Showing posts with label KAMAR. Show all posts
Showing posts with label KAMAR. Show all posts

BLOGGERS PEJUANG VS BLOGGERS UPAHAN

Aku tumpang simpati pada wak raden banjar, pengendali albanjari online. Wak ambil langkah terpuji lancarkan rayuan sumbangan untuk dana bloggersnetwork@perak. Ketumbukan bloggers pimpinan primamaya MSK dah 7 minggu berkampung kat Ipoh. Kecil atau besar peranan team ini, aku tak tau nak hukumkan. Yang aku nampak, mereka ini pejuang. Ke hulu ke hilir menyempurnakan tugasan yang diamanahkan oleh Pakatan Rakyat dan tugasan yang dirancang oleh bloggers sendiri. Team ini mengumpul maklumat, mengolah maklumat, menyalurkan maklumat dan mendokumenkannya untuk kegunaan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Masing-masing datang dengan kerelaan sendiri. Tak ada upah yang dijanjikan. Tidak disediakan apa-apa peralatan atau kelengkapan. Tak ada tilam bantal dan katil. Tak ada elaun. Tapi alhamdulillah, setakat ini belum lagi kebuluran. Makan minum tetap ada. Kadang-kadang tak tau siapa yang bagi. Ada juga yang menghulurkan RM sekali sekala. Terima kasih daun keladi.

Di peringkat awal melaksanakan tanggungjawab ini, khabarnya ada rakan yang bagi pinjam sedikit wang untuk kos petrol perjalanan team rakaman video yang setiap hari menyertai road show MB ke merata ceruk negeri Perak. Hutang itu dah dibayar balik. Selesai.

Tabik spring untuk MSK, sya & topeng perak yang tetap turun ke gelanggang walau di mana saja dan tak kira ada fulus atau tak ada. Ketika nak turun ke Pulau Pangkor, aku diberitahu team ini hanya ada rm100. Itulah duit petrol. Itulah tambang feri. Itulah juga duit makan sepanjang hari bermula dari subuh sampai tengah malam. Bukan seorang tapi tiga!

Tu belum kira keperluan peralatan. Modem untuk broadband, video camera, memory card, pc yang power lebih sikit untuk video editing, server untuk online tv, macam-macam sofware, buku-buku rujukan dan macam-macam lagi.

Nak minta duit kat DAP, PKR atau PAS, malu pulak! Masing-masing dah lalui pengalaman buat kerja untuk parti tanpa upah dan tak mintak duit pun untuk modal kerja. Kalau perlukan peralatan, angkut sendiri punya atau pinjam kat kawan-kawan. Tapi kali ini lain sikit keadaannya. Kos makan minum, perjalanan dan peralatan-peralatan khas untuk tugasan yang besar, banyak dan perlu disegerakan, bukannya kecil. Namun setakat ini digagahkanlah juga sedaya yang mungkin.

Barangkali dek kerana simpati dan rasa tanggungjawab agar bloggers team ini dapat terus berperanan maka wak raden banjar lancarkan dana bloggers itu. Syabas wak!

Sebaik saja wak melancarkan dana itu, muncullah blogger upahan UMNO si panglima perang cyber memberi komen ini;

Blogger Panglima Perang Cyber said...

Tak ada duit lepas Nizar jatuh ke ?

Moga dimurahkan rezeki.

Cuma kalau buat kerja tak baik seperti cerita keburukan dan fitnah orang tentu jadi tak murah rezeki.

Sebab Pemberi Rezeki marah !!!!

Tandanya ? ramai orang marah !!!

Nak dakwah Islam jangan buat orang marah.

Kena pujuk dengan lembut.

Nabi diperingatkan agar jangan bersikap keras dengan orang kafir quraisy.

Apatah lagi dengan orang Islam...

pandangan 5 sen saya...

March 16, 2009 10:43 AM

Bagi aku, nilai komen si UMNO ni bukannya 5 sen macam yang dia sendiri mengaku tu. Sebenarnya, tak ada nilai langsung! Mereka keliru, hasad, sakit hati, tak faham, menafikan realiti, semberono dan sentiasa menganggap orang lain sama perangai macam mereka.

Keliru #1

Panglima perang cyber (PPC) menganggap orang PR termasuk bloggers ada banyak duit waktu PR berkuasa di Perak. Bila kuasa hilang maka duit pun hilang juga. Sebenarnya inilah aqidah politik UMNO. Ada kuasa - ada duit. Tak ada kuasa - tak ada duit. UMNO memang menggunakan kuasa untuk buat duit. Yang berebut-rebut jawatan dari cawangan sampai ke pusat tu, tak ada lain matlamatnya melainkan duitlah jua. Dek kerana budaya politik UMNO begitu, maka mereka menganggap orang parti lain pun sama.

Aku tahu kisah MSK. Waktu nak bentuk bloggersnetwork@perak hari tu, MSK sekadar ada kemahuan dan semangat. Duit habuk pun tarak. Kos konvensyen teh tarik kat kluang cafe tu ialah rm600. MSK bagi deposit rm300. Ketika program dah berjalan, baki dalam poket MSK hanya ada rm150. Kalau tak ada yang tolong top-up sebelum teh tarik habis dihirup, MSK mungkin kena cuci pinggan kat dapur kluang cafe selama dua minggu. Tapi, alhadulillah beberapa bloggers yang hadir bersalam dengan MSK dengan tangan berisi. Tiba-tiba Pak Karamu huloq rm600 untuk kos penuh teh tarik kluang cafe. Amin!

Sejak November hingga Januari, J-pemaya bermesyuarat dua minggu sekali di Ipoh. Pernah juga dua kali mesyuarat dalam seminggu kerana nak bereskan beberapa persediaan program untuk kerajaan. Bloggers bukan kakitangan kerajaan. Bukan juga dapat kontrak untuk buat program kerajaan. Senang cerita, tak dapat duit pun! Bloggers tampil atas rasa tanggungjawab untuk mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dah membuktikan penunaian misi dan visi rakyat. Antara keutamaan waktu itu ialah nak membantu 2 exco yang nampak macam mati pucuk menguruskan portfolio masing-masing iaitu Jamaludin dan Osman.

PPC memang keliru!

Keliru #2

Bloggers UMNO sentiasa naik angin bila perangai buruk dan jenayah UMNO didedahkan oleh bloggers Pakatan Rakyat. Bagi mereka keburukan itu tak patut didedahkan. Pembongkaran itu dikatakan hanya fitnah. Semuanya fitnah.

Inilah masalahnya apabila kewarasan dikawal oleh emosi, ego dan nafsu. Bila dah begitu, hilanglah waras. Yang tinggal hanyalah emosi, ego dan nafsu keUMNOan selama-lamanya.

PPC marah pada tembakan dan ulasan bloggers Pakatan rakyat yang menggambarkan betapa buruknya UMNO dan pemimpin-pemimpinnya. Aik! tak perasan ke tulisan bloggers UMNO tentang Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya? Yahudi, boneka, babi, aljuburi, lahanat, celaka, beruk, monyet, pundek, gadai hak melayu, pengkhianat agama, penderhaka dan seribu satu macam lagi. Perkataan-perkataan ini adalah wirid dan zikir bloggers UMNO setiap hari.

Bloggers PR cerita keburukan UMNO - Tuhan marah!

Bloggers UMNO babikan dan yahudikan PR - Tuhan tak marah ke?

Alamak! apa standard punya kepala hotak macam ni?

Keliru #3

Basically aku sokong perbincangan tentang kaedah dan pendekatan dakwah. PPC pun concerned juga hal ini nampaknya. Nak berdakwah, kenalah pujuk dengan lembut. Jangan buat orang marah. Jangan bersikap keras. Nak dakwah kafir Quraish pun mesti lemah lembut, apatah lagi nak dakwah orang Islam. Demikian madah ustaz PPC. Ewahhhhhh!

Pujuk, lembut dan sikap tidak keras cara UMNO ialah dengan gunakan ISA, OSA, AUKU, Akta Polis dan Akta Hasutan. Sesekali gunakan FRU yang sopan santun lagi lemah gemalai. Ucapan pemimpin dan lain-lain jurucakap UMNO termasuk TV, radio dan akhbar memang tinggi budi bahasa dan tak pernah menyebabkan sesiapa pun marah. Ewahhhhhh!

Yang sebenornye, teman kesian bebenor pada bloggers upahan UMNO yang bergentayangan di langit Malaysia ni. Confused makam tinggi! Siang malam dia maki kita, tak apa. Sekali sekala kita balas dengan maki juga, tak boleh. Apa barang punya IQ?

Kalau nak tau, method dan approach dakwah Nabi ada pelbagai. Ada secara sembunyi, ada yang terang-terangan. Ada pujuk, ada warning. Ada puji, ada cerca. Ada ketikanya memaafkan, ada waktunya membalas serangan. Ada secara direct, ada pula secara indirect.

Ada ayat Al-Quran yang memerintahkan kelembutan cara dakwah macam yang PPC faham sikit-sikit tu. Tapi tolong pelajari ayat itu sampai habis. 'Ibrah daripada ayat itu datang secara 'mafhum mukhalafah'. Ayat itu bermaksud (terjemahannya), "Sekiranya kamu bersikap kasar dan keras hati, nescaya mereka (yang diseru itu) akan lari daripadamu". Tolong faham baik-baik. Allah tidak perintahkan secara direct tentang cara yang lembut dan tidak kasar itu. Ia memang diperintahkan, tetapi secara indirect. Ada beza antara yang direct dan yang indirect. Tapi ruang ini tak cukup untuk membincangkannya secara detail. PPC kena rajin sikit pegi mengaji.

Ada ayat Al-Quran yang memerintahkan supaya bersikap keras terhadap kafir dan munafiq. Ayat itu bermaksud (terjemahannya), "Perangilah orang kafir dan orang munafiq itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka ...".

Macam mana pulak ni? Satu ayat suruh lembut. Satu ayat lagi suruh keras. Kedua-duanya ayat Quran. Mustahil ayat Quran itu bercanggah antara satu dengan yang lain. Maknanya, lembut pun disuruh, keras pun disuruh. Lembut ada tempatnya. Keras ada tempatnya. Lembut bertempat. Keras bertempat.

Duhai PPC & the gang yang aku sayangi, please jangan dedahkan kebodohan diri sendiri. Kalau tak bercakap (menulis), orang belum tahu sama ada PPC & the gang reti ke tak reti. Bila bercakap (menulis), confirmed ... tak reti!

Apa-apa pun, kepada pembaca yang budiman, singgah-singgahlah di blog albanjari dan kliklah pautan ke maybank2u, dan hulurkanlah seberapa yang sudi. Kalau tak dapat nak sumbangkan sedikit, bagilah banyak-banyak! Iklan kat bawah ni, aku copy&paste dari blog albanjari.

Sumbanglah RM1 untuk Tabung Bloggers !
Tanggal 15.3.09 wak lancarkan Tabung BloggersNetwork@P.59 mulai hari ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank di bawah :

Akaun Maybank: (atas nama Mohd Nazib bin Abdul Ghani)
MayBank : 158417021317
(klik logo dibawah untuk sumbangan kepada Tabung Bloggers P.59-Bukit Gantang, status terkini sumbangan anda akan dipaparkan di sini) Terima Kasih kepada kalian yang prihatin !!


Baca Sepenuhnya..

Kerajaan Maya Rakyat - KAMAR - Perak

foto dari blog UmmiAnni

Tahniah kepada Abang Mat - KSK [Mat Saman Kati]. Tahniah kepada MB Dato' Seri Ir. Hj. Nizar. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak. Tahniah kepada Ustaz Zulkifli Ibrahim. Tahniah kepada Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Perak. Tahniah kepada semua blogger Perak dan luar Perak. 22 November 2008 mencatatkan satu lagi sejarah negara khususnya di negeri Perak.

Konvensyen Teh Tarik yang melahirkan Kerajaan Maya Rakyat [Perak] dengan singakatan KAMAR amat besar ertinya bagi perjuangan rakyat. Kelahiran ini adalah bukti dan tanda komitmen pelbagai pihak. Komitmen para blogger atau para pemaya dalam mempertahankan kemenangan rakyat. Komitmen kerajaan Pakatan Rakyat memberi pengiktirafan terhadap peranan warga maya dalam pembangunan kesedaran tanggungjawab politik warga Malaysia.

Tahniah untuk kesekian kalinya!

Ayuh para pemaya! Kita bangunkan kudrat rakyat mengisi ruang dan alur yang terbentang demi memartabatkan gagasan ADIL, AMANAH, TELUS, BERINTEGRITI dan BERKEBAJIKAN yang telah dikumandangkan sejak awal langkah kerajaan pilihan kita ini.

Aku kalungkan 'bunga malai' ke leher para pemaya yang hadir membidankan kelahiran KAMAR di Dewan Serba Guna Bangunan Perak Darul Ridzuan pada tarikh keramat 22 November 2008;

1. abang Mat [MSK - Mat Saman Kati]
2. matcomot
3. UmmiAnni
4. syareformis
5. Pak Karamu
6. manja
7. cenangau
8. adiputra
9. al-banjari
10. peihong
11. Pengasas [Dr. Abdul Wahab Arbain]
12. Asidburn [Jordan Kee Yu Wah]
13. alba
14. mamamat
15. dugong darat
16. Manjung Mari
17. luna
18. yazit (ahmad zawawi)
19. Aloha 2
20. Bikir Perak
21. WeDasan - Telok Bakong Online
22. KTB 2 [Kamarul Baharin]
23. KTB 3 [Mohd Jais]
24. officeboytngkt4
25. CYS
26. Chaah

Kalungan 'bunga malai' juga kepada yang telah menyatakan komitmen untuk hadir tetapi tak berdaya sampai kerana keuzuran;

1. Bakaq a.k.a Penarik Beca
2. Kulup Sakah

Aku pohon ribuan ampun justeru belum sempat mengenali beberapa orang pemaya yang tersenarai dalam buku yang disediakan oleh MSK;

1. alfaberlian
2. frengers
3. U-HAH
4. Syam
5. Kelulut
6. Lukmanw
7. tasyreef
8. mudz
9. realmaxs
10. Pak Long
11. Hijat Panjang
12. Shahori Mohamad Esa
13. ZulFadzli Md Nordin
14. Sam Ahmad
15. Sidekong
16. Zulkarnain Mohamed
17. Sivaneson a/l Suppiah
18. Zainal Ngah Mohamad
19. Abdul Malek Naina Mohamad
20. Mohd Zaiham Ismail
21. Mohamad bin Hashim

Barangkali tuanhamba semua hadir belaka tetapi aku tak kenal. Mungkin juga tuanhamba tak dapat hadir kerana tugasan atau keuzuran. Walau apa pun, terimalah tabik hormat dari aku atas hasrat tuanhamba semua yang sungguh-sungguh nak melihat kelahiran KAMAR.

Aku...? Petang itu aku perkenalkan diri sebagai ciberboron. Namun dalam blog utama yang aku kendalikan, nama aku Marhain Jelata.

Aku perhatikan dari awal majlis, jelas tergambar kebanyakan Perak bloggers yang hadir telah saling mengenali antara satu sama lain. Mesra dan ceria. Memang cemburu aku menyaksikan keakraban tuanhamba semua. Aku seorang diri. Aku tak kenal sesiapa dan tuanhamba semua pun tak kenal aku.

Entah macam mana brother yang hensem tapi bernama Mat Comot di barisan depan tu tiba-tiba mencadangkan aku untuk mengisi amanah sebagai promaya (setiausaha agong). Sebenarnya aku terkedu waktu itu. Tak terkata apa-apa dan tak tahu nak kata apa-apa.

Aku blogger kerdil terlampau. Masih kanyiaq kata almarhum Tunku Abdul Rahman. Rabun IT dan pikap tak berapa ok dalam hal meng'update' blog. Lebih kurang macam biskut chipsmore. Sepatutnya aku bangun membangkang cadangan Mat Comot. Tugas promaya pasti amat berat. Mampukah aku?

Kalau tuanhamba semua boleh beri keizinan, aku terasa nak bergerak beberapa tapak ke bawah. Setakat tanggungjawab J-Pemaya mungkin lebih cocok. Terlalu ramai nama besar di kalangan tuanhamba semua yang lebih berwibawa untuk memikul tugas promaya.

Aku bukan nak lari dari medan perjuangan ini. Lontaran ini sekadar meluahkan bisikan yang berdesis jauh di hati kecil aku. Bisikan dari dalam dhomir - kata ustaz Azmi Abdul Hamid yang membentangkan kertas kerja 1 pada hari itu.

Kalau tuanhamba semua masih mahu memberikan tempoh percubaan kepada aku, ok, akan aku hayun langkahku sedaya mungkin dengan bantu dan tolong daripada tuanhamba semua yang hebat belaka.

Tuah dalam Jebat - Jebat dalam Tuah

Aku memang sungguh nak menyokong dan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak. Kerajaan ini adalah kerajaan rakyat yang sebenar. Kerajaan ini adalah kerajaan yang aku angan dan impi sejak lama. Aku dah bertutuh di gelanggang ini selama lebih dua puluh tahun dengan cita biar mampus tak berkubur sang UMNO/BN yang corrupt dan kurap itu.

Pun begitu, aku masih sedar bahawa aku memasang kuda-kuda di pentas ini kerana prinsip yang aku yakini. Aku nak tengok good governance yang tulen. Bukan yang retorik. Bukan sekadar kosmetik. Bukan setakat statement dan speech yang bombastik.

Maka ...

bagi aku, dan harap-harap begitulah juga di hati dan minda pemaya sekelian - kita akan junjung dan pertahankan kerajaan kita ini pada setiap perkara yang menepati prinsip perjuangan kita bersama. Dalam masa yang sama kita tak akan bersekongkol menutup pekung dan panau sama ada di dada atau di tapak kaki atau di celah kangkang sekali pun.

Primamaya Abang Mat [MSK] mesti terus kritis. Mat Comot teruskan flying kick ke mana yang patut. Manjung Mari jangan berhenti membelasah. Amri TBO teruskan aksi ala The Undertaker yang kaw-kaw itu. Katakan yang benar walau pun pahit. BIAR PAHIT MACAM JADAM ASAL BUKAN JADAH HARAM.

Adios! Seeruu 'ala barakatillah.

Baca Sepenuhnya..
 

Komen Pengunjung Terkini