Muktamar PAS Pusat kali ke 55 bermula hari ini. Setakat kelmarin Dewan-dewan Ulama', Pemuda dan Muslimat telah menyempurnakan muktamar tahunan masing-masing. Banyak perkara dah dibincang dan diputuskan. Ada perkara yang biasa saja dan ada yang panas. Memang begitulah lumrah bermuktamar sejak 54 kali sebelum ini.
Seluruh dunia sedang memerhatikan muktamar kali ini khususnya sidang utama yang bermula hari ini. Seluruh rakyat Malaysia rentas kaum silang agama juga prihatin dan penuh minat. Ahli dan penyokong parti-parti gabungan Pakatan Rakyat lebih hebat ambil berat. Ahli dan penyokong PAS teruja dalam cemas. Para perwakilan berdebar-debar untuk menunaikan tanggungjawab berbahas dan mengundi. Semua orang ternanti-nanti keputusan pemilihan saf kepimpinan parti yang akan diketahui besok.
UMNO juga tidak ketinggalan. Media arus perdana sibuk mengulas dan menganalisis pertandingan jawatan tertinggi PAS kali ini khususnya jawatan Timbalan Presiden. Tergambar ada pertembungan besar dalam PAS hari ini. Ada kem ulama' dan ada kem profesional, atau ulama' lawan erdogan. Akhbar online dan blog politik riuh rendah dengan kempen mengempen dan bongkar membongkar. Seolah-olah kelompok pemimpin PAS sedang bergaduh besar merebut kedudukan.
Semua orang atau semua pihak berhujah, mengkritik, memberi pandangan malah mencadangkan supaya undi orang itu atau ini. Sama ada disedari atau tidak, semua orang yang berhujah dalam isu kepimpinan PAS ini sedang memberitahu; "Aku tahu perkara sebenar, aku tahu apa yang telah dilakukan oleh orang ini dan orang itu, aku tahu apa yang sepatutnya dilakukan oleh orang ini dan orang itu, aku tahu siapa yang sepatutnya diundi oleh perwakilan dan hujah akulah yang betul. Mana-mana hujah yang berlawanan dengan hujah aku adalah tidak betul belaka."
Antara hujah-hujah yang popular (kategori 1) ialah:
- PAS mestilah dipimpin oleh golongan ulama'.
- Kepimpinan PAS mestilah gandingan antara ulama' dan profesional.
- Kepimpinan PAS pasca PRU12 mestilah berimej rentas kaum dan silang agama.
- Kepimpinan PAS mestilah berimej aktivis yang 'merakyat'dan tahan uji.
- Ulama' perlu diprofesionalkan manakala profesional perlu diulama'kan.
- Pemimpin PAS mestilah dipilih dari kalangan yang pro Pakatan Rakyat.
Antara hujah-hujah popular (kategori 2) ialah:
- Pemimpin pro-muqabalah (dengan UMNO) perlu disingkirkan.
- Kepimpinan PAS perlu dianggotai oleh lebih ramai golongan profesional.
- Bukan ulama' tidak layak menduduki jawatan tertinggi PAS.
- Ulama' atau bukan ulama' sama saja. Yang penting ialah kualiti kepimpinan.
Antara hujah-hujah popular (kategori 3 - panas!) ialah:
- Ustaz Nasharudin Mat Isa pro kerjasama PAS-UMNO.
- Ustaz Nasharudin Mat Isa menipu ketika isu pertemuan dengan pemimpin UMNO.
- TG Hadi Awang bertentangan pendapat dengan TG Nik Abdul Aziz.
- Dato' Husam Musa cemar lumrah pertandingan dalam PAS kerana berkempen berlebihan.
- TG Nik Aziz sokong kumpulan Erdogan.
Antara hujah-hujah popular (kategori 4 - terbakar!) ialah:
- TG Hadi Awang juga pro kerjasama dengan UMNO.
- TG Hadi Awang patut berundur kerana lemah daya fikir dalam hal strategi.
- Ustaz Nasharudin hidup mewah ala UMNO.
- Dato' Husam sombong, ada skandal, membayar blogger upahan dan gelojoh jawatan.
- UMNO sokong Ustaz Nasharudin.
Sebahagian pengulas malah melabelkan pemimpin-pemimpin PAS dengan perkataan yang amat buruk dan lucah termasuk babi, dungu, bengap, bahalol, lembab dan mati pucuk.
Dari satu sudut, ruang mengulas dan mengkritik yang terbuka luas di era teknologi ICT ini amat mendewasakan pentas politik tanahair. Parti dan pemimpin politik terdedah kepada pemantauan dan kritikan semua pihak. Hampir tiada lagi maklumat yang boleh dirahsiakan. Kesilapan pasti mengundang padah.
Forum maya sejuta panel 24 jam sehari sepanjang masa mungkin membuka ruang kepada perwakilan memperincikan sebab terbaik sebelum menentukan nama yang akan diundi.
Dari satu sudut yang lain keghairahan mengulas dan berhujah ini mungkin juga membuka peluang kepada UMNO untuk mengenalpasti kelemahan Pakatan Rakyat secara terperinci. Memang kita tidak mahu mendiamkan kesalahan atau kelemahan yang berlaku dalam parti-parti (PR) kita. Kita tegas dengan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Kita serius dengan prinsip keterbukaan. Kita bukan yes man membabi buta kepada pemimpin-pemimpin parti kita. Namun kita ada musuh yang sentiasa menunggu peluang. Profesionalisme tempur politik dan pemikiran strategik menuntut pertimbangan untung-rugi dan penilaian kesesuaian senjata-medan.
Ketidakpuasan hati antara seorang dengan seorang yang lain adalah 'nature'. Apatah lagi dalam perkara yang besar seperti urusan kepimpinan rakyat. Perbezaan pendapat dan sudut pandangan juga adalah fitrah manusia. Bahkan dalam kehidupan haiwan yang satu spesis pun ada perbalahan dan pertikaian. Dalam satu perkara yang khusus, sejarah kemanusiaan membuktikan betapa persepsi, penilaian, pertimbangan dan pendirian manusia sentiasa tidak satu.
Oleh kerana itulah Islam mensyariatkan 'syura' sebagai platform pengurusan masyarakat, sebagai medan menemukan perbezaan dan merumuskan persepakatan. Satu keputusan syura bukanlah hasil persepsi dan pendirian asal yang sama di kalangan semua yang terlibat dalam proses itu. Ia cuma rumusan bagi pandangan dan penilaian yang berbeza.
Begitulah juga prinsip demokrasi. Walaupun syura dan demokrasi tidak sama namun dalam hal menguruskan perbezaan kedua-duanya mempunyai kehampiran. Semua orang atau semua pihak berhak mengemukakan pandangan dan penilaian masing-masing. Perbezaan diperinci dan dibincangkan untuk mencari titik persamaan atau mencari yang lebih baik. Akhirnya diputuskan satu kata sepakat. Keputusan itu berkuatkuasa.
Sama ada dalam sistem syura atau sistem demokrasi, pengurusan perbezaan sudut pandangan itu ada prosedur dan disiplinnya. Proses itu melibatkan seni komunikasi. Kualiti natijahnya sangat bergantung kepada komunikasi yang 'smart'.
Adakah kita berasa damai dan gembira jika anak-anak kita menguruskan perbezaan pandangan 'sesama mereka' dengan penggunaan perkataan babi, bodoh, dungu dan lembab? Apakah kita bahagia jika seorang anak kita menguruskan hujahnya dengan menelanjangkan kesilapan abang, kakak atau adiknya di depan khalayak ramai?
Barangkali perbandingan ini tidak tepat seratus peratus dengan dunia politik dan pengurusan masyarakat. Keluarga hanya sebuah unit masyarakat yang sangat kecil sedangkan kita membincangkan urusan masyarakat umum dan kepentingan yang jauh lebih besar. Namun begitu dalam banyak hal, kes kecil mampu menjadi asas kepada pemikiran berkaitan kes besar.
Penulis menyokong Dato' Husam Musa untuk jawatan Timbalan Presiden. Secara resmi, PAS Kawasan penulis juga mencalonkan Dato' Husam untuk jawatan itu dalam Mesyuarat Agong PAS Kawasan, April lalu. Tetapi penulis tidak sanggup menghentam Ustaz Nasharudin dengan bentuk hentaman yang penuh penghinaan. Sementelah terasa takut dengan butiran Fiqh Ad-Da'wa Wa Al-Baiyinat tentang urusan tuduhan dan pembuktian yang disyariatkan.
WaLlahu A'lam. Ini sekadar persepsi dan pandangan peribadi penulis. Tak mungkin penulis sentiasa 'betul' dalam semua perkara.
ISLAM SEMAKIN DIANCAM?
-
*ISU SAMBUT KRISMAS:PAS KECAM NGA MELAMPAU*
*MAJLIS FATUA BUAT APA APABILA*
* ISLAM DIPERSENDA?*
*CERITA ISLAM SEMAKIN DIPERSENDA*
* CERITA SUDAH LAMA*...
1 day ago
Rata-rata, yang mnyertai seni blog dalam dunia IT adalah penyokong? baru PAS. Usia baru setahun jagung dalam dunia politik Islam. Bawak2 lah mengaji dalam2. Peh tu barulah nak komen ape2. Jangan terikut2 budaya carut-marut. Walaupun perkataan busuk itu hanya terbit jari hujung jari, tetap ada dosa pahalanya. Jangan ingat bila tulis dalam internet, orang tak tahu kita yang tulis, Allah tetap mengetahui. Orang yang mencaci dalam internet ni pengecut sebenonye. Kalau kat luar bukan main alim dan manis mulutnya. Tapi bila tulis sorok-sorok, hati macam jadi busuk. Ingatlah.. setiap perkataan yang baik itu akan jadi dakwah. Ada pahalanya. Insyaallah.
celakalah org yg mengkritik yg memakai fikiran dan nafsu bukan bersandar hadith dan quran. Ulamak-ulamak dikutuk siang dan malam kerana berbeza pendapat dengan mereka. Sembahyang lima waktu pun tidak cukup. Ulamak sesat le, ulamak bangang ulama bodoh dah menjadi wirid kepada pengkritik dan penulis. Ingat sikit pada mati. Mati tu pasti. sebab kita ramai pengikut dalam dunia maya ni, kita boleh memaki dan mencarut pada ulamak.
Golongan profesional dah konfom dengan profesional mereka. Adakah golongan ulamak konfom dengan ulamak
mereka? Yang bermain di fikiran aku, ulamak digelar pewaris nabi. Persoalannya, apakah golongan yang perasan ulamak ini berjuang menegakkan/menghayati Islam sebagaimana nabi? Aku kira, perkataan 'ulamak' ini sedang dimanipulasi oleh golongan agamawan yang korup! Contoh termudah begini; orang islam yang meninggalkan sembahyang, puasa, berjudi dll tetapi tanpa malu2 masih mengaku beragama Islam! Golongan agamawan yang tugasnya sekadar memberi ceramah tetapi tanpa malu2 mengaku telah mencapai taraf ulamak! malunya! maafkan aku sahabat.
Apa yang aku selalu nampak golongan tersebutlah yang selalu menjulang penumbuk dan melaungkan takbir di majlis2. Masalahnya sejauh manakah ulamak2 PAS boleh mentarbiahkan mereka. Tuan Guru NA pernah berkata, kalau diisytiharkan jihat, ramai orang PAS yang masuk neraka.
DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!
http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html
DENGAN IZIN JUGA SAYA INGIN MEMBERI SEDIKIT KOMEN...SEDIH JUGAK MELIHAT PROPAGANDA UMNO SEDIKIT MENULAR KE DALAM PAS..DULU,MUTAMAR PAS LANGSUNG TAK DIBERI PERHATIAN,ADA DLM PAPER TAPI KAT CERUK HUJUNG SEKALI,TAPI KINI,TUMPUAN TERARAH DENGAN LIPUTAN SELURUH MEDIA..UNTUK ITU PERKARA HENTAM MENGHENTAM DIJAJA OLEH MEDIA BN..MENGGAMBARKAN BAHAWA PAS JUGA ADA TIKAN BELAKANG MCM UMNO...INGAT...PAS BUKAN MCM UMNO!!!UMNO ITU TERLALU BANYAK KOTORNYA! JGN TERLALU ASYIK DENGAN PEREBUTAN SESAMA KITA..MATLAMAT KITA HANCURKAN BN YANG DARI DULU MENINDAS RAKYAT!!JANGAN BAGI RUANG PADA MEDIA BN MEMANIPULASI FAKTA...DAH BYK KALI KITA DIANIAYA...BERSATULAH DENGAN JIWA YG MURNI DEMI NEGARA MALAYSIA DAN RAKYAT YANG MENYOKONG KITA...JGN BAGI RUANG PADA UMNO/BN!!!!
Dear Tun
Going by Elliot's Wave theory, it may be hypothesised that UMNO right now is moving up towards a much lower peak of corrective wave B (a knee-jerk reaction to TunDol's laughable rule?), after reaching the peak of wave 5 during your admin and later plunging down towards its nadir at the bottom of corrective wave A during the embarrassing short years of TunDol. But beware that after that low peak of wave B, there will be another trough of corrective wave C possibly during Najib's or his successor's time. It might even be the end of UMNO if Najib failed to bring about meaningful reforms. Otherwise it could be a shallow correction before the party starts to soar again in a new phase of waves 1, 3 and 5 towards new glorious pinnacles at the back of a resurgence in supports from the new generations of Malays who may be more resilient, more open yet deeply Islamic in outlook and thus incorruptible. The bitter lessons learned during the current malaise would be deeply engraved in their consciousness hence bringing about an almost revolutionary thought processes in their minds and a more vigorous physical actions which would enable Najib and/or his successor to succeed in the reformative efforts. UMNO has got to go thru all these painful periods and corrective processes in order not only to survive but also to regain its former glory. Now is also the time its enemies are doing their best to obstruct the renewal process at all possible junctures and if possible to bury UMNO for good. My take is that its all up to us Malays to do what we can and to undo what we must.
As an aside: as mentioned by other contributors, the nick of "pakpandir" is certainly apt for what he's written. Conversely, whats written by "ahmadumno" were certainly in direct contrast to the nick he'd so chosen. I would just like to say thats what were felt by the Malays who lost many loved ones during the intervening 17 days of oportunistic rule by "Bintang Tiga" is real and profound and it only hardened their almost universal loathing for chin peng and his CPM in particular and communism in general. Lets not second guess this enduring reality.
Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.
Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.
Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.
Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.
Sheikh, ke laut ke?
Mana perginya cyberboron ? Takut ke Umno agaknya.
Salam ramadan al mubarak
salam,
jeritan minda politik malaysia kini di www.duniacacamarba.blogspot.com
belajar dan mengkaji seni politik :-)
Klik Di Bawah :-
>>> Blog 1 Malaysia <<<
kadang-kadang dalam kegairahan menulis kita lupa perkara dosa dan pahala. membuat tuduhan demi tuduhan cercaan demi cercaan untuk melepaskan geram.
jadi kepada penulis-penulia blog yang suka sangat memfitnah dan mencerca samada kepada pimpinan PR atau pinpinan BN segeralah bertaubat. kalau dosa dengan manusia pergilah minta ampun.