Perhatian Untuk Pemimpin PR - Tanda Aras Dan Tanda Arah Politik Orang Melayu

Krisis Perak masuk ke fasa baru satu demi satu. Hari ini (11 Mei) satu lagi peristiwa penting akan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ramai menjangkakan keputusan akan berpihak kepada Zambry, UMNO dan BN. Kalau benar begitu, ia masih juga belum tamat. DS Nizar boleh failkan rayuan untuk dibicarakan semula. Dan rakyat akan tunggu lagi. Sidang lanun 7 Mei juga pasti akan ke mahkamah. Berpuluh saman boleh difailkan. Dalam cuaca kehakiman sekarang mungkin hampir tak ada apa yang boleh diharapkan daripada mahkamah. Tetapi PR tetap perlu membawa semua pencabulan UMNO-BN ke kamar mahkamah supaya parti lanun itu tidak dibiarkan bersenang lenang mencabul apa saja yang mereka suka.

Dalam ucapan pemimpin-pemimpin PR dan tulisan-tulisan di merata blog pro-PR nampaknya macam krisis yang berlaku ini memberikan keuntungan kepada PR. Semacam ada keyakinan besar bahawa rakyat semakin ramai bersimpati kepada PR. Malah ada yang memberitahu ramai penyokong UMNO-BN dah beralih menyokong PR. Benarkah begitu?

Pilihanraya kecil Bukit Gantang menunjukkan sokongan orang Melayu masih kekal seperti ketika pilihanraya umum Mac 2008. Penyokong PR kekal menyokong PR. Penyokong UMNO kekal menyokong UMNO. BN dapat tambahan undi di kawasan majoriti Melayu (80% ke atas). PR pun dapat tambahan undi di kawasan yang sama. Tetapi jumlah tambahan undi BN daripada pengundi Melayu itu lebih besar daripada jumlah tambahan undi Melayu kepada PR.

Kemenangan dengan majoriti lebih besar yang dicapai oleh PR pada PRK itu lebih disebabkan oleh pertambahan ketara undi bukan Melayu khususnya pengundi kaum Tionghua.

Dalam konteks Malaysia dan Pakatan Rakyat, pertambahan sokongan kaum Tionghua itu amat dialu-alukan. Malaysia adalah hak dan tanggungjawab semua kaum. Pakatan Rakyat adalah gerakan dan misi semua kaum. Tak ada salahnya PR menang di Bukit Gantang bersebabkan tambahan undi kaum Tionghua sebagai faktor utama.

Setelah sokongan kaum Tionghua mencecah kemuncak angka yang boleh dicapai, kini kelangsungan momentum kebangkitan rakyat ini bergantung kepada perolehan sokongan orang Melayu. Secara kasar, purata nisbah kecenderungan politik orang Melayu negeri Perak hari ini ialah 2:3 atau 40% PR berbanding 60% BN. Sekurang-kurangnya kedudukan nisbah PR:BN perlu dipacu sehingga mencapai 1:1 atau masing-masing 50%. Dengan nisbah minima 1:1 itu PR akan dapat meleraikan kebimbangan (tak berasas) orang Melayu tentang isu survival bangsa yang dimainkan oleh UMNO selama ini.

Perkembangan pemikiran politik orang Melayu sudah sampai ke titik penting dalam sejarah negara ini. Politik pak turut tanpa ilmu telah sampai ke peringkat tepu. Orang Melayu mula menilai dan menganalisis untuk menentukan sikap dan pendirian politik. Oleh sebab itulah PAS dan PKR semakin mendapat tempat di hati orang Melayu sejak penghujung tahun 90an sehingga pilihanraya umum tahun 2008.

Tetapi arus peralihan daripada UMNO kepada PAS dan PKR atau penyertaan warga tak berparti ke dalam dua parti bukan UMNO itu seolah-olah sudah sampai ke kemuncaknya. Pak turut tanpa fakta yang tetap mahu kekal sebagai pak turut masih mewakili kira-kira 50% daripada keseluruhan jumlah orang Melayu. Hanya kira-kira 40% orang Melayu yang terus yakin dengan keperluan menghentikan penguasaan UMNO-BN daripada kuasa mentadbir negara ini. Baki 10% orang Melayu masih tak nampak atau tak berminat dengan hal ehwal politik. Mereka tak mahu menyertai mana-mana parti atau tak mahu menetapkan sokongan kepada mana-mana parti bahkan mungkin tidak mengundi pun.

Dalam konteks orang Melayu, kini PR dan BN sedang berada di garisan sempadan yang sangat jelas tentang agihan sokongan. UMNO memiliki sebanyak ini. PAS atau PKR memiliki sebanyak itu. Di kampung-kampung Melayu, parti setiap individu boleh dinyatakan dengan mudah oleh semua orang. Itu orang PAS. Itu orang UMNO. Mati hidup balik pun si polan itu akan tetap dengan PAS. Yang UMNO pun sama. Seolah-olah saringan, tapisan, pembahagian dan proses fikir politik orang Melayu sudah selesai dan muktamad. Datanglah apa pun isu baru selepas ini, orang PAS tetap PAS dan orang UMNO tetap UMNO. Swing secara besar-besaran tak akan berlaku lagi.

Situasi ini menyebabkan semakin besar cabaran tugas penerangan dan pendekatan untuk meraih sokongan baru sama ada bagi PR atau BN. Bukannya mudah nak merobah pemikiran pak turut yang tak bersedia langsung membuka ruang mindanya. Bukannya mudah nak merobah pemikiran penyokong PR yang telah terbukti tahan diuji walau pun di sogok dengan pelbagai teknik propaganda, ugutan dan tawaran.

50% orang Melayu pak turut itu hampir pasti akan kekal menyokong UMNO-BN dalam PRU13. 40% hampir pasti tetap bersama PR. Medan pertarungan utama antara PR dan BN ialah di kelompok baki 10% orang Melayu yang kurang deria politik. Selain itu PR atau BN mungkin boleh mengubah pendirian antara 3 ke 5 peratus penyokong parti lawan yang kurang darjah kesetiaannya atau tahap fanatiknya.

Oleh itu jika mahu menang PR wajib objektif, fokus dan serius mendepani tugas yang mencabar ini. Dalam keadaan ini PR tidak sepatutnya mengharapkan keajaiban swing bersebabkan isu-isu besar peringkat nasional. Peringkat itu telah berlalu dan sukar untuk berlaku sekali lagi.

Langkah terbaik bagi PR hari ini ialah:

1. Menguruskan isu (sedia ada) dengan sempurna.

2. Mengukuhkan persefahaman dasar, organisasi dan jentera antara PAS-PKR-DAP.

3. Segera merumuskan strategi dan plan yang objektif dan praktikal.

4. Serius membangunkan budaya pengurusan dan budaya kerja yang komprehensif.

5. Memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah berdasarkan keutamaan.

Comments :

7 comments to “Perhatian Untuk Pemimpin PR - Tanda Aras Dan Tanda Arah Politik Orang Melayu”
nizar patut kalah said...
on 

kah kah kah
zambry mesti menang ! nizar pasti kalah!
takkan matematik darjah 1 pun hangpa tak tau?

28 vs 31, mana lagi banyak? budak PASTI pun pandai. kalau budak PASTI tak tau, memang cikgu dia pun bodo-bodo semua. kah kah kah.

tu la degil!

pinkturtle said...
on 

memang zamri menang pasal mahkamah ubn yang punya.............bangang punya orang

Anonymous said...
on 

Ape cite nizar patut kalah said...
on
May 11, 2009 2:51 PM


Keputusan mahkamah NIZAR SAH MB PERAK...

lah said...
on 

nizar mb yg sah-mah dah putuskan

hafiz said...
on 

kebenaran pasti muncul...kalo dah main jahat,jahat jua balasa dari NYA...Mamak zamry dah malu....

thatguy said...
on 

jgn terlalu yakin...aku dok takut sebab depa dok main lagi isu derhaka...isu speaker...ngan isu gila kuasa....pham2 je la..org2 melayu mudah lupa...

PR kena hati2...

bukit teluk sera said...
on 

salam. anon 2.51pm mungkin agak kurang asam cara, tetapi betul faktanya.

Hakim MT memutuskan DS Nizar MB yang sah berdasarkan fakta 4 Februari, iaitu 28PR vs 28BN (tanpa kehilangan majoriti) dengan 3Bebas. pada ketika itu, masa itu. rujuk sinimasalahnya selepas itu, dah tak macam tu. dah jadi 28PR vs (28BN + 3Bebas). Jika undi tidak percaya dibuat dalam sidang DUN lepas ni, sah confirm BN akan menang.

Fakta Dari Hakim Dato Abdul Aziz Abd Rahim:

1. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi Menteri Besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada Menteri Besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran).

2. Sultan Perak mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran.

3. Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini Menteri Besar boleh disingkirkan.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

walau bagaimanapun. masih ada satu cara.

sama-samalah kita berdoa kepada Allah Yang Maha Membolak-Balik hati para hamba-Nya, moga membuka hati Sultan Perak menerima sembah mengadap DS Nizar esok hari, memperkenan keputusan Mahkamah Tinggi dan memperkenan pembubaran DUN Perak. berdoalah sungguh-sungguh malam ini.

itu sahaja caranya. tiada cara lain. "tiada daya dan kekuatan melainkan Allah". Allahu Akbar!

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini