Biar UMNO Dengan Labu-Labunya - Kita Terus Berdayung!

Hari ini aku membuat tinjauan di beberapa tempat dalam kawasan Bukit Gantang. Sepanjang hari ramai juga yang menghubungi melalui telefon memaklumkan perkembangan terkini di tempat masing-masing. Malam tadi aku tinjau dua majlis BN dan dua majlis PR. Akhir sekali aku hadir mendengar ceramah Zambry dan Ezam di dataran Bukit Gantang.

Hasil maklumat dan tinjauan itu, aku rasa terpanggil untuk mengulangi seruan aku pagi tadi - 31 Mac. Ramai di pihak kita yang yakin PR sedang mendahului BN dengan nisbah antara 53:47 hingga 55:45 (atau 23k+: 20k+ hingga 24k+ : 19k+).

Seorang kawan aku sempat berbual dengan bekas orang kuat PKR yang menyeberang ke dalam UMNO. Tokoh kecil yang dipanggil LNA itu enggan respon bila ditanya tentang nisbah kecenderungan pengundi terkini. Kata kawan aku tu, LNA seorang yang pasti bermegah kalau dia yakin. Maksudnya jika culaan pihak BN memang menunjukkan mereka sedang mendahului, LNA pasti mahu dan cepat menjawab soalan itu. Maknanya culaan BN sendiri menunjukkan PR sedang mendahului.

Namun begitu aku tak berminat untuk berasa lega dan terlebih yakin. Aku sendiri mendapat maklumat lain dari kem BN yang percaya mereka sedang mendahului dengan nisbah 65:35 (atau 28k+: 15k+). Mungkin nisbah itu tak menasabah atau cuma sebagai perang psychology untuk menggentarkan lawan dan menyuntik semangat kawan. Dari satu sudut bagus juga kiraan mereka itu. Biarkan mereka over-confident dalam keadaan kita terus bekerja.

Bagi aku, kita perlu realistik. Gerak kerja kita mesti diasaskan kepada angka dan penyenaraian yang sebenar. Tumpuan utama ialah pengundi kategori atas pagar.

pandangan aku dalam posting 31 Mac

Aku bangga dengan semangat petugas-petugas PR menghiasi bilik gerakan, tepi jalanraya dan semua tempat strategik dengan bendera dan lain-lain pengenalan parti. Panorama kehijauan dan biru muda itu ada kesannya kepada persepsi pengundi. Dari mata turun ke hati. Namun kita wajib akui bahawa dalam konteks pilihanraya di Malaysia, indah kibaran bendera bukanlah penyebab utama kemenangan.

Berdasarkan sejarah dan pengalaman, aku percaya kita perlu dekati pengundi secara individu. Inilah tugas utama dan paling mencabar. Ceramah boleh diteruskan. Rayu undi terang-terangan boleh diteruskan. Gantung banner boleh diteruskan. Edar poster dan risalah boleh diteruskan. Tetapi itu semua hanyalah pelengkap. Binaan utama untuk kemenangan masih pada penetration fikrah politik individu pengundi satu per satu.

pandangan aku dalam posting 31 Mac


Aku bersyukur kerana tinjauan aku mendapati BN masih kekal dengan pendekatan samseng dan memperbodohkan pengundi. Risalah dan ceramah mereka dipenuhi cemuhan dan cercaan terhadap Pakatan Rakyat. Kempen mereka menghasilkan tambahan penolakan terhadap BN oleh pengundi-pengundi setia Pakatan Rakyat dan sebahagian besar pengundi atas pagar. Alhamdulillah.

Pakatan Rakyat cuma perlu meningkatkan kualiti kemesraan dengan pengundi. Penyokong setia mestilah dihargai dengan cara yang jelas. Jangan lupa ulangi kata-kata dan tanda kita percaya undi mereka adalah untuk PR. Pengundi atas pagar mesti dihormati. Biar nampak nyata penghormatan kita terhadap mereka. Mereka bukan orang bodoh yang perlu diajar tetapi orang bijaksana yang kita harapkan penglibatan mereka.

Pandangan aku dalam posting 31 Mac

Duhai pemimpin dan rakan-rakanku sekelian. Mohon diberi perhatian akan perkara-perkara ini!


Comments :

1
Unknown said...
on 

good reporting.

pls take a look at the pro-UMNO blogs. it's a shame. they are like samseng.

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini