SIDANG BAWAH POKOK - KISAH DARI ALQURAN

Pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah Rasulullah SAW berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji bersama 1400 orang sahabat setelah beberapa tahun dihalang oleh musyrikin Mekah. Ketika itu Islam yang berpusat di Madinah telah berkembang pesat. Tujuan rombongan itu juga ialah untuk menguji sikap kaum Quraisy yang sangat kuat menghalang dakwah Islam sejak 19 tahun sebelum itu.

Rombongan Rasulullah tidak membawa senjata peperangan. Hanya senjata biasa untuk tujuan perjalanan sahaja yang dibawa bersama. Mereka mengisytiharkan kepada umum bahawa tujuan rombongan itu bukan untuk berperang.


Ketika sampai di 'Asfan, rombongan Rasulullah mendapat maklumat bahawa musyrikin Mekah mahu menghalang rombongan itu hatta dengan cara kekerasan sekali pun. Musyrikin Mekah bersedia dengan pasukan tentera berkuda seramai 200 orang yang diketuai oleh Khalid bin Al-Walid. Pasukan itu menunggu di jalan masuk utama menuju kota Mekah.

Rasulullah SAW menukar laluan supaya tidak terserempak dengan pasukan musyrikin, untuk membuktikan tujuan kunjungan itu bukan untuk berperang. Rombongan itu berhenti rehat di Hudaibiah.


Beberapa perundingan antara wakil rombongan muslimin dan wakil musyrikin Mekah gagal mencapai persefahaman. Kemudian, pasukan 80 orang pemuda musyrikin Mekah menyerang rombongan muslimin di tempat perkhemahan mereka pada waktu malam tetapi berjaya ditewaskan oleh pasukan pengawal muslimin.

Selepas itu Rasulullah SAW mengutus 'Uthman bin 'Affan berunding dengan musyrikin Mekah. Oleh kerana terlalu lama menunggu kepulangan 'Uthman, timbul kebimbangan di kalangan muslimin tentang nasib 'Uthman sehingga tersebar berita kononnya dia telah dibunuh. Apabila berita itu sampai kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda "kita tidak akan pulang ke Madinah sebelum selesai memerangi mereka (musyrikin Mekah)".

Kemudian Rasulullah mengumpulkan para sahabat untuk berbai'ah tidak akan berundur dari medan peperangan yang bakal berlaku. Di ketika itu muncul 'Uthman bin 'Affan lantas dia juga turut berbai'ah bersama-sama dengan muslimin yang lain.


Peristiwa itu berlangsung di bawah sepohon kayu yang rendang pada bulan Mac 628 Masehi.

Bersempena dengan peristiwa bai'ah taat setia dan sepakat untuk menentang kejahatan dan ketidakadilan musyrikin Mekah yang berlangsung di bawah sepohon kayu itu, Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah telah Redha terhadap orang mu'min ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah sepohon kayu, Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka, lalu Allah menurunkan ketenangan ke dalam jiwa mereka, dan Allah menganugerahkan kemenangan kepada mereka dalam waktu yang dekat." (Surah Al-Fath - ayat 18)

Bai'ah taat setia kepada kepimpinan Rasulullah untuk menghadapi sebarang tentangan musyrikin itu telah mencemaskan musuh di kota Mekah. Suasana menjadi tegang disebabkan kemungkinan peperangan yang akan berlaku. Akhirnya kabinet musyrikin Mekah menghantar Suhail bin 'Amru bertemu Rasulullaah SAW dan menawarkan perdamaian.

Selepas perundingan tentang butiran perdamaian itu, termeterailah perjanjian yang sangat terkenal dalam sejarah Islam iaitu perjanjian Hudaibiah. Dokumen perjanjian itu ditulis oleh Saidina Ali bin Abi Talib RA (hadith 3335 Sahih Muslim edisi Bahasa Arab).

tempat dimeterai perjanjian hudaibiyah

Perjanjian Hudaibiah adalah hasil pertama selepas persidangan bai'ah di bawah sepohon kayu yang berlaku beberapa hari sebelum itu. Catatan sejarah membuktikan Maha Benar wahyu Allah tentang "kemenangan yang dekat" selepas sidang di bawah pokok.

Perjanjian Hudaibiah yang berkait langsung dengan sidang itu merupakan perkara yang amat significant bagi rentetan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Rasulullah SAW sehingga Islam berdaulat dengan sangat hebat.


Kesan utama perjanjian itu ialah pengiktirafan secara tersirat terhadap kepimpinan Rasulullah SAW di luar kelompok muslimin.

Kesan kedua ialah terbuka ruang dakwah yang lebih luas sehingga ke dalam komuniti bukan Islam di Mekah yang terhalang sebelumnya. Ruang itu membawa kepada keIslaman ramai tokoh masyarakat termasuk Khalid bin Al-Walid, 'Amru bin Al-'As dan 'Uthman bin Abi Talhah.

Kesan ketiga ialah kejayaan meneroka dakwah ke luar semenanjung Arab. Rasulullah SAW mengutus surat kepada Raja dan pemimpin negara-negara luar, menyeru mereka kepada Islam. Di antara yang menerima surat Rasulullah SAW ialah Raja Najasyi negara Habsyah, Raja Muqauqis negara Mesir, Raja Kisra negara Farsi, Raja Hercules negara Rom, Raja Jaifar dan Raja 'Abda pemerintah Oman, Al-Munzir bin Sawi pemerintah negara Bahrain, Hauzah bin Ali pemerintah Yamamah dan Al-Harith bin Abi Syamar pemerintah Damsyik.


Hasil dakwah local dan international ini, Daulah Islamiah yang berpusat di Madinah mencapai 3 kejayaan besar, iaitu;

#1. Termeterai perjanjian damai dengan negara-negara bukan Islam.

#2. Dakwah Islam dapat masuk dan berkembang di negara-negara bukan Islam.

#3. Termeterai ikatan dan perjanjian di antara kerajaan negara-negara Islam dengan rakyat bukan Islam di negara masing-masing. Rakyat non-muslim yang mengikat janji dengan kerajaan Islam dikenali sebagai ahluzzimmah atau zimmi yang bebas mengamalkan kepercayaan agama mereka.

Selepas itu tentera Islam memenangi peperangan Khaibar yang sangat bermakna. Kaum Yahudi yang dibantu oleh munafiqin pimpinan Abdullah bin Ubai secara rahsia. Kejayaan itu seolah-olah melengkapkan kemenangan umat Islam ke atas semua pihak yang memusuhinya.

######################################################

Persidangan khas di bawah sepohon kayu dalam kisah ini ada banyak persamaan dengan persidangan khas 3 Mac 2009 di bawah pohon Beringin (juga dikenali sebagai pokok Sena) Bandaraya Ipoh.

Sama dari sudut nilai perjuangan. Sama dari sudut kejahatan yang dihadapi. Sama dari sudut halangan yang mendatang. Sama dari sudut ruang dakwah yang terbuka. Sama dari sudut taat setia yang diikrarkan. Sama dari sudut setiakawan yang terhasil. Sama dari sudut keazaman yang tercetus ..... dan,

... insyaallah sama dari sudut kejayaan dan kemenangan yang akan menjelang tiba.

Comments :

2 comments to “SIDANG BAWAH POKOK - KISAH DARI ALQURAN”
Anonymous said...
on 

YMG.KESIMPULAN PAKATAN RAKYAT DILADASAN KEMENANGAN RAMALAN ALNUJUM BELALANG,KALAU HILANG POKOK DEMOKRASI,PAKATAN MENANG DI BUKIT GANTANG,MAJORITI SELESA.KALAU TAK HILANG ?B.N MENANG SELESA....OLEH ITU BERHATI DENGAN POKOK TERSEBUT.YANG PASTI BN AKAN JAGA POKOK ITU.GII..A.AK TUAI S.S.S

做愛 said...
on 

免費一對多視訊聊天
激情視訊辣妹美女
a片情報站
a片寫真
免費視訊
免費a片下載無碼
情人視訊聊天室
色a片
a片百科全書

Post a Comment