Perhatian ! Perhatian! Teropong Undi!

Berikut adalah kedudukan menang/kalah semua peti undi dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang pada PRU12.

  • * M = menang
  • * MT = menang tipis
  • * KT = kalah tipis
  • * K = kalah
  • * m = majoriti
  • * pm = peratus majoriti
  1. Kamunting Station - K
  2. Ayer Puteh - M
  3. Simpang Halt - KT
  4. Jebong - K
  5. Kuala Sapetang - M
  6. Kampong Menteri - KT
  7. Matang Gelugor - K
  8. Sungai Limau - K
  9. Jalan Mangala - MT
  10. Kampong Jaha - K
  11. Sungai Mati - KT
  12. Bendang Siam - M
  13. Changkat Ibol - M
  14. Pengkalan Aor - M
  15. Simpang Lama - M
  16. Simpang Baru - M
  17. Jalan Simpang - M
  18. Kawasan JKR - M
  19. Larut Tin - KT
  20. Ayer Kuning - K
  21. Changkat Jering - M
  22. Jelutong - KT
  23. Bukit Gantang - M
  24. Kampong Cheh - M
  25. Kuala Trong -M
  26. Pasir Hitam Trong - KT
  27. Kampong Tebok Trong - M
  28. Trong - M
  29. Trong Barat - M
  30. Bukit Gantang Selatan - K
  31. Ayer Terjun - M
  32. Temelok - K
  33. Sungai Che Rahmat - K
  34. Permatang Raja - K
  35. Sungai Tinggi - K
  36. Padang Gajah - K
  37. Batu Hampar - MT
  38. Sungai Rotan - MT
M = 17 ... MT = 3 ... KT = 6 ... K = 12

Senarai peti undi kalah (majoriti lebih 10% berbanding jumlah undi dikira):

  • * PU 1. Kamunting Station - K (m: 291)(pm: 14%) ... DUN Kuala Sapetang
  • * PU 4. Jebong - K (m: 162)(pm: 13%) ... DUN Kuala Sapetang
  • * PU 7. Matang Gelugor - K (m: 48)(pm: 17%) ... DUN Kuala Sapetang
  • * PU 8. Sungai Limau - K (m: 98)(pm: 29%) ... DUN Kuala Sapetang
  • * PU 10. Kampong Jaha - K (m: 62)(pm: 28%) ... DUN Kuala Sapetang
  • * PU 20. Ayer Kuning - K (m: 358)(pm: 18%) ... DUN Changkat Jering
  • * PU 30. Bukit Gantang Selatan - K (m: 89)(pm: 14%) ... DUN Trong
  • * PU 32. Temelok - K (m: 178)(pm: 21%) ... DUN Trong
  • * PU 33. Sungai Che Rahmat - K (m: 28)(pm: 12%) ... DUN Trong
  • * PU 34. Permatang Raja - K (m: 228)(pm: 30%) ... DUN Trong
  • * PU 35. Sungai Tinggi - K (m: 310)(pm: 13%) ... DUN Trong
  • * PU 36. Padang Gajah - K (m: 111)(pm: 37%) ... DUN Trong
Senarai peti undi kalah tipis:

  • * PU 3. Simpang Halt - KT ... DUN Kuala Sapetang
  • * PU 6. Kampong Menteri - KT ... DUN Kuala Sapetang
  • * PU 11. Sungai Mati - KT ... DUN Kuala Sapetang
  • * PU 19. Larut Tin - KT ... DUN Changkat Jering
  • * PU 22. Jelutong - KT ... DUN Changkat Jering
  • * PU 26. Pasir Hitam Trong - KT ... DUN Trong
Sila ambil perhatian !!!

Baca Sepenuhnya..

Kisah Benar Di Belakang Pentas Bukit Gantang

Sepanjang dua hari (Isnin dan Selasa), pasukan khas Stesen Maya 1 mengunjungi 114 kedai, restoran dan bilik gerakan BN di kawasan Bukit Gantang dengan pelbagai penampilan (ala-UMNO, ala-PAS, ala-pelancong dan ala-pegawai kerajaan). 79 pengundi lelaki dan 52 pengundi wanita ditemubual secara bersahaja (tidak formal). Pecahan mengikut peringkat umur ialah 48 orang berusia lebih 55 tahun, 33 orang berusia antara 45 hingga 55 tahun, 21 orang berusia antara 30 hingga 45 tahun dan 29 orang berusia antara 21 hingga 30 tahun. Pecahan bangsa ialah 61 Melayu, 42 Cina dan 28 India.

Perincian hasil temubual itu tidak dapat didedahkan sepenuhnya. Berikut adalah butiran perbualan dengan beberapa responden yang ditemui.

1. Perbualan dengan seorang lelaki Cina berusia 63 tahun di sebuah restoran di Kuala Sepetang. Lelaki Cina ini bersarapan bersama 6 rakannya. Petugas tampil dengan gaya seorang kakitangan kerajaan yang berkaitan dengan industri perikanan.

Apabila ditanya "apek punya ingat aa ... ini kali punya undi, apa macam jadi aa?", lelaki Cina itu bersyarah panjang, bermula dengan katanya;

"Haiyyaa ... lu sindili bule tengok maa. Summa olang manyak ati panas wo. Ini balisan aa, butui talak gunna punya kaki. Manyak busuk. Lagi lagi mau tipu. Sikalang aa, olang bukan bodo."

Apabila ditanya "Apek ingat aa ... sepuloh olang dalam aa ... belapa olang buleh kasi sama bulan?", dijawab;

"Wa gelenti lu ... sapulo olang punya lalam aa, kolang-kolang tujo tintu kasi sama itu Nija. Itu apaa ... ma e aa, haiyya ... olang pun tak tau sama lia. Tapi aa ... bukan lia punya hat ... ini balisan punya hat. Balisan aa ... manyak busuk ... itu ma e pun aa ... kila sama busuk maaa."

"Olang Molayu aa ... wa tak tau apa macam cakap aa. Itu laja punya hat wa tak mau campo. Butui-butui aa, kita talak galo sama laja. Ini celita aa suuma balisan kasi pusin maa. Lia olang mau kasi cuci itu culi angkat nigli punya hat. Lia olang sula bikin talak baik aa ... belakang mau kasi olang cakap ini baik punya hat. Haiyya ... busuk punya kaki."

alih bunyi / alih tulis : sindili = sendiri, bule = boleh, summa = semua, olang = orang, manyak = banyak, ati = hati, balisan = barisan (nasional), butui = betul, talak = tak ada, sikalang = sekarang, bodo = bodoh, sapulo = sepuloh, lalam = dalam, kolang-kolang = sekurang-kurangnya, tujo = tujuh, tintu = tentu, kasi = bagi, Nija = Nizar, ma e = Mail (Ismail Saffian), lia = dia, hat = hal, Molayu = Melayu, laja = raja, campo = campur, galo = bergaduh, celita = cerita, pusin = pusing, culi = curi, nigli = negeri, sula = sudah.

2. Perbualan dengan seorang wanita Cina berusia 61 tahun di kedai peralatan dapur. Petugas tampil dengan gaya pelancong.

Apabila ditanya pandangannya tentang keadaan politik terkini di Bukit Gantang, wanita itu bertanya kembali;

"Lu mana mali? Bulan aa? Sama itu timmang punya olang wa tak mau cakap aa."

Petugas kemudiannya mengaku sebagai orang PAS, lalu bertanya lagi hal yang sama. Dijawab;

"Lu nyangan takut laa. Wa sama wa punya laki aa ... lagi sama wa punya anak ... wa punya anak punya mini ... summa pun kasi sama bulan aa."

"Dulu aa ... kita timmang punya olang. Wa punya laki aa, lagi timmang punya taikun maa. Itu jam aa ... waaaa ... suuma olang cina talak suka sama bulan. Maanyak takut. Sikalang olang cina sula tau maa. Itu bulan punya olang aa ... pun kita punya kawannnn. Lia talak kasi buang itu to'kong maa. Lia olang lagi manyak baik punya olang. Talak makan lui punya olang. Talak selupa itu timmang. Kali kali bikin kacau aa."

Sinni aa ... lagi satu lua olang ... lui punya pasai laa ... lia olang luluk sana timmang punya. Lain olang aa ... summa tintu kasi bulan maa!

alih bunyi / alih tulis (tambahan) : nyangan = jangan, laki = suami, mini = bini, timmang = timbang (dacing/BN), lui = duit, lua = dua, pasai = pasal, luluk = duduk.

3. Perbualan dengan seorang lelaki Cina berusia antara 45-50 tahun yang bertugas di bilik gerakan MCA (lokasi dirahsiakan). Petugas tampil dengan gaya seorang petugas UMNO.

Apabila ditanya tentang kecenderungan pengundi Cina dalam kawasan tanggungjawabnya, petugas bilik gerakan itu menjawab;

"Sussa mau cakap wo. Sini punya olang aa, lagi hantam sama wa. Wa punya alik lagi cakap wa bolo. Haiyya ... manyak sussa wo. Summa pun cina punya olang cakap ... amno aa ... selupa tong taik punya lalam."

"Lu nyangan mala sama wa aa. Wa cakap butui punya celita. Nanti wa cakap okey okey ... nanti undi jam aa ... talak okey, pun talak syok maa. Lagi baik wa awai-awai cakap ... butui-butui manyak teluk maa. Sini tempat aa, wa punya muka pun sula talak cantik ... pasai wa lagi mau sama lacing. Lu olang aa ... misti mau angkat melayu kasi manyak undi sama kita maa. Talak itu macam aa ... hampui aa."

alih bunyi / alih tulis (tambahan) : sussa = susah, hantam = hentam, alik = adik, bolo = bodoh, amno = UMNO, mala = marah, awai-awai = awal-awal, teluk = teruk, lacing = dacing (BN), hampui = mampus.

4. Perbualan dengan seorang lelaki Cina berusia 59 tahun, tuan punya kedai runcit yang diwarisi daripada bapanya. Petugas tampil dengan gaya pekerja swasta atau peniaga dari kawasan berdekatan.

Apabila ditanya parti politik yang disokong, lelaki Cina itu menjawab;

"Wa kilai punya olang ... talak syok mau cakap undi punya hat maa ... itu aa ... sindili punya mau laa ... lu mau bulan, angkat bulan aa ... lu mau biyen aa, lua angkat biyen aa. Wa punya kilai aa, summa olang pun bili. Talak kila lu loket aa, lu bulan aa, lu biyen aa."

Selepas petugas memberitahu seolah-olah menyokong UMNO tetapi masih berbelah bagi untuk mengundi mana-mana parti pada pilihanraya ini, tauke kedai itu menyambung;

"Wa talak pati punya olang. Tapi aa ... undi jam aa, wa tintu pi undi. Talak pi undi aa ... manyak lugi. Lu sindili tengok la, apa macam mau undi."

"Wa kali kali undi biyen. Tapi aa, wa ingat ini kali mau kasi sama bulan aa. Summa olang pun cakap ... itu Nija aa ... manyak pandai punya olang ... skola manyak tinggi ... lagi olang putih punya skola. Dulu jam aa ... olang cakap bulan punya olang selupa itu Osama. Tapi aa, ini bulan aa ... sama itu Nija aa ... bukan itu macam wo. Lia olang talak kacau olang maa. Summa pun bikin kawann."

Haiyya ... soli aa ... lu mau undi sapa ... lu undi laa. Itu tali wa cakap aa ... wa punya ingaat. Lu punya ingat ... wa tak tau maa ... soli soli."

alih bunyi / alih tulis (tambahan) : kilai = kedai, biyen = BN, bili = beli, loket = roket (DAP), pati = parti, lugi = rugi, skola = sekolah, soli = sorry, tali = tadi.

5. Perbualan dengan seorang wanita Melayu berusia pertengahan lima puluhan di perkarangan rumahnya. Petugas tampil dengan gaya pelancong yang datang mencari rumah kenalan di kampung itu. Di sekitar rumah wanita itu tiada satu pun bendera atau lambang parti.

Petugas memberi salam beberapa kali. Seketika kemudian muncul wanita itu sambil menjawab salam;

"Waalaikumussalam. Ha, apahai? Encik cari sapa? Encik ni mai hai mengundi ni ka?

Petugas menjawab, "Dak aih, saya cari rumah kawan saya _ _ _ _ _ _. Pak dia nama _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _. Dulu pernah mai dah, tapi lupa dah tang mana rumah dia."

Selepas wanita itu memberi gambaran kedudukan rumah yang dicari, petugas berkata, "Bendera merata jalan banyak sungguh makcik noo? Tang rumah makcik ni ja tak dak bendera."

Jawab wanita itu, "Tak payah bendera-bendera laaaah. Hari selasa besok pi mengundiii ... habih ceritaa."

Petugas bertanya, "Orang kut ni ni, agak-agak makcik bagi kat sapa?"

Jawab wanita itu, "Macam besa laa, hat bulan bagi kat bulan, hat dacing bagi kat dacing."

Petugas menyambung, "Kali ni ada sorang lagi, tak bulan tak dacing."

Wanita itu menambah, "Orang mana tak tau dia tuuh. Buat kacau daun ja. Tak dak sapa nak bagi kat dia aih."

Petugas segera bertanya, "Makcik ni orang apa?"

Jawab wanita itu, "Makcik ni tak dak masuk daftar mana-mana. Suami makcik pun seropa. Tapi kami undi bulan la kuut. Hat baik tu, baik la jugak. UMNO ada baik, PAS pun ada baik. Cuma kali ni lain macam sikit. Encik rasa macam mana? Kalau makcik ni, nampak gaya UMNO la ni loghat sangat pulak dah. Banyak sangat kelaku pelik. Pasai tu la yang orang tak berapa berkenan."

6. Perbualan dengan sekumpulan 6 orang pemuda berusia dua puluhan di sebuah restoran.

Catatan asal petugas:

Aku usyar dari jarak 200 meter ke arah bilik gerakan BN. Ada lebih kurang dua tiga puluh orang di bilik gerakan tu. Kalau tak salah penglihatan aku, separuh daripadanya pemuda. Selepas setengah jam, tiga buah motosikal keluar menuju ke arah Changkat Jering.

Aku ikut. Enam budak muda tu berhenti di restoran. Aku pun berhenti dan masuk duduk di sebelah meja pemuda-pemuda tu. Selesai separuh cawan teh tarik, aku menyapa budak-budak tu, "Mai mana? bertugas pilihanraya ka?" Sorang menjawab, "Kami orang sini. Tak dak bertugas apa-apa aih. Kami ni ronda pi ronda mai. Abang mai mana, jauh ka?" Aku jawab, "Nak pi tepen sat, ada hai sikit ... sapa boleh menang agak-agak ni?" Sorang lagi jawab, "Tak tau nak kata la abang oi, kami bukan reti sangat hai politik ni. Depa ajak lepak tempat barisan tu, kami lepak la. Pekena ayaq pekena kui lebih kurang. Silap haribulan dapat rimau sikit-sikit, beda tulong hantaq yang tu hantaq yang ni." (rimau = wang, tepen = Taiping, kui = kueh)

Aku tanya lagi, "Buleh mengundi dah ka ni?" Dijawab, "Hat tu sorang dak lagi. Lima ni semua buleh dah." Aku sambut, "Tang ni saja dah ada 5 undi BN." Dijawab, "Tak tentu lagi abang oi, dia ni (sambil tunjuk kepada seorang) kut pangkah BN, he he he. Kami empat cangok lagi ni ... belum tentu (sambil tersengeh)." Aku kata, "Hah ... lagu mana pulak?" Dijawab, "Yang tu hak masing-masing bang ... saya ni, pak pak penakan hat dok kolumpo nu dok cerita ... barisan ni mengarut banyak." Aku sambung, "Macam mana gaya yang pi duduk bilik gerakan barisan tu?" Dijawab, "Yang tu kampung punya hai abang, kita bekawan belaka. Lagi satu ... depa dok huloq, kami hayun laa. Undi, sapa tauuuu ... eh, abang ni orang apa?" Aku tersengeh jawab ... "Undi sapa tauuuuuuu!"

Baca Sepenuhnya..

Biar UMNO Dengan Labu-Labunya - Kita Terus Berdayung!

Hari ini aku membuat tinjauan di beberapa tempat dalam kawasan Bukit Gantang. Sepanjang hari ramai juga yang menghubungi melalui telefon memaklumkan perkembangan terkini di tempat masing-masing. Malam tadi aku tinjau dua majlis BN dan dua majlis PR. Akhir sekali aku hadir mendengar ceramah Zambry dan Ezam di dataran Bukit Gantang.

Hasil maklumat dan tinjauan itu, aku rasa terpanggil untuk mengulangi seruan aku pagi tadi - 31 Mac. Ramai di pihak kita yang yakin PR sedang mendahului BN dengan nisbah antara 53:47 hingga 55:45 (atau 23k+: 20k+ hingga 24k+ : 19k+).

Seorang kawan aku sempat berbual dengan bekas orang kuat PKR yang menyeberang ke dalam UMNO. Tokoh kecil yang dipanggil LNA itu enggan respon bila ditanya tentang nisbah kecenderungan pengundi terkini. Kata kawan aku tu, LNA seorang yang pasti bermegah kalau dia yakin. Maksudnya jika culaan pihak BN memang menunjukkan mereka sedang mendahului, LNA pasti mahu dan cepat menjawab soalan itu. Maknanya culaan BN sendiri menunjukkan PR sedang mendahului.

Namun begitu aku tak berminat untuk berasa lega dan terlebih yakin. Aku sendiri mendapat maklumat lain dari kem BN yang percaya mereka sedang mendahului dengan nisbah 65:35 (atau 28k+: 15k+). Mungkin nisbah itu tak menasabah atau cuma sebagai perang psychology untuk menggentarkan lawan dan menyuntik semangat kawan. Dari satu sudut bagus juga kiraan mereka itu. Biarkan mereka over-confident dalam keadaan kita terus bekerja.

Bagi aku, kita perlu realistik. Gerak kerja kita mesti diasaskan kepada angka dan penyenaraian yang sebenar. Tumpuan utama ialah pengundi kategori atas pagar.

pandangan aku dalam posting 31 Mac

Aku bangga dengan semangat petugas-petugas PR menghiasi bilik gerakan, tepi jalanraya dan semua tempat strategik dengan bendera dan lain-lain pengenalan parti. Panorama kehijauan dan biru muda itu ada kesannya kepada persepsi pengundi. Dari mata turun ke hati. Namun kita wajib akui bahawa dalam konteks pilihanraya di Malaysia, indah kibaran bendera bukanlah penyebab utama kemenangan.

Berdasarkan sejarah dan pengalaman, aku percaya kita perlu dekati pengundi secara individu. Inilah tugas utama dan paling mencabar. Ceramah boleh diteruskan. Rayu undi terang-terangan boleh diteruskan. Gantung banner boleh diteruskan. Edar poster dan risalah boleh diteruskan. Tetapi itu semua hanyalah pelengkap. Binaan utama untuk kemenangan masih pada penetration fikrah politik individu pengundi satu per satu.

pandangan aku dalam posting 31 Mac


Aku bersyukur kerana tinjauan aku mendapati BN masih kekal dengan pendekatan samseng dan memperbodohkan pengundi. Risalah dan ceramah mereka dipenuhi cemuhan dan cercaan terhadap Pakatan Rakyat. Kempen mereka menghasilkan tambahan penolakan terhadap BN oleh pengundi-pengundi setia Pakatan Rakyat dan sebahagian besar pengundi atas pagar. Alhamdulillah.

Pakatan Rakyat cuma perlu meningkatkan kualiti kemesraan dengan pengundi. Penyokong setia mestilah dihargai dengan cara yang jelas. Jangan lupa ulangi kata-kata dan tanda kita percaya undi mereka adalah untuk PR. Pengundi atas pagar mesti dihormati. Biar nampak nyata penghormatan kita terhadap mereka. Mereka bukan orang bodoh yang perlu diajar tetapi orang bijaksana yang kita harapkan penglibatan mereka.

Pandangan aku dalam posting 31 Mac

Duhai pemimpin dan rakan-rakanku sekelian. Mohon diberi perhatian akan perkara-perkara ini!


Baca Sepenuhnya..

SOROTAN KEMPEN BN vs PR

Setakat hari kedua, kempen masih berkisar kepada isu-isu pokok iaitu rampasan kuasa negeri Perak, derhaka, boneka, altantunya dan liwat. Selain itu BN turut cuba mencuit hati pengundi dengan isu anak tempatan lawan orang luar. PR pula meneruskan seruan kepada pengundi supaya menjadikan pilihanraya ini sebagai referendum rakyat berhubung rampasan kuasa.

Kedua-dua pihak rancak merayu undi dari rumah ke rumah dari pagi hingga petang. Majlis ceramah kelompok juga berlangsung di merata tempat pada waktu siang diikuti ceramah bersaiz besar pada waktu malam. Setakat ini kehadiran di majlis ceramah PR jauh mengatasi jumlah yang hadir di majlis BN. Ceramah Ezam Raja Kotak dan rakan-rakan kotaknya di Kg. Pak Darus hanya dihadiri tidak sampai 100 orang pendengar.

Ceramah Ezam dan Zambry di dataran Bukit Gantang sebentar tadi dapat sambutan lebih sedikit daripada semalam. Kira-kira 600 orang hadir termasuk yang diangkut dengan 3 buah bas. Ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan 400 meter daripada dataran itu dihadiri oleh jumlah yang hampir sama.

Zambry mengulas panjang dakwaan Nizar merampas majlis BN di masjid Simpang dua malam yang lepas. Tulisan DS Nizar di dalam blognya disanggah oleh Zambry. Walau bagaimana pun Zambry mengakui DS Nizar memang dijemput oleh imam masjid itu untuk mengimamkan solat Maghrib. Pengakuan itu berbeza dengan kenyataannya kepada media pada malam kejadian yang menyatakan DS Nizar masuk dan terus mengambil tempat sebagai imam.

Berhubung kenyataan DS Nizar bahawa Zambry bertindak memarahinya, Menteri Besar haram itu mengolah cerita bahawa dia memanggil DS Nizar dan memberikan nasihat secara sopan dan lemah lembut.

Selain itu, Zambry turut mengemukakan beberapa perbandingan untuk mengukuhkan tuduhan derhaka yang dilemparkan kepada DS Nizar dan Pakatan Rakyat sejak 5 Februari lalu. Menurutnya Sidang Pasir Dua Butir adalah kemuncak derhaka Nizar dan Pakatan Rakyat terhadap Tuanku Sultan.

Seterusnya Zambry membuat tuduhan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat juga mengamalkan rasuah semasa memegang kuasa tetapi enggan memberikan butiran tuduhan itu. "Kita tak mau la nak cerita benda tu" kata Zambry.

Ezam raja kotak menyampaikan ceramah dengan semua isu yang sama seperti semua ceramahnya sebelum ini. 90% ucapannya menyerang peribadi DS Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai chauvinist sehingga sanggup mengenepikan kepentingan bangsa demi cita-cita politik peribadi.

Raja kotak juga mengulangi cabaran demi cabaran terhadap DSAI berhubung isu kotak dokumen bukti rasuah yang dihebohkan sejak mula kembali kepada UMNO. Dia juga meneruskan ugutan "saya akan dedahkan ...", "saya akan dedahkan ..." dan "saya akan dedahkan ..." tetapi dokumen (buku) atau bukti yang mahu didedahkan itu tetap kabur dan dirahsiakan.

Sepanjang ucapan oleh 2 orang penceramah itu, 31 tuduhan dilemparkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat terutama DS Nizar dan DS Anwar. Malangnya tuduhan itu tidak disusuli dengan penjelasan atau bukti secara berfakta. Cara ini nyata bercanggah dengan kenyataan Pak Lah kelmarin yang menyebut BN berkempen secara berhemah dan tidak menuduh pihak lain.

Baca Sepenuhnya..
 

Komen Pengunjung Terkini