Pelancaran Buku RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK



Buku RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK - DURJANA UMNO-BN dilancarkan dengan resminya oleh Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin di majlis Ceramah Perdana sempena Jamuan Kesyukuran Rakyat malam tadi.

Buku ini disusun oleh BloggersNetwork@Perak dan diterbitkan oleh Sekretariat Menangani Kemelut Politik Perak bersama Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Berikut ialah Kata Pengantar oleh YAB DS Nizar Jamaluddin;

BismiLlahirRahmanirRahim

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh.

Saya bersyukur ke hadhrat Allah SWT atas anugerahNya kepada saya dan seluruh pendukung perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini, khususnya di negeri Perak. Kita diuji dengan cabaran kejahatan dan kezaliman yang dahsyat. UMNO-Barisan Nasional meneruskan jatidiri songsang yang telah sebati dengan jiwa dan budaya mereka, demi agenda kuasa dan rompakan harta negara. Kita tidak sayugia membiarkan kezaliman mereka terus bermaharajalela.

Mudah-mudahan Allah SWT terus menganugerahkan kekuatan kepada kita semua.

Krisis perundangan, perlembagaan dan politik yang dicetuskan oleh UMNO-BN di negeri Perak merupakan lanjutan daripada rentetan pencabulan yang tergamak dilakukan oleh UMNO terhadap Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan yang menjadi Prinsip Rukun Negara.

Mereka menyalahgunakan ketiga-tiga cabang kuasa negara iaitu Legislative, Executive dan Judiciary untuk mempertahankan langkah sumbang dan amalan jijik yang dilakukan. Aliran maklumat dikekang supaya rakyat dapat terus ditipu. Mereka mengongkong media perdana elektronik dan cetak secara memutar belit fakta demi menghalalkan tindakan haram yang mereka lakukan.

UMNO menjayakan misi rampasan kuasa ini dengan segala macam tindakan yang haram disisi agama Islam. Mereka mengumpan rasuah wang dan seks, mengugut, menculik serta menipu Raja dan rakyat. Prinsip keadilan Islam telah dicabul dengan pemaksaan yang kotor terhadap institusi awam termasuk SPRM, SPR dan polis.

Tragedi yang berlaku di Perak adalah rompakan kuasa. Ia bukan peralihan kuasa yang biasa. Perlembagaan negara dan negeri telah dikoyak oleh UMNO-BN. Prinsip keadilan sejagat tidak mengizinkan rompakan ini. Seluruh masyarakat di dunia sedang mentertawakan amalan politik di negara kita akibat kegelojohan dan haloba UMNO-BN.

Kita wajib bangkit memperbetulkan keadaan. Tanahair tercinta ini perlu diselamatkan daripada perosak agama, bangsa dan kemanusiaan. Rakyat perlu difahamkan tentang krisis ini dengan maklumat yang benar secara berfakta. Mudah-mudahan fitnah rekaan UMNO-BN dapat ditangkis dan dikuburkan.

Saya amat menghargai usaha BloggersNetwork@Perak yang bersusah payah mengumpulkan fakta dan analisis berhubung krisis ini untuk tatapan dan penilaian rakyat negeri Perak dan warga Malaysia amnya. Tahniah kepada saudara-saudari MSK, Cyberboron, Topeng Perak, Sya-Reformis, Dugong Darat, Raden Banjar, Amurba, Cenangau, UmmiAnni, ManjungMari dan semua bloggers yang terlibat melahirkan dokumen yang amat bersejarah ini.

Saya doakan agar Allah SWT menganugerahkan ganjaran berlipat ganda kepada semua bloggers yang menghasilkan koleksi maklumat ini.


.........................................................
Mohammad Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan


____belian online di blog albanjari____

Baca Sepenuhnya..

Kemeriahan Jamuan Kesyukuran Rakyat & Ceramah Perdana

Jamuan Kesyukuran Rakyat meraikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRK059 Bukit Gantang berlangsung dengan penuh kemeriahan di Padang Tapak Expo, Simpang, Taiping petang semalam.

Majlis itu disusuli dengan ceramah perdana di Markaz PAS Bukit Cempedak, Bukit Gantang bermula pukul 9.00 malam. Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin hadir bersama keluarga dan menyampaikan ceramah di hadapan lima ribu hadirin. Turut menyampaikan ceramah ialah TG Hj. Abdul Hadi Awang, YB Dato' Ngeh Koh Ham, Ustaz Ahmad Awang dan YB Kesavan. Majlis ceramah dipengerusikan oleh Ustaz Misbahul Munir Masduki.






Baca Sepenuhnya..

Beruas Calonkan Nizar Naib Presiden PAS

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Beruas kali ke 45 yang berakhir sebentar tadi sebulat suara mencalonkan Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS dalam Muktamar PAS Pusat yang akan diadakan pada awal Jun nanti. Hj. Mohd Sabu dan Ustaz Nasharudin Mat Isa turut dicalonkan untuk mengisi dua lagi kerusi Naib Presiden.

Senarai penuh pencalonan oleh PAS Kawasan Beruas:

Presiden : TG Hj. Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden : Dato' Husam Musa
Naib Presiden : 1. DS Mohammad Nizar 2. Hj. Mohd Sabu 3. Ustaz Nasharudin Mat Isa
AJK : 1. Ustaz Hj. Ahmad Awang 2. Hj. Asmuni Awi 3. Dr. Khairuddin Abd Malik
(baki pencalonan AJK diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Kawasan untuk menentukannya)

Mesyuarat hari ini diresmikan oleh Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak iaitu Dr. Khairuddin Abdul Malik. 5 muka baru dipilih sebagai ahli jawatankuasa PAS Kawasan Beruas sessi 2009-2011 iaitu Hj. Jamaluddin Ibrahim, Mejar(B) Hj. Abu Bakar Hj. Yusoff, Hj. Sulaiman Ramli, Norasiken Hashim dan Hjh. Rohaya Abd Latif. 11 yang lain adalah penyandang sessi lalu.

6 jawatan dimenangi tanpa bertanding iaitu Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua, Naib Yang DiPertua dan Ketua Urusan Ulama'. 2 orang pemeriksa kira-kira sessi lalu iaitu Ghazali Abdul Kadir dan Mohd Radzi Abd Hamid memenangi pertandingan 10 penjuru.

Mesyuarat berjalan dengan lancar dan ditangguhkan pada pukul 2.07 petang.

Baca Sepenuhnya..

UMNO Tak Akan Berhenti Cabul Undang-Undang

Keputusan Mahkamah menidakkan keabsahan tindakan penggantungan 7 ADUN BN Perak oleh Speaker V. Sivakumar tidak mengejutkan. Ia telah dijangka seawal keputusan penggantungan itu dibuat oleh Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN pada 18 Februari lalu. Realiti politik Malaysia menunjukkan hampir mustahil keputusan mahkamah boleh berpihak kepada Pakatan Rakyat, apatah lagi dalam kes yang besar seperti semua kes berkaitan rampasan kuasa ini.

Kes saman DS Nizar terhadap Dr. Zambry yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi juga pada dasarnya berdepan dengan kemungkinan yang sama. Amat ajaib sekiranya keputusannya nanti berpihak kepada DS Nizar. Kalau DS Nizar menang, betullah Malaysia sudah berubah.

Ada yang bertanya, kalau dah tahu akan kalah di mahkamah, kenapa tindakan-tindakan mahkamah itu dibuat? Apa perlunya membuang masa dan wang memfailkan tuntutan di mahkamah sedangkan dah tahu akan kalah?

Ini jawabannya;

Pakatan Rakyat perlu mengambil tindakan undang-undang supaya UMNO tidak mengambil mudah untuk selama-lamanya mencabul perlembagaaan, undang-undang dan demokrasi.

Rakyat Malaysia perlu diajak memahami perlembagaan dan undang-undang. Langkah mengheret UMNO ke mahkamah boleh memangkin keprihatinan rakyat terhadap kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. Walau pun UMNO terus menang dengan mencabul mahkamah melalui pintu belakang dan tangan-tangan ghaib, rakyat akhirnya akan celik undang-undang sedikit demi sedikit.

Semua keputusan mahkamah berkaitan rampasan kuasa ini menjadi azimat yang sangat bermakna kepada Pakatan Rakyat. Penyokong PR semakin bersemangat untuk menguburkan BN. Apabila Mahkamah turut jadi parti komponen BN maka itu tandanya demokrasi sedang menuju ke pusara. Jika BN tidak dikuburkan, Malaysia akan jadi negara penyamun. Ketua penyamun ialah Perdana Menteri. Gerombolan penyamun utama ialah menteri dan timbalan menteri. Persatuan penyamun ialah parti komponen BN yang diketuai oleh UMNO sebagai parti penyamun utama.

Mahkamah membantu penyokong PR membenci UMNO untuk selama-lamanya. UMNO tak akan mampu lagi memujuk mereka dengan rasuah politik. Mahkamah juga telah menyempurnakan pengesahan status UMNO dan BN sebagai parti najis yang wajib dimuziumkan.

Dengan perkembangan ini, pemimpin Pakatan Rakyat tak perlu bimbangkan kesetiaan penyokong sedia ada. Kempen boleh difokuskan kepada penyokong UMNO kategori 'longgar' dan 'keliru'. Melalui pendekatan yang sesuai, adalah diyakini kelompok ini boleh beralih menyokong PR menjelang pilihanraya umum ke 13.

Sehingga kini UMNO masih berpegang teguh dengan prinsip politik Machiavelli dan protokol Zionist 1683 nombor 6 berkenaan 'cara menguasai rakyat' iaitu mengulangi pembohongan sehingga ia dipercayai sebagai benar. Malangnya UMNO gagal menyedari bahawa prinsip dan protokol itu dipraktikkan oleh Machiavelli dan Zionist secara bersama dengan prinsip dan protokol 'mengekalkan ilmu dan intelektual rakyat pada tahap yang rendah'.

Zionist berjaya meluaskan cengkaman mereka sepanjang 500 tahun kerana pembinaan intelektual yang hebat di kalangan mereka, bersama dengan pengekalan tahap intelek yang rendah di kalangan penduduk dunia. Apabila perkembangan ilmu berkembang pesat pada pertengahan abad ke 20, cengkaman Zionist telah sampai ke kemuncaknya. Suku terakhir abad itu menyaksikan kebangkitan kesedaran penduduk dunia menyanggah hegemoni Zionist berbekalkan ilmu yang tidak lagi dimonopoli oleh kelompok Zionist sahaja.

Politik Malaysia menjalani proses yang hampir sama. UMNO berjaya mengekalkan cengkaman politik sepanjang 50 tahun kerana majoriti rakyat cetek ilmu pengetahuan. Parti dan pertubuhan yang menentang UMNO gagal mendapat sokongan kerana rakyat mudah ditipu dan dirasuah oleh UMNO. Kebangkitan awal menentang UMNO hanya berlegar di institusi pengajian agama yang didokongi oleh ilmuan Islam. Gelombang kedua kebangkitan ini muncul di Institusi Pengajian Tinggi pada pertengahan tahun 70an dan memuncak pada pertengahan tahun 80an. Kedua-dua peringkat kebangkitan ini berkait langsung dengan faktor ilmu dan maklumat.

Hari ini UMNO masih mampu bertahan dengan baki penyokong yang cetek ilmu dan miskin maklumat. Majoriti rakyat yang berilmu dan celik maklumat telah pun meninggalkan UMNO. Kajian akademik di kampung-kampung Melayu membuktikan 80% penyokong setia UMNO ialah orang Melayu yang rendah IQ dan buta ICT. Kajian yang sama menunjukkan 70% orang Melayu berkelulusan STPM ke atas telah memilih PAS atau PKR. Jika Pakatan Rakyat dapat mencelikkan 10% penyokong UMNO sehingga mereka berilmu dan bermaklumat, adalah diyakini parti perkauman itu akan dipusarakan sebelum pilihanraya umum ke 14.

Baca Sepenuhnya..
 

Komen Pengunjung Terkini