Keputusan Terkini PRK P059

11.15pm -

La haula wa la quwwata illa billah
. Tiadalah upaya dan tiadalah kekuatan melainkan dengan kehendak dan izinNya.


Qulillahumma malikal mulki tu'til mulka man tasya', wa tanzi'ul mulka mimman tasya', wa tu'izzuman tasya', wa tuzillu man tasya', biyadikal khair, innaka 'ala kulli syai in qadiir
.


Katakanlah olehmu (wahai Muhammad), ya Allah yang memiliki (segala) kekuasaan, Engkau berikan kuasa kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau mencabut kuasa daripada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau beri kemuliaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki, di sisi Engkau dan daripada Engkaulah segala kebaikan sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.


Malam ini Allah telah anugerahkan kemenangan kepada kita. Zahir kemenangan itu tertakluk kepada hukum sabab-musabbab ikhtiar kita selama dua bulan khususnya dua minggu terakhir. Hakikatnya kemenangan itu adalah kehendak, ketentuan dan izinNya semata-mata. Tidak bergoyang alis mata kita melainkan dengan kuasa dan keizinanNya. Maka kemenangan malam ini pasti milik Dia sepenuhnya.


Kita cuma menunaikan perintahNya. Mengerah upaya fikir dan laku manusiawi yang semua itu milikNya jua. Kita tidak berhak mengikat kemenangan ini pada kebijaksanaan dan kesungguhan diri kita yang bernama makhluk ini. Halus molekul kimia yang membentuk binaan darah lalu mengalir keluar masuk otak kita adalah hakNya dan tertakluk di bawah IlmuNya. Bijak kita, cuma rembesan IlmuNya yang Maha Mengetahui. Pantas kita, cuma cebisan nano dari Qudrah dan IradahNya yang dipinjamkan olehNya untuk menguji tawadhu' atau takbur hati kita.


Ayuh! serahkan kembali segala kesempurnaan penjana kemenangan ini kepada Tuan yang empunya iaitu Dia. Milik kita ialah silap dan lemah sepanjang menunaikan tanggungjawab mengusahakan kemenangan ini. Hak kita ialah kewajiban bersyukur dan kewajiban bermuhasabah mencari salah dan kurang diri sendiri. Selepas itu lakukan post-mortem secara kolektif untuk menjejak kekurangan dan kelemahan bersama. Langkah seterusnya ialah merumus tindakan menampung yang koyak dan menongkat yang senget. Post-mortem bukan medan menuding jari atau gelanggang memuja diri. Tuding jari dan puja diri adalah hak ekslusif laknatullah gerombolan 'azazil. Na'uzubillah!


Perjalanan kita masih panjang. Tugas kita tak pernah berkurang. Kelemahan kita masih banyak. Sama seperti rakan-rakan seperjuangan yang lain. Lebih kita, di sini. Kurang dia, di situ. Hebat dia, begitu. Lemah kita, begini. Kita bukan Nabi. Dia bukan Wali. Mari kita bina kasih sayang, hormat menghormati, saling membina, menginsafi diri, nasihat menasihati dan sentiasa sedar hanya Dia Zat Yang Maha Sempurna.


Alhamdulillah. Kita sujud syukur malam ini. Tahniah pejuang barisan hadapan. Tahniah pejuang barisan belakang. Tahniah pejuang besar. Tahniah pejuang kecil. Tahniah pejuang terhormat. Tahniah pejuang marhein. Tahniah pejuang berijazah. Tahniah pejuang sekolah atap. Sumbangan anda semua sangat bermakna!


Wassalamualaikum.


10.55pm -

KEPUTUSAN RESMI BUKIT SELAMBAU !

S Manikumar (PKR) 12,632
S Ganesan (MIC) 10,229

PKR MENANG dengan majoriti 2,403


TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA !!!!!!!!

10.44pm -

Penyokong PR bergerak meninggalkan Dewan Majlis Perbandaran Taiping dengan laungan kegembiraan. Sambutan berlangsung dengan aman kerana tiada penyokong BN kelihatan di setiap ceruk bandar ini. Pemandu kenderaan membunyikan hon sebagai tanda merayakan kemenangan Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin. Restoren dan gerai makanan dipenuhi penyokong PR.

10.03pm -

50,000 penyokong Pakatan Rakyat membanjiri Padang Esplanade berhampiran Dewan Majlis Perbandaran Taiping bersama-sama merayakan kemenangan bergaya Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin.

9.55pm -

RALAT (
photo yang di update pada 9.39pm adalah foto kecundang).


Ini foto pemenang sebenar!!!!!!!!!!!



9.39pm -


SAH DATO' SERI NIZAR MENANG !!!!!


9.27pm -

Pegawai Pengurus Pilihanraya Bukit Gantang akan mengumumkan keputusan pada bila-bila masa.

9.23pm -

KEPUTUSAN TAK RESMI

Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) : 21,860
Ismail Saffian (BN-UMNO) : 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Bebas) : 62

Majoriti - 2,789 (2008 : majoriti 1,566)

9.19pm -

updated 10.13pm - Bukit Selambau

PKR : 11157

BN : 9390
BEBAS : 1762
MAJORITI : 1186


Berita asal 9.19pm - Calon PKR, S. Manikumar menang di Bukit Selambau dengan majoriti 2,396.

9.06pm -

HANYA KEPUTUSAN LIMA SALURAN SAHAJA BELUM DITERIMA.

DATO' SERI IR. HJ. MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN MEMENANGI KERUSI PARLIMEN BUKIT GANTANG DENGAN MAJORITI 3283.

KEPUTUSAN 5 PETI UNDI YANG AKAN MENYUSUL TIDAK AKAN MENGUBAH KEDUDUKAN.

AHLI PARLIMEN P059 BUKIT GANTANG = DATO' SERI IR. HJ. MOHAMMAD NIZAR !!


9.01pm -

Tidak resmi !!!
Pakatan Rakyat menang dengan majoriti 4127 undi.

(untuk keputusan resmi sila tunggu pengumuman dari SPR )



8.55pm -

Pimpinan Pakatan Rakyat bergerak dari Bilik Gerakan Utama PRK059 ke Dewan MPT. 15 ribu penyokong PR (tak termasuk polis dan FRU) bersiap meraikan kemenangan.

8.51pm -

PAS : 20929
BN : 17646
BEBAS : 60
ROSAK : 345
MAJORITI : 3283
JUMLAH SALURAN MENANG : 57
JUMLAH UPU MENANG : 16


8.49pm -

SEMUA MENTERI BN BERANGKAT PULANG KE PUTRA JAYA.

BERSOPANLAH DI JALANRAYA.

JANGAN BIARKAN KEPULANGAN ANDA DISAMBUT DENGAN AIR MATA!

8.46pm -

Tidak resmi !!!
PAS20929 / BN17646 ..... (+/-) 3283

8.40pm -

PAS : 20021
BN : 17076
BEBAS : 56
ROSAK : 318
MAJORITI : 2945
JUMLAH SALURAN MENANG : 57
JUMLAH UPU MENANG : 16


8.37pm -

Tidak resmi !!! ....
keputusan 96 daripada 111 saluran mengundi telah diketahui. PAS mendahului BN dengan majoriti 3022. Hanya keputusan 5 saluran belum dapat disahkan.

8.30pm -

PAS : 18559
BN : 16010
BEBAS : 54
ROSAK : 296
MAJORITI : 2549
JUMLAH SALURAN MENANG : 51
JUMLAH UPU MENANG : 15


8.16pm - Padang berhampiran pusat penjumlahan undi (Dewan Majlis Perbandaran Taiping) dibanjiri oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Penyokong BN telah meninggalkan padang dan dewan. Helikopter polis berlegar di ruang udara.

8.08pm -

PAS : 17427
BN :15001
BEBAS : 46
ROSAK : 256
MAJORITI : 2426
JUMLAH SALURAN MENANG : 48
JUMLAH UPU MENANG : 15


7.54pm -

PAS : 16316
BN :14061
BEBAS : 40
ROSAK : 231
MAJORITI : 2255
JUMLAH SALURAN MENANG : 44
JUMLAH UPU MENANG : 15


7.49pm -

PAS : 15498
BN :13228
BEBAS : 33
ROSAK : 211
MAJORITI : 2270
JUMLAH SALURAN MENANG : 41
JUMLAH UPU MENANG : 13


7.43pm -

PAS : 14720
BN :12143
BEBAS : 32
ROSAK : 192
MAJORITI : 2577
JUMLAH SALURAN MENANG : 41
JUMLAH UPU MENANG : 13


7.39pm
-
49% undi dikira, PAS mendahului dengan kelebihan 2577 undi.

7.37pm -

PAS : 14482
BN :11925
BEBAS : 32
ROSAK : 172
MAJORITI : 2557
JUMLAH SALURAN MENANG : 41
JUMLAH UPU MENANG : 13


7.36pm -
48% undi dikira, PAS mendahului dengan kelebihan 2514 undi.

7.30pm -

PAS : 13327

BN :10936

BEBAS : 31

ROSAK : 151
MAJORITI : 2391
JUMLAH SALURAN MENANG : 39
JUMLAH UPU MENANG : 12


7.24pm - 44% undi dikira, PAS mendahului dengan kelebihan 2391 undi.

7.22pm -
40% undi dikira, PAS mendahului dengan kelebihan 2471 undi.

7.20pm - Maklumat Daripada MAFREL - PAS menang majoriti lebih 5000 di Bukit Gantang, PKR menang majoriti 500 di Bukit Selambau, BN menang majoriti 1500 di Batang Ai

7.18pm -
35% undi dikira, PAS mendahului dengan kelebihan 2543 undi.

7.15pm -
34% undi dikira, PAS mendahului dengan kelebihan 2495 undi.

7.12pm -
32% undi dikira, PAS mendahului dengan kelebihan 2244 undi.

7.07pm -
29% undi dikira, PAS mendahului dengan kelebihan 2426 undi.




Comments :

27 comments to “Keputusan Terkini PRK P059”
Anonymous said...
on 

Hancur UMNO!!!!

pemanduteksi said...
on 

kalau ada Menteri2 BN nak mampus kat jalanraya semasa balik Putrajaya pun apa salahnya...dialu-alukan.! Boleh buat PRK lagi..!!

Anonymous said...
on 

UMNO owg xmau dah.haha

Anonymous said...
on 

UMNO dah lama dah!

Anonymous said...
on 

umno tetap parti keramat

Anonymous said...
on 

kepada pemandu teksi,hang memang stedy..kalau ang jd drebar lagi klia..hang serondoi ja lori trela mana2.bleh wat PRK lagi.ngeh3

Anonymous said...
on 

kt bkt selambau hindu PKR nsem lagi dr hindu BN..sebab tu mng.haha kpd ganesan blk pakai krim shurah noh.beli 1 kontena noh ampa tak kena cukai

Anonymous said...
on 

bangsat SPR!

Anonymous said...
on 

TAKBIR! ALLAHUAKBAR! kpd puak2 AMENO insaflah...keluarla barisan..meh pakat masuk Bulatan! kami warga PAS mengalu-alukan....wassalam

-pemuda PAS Indera Mahkota

Anonymous said...
on 

Bro,pehal pulak bangsat ni?mcm ni ka sahsiah penyokong UMNO?

Anonymous said...
on 

kepada penyokng UMNO tahniah kerna menang di batang air walaupun ceme ja.orang sarawak tak reti internet.hanya terdedah dengan media perdana yang memaparkan UMNO terlalulah baik.waktu PRK buat buat la msk kampung

mobiyus said...
on 

Tahniah atas Kemenangan ini , Usaha dan curahan titik peluh yg murni dan titisan peluh jg jatuh dimuka bumi Allah akan di balas dengan hembusan murni dari Ilahi , Usaha kepada Nya pasti dijanji saham Akhirat nanti , Oleh itu teruskan perjuangan kepada Agama Allah dan nas-nas Quran jadi ikutan , kemenangan ini adalah jati diri yg sangat hebat kepada golongan anak muda ( seperti kemenangan Kuala Terengganu , Takbir !!! ),generasi pelapis harapan Agama dan Malaysian . "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong" (Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2)

Anonymous said...
on 

Takbir!!!

YB Nizar dah buktikan, pemimpin mana yang dikasihi rakyat sebenarnya!

Takbir

Anonymous said...
on 

100% setuju dgn mobiyus
tahniah dan terima kasih kpd semua petugas PAS samaada secara langsung atau tdk langsung! anda adalah Perwira Islam! Allahuakbar!

Na'im Nikmat said...
on 

Kemenangan Pakatan Rakyat pada dua pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau membuktikan bahawasanya kesedaran rakyat untuk menolak UMNO/BN telah berada ditahap yang tertinggi. Keputusan ini telah membuktikan bahawasanya rakyat tidak pernah memberi restu pada politik kotor UMNO/BN.Kemenangan ini juga membuktikan yang rakyat Perak membantah sekeras-kerasnya rampasan kuasa haram UMNO/BN terhadap kerajaaan pilihan rakyat negeri Perak yang dipimpin oleh Datuk Seri IR Hj.Nizar Jamaluddin. Slogan UMNO "Mohon Restu Rakyat" nampaknya ditolak sekeras-kerasnya oleh rakyat-rakyat Negeri Perak ini kerana rakyat tidak pernah dan tidak akan sesekali memberi restu kepada politik kotor UMNO/BN. UMNO/BN harus menerima hakikat penolakan rakyat menerusi Pilihanraya kecil ini. Propaganda dan dakyah-dakyah kotor yang mereka jaja akhirnya memakan diri mereka sendiri. Dengan ini laungan Takbir!!! Reforfamasi!!! Makkal Sakthi!!! bergema lagi menandakan Kuasa Rakyat telah menghukum mereka, ALHAMDULILLAH ini semua terjadi dengan izin ALLAH ALLAHUAKBAR!!!!!

Anonymous said...
on 

sahabat2 sekalian jgn lupa ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kpd semua blogger2 yg menyampaikan maklumat dan fakta setiap masa! kepada semua Blogger2 PR jasa anda kami kenang hingga ke akhir hayat! teruskan tugas murni anda!Allahuakbar!

-pemuda PAS Indera Mahkota

Anonymous said...
on 

pulun pas pulunn...PAS KINI DAN SELAMANYAAA..

Anonymous said...
on 

Alhamdulillah,,,tahniah kepada semua...blogger yg main peranan. Perang saraf dan pendekatan yg terbaik...... menyalurkan maklumat.. begitu profesional mengatasi "kununnya" arus perdana... teruskan usaha murni......kejayaan telah Allah janjikan kepada yang ikhlas.

Anonymous said...
on 

tahniah....atas semua,..untuk amk pahang...tahniah dengan semangat kalian....reformasi..reformasi...reformasi....

puteri qoris..
phg

Rakyat hmdiah said...
on 

/Kepada YAB Nizar....
Anda adalah pemenang.
Rakyat yang memenangkan. Usaha terus untuk memenangi hati rakyat-rakyat yang karat umnonya. Pasti boleh.Semangat kemenangan ini telah meresap masuk ke segenap urat saraf pencinta-pencinta keadilan, keikhlasan dan ketelusan.

Anonymous said...
on 

BN kutuk...umno dulu boleh la pakai...
sekarang..harammmmmmm.......hancur BN!!!!!
TAKBIR!!!!!!ALLAHUAKBAR

Anonymous said...
on 

mannnnnaaa parpukari!!!!!!!!!!!

Te@M IT said...
on 

Tahniah dan terima kasih kpd semua petugas PAS, PKR n DAP dr seluruh negara...
Hanya ALLAh yg mampu mmbalas segala usaha baik ini

bourgernvilla said...
on 

Alhamdulillah , Allah telah memenangkan kita , menteri besar Perak Zamri tentu faham maksud rakyat Perak

cyberboron said...
on 

Tuan RAJAWALI anak Kelantan di perantauan, dah 19 tahun PAS pikul mandat rakyat Kelantan, tapi tak jadi Singapore atau Hong Kong pun.

Hong Kong tak pernah ada sangkut paut dengan Melayu atau Islam.

Singapore memang ada kena mengena. Melayu hilang ketuanan di Singapore bukan akibat pakatan PAS dan DAP.

Melayu mengecut di Singapore di waktu UMNO menguruskannya. Bila bukan Melayu diramaikan di situ dan dibiarkan menguasai ekonomi dan hartanah, maka terpinggirlah Melayu.

Kuasa parti apa yang memberi laluan kepada bukan Melayu menguasai Singapore? Kebijaksanaan parti apa yang membiarkan bukan Melayu menguasai tanah, hartanah dan ekonomi Singapore?

PAS kah? no no no no no !

Jawabnya .... UMNO UMNO UMNO UMNO UMNO !!!!

Akhirnya UMNO jual Singapore kepada Kuan Yew.

ummi said...
on 

Buat pemimpin di setiap lapisan hiraki,pendokong dan penyokong pas di setiap peringkat usia... ambillah catatan 1145pm sebagai renungan untuk muhasabah diri..biarpun kelihatan sedikit tapi hakikatnya ia mempunyai signifikasi yang besar dalam iltizam kita terhadap jamaah serta kepatuhan kita kepadd Rabbuljalil.

Lapangkan dada untuk menerima teguran yang membina positifkan minda dan terima kenyataan bahawa setiap kejayaan yang dikecapi dalam perjuangan ini adalah dengan izin Allah..hasil kerja keras setiap lapisan penyokong hatta doa dan understanding anak isteri atau suami yang tidak dapat turun ke medan secara langsung.

Andai masih ada tembok antara sesama kita,maka runtuhkan agar tiada ruang untuk perpecahan. Jadikan perbezaan pendapat sebagai pintu ke arah kecemerlangan.

Hidup suburkan husnuzzan agar ukhuwwah sentiasa harmonis..hasilnya segala kerja insyaAllah akan lebih lancar dan lebih cemerlang.

Sisihkan kepentingan diri dari tempat yang paling atas agar kita bukanlah nanti dari golongan al musaqqitun anitthoriq.

Mabruk buat yb hj.Nizar dan mabruk juga buat para bloggers yang berterusan berkerja biarpun dalam keadaan yang serba kurang fasilitas.. teruskan kecemerlangan kerja kalian dengan ikhlas kerana bukan semua orang mampu melakukan apa yang kalian buat..kalian insan terpilih.

hjbard said...
on 

Salam, teringat dulu2... time ustaz lawan jadi calon... ana pun kerja tolong anta... x menang... ada hikmahnya... patut la x nampak anta... dah jadi blogger.... ana kerja di sg bembam... n051 pasir panjang punya team... x pernah jumpa...
kereta ana depa tolak masuk parit... hantu dari Ipoh timor... jaga hantu dari rembau.... dari hjbard manjung

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini