Hari ini laman web BN Perak main lagu derhaka lagi. Admin laman itu memetik kandungan buku Rampasan Kuasa yang disusun oleh Bloggers Network. Tak edit langsung pun. Tajuk entrinya "Sembah Derhaka Nizar". Di hujung petikan dialog antara DS Nizar dan Tuanku Sultan itu, ada ayat ini:
Sebaik sahaja habis saya menyebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".
Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata "Ampun Tuanku, patik mohon sembah derhaka".
DYMM Tuanku bangunmeninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama - sama Penasihat Undang - Undang Negeri.
Tinggal dua hari saja lagi sebelum wisel permulaan PRK Kuala Terengganu yang mendebarkan hati semua pihak. Kalau mood Permatang Pauh mampu bersambung di bumi penyu, maka semakin hampirlah sayonara UMNO dan Barisan Nasional. Jom kita berusaha. Jangan lupa sentiasa berdoa mohon pertolongan dari Allah yang Maha Menentukan segala-galanya.
Sambil tu jom santai minda dengan dendangan 'Ganu Kite' oleh Saleem (Iklim). Lepas dengor lagu dengan lirik asal,JANGAN LUPA cuba nyanyikan dengan lirik yang aku modified khas untuk pilihanraya kecil 17 Januari ini (kat bawah tu)
Tuang puang jangang lupe Enang aghibulang hantor calong kite Tujuh belah pakat keluor Pilih wahid, farid tesungkor 2X na na na na na ... Teganu kite 2X
Undilah Pah, bukang Barisang Kite pakat sokong Pakatang Kepeng same adik abang Baghu comei mase depang 2X na na na na na ... Teganu kite 2X
Jage hantu tempat pengundiang Daghi pagi sampa petang Hantu le ni, upoh die makang Ikut hati aku boh ngang snapang Bior mapuh dok tingga soghang
UMNO bawok macang-macang baghang Batek pelekat pitih melayang Kalu ambik tak dok sape laghang Die hulor kite yang kenyang Buleh makang tige bulang Die tipu kite doh pahang HAGHI NGUNDI TETAP PAKOH BULANG UMNO tengok penyu 'telor 2X
Kite singgoh kat Rusila Pakat smayang ghama-ghama Gelombang bighu doh hughu-haghe UMNO takut pakatang kite Die wok maghi puteghi-puteghi tue Tak comei belake na na na na na ... Teganu kite
Kalau ada yang confused apa perkataan sebenar dalam lirik modified tu, begini ..
Tuan puan jangan lupa Enam haribulan hantar calon kita Tujuh belas (haribulan) pakat keluar Pilih wahid, farid tersungkur 2X na na na na na ... Terengganu kita 2X
Undilah PAS, bukang BARISAN (NASIONAL) Kita pakat sokong PAKATAN (RAKYAT) Kempen sama adik abang Baru comel masa depan 2X na na na na na ... Terengganu kita 2X
Jaga hantu tempat pengundian Dari pagi sampai petang Hantu sekarang ni, upah dia makan Ikut hati aku bubuh (tembak)dengan senapang Biar mampus tak tinggal seorang (pun)
UMNO bawa macam-macam barang Batek pelekat duit melayang Kalau ambil tak ada siapa larang Dia hulur kita yang kenyang Boleh makan tiga bulan Dia tipu kita dah faham HARI MENGUNDI TETAP PANGKAH BULAN (undi pas) UMNO tengok penyu (ber)telor 2X
Kita singgah di Rusila Pakat sembahyang ramai-ramai Gelombang biru (UMNO) dah huru-hara UMNO takut pakatan kita Dia bawa puteri-puteri tua Tak comel belaka na na na na na ... Terengganu kita
Tajuk asal video ini ialah GW Bush vs David Carradine. Selang-seli antara adegan sebuah filem David Carradine dengan kejadian Bush kena baling kasut ketika sidang media di Baghdad.
Alamak! syok juge tengok video ni.
Tapi si pembunuh itu bukan jenis yang mampu sedar diri walau dimalukan bagaimana sekali pun. Tak taulah pulak kalau Allah mentaqdirkan pengganas handalan itu akhirnya bertaubat.
Walau pun syok tapi aku tak lah seronok sangat berlakunya adegan menarik tu. Hampir pasti si wartawan itu akan kena belasah teruk. Kasut pun lesap sepasang. Kalau dia ada anak bini, maka menangislah mereka seminggu dua bahkan mungkin setahun dua. Kesian.
Kesan balingan itu? ... entah. Mungkin Obama boleh beringat-ingat tentang polisi dan tindakannya berhubung Islam dan Timur Tengah apabila berumah di Rumah Putih nanti. Mungkin juga tak ada apa-apa kesan pun.
Namun aku tak blamed wartawan tu. Barangkali dia ada alasan kukuh untuk bertindak begitu. Barangkali ramai sanak saudaranya yang dah jadi tanah angkara Bush si pengganas. Mungkin juga waktu itu dia hilang pertimbangan selepas mendengar ucapan bush yang penuh sinis dan memperbodohkan warga Iraq dan umat Islam. Wallahu a'lam.
Moga pembesar-pembesar UMNO/BN dapat menimba sedikit ilmu daripada peristiwa ini. Janganlah teruskan kezaliman. No to ISA! No to lain-lain akta Draculla yang menghimpit rakyat. Baca Sepenuhnya..
APABILA BERFIKIR PAKAI OTAK
-
* PRESIDEN PAS PERLU ADIL PADA DAP?*
*"Minda Presiden PAS" bertajuk “DAP memimpin PH menyambung kerja penjajah
hapuskan Melayu Islam”, *
*bUKAN MINDA PR...
-
Lama sungguh tak menjengah blog ni..bila dalam suasana Malaysia baru
ni..banyak pulak yang nak diluahkan di sini..
Banyak benda berubah..banyak benda terka...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
Anwar Ibrahim sila diam!
-
PRU14,
Benamkan UMNO, PAS.
Utk puak kartel, kita kasi UMNO menang.
Anwar Ibrahim, duduk diam2.
Keluar nanti baru bercakap. Sila tutup mulut.
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
-
Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu,
banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan
Pas... entahl...
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat
-
Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير ...