Baca Sepenuhnya..
Selamatkah Mat Hassan Kalau Isa Samad Menang PRK N31?
cyberboron, Saturday, October 10, 2009
Isa Samad belum menang dan belum kalah. Saudara kembar Dr. Gan itu mungkin menang dan mungkin kalah. Tunggulah awal malam besok. Seluruh dunia akan tahu Isa Samad menang atau kalah.
Tak banyak isu kalau Isa kalah. Zulkefly jadi wakil rakyat. BN terus mentadbir Negeri Sembilan. Mat Hassan meneruskan tugas sebagai Menteri Besar seperti biasa. PAS/PR berkenduri kesyukuran sampai musim cuti sekolah. Isa Samad uruskan bisnesnya bersama sanak saudara dan saudara kembarnya. Awal tahun depan semua orang tak ingat lagi tentang Bagan Pinang.
Kalau Isa Samad menang?
Kalau Isa menang, senario politik Negeri Sembilan akan meriah dengan percaturan-percaturan baru. Politik dalaman UMNO Negeri Sembilan akan meriah dengan congak dan pencak baru. Dr. Gan boleh bersiap-siap dengan seratus proposal projek baru. Wakil-wakil rakyat UMNO akan menghitung strategi baru untuk masa depan politik masing-masing. Pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian boleh menyusun langkah baru untuk mendapat tempat di peringkat perhubungan negeri dan kerajaan negeri. Macam-macam baru.
Isa Samad taklah sehebat mana. Kalau dia betul-betul hebat, sudah tentu dia dapat menyelamatkan diri daripada tindakan Lembaga Disiplin UMNO. Kerana tak cukup hebatlah dia tersingkir daripada kerusi top five UMNO dan terpaksa akur meninggalkan kabinet Malaysia dengan penuh aib.
Tetapi badi sial itu macam dah berakhir. Dalam keadaan terbuang sebagai sampah yang busuk itu dia dapat kembali ke pentas di saat yang sangat istimewa. Pemilihan calon bagi pilihanraya kecil bukannya perkara kecil. Tak kesah sangat kalau UMNO kurang teliti menetapkan calon bagi pilihanraya umum kerana semua orang di seluruh negara sibuk dengan kawasan masing-masing. Tak ada siapa yang nak ambil pusing sama ada sesuai atau tak sesuai calon di kawasan lain apatah lagi di negeri lain.
Bila Isa terpilih sebagai calon pilihanraya kecil Bagan Pinang maka ia adalah perkara besar. Ada sebab yang besar dan penting di sebalik keputusan itu. Tak mungkin Najib dan penasihat-penasihatnya memberi laluan kepada Isa kerana alasan-alasan kecil.
Hanya ada dua kebarangkalian sebab yang membawa kepada terpilihnya Isa. Pertama, kerana Najib amat memerlukan Isa untuk matlamat-matlamat bersaiz raksaksa di peringkat Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan. Kedua, kerana Najib terpaksa membuat keputusan itu disebabkan bahaya yang boleh menimpa dirinya (Najib) kalau Isa tidak dipilih. Dengan kata lain, Najib diugut dengan ugutan besar yang tak mampu dirunding lagi. Mungkin bukan Isa sendiri yang mengugut tetapi soal siapa yang mengugut itu tak penting. Pokoknya, Isa mesti dipilih sebagai calon. By hook or by crook.
Sama ada kerana matlamat Najib atau ugutan Isa, kemenangan mantan MB itu pasti akan diikuti dengan perkembangan-perkembangan yang memberikan kesan besar kepada politik UMNO Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan.
Isa Samad mengetuai UMNO dan Kerajaan Negeri Sembilan selama 22 tahun. Dia lebih mengenali asam garam dan sepak terajang politik dalaman UMNO Negeri Sembilan. Dia lebih kenal hati budi dan serakah pemimpin-pemimpin UMNO semua Bahagian di Negeri Sembilan. Isa umpama pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang politik jahat dan rasuah mazhab UMNO sedangkan Mat Hassan baru lulus Diploma.
Menasabahkah Isa Samad sekadar nak jadi ADUN Bagan Pinang dan berkhidmat untuk penduduk Teluk Kemang sahaja? Menasabahkah Isa boleh duduk dengan patuh dan taat sebagai seorang Exco dalam Kerajaan Negeri yang diketuai Mat Hassan? Logikkah taikun-taikun besar yang seangkatan dengan Dr. Gan akan melepaskan peluang yang telah terbuka sedikit pintunya? … dan peluang itu akan hanya confirmed jika Isa ada kuasa yang sama macam dulu.
Datuk I dan Datuk Y sedang menghitung minit-minit terakhir menjelang bermulanya operasi Projek Corus A yang akan bergerak pantas sebaik saja Isa Samad diisytiharkan menang pilihanraya kecil N31. Kalau menang.
Tak pasti siapa yang mahukan supaya projek itu mesti segera dan tidak bertangguh sama ada Isa sendiri atau Najib. Ia masih misteri. Yang tidak misteri lagi ialah Projek Corus A telah tersedia. Terperinci dan tiada belas kesihan. Step 1 hingga 6 telah pun terlaksana. Step 7 akan dilaksanakan seawal pagi 12 Oktober kalau Isa menang. Kalau menang. Ia akan meluncur laju sehingga step 24 sebagai garisan penamat. BB akan tersenyum puas.
Sempurnanya Projek Corus A termasuklah rancangan pembangunan hartanah berbillion RM yang akan melengkapkan mimpi saudara kembar Isa. Nilai akan mengilai nyaring.
Sedih juga kerana Mat Hassan tak tau apa-apa. Memanglah kebimbangan itu ada. Sedikit sebanyak rentak tari gerombolan Isa Samad dapat dikesan oleh panglima-panglima Mat Hassan. Pokok bergoyang. Tak kan lah tak ada angin. Tetapi Mat Hassan belum cukup pintar menjejak Projek Corus A. Mungkin terdengar namanya, namun isinya tak dapat dikesan.
Kalau nak tahu, tanyalah Datuk I dan Datuk Y. Tapi tanya saja tak cukup. Nilainya sangat besar. Kalau berbaloi maskahwinnya, mungkin Datuk-Datuk berdua boleh pertimbangkan.
Kesian Mat Hassan.
Lensa Penanti 9 pagi - 2 petang
cyberboron, Sunday, May 31, 2009Sehingga pukul 2.00 petang pengundian bagi PRK N12 Penanti berjalan lancar. Tiada insiden perbalahan atau pergaduhan fizikal antara penyokong calon-calon yang bertanding. Suasana yang aman damai ini dipercayai disebabkan UMNO-BN tidak bertanding dalam PRK ini. Ketiadaan petugas dan penyokong UMNO-BN menyebabkan hari ini sangat ceria.
Setakat ini (2pm) peratus keluar mengundi di semua pusat pengundian belum mencapai 50 peratus. Sebahagian besar pengundi setia UMNO-BN dikatakan tidak akan keluar mengundi. Peratus keluar mengundi hari ini dijangkakan tidak akan melepasi 65%.
SEKOLAH KEBANGSAAN MENGKUANG
atas kiri : pintu pagar utama SK Mengkuang
atas kanan : barong SPR - lengang
bawah kiri : kamera video polis merakamkan semua pengundi yang hadir ke barong SPR
bawah kanan : penyokong PKR-PR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENGKUANG
atas kiri : pintu pagar utama SMK Mengkuang
atas kanan : barong SPR
bawah kiri : YB Gobala dan Hj Ismail Yusuf (Pengarah pilihanraya PKR Perak)
bawah kanan : YB Gobala berunding dengan Pegawai SPR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENANTI
atas kiri : pintu pagar utama SMK Penanti
atas kanan : laluan masuk ke pusat mengundi
bawah kiri dan kanan : motosikal berkuasa tinggi pasukan polis
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU
atas kiri : pintu pagar utama SK Guar Perahu
atas kanan : kamera video polis
bawah kiri : semakan daftar pemilih di pondok panas PKR
bawah kanan : petugas wanita PKR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU
atas kiri : pintu pagar utama SMK Guar Perahu
atas kanan : pengundi keluar dari pusat mengundi
bawah kiri : semakan daftar pemilih di pondok panas PKR
bawah kanan : bendera BN peninggalan PRK Permatang Pauh
SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH LIAT
atas kiri : pintu pagar utama SK Tanah Liat
atas kanan : ramai pengundi keluar seawal pukul 9.00 pagi
bawah kiri : petugas PKR membantu pengundi warga emas
bawah kanan : polis dan kakitangan SPR berkumpul di pintu masuk
paling bawah kiri : sepasang petugas SPR (berbaju kuning)
paling bawah kanan : barong SPR
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KG. SUNGAI LEMBU
atas kiri : pintu pagar utama SJKC Kg. Sg. Lembu
atas kanan : lengang - hanya ada petugas SPR sahaja
bawah kiri : petugas PKR di pondok panas PKR
bawah kanan : pemidang calon bebas Nai Khan Ari
Nota Hari Terakhir Kempen Penanti
cyberboron,Tak banyak berita panas sepanjang hari terakhir kempen PRK Penanti semalam. Kempen berjalan secara sederhana dan santai. Jentera pilihanraya PKR-PR telah pun menyelesaikan tugasan teknikal berkaitan pengundi sejak tiga hari lalu. Gambaran secara umumnya PKR akan diumumkan menang malam nanti.
Isu yang terus panas dari dulu hingga sekarang hanyalah berkaitan SPR. Suruhanjaya itu terus menunjukkan kebebalan menjunjung titah perintah UMNO-BN yang sedang nazak. Isu ini boleh dibaca di perakekspress.com (berita Sidang Media Terakhir PRK N12 Penanti - video, dan Penanti : PKR lawan SPR).
Selepas Cikgu Bard, kelmarin YB Lim Kit Siang turut diarahkan hadir memberi kenyataan kepada pihak polis berikutan ceramah yang dituduh memfitnah dan berunsur hasutan. Diberitakan langkah itu diambil oleh pihak polis berikutan beberapa laporan polis yang dibuat terhadap dua tokoh PR itu. Setelah diperiksa rupa-rupanya laporan polis itu dibuat oleh anggota polis. Bukan orang awam yang mengadu.
Malam tadi ceramah PKR-PR diteruskan dengan kehadiran ramai pemimpin tertinggi parti termasuk DSAI, Dr. Wan Azizah, Tan Sri Khalid, Lim Guan Eng, DS Nizar, Azmin Ali, Hj. Mohd Sabu dan lain-lain.
Liputan utama suasana pengundian hari ini boleh diikuti di perakekspress.com bersama blog ini dan blog rakan-rakan Bloggers Network.
1 Hari Menjelang PRK Penanti
cyberboron, Saturday, May 30, 2009
Suasana Penanti sehari menjelang PRK N.12 tenang dan aman tenteram. Benarlah kata-kata pemerhati politik bermula hari penamaan calon Sabtu lalu bahawa "TANPA UMNO-BN, PILIHANRAYA AMAN TENTERAM". Sedikit suam yang berlaku sepanjang seminggu tempoh berkempen setakat ini hanyalah adegan nakal Kak Min dengan audio CD tawaran rasuah politik paling murah dalam sejarah.
Jumlah poster dan pemidang disifatkan oleh penduduk tempatan sebagai CEROI berbanding pilihanraya umum dan PRK Permatang Pauh tahun lalu. Poster calon berlambang 'wau' hampir tak kelihatan langsung. Poster Kamarul Ramizu yang hanya dapat 62 undi semasa di Bukit Gantang tempohari pun hanya tersesat di beberapa simpang jalan. Cuma poster Kak Min @ AMINDOLA sahaja yang meriah sedikit dengan penampilan ala-ala UMNO. Yang dapat dilihat di merata tempat ialah poster/pemidang Dr. Mansor dan PKR.
Di sebalik suasana aman tenteram ini, beberapa perkara pelik telah masuk dalam senarai amalan politik ganjil versi Malaysia. UMNO-BN tak berani bertanding tetapi teringin juga menganjurkan majlis ceramah. Bendera BN dan UMNO juga berkibar di beberapa tempat.
Ceramah Perdana PR malam tadi menampilkan YB Azmin Ali, Dato' Mustafa Ali, YB Tian Chua, YB Nga Kor Ming dan Dr. Mansor. Ribuan manusia hadir di kawasan Bilik Gerakan Utama PKR di Kubang Semang. Mungkin keadaan seperti inilah yang menakutkan UMNO-BN untuk bertanding kali ini.
Malam nanti (30 Mei) pentas ceramah utama PR di Taman Guar Perahu akan dihadiri oleh DSAI, YAB Lim Guan Eng, YAB Tan Sri Khalid, Hj. Mohd Sabu, YB Azmin Ali dan Dr. Mansor.
Klik Disini Untuk Ke Blog Resmi PRK Penanti
IKRAR DR. MANSOR OTHMAN, CALON PKR N12.
Sekiranya saya menang Pilihan Raya Kecil Penanti dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang, saya berazam memainkan peranan membantu dan melengkapkan kepemimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng ke arah menterjemahkan dasar-dasar semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan:1. Mempraktikkan prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan serta menghormati hak asasi manusia tanpa diskriminasi dalam pemerintahan negeri Pulau Pinang.
2. Melaksanakan dasar ekonomi yang mementingkan pertumbuhan dan pembangunan mapan serta pengagihan kekayaan yang adil untuk semua rakyat negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum.
3. Mengiktirafkan pendidikan berkualiti sebagai asas kemajuan setiap insan serta keseluruhan negeri Pulau Pinang, khasnya untuk bersaing dalam sektor teknologi maju (high-tech) dalam era pasca globalisasi.
4. Membasmikan kemiskinan dan memastikan semua keperluan asas seperti makanan, kesihatan, perumahan dan pengangkutan awam dapat dikecapi oleh golongan miskin negeri Pulau Pinang.
5. Menumpukan perhatian yang sewajarnya kepada kemajuan kawasan-kawasan pedalaman, dari segi infrastruktur serta corak hidup penduduk kawasan tersebut.
6. Mengiktiraf dan menghargai sumbangan kaum wanita terhadap pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pulau Pinang.
7. Mengembangkan potensi dan memantapkan peranan belia yang merupakan masa depan Negeri Pulau Pinang dengan program-program bermakna yang akan mengurangkan gejala sosial yang melibatkan anak-anak muda.
8. Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri teladan di mana rakyat semua kaum dan agama menghormati dan membantu satu sama lain dan hidup bersama secara padu dan aman.
9. Memupuk keperihatinan terhadap alam sekitar dan menggalakkan gaya hidup yang mesra alam agar persekitaran Pulau Pinang dipulih semula dan kembali menjadi habitat terpilih serta tarikan pelancong utama.
10. Memandukan pemerintahan negeri Pulau Pinang berdasarkan prinsip dan nilai-nilai kerohanian sejagat dan mewujudkan suatu masyarakat murni dan progresif di Negeri Pulau Pinang.
MANSOR BIN OTHMAN
Calon Parti Keadilan Rakyat
Pilihan Raya Kecil DUN N. 12 Penanti
KENYATAAN MEDIA PENGARAH PILIHANRAYA PUSAT PKRMemandangkan hanya calon bebas yang lawan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam Pilihan Raya Kecil Penanti ini, ada kemungkinan segelintir pengundi rasa tidak perlu keluar mengundi. Kami ingin mengingatkan para pengundi Penanti bahawa pilihan raya kecil ini adalah amat penting dan bermakna.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Kami berharap semua pengundi Penanti akan keluar untuk mengundi calon KeADILan pada hari pengundian untuk menghantar isyarat yang jelas, bahawa rakyat mahu satu kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh di negeri Pulau Pinang untuk meneruskan agenda perubahan yang dicerminkan oleh pencapaian-pencapaian kerajaan negeri sejak bulan Mac 2008.
Kami juga berharap pihak Barisan Nasional, walaupun tidak bertanding, tidak akan cuba mensabotaj usaha kempen Parti kami sama ada dengan menggunakan pihak polis, media arus perdana mahupun cara-cara lain seperti memberi pelancongan percuma di luar kawasan Penanti pada hari pengundian.
Pengarah Pilihanraya Pusat
Parti Keadilan Rakyat
Tok Guru Hj. Ahmad Awang Ulangi Pendirian Beri Laluan Kepada Pemimpin Lebih Muda
cyberboron, Tuesday, May 26, 2009
Ketika perbahasan Ucap Utama Pesuruhjaya dalam Konvensyen PAS Perak 24 Mei, wakil PAS Kawasan Sungai Siput mencadangkan supaya warga PAS Perak menganugerahkan penghormatan kepada Ustaz Hj. Ahmad Awang dengan panggilan TOK GURU.
Cadangan itu disambut dengan laungan 'setuju' oleh kira-kira seribu perwakilan yang memenuhi Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Dalam ucapan penggulungan Pesuruhjaya di penghujung konvensyen, Tok Guru Hj. Ahmad Awang mengulangi pendiriannya untuk menarik diri daripada bertanding semua jawatan pada Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung awal Jun ini. Tok Guru dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden, AJK Pusat dan AJK Dewan Ulama'.
Menurut Tok Guru Hj. Ahmad Awang, pada usia 74 tahun ketika ini beliau merasa patut berundur daripada memimpin organisasi PAS yang lebih memerlukan pemimpin pantas, dinamik dan progresif. Tok Guru adalah pemimpin paling senior (dari segi umur) yang mendapat pencalonan untuk bertanding pada muktamar Jun ini.
Bersama dengan keputusan menarik diri daripada pertandingan di peringkat PAS Pusat, Tok Guru Hj. Ahmad Awang juga memaklumkan keputusannya untuk melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Perak yang telah diamanahkan kepadanya sejak 8 tahun lalu.
Kata Tok Guru dalam ucapannya, "Saya telah memaklumkan hal ini (melepaskan jawatan PJ) kepada Dato' Seri Presiden sebentar tadi".
"Keputusan ini bukan bermaksud saya akan meninggalkan perjuangan ini. Saya tidak akan meninggalkan kerja-kerja perjuangan PAS. Saya akan tetap bersama PAS tetapi bukan sebagai pemimpin organisasi di peringkat Pusat atau negeri. Saya akan memberikan tumpuan kepada tugasan yang telah lama saya lakukan iaitu meneruskan usaha dakwah selagi ada hayat". Demikian penjelasan Tok Guru Hj. Ahmad Awang.
