Insiden Jam 2 pagi 11 Oktober - UMNO Kerah Remaja Jadi Samseng
cyberboron, Sunday, October 11, 2009Insiden berdarah hampir berlaku berhampiran bilik gerakan PAS/PR tidak jauh daripada PD Marina Resort awal pagi ini. Kekecohan kecil bermula dengan tindakan biadap seorang daripada remaja skuad baju hitam dengan armband merah ditengah-tengah kumpulan petugas dan penyokong PAS. Keadaan menjadi tegang apabila skuad samseng UMNO itu dikerah beramai-ramai menyerbu bilik gerakan PAS dengan dakwaan bahawa seorang ahli mereka telah dicederakan oleh penyokong PAS.
Pasukan polis yang berada di tempat kejadian untuk mententeramkan keadaan turut diasak oleh kumpulan besar skuad remaja itu. Dua orang blogger yang terperangkap dalam kesesakan akibat insiden itu telah mendengar kata-kata bersifat menghasut yang diucapkan oleh petugas-petugas UMNO dewasa.
Antara kata-kata itu ialah, "Asak je! Jangan takut, polis sebelah kita!" Walaubagaimana pun, cubaan skuad remaja itu untuk bertempur dengan penyokong PR dapat dihentikan oleh pihak polis setelah remaja-remaja samseng itu mengasak benteng pasukan polis beberapa meter sehingga sangat hampir dengan kedudukan penyokong-penyokong PR.
Team PerakExpress yang turut terperangkap dalam kesesakan jalanraya di tempat kejadian dapat melihat puluhan remaja bermotosikal skuad baju hitam dengan armband merah bergerak kembali ke bilik gerakan UMNO berdekatan. Kebanyakan remaja tersebut adalah dalam lingkungan usia belasan tahun dan awal dua puluhan. Dipercayai sebahagian besar mereka masih bersekolah.
Baca Sepenuhnya..
Ya Allah, Binasakanlah Mereka!
cyberboron, Wednesday, May 06, 2009Tajuk tulisan ini mungkin mengundang kontroversi. Oleh itu pembaca dinasihatkan agar merujuk kepada kitab-kitab seerah yang mengandungi kisah peperangan Badar. Doa "Ya Allah, binasakanlah mereka!" adalah sebahagian daripada doa Nabi SAW ketika terpandang pasukan Quraish yang sedang mara untuk bertempur dengan tentera Islam.
Ketika menghadapi tentangan dan perlakuan jahat penduduk Mekah sebelum Hijrah, Nabi pernah berdoa "Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku. Sesungguhnya mereka (menentang aku kerana) tidak mengetahui (hakikat kebenaran seruanku ini)".
Kedua-dua doa ini berbeza sifatnya. Ketika di Mekah, Nabi mendoakan kebaikan (agar diberi petunjuk) bagi manusia yang memusuhi dan menyakitinya. Tetapi menjelang pertempuran Badar, Nabi mendoakan kecelakaan dan kebinasaan ke atas manusia yang memusuhinya itu.
Doa kebaikan ketika di Mekah itu bersebabkan perkiraan mungkin mereka menentang kerana belum dapat memahami seruan Nabi secara menyeluruh. Mungkin hujah dan pembuktian oleh Nabi masih rumit untuk difahami apatah lagi untuk diyakini. Musyrikin Mekah sudah terlalu lama hidup dengan sistem kepercayaan dan sistem kehidupan jahiliah. Seruan selama hanya beberapa tahun belum memadai untuk memecahkan kefahaman yang telah berakar umbi dan mendarah daging itu. Justeru itu Nabi mendoakan kebaikan (petunjuk) bagi mereka walaupun mereka memusuhi dan menyakiti Nabi.
Selepas 15 tahun, dakwah Nabi telah sempurna dari sudut penghujahan dan pembuktian. Agamawan di kalangan Ahnaf (golongan yang kekal mengamalkan syariat Nabi Ibrahim alaihissalam), ilmuan Yahudi, pembesar Nasrani dan ramai tokoh ketika itu mengakui kewujudan pemberitahuan awal tentang kebangkitan Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa risalah tauhid akhir zaman. Bermacam cabaran musyrikin juga telah disambut dan dijawab oleh Nabi dengan anugerah mukjizat yang menakjubkan. Sebenarnya Musyrikin Mekah tiada alasan lagi untuk menentang Nabi. Kalau mereka tidak mahu melafazkan syahadah sekalipun, tidaklah wajar mereka memusuhi dan bertindak untuk menyakiti Nabi.
Oleh sebab itu, apabila mereka terus menentang bahkan mahu memerangi Nabi, lalu layaklah Nabi mendoakan kebinasaan ke atas mereka. Maka pada pagi Jumaat 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, di ambang pertempuran Badar, Nabi berdoa "Ya Allah, inilah dia Quraish, mereka tiba dengan sombong dan megah. Mereka menentangMu dan membohongi rasulMu. Ya Allah, kurniakanlah kemenangan yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, binasakanlah mereka pada pagi ini."
___________________________________________________________
Berdasarkan sebab dan alasan di sebalik perbezaan dua sifat doa Nabi terhadap musyrikin yang menentangnya itu maka sebahagian besar peneraju parti politik UMNO berserta golongan yang bersekongkol dengan kerja jahat parti itu layak didoakan kebinasaan ke atas mereka.
UMNO tentu menempelak penyataan ini dengan bermacam hujah dan alasan. Tepisan utama mereka ialah doa Nabi itu ditujukan kepada golongan musyrikin, sedangkan majoriti pemimpin dan ahli UMNO adalah orang Islam. Mereka akan menyusun senarai pembangunan Islam yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh mereka berkuasa. Masjid, surau, sekolah agama, mahkamah syariah, pusat Islam, Bank Islam, Universiti Islam dan macam-macam lagi. Itulah hujah UMNO bila-bila pun.
Mereka juga akan terus memutar fakta tentang persefahaman politik yang terjalin antara PAS, PKR dan DAP. Orang PAS pun bersekongkol dengan DAP yang kafir harbi laknatullah. Itulah hujah politik UMNO. Muafakat UMNO dengan MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBS, PBRS, PBDS dan banyak lagi parti yang dianggotai oleh non-muslim tidak salah. Yang salah ialah muafakat PAS dengan DAP. PAS menjual agama. PAS gadai prinsip. PAS tidur sebantal dengan kafir harbi. Itulah hujah UMNO Machiavelli.
Sebahagian besar pemimpin dan aktivis UMNO sememangnya layak didoakan kebinasaan mereka kerana mereka membenci cita-cita Islam secara terlampau. Matlamat PAS ialah membentuk kehidupan bermasyarakat yang menjunjung titah perintah Allah dan Rasul. Matlamat PAS ialah mendaulatkan sistem hidup berasaskan Quran dan Hadith. Matlamat PAS ialah menyemarakkan dakwah ke arah kehidupan berakhlak dan bersyakhsiah Islamiah. Itulah yang diseru sejak lebih 50 tahun yang lalu. Itulah yang dibuktikan sepanjang mendapat mandat mentadbir negeri Kelantan sejak 19 tahun yang lalu dalam keadaan kuasa perundangan yang terhad. Itulah juga yang diusahakan dalam kerumitan berkongsi mandat di empat negeri baru selepas pilihanraya umum ke 12.
Malangnya matlamat dan cita-cita itu selama-lamanya dimusuhi dan ditentang oleh UMNO. Setiap perkara yang direncana dan dilaksanakan oleh PAS pasti diberikan gambaran buruk oleh UMNO. UMNO sentiasa berusaha menghalang pelaksanaan dasar perundangan dan pembangunan yang digerakkan oleh PAS (dan sekarang bersama PR).
Sepanjang menyekat pengaruh dan perkembangan PAS (dan sekarang bersama PR), UMNO telah melakukan pelbagai jenayah demi keangkuhan dan kesombongan mereka. Mereka merasuah pengundi, menggerakkan propaganda jijik, menggunakan pengundi hantu, mengeluarkan kad pengenalan palsu untuk tujuan mengundi, mengugut melalui pihak berkuasa keselamatan, membunuh (seperti kes Samad Gol dan Ibrahim Libya), menyucuk hidung penjawat jabatan/agensi penguatkuasaan dan institusi kehakiman, menyalahgunakan harta dan jentera kerajaan untuk tugasan politik parti dan seribu satu jenayah lagi.
Seperti biasa UMNO pasti menafikan semua dakwaan ini. PAS-PR memfitnah. Mengada-adakan cerita. Dakwaan tanpa bukti.
Ah! Sudahlah! Penafian-penafian itu boleh diteruskan di pentas politik dan dalam media yang kamu kuasai sepenuhnya. Penafian-penafian itu mungkin masih berguna untuk mempertahankan baki sokongan yang masih kamu miliki daripada orang Melayu yang lembab fikir dan mati pucuk maklumat. Manusia yang kamu gunakan untuk perlakuan pelbagai jenayah itu sebahagiannya adalah kakitangan awam dan pekerja swasta yang masih ada iman. Mereka melakukannya dalam keadaan serba salah kerana terikat dengan tanggungjawab sebagai kakitangan jabatan itu ini atau syarikat itu ini. Habis waktu kerja, mereka menangis dan meluahkan kekesalan mereka kepangkuan keluarga dan rakan yang mendokong perjuangan PAS-PR.
Aku yang uruskan pemindahan tempat mengundi tu. Aku yang agihkan duit tu. Aku yang bersengkang mata hingga tengah malam memproses IC baru tu. Aku yang terlibat sama dalam perbincangan mengatur perangkap tu. Aku yang memandu kereta berulangkali pergi memujuk YB tu. Aku yang menguruskan pengangkutan pelakon-pelakon untuk adegan memburuk-burukkan PAS tu. Begitulah luahan kekesalan sebahagian kakitangan awam dan petugas UMNO yang masih ada iman itu.
Bersama dengan UMNO dalam semua amalan-amalan politik jahiliah itu ialah penjawat berpangkat besar dalam jabatan dan agensi kerajaan. Rahim Noor, Mokhtar Abdullah, Gani Patail, Musa Hasan dan beberapa nama lagi masih segar dalam kenangan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim. Abdul Rashid Abdul Rahman akan kekal dalam lipatan sejarah sebagai Pengerusi SPR yang mencium kaki UMNO. Abdul Aziz Yusuf yang baru menerajui SPR pun sama saja akidah politiknya. Ahmad Said Hamdan berada di dua zaman agensi pencegahan rasuah iaitu BPR dan SPRM. Tetapi jiwa raga agensi dan suruhanjaya itu sama saja walau pun bertukar baju. Imran Abdullah dinobatkan sebagai tukang suap paling dedikasi dalam semua drama ciptaan BPR dan SPRM. Bintang popular masakini ialah Abdul Rahman Hashim dan Ahmad Kamal Md Shahid selaku ketua dan setiausaha UMNO cawangan Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Nama-nama ini cuma sebahagian daripada ribuan manusia yang makan gaji untuk mengkhianati rakyat dan negara.
Tak berbeza langsung nilai disebalik perlakuan musyrikin Mekah yang Nabi doakan kebinasaan mereka dengan perlakuan sebahagian besar penguasa dan aktivis UMNO berserta penjawat awam berpangkat besar yang mengkhianati keadilan itu.
YA ALLAH, BINASAKANLAH MEREKA!
Timbalan Ketua DPP Pusat Mengulas Tulisan Nik Abduh
cyberboron, Thursday, April 30, 2009Sumber : Episode Sebuah Perjuangan - Nasrudin Tantawi
Kesempatan ini saya ingin mengulas kenyataan atau tilisan sahabat saya Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh setelah saya perhatikan betapa tulisan beliau mendapat liputan luas bukan sahaja dikalangan blogger tetapi juga media cetak sehingga beberapa akhbar meletakkan tulisan Ustaz Nik Mohd Abduh di muka hadapan akhbar mereka .
Sebentar tadi Ustaz Nik Mohd Abduh telah membuat penjelasan lanjut setelah menerima hampir 200 komentar [ pro dan kontra ] dari blog beliau dan saudara boleh membacanya disini :
http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/28/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas-2/
Saya tidak hanya membaca tulisan beliau bahkan saya segera menghubungi beliau sendiri untuk mendengar penjelasan langsung dan detail dari beliau berkait apa yang beliau tuliskan dalam blognya . 2 siri tulisan beliau dengan tajuk yang sama telah menaikkan suhu politik tanahair . Pihak blogger dan media cetak cepat mengulas dan mengambil manafaat dari tulisan Ustaz Nik Abduh .
Cara dan kaedah pengambilan manafaat yang saya maksudkan tadi juga mempunyai berbagai keadaan . Ada yang memancing , ada yang menceduk , ada yang tahan bubu dan ada yang menuba dari blog Ustaz Nik Mohd Abduh . Saya juga membaca komentar yang pelbagai . Ada yang pro lalu memuji tindakan Ustaz Nik Abduh dan ada yang kontra lalu menemplak tulisannya.
Saya berkawan lama dengan Ustaz Nik Mohd Abduh . Sejak tahun 94' melalui perkenalan pertama apabila beliau mengunjungi saya di rumah 10 Madinah An Nasr Kota Kaherah Mesir . Ketika itu beliau baru sampai ke Kaherah untuk menyambung pengajiannya setelah tamat pengajian di India .
Saya memahami bagaimana sikap , akhlak dan tahap penguasaan ilmunya dan agak rapat dengan beliau berbanding adik beradiknya yang lain walaupun sama - sama belajar di Mesir . Tentunya saya menyedari bahawa tidak mudah untuk Ustaz Nik Mohd Abduh membuat kenyataan seperti apa yang termaktub di dalam blog beliau .Dalam situasi sebegini , saya berpandangan agar siapa jua yang mahu mengulas atau memberi komentar terhadap tulisan beliau tidaklah menambah rencah atau ajinomoto yang akhirnya akan mengubah rasa dari menu asalnya. Ada juga yang lebih - lebih menambah lada dan tak pasal - pasal rasa bertukar pedas dan hangat lalu mengganggu tumpuan cita rasa sebenar .
Tambahan pula saya melihat style media dan sebahagian blogger mengulas dengan cara melompat - lompat point serta mengulas kalimah tertentu tidak kepada seluruh kandungan tulisan beliau seperti memilih untuk mengulas perkataan 'mee celup' secara terpisah dari semangat perbahasan asal yang terdapat dalam tulisan tersebut . [ sehingga perbahasan 'mee celup' mengalih topik asal perbahasan sedang ia bukanlah fokusnya ]
Siapa jua yang ingin membaca dan mengambil iktibar daripadanya hendaklah secara direct merujuk kepada tulisan beliau di blognya bukan membuat nilaian melalui kupasan dan ulasan pihak kedua atau ketiga . Kerana saya percaya , membaca dari tulisan asal pastinya tidak sama roh atau semangat yang diperolehi berbanding kita membaca dari sumbernya yang asal .
Bagi penulis atau blogger yang ada tuhan dan beriman kepada tuhannya , ia sewajarnya bertanggungjawab atas setiap kalimah yang ditulis tambahan pula tulisan itu dipapar kepada umum . Bukan sahaja manusia atau masyarakat pembaca akan menilai tetapi juga Allah swt dan para malaikatNya turut menilai apa yang ditulis . Saya yakin Ustaz Nik Mohd Abduh sebagai manusia yang berada langsung dibawah tarbiyah ayahnya seorang ulama' tersohor tanahair lebih memahami prinsip ini .
Saya dapat merasakan betapa tulisannya yang terbaru [ kerja - kerja bodoh dalam PAS - vol 2 ] ditulis dengan begitu cermat dan berani . Saya telah mengingatkannya akan rasa kebertanggungjawaban terhadap tulisannya , dengan yakin beliau menegaskan bahawa beliau sangat sedar dan bertanggungjawab terhadap apa yang beliau tulis .Saya juga menekan soal pembuktian sebagai peringatan kepada beliau dan beliau nyata bersedia untuk mengambil tanggungjawab penuh atas tulisannya .
