Mahkamah Tinggi - Perbicaraan Bersambung Besok, Keputusan Mungkin Tengahari

Perbicaraan saman DS Nizar terhadap DS Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan bersambung besok dan keputusannya dijangka diumumkan menjelang tengahari.

Sepanjang penghujahan kelmarin dan hari ini, pasukan peguam DS Zambry hanya mengulangi alasan sokongan kepada BN oleh tiga ADUN lompat sebagai faktor keabsahan angkat sumpah DS Zambry sebagai Menteri Besar Baru.

Semua fakta berhubung perkara berikut tidak dihujahkan oleh pasukan peguam DS Zambri:

1. Keabsahan titah DYMM Sultan supaya DS Nizar meletak jawatan.

2. Fakta DS Nizar tidak meletak jawatan. Oleh itu tidak berlaku kekosongan jawatan MB.

3. Fakta proses sebenar menentukan status seorang MB 'hilang sokongan majoriti'.

4. Keabsahan siasatan DYMM Sultan untuk menentukan pihak atau individu yang mendapat sokongan majoriti dalam DUN.

5. Fakta bahawa penentuan 'sokongan majoriti' kepada seorang MB mestilah berlaku di dalam persidangan DUN mengikut prosedur yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan Perintah-Perintah Tetap DUN.

6. Fakta bahawa permohonan oleh seorang MB agar DYMM Sultan membubarkan DUN tidak semestinya hanya kerana MB itu percaya bahawa dia telah kehilangan sokongan majoriti ahli-ahli DUN.

Comments :

5 comments to “Mahkamah Tinggi - Perbicaraan Bersambung Besok, Keputusan Mungkin Tengahari”
Unknown said...
on 

Agak-agak apa akan jadi esok di Ipoh dan apa pula keputusan di KL?

alamalikut said...
on 

Mahkamah Tinggi akan kata, Zambry ..zombi tak layak jadi MB. Manakala di Ipoh hanya zombi yang layak jd MB hanya zombi sahaja yang rapat dengan bomoh.. so zambry layak jd MB.

Anonymous said...
on 

aku geram betul tengok gambar mat sabu kena tangkap kat blog ISA tu,apa la salahnya org tua tu ajak solat hajat ramai2? nak solat pun kena minta izin polis ke? muka polis2 bangang tu punyala angkuh,dahla takde waran, sukati jea tangkap dpn org ramai,malukan org tua tu,kesian betul aku tengok org tua tu..
sabar..sabar..takpe...dunia ni masih diorang yg punya, akhirat esok kita tengok siapa yg punya...

priory of jenin said...
on 

pak sheikh..
w'salam. bila lagi nak merasa dipanggil 'tuanku'. kali ni ana layan. haha.
"sembah diampun. beta dengan ini sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada sheikh kerana sudi memayungkan link beta di laman sheikh".

bongek said...
on 

selagi orang yang berkuasa banyak buat dosa, tentu dia takut turun dari takhta, nnt dibelasah rakyat jelata, lebih baik menunjukkan 'murka' daripada merengkok dalam penjara...gunakan isu melayu utk terus berkuasa, sebab masih ramai melayu yang tak reti bahasa, kena tipu kena perdaya oleh yang ampunya 'putrajaya', maka berbondong-bondong menyokong mereka, kerana kopi secawan, maruah dijual atas nama bangsa, maka dalam sejarah nnt tertulis, penyokong umnolah yang menjualkan bangsa malah menjualkan agama, utk siapa? untuk penyangak di putrajaya, dituduh terlibat membunuh altantuya, merampas kuasa di perak pula, isu scorpene pun tak terjawabnya.

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini