Mungkin ada baiknya sesekali bloggers turun ke gelanggang terbuka berdepan dengan orang ramai. Hujah berapi-api sorang diri kat depan PC tu cuba bentangkan pulak depan khalayak. Kalau benar hujah kat blog tu ada fakta, apa yang nak ditakutkan depan orang ramai. Inilah medan membuktikan kredibiliti hujah dalam blog. Kalau benar tentu berani. Kalau tak berani ertinya hujah dalam blog itu cuma fitnah dan tipu.

Medan debat ini adalah kesempatan terbaik untuk BPN membuktikan kebenaran segala macam dakwaan yang ditulis dalam blog. Bawaklah segala dokumen atau apa saja bukti kejahatan, pengkhianatan, penyelewengan parti-parti dan pemimpin Pakatan Rakyat. BPN berpeluang menyedarkan bangsa Melayu yang tersalah fikir. Orang Melayu mungkin insaf setelah mendengar hujah bloggers BPN. Kalau difikirkan perlu memaki hamun dan mencarut macam kat dalam blog BPN tu, silakan! Ucapkanlah babi, yahudi, bodoh, bangang, aljuburi dan semua wirid harian BPN yang sopan santun tu. Mudah-mudahan orang Melayu akan sedar. Bahasa jiwa bangsa. Hidup Melayu!

Hingga tengah malam tadi, belum ada sorang pun pendekar dan panglima BPN memberikan maklum balas. Ke mana hilangnya pejuang-pejuang bangsa tu, tak tahulah aku. Aku bukan mencabar, tetapi hanya menyahut cabaran. Cabaran itu datang dari BPN melalui GOMO. Biasanya pencabar tertunggu-tunggu cabaran disambut. Tapi kali ini yang menyahut cabaran pulak terpaksa menunggu.

Aku jenguk blog GOMO, Perak Bangkit dan Parpu Kari. Cabaran yang aku sambut, tidak bersambut balas. Sunyi sepi. Ramai juga penyokong PR beri komen kat posting diorang tentang debat ini, namun tetap tak ada respon. Apa dah jadi?

Kalau padi katakan padi,
jangan hamba tertampi-tampi,
kalau sudi katakan sudi,
jangan hamba ternanti-nanti.

Baca Sepenuhnya..

UMNO HILANG AKAL

UMNO telah hilang akal. Pupus jiwa. Tiada nilai kemanusiaan langsung. Zalim muktamad. Ganas

Inilah ungkapan yang paling sesuai untuk UMNO selepas menyaksikan peristiwa bersejarah seakan Yahudi. Mentaliti
berpatah balik jauh ke belakang, ke zaman tanpa tamaddun. Tak berapa sesuai lagi mengaku Islam. Undang-undang sudah tak wujud. Perlembagaan jadi kertas tandas. UMNO memang haprak. persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di bawah pokok sena hari ini.

UMNO memperkudakan pasukan keselamatan demi kuasa politik haram yang dirompak sebulan lalu. UMNO sekali lagi merogol perlembagaan negara dengan menghina Dewan Undangan Negeri dan ahli-ahlinya. Speaker DUN dihalang daripada menjalankan tugasnya seperti yang termaktub dalam perlembagaan.


Samseng resmi dan samseng tidak resmi pak yed UMNO berkeliaran macam anjing gila sepanjang pagi ini. Samseng resmi yang tak beruniform mengiringi samseng tak resmi melakukan provokasi terlampau. Mujur penyokong kerajaan pilihan rakyat banyak bersabar. Kalau diikutkan hati, memang layak berperang saja hari ini.

Melayu tua yang dah dekat nak masuk kubur pun tumpang sekaki menunjukkan kebodohan diri. Entah apa yang dipertahankannya, sebenarnya dia sendiri pun tak tahu. Mujurlah Melayu yang bodoh macam tu dah tak berapa banyak yang berbaki kat dunia ni.


Pasukan keselamatan bertukar jadi pasukan penjenayah. Dakwaan ini bukan cakap kosong. Ada ribuan foto dan video membuktikannya. Pasukan penjenayah ini hanya buat bodoh saja semasa samseng-samseng UMNO berasak-asak menghalang Dato' Seri Nizar dan ADUN dengan cara merbahaya. Cawangan Jenayah Khas bukan setakat menyusup untuk mencari maklumat atau membuat pengecaman bakal mangsa tetapi turut sama bertindak samseng menghalang dan cuba mencederakan rombongan ADUN. Memang bullshit!

Kalau ibarat di gelanggang, UMNO sah bukan jantan. Mungkin lebih teruk daripada pondan tua. Bacul. Pengecut. Tak berani berdepan beradu kekuatan. Menang hanya kerana pukul curi. Tak ada maruah langsung. Bila dicabar berentap, UMNO angkat geng. Habis semua lembu yang boleh dicucuk hidung, terheret jadi perisai UMNO. Yang sanggup jadi lembu itu pun satu hal. Elok-elok lahir dari perut manusia, tiba-tiba nak jadi lembu. Lembu original di kampung diberi nama kuning, tompok dan bedul. Di bandaraya Ipoh, berberapa ekor lembu di beri nama Abd Rahman, Ahmad Kamal, Zambry, Tajol dan Zulkifli.

Apa pun, alhamdulillah Dewan Undangan Negeri Perak selamat bersidang di bawah sepohon Sena yang rendang, 150 meter dari pintu masuk bangunan SUK. Peristiwa bersejarah di bawah pokok Sena itu bertumpang simbolik dengan kehadiran Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Hj. Mahfuz Omar. Macam cerita Laksamana Do Re Mi pun ada juga. Teringat negeri Pasir Dua Butir dan menteri pertahanan bernama Fasola yang lebih kurang dengan UMNO.


Sidang DUN di bawah pokok Sena

Baca Sepenuhnya..

?@/$##?+*&+??@%PERAK$!??+^$@?\&


?@/$
##?+*&+??@%PERAK$!??+^$@?\&

Perak masih aman macam biasa. Tak ada perhimpunan haram atau rusuhan di mana-mana pun. MB Dato' Seri Hj. Nizar dan semua ADUN Pakatan Rakyat ada di rumah masing-masing. Sebahagian dari mereka mungkin bermalam di rumah saudara mara sekitar Ipoh supaya cepat sampai ke sidang DUN besok pagi.

Gambaran keadaan tegang dan kalut yang beredar melalui khidmat pesanan ringkas (sms) sejak petang tadi adalah palsu. PKR, DAP dan PAS tidak mengajak apatah lagi mengarahkan orang ramai datang berhimpun di Ipoh. Tiada keperluan langsung untuk berkumpul.

Besok hanya sidang DUN yang melibatkan 59 ADUN dan beberapa pegawai DUN sahaja. Itu pun kalau ADUN BN datang. Kalau mereka memboikot sidang itu, tinggallah hanya 28 ADUN saja yang terlibat.

Sedikit suasana tegang yang dihebohkan sehari dua ini hanya kerana BN mahu menggagalkan sidang ini. Dato' Seri Najib mengatakan sidang itu tak boleh diadakan. Setiausaha DUN patuh menurut perintah UMNO lalu mengumumkan perkara yang sama. Dato' Dr. Abd. Rahman Hashim mengarahkan bahagian pengurusan bangunan SUK supaya mengeluarkan kenyataan menghalang kehadiran ke bangunan itu dan ke dewan persidangan. Ketua Polis Negeri pun tumpang taat lalu mengeluarkan amaran yang berkaitan.

Akibatnya, jadilah seolah-olah keadaan tegang dan mencemaskan.

Sepanjang hari ini juga timbul bermacam-macam cerita dari Putrajaya ke Kuala Lumpur hingga ke Shah Alam dan akhirnya sudah tentulah ke Ipoh. Mungkin khabar angin atau mungkin juga khabar benar yang bocor daripada sumber yang betul. Namun ketulenan khabar-khabar itu tidak dapat disahkan. Langkah terbaik ialah - abaikan saja semua khabar itu.

Paling riuh dibualkan ialah kononnya Khairi Jamaludin adakan mesyuarat penting malam ini di Selangor. Agenda utamanya ialah nak finalize langkah mengumumkan penangguhan perhimpunan agung UMNO yang asalnya dijadualkan pada hujung bulan ini. Penangguhan itu kerana keperluan menghadapi pilihanraya negeri Perak.

Maknanya DUN Perak akan dibubarkan dalam waktu terdekat!

Bualan itu juga merujuk kepada kewujudan agenda khas Pak Lah, Khairi dan budak-budak tingkat 4 untuk menafikan mimpi Najib nak jadi Perdana Menteri. Kononnya kekalutan yang tercetus di Perak sejak awal Februari memang dirancangkan begitu rupa untuk mengesahkan kegagalan Najib mengendalikan urusan politik UMNO. Setelah hampir sebulan krisis di Perak, terbukti Najib terlalu banyak membuat kesilapan dalam mencatur langkah.

Jabatan-jabatan yang menjalankan risikan dan tinjauan sikap rakyat, telah melaporkan bahawa UMNO tak dapat apa-apa credit daripada rampasan kuasa yang disusun dan digerakkan oleh Najib. Lebih perit lagi kerana laporan itu turut mengesahkan bahawa UMNO semakin dibenci oleh kaum Cina dan India, manakala orang Melayu kekal dengan pecahan sokongan yang sama macam dulu juga. Kesimpulannya, UMNO rugi kerana sokongan politik semakin merosot.

Kegagalan ini cukup kuat untuk dijadikan alasan menghukum Najib dengan menangguhkan peralihan kuasa yang telah dijadualkan. Pak Lah akan terus bertugas sebagai PM sehingga keadaan pulih.

Tetapi, sebijak itukah Khairi dan sebodoh itukah Najib? Atau, khabar angin ini sekadar satu lagi pendekatan taktikal UMNO untuk melekakan Pakatan Rakyat. Bila khabar ini berjaya menyedapkan hati pemimpin PR, khususnya di negeri Perak, maka PR akan memperlahankan serangan yang agak agresif sekarang ini. Kesempatan itu boleh dimanfaatkan oleh UMNO untuk memperbaiki langkah sumbang yang telah berlaku.

Satu lagi khabar panas yang mula berlegar menjelang waktu maghrib tadi ialah ura-ura MB DS Nizar, Speaker Sivakumar dan Exco Kerajaan Pakatan Rakyat akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sama ada malam ini atau pagi besok. Kononnya penahanan itu adalah jalan paling pantas untuk menghentikan langkah Pakatan Rakyat mencabar keabsahan kerajaan baru pimpinan Dato' Dr. Zambry. Jika PR kehilangan 10 ADUN itu, maka tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan untuk menyekat kerajaan haram UMNO Perak.

Namun begitu, sebahagian daripada pemimpin UMNO tidak menyetujui tindakan itu kerana ia hanya akan menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO/BN. Langkah itu dikhuatiri akan menambah-burukkan harapan UMNO dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Persoalan yang sedang hangat dibincangkan oleh orang ramai ialah sanggupkah UMNO bertindak hingga ke tahap itu? Beranikah UMNO menghadapi kutukan dan kebencian orang ramai yang pastinya akan bertambah dahsyat jika pemimpin-pemimpin itu diISAkan?

Ada dua andaian jawaban bagi soalan ini. Pertama, UMNO tak kan peduli kesan jangka pendek langkah menggunakan ISA itu. Mereka boleh peralatkan TV dan akhbar untuk justify tindakan itu, seperti yang biasa dilakukan selama ini. Lama-kelamaan rakyat akan lupa kezaliman itu. Jawaban kedua, UMNO bimbang juga kehilangan sokongan kumpulan atas pagar yang mungkin bersimpati kepada mangsa tangkapan. Peristiwa Dato' Zaid Ibrahim keluar UMNO kerana membantah penggunaan ISA turut menjadi bahan perbincangan sebelum memutuskan tindakan kali ini. Kalau untung jangka panjang yang difikirkan, UMNO pasti membatalkan hasrat guna ISA.

Perkara ketiga yang menggelegak hari ini ialah soalan-soalan panas oleh orang ramai pelbagai latar belakang dan semua peringkat umur. Di antara soalan-soalan popular ialah :

Soalan 1 -

Apa sebenarnya status peranan 4 manusia - iaitu (1) Dato' SUK Abd Rahman Hashim, (2) Dato' LA Ahmad Kamal Md Shahid, (3) Dato' Annuar Zaini Dewan Negara Perak dan (4) Dato' SU Sulit Tuanku - Abd Rahim Mohd Nor - dalam rampasan kuasa yang berlaku? Terlalu banyak cerita bahawa 4 manusia ini adalah perancang utama coup d'etat 6 Februari 2009. Mereka telah bergerak melaksanakan misi rampasan itu sejak hari pertama DS Nizar masuk pejabat MB.

Dato' Abd Rahman mengepalai tindakan mensabotaj kelancaran pentadbiran kerajaan. Dia memang mampu mensabotaj dengan sempurna kerana kedudukannya sebagai ketua pentadbir negeri. Dato' Ahmad Kamal menyediakan perancangan dari sudut undang-undang untuk mempengaruhi istana dan menyediakan ruang untuk UMNO mempertahankan diri selepas rampasan dibuat. Dato' Annuar Zaini dan Dato' Abd Rahim bertanggungjawab mengadu dan memberikan laporan negatif tentang kerajaan Pakatan Rakyat kepada Tuanku Sultan. Dato' Annuar juga berusaha gigih menggerakkan rompakan kuasa itu kerana kepentingan perniagaannya. Dia juga berperanan penting menyediakan ruang kepada UMNO untuk melakukan ugutan besar tetapi berseni terhadap Tuanku Sultan.

Soalan 2 -

Apa akan jadi pada negara ini jika SPR, SPRM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara boleh diperkudakan oleh UMNO hingga sejijik peranan mereka sepanjang krisis ini?

SPR boleh terus bermain wayang dengan mentafsirkan akta-akta berkaitan pilihanraya yang hanya menurut kehendak UMNO. Amat malang apabila orang besar SPR dan pemimpin UMNO terus bersangka bahawa rakyat boleh diperbodohkan dengan wayang lapok itu. Rakyat sudah cukup celik tentang semua perkara termasuk hal undang-undang. Selain daripada tafsiran sebenar sesuatu peruntukan undang-undang, soal keadilan yang menjadi ruh andang-undang itu juga amat diperhatikan oleh rakyat hari ini. SPR dan UMNO terlalu bodoh untuk bersangka bahawa rakyat bodoh.

SPRM cekap memerangkap Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Jailu, tetapi tidak cekap menyembunyikan jejak pencacai. Orang UMNO sendiri pun mengaku penangkapan dua exco kerajaan PR itu adalah perangkap SPRM yang diarahkan oleh UMNO. Kepantasan menyelesaikan siasatan 2 kes Tan Sri Khalid Ibrahim sambil memekakkan telinga terhadap ribuan aduan resmi terhadap pemimpin-pemimpin besar UMNO cukup menceritakan segala-galanya. SPRM memang pencacai UMNO.

Tentang PDRM ..... aku serahkan kepada pembaca untuk menilaikannya. Aku takutttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.



Baca Sepenuhnya..

MANA ADA SAMPAI 50 JUTA ?


MANA ADA SAMPAI 50 JUTA ?????






KENYATAAN YANG MENJAWAB
SEGALA-GALANYA !


..... TERIMA KASIH ALTANTUYA .....

Baca Sepenuhnya..

SPRM pun PARTI KOMPONEN BN

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan membuktikan bahawa suruhanjaya itu adalah salah satu parti komponen Barisan Nasional dengan pengumuman terbarunya berhubung kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. SPRM bertindak pantas menyelesaikan siasatan kes itu dan telah menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Malangnya SPRM terus pekak dan buta terhadap ribuan laporan yang telah dikemukakan oleh pelbagai pihak berhubung perbuatan rasuah pemimpin UMNO dan BN yang memegang jawatan dalam kerajaan termasuk kes rasuah mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo.

Berikut adalah terbitan semula 20 kes rasuah melibatkan Khir Toyo yang utama selain daripada ratusan kes lain yang bersaiz kecil.

20 kes rasuah Khir Toyo:

1. Meluluskan projek pembinaan jalan termahal merentasi bendang di Sekinchan sejauh 20.5 km bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan iaitu Cabaran Wangsa di miliki oleh Pua Kim An (27 tahun), tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat itu, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang mendapat 100 ekar tanah yang memberikan keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal, Tirai Gemilang, Samasys dan Usahasewa Sdn Bhd) tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut. Khir sebenarnya meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh mengaut untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 November 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang iaitu Ahmad Tarmizi Tajjeury, A. Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walau satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri). Salah seorang daripada mereka adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat kurang 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar dan belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung Karang yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat 50%. Khir berbohong di DUN Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya iaitu Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. Tinjauan menunjukkan bukan saja ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9. Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip. Berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim An, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km) merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikaikan kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang selepas hanyalima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak) supaya menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya, Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytiharkan kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Kebiasaannya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah dan projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

..... malangnya .....

Datuk Seri Ahmad Said Hamdan tidak boleh berbuat apa-apa kerana Khir Toyo merupakan salah seorang pemimpin parti rakan SPRM dalam Barisan Nasional.

Cabaran che'gu bard : Khir Toyo! kalau berani ayuh ke mana-mana pentas terbuka! semua perlakuan rasuah you akan terlondeh bersama bukti yang dipekakkan oleh Ahmad Said!

.................. dari blog chegubard

Baca Sepenuhnya..
 

Komen Pengunjung Terkini