Perhatian Untuk Pemimpin PR - Tanda Aras Dan Tanda Arah Politik Orang Melayu

Krisis Perak masuk ke fasa baru satu demi satu. Hari ini (11 Mei) satu lagi peristiwa penting akan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ramai menjangkakan keputusan akan berpihak kepada Zambry, UMNO dan BN. Kalau benar begitu, ia masih juga belum tamat. DS Nizar boleh failkan rayuan untuk dibicarakan semula. Dan rakyat akan tunggu lagi. Sidang lanun 7 Mei juga pasti akan ke mahkamah. Berpuluh saman boleh difailkan. Dalam cuaca kehakiman sekarang mungkin hampir tak ada apa yang boleh diharapkan daripada mahkamah. Tetapi PR tetap perlu membawa semua pencabulan UMNO-BN ke kamar mahkamah supaya parti lanun itu tidak dibiarkan bersenang lenang mencabul apa saja yang mereka suka.

Dalam ucapan pemimpin-pemimpin PR dan tulisan-tulisan di merata blog pro-PR nampaknya macam krisis yang berlaku ini memberikan keuntungan kepada PR. Semacam ada keyakinan besar bahawa rakyat semakin ramai bersimpati kepada PR. Malah ada yang memberitahu ramai penyokong UMNO-BN dah beralih menyokong PR. Benarkah begitu?

Pilihanraya kecil Bukit Gantang menunjukkan sokongan orang Melayu masih kekal seperti ketika pilihanraya umum Mac 2008. Penyokong PR kekal menyokong PR. Penyokong UMNO kekal menyokong UMNO. BN dapat tambahan undi di kawasan majoriti Melayu (80% ke atas). PR pun dapat tambahan undi di kawasan yang sama. Tetapi jumlah tambahan undi BN daripada pengundi Melayu itu lebih besar daripada jumlah tambahan undi Melayu kepada PR.

Kemenangan dengan majoriti lebih besar yang dicapai oleh PR pada PRK itu lebih disebabkan oleh pertambahan ketara undi bukan Melayu khususnya pengundi kaum Tionghua.

Dalam konteks Malaysia dan Pakatan Rakyat, pertambahan sokongan kaum Tionghua itu amat dialu-alukan. Malaysia adalah hak dan tanggungjawab semua kaum. Pakatan Rakyat adalah gerakan dan misi semua kaum. Tak ada salahnya PR menang di Bukit Gantang bersebabkan tambahan undi kaum Tionghua sebagai faktor utama.

Setelah sokongan kaum Tionghua mencecah kemuncak angka yang boleh dicapai, kini kelangsungan momentum kebangkitan rakyat ini bergantung kepada perolehan sokongan orang Melayu. Secara kasar, purata nisbah kecenderungan politik orang Melayu negeri Perak hari ini ialah 2:3 atau 40% PR berbanding 60% BN. Sekurang-kurangnya kedudukan nisbah PR:BN perlu dipacu sehingga mencapai 1:1 atau masing-masing 50%. Dengan nisbah minima 1:1 itu PR akan dapat meleraikan kebimbangan (tak berasas) orang Melayu tentang isu survival bangsa yang dimainkan oleh UMNO selama ini.

Perkembangan pemikiran politik orang Melayu sudah sampai ke titik penting dalam sejarah negara ini. Politik pak turut tanpa ilmu telah sampai ke peringkat tepu. Orang Melayu mula menilai dan menganalisis untuk menentukan sikap dan pendirian politik. Oleh sebab itulah PAS dan PKR semakin mendapat tempat di hati orang Melayu sejak penghujung tahun 90an sehingga pilihanraya umum tahun 2008.

Tetapi arus peralihan daripada UMNO kepada PAS dan PKR atau penyertaan warga tak berparti ke dalam dua parti bukan UMNO itu seolah-olah sudah sampai ke kemuncaknya. Pak turut tanpa fakta yang tetap mahu kekal sebagai pak turut masih mewakili kira-kira 50% daripada keseluruhan jumlah orang Melayu. Hanya kira-kira 40% orang Melayu yang terus yakin dengan keperluan menghentikan penguasaan UMNO-BN daripada kuasa mentadbir negara ini. Baki 10% orang Melayu masih tak nampak atau tak berminat dengan hal ehwal politik. Mereka tak mahu menyertai mana-mana parti atau tak mahu menetapkan sokongan kepada mana-mana parti bahkan mungkin tidak mengundi pun.

Dalam konteks orang Melayu, kini PR dan BN sedang berada di garisan sempadan yang sangat jelas tentang agihan sokongan. UMNO memiliki sebanyak ini. PAS atau PKR memiliki sebanyak itu. Di kampung-kampung Melayu, parti setiap individu boleh dinyatakan dengan mudah oleh semua orang. Itu orang PAS. Itu orang UMNO. Mati hidup balik pun si polan itu akan tetap dengan PAS. Yang UMNO pun sama. Seolah-olah saringan, tapisan, pembahagian dan proses fikir politik orang Melayu sudah selesai dan muktamad. Datanglah apa pun isu baru selepas ini, orang PAS tetap PAS dan orang UMNO tetap UMNO. Swing secara besar-besaran tak akan berlaku lagi.

Situasi ini menyebabkan semakin besar cabaran tugas penerangan dan pendekatan untuk meraih sokongan baru sama ada bagi PR atau BN. Bukannya mudah nak merobah pemikiran pak turut yang tak bersedia langsung membuka ruang mindanya. Bukannya mudah nak merobah pemikiran penyokong PR yang telah terbukti tahan diuji walau pun di sogok dengan pelbagai teknik propaganda, ugutan dan tawaran.

50% orang Melayu pak turut itu hampir pasti akan kekal menyokong UMNO-BN dalam PRU13. 40% hampir pasti tetap bersama PR. Medan pertarungan utama antara PR dan BN ialah di kelompok baki 10% orang Melayu yang kurang deria politik. Selain itu PR atau BN mungkin boleh mengubah pendirian antara 3 ke 5 peratus penyokong parti lawan yang kurang darjah kesetiaannya atau tahap fanatiknya.

Oleh itu jika mahu menang PR wajib objektif, fokus dan serius mendepani tugas yang mencabar ini. Dalam keadaan ini PR tidak sepatutnya mengharapkan keajaiban swing bersebabkan isu-isu besar peringkat nasional. Peringkat itu telah berlalu dan sukar untuk berlaku sekali lagi.

Langkah terbaik bagi PR hari ini ialah:

1. Menguruskan isu (sedia ada) dengan sempurna.

2. Mengukuhkan persefahaman dasar, organisasi dan jentera antara PAS-PKR-DAP.

3. Segera merumuskan strategi dan plan yang objektif dan praktikal.

4. Serius membangunkan budaya pengurusan dan budaya kerja yang komprehensif.

5. Memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah berdasarkan keutamaan.

Baca Sepenuhnya..

Pakatan Rakyat Perak Perlu Fokus

Yang dah berlaku telah pun berlaku. Tak ada apa yang boleh mengubahnya. Mulanya Jamaludin dan Osman diperangkap. Kemudian dua pelacur politik itu diugut dan diumpan. Seterusnya mereka di'ghaib'kan sehingga muncul bersama Hee Yit Foong di majlis Najib Altantunya pada 4 Februari. Besoknya DS Nizar dititah meletak jawatan. Sehari kemudian Zambry angkat sumpah jadi MB (haram).

Selepas itu Speaker isytihar kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong. Tetapi SPR tolak perisytiharan itu dan tak mahu adakan pilihanraya kecil. 18 Februari, Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN menggantung Zambri dan enam exco haramnya. Zambry digantung 18 bulan dan enam exco haramnya digantung 12 bulan. Sepanjang tempoh itu mereka tak boleh hadir ke sidang DUN. Akhirnya mahkamah putuskan Jamal, Osman dan Hee masih sah sebagai ADUN. Mahkamah juga berikan deklarasi Speaker tak boleh gantung Zambry dan enam exco haramnya.

Saman DS Nizar terhadap Zambry belum diputuskan oleh mahkamah. Setakat ini ditangguhkan keputusannya ke hari Isnin 11 Mei. Kalau keputusannya berpihak kepada Zambry, pasti DS Nizar akan rayu kes itu ke mahkamah lebih tinggi. Kalau berpihak kepada DS Nizar, Zambry juga pasti bawa kes itu ke mahkamah lebih tinggi.

Besok lusa hampir pasti PR akan saman Zambry atau Ganesan atau Rahman Hashim atau Abdullah Antong atau mungkin saman semua sekali. Semua pihak sama ada PR atau UMNO akan turun naik mahkamah berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun.

Tak banyak yang boleh diharapkan daripada mahkamah. Sejarah mahkamah selama dua dekad terakhir sejak Mahathir jadi raja Malaysia, hampir tak ada yang menguntungkan parti lawan BN.

Mahu tak mahu Pakatan Rakyat terpaksa juga membawa semua kes pencabulan undang-undang yang dilakukan oleh UMNO-BN untuk dihakimi oleh mahkamah. Kalau tak disaman dan tak dibawa ke mahkamah, UMNO-BN akan lebih melampau. Sekurang-kurangnya UMNO-BN tak dibiarkan bersenang lenang mencabul undang-undang sesuka hati mereka. Walau pun mereka sentiasa dapat mengugut dan menekan institusi kehakiman namun ada ketikanya hakim-hakim tiada ruang langsung untuk menghalalkan kebiadaban UMNO-BN yang tertentu. PR perlu terus ke mahkamah walau pun 'harap ada, percaya tiada'. Mudah-mudahan akan tiba masanya terdetik rasa tanggungjawab di hati hakim-hakim.

Khabarnya Pakatan Rakyat akan meneruskan road-show ke merata ceruk negeri Perak untuk menerangkan peristiwa hitam sidang DUN 7 Mei. Cerita bagaimana UMNO-BN merampas jawatan Speaker akan diterangkan kepada rakyat. Kisah kebiadaban Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Dewan yang dah dipecat, Bentara Dewan dan sekelian haiwan-haiwan yang bersekongkol menghalalkan plan UMNO-BN akan didedahkan sepenuhnya. Rakyat akan mempelajari Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Perintah-Perintah Tetap DUN dengan lebih mendalam.

Memang Pakatan Rakyat tak banyak pilihan untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat. Setiap hari media arus perdana yang dikawal sepenuhnya oleh UMNO-BN sentiasa memutar fakta untuk menggambarkan PR salah dan jahat. Tindakan UMNO-BN semua betul dan baik. Harakah, Suara Keadilan dan Roket amat terhad pengedarannya kerana disyaratkan jualannya hanya kepada ahli. Maklumat yang melimpah ruah di ruang cyber hanya diakses oleh tak sampai dua tiga peratus rakyat Malaysia. Mahu tak mahu terpaksalah juga pemimpin-pemimpin PR turun padang berceramah.

Teruskan menghimpit UMNO-BN di mahkamah. Teruskan berceramah dari Parit Buntar ke Hutan Melintang di sepanjang pantai barat dan dari Pengkalan Hulu ke Behrang di sepanjang tepian Banjaran Titiwangsa. Teruskan!

Tetapi Pakatan Rakyat jangan hilang fokus. Selain mahkamah dan ceramah ada banyak lagi tugas yang perlu digerakkan dengan sempurna sekiranya PR serius mahu menguburkan UMNO-BN di negeri Perak. UMNO-BN yang dikatakan sedang nazak itu sebenarnya masih ada banyak senjata bahkan mungkin ada nyawa yang disimpan di bank nyawa. Oleh kerana tiada yang haram di sisi mereka maka percaturan kita tak boleh diasaskan kepada perkiraan undang-undang yang tersurat sahaja. Mereka tidak pernah menjunjung 'fair-play' dalam perlawanan di gelanggang politik ini. Walau pun tidak dibentes, mereka sentiasa merebahkan badan di kotak penalti untuk mendapatkan gol percuma. Mereka dah terbiasa menujah buku lali dan tumit pemain kita tanpa disedari oleh pengadil perlawanan. Bahkan mereka tak segan silu merasuah pengadil dan pemain kita. Selain itu hampir di setiap perlawanan mereka mengupah tok pawang menjampi tiang gol. Macam mana kita nak menang?

PR perlu fokus kepada semua keperluan untuk memenangi pertembungan sebenar dengan UMNO-BN. Gelanggang yang sebenar ialah pilihanraya. PR perlu menang pilihanraya dengan kelebihan kerusi yang selesa. Kemenangan yang bermakna ialah memperolehi majoriti dua pertiga dalam DUN. Bagi negeri Perak dua pertiga ialah 40 kerusi. Lebih sempurna kalau ada lebihan empat lima kerusi daripada angka minima 40 itu. PR wajar ada misi yang jelas untuk memenangi antara 43 hingga 45 kerusi dalam PRU13.

Misi 43-45 kerusi bukanlah perkara mustahil. Selain daripada 31 kerusi yang dimenangi dalam PRU12, ada 10 kerusi lagi yang berpotensi untuk dimenangi oleh PR iaitu kawasan-kawasan yang dimenangi oleh BN dengan majoriti di bawah seribu undi. Turut boleh diusahakan ialah 4 kerusi yang dimenangi oleh BN dengan majoriti antara 1000 ke 1500. Jika 31 kerusi asal dapat dikekalkan dan 10 kerusi (majoriti bawah 1000) dapat ditawan, PR sudah memiliki majoriti dua pertiga. Kalau 4 kerusi (majoriti 1000-1500) lagi dapat juga dimenangi, PR selesa di depan dengan 45 kerusi. Ada rakan-rakan yang sinis apabila dikemukakan angka-angka seperti ini. Hujah mereka, "bermain angka memang mudah, tetapi bukan senang nak buat." Ya, kenyataan itu betul. Tetapi berpolitik tanpa matematik dan angka adalah sia-sia dan buang masa.

Tugas kita ialah 'buat' dan 'laksana'. Nak buat rumah perlu ada plan. Nak bentuk kerajaan pun kena ada plan. Plan pilihanraya tak boleh lari daripada perkiraan angka. Kalau tak ada perkiraan angka yang asas seperti contoh ini maka kita tak akan sampai ke mana. Dari angka yang asas itu kita patut bergerak kepada perincian yang lebih spesifik dan terarah. Dengan perincian itu kita akan dapat melihat keperluan yang menyeluruh. Setelah dikenalpasti semua keperluan, kita boleh menyusun kadar kepentingannya supaya tugasan terlaksana mengikut keutamaan. Apabila keutamaan telah jelas, langkah kita akan teratur dan bermakna. Fokus kita betul dan tepat. Keberkesanannya dapat diukur dan dinilai. Penambahbaikan dapat dilakukan. Peluru sampai tepat ke sasaran. Tenaga tidak sia-sia. Akhirnya insyaAllah berjaya.

Teruskan langkah ke mahkamah. Teruskan pidato di pentas ceramah. Tetapi jangan salah perkiraan dan jangan silap andaian.

Rakyat bukan saja perlu maklumat. Mereka perlukan pembelaan dalam urusan hidup seharian. Mereka gembira kalau dijadikan kawan. Mereka teruja kalau dipandu dibimbing dalam hal menceriakan taraf hidup keluarga. Mereka amat terhutang budi kalau anak cucu dan kerabat mereka disantuni di saat gembira apatah lagi di kala duka. Kalau mereka dah jadi sahabat kita, kalau mereka dah teruja dengan keprihatinan kita dan kalau mereka terhutang budi kepada kita, apa pun maklumat yang kita sampaikan pasti lebih mudah disambut, difikir dan diterima.

PR perlu fokus membangunkan program, projek dan aktiviti yang menjurus kepada pembentukan hubungan langsung dengan masyarakat dalam konteks ini. Jika ahli dan penyokong PR berjaya menjalin ikatan emosi dengan rakan dan keluarga terdekat dalam maksud 'keprihatinan' ini nescaya misi 'angka' dalam gerak kerja pilihanraya akan lebih mudah dicapai.

Masa masih ada. Laluan masih terbentang luas. Daya masih gagah. Kepakaran masih jenuh. Semangat tak pernah luntur. Cuma fokus saja perlu betul.

Baca Sepenuhnya..

BN, UMNO, Iblis, Syaitan, Babi & Anjing


Hari ini berjuta cercaan muncul dari mulut rakyat Malaysia yang mengharapkan keadilan. Semua cacian itu mungkin terlalu keras, kasar dan sebahagiannya lucah. Ramai juga yang menangis dan meronta menyebut-nyebut senapang, bom, senjata, C4 dan lain-lain. Terasa betapa mungkin hanya senjata dan nyawa yang mampu mengembalikan keadilan dan memulihkan demokrasi. Sabar ......

UMNO-BN melangkah lebih jauh lagi hari ini. Perlembagaan jadi najis taik dan kencing. Undang-undang jadi muntah dan nanah. Yang Berhormat BN jadi iblis dan syaitan. Polis jadi babi dan anjing. Mereka saling membantu merogol dan meliwat demokrasi. Bagi mereka Tuhan telah tiada. Kalau Tuhan nak mencampakkan mereka ke neraka, mereka akan cabar Tuhan. Mereka akan turunkan Tuhan dari apapun tempatNya. Mereka akan tabalkan Tuhan baru.

Zambry jadi jembalang busuk menipu rakyat dengan kenyataan-kenyataan palsu, fitnah dan bodoh. Sidang media Zambry yang disiarkan dalam berita TV malam ini mengandungi pemalsuan fakta tahap Yahudi gila babi. Polis melengkapkan pembuktian diri sebagai pencacai barua berdarah babi berhati anjing menjunjung perintah pembesar UMNO yang sakit jiwa dan rosak otak.

Rakyat Malaysia yang menyaksikan kekecohan sidang DUN dan kekecohan di luar DUN hari ini tak akan memaafkan UMNO-BN sampai bila-bila. UMNO dan polis boleh terus menipu dalam akhbar dan radio/tv tetapi rakyat yang menyaksikan peristiwa hari ini dengan mata sendiri tak akan dapat ditipu.

Peristiwa hari ini menghancur-luluhkan keyakinan sebahagian pencinta keadilan di kalangan pendokong Pakatan Rakyat. Namun kekecewaan itu akan menyemarakkan semangat dan daya juang yang membuak-buak untuk memampuskan UMNO-BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Catatan peristiwa hari ini lengkap dengan foto dan video di dalam dan di luar dewan akan disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Wajah-wajah iblis, syaitan, babi dan anjing yang menyempurnakan pencabulan perlembagaan dan undang-undang hari ini akan terpampang dan beredar di merata ceruk. Biar rakyat kenal muka dan susuk badan perogol, perasuah dan pengkhianat keadilan di kalangan haiwan Malaysia spesis UMNO-BN.

Jiwa kebabian UMNO membawa kepada lanjutan krisis Perak yang entah bila akan selesai. Setelah ada dua MB kini Perak ada dua Speaker pula. Sivakumar dicempung turun dari kerusinya dan diseret keluar dari dewan seperti bangkai haiwan buruan yang ditembak mati. Babi dan anjing kemudiannya mengurung Sivakumar dibilik rahsia untuk menjayakan rancangan iblis syaitan mengangkat Ganesan sebagai Speaker haram.

Ketika itu persidangan belum pun bermula. Sivakumar sebagai Speaker yang sah belum memulakan agenda persidangan. Perintah Tetap DUN memperuntukkan kuasa yang jelas kepada Speaker untuk menentukan hal-ehwal perjalanan persidangan termasuk kehadiran ke dalam dewan persidangan. Siva memerintahkan 7 ADUN yang telah dikenakan hukuman penggantungan 18 dan 12 bulan supaya meninggalkan dewan. 3 ADUN lompat yang kerusi mereka telah diisytiharkan kosong juga diperintahkan keluar dewan. Siva menyatakan dengan jelas "saya tidak akan memulakan persidangan sehingga 10 ADUN yang diperintahkan keluar dewan mematuhi perintah itu".

10 iblis syaitan BN itu tetap ingkar. Oleh itu persidangan tidak dimulakan. TIDAK DIMULAKAN. Di ketika itulah Zambry mengemukakan usul memecat Speaker diikuti usul melantik Ganesan sebagai Speaker baru. Siva enggan menimbangkan usul itu kerana persidangan belum bermula. Tambahan pula ia dikemukakan oleh ADUN yang telah digantung sejak 18 Februari lalu. ADUN itu juga telah diperintahkan keluar dewan 10 minit sebelum itu.

Persidangan belum bermula. Usul pula dikemukakan oleh ADUN yang telah digantung dan masih dalam tempoh penggantungan. ADUN itu juga telah diperintahkan keluar dewan oleh Speaker. Speaker telah pun menjelaskan hal itu sebaik saja Zambry membacakan usulnya. Sahkah usul itu? Sahkah pemecatan Sivakumar? Sahkah perlantikan Ganesan?

Siva tidak berganjak daripada kerusi Speaker. Speaker mengarahkan Bentara Dewan melaksanakan perintah pengusiran 10 iblis BN. Malangnya Bentara Dewan telah hilang akal dan rosak otak. Mereka enggan melaksanakan arahan Speaker. Babi dan anjing beruniform masuk ke dewan menyertai babi dan anjing tak beruniform yang sedia ada dari awal. Mereka memeluk dan mengangkat Speaker turun dari kerusinya. Selepas itu mereka mengheret Speaker di lantai seperti mengheret haiwan. Speaker dikurung oleh babi dan anjing itu di sebuah bilik sehingga persidangan haram selesai.

Persidangan dikendalikan oleh Ganesan dan ditangguhkan olehnya hampir jam 4.00 petang. Sahkah persidangan yang dikendalikan oleh Ganesan itu? Sahkah penangguhan oleh Ganesan itu?

penjenayah, pencabul dan makhluk-makhluk perosak demokrasi

Baca Sepenuhnya..

Mahkamah Tinggi - Perbicaraan Bersambung Besok, Keputusan Mungkin Tengahari

Perbicaraan saman DS Nizar terhadap DS Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan bersambung besok dan keputusannya dijangka diumumkan menjelang tengahari.

Sepanjang penghujahan kelmarin dan hari ini, pasukan peguam DS Zambry hanya mengulangi alasan sokongan kepada BN oleh tiga ADUN lompat sebagai faktor keabsahan angkat sumpah DS Zambry sebagai Menteri Besar Baru.

Semua fakta berhubung perkara berikut tidak dihujahkan oleh pasukan peguam DS Zambri:

1. Keabsahan titah DYMM Sultan supaya DS Nizar meletak jawatan.

2. Fakta DS Nizar tidak meletak jawatan. Oleh itu tidak berlaku kekosongan jawatan MB.

3. Fakta proses sebenar menentukan status seorang MB 'hilang sokongan majoriti'.

4. Keabsahan siasatan DYMM Sultan untuk menentukan pihak atau individu yang mendapat sokongan majoriti dalam DUN.

5. Fakta bahawa penentuan 'sokongan majoriti' kepada seorang MB mestilah berlaku di dalam persidangan DUN mengikut prosedur yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan Perintah-Perintah Tetap DUN.

6. Fakta bahawa permohonan oleh seorang MB agar DYMM Sultan membubarkan DUN tidak semestinya hanya kerana MB itu percaya bahawa dia telah kehilangan sokongan majoriti ahli-ahli DUN.

Baca Sepenuhnya..
 

Komen Pengunjung Terkini