BLOGGERS PEJUANG VS BLOGGERS UPAHAN

Aku tumpang simpati pada wak raden banjar, pengendali albanjari online. Wak ambil langkah terpuji lancarkan rayuan sumbangan untuk dana bloggersnetwork@perak. Ketumbukan bloggers pimpinan primamaya MSK dah 7 minggu berkampung kat Ipoh. Kecil atau besar peranan team ini, aku tak tau nak hukumkan. Yang aku nampak, mereka ini pejuang. Ke hulu ke hilir menyempurnakan tugasan yang diamanahkan oleh Pakatan Rakyat dan tugasan yang dirancang oleh bloggers sendiri. Team ini mengumpul maklumat, mengolah maklumat, menyalurkan maklumat dan mendokumenkannya untuk kegunaan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Masing-masing datang dengan kerelaan sendiri. Tak ada upah yang dijanjikan. Tidak disediakan apa-apa peralatan atau kelengkapan. Tak ada tilam bantal dan katil. Tak ada elaun. Tapi alhamdulillah, setakat ini belum lagi kebuluran. Makan minum tetap ada. Kadang-kadang tak tau siapa yang bagi. Ada juga yang menghulurkan RM sekali sekala. Terima kasih daun keladi.

Di peringkat awal melaksanakan tanggungjawab ini, khabarnya ada rakan yang bagi pinjam sedikit wang untuk kos petrol perjalanan team rakaman video yang setiap hari menyertai road show MB ke merata ceruk negeri Perak. Hutang itu dah dibayar balik. Selesai.

Tabik spring untuk MSK, sya & topeng perak yang tetap turun ke gelanggang walau di mana saja dan tak kira ada fulus atau tak ada. Ketika nak turun ke Pulau Pangkor, aku diberitahu team ini hanya ada rm100. Itulah duit petrol. Itulah tambang feri. Itulah juga duit makan sepanjang hari bermula dari subuh sampai tengah malam. Bukan seorang tapi tiga!

Tu belum kira keperluan peralatan. Modem untuk broadband, video camera, memory card, pc yang power lebih sikit untuk video editing, server untuk online tv, macam-macam sofware, buku-buku rujukan dan macam-macam lagi.

Nak minta duit kat DAP, PKR atau PAS, malu pulak! Masing-masing dah lalui pengalaman buat kerja untuk parti tanpa upah dan tak mintak duit pun untuk modal kerja. Kalau perlukan peralatan, angkut sendiri punya atau pinjam kat kawan-kawan. Tapi kali ini lain sikit keadaannya. Kos makan minum, perjalanan dan peralatan-peralatan khas untuk tugasan yang besar, banyak dan perlu disegerakan, bukannya kecil. Namun setakat ini digagahkanlah juga sedaya yang mungkin.

Barangkali dek kerana simpati dan rasa tanggungjawab agar bloggers team ini dapat terus berperanan maka wak raden banjar lancarkan dana bloggers itu. Syabas wak!

Sebaik saja wak melancarkan dana itu, muncullah blogger upahan UMNO si panglima perang cyber memberi komen ini;

Blogger Panglima Perang Cyber said...

Tak ada duit lepas Nizar jatuh ke ?

Moga dimurahkan rezeki.

Cuma kalau buat kerja tak baik seperti cerita keburukan dan fitnah orang tentu jadi tak murah rezeki.

Sebab Pemberi Rezeki marah !!!!

Tandanya ? ramai orang marah !!!

Nak dakwah Islam jangan buat orang marah.

Kena pujuk dengan lembut.

Nabi diperingatkan agar jangan bersikap keras dengan orang kafir quraisy.

Apatah lagi dengan orang Islam...

pandangan 5 sen saya...

March 16, 2009 10:43 AM

Bagi aku, nilai komen si UMNO ni bukannya 5 sen macam yang dia sendiri mengaku tu. Sebenarnya, tak ada nilai langsung! Mereka keliru, hasad, sakit hati, tak faham, menafikan realiti, semberono dan sentiasa menganggap orang lain sama perangai macam mereka.

Keliru #1

Panglima perang cyber (PPC) menganggap orang PR termasuk bloggers ada banyak duit waktu PR berkuasa di Perak. Bila kuasa hilang maka duit pun hilang juga. Sebenarnya inilah aqidah politik UMNO. Ada kuasa - ada duit. Tak ada kuasa - tak ada duit. UMNO memang menggunakan kuasa untuk buat duit. Yang berebut-rebut jawatan dari cawangan sampai ke pusat tu, tak ada lain matlamatnya melainkan duitlah jua. Dek kerana budaya politik UMNO begitu, maka mereka menganggap orang parti lain pun sama.

Aku tahu kisah MSK. Waktu nak bentuk bloggersnetwork@perak hari tu, MSK sekadar ada kemahuan dan semangat. Duit habuk pun tarak. Kos konvensyen teh tarik kat kluang cafe tu ialah rm600. MSK bagi deposit rm300. Ketika program dah berjalan, baki dalam poket MSK hanya ada rm150. Kalau tak ada yang tolong top-up sebelum teh tarik habis dihirup, MSK mungkin kena cuci pinggan kat dapur kluang cafe selama dua minggu. Tapi, alhadulillah beberapa bloggers yang hadir bersalam dengan MSK dengan tangan berisi. Tiba-tiba Pak Karamu huloq rm600 untuk kos penuh teh tarik kluang cafe. Amin!

Sejak November hingga Januari, J-pemaya bermesyuarat dua minggu sekali di Ipoh. Pernah juga dua kali mesyuarat dalam seminggu kerana nak bereskan beberapa persediaan program untuk kerajaan. Bloggers bukan kakitangan kerajaan. Bukan juga dapat kontrak untuk buat program kerajaan. Senang cerita, tak dapat duit pun! Bloggers tampil atas rasa tanggungjawab untuk mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dah membuktikan penunaian misi dan visi rakyat. Antara keutamaan waktu itu ialah nak membantu 2 exco yang nampak macam mati pucuk menguruskan portfolio masing-masing iaitu Jamaludin dan Osman.

PPC memang keliru!

Keliru #2

Bloggers UMNO sentiasa naik angin bila perangai buruk dan jenayah UMNO didedahkan oleh bloggers Pakatan Rakyat. Bagi mereka keburukan itu tak patut didedahkan. Pembongkaran itu dikatakan hanya fitnah. Semuanya fitnah.

Inilah masalahnya apabila kewarasan dikawal oleh emosi, ego dan nafsu. Bila dah begitu, hilanglah waras. Yang tinggal hanyalah emosi, ego dan nafsu keUMNOan selama-lamanya.

PPC marah pada tembakan dan ulasan bloggers Pakatan rakyat yang menggambarkan betapa buruknya UMNO dan pemimpin-pemimpinnya. Aik! tak perasan ke tulisan bloggers UMNO tentang Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya? Yahudi, boneka, babi, aljuburi, lahanat, celaka, beruk, monyet, pundek, gadai hak melayu, pengkhianat agama, penderhaka dan seribu satu macam lagi. Perkataan-perkataan ini adalah wirid dan zikir bloggers UMNO setiap hari.

Bloggers PR cerita keburukan UMNO - Tuhan marah!

Bloggers UMNO babikan dan yahudikan PR - Tuhan tak marah ke?

Alamak! apa standard punya kepala hotak macam ni?

Keliru #3

Basically aku sokong perbincangan tentang kaedah dan pendekatan dakwah. PPC pun concerned juga hal ini nampaknya. Nak berdakwah, kenalah pujuk dengan lembut. Jangan buat orang marah. Jangan bersikap keras. Nak dakwah kafir Quraish pun mesti lemah lembut, apatah lagi nak dakwah orang Islam. Demikian madah ustaz PPC. Ewahhhhhh!

Pujuk, lembut dan sikap tidak keras cara UMNO ialah dengan gunakan ISA, OSA, AUKU, Akta Polis dan Akta Hasutan. Sesekali gunakan FRU yang sopan santun lagi lemah gemalai. Ucapan pemimpin dan lain-lain jurucakap UMNO termasuk TV, radio dan akhbar memang tinggi budi bahasa dan tak pernah menyebabkan sesiapa pun marah. Ewahhhhhh!

Yang sebenornye, teman kesian bebenor pada bloggers upahan UMNO yang bergentayangan di langit Malaysia ni. Confused makam tinggi! Siang malam dia maki kita, tak apa. Sekali sekala kita balas dengan maki juga, tak boleh. Apa barang punya IQ?

Kalau nak tau, method dan approach dakwah Nabi ada pelbagai. Ada secara sembunyi, ada yang terang-terangan. Ada pujuk, ada warning. Ada puji, ada cerca. Ada ketikanya memaafkan, ada waktunya membalas serangan. Ada secara direct, ada pula secara indirect.

Ada ayat Al-Quran yang memerintahkan kelembutan cara dakwah macam yang PPC faham sikit-sikit tu. Tapi tolong pelajari ayat itu sampai habis. 'Ibrah daripada ayat itu datang secara 'mafhum mukhalafah'. Ayat itu bermaksud (terjemahannya), "Sekiranya kamu bersikap kasar dan keras hati, nescaya mereka (yang diseru itu) akan lari daripadamu". Tolong faham baik-baik. Allah tidak perintahkan secara direct tentang cara yang lembut dan tidak kasar itu. Ia memang diperintahkan, tetapi secara indirect. Ada beza antara yang direct dan yang indirect. Tapi ruang ini tak cukup untuk membincangkannya secara detail. PPC kena rajin sikit pegi mengaji.

Ada ayat Al-Quran yang memerintahkan supaya bersikap keras terhadap kafir dan munafiq. Ayat itu bermaksud (terjemahannya), "Perangilah orang kafir dan orang munafiq itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka ...".

Macam mana pulak ni? Satu ayat suruh lembut. Satu ayat lagi suruh keras. Kedua-duanya ayat Quran. Mustahil ayat Quran itu bercanggah antara satu dengan yang lain. Maknanya, lembut pun disuruh, keras pun disuruh. Lembut ada tempatnya. Keras ada tempatnya. Lembut bertempat. Keras bertempat.

Duhai PPC & the gang yang aku sayangi, please jangan dedahkan kebodohan diri sendiri. Kalau tak bercakap (menulis), orang belum tahu sama ada PPC & the gang reti ke tak reti. Bila bercakap (menulis), confirmed ... tak reti!

Apa-apa pun, kepada pembaca yang budiman, singgah-singgahlah di blog albanjari dan kliklah pautan ke maybank2u, dan hulurkanlah seberapa yang sudi. Kalau tak dapat nak sumbangkan sedikit, bagilah banyak-banyak! Iklan kat bawah ni, aku copy&paste dari blog albanjari.

Sumbanglah RM1 untuk Tabung Bloggers !
Tanggal 15.3.09 wak lancarkan Tabung BloggersNetwork@P.59 mulai hari ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank di bawah :

Akaun Maybank: (atas nama Mohd Nazib bin Abdul Ghani)
MayBank : 158417021317
(klik logo dibawah untuk sumbangan kepada Tabung Bloggers P.59-Bukit Gantang, status terkini sumbangan anda akan dipaparkan di sini) Terima Kasih kepada kalian yang prihatin !!


Comments :

18 comments to “BLOGGERS PEJUANG VS BLOGGERS UPAHAN”
Prof. Era Pasca said...
on 

heheh perang cyber pun bukan ada duit lepas zombrie naik pun.. die syok sendiri gak.. pastu die bukan nak datang perak.. datang blh plangkung ramai2 sebab die pun tau ramai marah kat ameno.. :p

golokperak said...
on 

PPC berdakwah pd kafir memanglah kena berlembut.tapi pada yang mengaku islam bila ia ingkar perlu lebih cara keras . Cara berlembut memang sesuai utk kafir tapi jika PPC mahu cara lembut ,samalah PPC dng mereka atau yg baru berjinak jinak dng islam

Anonymous said...
on 

Abis tu Undi Pas Masuk Syurga ke? Gila punya Pembangkang.... Orang bogel pun boleh. Dia tak tau yang orang tu kot2 baru abis tuuuuuut.... Paham2 je lah... Abis yang korang punya pemimpin ngok pi taman pokok apa pasal? MEMANG KORANG NI NGOK!!! Ketua ngok, sekali terikut dgn ekor2Y... Petang ni aku tngk balik, ko publish ke tak komen aku ni.Tapi ko mesti tak publish kan sebab korang tak berani memberikan kebenaran. Klu ko publish maknaya ko bodoh!! Abis ko nak buat apa? Ingat.. Andainya ko tak publishkan msg ni maknnya korang semua pengikut pembangkang ni adalah PEMBELIT, sama mcm ketua2 korang...

Anonymous said...
on 

Kalu pasal pangkat, duit & segala bentuk hiburan- bg la kt U----MNO. Kalu pasal moral, letak bawah tapak kaki la.

Sempena pemilihan ni, pg la tgk geng2 yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara ni.

Lokasi paling digemari..

1)......
2)......
3)......
4) tgk la sendiri..

cyberboron said...
on 

Kepada penyokong UMNO dulu, kini dan selamanya seperti Undi PAS dapat syurga?, tak kan lah tak perasan, komen kat blog aku ni tak perlu verification apa-apa pun. Korang tulis komen, terus je masuk kat sini. Aku tak tapis & tak pernah delete. Korang makilah apa saja yang korang suka. Aku tak kesah. Makian korang menyerlahkan tahap IQ dan tahap gaban korang. Teruskan!

Tuan badan yang guna nama Undi Pas Dapat Syurga? menambah koleksi bukti tulisan aku tentang Keliru #2. Hangin semacam, tapi faktanya mana?

Aku doakan mudah-mudahan ko dilorongkan oleh Allah agar dapat lebih banyak kesempatan mengaji agama dan belajar pelbagai ilmu lain yang diperlukan untuk mencapai piawai IQ dan kewarasan tahap insan.

PARPUKARI said...
on 

ASSALAMUALAIKUM, WAH DASYAT BETUL YA FITNAH KORANG NI?

EH BUKAN KE SIVA PARIA TU PAKAI 20 BODY GUARD, DEPA MESTI DUIT LEBAT PUNYA, HANGPA MINTAK LA KAT DIA...

HELLO SEDARA, KAMI DI BPN NI JADI BLOGGERS TAK DI UPAH OLEH SESIAPA PUN YA!

APA YANG KAMI PERJUANGKAN ADALAH ATAS INISIATIF KAMI SENDIRI...KORANG BIKIN WAYANG NAK TARIK SIMPATI MEMANG TERER KAN?

TYALAH ANAK BUAH AL-JUBURI LA KATAKAN, YANG KAU NAK PI TUDUH TUAN PANGLIMA MACAM2 TU KENAPA?

SIAPA YANG BLOGGERS UPAHAN, KAMI BUAT BENDA NI SECARA SUKARELA, ALHAMDULILLAH KAMI MENCARI REZEKI ALLAH DENGAN TULANG EMPAT KERAT YANG DIKURNIAKAN ALLAH KEPADA KAMI...

KAMI TAK DI BAYAR, WAHAI TUAN2 SEMUA..DEMI ALLAH KAMI BUAT INI ATAS KEHENDAK KAMI SENDIRI, KERANA PIHAK FUCKATAN RIOT DAH ADA BANYAK BLOGGERS UPAHAN...

KAMI ADALAHA BLOGGERS PEMBELA NEGARA! KAMI TAK DI BAYAR OK!

JANGAN LAH KAMU BUAT FITNAH! TAHUKAH KAMU ADA ANTARA KAMI YANG MENERIMA UGUTAN DARI PIHAK FUCKATAN RIOT, NAMUN DEMI NIAT YANG SUCI KAMI TERUSKAN PERJUANGAN KAMI DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA YANG TERCINTA!

YANG KORANG TAK TENTU PASAL DOK SOKONG FUCKATAN RIOT NI APAHAL? ON WHAT BASIS KORANG SOKONG FUCKATAN RIOTR DI PERAK EK?

AKU ANAK JATI PERAK DAN DEMI NEGERI PERAK YANG TERCINTA, AKU SANGGUP MENGORBANKAN DIRI KU UNTUK MEMPERTAHANKAN NEGERIKU INI DARI DILACURI OLEH MANUSIA2 YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!

KORANG NI TAK HABIS2 CERITA PASAL DUIT SIANG MALAM! KITA TAK BUAT FULL TIME MACAM KORANG, KITA ADA TANGGUNGJAWAB MASING2

KITA BERBLOG SEKADAR YANG TERMAMPU JE! BUKAN MACAM KORANG 24 JAM ADA KAT BLOG SAHAJA! MACAMANA KAMU TUDUH KAMI NI BLOGGERS UPAHAN, KAMI PUN BOLEH TUDUH KAMU JUGA BLOGGERS UPAHAN YANG TELAH DI BAYAR OLEH ANWAR AL JUBURI!

KATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG, AWAK YANG LEBIH!

KAMI BERBLOG DARI RUMAH ATAU TEMPAT KERJA MASING2, KAMI LANGSUNG TAKDE KEMUDAHAN UNTUK BERBLOG SEPERTI TUAN2 BLOGGERS FUCKATAN RIOT!

TU YANG NAK SEKEH PANGLIMA TADI, MEH SEKEH AKU LA, AKU ANAK PERAK...

LAGI SATU, KAMI MASUK BLOG KORANG KAMI GUNA ID KAMI SENDIRI, TAPI PUAK FUCKATAN RIOT MASUK BLOG KAMI GUNA NAMA ANON DAN LAIN23 SEHINGGAKAN BARU-BARU INI DAH ADA KLON ID SAYA PULAK...KENAPA NAK BUAT KLON YA?

TAKDE IDENTITI SENDIRI KE? KALAU NAK BERJUANG MACAM ANAK JANTAN, JANGAN GUNA ANON...GUNA LA ID SENDIRI BERSERTA DENGAN LAMAN BLOG SEKALI, BIAR RAKYAT MENILAI TULISAN KITA SEMUA SECARA GENTLE...BETUL TAK?

BERANI KERAN BENAR!!!

PARPUKARI said...
on 

UTHMA NEO, YA MORAL FUCKATAN SANGAT BAIK KAN, KETUA KAMU KUAT MELIWAT, PENGIKUT2 DIA SUKA SEX BEBAS...KORANG NIMACAM BIASA SEMUA KORANG BUAT SEMUANYA HALAL KAN? SYURGA DAH CONFIRM KAN?

SEMOGA ALLAH TUNJUKKAN KAMU SEMUA JALAN YANG LURUS!

PAPA GOMO said...
on 

SEMEMANGNYA DAH ADA BUKTI YANG BLOGGER PAKATAN NI ADALAH BLOGGER UPAHAN ANWAR AL-JUBURI. JANGAN NAK BERSELINDUNG LAGI DENGAN HAL INI.

FITNAH TAK PERNAH PUTUS-PUTUS PUAK LU ORANG NI.
BILA AJAK BERDEBAT TAKUT.
MELARIKAN DIRI.
SOALAN YANG DI AJUKAN TIDAK DAPAT DIJAWAP.
HAPRAK LAH LU ORANG NI SEMUA PUAK PEMBANGKANG.

LU ORANG CAKAP SAHAJA BILA DAN DI MANA UNTUK KITA BERDEBAT DALAM MASAALAH RAKYAT.
KAMI DI BPN SEDIA DAN TERIMA PERDEBATAN INI.

JANGAN MENYALAK TAK TENTU PASAL SAHAJA.

APA ANWAR AL-JUBURI DAH SEMAKIN PANAS SEKARANG DAN KAU ORANG PULA YANG DAPAT TEKANAN????

cyberboron said...
on 

Tuan GOMO, inilah yang aku tunggu-tunggu.

Kalau tuan-tuan sedia berdebat, aku sanggup uruskan majlis tu. Cadangan aku:

Tempat : Sekitar Taiping

Tarikh : antara 20 Mac - 6 April (di kesempatan ramai orang ada kat Bukit Gantang)

Pendebat : 2 BPN - 2 BloggersNetwork

Format :

(a) Setiap pendebat berhujah selama 30 minit satu pusingan.

(b) Dua pusingan -

pusingan satu: blognet - bpn - blognet - bpn
pusingan dua : bpn - blognet - bpn - blognet

Wakil (cadangan):

- bpn - (2 antara 5)

PPC/PB/ParpuKari/Gomo/Taiping Mali

- blognet - (2 antara 5)

MSK/PakKaramu/KulupSakah/TopengPerak/CyberBoron

Ok. Setakat ini dulu cadangan aku. Harap dapat maklum balas dan kerjasama daripada tuan-tuan BPN.

pemanduteksi said...
on 

puak2 gurka BPN (PPC/PB/ParpuKari/Gomo)/Undi Pas masuk Syurga?) ni adalah contoh MODAL INSAN terbaik yg telah dilahirkan oleh Mazhab Islam Hadhari dalam UMNO.

cyberboron said...
on 

insan tak ada modal,

heheheheheheheh!

Unknown said...
on 

Tahniah dan syabas teman ucapkan kepada BLOGGER PEJUANG/PAKATAN. Cabaran udah disahut, ape lagi BLOGGER GOBLOK Umeno.Blogger teman ni memang anak jantan, tak cukup nyiru dewan kami tadahkan...TAPI teman amat yakin dan percaya deme tu ajak berdebat kat 'dewan cyber' aje tak berani(kecut telo) berdebat secara terbuka SEBAB takut terbuka segala pekung, nanah dan najis yang amat busuk lagi membusukkan. Percaye le cakap teman... Deme tu ingat Blogger Pakatan macam deme, makan duit ...mudah terime upah . . Soory la jual kari lagi baguih siParpukari - otak merapu berkati-kati aje, siGOMO asyik bergomol aje yang tau, PB sekali pukul tak bangkit-bangkit, PPC asyik berani berperang di PC aje,Taiping Mali pasti tak mali-mali. Caye le cakap teman.Kami tunggu mike kalo mike anak jantan le. KECUALI le mike mike tak bertelo ( asyik cerite jubo aje) Sekali lagi teman tabik kepada BLOGGER PAKATAN.

Anonymous said...
on 

hahaha...dah tak berani nk komen parpu dan gomo..woit cepatla jawap, kat mana nk berdebat!!!!bodoh punya BPN

Anonymous said...
on 

hahahahahahahahahahahaha

maki bukan main panjang

ajak debat open

terus

HILANG

hahahahahahahahahahahahah

Anonymous said...
on 

mana pondan cyber..mana gomo?? mana parpu??
kahkahkahkah

Anonymous said...
on 

BPN cakap pom pang pom pang...ajak debat terbuka terus senyap........... memang korang takde telorrrrrrrrrrrrr.... dah comform amano tu bengong tak betul zalim korang nk betulkan mcm mana lagi??? dah terbukti....ada berani debat terbuka biar satu malysia live kenal muka2 bogest upahan umno...ada point ke bro nanti debat??? senyap nie?? kalau salah tetap salah walau korang belit macammanapun salah tetap salah....mcm mana nk menang debat...bodoh sebab tue takut tau takleh menang.. korang pengecut tahap cipan..grenti takjadinya debat!!

Anonymous said...
on 

Salam..,

Sebab nama aku disebut oleh Parpu Kari March 17, 2009 3:24 PM

Ada aku kata Pakatan Rakyat tu baik-baik ke?

Siapa Ketua saya yang meliwat tu ? Mana anda tahu dia ketua aku?

Kalu anda tgk dalam blog saya, xde satu pun artikel yang sokong atau promo parti-parti tertentu.

Kalu benda yang xbetul dan saya tak suka, suka ati aku la nk cakap apa,

Anda komen merapu ntah apa-apa pun saya tak kisah itu hak anda, sama juga dgn hak saya...

Komen saya secara umum xpnah mention nama anda..
Panas sangat dah ke telinga tu...

Kool... saya cuba semampu bleh utk guna bahasa yang sopan. Hormat tuan punya blog...

Anonymous said...
on 

org umno said,
sahut r cabaran 2 bpn.
jagn malukan umno
kalu xnk sahut
lebih bek tutop jerh blog korang.

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini