MODUS OPERANDI NAJIB-UMNO RAMPAS SEMUA NEGERI PAKATAN

KEWAJIBAN DAN TANGGUNGJAWAB

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

1. Sekat program ceramah dan penerangan Pakatan Rakyat dengan menggunakan akta berkaitan perhimpunan dan akta hasutan.
2. Sekat maklumat bercetak dengan menggunakan akta mesin cetak, akta hasutan dan akta rahsia resmi.
3. Sekat maklumat elektronik (kaset, cd & vcd) dengan menggunakan akta hasutan, akta rahsia resmi dan akta hakcipta.
4. Sekat maklumat internet dengan menggunakan akta hasutan, akta rahsia resmi dan akta berkaitan internet dan multimedia.

Kementerian Penerangan

1. Putarbelit isu derhaka melalui siaran berita, forum dan klip video selingan dalam semua jenis siaran.
2. Lagakan istana dengan Pakatan Rakyat.
3. Semarakkan gambaran bahawa kaum Cina (DAP) anti Melayu dan anti Ketuanan Melayu.
4. Besarkan apa juga berita yang dapat rosakkan imej Pakatan Rakyat walau pun faktanya tidak betul.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

1. Siasat setiap kemungkinan rasuah pemimpin Pakatan Rakyat.
2. Atur tawaran rasuah kepada pemimpin Pakatan Rakyat sehingga dapat ditangkap.
3. Jika ada aduan rasuah terhadap pemimpin BN - rujuk dulu kepada Dato' Seri Najib sebelum sebarang langkah atau tindakan.
4. Takutkan pemimpin Pakatan Rakyat dengan ugutan tangkapan rasuah yang diatur.

Akhbar (Utusan Malaysia dan Berita Harian)

1. Laksanakan tugas seperti butiran tugas Kementerian Penerangan.

Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri Pakatan Rakyat

1. Jangan beri kerjasama kepada jabatan/agensi kerajaan negeri.
2. Tarik balik semua peruntukan kerajaan pusat kepada rakyat yang melalui jabatan/agensi kerajaan negeri.
3. Tambah jenis dan jumlah bantuan kepada orang ramai dengan kaedah yang dapat menjamin sokongan kepada BN.
4. Banyakkan program yang menghimpunkan orang ramai untuk memaksimumkan propaganda.

UMNO Perhubungan Negeri dan UMNO Bahagian

1. Banyakkan majlis penerangan yang dapat membangkitkan kebencian orang Melayu terhadap kaum Cina.
2. Takutkan orang Melayu - kononnya kaum Cina sedang kaut khazanah negeri (tanah & projek).
3. Cetuskan kebencian orang Melayu terhadap PAS dan PKR - kerana mereka boneka Cina (DAP).
4. Cetuskan semangat orang Melayu memusuhi Pakatan Rakyat - kononnya kehendak dan arahan Istana.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

1. Semua keputusan, tindakan, langkah dan pengumuman mesti dirujuk kepada Dato' Seri Najib terlebih dulu.
2. Mesti bekerjasama dengan parti-parti BN terutamanya UMNO di semua peringkat dalam urusan berkaitan daftar pemilih.
3. Mesti melaksanakan arahan Dato' Seri Najib dan UMNO di semua peringkat bagi semua pelaksanaan dan penguatkuasaan akta yang berkaitan dengan pilihanraya.
4. Berikan cadangan cara memanfaatkan kuasa SPR untuk kemenangan BN.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

1. Mesti memberikan kerjasama untuk semua urusan berkaitan 'kad pengenalan' yang diatur oleh UMNO dan parti komponen BN.

Comments :

4 comments to “MODUS OPERANDI NAJIB-UMNO RAMPAS SEMUA NEGERI PAKATAN”
Anonymous said...
on 

aku sebagai rakyat malaysia mengistiharkan...tiada satu badan kerajaan pun yang boleh dipecayai...melainkan..semua berpihak kpd amno yg kaki rasuah dan ugut...demi perut yg buncit dan semangat bodek.. hinggakn gajah pun boleh rebah...malangnya aku sebagai pendudk malysia.

Permatang said...
on 

kan spr ni adil dan tidak berpihak KATANYA la...kalau menipu jawab je la depan allah esok. 3 bukit yg jadi rebutan. www.permatang.blogspot.com

Anonymous said...
on 

Ada lagi,
Kementerian Dalam Negeri (Jabatan Imigresen).

Pastikan agar ADUN dan MP Pakatan Rakyat mengalami kesukaran nak masuk ke Serawak dan Sabah.

美女全裸自拍 said...
on 

情色a片分享俱樂部
線上視訊美女
校園美女a片影音視訊網
視訊情人網
Jav免費a片
a片免費看
免費a片下載
免費視訊脫衣視訊
080視訊聊天室

Post a Comment