9.45 PAGI - 3 CALON HADIR

Kawasan penyokong PR amat meriah dengan semangat 20 ribu penyokong pelbagai kaum berbanding hanya kira-kira 7 ribu penyokong BN. Iringan muzik tradisional kaum India oleh pasukan Kelab penyokong PAS menambah keceriaan pagi ini.

Calon PAS, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di padang pada jam 8.45 pagi dan masuk ke dewan pada jam 9.05 pagi untuk menyerahkan borang penamaan calon. Pengerusi SPR, Dato' Abdul Aziz Mohd Yusof turut berada di dalam dewan.

Penyokong BN kelihatan kurang selesa kerana terdedah kepada pancaran terus cahaya matahari manakala sebahagian besar kawasan penyokong PR masih terlindung daripada terik matahari kerana berada di sebelah bukit kecil. Selain memenuhi ruang padang, penyokong PR juga memenuhi bukit berdekatan yang sangat selesa kerana keadaan redupnya.

Timbalan Presiden UMNO yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Naib Presiden Dato' Ahmad Zahid Hamidi mengiringi calon BN Ismail Safian tiba di pusat penamaan calon ini pada jam 9.10 pagi.

Kebetulan serentak dengan kehadiran calon BN itu, penyokong PR menaikkan belon berbentuk kapal selam sebagai simbolik skandal komisen Scorpene yang dikaitkan dengan Dato Seri Najib, Abdul Razak Baginda dan Altantunya. Kebanyakan penyokong PR tersenyum sebaik saja belon itu dinaikkan ke udara.

Sementara itu beberapa risalah diletakkan oleh penyokong BN di merata tempat sekitar laluan mereka menuju ke padang dan dibahagi-bahagikan kepada kebanyakan penyokong BN yang hadir.

Seorang calon bebas, Kamarul Ramizu Idris tiba pada jam 9.20 pagi dengan beberapa orang penyokong dan masuk ke dewan seketika kemudian.

Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaludin muncul di kawasan penyokong PR dan cuba untuk bersalaman dengan sebahagian penyokong. Sorakan penyokong PR berkumandang di udara.

Comments :

7 comments to “9.45 PAGI - 3 CALON HADIR”
Anonymous said...
on 

Nampaknya Khairi juga sudah mula suka dengan pakatan rakyat. Taklama lagi agaknya beliau tentu akan sertai pas. takbir................

Anonymous said...
on 

Masa kat UK memangler dia sokong Anwar tapi Anwar bukan boleh bagi dia mkn

Cikgu Sejarah Tingkat 6 said...
on 

Kalo dia berubah, taubat nasuha dulu....Allah maha pengampun....

Anonymous said...
on 

Amin........... moga-moga KJ ada keinginan nak masuk pas.

Anonymous said...
on 

KJ masuk PR..bila UMNO tendang dia nanti....

langhafur said...
on 

Kalau dah mentaliti Umno insaf dia bila ada bala menimpa. Jaga-jagala..itu psychoje nak cover line..

Anonymous said...
on 

kalau macam ni la gaye khairi. Habisla puak amno. Dah ada tanda sokong bawa rebah.

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini