Mandrem Bomoh Tersampuk Zambry

Ditulis berdasarkan rakaman video sidang media Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebelum membuat laporan polis terhadap YB Drs. Khalil Idham Lim berhubung isu BN guna bomoh untuk hadapi Sidang DUN 7 Mei.

Video sidang media ini disiarkan dalam laman web resmi BN Perak. Seratus peratus perkataan DS Zambry dalam rakaman video ini disalin semula sepenuhnya, termasuk pengulangan sebutan perkataan dan bunyi-bunyi bukan perkataan.

.... aaa Idham Lim aaa dalam aaa saya ingat itu adalah aaa laporan akhbar ya tadi ya? kalau aaa sidang akhbar yang dipanggil oleh beliau pagi tadi, aaa, begitu menjijikkan sekali. Yang memualkan. Yang langsung tidak ada prinsip. Orang atas prinsip-prinsip agama kononnya yang dipegang oleh beliau yang bergelar dirinya sebagai seorang ustaz, aaaa yang membuat tuduhan yang yang keterlaluan dan melampau, ya, yang terlalu hina sifatnya, yang sepatutnya tidak keluar daripada seorang yang bergelar yang yang berhormat, apatah lagi aaa yang aaa yang menggelarkan dirinya sebagai seorang ustaz, aaa bayangkan aaa beliau boleh mengeluarkan aaa tuduhan aaa demikian rupa yang saya anggap aaa adalah satu tindakan aaa yang terlalu terdesak di saat-saat aaa mereka sedang menghadapi aaa pelbagai aaa cabaran ya. Tapi kalau, kalau apa pun suasananya bukan ini caranya untuk untuk bertindak aaa ya aaa begitu aaa suka hati dia sahaja dan aaa saya anggap ini adalah satu tindakan aaa yang keterlaluan dan saya telah pun aaa mengarahkan untuk aaa pegawai saya dan saya akan aaa membuat laporan polis aaa kepada beliau dan saya akan mengambil tindakan-tindakan susulan aaa berasaskan kepada peraturan-peraturan undang-undang .... ## video dipotong di sini dan disambung semula dengan kenyataan berikut ##

.... tindakan yang dibuat oleh beliau ini adalah satu tindakan jahat aaa yang aaa cuba mengapi-apikan rakyat aaa untuk aaa membuat persiapan-persiapan dan meningkatkan lagi aaa kebencian rakyat aaa kepada aaa saya dan juga aaa kepada aaa Barisan Nasional, dan aaa perkara-perkara fitnah, penipuan-penipuan yang begini aaa tidak boleh kita biarkan aaa maka menjadi tanggungjawab saya pada hari ini untuk aaa saya mengambil tindakan-tindakan perlu kepada beliau dan aaa saya sebenarnya pun aaa sudah aaa banyak bersabar aaa dengan aaa ceramah-ceramah mereka yang saya dengar aaa walau pun begitu saya tidak mengambil tindakan-tindakan .... ## video dipotong di sini dan disambung semula dengan kenyataan berikut ##

.... Seperkara lagi ialah apabila aaa tindakan beliau cuba mengheret sama aaa nama aaa yang berbahagia Dato' Seri Mufti yang selama ini aaa juga mereka mereka hina aaa dan aaa cuba membawa beliau untuk turut aaa sama aaa dalam hal yang sebegini, jadi aaa saya akan mengambil tindakan, tindakan perlu aaa ke atas aaa beliau .... ## video dipotong di sini dan disambung semula dengan kenyataan berikut ##

.... saya pergi aaa saya pegi ke apanama aaa kerusi speaker dan bomohkan di tempat perasap kemiyan di kerusi bomoh Speaker ni, aaa ya, dan aaa dan ini mungkin you take it likely but for certain community, for certain community, especially for aaa this is quite serious, aaa you talk to malay, indian community, this matter aaa aaa quite aaa quite serious, aaa I do not know for the Chinese community, for me quite serious right? because how could aaa you know aaa Menteri Besar went to the ha ha, ha ha, you know, pergi ke kerusi Speaker aaa memperasap dan aaa try to aaa apanama dipanggil ni aaa untuk untuk aaa mendram aaa macam-macam la .... # tamat #
Ada 3 ulasan terhadap kenyataan MB coup de' tat ini.

#1 - DS Zamry marah sangat terhadap perbuatan fitnah. Ia dianggap perbuatan jijik, memualkan, keterlaluan, melampau, hina, jahat, tipu dan tindakan terdesak. Status ustaz yang ada pada Drs. Khalil Idham dijadikan faktor yang lebih besar untuk mensabitkan dahsyatnya jenayah fitnah yang konon dilakukannya.

Ulasan : DS Zambry dan UMNO perlu menoleh ke belakang sepanjang sejarah negara ini sejak wujud UMNO. Pemimpin dan ahli UMNO adalah Maharaja fitnah sepanjang zaman. PAS ekstremis, PAS menyokong keganasan, negara Islam PAS akan menghapuskan kebebasan beragama, PAS menentang pembangunan, PAS anti kemajuan, PAS mahu rakyat Malaysia terus mundur, PAS parti ajaran sesat, PAS menyelewengkan ajaran Islam, PAS perosak agama, Anwar meliwat, Anwar berzina, Anwar agen asing, Anwar agen Yahudi, Anwar agen Israel, Anwar agen Amerika, Anwar nak menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu, Anwar nak gadai hak dan maruah bangsa Melayu dan seribu satu macam lagi.

Bukti? Sepanjang memfitnah PAS, DSAI dan lain-lain parti atau pihak yang membangkang, UMNO tak pernah ada bukti. Kalau ada dua tiga bukti dikemukakan, semuanya bohong atau bukti yang direkacipta.

Bagi kes BN guna bomoh seperti yang dilaporkan, YB Drs. Khalil Idham bertegas ada bukti dan sanggup bekerjasama dengan pihak berkuasa yang mahu menyiasat sumber dan bukti amalan khurafat UMNO itu.

#2 - DS Zambry marah sangat kerana Drs. Khalil Idham dan sekelian penceramah PR mengapi-apikan rakyat supaya membencinya dan membenci Barisan Nasional.

Ulasan : Aduhai malang sungguh nasib rakyat negeri Perak kerana hanya manusia seperti ini yang dapat ditawarkan oleh UMNO untuk memimpin sebuah negeri. DS Zamry tiada upaya menilai keadaan di sekeliling bahkan yang terbentang di depan mata. Matanya tak dapat melihat. Akalnya tak dapat menilai bagaimana UMNO maha dahsyat mengapi-apikan rakyat supaya membenci seluruh pemimpin PR. UMNO melakukan segala macam kaedah untuk membangkitkan kebencian rakyat negeri Perak terhadap DS Nizar sejak hari pertama dia mengangkat sumpah sebagai MB kerajaan PR Perak. UMNO mencipta dan mengadun lagu boneka dan derhaka yang palsu dan tak bertamadun untuk mebangunkan kebencian rakyat terhadap DS Nizar sehingga ada yang sanggup melaungkan KILL NIZAR !!!

#3 - Kenapa bahasa seorang MB berterabur tak tentu hala? Terlalu banyak aaa dan aaa menyusuli setiap selepas dua tiga patah perkataan. Banyak kali juga aaa itu muncul selepas setiap satu perkataan berturut-turut hingga empat lima perkataan. Doktor Falsafah ini kerap tak menghabiskan ayat atau berhenti secara tergantung, kemudian memulakan ayat baru. Apakah tidak well prepared atau memang gagap atau susah menyusun ayat kerana akal nak menipu?

Kesian pada wartawan yang hadir sidang media itu. Mereka terpaksa menunggu habis ayat yang panjang lebar, tersangkut-sangkut dan berulang-ulang untuk point yang hanya sedikit.

Agak mengejutkan juga bila mendengar ayat Bahasa Inggeris seorang yang berkelulusan PhD luar negara :
" dan aaa dan ini mungkin you take it likely but for certain community, for certain community, especially for aaa this is quite serious, aaa you talk to malay, indian community, this matter aaa aaa quite aaa quite serious, aaa I do not know for the Chinese community, for me quite serious right? because how could aaa you know aaa Menteri Besar went to the ha ha, ha ha, you know, pergi ke kerusi Speaker aaa memperasap dan aaa try to aaa apanama dipanggil ni aaa untuk untuk aaa mendram aaa macam-macam la "

Comments :

19 comments to “Mandrem Bomoh Tersampuk Zambry”
soklan said...
on 

aaa kena aaa mandrem aaa dgn aaa bomoh aaa la aaa pulak aaa si aaa MBH aaa Zambry aaa ni...

wakakaka..

myMiGrasi said...
on 

buboh ler video tu sekali, dok cari tak jumpa2 la.. kat mana video tu?
Lawat http://mymigrasi.ning.com

mosabit said...
on 

dia ni aaa suka naanyi aa lagu aaa dangdut aaa
yang aaa bertajuk aaaa EH AH EH AH ...SENGGOL SENGGOLAN .....

yopOngge said...
on 

Jawapan Terhadap Tuduhan Anon 12.37(30.4.09) Terhadap Cyberboron

Walaupun agak lewat,saya terpanggil untuk respon kepada komen anon 12.37 (30.4.09) yang menghentam cyberboron dengan penuh emosi.Anon memberi persepsi kononnya PAS Beruas sedang bergolak dan berpecah-belah.Walhal pada ketika ini,keadaan PAS kawasan Beruas aman dan tenteram.Ianya dibuktikan apabila 4 jawatan utama kepimpinan kawasan tidak dipertandingkan di dalam Muktamar Tahunan Kawasan baru-baru ini.Itulah menifestasi kepada majlis penyatuan semula / silaturrahim dengan peluk salam di antara pimpinan kawasan dan cawangan yang diusahakan oleh Perhubungan Negeri kira-kira 6 bulan lalu.(mungkin anon pun ada dalam majlis tu)
Apa yang dapat diperhatikan komen-komen anon merupakan komen-komen dengar cakap semata-mata.Saya ingin mengulaskan berkaitan tuduhan beliau terhadap cyberboron yang merupakan tuduhan yang tidak bertanggungjawab,salah fakta dan lebih berat lagi merupakan satu fitnah.

1. Makan duit pendaftaran ahli.
Saya merupakan setiausaha PAS kawasan Beruas dari tahun 2001-2005.Dalam tempoh inilah tuduhan ini muncul.Cawangan yang dikatakan terbabit adalah Cawangan Paya Nibong,Ayer Tawar.(Mungkin anon sendiri pun tak tau cawangan mana yang dimaksudkannya).Namun pada hakikatnya ahli-ahli cawangan inilah antara yang awal menerima sijil keahlian PAS.Takkan dapat sijil kalau tak bayar yuran pendaftaran.

2. Boikot pilihanraya 2008.
Satu lagi tuduhan tanpa usul periksa.Untuk pengetahuan anon,cyberboron beralamat di Kg Sg Batu.Ianya terletak dalam DUN Pantai Remis.DUN Nga Kor Meng.Sila semak daftar pemilih.Dapat mana pulak jumlah 30 puluh orang yang boikot tu?Anon jadi polling agent ka?

3. Protes Pelantikan Penyelia DUN.
Ianya merupakan satu pandangan PAS Kawasan untuk perhatian negeri.Ianya satu amalan demokrasi yang sihat dan PAS Kawasan akan akur jika Perhubungan Negeri tidak menerima pandangan kawasan.Dalam menentukan calon untuk bertanding pun banyak kawasan yang berbalah.
Mengenai bahasa.Logikkah surat rasmi PAS Kawasan mempunyai bahasa yang kasar? Rasanya komen anon jauh lebih “hebat” lagi.

4. Kouta 5 Pencalonan.
Setiap kali pemilihan,cara inilah yang digunakan.Cuma jumlahnya bertukar-tukar dengan mengambilkira jumlah cawangan semasa.Tak betul la kalau anon kata Beruas hanya ada 15 cawangan saja sekarang ni.Sebenarnya PAS Kawasan Beruas mempunyai 26 cawangan.Namun 9 cawangan gagal mengadakan mesyuarat agung.Secara terus terang memang diakui ada team tertentu setiap kali pemilihan.Ianya merupakan lumrah di semua kawasan dan peringkat.Janganlah dipersalahkan kuota pulak kerana kumpulan anon tak dapat bertanding.Kalau cawangan-cawangan kumpulan anon berjaya mengadakan mesyuarat cawangan,nescaya lebih dari 5 pun boleh diperolehi.

Cukuplah setakat tu saja ulasan saya berkaitan dengan tuduhan anon terhadap cyberboron.Lalutannya yang lain tak perlulah diulas kerana ianya merupakan penyerlahan sikap dirinya sendiri.
Setiap manusia ada kelemahan dan kekuatan masing-masing.Hanya orang yang mempunyai dendam kesumat saja yang akan terus mengorek kelemahan orang lain.Sepatutnya kita mendoakan agar kelemahan anggota jemaah kita akan semakin berkurangan dan kekuatannya akan bertambah.
Akhirnya ingatan saya untuk kita semua. Janganlah semudahnya kita melabelkan seseorang itu dengan munafik atau kafir dan sebagainya.Kerana, jika sifat tersebut tiada pada seseorang itu,maka ianya akan terpalit kepada diri kita semula.

Anonymous said...
on 

Heei berapa banyak aaaa...aaaa...daa zambry. Ini bukan cobaan ini betul-betul la..kalau lu orang baik lu apa takut aaa.. Silkalang olang culi macam-macam ma...aaaa...culi ayam...culi amoy...culi buntut...culi kelusi...manyak susah niaga aaa..

golokperak said...
on 

aaaaaa anon tu bergiat diluar kawasan beruas,bila balik banyak songeh aaa lantak ke dia lah.Nak bergiat bila beruas dah ok ,manyak cantek aaaa lepeh tu dok aaa pekonon kat orang beruas kawasan dia lagi hebat.Di Beruas ramai juga ahli dibuang padang,depa ni memang banyak songgeh,kerja tak tau buat,aaa pekonon hebat aaa

Nostalgia abkk said...
on 

Aaa berapa banyak aaa dah.P.Ramlie dan Bujang Lapuk pun tak sebut banyak tu.
Orang kalau bersalah memang macam tulah cakap pun tak terus.

pemuda melayu said...
on 

alo Ami
hang jgn nak tegak benang basah la..kami yg Umno pun semua dah tau la perangai hisyam tu.. hangpa Pas konon , negara adil kooonon, peragh mabuk..jgn dok kata kat Umno la.. diri sendiri pun lagi teruk bikin malu..termasuk lah yg p mengaku setiausha PAS konon..hampa jawab lah nanti bila mati nanti.. kalu dia o.k knp org tak suka dia..buat malu company ja

Anonymous said...
on 

tak dak sapa dok kata kat umno aaih!, umno tu ok, yang tak ok tu hang sendiri pun tau. umno tu macam pokok, subuk, rendang boleh beteduh tapi kat ataih tu ada sarang tebuan dan sarang lebah, kerja do menyengat saja....hang kat bawah tu dapat hamapih sajaa!!!

WaLi KhAIR SuLaM said...
on 

tah bila negeri teman nak ada mb.................

Anonymous said...
on 

Cakap Inggeris macam M.Zain dalam Labu Labi.....

Anonymous said...
on 

Letih le aku baca berapa punya banyak aaa da.

Anonymous said...
on 

Oi, hangpa ingat lagi ka zam anak maiden? Aku rasa dia yang kata kat atas tu...

aaa punya aaa, aku takut nak baca perabih. Macam jampi la pulak... nanti kena rasuk.

gelong gajah said...
on 

Salam..pengkalan baru pas kalah 14 undi..semasa pru 12 jentera kelam kabut, mmg ada kumpulan pas yang tak beri kerjasama..malah ada ustaz di kalangan pimpinan cawangan tak mengundi kerana mendaftar di kaw lain..ada ke patut ?
jika kekusutan ini tak di lerai ..pru 13 nanti pasti Bn akan menang bergaya di kaw pengkalan baru..pas Beruas sila ambil perhatian..jgn asyik fikirkan puak sendiri..ingat yang akan mengundi kita adalah rakyat..kadang2 bila di perhatikan perangai pas beruas ni sama macam umno..ubah ler perangai jgn sampai kita di lupakan pada pru 13 nanti.

soklan said...
on 

cabaran ditolak la parpu!! pasal ko ni tak boleh pakai 1sen pun.

Anonymous said...
on 

MB WAS-WAS yang.. aaaa... alamak.. aaaa... sudah...aaa...terkena..aaa..tempias...aaaa..
mandrem nyer..aaa.. sendiri...aaa... sebab itu..aaa... dia...aaa...GA...aaa..GAP.. aaa... dan..aaa...GU...aaa...GUP!!!!

Kah..kah...kah..kah..!!!

bongek said...
on 

jgn takut brader2 sekalian, bomoh hindu pun dah main peranan, sivakumar akan diselamatkan, jin umno akan ditewaskan, jin hindu guna pedang gaban, habis bertebaran semua setan hehe

Anonymous said...
on 

Salam smua, PARPU OH GARPU MERAPU.. buat apa hang besungguh nak lawan isu MISTIK.. akai ada ka. Dulu Blog pakatan dah sahut cabaran blog UBN isu rakyat hg lupa ka? Hampa yg cabar demi rakyat kami sahut!! syarat LIVE!! Tapi sayg teloq jantan hampa xda langsung!!! ajak debat ym mcm budak2 chating pulak. Pasai JIN yg ni pulak teloq hampa terusik??? apa faedah pad rakyat?? kalau nak berpolitik sebarang isu ilmiah demi UMMAH (rakyat).. silakan... asik nak debat isu mistik,bontot membontot apa yg rakyat dapat?? hg bakal YB(konon2) la.. hg kena lah profesional. Aku kalau boleh nak fakta UMNO yg boleh bawak balik aku dlm saf UMNO.. Dlm hidup yg sementara ni aku(termasuk korang semua) kena fikir priority dlm hidup. Soal Agama No.1, barulah soal2 berikutnya..apakah dasar apakah perjuangan.. senang kita MENGUCAP SYAHADAH je WAJIB pecaya 5 rukun islam,6 rukun iman..(budak2 sng paham) rukun pun di susun mengikut priority.. rukun islam mengucap sampai haji(ada lak rukun dlm rukun-ranting). Rukun iman(ikut priority)pecaya pd Allah smpai qada dan qadar... Tgk lak pd dasar diri kita.. bila pcya pd kitab(Al-Quran) wajib lah kita pcya ia kalam Allah dan Pcya pd Nabi ikut utusan dia.. TERANG,JELAS lagi NYATA..hukum2 Allah wajib kita tegak!!! antara fakta(dalil)soheh yg kita mesti akur bukan fakta akal tapi fakta Al-Quran dan Hadis Nabi.. Bagi aku ni STEP 1(pertama). Cari siapa pendokong pada pelaksanaan ini. jgn pandang yg remeh temeh lagi(hal2 Dunia). STEP kedua:- Terlaksana atau tidak sebuah negara berpelembagaan mesti ada 2/3 majoriti. Soalnya siapa 2/3 majoriti yg menghalang pelaksanaan?? Sedangkan umat Islam malaysia 50/50. Disini lah peranan kita mengenai Islam 4 all.. Islam itu indah dan menyeluruh utk smua umat x kira bangsa n agama lain akan terjamin.(bc sejarah islam paham,angguk!)Yg menjadi tabiat ialah kemelayuan masyarakat islam. Sebagai contoh aku tegur member awat tak solat nanti di jilat api neraka!! 5 org mmber aku lagi pandang aku dibelakang kata aku ni radikal!!!keras!! APAKAH AKU RADIKAL??? BERBANDING ORG YG MENINGGALKAN SOLAT??? 1 sudut perspektif pandangan mereka. TAPI dari 1 sudut perspektif lagi siapa yg meninggalkan/menolak suruhan Allah mereka lah LEBIH RADIKAL. RADIKAL sebab umumnya umat islam tahu yg wajib dan yg x wajib. Soalnya WAJIBKAH kita melaksanakan hukum2 Allah? Ya wajib pada setiap org islam itu pada aku STEP 1(pertama). Mudah je budak2 punya ilmu pun korang x paham xtau le..kalau salah tolong tunjukkan..ya parpu. Jgn bnyak merapu hal priority kita ni. Hg nak tentang politik hg punya pasai le.. cukup umur undi Parti yg nak bangun dasar Islam ok. sebab yg mudah budak2 makin senang paham. kalau x suka kat suku skat mana pun yg penting dasar diri sendiri dlm selamat. Kunci syurga MENGUCAP.. kita xtau kita mati bila kerna ia adalah paling hampir dgn kita sbenarnya(ayat imam Ghazali). bawak keta baik2 pun org langgar.. jalan elok2 pun kena hempap. Mintak dijauhkan yg x baik. ok anak2 muda copy paste kat mana2 punya suka n kepala otak ok.

Cucu Panglima Bkt Gantang said...
on 

Jangan dok layan parpu kari tu. Tu kari dah masam... tp masih dok jual lg bg makan kat orang. Ingat parpu kari masam... kita semua hak Allah termasuk hang sendiri. Jgn dok angkuh sangat maklumlah UMNo dah perintah lebih 50 tahun... tu yg angkuh sangat tu smpi dah tak blh nak muhasabah diri. Sekali Allah cabut fius kat kepala hang tu baru hang tau harga diri hang. Tak bernilai langsung walau seduit. Bawak mengucap dan baca taawwuz serta fatihah dulu sebelum hang nak menulis blog hang. Mintak Allah beri petunjuk agar dpt menulis kebenaran bkn dr nafsu serakah hang. Aku yakin klu hang baca taawwuz dan fatihah serta bersyahadah sebelum menulis dan minta Allah ilhamkan ilmu yg baik pd hang, nescaya taklah hang tulis benda loklak dlm blog hang. Tp aku berkeyakinan hang tak buat lagu tu. Tu sbb hang menulis dr nafsu yg didampingi oleh syaitan yang direjam. Ini sekadar nasihat agar hang sedar diri. Kita ni semua makhluk Allah. Yang Maha Hebat tu Allah. Klu kita merancang, Allah lg Maha Hebat perancanganNya. Ingat pesan aku sekali lagi (utk diri aku gak)... baca taawwuz, fatihah dan syahadah sebelum menulis. Mohon pada Allah agar Allah memberikan ilham kebaikan dalam menulis dan dijauhi dari bisikan nafsu dan syaitan yg direjam. Ingat setiap tulisan hang akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak. Cuba bayang2kan hang akan mati lps baca komen aku ni.... agak2nya berani ke hang nak buat tulisan mengarut yg hang dok selalu buat tu. Cuba bayang2kan.

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini