UMNO HANYA ADA 2 ISU

UMNO hanya akan memainkan 2 isu utama sepanjang berkempen di Bukit Gantang iaitu isu derhaka dan Nizar boneka. Sasaran UMNO-BN bertumpu kepada pengundi Melayu sahaja terutama yang rendah tahap pendidikan dan penerima serba sedikit bantuan kerajaan.

Pengundi Melayu akan diasak dengan ucapan dan bahan kempen yang dinilai mampu membangkitkan kerisauan tentang rancangan kaum Cina untuk berkuasa di negeri Perak dan di Malaysia. UMNO yakin sebahagian besar pengundi Melayu tidak akan berusaha menyelidik kesahihan maklumat yang akan dimainkan. Oleh itu mereka akan meneruskan tuduhan dan fitnah yang telah dimainkan sejak awal rampasan kuasa Februari lalu.

UMNO juga akan meneruskan penyebaran poster dan risalah 'baling batu sembunyi tangan' seperti risalah mengecam Sultan dan Mufti yang ditaburkan pada 20 Mac lalu. Risalah dengan kandungan yang melampau itu dibuat seolah-olah ia diterbitkan oleh Pakatan Rakyat. Objektifnya ialah untuk mencetuskan kebencian pengundi Melayu kepada PR.

Penyokong PR diminta segera melaporkan kepada bilik gerakan PR sekiranya terjumpa risalah jahat itu. Petugas-petugas juga diminta merakamkan ucapan kempen UMNO di semua majlis yang diadakan untuk memudahkan tindakan undang-undang terhadap pengucap-pengucap fitnah itu.

Comments :

7 comments to “UMNO HANYA ADA 2 ISU”
Anonymous said...
on 

Kita semua sedia maklum puak-puak bn/umno ni prinsip mereka ialah matlamat manghalalkan cara. maka oleh yang demikian saya amat berharap agar pr atau pas sendiri dapat mewujudkan petugas-petugas untuk membuat rondaan bagi mencegah puak-puak bn/umno yang akan menyamar sebagai ahli pr yang kerjanya akan membuat onar.

Anonymous said...
on 

apa ni minta-minta sedekah .bgmana nak memimpin kalau asyik dengan meminta shj. kerja la.

Unknown said...
on 

bukankan itu seditious??? isu perkauman lagi, menjadikan kaum cina mangsa dan sasaran??? mana tu celaka MCA??? bisu saja.

Anonymous said...
on 

YMG.keyataan najib,pada wartawan.tiga pilihanraya kecil tidak akan jadi kayu pengukur keatas kewiwabaan beliau sebagai pengarah pilihan raya,sekira menang atau kalau.setuju atau tidak pengomen2,

Anonymous said...
on 

minta bukan saja saja minta bro,kome ni memang tak ada otak.kalau kita dah memerintah tak payah minta, kome sendiri akan datang bawa dulang bagi,yang kita cakap soal keiklasan derma,ini adalah sokongangan perjuagan.meke tahu !!beloger perak ni..kaya kaya.makan pun dlm pingan mas mike tak percaya jgn padang belakang,

Anonymous said...
on 

Kome yg banyak duit tu, tanya dulu, halal ke tidak sumbarnya. Kalau dah jadi darah daging dari duit haram tu, doa tak menjadi, hidup pun Allah tidak diberkati. Hidup kome dan teman juga ialah sebagai hamba Allah dan juga khalifah Allah.

Anonymous said...
on 

rakyat akan menilainya nanti.....isnya ALLAH yg hak tetap hak,yg batil tetap batil...kalau nok pilih..jangan timbang-timbang lagi,fikir bulat-bulat.

Post a Comment

 

Komen Pengunjung Terkini