Isu pokok yang mesti difahami dan dihayati oleh semua pembaca dari tulisan beliau ialah tiada sebarang persengketaan antara dua tokoh ulama' terbilang itu dan wujudnya pihak yang mahu melihat berlakunya pertembungan antara keduanya .
Soal wujudnya pihak yang cuba melaga - lagakan 2 tok guru ini memang tiada siapa yang boleh menafikannya dan ianya diketahui oleh semua kerana ia diterjemah melalui tulisan , kenyataan dan perbahasan samaada dalam media cetak mahupun media baru [ blog dan web site ] .
Kalau saudara melayari blog dan web site [ tanpa perlu saya menyebut nama blog atau tuan empunya web site terbabit ] , nescaya saudara akan ketemui unsur - unsur ini secara jelas dan ketara sehingga saya sendiri berasa tidak sedap duduk walaupun kedua - dua tok guru ini bukan lah ayah saya . Kalau mereka ayah saya , rasanya mungkin saya akan "mengamuk" lebih hebat dari Ustaz Nik Mohd Abduh , wallahua'lam .
Ustaz Nik Mohd Abduh mungkin tertekan atau kecewa melihat ayahnya diperlagakan secara langsung atau tidak langsung dengan Presiden PAS [ sedang kedua - duanya adalah Tok Guru kesayangan ummah ] .
2 siri tulisan beliau adalah berasaskan motif ini , iaitu merungkai kekeliruan ahli PAS mengenai wujudnya fenomena yang menimbulkan krisis antara dua tokoh pimpinan PAS ini .
Ada orang tegur , kenapa Ustaz Nik Abduh dedah secara terbuka , kenapa tidak sebut dalam mesyuarat atau kemukakan direct kepada orang terlibat .
Saya melihat perkara ini dari step pertama dan saya selalu pastikan agar rakan - rakan blogger terutama dari pemuda tidak membawa perkara yang tidak sepatutnya ke muka umum . Tetapi dalam isu ini suka saya sebut bahawa bukan Ustaz Nik Abduh yang membuka gelanggang dan juga bukan beliau mengheret isu ini kepada umum .
Sebaliknya beliau hanya tampil untuk memberi penjelasan setelah gelanggang dibuka begitu luas melewati sempadan cyber sementara al Mursyidul Am dan Presiden PAS diperlakukan seperti ayam sabung yang di adu laga ditengah gelanggang tersebut . Sehingga ia menjadi tatapan umum dan mengelirukan ahli parti .Sekian lama dibiarkan para blogger [ sebahagiannya dari blogger yang mengaku ahli PAS ]mengadu domba , entah mereka mengambil upah dari siapa atau berperanan untuk siapa , juga atas maksud dan motif apa mereka tergamak mencetus suasana keruh antara dua tok guru ini sehingga menimbulkan prasangka umum bahawa 2 tok guru ini memang bersengketa .
Pernah saya dengar sendiri individu tertentu memperkecil Tok Guru Presiden sambil membandingnya dengan Tok Guru Murdyid Am dan al Marhum ustaz Fadhil Noor , sedang dia barulah setahun jagung menyertai perjuangan ini malah tidak pernah melalui jatuh bangun berjuang bersama kedua - dua Tok Guru ini .
Orang bertanya pula , Ustaz ! apakah perkara ini hendak dibiarkan begitu sahaja ? sekian lama saya menjawab , sabarlah akhi ! suatu masa Allah akan mendedahkan perkara yang tidak betul ini . Sampai bila nak biarkan ustaz ? Ustaz boleh tengok ker Tok Guru kita difitnah dan diadu domba ?
Saya sendiri entah berapa kali menitis air mata melihat dan mendengar kata - kata kesat dilemparkan oleh ahli parti sendiri [ yang terpedaya dengan mainan kotor pihak tertentu yang saya sendiri pun tidak tahu siapa ] kepada kedua - dua tok guru tercinta . Saya bertahan sekian lama , tidak tahu apa yang patut saya buat kerana bimbang tersilap langkah .
Isu yang sering ditimbulkan masih lagi berkisar isu muqabalah dan terbaru unity goverment . Sentimen yang dibawa bersama pula ialah Tok Guru Hj. Hadi nak bawa masuk PAS ke dalam UMNO dan BN lalu mereka lagakan pula dengan kenyataan Tok Guru Mursyid Am yang menyatakan sikap tidak setuju terhadap kedua - dua isu tersebut dengan membawa sentimen bahawa Tok Guru Mursyid Am murka kepada Tok Guru Presiden .
Biarpun berapa kali dinafi oleh Tok Guru Presiden , bahawa tidak pernah berbangkit isu PAS masuk BN , namun penafian itu tidak pernah berkesan . [ Mereka cuba menunjuk rasa kasih kepada parti seolah - olah Tok Guru tidak sayang kepada parti kecuali mereka ] Seolah - olah mereka sengaja buat tidak faham , makin dinafi makin kuat fitnah mengatakan Tok Guru nak bawa PAS masuk BN dan tentu sekali mereka tidak tinggal kenyataan balas dari Tok Guru Mursyid Am untuk membidas Tok Guru Presiden bagi menampakkan pertembungan , lalu tercetus polemik dan kekeliruan yang disengajakan kepada anggota parti .
Inilah realitinya sebelum ustaz Nik Mohd Abduh tampil membuat penjelasan yang berisiko . Jika beliau benar , beliau mesti berani ambil risiko . Harapannya , dapat meredakan ketegangan dan kekeliruan dikalangan anggota . Mungkin sebahagiannya tidak dapat diredakan dengan kenyataan Ustaz Nik Mohd Abduh , apa boleh buat ! hanya bersabar dan memohon pertolongan dari Allah swt dengan solat saudara .
Sungguhpun begitu , saya percaya ramai dikalangan anggota parti yang terperangkap dalam kekeliruan yang dicipta ini akan menarik nafas lega dengan penjelasan dari Ustaz Nik Mohd Abduh .
Adapun berkait dengan dakwaan balas dari Ustaz Nik Mohd Abduh adalah dituju kepada pihak tertentu . Kepada yang tidak terlibat , usahlah rasa resah dan panas tidak semena - mena . Pendedahan atau penjelasan ustaz Nik Mohd Abduh bukan untuk saudara . Ustaz Nik Abduh mesti bertanggungjawab atas dakwaannya . Jika benar , ertinya beliau telah menegakkan yang hak dan Allah swt tahu ganjaran apa untuk beliau , demikianlah sebaliknya jika beliau salah dan sengaja mereka cerita dan dakwaan maka Allah swt pasti tidak lalai dan terpengaruh dengan setiap kalimah indah dari tulisan beliau . Tentu sahaja beliau pula akan menerima azabnya .
Namun saya secara peribadi , setelah menilai isu yang dibawa dan dilihat kepada suasana dan keadaan yang dihadapi kini , pula mengukur maklumat yang ada pada saya dari pelbagai sumber , saya percaya Ustaz Nik Mohd Abduh berada di pihak yang benar dan saya berdoa agar beliau berada di pihak yang benar .
Harapan saya segala kekeliruan kini telah tersingkap dan pintu penyelesaian kini ditemui.
Kejayaan Kecil Tapi Penuh Makna - Terima Kasih Perak Bangkit & Bloggers UMNO
cyberboron, Thursday, April 02, 2009Aku terima berita gempaq. Pagi kelmarin aku buat satu eksperimen. Kebetulan aku dapat senarai pengundi atas pagar di tujuh peti undi (daerah mengundi). Tapi nama peti undi tu rahsia laa. Dalam senarai tu siap ada maklumat peribadi. Alamat, pekerjaan, tempat kerja, nama isteri/suami, nama anak menantu yang layak mengundi dan satu dua perkara lagi. Yang bestnya, siap ada nama-nama petugas yang sesuai untuk approach pengundi-pengundi tu.
Aku pilih 30 pengundi dan 24 petugas. 18 petugas masing-masing menguruskan satu pengundi. 6 petugas masing-masing urus 2 orang. Fuh! macam pegi perang wo!
Semua 30 pengundi tu berumur antara 49 hingga 52 tahun. Lahir lebih kurang merdeka laa. 17 guru, 6 bekas tentera, 4 kakitangan kerajaan dan 3 peniaga. Aku pilih nama-nama tu sebab percaya depa tentu ada pengaruh sikit-sikit.
Aku gunakan 1 set bahan yang aku print-out dari laman blog. Bukan dari blog aku, tapi dari blog Perak Bangkit, Gomo, Parpu Kari dan satu dua rakan gerombolan BPN.
Hasilnya ... marvellous!
Aku pesan pada petugas-petugas, bila jumpa pengundi tu jangan terus lagang cerita Bukit Gantang. Ceritalah apa pun selain politik P.59. Cerita murtabak ke, cerita tayar kereta ke. Apa-apalah. Aku yakin dua tiga minit kemudian diorang sendiri yang akan bukak cerita Bukit Gantang. Bila diorang bukak, sambut laa. Tapi jangan hentam UMNO dan jangan penaik PR. Goreng-goreng je ikut rentak. Bagi can (chance) empat lima minit, lepas tu buat-buat terkejut ada barang baik kat dalam kereta atau dalam raga/bakul motosikal. Ambik kertas-kertas tu bagi pengundi atas pagar tu tengok (dan baca).
Tau ke apa jadi?
26 confirmed undi PAS-PR. 3 belum pasti. 1 tak dapat ditemui. Memang marvellous! Tau apa sebabnya? Alkisah begini ceritanya ...
Mengikut maklumat yang aku terima tu, 30 pengundi ni jenis tak ambil pot tentang politik. Tak nampak gaya pun jadi ahli mana-mana parti. Tapi diorang ni memang komit dengan masyarakat ikut bidang masing-masing. Misalnya yang cikgu-cikgi tu memang rajin dengan program bimbingan dan motivasi pelajar. Yang kakitangan kerajaan tu pulak jenis yang aktif sukan. Yang berniaga tu selalu menderma untuk program kemasyarakatan. Cuma diorang ni tak mau join politik parti. Undi tak tau le pulak kemana peginya.
Oleh kerana tak minat politik parti maka diorang ni tak pernah layari laman web atau blog politik. Blog cyberboron diorang tak layan, blog perak bangkit pun diorang tak hingin. So diorang tak tau lah macam mana perangai orang politik BN atau PR di pentas cyber.
Bila diorang baca ayat-ayat power perak bangkit & the gang, terbeliak bijik mata. Ish ish ish! sampai lagu ni punya main politik noo ... kata cikgu berumur 52 tahun. Pendek cerita, petugas kemudian ambik laptop dari dalam kereta, on broadband dan bagi cikgu tu tengok sendiri blog perak bangkit, parpu kari, gomo dan PPC. Mengucap panjang cikgu tu.
Petugas pun ayat la sikit. Dengaq cerita depa ni makan upah. Mai pilihanraya ni pun bunyi habaq dok Hotel Syuen Ipoh nuu. MB suruh dok situ bunyi kata. Tak tau la betui ka dak.
Lagi sekali pendek cerita, lama-lama cikgu tu pulak tak boleh berhenti bersyarah. Tapi tak dak la dia maki hamun sapa-sapa. Sekadar meluahkan rasa kecewanya pada cara puak-puak tu. Ayat pi ayat mai, penutup ceritanya cikgu tu sendiri kata nak kena pi habaq kat kawan-kawan. UMNO ni melampau sungguh. Biaq kat depa, jahanam negara ni.
Petugas tak kata apa-apa dah. Diam saja.
Lagi 25 yang confirmed undi PR tu, ceritanya lebih kurang sama. Alhamdulillah. Terima kasih Perak Bangkit & The Gang! Terima kasih daun keladi.