Semua perwakilan yang diminta memberi komen tentang keputusan Pesuruhjaya PAS Perak itu amat mengalu-alukan keputusan yang disifatkan sebagai 'berjiwa besar' dan 'memandang jauh ke hadapan'.
Sehubungan dengan itu PAS Perak sessi 2009-2011 yang akan bermula selepas Muktamar PAS Pusat awal Jun ini akan mendapat Pesuruhjaya baru. Antara nama-nama yang memimpin PAS Perak ketika ini ialah Ustaz Hj. Abu Bakar Hussain (TPJ 1), DS Hj. Mohammed Nizar Jamaluddin (TPJ 2), Hj. Asmuni Awi (TPJ 3), Hj. Abd Rahim Md Ariff (SU), Dr. Hj. Khairudin Dato' Hj. Abdul Malek (Bendahari), Ustaz Mohd Misbahul Munir Hj. Masduki (Ketua Penerangan) dan Ustaz Suid Din (Ketua Dewan Ulama').
Selain itu antara nama-nama yang turut dikaitkan dengan PAS Perak ketika ini ialah Dr. Mujahid Yusof (Ahli Parlimen Parit Buntar) dan Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat).
Nama-nama yang paling banyak disebut untuk mengisi amanah ini ialah DS Hj. Mohammed Nizar Jamaluddin dan Hj. Asmuni Awi.
Sekiranya jawatan itu akan diserahkan kepada pemimpin berlatarbelakang pendidikan agama, calon-calonnya ialah Ustaz Hj. Abu Bakar Hussain, Ustaz Suid Din dan Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki.
Namun begitu berdasarkan realiti terkini politik negeri Perak kebanyakan aktivis Pakatan Rakyat di pelbagai peringkat lebih melihat kewibawaan DS Mohammed Nizar Jamaluddin yang juga memiliki keperibadian dan keupayaan lepasan pendidikan agama.
Apapun, segunung tahniah selaut penghargaan kepada Tok Guru Hj. Ahmad Awang atas segala khidmat dan bakti sepanjang 8 tahun memimpin PAS Perak.
MB Haram Diharuskan Semula
cyberboron, Tuesday, May 12, 2009Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan permohonan MB Haram Zambry Kader untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang kelmarin. Keputusan status 'haram' Zambry itu ditangguhkan sehingga selesai proses perbicaraan rayuan kes itu di Mahkamah Rayuan. Tarikh perbicaraan belum ditetapkan.
Malaysian insider melaporkan:Zambry's lawyers argued that the stay is important to stop Nizar from trying to seek the approval of the Perak sultan to dissolve the state assembly.
Kenyataan pasukan peguam MB Haram itu membuktikan semua tindakan haram UMNO-BN sejak 3 bulan lalu semata-mata kerana takut dan tak mahu pilihanraya negeri diadakan.
His lead counsel Cecil Abraham added that if the dissolution were granted, Zambry's appeal would be academic.
Dari Dalam Kamar Mahkamah - Catatan Santai Tetapi Serius
cyberboron, Monday, May 11, 2009"Hidup, Hidup! Hidup Rakyat!" Tiga kali dilaungkan oleh Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur selepas Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan DS Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Syukur Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih kepada pasukan peguam yang bertungkus lumus menyelidik dan menyediakan semua hujah dan fakta untuk perbicaraan. Syabas kepada DS Nizar kerana ketabahan menghadapi semua cabaran getir sehingga kini. Tahniah kepada semua penyokong PR atas sokongan tak berbelah bahagi mendepani keganasan BN sepanjang krisis.
Aku, msk, dugong darat, topeng perak dan sya sampai di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 12.32 tengahari. Suasana tenang. Kakitangan semua pejabat di kompleks sedang berehat, makan tengahari dan menunggu untuk solat Zohor. Hanya YB Nga Kor Ming yang dah sampai.
Hampir jam 2.00 petang lobi kompleks mula penuh dengan wartawan dan penyokong yang berhasrat nak mendengar keputusan kes. Polis mengadakan sekatan di pintu lif. Hanya seorang daripada setiap satu organisasi media yang dibenarkan untuk masuk ke kamar mahkamah kes DS Nizar vs DS Zambry iaitu Mahkamah Dagang 8 di tingkat 4. Semua yang diberikan pas berwarna HIJAU diarahkan supaya tidak membawa kamera.
Aku masuk ke kamar mahkamah pada jam 2.17 petang bersama puluhan wartawan dan beberapa YB Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YB Dato' Ngeh Koo Ham. DS Nizar hadir pada jam 2.25 petang. Turut serta ialah YB Lim Kit Siang, YB Azmin Ali, YB Zuraidah, YB Dr. Mohd Hatta Ramli, YB Salehuddin Ayub, YB Dato' Mahfuz Omar, YB Sivaneesan, YB Tian Chua, YB Ronnie Liu, Shamsul Iskandar (Ketua AMK Pusat), Hj. Osman Abd Rahman (Pengerusi Perhubungan PKR Perak) dan ramai lagi.
DS Zambry tidak hadir. Kelibat pemimpin UMNO-BN juga tidak kelihatan. Zambry hanya diwakili oleh pasukan peguamnya yang diketuai oleh Dato' Cecil Abraham dan Tun Majid Tun Hamzah. AG Ghani Patail turut hadir.
Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim masuk ke kamar mahkamah tepat jam 2.30 petang dan terus membaca alasan penghakiman selama 1 jam 27 minit sebelum mengumumkan keputusan kes.
Antara perkara penting yang dinyatakan oleh Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim ialah:
1. Semua kenyataan dan perakuan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato' Ahmad Kamal Md Shahid dalam affidavitnya tidak diterima oleh mahkamah kerana pasukan peguam DS Nizar berjaya membuktikan Dato' LA itu tiada wibawa dan nyata berpihak (tiada credibility dan impartiality).
2. Semua pandangan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail dalam celahannya sepanjang perbicaraan kes ini diputuskan sebagai tidak menepati tafsiran sebenar bagi peruntukan-peruntukan Perlembagaan Malaysia dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak pada mana-mana artikel yang dirujuk.
3. DYMM Sultan Perak tidak mempunyai kuasa memecat Menteri Besar atau menitahkan Menteri Besar meletak jawatan.
4. Tindakan DS Nizar memohon perkenan pembubaran DUN pada 4 Februari 2009 tidak bererti Menteri Besar itu mengakui atau mengesahkan bahawa dia telah kehilangan sokongan majoriti ahli-ahli DUN Perak.
5. Ketika permohonan perkenan bagi pembubaran DUN dikemukakan oleh DS Nizar, kedudukan belahan sokongan dalam DUN Perak ialah 28 PR dan 28 BN, manakala kerusi ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah diisytiharkan kosong oleh Speaker pada 30 Januari dan 3 Februari.
6. DYMM Sultan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan status 'hilang sokongan majoriti' kepada Menteri Besar. Kuasa memutuskannya adalah hanya pada DUN, di dalam persidangan DUN, melalui usul undi tidak percaya (vote of no confidence).
7. Berdasarkan prinsip demokrasi dan sistem raja berperlembagaan, DYMM Sultan sepatutnya hendaklah memperkenankan permohonan pembubaran DUN yang dikemukakan oleh DS Nizar.
8. Oleh kerana DS Nizar tidak meletak jawatan, DYMM Sultan tidak berkuasa memecat atau menitahkan perletakan jawatan MB dan DYMM Sultan tidak berkuasa menyiasat untuk menentukan status kehilangan sokongan majoriti bagi seorang Menteri Besar, maka perlantikan DS Zambry sebagai Menteri Besar adalah tidak sah dan batal.
Selepas membaca kertas alasan penghakiman yang panjang lebar itu, Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim mengumumkan keputusan membenarkan semua tuntutan yang dikemukakan oleh DS Nizar kepada mahkamah.
Oleh itu Dato' Seri Ir. Hj. Mohamammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Perlantikan DS Zambry sebagai Menteri Besar adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Semua langkah, tindakan dan keputusan DS Zambry atas kapasiti Menteri Besar Perak sejak 6 Februari 2009 sehingga hari ini adalah tidak sah, haram dan batal.
....... bersambung .....
Mahkamah Tinggi - Perbicaraan Bersambung Besok, Keputusan Mungkin Tengahari
cyberboron, Wednesday, May 06, 2009Perbicaraan saman DS Nizar terhadap DS Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan bersambung besok dan keputusannya dijangka diumumkan menjelang tengahari.
Sepanjang penghujahan kelmarin dan hari ini, pasukan peguam DS Zambry hanya mengulangi alasan sokongan kepada BN oleh tiga ADUN lompat sebagai faktor keabsahan angkat sumpah DS Zambry sebagai Menteri Besar Baru.
Semua fakta berhubung perkara berikut tidak dihujahkan oleh pasukan peguam DS Zambri:
1. Keabsahan titah DYMM Sultan supaya DS Nizar meletak jawatan.Baca Sepenuhnya..
2. Fakta DS Nizar tidak meletak jawatan. Oleh itu tidak berlaku kekosongan jawatan MB.
3. Fakta proses sebenar menentukan status seorang MB 'hilang sokongan majoriti'.
4. Keabsahan siasatan DYMM Sultan untuk menentukan pihak atau individu yang mendapat sokongan majoriti dalam DUN.
5. Fakta bahawa penentuan 'sokongan majoriti' kepada seorang MB mestilah berlaku di dalam persidangan DUN mengikut prosedur yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan Perintah-Perintah Tetap DUN.
6. Fakta bahawa permohonan oleh seorang MB agar DYMM Sultan membubarkan DUN tidak semestinya hanya kerana MB itu percaya bahawa dia telah kehilangan sokongan majoriti ahli-ahli DUN.
3 Beradik Maut Terbakar - Tak Sampai Hajat Pakai Baju PAS
cyberboron, Saturday, April 25, 2009
Muhammad Shaiful (7 tahun), Muhammad Amirul (4 tahun) dan Muhammad Yusof (2 tahun) meninggal dunia dalam kebakaran kediaman mereka di kampung Sungai Rotan, Batu Hampar tengahari kelmarin. Ibubapa 3 beradik itu ialah pasangan suami isteri, Nordin bin Md Noor dan Mah bt Abdullah yang mendiami rumah pekerja kuari pasir di kampung ini. Ketika kebakaran, pasangan suami isteri tersebut sedang mencuci pakaian di sungai yang agak jauh dari kediaman mereka.
Bapa kanak-kanak tersebut, Nordin Md Noor redha dengan ketentuan ajal anak-anaknya namun amat pilu mengenangkan hajat anak sulungnya (Muhammad Shaiful) untuk mendapat sehelai baju yang dibuat daripada bendera PAS tidak sempat ditunaikan.
"Pagi tadi Shaiful minta saya dapatkan sehelai bendera PAS untuk dibuat baju. Saya dah bersetuju dan telah pun dapat sehelai bendera. Ingatkan petang tadi atau besok bolehlah dijahit baju untuk Shaiful. Tapi Allah lebih sayangkan Shaiful dan adik-adiknya. Tak sempat Shaiful dapat baju bendera PAS. Saya percaya Shaiful akan dapat pakaian yang lebih indah dalam syurga," kata Nordin dengan linangan air mata.
Menurut ibu kepada 3 beradik itu, dia dan suaminya mengunci rumah sebelum pergi ke sungai untuk mengelakkan anak-anaknya bermain di tepi lombong berdekatan rumah. Ketika itu anak bongsu mereka (Muhammad Yusof) sedang tidur dalam buaian dan diawasi oleh Muhammad Shaiful yang sudah biasa dengan rutin itu. Muhammad Shaiful ialah murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan Batu Hampar, Beruas.
"Itulah saja anak kami. Tiga orang saja. Hari ini kami tak ada anak lagi dah," kata Mah Abdullah dengan sayu.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin datang menziarahi keluarga kanak-kanak tersebut pada pukul 6.15 petang dan kemudiannya terus ke Hospital Taiping kerana jenazah 3 beradik itu masih menjalani post-mortem di sana. Jenazah dimandikan dan dikafankan di hospital.
Solat Jenazah dipimpin oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Gantang bersama kira-kira 100 orang yang hadir di Masjid Kg. Batu 26. Turut hadir ialah ahli-ahli jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Gantang dan Kawasan Beruas.
Sementara itu Ketua Bilik Gerakan MTD Trong, saudara Zainon memberitahu bahawa bapa kanak-kanak tersebut (Nordin Md Noor) adalah petugas Pakatan Rakyat yang amat dedikasi sepanjang tempoh menjelang pilihanraya kecil Bukit Gantang baru-baru ini. Nordin menyewa rumah kecil milik kuari pasir di Kampung Sungai Rotan dengan kadar sewa RM40 sebulan. Sebelum rampasan kuasa negeri Perak, keluarga Nordin telah dipilih untuk menduduki tanah kerajaan di tepi jalan besar Kg. Batu 26. Malangnya urusan itu terhenti selepas rampasan kuasa. Kerajaan rampasan kuasa kemudiannnya berura-ura menempatkan keluarga Nordin di kawasan penempatan berhampiran Kg. Padang Gajah tetapi ura-ura itu dibatalkan apabila Nordin aktif berperanan sebagai petugas Pakatan Rakyat ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Trong telah pun mengenalpasti tapak untuk dibina kediaman baru bagi pasangan suami isteri itu di kampung Batu Hampar sebelum kejadian hari ini. Berikutan tragedi hari ini, Pusat Khidmat telah menyediakan sebuah rumah sementara untuk didiami oleh pasangan suami isteri itu. Kos sewaan rumah itu dibiayai sepenuhnya oleh Pusat Khidmat. Pembinaan rumah baru yang dirancang oleh Pusat Khidmat sebelum ini juga akan disegerakan.
Sehubungan dengan itu Pusat Khidmat Masyarakat DUN Trong merayu sumbangan kewangan daripada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin supaya pembinaan kediaman baru Nordin dan Mah dapat disempurnakan dengan segera.
Sumbangan boleh dihulurkan ke Akaun Bank Islam, nombor akaun 08040010034554 atas nama PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN TRONG.
Pelancaran Buku RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK
cyberboron, Monday, April 20, 2009Buku RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK - DURJANA UMNO-BN dilancarkan dengan resminya oleh Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin di majlis Ceramah Perdana sempena Jamuan Kesyukuran Rakyat malam tadi.
Buku ini disusun oleh BloggersNetwork@Perak dan diterbitkan oleh Sekretariat Menangani Kemelut Politik Perak bersama Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat Negeri Perak.
Berikut ialah Kata Pengantar oleh YAB DS Nizar Jamaluddin;
BismiLlahirRahmanirRahim
Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh.
Saya bersyukur ke hadhrat Allah SWT atas anugerahNya kepada saya dan seluruh pendukung perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini, khususnya di negeri Perak. Kita diuji dengan cabaran kejahatan dan kezaliman yang dahsyat. UMNO-Barisan Nasional meneruskan jatidiri songsang yang telah sebati dengan jiwa dan budaya mereka, demi agenda kuasa dan rompakan harta negara. Kita tidak sayugia membiarkan kezaliman mereka terus bermaharajalela.
Mudah-mudahan Allah SWT terus menganugerahkan kekuatan kepada kita semua.
Krisis perundangan, perlembagaan dan politik yang dicetuskan oleh UMNO-BN di negeri Perak merupakan lanjutan daripada rentetan pencabulan yang tergamak dilakukan oleh UMNO terhadap Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan yang menjadi Prinsip Rukun Negara.
Mereka menyalahgunakan ketiga-tiga cabang kuasa negara iaitu Legislative, Executive dan Judiciary untuk mempertahankan langkah sumbang dan amalan jijik yang dilakukan. Aliran maklumat dikekang supaya rakyat dapat terus ditipu. Mereka mengongkong media perdana elektronik dan cetak secara memutar belit fakta demi menghalalkan tindakan haram yang mereka lakukan.
UMNO menjayakan misi rampasan kuasa ini dengan segala macam tindakan yang haram disisi agama Islam. Mereka mengumpan rasuah wang dan seks, mengugut, menculik serta menipu Raja dan rakyat. Prinsip keadilan Islam telah dicabul dengan pemaksaan yang kotor terhadap institusi awam termasuk SPRM, SPR dan polis.
Tragedi yang berlaku di Perak adalah rompakan kuasa. Ia bukan peralihan kuasa yang biasa. Perlembagaan negara dan negeri telah dikoyak oleh UMNO-BN. Prinsip keadilan sejagat tidak mengizinkan rompakan ini. Seluruh masyarakat di dunia sedang mentertawakan amalan politik di negara kita akibat kegelojohan dan haloba UMNO-BN.
Kita wajib bangkit memperbetulkan keadaan. Tanahair tercinta ini perlu diselamatkan daripada perosak agama, bangsa dan kemanusiaan. Rakyat perlu difahamkan tentang krisis ini dengan maklumat yang benar secara berfakta. Mudah-mudahan fitnah rekaan UMNO-BN dapat ditangkis dan dikuburkan.
Saya amat menghargai usaha BloggersNetwork@Perak yang bersusah payah mengumpulkan fakta dan analisis berhubung krisis ini untuk tatapan dan penilaian rakyat negeri Perak dan warga Malaysia amnya. Tahniah kepada saudara-saudari MSK, Cyberboron, Topeng Perak, Sya-Reformis, Dugong Darat, Raden Banjar, Amurba, Cenangau, UmmiAnni, ManjungMari dan semua bloggers yang terlibat melahirkan dokumen yang amat bersejarah ini.
Saya doakan agar Allah SWT menganugerahkan ganjaran berlipat ganda kepada semua bloggers yang menghasilkan koleksi maklumat ini.
.........................................................
Mohammad Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
____belian online di blog albanjari____
Baca Sepenuhnya..
Kemeriahan Jamuan Kesyukuran Rakyat & Ceramah Perdana
cyberboron,Jamuan Kesyukuran Rakyat meraikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRK059 Bukit Gantang berlangsung dengan penuh kemeriahan di Padang Tapak Expo, Simpang, Taiping petang semalam.
Majlis itu disusuli dengan ceramah perdana di Markaz PAS Bukit Cempedak, Bukit Gantang bermula pukul 9.00 malam. Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin hadir bersama keluarga dan menyampaikan ceramah di hadapan lima ribu hadirin. Turut menyampaikan ceramah ialah TG Hj. Abdul Hadi Awang, YB Dato' Ngeh Koh Ham, Ustaz Ahmad Awang dan YB Kesavan. Majlis ceramah dipengerusikan oleh Ustaz Misbahul Munir Masduki.







